KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Forum Umum | General Forum :: Artikel Ilmu | Knowledge articles
Page 2 of 2 • Share •
Page 2 of 2 •
1, 2
KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN
First topic message reminder :
Di dalam diri manusia terdapat kekuatan yang maha hebat. Sekiranya seseorang itu tahu menggunakan kekuatan ini nescaya dia mampu membunuh manusia dengan tenungannya, meruntuhkan rumah, menjatuhkan kapal terbang dan menghancurkan kereta kebal dengan mengisyaratkannya dengan tangan. Paling-paling tidak, dia mampu menukarkan lampu isyarat merah kepada lampu hijau, membengkokkan sudu dan garpu dengan sebuah renungan dan mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan terjadi.
Apakah ini mustahil? Ya, memang mustahil bagi orang yang tidak tahu menggunakan kekuatan terpendam yang terdapat di lubuk fikiran bawah sedarnya. Benarlah penyataan ahli kaji minda terkini yang melaporkan bahawa kebanyakan manusia menggunakan kurang dari satu peratus daripada kemampuan dan potensi mindanya. Manusia sudah boleh melahirkan perkara-perkara yang ajaib dan pelik sekiranya dapat menggunakan hanya 10% daripada keseluruhan kekuatan mereka yang sebenarnya.
Anda mungkin pernah mengalami, sewaktu terdetik di hati untuk menelefon rakan anda, tiba-tiba rakan anda itu pula yang menelefon anda. Atau ketika anda sedang berbual-bual tentang seseorang yang sudah lama tidak ditemui, tiba-tiba dia muncul lalu dikatakan "panjang umur"nya. Mungkin juga hati anda rasa tidak sedap dan mengagak akan terjadi sesuatu perkara yang tidak disenangi, kemudiannya peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Itulah sebahagian daripada bukti-bukti kewujudan kekuatan terpendam di dalam diri kita.
Pada asasnya, manusia mempunyai dua jenis minda iaitu minda sedar dan minda bawah sedar. Di dalam minda bawah sedar atau minda terpendam inilah terdapat kekuatan yang luar biasa, menakjubkan dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Kekuatan bawah sedar ini boleh digunakan dan diarahkan untuk mencapai apa jua perkara yang dihajati seperti kewibawaan, kesembuhan, kecerdasan, kekuatan daya ingatan, wang, pangkat, pengaruh, pengasih, menurunkan berat badan, berhenti merokok, menghilangkan kegelisahan dan sebagainya.
Kini ilmu membangkitkan kekuatan dalaman sedang berkembang pesat di beberapa bahagian tertentu di dunia terutamanya di Eropah. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya dikenali dengan Ilmu Psikik, Deria keenam, Extra Sensory Power (ESP), Cosmic Power, Subconscious Mind Power, Telepathy dan sebagainya. Ilmu menggunakan kekuatan terpendam ini semakin giat dikaji oleh ahli-ahli psikologi terutamanya selepas perang dunia kedua. Terdapat pelbagai kaedah telah diamalkan oleh orang-orang yang ahli untuk melahirkan kekuatan ajaib ini. Ada melalui teknik bertapa, bermeditasi, berpuasa, bermuraqabah, ilmu pernafasan, hypnotisme, saranan diri dan sebagainya.
Adapun kaedah yang paling relevan dan mudah diamalkan ialah dengan melakukan saranan diri. Dinamakan juga auto-suggestion. Di sini kita menyarankan memberitahu dan menyakinkan kepada diri sendiri bahawa diri kita mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat dari yang disangkakan. Saranan diri mempunyai kuasa dan kekuatan dalam mempertingkatkan kemampuan minda dan memajukan diri.
Eksperimen ahli-ahli neurologi menunjukkan sel-sel otak boleh dikembang dan dicergaskan melalui saranan diri dan rangsangan. Sel-sel otak yang diaktifkan akan menjadi lebih subur dan cepat tumbesarannya. Bilangan sel gila akan bertambah. Manakala hubungan antara saraf-saraf semakin kemas dan mantap. Proses ini akan memperkembangkan ketrampilan dan kecerdasan mental individu.
Dr. Joseph Murphy, pakar Ilmu Pemikiran Bawah Sedar menceritakan perihal seorang wanita berusia 75 tahun, mempunyai tabiat memberi saranan yang negatif kepada dirinya. Dia selalu berkata, "Kekuatan ingatanku semakin melemah sekarang". Memang benar, lama-kelamaan ingatannya menjadi betul-betul lemah. Selepas belajar menggunakan kekuatan minda terpendam, dia mula membuat saranan diri yang positif.
"Ingatanku bertambah baik dari hari ke hari. Aku mampu mengingati apa sahaja yang aku kehendaki pada sebarang masa dan tempat. Aku tidak akan lupa. Apa sahaja yang aku cuba ingatkan akan dapat diingati dengan tepat dan segera. Sekarang daya ingatanku meningkat dengan cepatnya pada setiap hari. Dalam tempoh yang singkat ingatanku akan bertambah baik, bahkan lebih baik daripada sebelum ini."
Dia melakukan saranan diri dengan penuh keyakinan dan hasrat yang menyala-nyala pada setiap hari. Pada akhir minggu ketiga, ingatannya pulih seperti sediakala. Dia begitu gembira. Begitulah besarnya kesan kuasa saranan diri. Dalam melakukan saranan diri, anda bebas memilih ayat dan perkataan sendiri. Gunakan apa jua ayat yang dirasakan berkesan untuk mempergaruhi dan menyakin diri sendiri bahawa kita mampu memperolehi apa yang dihajatkan.
TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN
Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat.
Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap.
Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.
Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati.
Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.
Adapted From:http://www.angelfire.com/home/rahsiapandai/rahsia2/rahsia17.html

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e- Webmaster

-

Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12
Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN
hmmmmmmm dulu mcm bole jangka dgn betul time kecil tapi skang mcm tak ade dah pernah saye wish nak jadi org yg le tahu ape2 sebelum terjadi sesuatu huhuhu hehe citer jer
Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN
tiada daya upaya salain daya upaya Allah....pesoalannya yakin terhadap diri sendiri?or yakin terhadap Allah s.w.t? jawpanya: kepada Allah jugak kan.. 

helang putih- Mula Aktif

-

Number of posts: 215
Age: 24
Location: kota kinabalu ums
Registration date: 2009-02-09
Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN
ya huhuhu tak ade lain selain dia huhuhuhu 
Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN
Chazi wrote:joanhnisny wrote:ChAzY ChAz wrote:joanhnisny wrote:ChAzY ChAz wrote:joanhnisny wrote:woahh !
nape xcaye?
caya.
tp... woahh.
hebat sgt la.
lol. ;DD
manusia mmg hebat..itulah sebaik2 ciptaan. So gunakan kehebatan itu dengan sebaiknya dan berlaku positif pada diri sendiri untuk mencapai kejayaan diri sendiri...
okie dokie.
![]()
jan gadu bha..aish na...
ini bukti indahnya & uniknya ciptaan Tuhan...

Temma- Sangat Aktif

-

Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25
Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN
nur-reiki.com wrote:tul tue..
saranan positif hendaklah beserta 'rasa'... baru ada syok!
'Aku nak badan aku sihat'... (mesti mau feel yg kita sihat bangat!)
Kalau sekadar sebutan atau di gambaran minda tapi x meresap dlm 'rasa', hampeh...
kalau udah niat dan pasrah jadinya plong/kosong.. gimana mau datang feelnya

rezza- Moderator

-

Number of posts: 404
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2009-06-04
Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN
mungkin 'pasrah' nya mas rezza adalah yg hening dan 'larut' dalam alunan Daya yg Maha Kuasa, dan membiarkan Daya mutlak itu memilihkan yg terbaik utknya...sedang 'pasrah' yg dianjurkan saudara nur-reiki dalam soal ini adalah yg 'pasrah setelah membuat pilihan sendiri"...yah dua2nya benar dan boleh di pakai bergantung kelas masing2 
..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms- Moderator

-

Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12
Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN
Bagus topik ni. Berkenaan minda bawah sedar saya sarankan anda membaca buku "Membina Imaginasi Cemerlang" kaya Dr HM Tuah Iskandar.
Di dalamnya diterangkan dengan sangat luas tentang bagaimana merangsang minda bawah sedar untuk memenuhi segala keperluan kita.

AuraNurShifa- Mula Aktif

-

Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08
Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN
AuraNurShifa wrote:Bagus topik ni. Berkenaan minda bawah sedar saya sarankan anda membaca buku "Membina Imaginasi Cemerlang" kaya Dr HM Tuah Iskandar.
Di dalamnya diterangkan dengan sangat luas tentang bagaimana merangsang minda bawah sedar untuk memenuhi segala keperluan kita.
yup tahukah ANS ade satu teknik yang dinamakan THE LAW OF ATTRACTION atau pun hukum ketertarikan mempunyai perkaitan dengan apa yang di katakan oleh HM Tuah Iskandar...pernah try x?
..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e- Webmaster

-

Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12
Re: KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN
hehe..bab LOA tu mmg saya tau sangat sejak buku The Secret lagi.. Pernah try sikit dulu,tapi dari segi pengamalannya sy masih banyak yang kurang. Masih lagi dlm proses belajar. Ada jugak sy beli buku Quranic Law of Attraction oleh Rusdin S.Rauf tu. bagus penerangannya.sy jek yg tak pandai pandai lagi..hehe
Terangkan la lebih lanjut perkaitan tu Chaz.e
Terangkan la lebih lanjut perkaitan tu Chaz.e

AuraNurShifa- Mula Aktif

-

Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08
Page 2 of 2 •
1, 2
Similar topics» KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN
» Rahsia lelaki ..Lemah syahwat apa penyebabnya ?
» Ilmu Teknologi Rohani Qalam Ilahi ( TeRQI)
» Tenaga Dalam Dari sudut pembelajaran sains
» APA BEZANYA ILMU TENAGA DALAM & ILMU BATIN?
» Rahsia lelaki ..Lemah syahwat apa penyebabnya ?
» Ilmu Teknologi Rohani Qalam Ilahi ( TeRQI)
» Tenaga Dalam Dari sudut pembelajaran sains
» APA BEZANYA ILMU TENAGA DALAM & ILMU BATIN?
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Forum Umum | General Forum :: Artikel Ilmu | Knowledge articles
Page 2 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum