Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Prosedur Rawatan Paranorms Health Center

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Prosedur Rawatan Paranorms Health Center

Post by Paranorms on Thu Jun 18, 2009 2:26 am

First topic message reminder :

Salam sejahtera utk semua...sebagai panduan Very Happy

Prosedur Rawatan Paranorms Health Center


Energy dan Kesihatan

Setiap penyakit yg timbul samada itu fizikal, mental mahupun spiritual adalah disebabkan sistem energy yang tidak seimbang. Semua penyakit bermula daripada kecacatan/imbalance energy baru kemudian memberi kesan kpd sel-sel bdn serta keseimbangan jiwa dan rohani...selagi energy yg 'cacat' itu blm pulih maka selagi itu penyakit tidak dapat di buang secara total.

Antara punca kecacatan/imbalance energy:

1. Genetik ( Kebanyakannya adalah kecacatan kekal )
2. Pemakanan
3. Tekanan fikiran/jiwa
4. Amalan/ilmu yang salah
5. Sihir
6. Gangguan makhluk halus/jin

( faktor-faktor yang saya temui setakat ini )

Kecacatan/imbalance energy ini boleh berlaku di mana-mana lapisan tubuh eterik/aura kita. Pengaruh kecacatan itu pula bergantung kepada lapisan tubuh eterik/aura mana yang terganggu. Semakin dalam lapisan tubuh eterik/aura yang bermasalah maka di perlukan energy yang semakin halus dan berfrekuensi tinggi pula untuk menembusi serta memulihkannya.

Fokus rawatan

Rawatan di fokuskan untuk memperbaiki sistem energy yang tidak seimbang serta membuang punca-punca gangguannya. Rawatan adalah bersifat menyeluruh yang bermakna, walaupun pesakit datang dengan keluhan sakit kepala/perut/stress/dll, tetapi energy tetap dialirkan dan diniatkan untuk melakukan penyembuhan yang menyeluruh. So tidak mengherankan kalau kepala yang hendak dirawat tapi sensasi pula terasa di dada atau perut. Gejala sebegini terjadi kerana boleh jadi punca sesuatu penyakit yang dialami adalah kerana terjadinya gangguan energy di kawasan tubuh yang lain. Oleh sebab itu kita mengharapkan kesembuhan yang menyeluruh/holistik untuk pesakit, yang meliputi fizikal, mental, dan spiritual.


a) Terapi Energy Sin Ilahi/Sin Hu

Prosedur rawatan adalah seperti berikut :

1. Scanning dan konsultasi untuk memastikan penyakit dan puncanya, juga merapatkan hubungan batin antara perawat dan pesakit. ini perlu utk proses interaksi energy yg baik.
2. Rileks (sebaiknya berbaring ) atur nafas dan kendurkan semua otot tubuh.
3. Berdoa kepada Allah dengan sepenuh hati memohon kesembuhan untuk penyakit yang diderita.
4. Energy Sin Ilahi/Sin Hu akan dilairkan ke seluruh sistem energy pesakit plg minimum 20 minit samada secara jarak jauh atau dekat.

Semasa proses rawatan, sensasi paling umum yang boleh dirasakan adalah terasa aliran yang nyaman dan selesa menyelimuti badan yang memberi rasa relax,damai dan tenteram. Ramai juga pesakit yang terlelap kerananya. Untuk pesakit yang peka, biasa juga melihat warna-warna aura atau kilasan visual tertentu seperti tempat atau wajah.

Selalu juga berlaku reaksi apabila energy sinilahi/sinhu meng 'hit' energy negatif/penyakit di dlm bdn terasa sensasi-sensasi badan bergetar, gerakan-gerakan badan di luar kawal (cth: tgn melakukan gerakan tertentu), rasa panas/sejuk,rasa sakit, dll... hal ini berlaku kerana jalur-jalur energy di kawasan organ tersebut tersumbat, so apabila energy sin ilahi/sinhu melaluinya, sumbatan itu dibersihkan dan terhasillah reaksi-reaksi seperti yg saya katakan di atas.

Reaksi yg lebih 'extreme' biasanya berlaku untuk kes pesakit yg terkena sihir/gangguan makhluk halus/jin. Sebelum datang ke tempat merawat sudah terasa tidak selesa, debaran perasaan, rasa enggan untuk dirawat serta banyak lagi halangan-halangan lain. Fenomena sebegini adalah kesan penolakan entiti/makhluk halus yang menganggunya, kerana ia tidak mahu kita kacau. Bagi pesakit yang memiliki kepekaan yang baik selalu melihat perkara-perkara aneh dalam visual mereka contohnya melihat wajah-wajah seram, haiwan, tengkorak, kuburan, atau melihat seseorang dan selalunya ‘penglihatan’ ini adalah petunjuk berkaitan dengan penyakit/masalah yang dihidapi. Malah untuk kes yg lebih teruk ada yg kerasukan semasa proses rawatan. Apapun hal ini tidak perlu dirisaukan kerana ia adalah proses penyembuhan, dan selepas beberapa kali terapi ianya akan semakin pulih dan normal.

Untuk penyakit yg sudah bertahun tidak sembuh, selalu juga berlaku kes di mana penyakit yg diderita pesakit menjadi semakin teruk setelah terapi 1-3 kali...hal sebegini terjadi kerana 'potensi' penyakit yang sekian lama terpendam di korek keluar kepermukaan, so terjadi gejala tiba-tiba panyakit dirasakan semakin teruk. Justeru itu terapi perlu diteruskan untuk membuang penyakit tersebut keluar dari sistem energy pesakit secara total. sensasi sepanjang rawatan dan tempoh rawatan adalah bergantung kepada tahap penyakit serta sistem energy pesakit yang bersangkutan.

Healing Crisis

Selepas rawatan blh jadi pesakit mengalami pening-pening kepala, rasa mual, mudah buang air, selera makan berubah, tidur yg nyenyak dan panjang, sakit makin teruk ( gejala sementara: sdh diterangkan di atas )

Nasihat dan Saranan

Teruskan terapi kerana pembersihan aura bdn memerlukan waktu kerana manusia ada 7 lapis aura, 7 cakra utama, 72 000 meridian ( jalur energy )yg perlu dibersihkan utk mencapai kesembuhan dan kesihatan yang holistik/menyeluruh, lebih-lebih lagi untuk penyakit yang sudah lama dan teruk.

Penting :

Kita hanya berikhtiar berpandukan ilmu yang ilmiah, melalui teori hukum alam/sunnatullah, segala hasil yg diusahakan adalah hak mutlak Tuhan yang Maha kuasa.

~ PHC ~


Last edited by Paranorms on Wed Nov 10, 2010 1:08 pm; edited 2 times in total

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down


Re: Prosedur Rawatan Paranorms Health Center

Post by Paranorms on Tue Sep 14, 2010 1:28 pm

alhamdulillah dia sihat tuan...dia di area kk juga ni Smile

biasalah tu tn...zaman skrg byk kesibukan. so utk jaga lthn mmg agak payah apalagi kalau ndada teman2 selatihan. apapun demi kebaikan, kita perlu ada self motivation utk ttp konsisten lthn. sbb hukum energy lbh krg jg dgn perkara lain : makin rajin latihan maka jalur energy semakin besar dan bersih serta kualiti dan kuantiti enrgy makin besar Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Prosedur Rawatan Paranorms Health Center

Post by mrfluffyz on Fri Oct 29, 2010 7:18 pm

Assalamualaikum WBT

Dekatnya dkt sy kat sabah ni Smile br tau pla arini pusat panorama ni kat kk pla. InsyaAllah ada rezeki sy ke sana

mrfluffyz
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 6
Age: 30
Location: Inanam
Registration date: 2010-10-27

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum