Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Jangan Pandang Belakang

View previous topic View next topic Go down

Jangan Pandang Belakang

Post by pipsrider on Wed Mar 18, 2009 3:16 pm

Cerita ni sebenarnya tajuk asal tulisan aku kat dalam beberapa blog dan forum. Setelah beberapa tahun, timbul pula cerita seram Ahmad Idham, Jangan Pandang Belakang....tetapi ceritanya tidak sama. Jadi mungkin tajuk tu hanyalah kebetulan...

Bukan aku yang alami, tetapi seorang rakan di Setiawan, Perak. Dia menceritakannya semasa aku bertandang ke rumahnya kerana kebetulan aku balik dari Lumut, Perak. So, singgah kejap kat rumah dia sebab katanya isteri dia masak special hari tu...

Ok, ceritanya begini...

Dia baru saja ditukarkan ke cawangan Kg. Gajah Perak, salah sebuah cawangan yang digunakan untuk tujuan kursus badan-badan kerajaan. Kebetulan pula, wife aku masa pernah berkursus ditempat yang sama selama sebulan dan aku pula kadang datang ke situ siang atau malam. Jadi aku dapat bayangkan tempat tersebut.

Tempat tersebut sebenarnya adalah bekas lombong. Terosorok ke dalam dan terletak beberapa ratus meter dari sebuah kampung kecil. Tempat ni telah didirikan beberapa buah banglo yang bercirikan kolonial british. Sebuah jalan kecil yang menyambungkan kampung tadi dengan kawasan ini ditumbuhi pokok yang besar2 dikiri-kanan. Banglo tu pula banyak yang tidak berpenghuni, semak dan tidak terurus, manakala sebahagiannya digunakan sebagai quarters bagi pekerja di situ.

Hari pertama beliau ditugaskan disitu, kebetulan ada kursus di jalankan sehingga ke lewat malam. Pukul 12.00 tgh malam program tamat dan peserta balik ke kuarters yang disediakan. Beliau bersama 3 orang rakan perlu pula menutup pintu, mengemas apa yang perlu dan menutup lampu. Selesai tugas, mereka keluar dari kawasan menuju ke seberang jalan di mana kuarters terletak. Dua rakan tadi memang tinggal di kuarters berkenaan, manakala beliau terpaks balik semual ke Setiawan.

Ketika melalui jalan yang gelap dengan pokok tinggi sebesar dua pemeluk itu, beliau tiba2 terlihat seorang perempuan sedang berjalan dihadapan. Beliau yang memandu Honda buruk tahun 70 an itu meninggikan lampu. Dan jelas kata beliau seorang perempuan sedang berjalan disebalah kanan bahu jalan menuju ke arah beliau. Anehnya bila lampu ditinggikan, perempuan tersebut menundukkan muka...mungkin silau katanya. Kereta semakin menghampiri..dan beliau berselisih dengan perempuan tadi...sempat juga beliau melihat dengan teliti perempuan tersebut. Tunduk, muka tidak jelas kerana memakai telekung. Berjalan dengan perlahan menundukkan kepala dan anehnya takde pakai lampu walhal jalan gelap dan pokok pula tinggi dikiri kanan.

Beliau berkata dalam hati...ah..penduduk sini agaknya, dah biasa jalan ni sebab tu tak payah pakai lampu suluh. Mungkin balik dari surau atau....eh! Beliau terlihat jam kereta buruk beliau...dah pukul 1.00 pagi? Beliau mula terfikir sesuatu...tak mungkin baru balik surau, sebab dah pukul 1 pagi. Lagipun, kalaupun orang sini, takkan perempuan berani berjalan seorang diri dalam gelap.

Serta merta beliau melihat cermin pandang belakang dan ya Allah! Perempuan tersebut terbang dibelakang kereta beliau! Kata beliau lagi, hati beliau masa tu kecut sekecut-kecutnya dan tekan minyak sekuat hati. Kereta buruk beliau hampir2 terbabas dan ketika brek ditekan, beliau menjeling ke cermin pandang belakang dan terserlah rupa perempuan tersebut...katanya, muka seperti manusia, tetapi tiada biji mata! Gigi pula hitam semuanya...Masih memakai telekung, perempuan tersebut melayang mengekori rapat kereta beliau.

Hampir juga beliau terlanggar pokok ketika sampai disatu selekoh berhampiran kampung dan ketika membelok untuk keluar ke jalan utama, makhluk tadi terbany ke sebuah pokok sambil mengilai panjang...malam itu beliau memecut kereta buruk beliau dengan hati sentiasa berdebar2 malah beberapa kali beliau melanggar lampu merah!

Kata beliau, malangnya hari pertama bertugas di situ, beliau disambut dengan peristiwa menakutkan.

Hmmm..tahu kenapa beliau ceritakannya kepadaku? Sebab masa makan tu aku tanya dia, mana Honda klasik tu? Dia kata dah jual...now dia pakai Iswara...dia kata dia jual sejak peristiwa tu...sebab katanya masa dia menekan minyak malam tu stereng dan body kereta buruk tu habis bergegar...

Dari mana pula aku dapat idea tajuk tu? Sebenarnya, beliau kata pada aku, silap beliau juga sebab memandang belakang melalui cermin...Kata beliau lagi, kalau terjumpa sesuatu seperti itu, jangan pandang belakang, teruskan perjalanan....

pipsrider
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 11
Age: 38
Location: KL
Registration date: 2009-03-11

http://www.fxprima.com/malay

Back to top Go down

Re: Jangan Pandang Belakang

Post by catmeow on Wed Mar 18, 2009 3:42 pm

Shocked affraid

catmeow
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 451
Age: 24
Location: Miri
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Jangan Pandang Belakang

Post by Paranorms on Wed Mar 18, 2009 4:11 pm

seram la hehe...klu di hayati n bygkan kita d tmpt kejadian, blh meremang bulu roma...
truskan menyumbang cerita2 misteri bro Smile

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Jangan Pandang Belakang

Post by pipsrider on Wed Mar 18, 2009 5:32 pm

Banyak lagi cerita yg akan ku sumbangkan...ada cerita terbaru dan ada cerita lama...ada pengalaman sendiri, ada juga pengalaman orang yg diceritakan sendiri oleh org tersebut kepadaku...

Tempat tersebut memang menyeramkan kalau malam...lombong tu tinggalan british dulu...kemudiannya di ambil alih oleh sebuah syarikat korporat. Bila bijih timah habis, ia dibeli oleh badan kerajaan tersebut dan dijadikan pusat kursus.

Masa wife aku kursus di situ selama sebulan aku berulang alik setiap minggu. Wife aku kata kadang malam dengar bunyi orang berjalan...ntahlah...tapi keadaan di situ siang mendamaikan...air lombong belakang kuraters tu damai dan tenang...air membiru...

Tetapi malam agak menakutkan sebab selalunya aku terus ke situ bila bertolak dari KL...sampai malam dan memang menakutkan kerana banglo kosong dan buruk kiri kanan serta pokok besar2 kiri kanan jalan...memang seram...dan agak gelap sebab tiada lampu jalan dan cahaya bulan dilindungi oleh dahan pokok yang merimbun, sunyi pula tu!

Tetapi kalau wife aku kursus situ lagi aku teringin juga pegi waktu malam lagi....bukan berharap jumpa benda begitu, aku pun tak nak...tapi thrill...tu yang bestnya...

pipsrider
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 11
Age: 38
Location: KL
Registration date: 2009-03-11

http://www.fxprima.com/malay

Back to top Go down

Re: Jangan Pandang Belakang

Post by catmeow on Thu Mar 19, 2009 11:07 am

affraid

catmeow
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 451
Age: 24
Location: Miri
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Jangan Pandang Belakang

Post by Temma on Sun Mar 29, 2009 11:05 am

Razz

Temma
Sangat Aktif
Sangat Aktif

Male
Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25

Back to top Go down

Re: Jangan Pandang Belakang

Post by beaufort on Fri Apr 10, 2009 10:27 am

wah tak sangka abg pipsrider kita nie banyak pengalaman camni...hehe

beaufort
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 2
Age: 27
Location: beaufort sabah
Registration date: 2009-03-21

Back to top Go down

Re: Jangan Pandang Belakang

Post by Temma on Fri Apr 10, 2009 10:31 am

jan pandang blakang...hihihihi... affraid

Temma
Sangat Aktif
Sangat Aktif

Male
Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25

Back to top Go down

Re: Jangan Pandang Belakang

Post by Temma on Fri Apr 10, 2009 10:46 am

beaufort ni urg beaufort ka?.. Very Happy

Temma
Sangat Aktif
Sangat Aktif

Male
Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25

Back to top Go down

Re: Jangan Pandang Belakang

Post by MaNN RoyaL on Wed Nov 18, 2009 12:44 pm

ish3...hebat crita ko ni.....sampai aku pn t'tgk wo....eee...cantik tul tau antu tu...

MaNN RoyaL
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 362
Age: 22
Location: SabaH
Registration date: 2008-05-23

Back to top Go down

Re: Jangan Pandang Belakang

Post by MHA on Tue Mar 30, 2010 11:15 pm

eee......takottt.......

MHA
Rakan Baru
Rakan Baru

Female
Number of posts: 25
Age: 27
Location: W.P Labuan
Registration date: 2010-01-09

Back to top Go down

Re: Jangan Pandang Belakang

Post by NoName on Fri Apr 02, 2010 9:18 am

wow bro...
kalo ada cerita lg share2 la....

suda jadi peinat ni.....@@...

NoName
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 328
Age: 26
Location: W.P Labuan
Registration date: 2009-12-20

Back to top Go down

Re: Jangan Pandang Belakang

Post by MHA on Fri Apr 02, 2010 11:16 pm

noname pun klau ada kisah yg best...
share la skali...
mnala tau ada pengalaman...
ataupn bakal ada.... Razz

MHA
Rakan Baru
Rakan Baru

Female
Number of posts: 25
Age: 27
Location: W.P Labuan
Registration date: 2010-01-09

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum