Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

couple oh couple.....

View previous topic View next topic Go down

couple oh couple.....

Post by Temma on Sun Jul 05, 2009 12:17 pm

Salam ukhwah fillah smua...temma in da hauz...
jom renungkan sama2...

"Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada SMS berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat."


Renungkan,sy petik dari novel Seindah Mawar Berduri~

Setiap pertemuan sudah menjadi perancangan Allah untuk mengaturnya sehingga saling mengenali dan saling menyayangi.Tapi sayang,manusia sering lupa pada Allah.Apabila Allah pertemukan dengan seseorang yang menambat hatinya,dia lupa untuk mensyukuri nikmat Allah dan pasrahkan harapan pada Allah.Dia terburu-buru cuba memenangi hati si dia biarpun banyak masa terpaksa dibazirkan.Hatinya diselubungi khayalan daripada nama ar-Rahman.

Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah.Itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya.Tidak malukah seseorang yang mengaku cintanya kepada Allah sedangkan jalannya tidak sebagaimana ajaran Rasulullah SAW?Penuh khayalan dan kelalaian daripada mengingati Allah!Inikah balasan kita pada Allah terhadap pertemuan yang telah dirancang oleh-Nya.Padahal Dialah pengatur pertemuan melalui apa saja cara.

Kalau kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan insan seistimewa dia,kita tak patut mengetepikan Allah dalam setiap tindakan kita.Cinta kita perlu dikawal oleh syariaat.Ini tidak,nak bergurau senda,dan berdua-duaan,nak dengar suara selalu,nak menghantar mesej selalu,nak tengok kelibatnya selalu,hinggakan kalau boleh tengok atap kolejnya saja,itu pun dah mengubat rindu.Semua ini khayalan.Selagi tiada ikatan yang sah,tiada jaminan bahawa si dia yang terlalu digilakan itu akan menjadi teman hidup.Kalau realiti ini berlaku,bukankah sia-sianya masa yang diperuntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami.Sepatutnya agungkanlah Allah kerana sudi menemukan kita dengannya dan pasrahkan sepenuh harapan pada-Nya.Gunakan cara-cara yang selari dengan lunas-lunas syariaat untuk memenangi hatinya.

Selamat Mujahadah ya ikhwah wa akhawat... Cool

Temma
Sangat Aktif
Sangat Aktif

Male
Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25

Back to top Go down

Re: couple oh couple.....

Post by catmeow on Mon Jul 06, 2009 3:22 pm

cat cintakan Allah lebih dr pada yg lain.. itu yg sebaiknya...

catmeow
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 451
Age: 24
Location: Miri
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: couple oh couple.....

Post by Temma on Mon Jul 06, 2009 7:39 pm

ya tul tu...
tu la yg sebaiknya...

Temma
Sangat Aktif
Sangat Aktif

Male
Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum