Misteri Bukit Melinsung - Part 2
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Pengalaman dan Testimonial :: Pengalaman Misteri, Paranormal, Mistik dsb.. | Paranormal, Mystery, Mystic Experiences etc...
Page 1 of 1 • Share •
Misteri Bukit Melinsung - Part 2
Beberapa tahun dulu, masa aku masih bersekolah, aku datang dan tidur di rumah abangku yang masa tu baru bekerja dan menyewa di Sembulan, Kota Kinabalu. Suatu hari, datang seorang sepupu ke rumah abangku dan kami bertiga bersembang sehingga pukul 1.00 pagi. Lepas tu beliau pun balik ke kampung menaiki motor scrambler model DT beliau. Abangku kata, kenapa tak tidur sini, nanti kat Bukit Melinsung ada orang tunggu.
Kebetulan, masin mulut abangku, beliau memberitahu keesokannya bahawa pagi buta tu, dalam pukul 2.00 pagi, scrambler beliau tiba2 bergerak perlahan dan tidak boleh mendaki Bukit Melinsung, walaupun enjin masih hidup. Malah ketika memulas minyak, enjin motor beliau mengaum kuat tetapi tidak mahu bergerak, walaupun gear 1 sudah di tekan. Dalam kekalutan tu beliau melihat ke puncak bukit dan ternampak dua kaki yang cukup besar dan tinggi melangkahi bukit tersebut. Badan dan kepala makhluk tersebut tinggi ke atas dan terselindung di balik awan. Dalam samar2 cahaya bulan, kaki tersebut melangkah menuju ke bukit bukau sekelilingnya dan apa yang menarik kata beliau ialah ketika kaki tersebut melangkah, percikan air terasa macam hujan renyai2 di pagi2 buta.
Katanya air tersebut rasa masin, menunjukkan ianya air laut. Ini kerana jika anda melalui bukit ini, ia terletak bersebelahan dengan Pantai Melinsung. Dan betul, bukit ini terletak berhampiran laut. Beliau memberitahu bahawa pagi tu adalah pagi yang menakjubkan kerana itu pertama kali beliau bertemu dengan apa yang dipanggil 'Hantu Tinggi' atau 'Hantu Galah'. kata beliau lagi, amat menakjubkan sebab percikkan air laut tersebut membuktikan bahawa memang apa yang beliau lihat adalah sesuatu yang nyata. Malah katanya jalanraya nampak basah.
Beliau terpegun seketika melihat fenomena tersebut dan apabila makhluk tersebut hilang dari pandangan, beliau memulas minyak dan anehnya, motor beliau boleh pula bergerak. Akhirnya beliau sampai juga ke kampung.
Itulah yang beliau ceritakan kepada kami dan beliau masa itu turut mengatakan beliau bertuah kerana malam itu beliau mengalami satu fenomena yang tak pernah orang lain rasai yang mana ramai juga orang terserempak dengan makhluk ini tetapi tidak pernah merasa percikan air seperti hujan renyai!
Aku kata kepadanya, takut yang jatuh tu bukan air laut tapi air kencing makhluk tersebut! Hahahaha...

Re: Misteri Bukit Melinsung - Part 2
seolah-oleh cerita ini menunjukkan dia langsung tidak takut akan kejadian aneh itu....Wah boleh tahan wo...Kalau sy masa tu mesti mula-mula jadi bengong sekejap sbb motor tak boleh jalan...pastu ade plak hantu tinggi. Agak ramai juga cerita-cerita tentang hantu tinggi nie..biasanya diorang ni nak lalu je xde la nak kacau orang. iye tak? 

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e- Webmaster

-

Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12
Re: Misteri Bukit Melinsung - Part 2
memang dia ni jenis berani orangnya...mungkin sebab dia ni ada menuntut...aku percaya dia bukan sembarangan orang, sebabnya masa abang sulung aku tu kahwin aku pernah tengok dia buat sesuatu yang menakjubkan...
Aku ni jenis suka tolong org memasak masa kenduri kahwin. Suatu hari tu, masa tu pukul 5.00 pagi, nasi satu periuk besar yang masa tu di masak menggunakan kayu api dah pun masak. So, masa org tgh sibuk dan tak nampak dia, aku tengok dia dengan selamba pegang tangkai periuk yang dah kena api berjam2 tu dan angkat ke atas meja yang terletak dalam 10 meter dari tempat memasak tu tanpa menggunakan kain atau lapik.
Aku perhatikan dia dan tgh hari tu aku kata aku nampak apa yg dia buat...dan aku tanya apa yg dia pakai...tapi dia sampai sekarang menafikannya...lagipun katanya periuk dah sejuk...hmm...aku tengok api masih marak lagi...

wah...pengamal ilmu batin dia ni.ilmu kebal panas...aiseh bgs ni klu dpt bljr.blh kita berendam di kolam air panas yg blm di tapis hehe

Paranorms- Moderator

-

Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12
Re: Misteri Bukit Melinsung - Part 2
kalau aku yg terkandas tgh mlm buta begitu, ter tengok lagi hantu, aku kompem, mmg pasti pengsan aku nih... sepupu kamu tu brp umur nya?

catmeow- Moderator

-

Number of posts: 451
Age: 24
Location: Miri
Registration date: 2008-02-12
Re: Misteri Bukit Melinsung - Part 2
haha...takkan dibagitaunya apa yang diamalkan...aku pun dah berapa kali memujuk...ni jawaban dia "aku tak pandai" atau "akau tak tahu"...
Umur dia now dah pertengahan 40 an...
Misteri Bukit Melinsung ni belum abis lagi...ada satu cerita lagi yang aku alami sendiri dengan seorang rakan...masa melalui bukit ni pada pukul 4.00 pagi, tahun 2004 kalau tak silap...nanti bersambung Part 3...
Umur dia now dah pertengahan 40 an...
Misteri Bukit Melinsung ni belum abis lagi...ada satu cerita lagi yang aku alami sendiri dengan seorang rakan...masa melalui bukit ni pada pukul 4.00 pagi, tahun 2004 kalau tak silap...nanti bersambung Part 3...
Re: Misteri Bukit Melinsung - Part 2
sambung la.. excited nak baca kisah ni. mmg curam ka bukit ni?

catmeow- Moderator

-

Number of posts: 451
Age: 24
Location: Miri
Registration date: 2008-02-12

Temma- Sangat Aktif

-

Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25
Re: Misteri Bukit Melinsung - Part 2
catmeow wrote:sambung la.. excited nak baca kisah ni. mmg curam ka bukit ni?
Hmmm...lama aku di luar kawasan...tu yang tak sambung2...
Bukit ni takle curam...tak tinggi pun...baru ni aku lalu lagi bukit ni...masa aku balik Sabah 19-20 Mac yang lalu...maybe bulan depan aku lalau lagi bukit ni sebab aku akan berada di Sabah...hehehe...
Banyak cerita misteri tersimpan di bukit ni...nanti akan menyusul part 3...pengalaman sendiri...
Re: Misteri Bukit Melinsung - Part 2
pipsrider wrote:catmeow wrote:sambung la.. excited nak baca kisah ni. mmg curam ka bukit ni?
Hmmm...lama aku di luar kawasan...tu yang tak sambung2...
Bukit ni takle curam...tak tinggi pun...baru ni aku lalu lagi bukit ni...masa aku balik Sabah 19-20 Mac yang lalu...maybe bulan depan aku lalau lagi bukit ni sebab aku akan berada di Sabah...hehehe...
Banyak cerita misteri tersimpan di bukit ni...nanti akan menyusul part 3...pengalaman sendiri...
untuk makluman korang bukit melingsung like bukit2 yang lain berisi n cuma bukit melingsung ada jalan raya..tu la blh tenampak...n plzz dont kata yang bukan2 pasal bukit melingsung kalau tak tahu asal usul pendudukanya..mereka pun macam kita jugak ada kehidupan sdiri malah ketua kawasan tersebut pengiran XXXXXXXX sunguh baik personalitinya kalau bab bab mengubat org beliau selelau diseru..
giukmanga- Rakan Baru

-

Number of posts: 15
Age: 29
Location: Sabah
Registration date: 2009-10-11
Re: Misteri Bukit Melinsung - Part 2
hahaha....hebat...kagum...kagum... 

MaNN RoyaL- Semakin Aktif

-

Number of posts: 362
Age: 22
Location: SabaH
Registration date: 2008-05-23
Similar topics» Bukit Antarabangsa...
» Part 1 Lab 3
» THE RAMAYANA - Part 10
» Basic Cartomancy - Part 2: Number Meanings
» Storms Over Open Fields: By G. Howell Part 23 (keep reading after "the end")
» Part 1 Lab 3
» THE RAMAYANA - Part 10
» Basic Cartomancy - Part 2: Number Meanings
» Storms Over Open Fields: By G. Howell Part 23 (keep reading after "the end")
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Pengalaman dan Testimonial :: Pengalaman Misteri, Paranormal, Mistik dsb.. | Paranormal, Mystery, Mystic Experiences etc...
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum