Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by Chaz.e on Sat May 24, 2008 2:02 pm

Di dalam diri manusia terdapat kekuatan yang maha hebat. Sekiranya seseorang itu tahu menggunakan kekuatan ini nescaya dia mampu membunuh manusia dengan tenungannya, meruntuhkan rumah, menjatuhkan kapal terbang dan menghancurkan kereta kebal dengan mengisyaratkannya dengan tangan. Paling-paling tidak, dia mampu menukarkan lampu isyarat merah kepada lampu hijau, membengkokkan sudu dan garpu dengan sebuah renungan dan mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan terjadi.

Apakah ini mustahil? Ya, memang mustahil bagi orang yang tidak tahu menggunakan kekuatan terpendam yang terdapat di lubuk fikiran bawah sedarnya. Benarlah penyataan ahli kaji minda terkini yang melaporkan bahawa kebanyakan manusia menggunakan kurang dari satu peratus daripada kemampuan dan potensi mindanya. Manusia sudah boleh melahirkan perkara-perkara yang ajaib dan pelik sekiranya dapat menggunakan hanya 10% daripada keseluruhan kekuatan mereka yang sebenarnya.

Anda mungkin pernah mengalami, sewaktu terdetik di hati untuk menelefon rakan anda, tiba-tiba rakan anda itu pula yang menelefon anda. Atau ketika anda sedang berbual-bual tentang seseorang yang sudah lama tidak ditemui, tiba-tiba dia muncul lalu dikatakan "panjang umur"nya. Mungkin juga hati anda rasa tidak sedap dan mengagak akan terjadi sesuatu perkara yang tidak disenangi, kemudiannya peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Itulah sebahagian daripada bukti-bukti kewujudan kekuatan terpendam di dalam diri kita.

Pada asasnya, manusia mempunyai dua jenis minda iaitu minda sedar dan minda bawah sedar. Di dalam minda bawah sedar atau minda terpendam inilah terdapat kekuatan yang luar biasa, menakjubkan dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Kekuatan bawah sedar ini boleh digunakan dan diarahkan untuk mencapai apa jua perkara yang dihajati seperti kewibawaan, kesembuhan, kecerdasan, kekuatan daya ingatan, wang, pangkat, pengaruh, pengasih, menurunkan berat badan, berhenti merokok, menghilangkan kegelisahan dan sebagainya.

Kini ilmu membangkitkan kekuatan dalaman sedang berkembang pesat di beberapa bahagian tertentu di dunia terutamanya di Eropah. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya dikenali dengan Ilmu Psikik, Deria keenam, Extra Sensory Power (ESP), Cosmic Power, Subconscious Mind Power, Telepathy dan sebagainya. Ilmu menggunakan kekuatan terpendam ini semakin giat dikaji oleh ahli-ahli psikologi terutamanya selepas perang dunia kedua. Terdapat pelbagai kaedah telah diamalkan oleh orang-orang yang ahli untuk melahirkan kekuatan ajaib ini. Ada melalui teknik bertapa, bermeditasi, berpuasa, bermuraqabah, ilmu pernafasan, hypnotisme, saranan diri dan sebagainya.

Adapun kaedah yang paling relevan dan mudah diamalkan ialah dengan melakukan saranan diri. Dinamakan juga auto-suggestion. Di sini kita menyarankan memberitahu dan menyakinkan kepada diri sendiri bahawa diri kita mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat dari yang disangkakan. Saranan diri mempunyai kuasa dan kekuatan dalam mempertingkatkan kemampuan minda dan memajukan diri.

Eksperimen ahli-ahli neurologi menunjukkan sel-sel otak boleh dikembang dan dicergaskan melalui saranan diri dan rangsangan. Sel-sel otak yang diaktifkan akan menjadi lebih subur dan cepat tumbesarannya. Bilangan sel gila akan bertambah. Manakala hubungan antara saraf-saraf semakin kemas dan mantap. Proses ini akan memperkembangkan ketrampilan dan kecerdasan mental individu.

Dr. Joseph Murphy, pakar Ilmu Pemikiran Bawah Sedar menceritakan perihal seorang wanita berusia 75 tahun, mempunyai tabiat memberi saranan yang negatif kepada dirinya. Dia selalu berkata, "Kekuatan ingatanku semakin melemah sekarang". Memang benar, lama-kelamaan ingatannya menjadi betul-betul lemah. Selepas belajar menggunakan kekuatan minda terpendam, dia mula membuat saranan diri yang positif.

"Ingatanku bertambah baik dari hari ke hari. Aku mampu mengingati apa sahaja yang aku kehendaki pada sebarang masa dan tempat. Aku tidak akan lupa. Apa sahaja yang aku cuba ingatkan akan dapat diingati dengan tepat dan segera. Sekarang daya ingatanku meningkat dengan cepatnya pada setiap hari. Dalam tempoh yang singkat ingatanku akan bertambah baik, bahkan lebih baik daripada sebelum ini."

Dia melakukan saranan diri dengan penuh keyakinan dan hasrat yang menyala-nyala pada setiap hari. Pada akhir minggu ketiga, ingatannya pulih seperti sediakala. Dia begitu gembira. Begitulah besarnya kesan kuasa saranan diri. Dalam melakukan saranan diri, anda bebas memilih ayat dan perkataan sendiri. Gunakan apa jua ayat yang dirasakan berkesan untuk mempergaruhi dan menyakin diri sendiri bahawa kita mampu memperolehi apa yang dihajatkan.

TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN

Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat.
Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap.
Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.
Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati.
Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.

Adapted From:http://www.angelfire.com/home/rahsiapandai/rahsia2/rahsia17.html

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by catmeow on Sun Jun 01, 2008 2:44 pm

Di dalam diri manusia terdapat kekuatan yang maha hebat. Sekiranya seseorang itu tahu menggunakan kekuatan ini nescaya dia mampu membunuh manusia dengan tenungannya, meruntuhkan rumah, menjatuhkan kapal terbang dan menghancurkan kereta kebal dengan mengisyaratkannya dengan tangan. Paling-paling tidak, dia mampu menukarkan lampu isyarat merah kepada lampu hijau, membengkokkan sudu dan garpu dengan sebuah renungan dan mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan terjadi.


mcm seolah olah mengejar kesaktian plak.. ermmm.. tp mmg hebat Very Happy

catmeow
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 451
Age: 24
Location: Miri
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by joanhnisny on Thu Jul 24, 2008 5:13 pm

woahh ! Shocked

joanhnisny
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 74
Age: 20
Location: petaling jaya, selangor
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by Chaz.e on Fri Aug 22, 2008 4:03 am

joanhnisny wrote:woahh ! Shocked


nape xcaye?

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by joanhnisny on Sat Aug 23, 2008 9:49 pm

ChAzY ChAz wrote:
joanhnisny wrote:woahh ! Shocked


nape xcaye?


caya.
tp... woahh.
hebat sgt la.
lol. ;DD

joanhnisny
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 74
Age: 20
Location: petaling jaya, selangor
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by Chaz.e on Mon Aug 25, 2008 1:10 pm

joanhnisny wrote:
ChAzY ChAz wrote:
joanhnisny wrote:woahh ! Shocked


nape xcaye?


caya.
tp... woahh.
hebat sgt la.
lol. ;DD


manusia mmg hebat..itulah sebaik2 ciptaan. So gunakan kehebatan itu dengan sebaiknya dan berlaku positif pada diri sendiri untuk mencapai kejayaan diri sendiri...

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by joanhnisny on Thu Aug 28, 2008 2:18 pm

ChAzY ChAz wrote:
joanhnisny wrote:
ChAzY ChAz wrote:
joanhnisny wrote:woahh ! Shocked


nape xcaye?


caya.
tp... woahh.
hebat sgt la.
lol. ;DD


manusia mmg hebat..itulah sebaik2 ciptaan. So gunakan kehebatan itu dengan sebaiknya dan berlaku positif pada diri sendiri untuk mencapai kejayaan diri sendiri...


okie dokie. Smile

joanhnisny
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 74
Age: 20
Location: petaling jaya, selangor
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by Chaz.e on Fri Sep 12, 2008 1:56 am

joanhnisny wrote:
ChAzY ChAz wrote:
joanhnisny wrote:
ChAzY ChAz wrote:
joanhnisny wrote:woahh ! Shocked


nape xcaye?


caya.
tp... woahh.
hebat sgt la.
lol. ;DD


manusia mmg hebat..itulah sebaik2 ciptaan. So gunakan kehebatan itu dengan sebaiknya dan berlaku positif pada diri sendiri untuk mencapai kejayaan diri sendiri...


okie dokie. Smile


rendeer cheers

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by nur-reiki.com on Sat Mar 07, 2009 11:17 pm

ini belum bab kerohanian lagi...

hebat mmg hebat kerna manusia datang dari Yang Maha Hebat! Very Happy

tapi kenapa masih ada manusia yg merasa rendah diri dan tidak percaya akan kekuatan yg tersembunyi dalam dirinya?

apakah asas yg dapat mbangkit tenaga kekuatan dalam diri? Wink ramai otai kat sini...

nur-reiki.com
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 12
Age: 32
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-03-07

http://nur-reiki.com

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by Paranorms on Sun Mar 08, 2009 2:54 pm

apa asasnya???
share la bro nur-reiki...tentu semua cni berminat nak tau...

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by kim on Mon Mar 09, 2009 10:36 pm

Ya bh...share larrr..... Cool Cool

kim
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 36
Age: 24
Location: KK
Registration date: 2009-03-01

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by nur-reiki.com on Tue Mar 10, 2009 10:47 am

salah satunya... minda telah terprogram sejak kecil dgn program2 yang negatif..contohnya ketika kecil sering ditegah apabila budak2 nak belajar berdikari atau belajar sesuatu yg baru... ayat2: JANGAN, TAK BOLEH, NANTI SAKIT, dsb byk mberi kesan sehinggakan kekuatan yg ada dalam diri tidak dapat diapplikasikan ketika kecil..

bila berada dalam gelap sering ditakutkan dgn momok, hantu..

tiada pendirian tetap kerana telah dimasukkan saranan2 negatif dan ikut telunjuk penjaga..

kengkawan lain leh gak kongsi.. ada gak yg dh byk belajar n tahu teori algebra (hehe gurau je).. ada yg dh tau bab motivasi2 nih tapi still tak leh gak berubah. takuk yg lama aje.. so how?

nur-reiki.com
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 12
Age: 32
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-03-07

http://nur-reiki.com

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by Paranorms on Thu Mar 12, 2009 4:53 pm

say fkr tu adalah kesan drpd bibit aura negatif yg blm d hakis...klu cuma ayat motivasi je n x meresap sampai ke minda bwh sedar ssh nak hilangkan bibit aura ngtf ni

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by nur-reiki.com on Fri Mar 13, 2009 12:24 pm

Very Happy tul tue..

saranan positif hendaklah beserta 'rasa'... baru ada syok!

'Aku nak badan aku sihat'... (mesti mau feel yg kita sihat bangat!)

Kalau sekadar sebutan atau di gambaran minda tapi x meresap dlm 'rasa', hampeh...

nur-reiki.com
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 12
Age: 32
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-03-07

http://nur-reiki.com

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by Paranorms on Fri Mar 13, 2009 1:38 pm

benar adanya tu tuan...
dlm stp lthn enrgy, semuanya adalh sbnrnya semata-mata utk membangkitkan "rasa" di dlm diri.dbb itulah kekuatan sejati manusia...

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by catmeow on Wed Mar 18, 2009 1:57 pm

maksud nya mesti ada keyakinan dalam diri?

catmeow
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 451
Age: 24
Location: Miri
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by Paranorms on Wed Mar 18, 2009 1:58 pm

keyakinan tu kunci segala ilmu...hanya dgn yakin sesuatu ilmu blh menjadi

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by Shu Omar on Thu Mar 19, 2009 2:07 pm

kdg2 kita dapat kontrol benda dgn hanya menggunakan minda kita.. betul x??

Shu Omar
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 422
Age: 27
Location: Kedah Darulaman
Registration date: 2008-02-18

http://www.facebook.com/shuomar

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by catmeow on Thu Mar 19, 2009 3:46 pm

BETUL2 cheers

catmeow
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 451
Age: 24
Location: Miri
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN

Post by Paranorms on Mon Mar 23, 2009 1:56 pm

nah...ketahuan sdh hehe

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum