faedah tiru cara Rasulullah makan dan minum?
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Forum Umum | General Forum :: Artikel Ilmu | Knowledge articles
Page 1 of 1 • Share •
faedah tiru cara Rasulullah makan dan minum?
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

kichiro- Rakan Baru

-

Number of posts: 38
Age: 24
Location: sabah
Registration date: 2009-03-10
Re: faedah tiru cara Rasulullah makan dan minum?
nice post..
pasni mau ikut sunnah la...
baru sihat..hihi..
pasni mau ikut sunnah la...
baru sihat..hihi..

Temma- Sangat Aktif

-

Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25
Re: faedah tiru cara Rasulullah makan dan minum?
tahniah saudaraku...kita umat muhammad 

helang putih- Mula Aktif

-

Number of posts: 215
Age: 24
Location: kota kinabalu ums
Registration date: 2009-02-09
Re: faedah tiru cara Rasulullah makan dan minum?
Kaedah Mengikut Sunnah Nabi
Bulan rabiulawwal memahat satu sejarah agung umat Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun terdapat kekhilafan di kalangan pakar sejarah berkenaan tarikh sebenar kelahiran baginda s.a.w., namun telah menjadi satu kelaziman bagi umat Islam di negara ini mengadakan perayaan menyambut hari kelahiran Nabi s.a.w. Adakah boleh kita merayakannya? Di sini, penulis tidak ingin membahaskan isu tersebut kerana terlalu banyak artikel, bahkan fatwa berkaitan hukum menyambut kelahiran junjungan kita Nabi s.a.w. Isu yang perlu diutamakan ialah kita wajib mengikut sunnah Nabi s.a.w. sama ada dari segi perkataan, perbuataan, tinggalan dan juga pengakuan atau ikrar Nabi terhadap sesuatu perlakuan orang lain. Tulisan ini dipetik daripada artikel al-Dawabit al-manhajiyyah li al-ittiba’ al-rasul, susunan Prof. Dr. Solah Sultan. Mudah-mudahan sama-sama mendapat faedah daripadanya. Fokus tulisan hanya pada kaedah pertama.
Kaedah : Bezakan antara mengikut sunnah perkataan, sunnah perbuatan, sunnah tinggalan dan sunnah ikrar.
1. Sunnah perkataan
Ini merupakan rujukan asas yang terkuat dalam pensyariatan hukum. Hukum asal ialah kita wajib mengikut sunnah Nabi, kecuali ketika ada dalil yang memalingkan hukum asal tersebut kepada hukum lain. Contohnya, sabda Nabi s.a.w. : “Tiada solat bagi orang yang tidak ada wuduk dan tiada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah padanya”. Berdasarkan hadis ini, ulama bersepakat bahawa bahagian pertama hadis ini menunjukkan hukum wajib, maka solat orang yang tidak berwuduk adalah batal. Manakala ulama juga bersepakat untuk bahagian kedua hadis iaiatu membaca bismillah adalah sunat dalam wuduk.
2. Sunnah perbuatan
Sunnah ini berada di peringkat kedua selepas sunnah perkataan dari segi kekuatan. Hal ini kerana beberapa faktor :
- Apa yang dilakukan oleh Nabi dan sabit bahawa ia adalah khususiyyat baginya sahaja seperti hukum wisol (berterusan) dalam puasa dan nikah melebihi empat orang wanta. : Ini tidak boleh diikuti.
- Apa yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. kerana sebab sifatnya sebagai manusia biasa seperti dalam soal makanan, minuman, pakaian, kenderaan. Ini tidak dianggap sebagai pensyariatan hukum. Justeru Nabi s.a.w memberi keluasan hukum kepada umatnya. Sabda Nabi s.a.w : ”Makanlah, minumlah, bersedekahlah, dan pakailah tanpa ada perasaan sombong, dan juga pembaziran, sesungguhnya Allah suka untuk melihat nikmatNya atas hambaNya”. Atas dasar inilah, para sahabat yang pergi membuka negeri-negeri memulakan dakwah dengan asas akidah, akhlak dan syariat. Mereka tidak mengubah uruf dan adat bangsa tersebut.
- Perbuatan peribadatan (ta’abbudi). Perbuatan yang bertujuan taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah Taala. Perbuatan Nabi jenis ini sama ada wajib atau sunat diikuti. Sabda Nabi s.a.w. : ”Solatlah sebagaimana aku solat”.
3. Sunnah tinggalan.
Sunnah jenis ini lebih rendah tahap kekuatan pensyariatannya dalam permasalahan wajib mengikutinya. Ia memerlukan kepada qarinah atau bukti sampingan yang menyokong sama ada Nabi s.a.w. meninggalkan perbuatan tersebut kerana pensyariatan atau kerana tabiat semulajadi atau kerana tujuan lain. Contohnya seperti berikut :
- Apa yang ditinggalkan oleh Nabi kerana sebab tabiat semulajadi. Khalid bin al-Walid menceritakan bahawa didatangkan kepada Nabi sa..w. daging dhab yang dipanggang. Kemudian baginda ingin mencapai daging tersebut untuk memakannya. Sahabat terus berkata : “Itu adalah dhab”. Nabi s.a.w. pun berhenti dan Khalid berkata : Adakah ia haram? Lantas Nabi menjawab : “Tidak, tetapi ia tiada di tempat kaumku, maka aku kurang selera”. Kemudian Khalid pun memakannya sedangkan Rasulullah s.a.w. sedang melihatnya”. Begitu juga Nabi s.a.w. gemar memakan bahagian paha kambing dan tidak gemar memakan bahagian lain. Para sahabat tidak mengatakan peninggalan Nabi ini menunjukkan satu pensyariatan kerana ia hanya merujuk kepada citarasa seseorang manusia.
- Apa yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. sebagai satu pensyariatan kepada umatnya. Contohnya, Nabi meninggalkan perbuatan bersalaman dengan wanita. Daripada Aisyah r.a. : “Adalah Nabi s.a.w. berbai’ah dengan wanita melalui ucapan dengan ayat ini { ولا يشركن بالله شيئا } . Katanya : Dan tangan Rasululah s.a.w. tidak pernah menyentuh tangah perempuan lain kecuali perempuan yang dimilikinya”. Maka peninggalan Rasulullah jenis ini merupakan satu pensyariatan dan menunjukkan wajib kita mengikut sunnah ini.
- Apa yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. kerana bimbang difardukan ke atas umatntya. Seperti kata-kata Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. solat di masjid pada satu malam. Lantas orang ramai mengikutnya. Kemudian baginda juga solat pada malam berikutnya. Akhirnya mereka berkumpul pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi s.a.w. tidak keluar juga pada malam tersebut. Tatkala tiba waktu subuh Nabi bersabda : “Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu lakukan. Tidaklah menghalang aku keluar kepada kamu melainkan kerana aku bimbang ia menjadi fardhu ke atas kamu”. Maka peninggalan Nabi dalam kes ini ialah kerana bimbang ia difardukan. Oleh sebab itu, tiada sahabat lain yang megingkari perbuatan Umar r.a apabila beliau mengumpulkan orang ramai untuk berjemaah solat Terawih.
- Apa yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. kerana bimbangkan fitnah. Antaranya ialah Nabi s.a.w. tidak membunuh orang munafik zaman baginda kerana bimbang dikatakan bahawa Muhammad membunuh sahabatnya. Begitu juga Nabi s.a.w meninggalkan binaan kaabah atas binaan awal kerana bimbang orang yang baru memeluk Islam ketika itu kurang memahami situasi itu. Ini wajib diikuti oleh ulama, para mufti, para hakim, pemimpin dan ketua negara dalam memahami akibat sesuatu perbuatan, di mana ditinggalkan membuat perkara yang betul kerana ingin menolak perkara yang lebih buruk.
-
4. Sunnah ikar/taqririyyah
Sunnah jenis ini ada dua kategori :
a) Kategori yang sabit pengetahuan Nabi berkenaannya dan Nabi hanya mendiamkan diri. Ini baru dinamakan sunnah ikar atau taqririyyah dan hanya menunjukkan keharusan perbuatan tersebut. Contohnya kata-kata Amru bin Al-As : “Aku bermimpi satu malam yang dingin dalam peperangan zat al-salasil, maka aku bimbang untuk mandi wajib kerana takut mudarat. Lantas aku bertayammum. Kemudian aku solat dengan sahabat-sahabatku. Mereka pun menceritakannya kepada Nabi s.a.w., dan Nabi berkata : “Wahai Amru, kamu solat dengan kawan-kawan kamu dalam keadaan kamu junub?”. Maka aku memberitahu Nabi sebab aku tidak mandi junub. Dan kataku : Aku mendengar Allah Taala berfirman : {Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sesungguhnya Allah Taala maha menyanyangi dirimu} Nabi s.a.w. pun ketawa dan tidak berkata apa-apa. Jelaslah, ini menunjukkan bahawa ketawa Nabi itu menunjukkan harus bertayammum jika seseorang bimbang kesejukan memudaratkannya. Boleh jadi kes ini akan sampai ke tahap wajib sekiranya mudara itu diyakini dan dipastikan akan berlaku.
b) Kategori yang tidak sabit pengetahuan Nabi walaupun berlaku di zamannya. Ini tidak dianggap sebagai sunnah taqririyyah.
Oleh sebab itu, kita perlu mengenal pasti apa yang diucapkan atau dilakukan atau ditinggalkan atau diikrarkan oleh Nabi s.a.w. dalam permasalahan untuk mengikut sunnah baginda. Ini bertujuan memastikan adakah ia menjadi wajib, haram, sunat, makruh atau harus mengikutinya.
ref:http://albaruhiyy.wordpress.com/2009/03/10/bagaimana-nak-ikut-sunnah/

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e- Webmaster

-

Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12
Re: faedah tiru cara Rasulullah makan dan minum?
insyaAllah tuan2...40 ari...azam... 

Temma- Sangat Aktif

-

Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25
Re: faedah tiru cara Rasulullah makan dan minum?
thanks geng atas penerangan yg jelas tu...
ai temma mcm style karkun ja tu...
ai temma mcm style karkun ja tu...

kichiro- Rakan Baru

-

Number of posts: 38
Age: 24
Location: sabah
Registration date: 2009-03-10

Temma- Sangat Aktif

-

Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25
Similar topics» HATINYA SENTIASA MERINDUI RASULULLAH
» CARA KEMPIS PERUT
» CARA NAK HANDLE HANTU..
» Cara nak membolehkan komputer anda menulis arab/jawi
» faedah tiru cara Rasulullah makan dan minum?
» CARA KEMPIS PERUT
» CARA NAK HANDLE HANTU..
» Cara nak membolehkan komputer anda menulis arab/jawi
» faedah tiru cara Rasulullah makan dan minum?
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Forum Umum | General Forum :: Artikel Ilmu | Knowledge articles
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum