Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Mitos dan Realiti Hipnosis

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Mitos dan Realiti Hipnosis

Post by Chaz.e on Sat May 24, 2008 2:44 pm

First topic message reminder :

Kepada mereka yang pernah menonton stage hipnosis mungkin menganggap yang hipnosis adalah mind control atau pukau kerana kebanyakan mereka yang di hipnosis ni selalunya melakukan perkara-perkara bodoh yang di suruh oleh si hipnotis. Sebenarnya anggapan itu adalah kurang tepat. Di sini saya akan senaraikan beberapa mitos dan juga realiti mengenai hipnosis.

hipnotis boleh membuatkan anda melakukan sesuatu yang tidak mungkin anda lakukan di waktu sedar.
Sememangnya salah. Hipnotis tiada kuasa ke atas anda dan dia juga tidak boleh memaksa anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak anda. Proses hipnosis memerlukan kerjasama antara 2 pihak iaitu hipnotis dan orang yang akan di hipnosis. Selepas si hipnotis menghipnosis anda, dia akan memberikan anda saranan dan jika saranan itu bertentangan dengan nilai moral anda maka secara automatik anda akan keluar dari hipnosis.

Tidak boleh keluar dari hipnosis
Katakanlah anda di hipnosis dan selepas itu orang yang menghipnosis anda meninggalkan anda. Apabila anda sedar yang si hipnotis ni telah meninggalkan anda maka anda akan membuka mata dan bangun (macam masa bangun dari tidur), atau anda mungkin akan terus tertidur dan tersedar dengan sendirinya.

Hanya orang yang mempunyai minda yang lemah sahaja boleh di hipnosis
Sebenarnya orang yang paling mudah di hipnosis ialah mereka yang mudah fokus, pandai berimaginasi dan juga pandai bervisualisasi. Ingat apa kata Elbert Einstin “Imagination is more important than knowledge’. Secara amnya semakin pandai seseorang itu semakin mudahlah dia di hipnosis.

Tidak sedar semasa di hipnosis
Semasa anda berada di dalam keadaan hipnosis, anda masih boleh mendengar dan berfikir dengan jayanya. Anda sedar apa yang berlaku di sekeliling anda dan walaupun berada dalam keadaan hipnosis minda anda lebih peka pada keadaan sekeliling.

membuka rahsia
seperti yang di nyatakan di atas anda sedar apa yang berlaku. Si hipnosis boleh memandu anda untuk mengingati semula memori-memori lama yang anda sudah lupa (biasanya di lakukan dalam sesi past life regression untuk mengenalpasti punca masalah anda). Jika anda mahu memberitahu si hipnosis rahsia anda juga bergantung pada anda.

Hypnosis adalah merbahaya
Hipnosis tidak merbahaya jika dilakukan oleh mereka yang berpengalaman. Pastikan mereka yang menghipnosis anda adalah seorang hipnoterapis (hypnotherapist) yang bertauliah. Tapi jika di lakukan oleh mereka yang tidak berpengalaman sekadar utuk suka-suka mungkin boleh mendatangkan kesan yang buruk jika saranan negatif di tanamkan di minda separa sedar.

Kebanyakan orang cuba mengubah tabiat buruk atau ingin mencapai impian yang masih tak tercapai. Kita cuba sedaya upaya dan masih tak berjaya… Kenapa? Kerana minda sedar hanya membuat keputusan untuk berubah tetapi minda separa sedar masih macam tu lagi. Hipnosis membolehkan kita akses ke minda separa sedar bekerjasama dengan minda sedar dan membolehkan kita mencapai apa yang kita impikan…

Hipnosis juga telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu sebagai satu teknik komunikasi
minda separa sedar untuk menyembuhkan penyakit mental dan juga fizikal. Sungguhpun perubatan moden masih lagi menjadi pilihan, pada saya hipnosis adalah satu teknik penyembuhan yang paling efektif dengan menggunakan minda anugerah hebat pemberian tuhan kepada manusia.

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down


Re: Mitos dan Realiti Hipnosis

Post by Paranorms on Fri Jun 19, 2009 8:12 pm

hehe...soal hipnotis ini sy x pernah bljr secara khusus, n juga x praktikkan secara khusus. so kalau ada yang mau sharing teknik hipnotis yg khusus sy tertarik mau bljr,utk tambah ilmu dan wawasan Very Happy

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Mitos dan Realiti Hipnosis

Post by AuraNurShifa on Fri Jan 21, 2011 12:11 am

hypnosis sebenarnya jika dilihat kebaikannya seperti mahu berhenti merokok, membuang sifat buruk amat bagus. Sesiapa ada info dialu alukan sharing Smile

AuraNurShifa
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08

Back to top Go down

Re: Mitos dan Realiti Hipnosis

Post by cyber00 on Tue Apr 26, 2011 8:59 am

Chaz.e wrote:Kepada mereka yang pernah menonton stage hipnosis mungkin menganggap yang hipnosis adalah mind control atau pukau kerana kebanyakan mereka yang di hipnosis ni selalunya melakukan perkara-perkara bodoh yang di suruh oleh si hipnotis. Sebenarnya anggapan itu adalah kurang tepat. Di sini saya akan senaraikan beberapa mitos dan juga realiti mengenai hipnosis.

Hypnosis adalah merbahaya
Hipnosis tidak merbahaya jika dilakukan oleh mereka yang berpengalaman. Pastikan mereka yang menghipnosis anda adalah seorang hipnoterapis (hypnotherapist) yang bertauliah. Tapi jika di lakukan oleh mereka yang tidak berpengalaman sekadar utuk suka-suka mungkin boleh mendatangkan kesan yang buruk jika saranan negatif di tanamkan di minda separa sedar.

Kebanyakan orang cuba mengubah tabiat buruk atau ingin mencapai impian yang masih tak tercapai. Kita cuba sedaya upaya dan masih tak berjaya… Kenapa? Kerana minda sedar hanya membuat keputusan untuk berubah tetapi minda separa sedar masih macam tu lagi. Hipnosis membolehkan kita akses ke minda separa sedar bekerjasama dengan minda sedar dan membolehkan kita mencapai apa yang kita impikan…
Hipnosis juga telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu sebagai satu teknik komunikasi
minda separa sedar untuk menyembuhkan penyakit mental dan juga fizikal. Sungguhpun perubatan moden masih lagi menjadi pilihan, pada saya hipnosis adalah satu teknik penyembuhan yang paling efektif dengan menggunakan minda anugerah hebat pemberian tuhan kepada manusia.


-------------------------------------
Boleh ngak just cadangan aja maybe berdasarkan quote="Chaz.e" bagi ini yang di warnakan merah tersebut boleh kah kita selain dari tabiat buruk kita merencanakan untuk merealisasikan impian kita contoh jika miskin kita berharap untuk jadi kaya ataupun jadi orang yang berharta yang mempunyai nilai2 kemanusiaan ataupun dermawan. Kalau jadi jutawan belum tentu boleh jadi dermawan itupun bergantung pada hati dan nafsu. Kalau yang kurang berilmu di hiponisis untuk jadi rajin belajar dan mencari ilmu. Di harap para master dan rakan2 yang lain dapat memberikan pandangan.

Tq.

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum