Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Senaman 4 Unsur

View previous topic View next topic Go down

Senaman 4 Unsur

Post by azleeshah on Mon Jun 22, 2009 2:51 pm

Salam semua

Ada sesiapa dapat berkongsi senaman untuk memantapkan 4 unsur (tanah air,api dan angin) foundation ?

Sekian terima kasih

azleeshah
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 15
Age: 38
Location: Penang
Registration date: 2009-06-04

Back to top Go down

Re: Senaman 4 Unsur

Post by Paranorms on Mon Jun 22, 2009 4:52 pm

salam....senaman terbaik utk memantapkan 4 unsur ini adalah SOLAT.

prosedur senaman:

1. berdiri = memantapkan unsur api (sifat api itu selalu mahu tegak menjulang)
2. rukuk = memantapkan unsur angin ( sifat angin selalu bergerak secara horizontal)
3. sujud = memantapkan unsur air ( sifat air selalu bergerak ke tempat lebih rendah)
4. duduk antara dua sujud
= memantapkan unsur tanah ( sifat tanah selalu berada di bawah/jadi dasar )

4 unsur ini adalah unsur plg dasar dari penciptaan alam, dan 4 unsur ini sempurna dan harmoni dlm diri manusia, melebihi makhluk lain. kelebihan dan kekurangan 4 unsur ini akan 'mencacatkan' peribadi manusia. contoh kelebihan unsur api membawa kesombongan, kelebihan sifat angin memberi sifat suka terburu2... Allah sbg pencipta alam yg Maha Mengetahui lbh fhm ttg ciptaannya. dgn itu perintah solat di turunkan sbg sarana utk kita mengharmonikan dan mnyempurnakan fitrah suci kita sendiri...segala puji2 hanya bagi Allah yg Maha Bijaksana.

kira2 begitu pandangan sy Very Happy

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Senaman 4 Unsur

Post by azleeshah on Mon Jun 22, 2009 4:57 pm

Terima kasih Saudara Paranorms

azleeshah
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 15
Age: 38
Location: Penang
Registration date: 2009-06-04

Back to top Go down

Re: Senaman 4 Unsur

Post by Paranorms on Mon Jun 22, 2009 10:21 pm

sama2 bro...bagi2 org2 yg mendalami energy, pasti akan tercengang bila 'terpandang' enrgy2 yg terkandung dlm ibadah2 yg diperintahkan Allah...maka x heran kalau pencarian hakikat yg bermula dgn segala mcm meditasi serta lthn2 olah energy lainnya, akhirnya kembali juga ke solat, kerana ketakjuban atas penemuannya sendiri...ketika org2 energy 'dibukakan dan ditunjukkan' energy2 di sebalik ibadah, maka mereka cuma mampu berkata...Allahu akbar, subhanallah, alhamdulillah, laa ilaha illallah dll...kembali menghadap Allah dgn sepenuh keinsafan setelah 'dibukakan' bukti2 kekuasaan Allah,sepertimana peristiwa Mabi Musa AS. yg digambarkan dlm al-quran:

“Dan tatkala Musa datang (untuk munajat) dengan Kami, pada waktu yang telah Kami tentukan dan tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya. Berkatalah Musa : ya tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku. Agar aku dapat melihat kepada Engkau. Tuhan berfirman: kamu sekali-sekali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi melihat-lah ke bukit itu, maka jika ia tetap ditempatnya (sebagaimana sedia kala) niscaya kamu dapa melihat-Ku. Tatkala tuhannya nampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan, maka setelah Musa sadar kembali dia berkata. Maha suci Engkau, dan aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman …" (Qs :7: 143 )


..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Senaman 4 Unsur

Post by positiveenergy on Fri Jul 03, 2009 6:09 pm

azleeshah wrote:Salam semua

Ada sesiapa dapat berkongsi senaman untuk memantapkan 4 unsur (tanah, air,api dan angin) foundation ?

Sekian terima kasih


Pendapat manusia drp 4 unsur - tanah, air,api dan angin ialah pendapat orang dahulu kala yang membuat kajian mengenai tubuh badan manusia.


TANAH
Al-Quran menceritakan manusia pertama, Nabi Adam a.s diciptakan drp tanah. Kajian sains menunjukkan element utama dalam tubuh manusia ialah carbon yang banyak didapati drp tanah.
Kita tinggal atas tanah & makanan kita berasal drp pokok2 yang menyerap zat-zat drp tanah.

Air
Air merupakan keperluan utama manusia. Kekurangan air boleh menyebabkan manusia mengidap pelbagai jenis penyakit. Kalau kita tidak minum dalam sehari dua, kita boleh mati.

Api
Api ini kiasan kpd tenaga yang menggerakkan badan manusia. Makanan (karbohidrat) dibakar dalam sel2 badan lalu menghasilkan tenaga. Makanan yang kita makan berasal drp pokok-pokok yang memerlukan cahaya utk membuat proses fotosintesi. Cahaya itu berasal drp api, iaitu api drp matahari yang terhasil drp tindakbalas nuklear.

Angin
Angin ialah udara yang membolehkan kita bernafas. Dlm udara ada oksigen yang amat diperlukan oleh tubuh kita untuk menukar karbohidrat kpd tenaga. Dlm udara ada gas karbon dioksida yang diperlukan oleh tumbuhan utk membuat makanan yang di simpan dlm buah yang bakal di makan oleh manusia.

positiveenergy
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 87
Age: 34
Location: Alor Star, Kuala Lumpur,
Registration date: 2009-06-05

http://urutbekamsihat.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Senaman 4 Unsur

Post by Paranorms on Sun Jul 05, 2009 5:25 pm

means 4 unsur ini membentuk variasi aspek jiwa n jasad manusia kan Very Happy

ini sebahagian drpd ilmu kenal diri

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Senaman 4 Unsur

Post by cyber00 on Fri Apr 29, 2011 10:37 am

Alhamdulillah,
Satu perkongsian yang menarik. cheers

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Senaman 4 Unsur

Post by jagat raya on Fri Apr 29, 2011 9:38 pm

rupanya ilmu mengenai 4 unsur ni juga termasuk dalam kategori ilmu mengenal diri.. kini baru ku tahu...

jagat raya
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 197
Age: 32
Location: bandar tasik selatan
Registration date: 2009-11-01

Back to top Go down

Re: Senaman 4 Unsur

Post by ifahuzir on Wed May 18, 2011 3:49 pm

jagat raya wrote:rupanya ilmu mengenai 4 unsur ni juga termasuk dalam kategori ilmu mengenal diri.. kini baru ku tahu...


owhhh... ye..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Senaman 4 Unsur

Post by maza9071 on Fri Sep 09, 2011 3:00 pm

Mengenal Diri

Setengah daripada jalan mencapai makrifat itu ialah dengan mengenal diri seperti kata seorang sahabat Rasulullah SAW., Yahya bin Muaz Al-Razi ;

"Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya".

Yahya bin Muaz mengambil faham daripada perkataan Nabi SAW. daripada pertanyaan seorang sahabat;

"Siapakah yang lebih mengenali TuhanNya, ya Rasulullah? Maka sabdanya yang lebih mengenal mereka dengan dirinya."

Ada pun mengenal diri itu tiga[3] macam iaitu;

Periksa dan memahami.
Membuat bandingan dan ukuran.
Lemah dan tertegah.
1. Periksa dan memahami.

Hendaklah dimusyahadahkan akan kejadian diri kita kepada dua pandangan iaitu;

a. Pandangan yang pertama kepada diri zhohir yang dijadikan akan dia daripada emapat anasir iaitu;

Api
Angin
Air dan
Tanah.

yang bermula daripada kejadian lembaga Nabi Adam ‘Alaihi-Salam. Setelah sempurna lembaga Adam maka dimasukkan ruh ke dalamnya lalu hidup ia bernyawa, bergerak, melihat, mendengar, dan sebagainya seperti firman Allah dalam Surah Al-Shod; 71-72 yang bermaksud;

"Ingat olehmu hai Muhammad ketika firman oleh Tuhan kamu bagi malaikatNya bahawa Aku jadikan manusia daripada pati tanah maka apabila aku sempurnakan dia dan aku masukkan ke dalamnya ruhKu, maka sekelian malaikat duduk dan sujud baginya".

Demikian juga dijadikan seorang perempuan yang bernama Hawa iaitu daripada jenis Adam juga seperti firmanNya dalam Surah An-Nisa’:1 yang bermaksud;

"Hai sekelian manusia, takutlah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadaNya. dan daripada keduanya berkembang biak laki-laki dan perempuan yang banyak."

Ini bermakna, daripada Adam dan Hawa dijadikan akan segala keturunan melalui setitik air mani(Nutfah) yang dikandungkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari kemudian dijadikan seketul daging (Mudghoh) kemudian pecah berupa berbagai; suatu bentuk lembaga manusia seperti firman Allah dalam Surah Al-Mukminun;14 yang bermaksud;

"Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada pati berasal daripada tanah kemudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang; maka Kami bungkuskan tulang itu dengan daging kemudian jadikan itu makhluk yang berbentuk lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipta yang paling baik".

Kemudian apabila sempurna kandungan yang ghalib sembilan bulan lalu keluar dari perut ibunya berupa manusia yang lemah(bayi) kemudian beransur-ansur sedikit demi sedikit bertambah subur dan kuat yang lengkap dengan pancaindera yang lima iaitu;

Penjamah,
Perasa,
Pendengar,
Pelihat,
Pencium.

Akhirnya menjadi seorang manusia yang gagah kuat yang mempunyai pancaindera batin yang lima iaitu;

Khowatir,
Cita,
Niat,
'Alim,
Fikir;

dan sempurnalah sepuluh pancaindera yang dinamakan INSAN.

b. Pandangan yang kedua kepada diri yang batin yang digelarkan nyawa atau Ruh yang telah diberikan nama oleh Arif bil-Lah dengan bermacam-macam nama. Setengah daripadanya menamakannya;

Syaiun Zat-tiah pada tatkala memandang pada Martabat Wahdah dimusyahadahkan pertama-tama nyata dalam Ilmu Allah itu Ruh Nabi Muhammad SAW. Daripada pancar benderang Israk Nur Muhammad itu zhohirlah sekelian alam dan segala yang benyawa. Setengah daripada Arif bil-Lah menamakan dia sebagai;
Alam Ma'ani iaitu tanda yang tersembunyi sungguh kuat nyata dalm Ilmu Allah tetapi tiada ia maujud. Ia tersembunyi dalam Wahdatul Wujud melainkan ibarat jua yang maujud pada keesaan diri Hak Allah Taala. Setengah Arif bil-Lah menamakanya sebagai;
Alam Laahut ertinya tanda kenyataan Zat dan setengah Arif bil-Lah menamakannya sebagai;
Alam Jabarut tatkala nyata ia pada martabat Wahdiah ertinya tanda kebesaran Zat dan sifatNya dan Af’alNya dan setengah daripada mereka menamakan sebagai;
A'yan Saabitah ertinya kenyataan yang amat teguh dan setengahnya menamakannya sebagai;
Alam Asror ertinya tanda menerima Asror(rahsia) Allah kerana ia tempat nyata Hak Taala.
Maka tatkala sudah menjadikan Allah Taala nyawa ; maka menjadi Ia akan Alam Arwah dan maujud ia dengan Qudrat Allah dan Iradatnya. Maka dinamakan dia Alam Malakut ertinya tanda milik yakni tiada sekali terlepas daripada Ampunya Milik. Ini dinamakan juga A'yan Khorijah kerana sudah zohir wujudnya menerima asar(bekas/sesuatu yang dijadikan) dan hukum Zat Lawazim yang nyata ibaratnya dan syaratnya kepada Martabat Wahdah dan Wahdiah kerana A'yang Khorijah itu A'yan Saabitah dan A'yan Saabitah itu yang menerima zhohir Sifat Allah dan Asma Allah dan A’yan Khorijah dan Alam Malakut ialah sekelian alam sama ada Alam Kabir(Besar) atau Alam Shoghir(Kecil).Dan setengahnya menamakannya;
Ruh Idhofi kerana lengkap pada tubuh yang menggerak dan mendiam dan sebagainya. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
Ruh Al-Qudus kerana ia suci daripada merasai mati dan daripada segala kecelaan dan sebagainya dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
Ruh Al-Amri kerana ia menerima perintah Allah memerintah tubuh. Setengah daripada mereka menamakannya pula sebagai;
Ruh Al-Amin kerana ia menerima firman Allah yang datang pada hati hamba yang yakin akan Hak Taala. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
Khotir ertinya gerak hati. Dan khotir itu ada empat macam iaitu;


Khotir Rahmaani iaitu apabila ia sentiasa berhadap dan musyahadah kehadirat Allah Taala; tidak memikirkan akan MaasyiwaLah(sesuatu yang lain daripada Allah).
Khotir Malaki iaitu apabila bertukar arah dan bergilir ganti. Kadang-kadang berhadap dan bermusyahadah ke Hadirat Allah Taala dan kadang-kadang sesuatu yang lain daripada Allah.
Khotir Nafsaani iaitu sentiasa berhadap kepada kegemaran dan kelazatan dunia dan kemegahan dan kemulian yang bergelumbang dengan Ajib, Riya’, Takbur, Suma’ah dan lain-lain lagi daripada segala sifat-sifat mazmumah.
Khotir Syathooni iaitu sentiasa gemar kepada pekerjaan yang derhaka dan jauh daripada berbakti dan beribadat.

Maka adalah sekelian itu daripada kelakuan Ruh pada badan yang datang sekelian itu daripada Feil (Kelakuan) yang Hakiki. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;

Akal kerana mengeluarkan fikiran dan kira bicara dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
Nafsu kerana angkuh dan dholim dan setengah menamakannya sebagai;
Qalbu kerana bertukar berbolak-balik sekali berhadap kepada Allah; sekali berhadap kepada dunia.

Adalah diri yang dhohir dan yang batin terdiri padanya tiga perkara iaitu;

Jisim iaitu susunan kulit, daging, tulang. urat, darah, lendir dan sebagainya.
Jauhar iaitu Ruh atau nyawa
'Aradh iaitu kelakuan dan rupa pandangan seperti panjang, pendek, tinggi, rendah, putih, hitam, bertemu, bercerai, baik, jahat dan sebagainya.

2. Membuat bandingan dan ukuran

Kejadian tubuh jasmani manusia itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang menyamai rahsia kejadian langit dan bumi. maka eloklah penulis cuba memberi gambaran perumpamaan dengan serba ringkas dalam Ilmu Tasrikh iaitu ilmu kejadian manusia.

Bahawa manusia mempunyai 360 tulang yang menyamai dengan 360 darjah pada bulatan bumi.
Manusia juga mempunyai 17 sendi yang besar-besar kerana lazim manusia jaga pada tiapa-tiap sehari semalam tujuh belas jam iaitu 3 jam pada awal malam dan 2 jam pada awal siang dan 12 jam pada masa siang. Maka dalam 17 jam inilah gerak-geri anggota yang 17 sendi itu melakukan kebajikan atau kejahatan; maka diwajibkan dan difardukan ke atas manusia mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam sebanyak 17 rekaat.
Urat-urat besar dalam badan manusia berjumlah 12 urat iaitu jadi ibarat 12 bulan setahun dan 12 jam pada siang dan 12 jam pada malam.
Dikatakan juga bilangan rambut manusia ada sebanyak 124 000 iaitu supaya mengingatkan bagi kita bilangan Nabi-nabi yang diikhtilafkan ulama sebanyak 124 000 orang dan banyak lagi rahsia-rahsia kejadian tubuh manusia yang sengaja ditinggalkan.

Pendek cakapnya tidak ada satu kejadian yang boleh menyamai dengan kejadian manusia pada nisbah elok dan baik perdiriannya dan mulia keadaannya dan tinggi darjatnya jika hendak dibandingkan dengan kejadian-kejadian yang lain seperti firman Allah dalam Surat Al-Tin;4 yang bermaksud;

"Demi sesungguhnya kami jadikan manusia itu seelok-elok kejadian"

dan tidak ada satu kejadian yang diperintah oleh Allah Taala kepada malaikat supaya memberi hormat dan tahiyat melainkan manusia(Adam) dan juga menyebabkan syaitan dimurkai oleh Allah dan dikutuk akan dia kerana ingkar pada perintah Allah yang diperintahkan kepadanya supaya memberi hormat dan tahiyat kepada manusia(Adam). Dijadikan sekelian perkara ini untuk manusia dan dilengkapi pada manusia sifat Ma’ani yang tujuh kerana tempat menerima Asar(bekas) Sifat Ma’ani Qadim yang dinamakan Naskhah Al-Haq.

3. Lemah dan Tertegah

Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri samada diri yang zhohir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa??

Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Israk;85 yang bermaksud;

"Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku".

Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang ‘Ariffin dengan nama Lathifatul Rabaaniyah.

berbagai sumber


Last edited by maza9071 on Fri Sep 09, 2011 6:56 pm; edited 1 time in total

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Senaman 4 Unsur

Post by cupi_ketchum on Fri Sep 09, 2011 4:21 pm

Mantaps bro.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2445
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Senaman 4 Unsur

Post by Omera on Fri Sep 09, 2011 4:26 pm

cupi_ketchum wrote:Mantaps bro.

Hari ini banyak input2 yang panjang berjela... Kena simpan dulu baca kat rumah... He he he...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum