Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Shu Omar on Sat Jul 12, 2008 3:50 pm

Penurunan saka ini boleh berlaku dalam dua keadaan;


Berlaku secara terus : Orang yang mempunyai saka itu dengan terang-terangan memberitahu yang dia menurunkan ilmunya kepada orang tertentu. Waris yang terlibat kebanyakkannya tidak menyedari bahawa apa yang diturunkan atau yang dipusakai itu adalah terdiri daripada jin-jin atau hantu-hantu. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah istimewa berbanding dengan waris-waris lain kerana mewarisi ilmu kebatinan.


Berlaku menurut kehendak : Penurunan ini berlaku menurut kehendak jin itu sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya pewaris itu telah meninggal dunia.


Biar dalam keadaan apa sekali pun, masaalah yang berkaitan dengan saka adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku. Ia melibatkan jin-jin, membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu yang luarbiasa seperti yang diterangkan. Dan apabila seseorang itu menerima saka, ia akan mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh orang yang mempunyai saka yang asal.


Satu jenis saka yang lain ialah saka yang merupakan penyakit atau gangguan daripada jin-jin tidak melibatkan rawatan. Orang yang terlibat apabila diganggu saka adakalanya fungsi otaknya menjadi tidak normal, berjalan ditengah malam tanpa dapat mengawal diri, duduk termenung sendirian, marah tidak menentu, mengamuk dan sebagainya termasuk menghantuk-hantukkan kepala kedinding.


Manusia mudah terdedah kepada masaalah termasuk penyakit kerana manusia itu tidak mempunyai ketahanan diri yang ampuh yang dikenali sebagai ‘body resistance’. Orang yang seumpama ini mudah dijangkiti kuman batuk, selsema, sakit kulit dan sebagainya berbanding dengan orang yang mempunyai ketahanan diri yang kuat.


Begitu juga dengan kekuatan roh, yang berupaya menolak pelbagai masaalah kebatinan atau kerohanian termasuk apa yang dikenali sebagai ‘saka’. Kerana itu untuk memperlengkapkan diri daripada diganggu oleh saka iaitu jin-jin tadi, kita perlu mempunyai roh yang kuat. Roh yang kuat perlu pemahaman agama, dimana ia akhirnya diterjemahkan melalui amalan atau ibadah. Hanya dengan ilmu sahaja seseorang itu menaruh keyakinan terhadap Allah SWT dan rasa ikhlas ketika melakukan amalan-amalan tersebut. Itulah yang dikenali sebagai sebagai amalan bertakarub iaitu memperhambakan diri kepada Allah SWT lalu akhirnya seseorang itu mendapat kurnia kasih Allah SWT. Apabila ini berlaku, orang yang berkenaan akan memperolehi kekuatan zahir dan batin. Ketika ini apabila dia bermohon, Allah SWT akan memperkenankannya dan ketika memohon perlindungan, Allah SWT akan melindunginya. Demikianlah janji-janji Allah SWT terhadap hamba kekasihnya.


Amalan-amalan ini melibatkan ibadah pada waktu malam, dimulai dengan sembahyang taubat, kemudian beristighfar, sembahyang tahajud, sembahyang tasbih, berzikir, selawat dan diakhiri dengan sembahyang hajat. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita juga kepada mereka yang menghadapi masaalah yang serupa.

SUMBER: PERUBATAN KEROHANIAN AL-HAZ 2008

Shu Omar
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 422
Age: 27
Location: Kedah Darulaman
Registration date: 2008-02-18

http://www.facebook.com/shuomar

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by catmeow on Mon Jul 14, 2008 1:56 pm

penurunan saka?? mcm dlm cita waris jari hantu What a Face

catmeow
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 451
Age: 24
Location: Miri
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Shu Omar on Mon Jul 21, 2008 1:36 pm

SAKA ini kalau kita tak mahu (utk org yg dipilih menjadi waris) bende tu akan menyebabkan org tersebut mengalami sakit2... mengikut pengalaman saya lah...
tolong perbetul kalo ada yg salah n tolong tambah...

Shu Omar
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 422
Age: 27
Location: Kedah Darulaman
Registration date: 2008-02-18

http://www.facebook.com/shuomar

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Chaz.e on Wed Jul 23, 2008 8:41 pm

Shu Omar wrote:SAKA ini kalau kita tak mahu (utk org yg dipilih menjadi waris) bende tu akan menyebabkan org tersebut mengalami sakit2... mengikut pengalaman saya lah...
tolong perbetul kalo ada yg salah n tolong tambah...


bolah la lebih kurangh mcm tu...tp slalunya bila terjadi mcm tu orang tu akan jadi x sanga2 mendapat 'super power' mcm drama bersiri Supernatural..Ble predict masa depan n mempunyai kekuatan tersendiri..tp lama kelamaan ia akan memakan diri..

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Shu Omar on Fri Aug 08, 2008 2:53 pm

ye ke?? dpt predict masa depan????
memang manusia...
Kalau dah dapat kuasa... lupa diri.... nafsu dah menguasai akal....

Shu Omar
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 422
Age: 27
Location: Kedah Darulaman
Registration date: 2008-02-18

http://www.facebook.com/shuomar

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Chaz.e on Fri Aug 22, 2008 3:50 am

Shu Omar wrote:ye ke?? dpt predict masa depan????
memang manusia...
Kalau dah dapat kuasa... lupa diri.... nafsu dah menguasai akal....


bergantung la siapa org tu...bukan smua manusia sama..=)

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Paranorms on Wed Nov 05, 2008 9:13 pm

nice topic...
manusia yg ada saka mmg ada kebolehan supernatural...tapi terhad pada had tertentu.dulu2 kepercayaan manusia pada hal2 ghaib sgt kuat.n mendapatkan kekuatan ghaib seprti suatu keutmaan yg istimewa...pada waktu tu msh sgt krg info ttg kelebihan n potensi2 supranatural di dlm diri manusia.sbb tu org dulu2 msh menggunakan bantuan makluk2 gaib (unsur dari luar diri)..
kalau jiwa manusia dpt menyatu (menemui keserasian) dgn si mr. saka disitulah muncul byk kelebihan pada si pengamal...tpi kalau x c pengamal or c pewaris akan mengalami byk kesusahan dlm hdpnya.
apa yg jelas, saka yg digunakan khidmatnya akan ''mengambil'' samting dr diri n kehidupan kita..
contohnya kebahagiaan hdp,rumahtangga,kelancaran rezeki,malah yg plg teruk ada bbrp org yg sy jumpa pelihara saka, terdapat anknya yg lahir x lengkap pancaindera...
so jgn la plihara saka yeeeee....hehe

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Paranorms on Wed Nov 05, 2008 9:22 pm

bila di selidik dari sudut energy......
org2 yg plihara saka ni sgt lain energynya.meby sbb dah merge dgn aura si saka...energy yg mengatur segala metabolisme di dalam diri kita.energy menentukan trait genetik kita ( kalau teori ni slh,minta maaf dgn org2 biology yek hehe)...kalau kita mengotori enegy kita dgn unsur jini, maka anak2 kita akan mewarisi genetik yg ada unsur jininya hehehehehe...x heran byk anak2 skrg yg bersifat agak ke'jinian'...( jgn mrh ye, skdr buka fkrn ni).....cuba perhatikan sekiling kita bagaimana trait energy d wariskan.
wajib ada sifatt2 parents yg anak2 warisi...bkn cuma jasad,tpi juga sifat2 rohani...ye tak???
lets survey........

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by rezza on Tue Jul 07, 2009 10:13 am

saka jin bererti warisan peninggalan energi jin pd keturunannya mengikut perjanjian asal yg dibuat dgn jin itu....

saka ilmu bererti warisan energi ilmu seseorg pd keturunannya mengikut doa/munjatnya si pemegang ilmu pd Allah taala utk dinyusuli keturunannya..

saka harta/pusaka bererti peninggalan harta untuk dinikmati semua keturunannya mengikut wasiat simati...

untuk dishare2 ...kalau salah abaikan aja.. Very Happy

rezza
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 404
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2009-06-04

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Paranorms on Tue Jul 07, 2009 10:45 am

mantap mas Smile

mmg dgn saka2 lebih senang utk mndapat ilmu dan kesaktian sbb terus diwarisi tnpa penat lelah. tinggal di jaga...tpi akibatnya juga rumit rabbit

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Shu Omar on Fri Aug 14, 2009 1:52 pm

Bagaimana pula kalau kita tak tahu diri kita mempunyai saka yg diturunkan moyang...
Macam mana nak hindari atau buang?
Takut juga kalo tiba - tiba sahaja diri ini ada saka yg tidak diketahui kerana menurut mak saya, dulu dulu, atok saya ada membela jin untuk tujuan perubatan...
Masalahnya, kitorang tak tahu kemana jin tu pergi........ MusyKiL Exclamation

Shu Omar
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 422
Age: 27
Location: Kedah Darulaman
Registration date: 2008-02-18

http://www.facebook.com/shuomar

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by malaybuddy on Wed Oct 21, 2009 10:53 pm

Jin peliharaan datuk nenek akan mencari keturunan datuk nenek yang telah memenuhi syarat tertentu. Selagi syarat itu belum dipenuhi jin itu menjauhkan diri. Saya daripada keluarga yang bersaka. Saya pernah menyaksikan datuk saya merawat orang sakit, seperti mengeluarkan jarum dengan menggunakan buah limau dan mengeluarkan bisa santau menggunakan telor ayam. Dalam sistem kami, untuk menerima saka perlu mempunyai dua orang cucu dan nama berada teratas di dalam senarai. Anak kandung datuk saya sudah tiada. Di antara cucu datuk saya yang masih hidup saya yang paling tua. Bila syarat-syarat telah dipenuhi jin akan datang dan beritahu tentang mulanya suatu usaha dan bagaimana untuk menjalankannya.

malaybuddy
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 3
Age: 63
Location: Klang
Registration date: 2009-10-21

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Paranorms on Thu Oct 22, 2009 5:52 pm

malaybuddy wrote:Jin peliharaan datuk nenek akan mencari keturunan datuk nenek yang telah memenuhi syarat tertentu. Selagi syarat itu belum dipenuhi jin itu menjauhkan diri. Saya daripada keluarga yang bersaka. Saya pernah menyaksikan datuk saya merawat orang sakit, seperti mengeluarkan jarum dengan menggunakan buah limau dan mengeluarkan bisa santau menggunakan telor ayam. Dalam sistem kami, untuk menerima saka perlu mempunyai dua orang cucu dan nama berada teratas di dalam senarai. Anak kandung datuk saya sudah tiada. Di antara cucu datuk saya yang masih hidup saya yang paling tua. Bila syarat-syarat telah dipenuhi jin akan datang dan beritahu tentang mulanya suatu usaha dan bagaimana untuk menjalankannya.



salam n slmt dtg tuan...terima kasih atas pendapat tuan...

bagaimana pendpt tuan ttg org yg ada saka ssh ketika sakaratul maut? hanya bertanya ye, sbb tuan dr kalangan yg lbh tahu ttg hal saka Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by malaybuddy on Fri Oct 23, 2009 1:50 am

Lain keluarga lain cara saka berpindah. Ada kelainan tentang cara diturunkan. Saya pernah dengar seorang mengatakan yang dia, ayah dia dan anaknya bomoh yang boleh mengurut orang dan merawat penyakit. Dalam sistem keluarga saya, saka yang kehilangan tuan akan datang dan kami boleh menolak untuk terlibat. Saka boleh datang semasa sedar dan dalam mimpi. Biasanya saka akan menyerupai pemiliknya. Saya pernah diberitahu jika terjumpa orang yang memakai kopiah jawa dan wajahnya menyerupai wajah datuk saya, beri salam. Jika berjumpa dalam mimpi, saka akan menyerupai moyang datuk saya iaitu Pengeran Yudo Kardono. Nama dia yang lain ialah Raden Kudo Kardono.

malaybuddy
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 3
Age: 63
Location: Klang
Registration date: 2009-10-21

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Paranorms on Sat Oct 24, 2009 10:28 am

malaybuddy wrote:Lain keluarga lain cara saka berpindah. Ada kelainan tentang cara diturunkan. Saya pernah dengar seorang mengatakan yang dia, ayah dia dan anaknya bomoh yang boleh mengurut orang dan merawat penyakit. Dalam sistem keluarga saya, saka yang kehilangan tuan akan datang dan kami boleh menolak untuk terlibat. Saka boleh datang semasa sedar dan dalam mimpi. Biasanya saka akan menyerupai pemiliknya. Saya pernah diberitahu jika terjumpa orang yang memakai kopiah jawa dan wajahnya menyerupai wajah datuk saya, beri salam. Jika berjumpa dalam mimpi, saka akan menyerupai moyang datuk saya iaitu Pengeran Yudo Kardono. Nama dia yang lain ialah Raden Kudo Kardono.


saya agak keliru sikit disini...adakah yg tuan maksudkan saka itu adalah jin? or sesuatu yg lbh tggi, mksud saya mgkin roh2 suci dr nenek moyang?
kalau saka jenis jin yg di puja n diberi makan dan or apapa hadiah sbg imbalan pertolognnya, maka menurut pendapat sy perkara ini lbh byk ngtf drpd positifnya...mgkin tuan ada pandnagan sndiri, sama2 kita cari hakikatnya Very Happy

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by malaybuddy on Sat Oct 24, 2009 12:08 pm

Secara peribadi saya fikir saka adalah makhluk halus; jin, hantu atau bunian. Dalam keluarga saya ada juga yang berpendapat jika yang datang itu semasa sedar atau dalam mimpi menyerupai Pangeran Yudo Kardono, itu adalah roh Pangeran Yudo Kardono. Tidak mungkin. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali. Kalau sudah mati, tidak akan datang lagi ke dunia. Ada orang pada zaman dulu yang beragama hindu atau buddha bertapa di atas gunung atau di dalam tanah untuk mendapat sesuatu kelebihan. Ada juga yang dapat jin sebagai hadiah. Jin dibela dan ia setia kepada tuannya. Apabila tuannya mati, jin akan ikut orang yang biasa ia temu iaitu anak atau cucu tuannya. Kudo Kardono saudara sepupu dengan Gadjah Mada. Mereka mempunyai datuk yang sama. Oleh kerana mereka kuat sebagai pahlawan Madjapahit, seorang dapat gelarang "Kuda" dan seorang lagi dapat gelaran "Gajah". Membela jin sangat mudah. Lebih susah kalau bela anjing, kucing atau biawak hijau. Makanan jin ialah asap. Asap mudah didapati. Zaman dulu kena bakar sesuatu untuk mendapatkan asap. Zaman sekarang kenderaan yang berenjin banyak keluarkan asap. Jin suka asap yang wangi daripada pembakaran bahan organik seperti kemeyan, colok dan rokok kretek. Sekali sekala jamu jin peliharaan dengan asap kemeyan. Mudah, kan?

malaybuddy
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 3
Age: 63
Location: Klang
Registration date: 2009-10-21

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Paranorms on Sun Oct 25, 2009 8:35 pm

malaybuddy wrote:Secara peribadi saya fikir saka adalah makhluk halus; jin, hantu atau bunian. Dalam keluarga saya ada juga yang berpendapat jika yang datang itu semasa sedar atau dalam mimpi menyerupai Pangeran Yudo Kardono, itu adalah roh Pangeran Yudo Kardono. Tidak mungkin. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali. Kalau sudah mati, tidak akan datang lagi ke dunia. Ada orang pada zaman dulu yang beragama hindu atau buddha bertapa di atas gunung atau di dalam tanah untuk mendapat sesuatu kelebihan. Ada juga yang dapat jin sebagai hadiah. Jin dibela dan ia setia kepada tuannya. Apabila tuannya mati, jin akan ikut orang yang biasa ia temu iaitu anak atau cucu tuannya. Kudo Kardono saudara sepupu dengan Gadjah Mada. Mereka mempunyai datuk yang sama. Oleh kerana mereka kuat sebagai pahlawan Madjapahit, seorang dapat gelarang "Kuda" dan seorang lagi dapat gelaran "Gajah". Membela jin sangat mudah. Lebih susah kalau bela anjing, kucing atau biawak hijau. Makanan jin ialah asap. Asap mudah didapati. Zaman dulu kena bakar sesuatu untuk mendapatkan asap. Zaman sekarang kenderaan yang berenjin banyak keluarkan asap. Jin suka asap yang wangi daripada pembakaran bahan organik seperti kemeyan, colok dan rokok kretek. Sekali sekala jamu jin peliharaan dengan asap kemeyan. Mudah, kan?


menarik n mendalam pengetahuan tuan ttg saka ni Smile
saya setuju bahawa saka itu adalah mkhluk ghaib berupa jin. cuma klu ikut pengalaman, x semua saka ni setuju utk dijamu dgn mkanan2 ringan spt asap. ada juga yg minta pulut, ayam kg, kambing malahan sampai ke tahap minta darah atau nyawa manusia...semakin besar pangkat jin yg dipuja, semakin besar pula tugas yg blh dia buat dan semakin tinggi pula la permintaannya... dan yg plg dahsyat kalau sampai ke tahap kita trade jiwa kita dgn mereka ni semata2 utk mendapatkan bantuan dan khidmat drpd dorang.

ttg ruh ada juga pendapat berbeza yg mengatakan bahawa ruh org yg sdh meninggal dunia msh blh berkomunikasi dgn org2 yg msh hdp...sy pernah terbaca dlm kitab imam Al Ghazali, Ihya Ulumuddin, dimana ketika beliau dlm suluknya dan sampai ke maqam tertentu, beliau dapat ,melihat dan berkomunikasi dgn ruh2 org soleh...maaf kalau silap, terbaca kitab ni masa kecik2 dlu hehe

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by maza9071 on Thu Oct 29, 2009 2:15 pm

Saka (keturunan)

Definasi:

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lamasehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan dipertrunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, meeka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-anam seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.


Dalil:

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:
Ertinya:
"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.


Pertalian Antara Jin Dan Saka:

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.


Dalilnya:
Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:




Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."


Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.

-yang pernah dilampirkan

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.


Proses Perpindahan Saka:


Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:


Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.

Firman Allah s.w.t.:



Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16



Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.

Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.

Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganngya.

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by bazz on Thu Oct 29, 2009 10:00 pm

Salam....Selalu nya saka ini akan diturunkan atau dipusakan melalui amalan atau upacara tertentu yang mesti diadakan setiap tahun atau tempoh yang tertentu.Seperti setiap tahun mesti diadakan kenduri dan pada masa kenduri tersebut disediakan satu talam hidangan yang mengandungi seperti ayam panggang,pulut kuning,berteh,lempeng atau sebagai nya yang mana makanan tersebut akan dikhaskan untuk dimakan oleh ahli keluarga tersebut.Dan ada juga setengah nya akan mengasapkan keris atau barang pusaka setiap tahun.Jika perkara tersebut tidak dilakukan setiap tahun maka salah seorang ahli keluarga tersebut akan jatuh sakit.Wallahua'lam.

bazz
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 3
Age: 48
Location: malaysia
Registration date: 2009-10-25

Back to top Go down

Re: BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN..........

Post by Chaz.e on Sat Oct 31, 2009 2:20 am

bazz wrote:Salam....Selalu nya saka ini akan diturunkan atau dipusakan melalui amalan atau upacara tertentu yang mesti diadakan setiap tahun atau tempoh yang tertentu.Seperti setiap tahun mesti diadakan kenduri dan pada masa kenduri tersebut disediakan satu talam hidangan yang mengandungi seperti ayam panggang,pulut kuning,berteh,lempeng atau sebagai nya yang mana makanan tersebut akan dikhaskan untuk dimakan oleh ahli keluarga tersebut.Dan ada juga setengah nya akan mengasapkan keris atau barang pusaka setiap tahun.Jika perkara tersebut tidak dilakukan setiap tahun maka salah seorang ahli keluarga tersebut akan jatuh sakit.Wallahua'lam.


Sekadar untuk berkongsi, Saya mempunyai seorang rakan yang keluarga nya mengamalkan saka sejak dari nenek moyang hingga turun temurun...Untuk di jadikan cerita rakan sy ni sentiasa mendapat musibah. dia seorang perempuan. Tiap tahun ade je ahli keluarga terdekat dia meninggal hingga baru2 ini ayahandanya...dan tidak lama kemudian adiknya pula.....so bagi pendapat sy saka ni merbahaya dan x perlu mengamalkannya..

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum