Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by maza9071 on Wed Mar 04, 2009 9:24 pm

Salam mari kita kupaskan aper itu energi alam yang mana banyak pihak yang salah tafsirkan apabila di sebut UNIVERSAL ENERGY yang kononnya tak selari dgn islami bagi yang muslim dan juga dikaitkan dengan jin,...sila para yang arif memberi input... sunny study

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by Paranorms on Thu Mar 05, 2009 12:04 am

salam....ya sila...sila...

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by maza9071 on Thu Mar 05, 2009 11:17 pm

http://www.geocities.com/kidipm/images/sumbertenaga.jpg

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by maza9071 on Thu Mar 05, 2009 11:19 pm

JENIS-JENIS TENAGA

1. TENAGA UBUDIYAH

· Doa seorang yang soleh dengan penuh kepercayaan.

· Jiwa yang suci, bersifat rendah diri, takwa, tawakal dan sabar.

· Apabila seseorang itu semakin suci jiwanya, aura atau gelombang elektromagnetnya tadi akan memiliki cahaya daripada alam ruh atau cahaya kerohanian yang suci membuka diri untuk menerima tenaga Illahiyah.

· Seseorang yang hampir dengan Allah jiwanya kuat dan memiliki beberapa keajaiban seperti maunah atau karamah.

Sains Fizik :

§ Semakin kecil luas permukaan sesuatu objek itu, maka semakin tinggi daya yang bertumpu padanya.

§ Tenaga keupayaan sesuatu objek.

§ Semakin tinggi seorang itu ke atas bumi (dari paras laut), semakin rendah tekanan udaranya (atmosfera) manakala tekanan di dalam dada tinggi menyebabkan manusia sesak nafas, manusia akan mati.

Ulama Tasawuf, Syaikh Abu Yazid Al-Bustami berkata :

“Semakin tinggi perjalanan ruhnya ke hadrat Allah (langit) perasaannya semakin hancur terhadap dirinya, sehingga kemuncak pendakiannya akan leburlah dirinya (binasa) atau fana. Tenggelam ia dalam syuhud kepada Allah SWT sehingga perasaannya seolah-olah tiada wujud dirinya.”

Sains Fizik :

Contoh : Atom hidrogen, bakteria, virus, air terjun.

Mengecilkan diri ini sebenarnya kita menjadi seperti atom, mikroorganisma (bakteria, virus). Semakin kecil atom (jisim relatif rendah) maka semakin hebat tenaganya – Hidrogen. Semakin kecil bakteria/virus maka semakin tinggi risiko, kuat kuasanya, sukar dikesan atau di musnahkan!

Sains Islam :

§ Seseorang yang berjiwa tenang dan tawadhu’, maka ia memiliki tenaga yang tinggi dan kuat.
2. TENAGA KEROHANIAN

Diperolehi daripada amal soleh seperti solat, al-Quran, sedekah, selawat dan sebagainya.

3. TENAGA DALAM

i) Tenaga ‘Kerehatan’

Ia adalah satu tenaga yang wujud ketika janin mula terbentuk. Tenaga inilah yang bekerja membentuk tubuh dengan sempurna. Apabila selesai, tenaga ini diam dalam keadaan ‘tidur’ di dalam tulang sulbi. Ia berada dalam lapisan yang lebih dalam dari nasma dan ‘dibungkus’ di dalam 7 lapisan. Dalam Yoga, ia dipanggil ‘Kundalini”.

Mengikut Sufi, ia adalah tenaga Ruh al-Hayat yang bergabung dengan oksigen.

Tenaga yang tersimpan ini boleh dibangkitkan apabila seseorang itu melakukan teknik pernafasan yang disertakan keheningan yang tinggi.

ii) Tenaga Nasma

Ulama Tasawuf :
- Qarin, Nasma
- Ia semakin kuat bila teknik penafasan yyang teratur bergabung dengan konsentrasi akal.

Sains Fizik :
- Medan elektromagnet pada tubuh badan manusia.
- Ia dikenali juga dengan Tenaga Dalam, CChi, Prana, Tenaga Batin, Human Eenergy Field


Gelombang elektromagnetik = NASMA / diri batin / Qorin/ Aura

4. TENAGA FIZIKAL

- Penghasilan tenaga daripada proses penguraian dan sintesis karbohidrat, protein atau lemak dengan enzim dengan kehadiran oksigen (metabolisma).

- Tenaga disimpan dalam molekul ATP (adenosina trisfosfat). Apabila badan memerlukan tenaga, molekul ATP dipecahkan dengan mudahnya untuk membebaskan tenaga.

5. TENAGA MINDA (sila rujuk m/s 16)

Sains Fizik :

§ Ia adalah gabungan unsur zohir dan unsur ghaib (Ruh).

§ Ia bertindak sebagai pemancar dalam mengolahkan gelombang

§ Ia berkebolehan menjadikan tenaga dalam bentuk gambaran dalam dirinya sehingga
akhirnya menjadi kenyataan di alam zahir dengan izin Allah.

§ Ia memiliki gelombang yang amat laju melebihi kelajuan cahaya biasa.

Sains Islam :

§ Akal yang bersifat air boleh mengawal dan memadamkan sifat api iaitu nafsu.



6. TENAGA EMOSI (sila rujuk m/s 12)

Sains Fizik :

§ Keheningan/ketenangan memiliki tenaga yang kuat. Umpama objek pegun (tak bergerak) dengan objek yang bergerak – kereta.

Sains Islam :

§ Seseorang yang tenang memiliki tenaga Ilahiyah yang amat hebat! Doa makbul, hajat
mudah tercapai,

"Kasih sayang adalah suatu tenaga yang tinggi, mempunyai gelombang penyembuh pelbagai penyakit yang berkaitan dengan emosi dan boleh melemahkan syaitan. Syaitan tidak memiliki sifat kasih sayang."
7. TENAGA ALAM

- Tanah/bumi : zat makanan, permata/kristal, wangian/aroma tumbuhan

- Cahaya matahari

- Cahaya bulan

- Air

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by Paranorms on Fri Mar 06, 2009 7:21 am

thanks abg maza....sgt menarik n informatif...

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by Temma on Fri Apr 03, 2009 8:06 am

mantapin..

Temma
Sangat Aktif
Sangat Aktif

Male
Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by Paranorms on Tue May 05, 2009 4:29 pm

jgn cuma membaca yee..cuba try explore sendiri tenaga2 tersebut Razz

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by Paranorms on Wed Jun 10, 2009 10:45 pm

energy dan kehidupan x dpt di pisahkan...utk mendapat kekayaan, perlu ada energy kekayaan, utk mendapat kebahagiaan kita perlukan energy kebahagiaan, utk mendapat kekasih, kita perlukan enrgy cinta dan enrgy pesona, utk sukses maka kita perlukan energy kesuksesan... slh satu cara plg mudah utk mendapat energy adalah dgn selalu bergaul dgn org yg ada energy...contoh jika ingin kaya, bergaullah dgn org kaya agar kita dijangkiti dgn enrgy kekayaan mereka...kalau mau berilmu, maka bergaullah dgn org2 berilmu...jgn salah pergaulan.sbb org yg kita gauli akan menjangkitkan energynya kpd kita....x percaya, TRY la!!! hihihi

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by AuraNurShifa on Thu May 13, 2010 12:42 pm

percaya percaya. selalu sgt tiba je dok asyik jumpa dengan org yg hebat2 dan kaya kaya. Tapi kita tak kaya kaya lagi..huhu...

AuraNurShifa
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by Paranorms on Wed May 19, 2010 7:45 am

haha...bila sdh pasang niat, tunggu lah dgn yakin dan pasrah...insyaAllah ia akan dtg dgn mudah...jgn rasa 'terlalu mahu' atau desperate dgn sesuatu, sbb itu akan menghalang energy utk mewujudkan impian dgn sempurna Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by maza9071 on Fri Jun 11, 2010 3:51 am

Paranorms wrote:haha...bila sdh pasang niat, tunggu lah dgn yakin dan pasrah...insyaAllah ia akan dtg dgn mudah...jgn rasa 'terlalu mahu' atau desperate dgn sesuatu, sbb itu akan menghalang energy utk mewujudkan impian dgn sempurna Smile



betul2 just do it bounce

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by izad on Tue Jun 29, 2010 5:13 pm

Askum semua. saya dapat artikal ni kat satu laman web perubatan islam. Boleh sapa2 ulas lagi bagus komen dr para masters.....

TUESDAY, MAY 25, 2010
reiki, teknik uji ilmu salah atau betul
Assalamualaikum,

kisah benar, seseorang telah menelefon saya, syukur alhamdulillah kerana saya pernah mempelajari perkara reiki ini dan mungkin dapat membantu saudara seislam saya yang keliru dengan perkara ini yang saya kira sangat halus dan sulit. memandangkan reiki ini juga digandingkan dengan bacaan dari alquran dan asmaul husna, pengajarnya pula islam, nampak warak.
Pada saya ilmu reiki ini memang clear salah. saya sendiri ambil masa untuk terima hakikat benda ini konsepnya salah.

1. sejarah ceritanya dari awal lagi dah nampak keraguan untuk ilmu-ilmu yang diterima oleh islam. Macamana guru pengasasnya pi bertapa, nampak kilat dan dengan ilmu batin, boleh sembuhkan org. Ada juga dapat dari piramid, bertapa dapat ilham. Sape bagi ilham dengan jalan pelik macam ni?. Allah tetap izinkan tetapi adakah benar jalan ilmu ini?

2. reiki boleh dibuat dgn alquran, doa, mantera hindu, doa kristian takde masalah, simbol reiki dah jadi suci, sama ke atau tak sama dengan ayat alquran, rawatan atau teknik tetap jadi. (halus mesej kesyirikannya).ingat amalan sihir pun boleh berlaku dengan ayat alquran, pernah dengar khadam ayat?jin takde masalah dengan alquran kerana niat kita.

3.kita rasa kita lebih dari orang lain,( lebih dari orang alim, ulamak, ustaz yang setakat baca alquran tanpa reiki)kita yang ada 'power aura'yang diragui sumber jalannya, disebalik memohon power dari Allah.

4. nanti ada yang kata ada antara teknik reiki yang bagus, boleh pakai, cuma ingat..konsepnya yang penting. Konsepnya manusia ada satu 'power dalaman' yang didapati dengan diaktifkan melalui simbol suci (simbol hindu, budhha, agama kuno mesir pun boleh pakai?) dan bersama 'power Allah.' Power dalaman ini kalau digandingkan dengan alquran kan bagus?

5. Niat memang baik, namun Perhatikan punca asal pembelajaran ilmu reiki. Jika anda terasa sangat ragu, Disitu kuncinya.

Ok., saya mungkin salah juga......so as they said.


Namun untuk kepastian ilmu ini betul atau salah, saya mengesyorkan teknik doa berikut, yang saya ambil dari teknik dalam blog prains nursyifa, dan diadjust sedikit.

Syahadah 1x

Istighfar 3x

Solawat 3x

Surah al-Isra: 81...21x (3x pun takpe)


Surah al-Isra': 50....21x (atau 3x)


Surah al-Baqorah: 174....21x (atau 1x)
174. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, yaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api[109], dan Allah tidak akan berbicara[110] kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih.

Solawat 3x



Sekiranya tiba-tiba ada rasa sensasi tertentu seperti angin dalam perut berpusing-pusing (memulas macam termakan makanan basi)...insyallah petanda dialah tu.Sekiranya takde kesan, alhamduLILLAH

(Sebagai tambahan, selepas bacaan boleh ditiup pada tangan yang diletak pada peha dan diangkat sedikit jari-jarinya,dengan tapak tangan masih diletak seperti cara angkat jari telunjuk dalam solat, rukun tahiyat akhir, cuma kali ini keseluruhan ibu jari sehingga jari kelinking diangkat )

Maaf jika terasa. Saya sendiri puas mencari kesalahan dan keraguan reiki ini sehingga sampai satu ketika kesedaran konsep. Maklumlah duit dah banyak dibelanjakan, sementelah pernah merawat ibu sendiri yang sakit dengan kaedah reiki.


izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by Paranorms on Tue Jun 29, 2010 11:14 pm

trima ks atas artikel tu Smile

hehe biarla mereka dgn kefahaman mereka msg2... rezeki msg2 manusia mmg berbeza dlm mendapat ilmu drNya. tpi itu satu hikmah agar kita selalu menyedari bahawa yg maha tahu hanyalah Dia Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by izad on Tue Jun 29, 2010 11:30 pm

ok. Just sekadar berkongsi dgn tuan.

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by maza9071 on Sun Aug 15, 2010 4:27 am

FATWA TENTANG REIKI

Bagi anda yang ragu-ragu tentang Reiki dalam Islam, bolehlah merujuk kepada fatwa dibawah.



Fatwa by:

Sheikh Ahmad Kutty

A Senior Lecturer and an Islamic Scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada.





Date:

Sunday,Jan 12 ,2003

On Islam Online:

http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=evY6h8



Question:

Salamu `Alaykum. Reiki is a Japanese art for healing which was re-discovered by Mikao Usui in early 1900. This is a way of treatment with the energy through the hands. While giving treatment, there is no such concept which is against our belief. However, the way of attunement and use of some signs before a treatment is disturbing me and it seems to be deriven from Budha's thoughts.

I use Reiki with very firm belief in Allah, and there is no teaching of Budha's thoughts at all although I know that we should pray Allah before giving treatment to anybody. Could you please let me know if Reiki practice has any interaction with the teachings of Islam?

By: Shibab



Answer:

Wa`alaykum As-Salaamu Warahmatullahi Wabarakatuh.



In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.



"If the kind of treatment you have indicated does not involve any procedures unacceptable in Islam, and there is no assuming of invoking anyone other than Allah for healing, then there is nothing in Islam objectionable to this practice.

In fact, the Prophet (peace and blessings be upon him) taught us that if anyone can help his brother or sister in any way, let him do so without hesitation. Therefore, if Reiki has been found to be a beneficial method of treatment, a Muslim should never hesitate in making use of it." Allah Almighty knows best.



Walabagaimanapun suka diingatkan bahawa Kundalini Reiki tidak langsung menggunakan simbol-simbol yang meragukan. Hanya berteraskan konsep Niat dan Pasrah kepada Tuhan yang Maha Esa. Lebih tepat lagi ialah - BERDOA (niat diberikan kesembuhan - beri energi positif dari alam) dan PASRAH (bertenang, relaks, santai dan bertawakal kepada Tuhan yang Maha Esa)

http://www.reiki-malaysia.com/index.html

sekadar info

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by maza9071 on Sun Aug 15, 2010 4:32 am

Artikel ini disiarkan di Majalah Misteri edisi September, 2007. Diposkan diblog 7chakra.com/blog pada 10hb September, 2007.

Reiki Penyembuhan Kerohanian

Penyakit adalah menifestasi ketidak seimbangan tenaga yang berlaku dalam sistem bio-tenaga manusia. Kebanyakkan penyakit fizikal merupakan kesan akhir apabila suatu bentuk tenaga mengalami kekurangan, kebocoran, terlalu aktif (hyper-active), tidak stabil dan terganggu dengan gelombang rediasi. Pancaran gelombang berfrekuensi tinggi dari luar tubuh boleh membocorkan medan aura malah jika ia berlarutan atau terlalu kuat; ia mungkin merosakkan bateri hayat manusia iaitu sistem chakra tubuh. Radiasi boleh berlaku dari beberapa unsur atau sebab umpamanya kesan pendedahan sistem aura kita secara berterusan atau berpanjangan kepada gelombang elektromagnatik seperti pekakas elektrik, elektronik, talifon bimbit, gelombang radio dan lain-lain. Malah, gangguan gelombang radiasi juga boleh berlaku dari elemen sihir, lintasan jin, santau, saka dan seumpamanya.

Secara ilmiah, apabila berlaku gangguan arus tenaga pada tubuh manusia; sistem sel tubuh tidak dapat bekerja seperti sediakala. Sebagai contoh apabila kita mengalirkan arus tinggi kepada pekakas elektrik yang berarus rendah atau perkakas yang menggunakan plug adapter untuk mengecilkan arus elektrik biasa seperti talifon bimbit, pekakas tersebut mungkin terbakar atau rosak. Begitu juga tubuh, andaikata seseorang mengalami gangguan jin yang menggetarkan frekuensi gelombang yang tinggi (infra merah); sistem sel dan seluruh sarafnya akan mengalami kejutan arus secara berterusan lalu mengakibatkan kerosakkan berlaku. Malah adakalanya ia akan menjadi terlalu aktif (hyper-active) dan mencorak aktiviti luar biasa yang menongkah adat seperti histeria, gangguan penafasan, kesakitan yang memuncak, hilang pertimbangan, hilang keseimbangan dan sebagainya.

Suatu masa dahulu dikalangan pengamal medik moden, perkara atau penyakit sebegini sering mengelirukan mereka. Ujian atau dignosis akan berubah-ubah dari masa ke semasa dan akan mengakibatkan kesilapan dalam ujian atau penilaian terhadap simptom penyakit. Lalu ini menyebabkan ubat atau rawatan yang diberi gagal memberi kesan segera atau positif. Namun begitu dewasa ini perkembangan ilmu dan teknologi sains telah banyak membantu untuk kita memahami keadaan tersebut dengan lebih mendalam. Kini, sains juga mampu menjelaskan teori-teori perubatan tradisional atau purba yang telah diwarisi zaman-berzaman dalam konteks bagaimana ia berkesan untuk sistem tubuh antaranya amalan mandi bunga, berpantang, berbarut, mengurut, aromaterapi, refleksologi, akupuntur, REIKI dan lain-lain. Antara penjelasan yang utama tentunya dengan penemuan teori Sistem Bio-Hayat manusia yang membicarakan tentang sistem arus gelombang, meridian, nadis, kundalini, aura dan chakra pada tubuh manusia.

Teknik Terapi Reiki merupakan rahsia penyembuhan alami yang berinti-patikan kemaha kuatan doa (yang juga adalah gelombang) oleh si pesakit dan pengamalnya. Secara luarannya, pengamal Reiki seolah-olah hanya memberikan sentuhan melalui tangannya ke kawasan yang mahu di alirkan tenaga. Namun secara sains fiziknya, pengamal tersebut sebenarnya sedang mengalirkan gelombang tenaga positif kepada si penerima. Pengamal akan memulakan rawatannya dengan kekuatan niat dan doanya untuk menjadi medium pengantara agar tenaga penyembuhan alam dapat dialirkan kepada pesakit. Ini secara otomatik akan memancarkan signal positif kepada alam yang seterusnya akan menarik gelombang-gelombang positif alam kepadanya. Dari sudut islam, gelombang cahaya ini bolehlah diumpamakan seperti Nur Illahi yang telah Allah anugerahkan untuk sekelian makhluknya di alam ini.

Zat Illahi atau gelombang tenaga alam ini lebih mengetahui akan keperluan sipenerima rawatan ini. Maka dengan itu, pengamal Reiki biasanya hanya menumpukan doa-doanya sebagai pemohonan dan menyerahkan (tawakal) kesan penyembuhan tersebut pada yang Hak. Malah bagi pengamal muslim, mereka digalakkan membaca ayatul Quran sepanjang tempoh rawatan. Sekiranya terdapat gangguan arus radiasi seperti gangguan jin; pertembungan tenaga alami Reiki dan getaran arus tinggi dari makhluk halus ini akan menghasilkan tindak-balas yang akhirnya tenaga alami ini akan meneutralkan atau mendiscajkan arus tinggi tersebut dari sistem tubuh. Secara tidak langsung, tenaga alami ini akan meransang semula sistem kekuatan roh seseorang bagi mengembalikan atau memulihkan semangat dan jiwanya untuk terus mengkhalifahkan tubuh, minda dan emosi seperti sediakala. Melalui pemantapan sistem kerohanian, hidup seseorang (emosi, minda dan tubuhnya) akan menjadi lebih sihat dan sempurna.

Haruslah diingat bahawa Terapi Reiki merupakan salah satu kaedah rawatan komplementari yang membicarakan tentang sistem bio-energi manusia. Melaluinya pengamal mempelajari kaedah atau teknik untuk merawat. Pemantapan dan tahap tenaga si pengamal bergantung pada ILMU, disiplin latihannya serta pengalamannya. Jika skil atau teknik ini diadun sempurna dengan tahap kerohaniannya; sudah tentulah hasilnya menakjubkan. Seperti anda belajar memandu, dari lesen L hingga dapat P dan seterusnya hinggalah lesen penuh; anda menggunakan skil & teknik memandu yang dipelajari untuk mencipta pengalaman dalam pemanduan. Seterusnya apabila skil pemanduan ini diadun dengan minat, penghayatan dan penelitian anda (aspek kerohanian) terhadap sesuatu jenama kereta (contohnya kereta Jepun jenama Toyota); ia menghasilkan suatu keserasian yang hebat bagi diri anda. Begitulah perjalanan anda dalam mempelajari ilmu Reiki.



maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by airy on Fri Dec 03, 2010 11:28 pm

Salaam Tn, Teknik rawatan apapun yg digunakan tiada masalah, cuma yg menjadi masalah apabila kita tiada kesedaran bahawa tenaga manakah yang kita serap atau ambil dan alirkan untuk tujuan perubatan. Kalau sekiranya tenaga tersebut bukan berasal dari yg Hak maka akan menimbulkan masalah kepada perawat dan juga yg dirawat. Cuma pesan saya agar mohonlah petunjuk daripada Zat tuhan yang bernama Allah, kerana dialah yang maha berkuasa yg memiliki segala Zat i.e maha berkuasa(qudrat), maha berkehendak(Iradat), maha mengetahui (Ilmu), Maha hidup (Hayat ), maha mendengar (sama'), Maha melihat (Basar) dan maha berkata2(Qalam). Semoga tenaga yg diambil tersebut bukannya berasal dr tenaga yg berada di dalam tubuh bayang2.

Semoga mendapat pencerahan.

airy
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 4
Age: 32
Location: kl
Registration date: 2010-11-15

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by maybal on Sat Dec 04, 2010 6:36 am

energi alam semesta yang ramai menyebut2nya dengan istilah energi Reiki adalah suatu energi ciptaan Allah yang multifungsi dan punya tingkat2 dimensi yang tersangat banyak tidak terbatas...

energi2 ini diciptakan Allah untuk menafaat bagi kehidupan makhluk2 ciptaanNya...tiada sesuatu yang diciptakan Allah melainkan kebaikan untuk makhluknya....atas kita apakah udah punya ilmu yang wajar untuk mengakses energi2 ini....

energi yang bisa di olah dan ditransformasikan bagi mereka yang mengerti dalam bentuk apa jua dan bidang ilmu apa saja ....

masalahnya metoda apa yang terbaik dalam mengakses energi2 sedemikian....supaya kita tidak lari dari landasan islam dan menyimpang jauh....

mudah2an tuan airy bisa memberikan metod2 nya....

mohon pencerahan sekali lagi tuan airy...


maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by airy on Sat Dec 04, 2010 7:47 am

Salaam, method untuk mengakses adalah sukar untuk diperjelaskan disini kerana tiada bersesuaian dengan keadaan.Ayat boleh dinyatakan tatapi kefahaman adalah sesuatu yg bersifat abstrak. Sesuatu yg berkait dengan bab "Rasa" adalah sesuatu yg sukar untuk diperjelaskan. Diumpamakan seperti bagaimana untuk menjelaskan rasanya "buah durian" sekiranya orang yang hendak diperjelaskan tersebut belum pernah merasa bagaimana rasa buah durian tersebut. Tetapi sebagai panduan, sekiranya tenaga tersebut positif, maka kesannya adalah bersifat Bismillahirrahmanirrahim dan tiada kesan negatif keatas perawat ( i.e. tiada masalah dlm bentuk perawat diserang dsb.)

Semoga memperolehi pencerahan. Insyaallah.

airy
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 4
Age: 32
Location: kl
Registration date: 2010-11-15

Back to top Go down

Re: Tenaga alam yang salah ditafsirkan & aper itu UNIVERSAL ENERGI

Post by Paranorms on Sat Dec 04, 2010 10:56 am

sdg menjadi pemerhati yg setia Smile

mgkin tn airy berkenan berkongsi ilmunya Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum