Surat al-Mulk
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Bicara Ilmu Rawatan | Treatment and Medicine knowledge discussion :: Perubatan Islam | Islamic Medicine
Page 1 of 1 • Share •
Re: Surat al-Mulk
KELEBIHAN SURAH AL-MULK
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:
"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."(direkodkan oleh Imam tirmidzi)
Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk." (Direkodkan oleh Imam Ahmad)
2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." (direkodkan oleh tabrani)
3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."
4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."
5. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."(Direkodkan oleh Imam Tirmidzi)
6. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."
7.Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk “(Tabaraarakal-Lazi).” (Direkodkan oleh Imam Ahmad)
8.Daripada Anas Ibnu Malik berkata: “rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga. Iaitu (Tabaraakal-Lazi)(HR.Riwayat At-Tabarani)
9.Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan!”Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh dirumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah SWT memohon kepada pembacaannya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada siksaan kubur.(Oleh Abd Humaid dalam Musnadnya)
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=48&thread_id=8246

Al-Mulk
[1]
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[3]
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4]
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[7]
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8]
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
[9]
Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "
[10]
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
[11]
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
[12]
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[13]
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[14]
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[15]
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
[16]
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17]
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
[18]
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
[19]
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[20]
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
[21]
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
[22]
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
[23]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
[24]
Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".
[25]
Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
[26]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".
[27]
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".
[28]
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
[29]
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
[30]
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".
http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?"
Teringat saya kepada air zam zam yg sentiasa je mengalir tanpa henti. Allahuakhbar!

AuraNurShifa- Mula Aktif

-

Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08
Re: Surat al-Mulk
salam..
thanks nice post..syukurin..
insyaAllah jika di amalkan selalu al-Mulk pasti mendapat berkat..
surah al Mulk akan menjadi pendiding..yakinlah

mata besar- Semakin Aktif

-

Number of posts: 369
Age: 25
Location: bumi
Registration date: 2008-04-23
Re: Surat al-Mulk
Bacalah setiap malam sebelum tidur. Tidur juga disebut sebagai mati kecil. Moga Rahmat Allah bersama kita semua para umat Nabi Muhammad SAW yang di akhir zaman.
Last edited by AuraNurShifa on Fri Jan 15, 2010 10:49 am; edited 1 time in total

AuraNurShifa- Mula Aktif

-

Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08
Re: Surat al-Mulk
terharu sungguh dengar bacaan yg berderu2 dari dlm video tu...
akan di praktikan insyaAllah...
akan di praktikan insyaAllah...

NoName- Mula Aktif

-

Number of posts: 328
Age: 26
Location: W.P Labuan
Registration date: 2009-12-20
Re: Surat al-Mulk
AuraNurShifa wrote:Bacalah setiap malam sebelum tidur. Tidur juga disebut sebagai mati kecil. Moga Rahmat Allah bersama kita semua para umat Muhammad yang di akhir zaman.
aminnn...moga berterusan dan bertambahlah kebahagiaan dan keharmonian utk semua
..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms- Moderator

-

Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12
Re: Surat al-Mulk
Paranorms wrote:AuraNurShifa wrote:Bacalah setiap malam sebelum tidur. Tidur juga disebut sebagai mati kecil. Moga Rahmat Allah bersama kita semua para umat Muhammad yang di akhir zaman.
aminnn...moga berterusan dan bertambahlah kebahagiaan dan keharmonian utk semua
amin..semoga ayat ayat suci yang kita amalkan menjadi pendamping serta penyelamat di dunia dan di akhirat...masyAllah...islam~beatiful~

mata besar- Semakin Aktif

-

Number of posts: 369
Age: 25
Location: bumi
Registration date: 2008-04-23
Re: Surat al-Mulk
Dalam kegelapan,bayangkan tiba tiba datang cahaya lembut. Perasaan kita ketika itu tentulah sangat gembira. Juga bayangkan ketika saat ketika sangat kelaparan,tiba2 datang makanan sedap. Alangkah nikmatnya rasa..
Agaknya beginilah ketika ayat al Quran khasnya Surah Al Mulk datang menjadi pembela kita di kubur sana. Allahu Akbar!
Agaknya beginilah ketika ayat al Quran khasnya Surah Al Mulk datang menjadi pembela kita di kubur sana. Allahu Akbar!

AuraNurShifa- Mula Aktif

-

Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08
Re: Surat al-Mulk
membaca ayat2 Allah kerana mengharapkan imbalan/manafaat/fdhilah adalah bgs. sgt bgs 
namun jika kita ingin meningkatkan level kerohanian kita, biarlah kita membaca ayat2 Allah semata2 kerana ingin mencintaiNya, ingin merasakan kebesaranNya yg digambarkan dlm ayat2 itu...seolah kita sdg membaca surat cinta dr Allah dgn penuh rindu dan syahdu
sbrnya, beramal kerana inginkan sesuatu ( ganjaran pahala, kebaikan, syurga dll ) blm lagi dikira sbg amalan yg bnr2 ikhlas
namun jika kita ingin meningkatkan level kerohanian kita, biarlah kita membaca ayat2 Allah semata2 kerana ingin mencintaiNya, ingin merasakan kebesaranNya yg digambarkan dlm ayat2 itu...seolah kita sdg membaca surat cinta dr Allah dgn penuh rindu dan syahdu
sbrnya, beramal kerana inginkan sesuatu ( ganjaran pahala, kebaikan, syurga dll ) blm lagi dikira sbg amalan yg bnr2 ikhlas
..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms- Moderator

-

Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12
Re: Surat al-Mulk
Ya,sangat setuju. Semakin kita belajar bab tauhid semakin tunduk kita pada kebesaran Allah. Hati yang mula terlupa akan erti sebenar sesuatu amalan adalah untuk mengikhlaskan diri dengan sebenar sebenarnya akan mula tersedar. Inilah yang membezakan antara iman orang awam dan iman para alim,sufi dll.
~terima kasih untuk feedback itu paranorms. Really appreciated.
~terima kasih untuk feedback itu paranorms. Really appreciated.

AuraNurShifa- Mula Aktif

-

Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08
Re: Surat al-Mulk
sama2 ANS
ketika baru mau mula menjinak-jinakkan diri dgn ibadat, wajar menjadikan ganjaran pahala dan fadhilah sbg motivsi diri supaya rajin beramal. namun apabila sdh biasa dgn amalan2, jgn kita terhijab lagi dgn semua itu. seterusnya naiklah ke maqam yg lbh tggi lagi. jadikanlah motivasi amalan semata2 krana ingin meraih cinta ilahi.
mudah2han kita bersama dpt mengkatkan level kerohanian kita ke maqam cinta ilahi, sehingga menjadi benar2 perjanjian kita semasa iftitah :
" inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahi robbil 'alamin "
sungguh semua solatku, ibadahku, seluruh hidupku, dan matiku semata-mata hanya utk Allah tuhan semesta alam
bkn utk pahala, bkn utk kelebihan2 amal, dan bkn utk apapa...hanya kerana cinta pd Dia yg maha sempurna
ketika baru mau mula menjinak-jinakkan diri dgn ibadat, wajar menjadikan ganjaran pahala dan fadhilah sbg motivsi diri supaya rajin beramal. namun apabila sdh biasa dgn amalan2, jgn kita terhijab lagi dgn semua itu. seterusnya naiklah ke maqam yg lbh tggi lagi. jadikanlah motivasi amalan semata2 krana ingin meraih cinta ilahi.
mudah2han kita bersama dpt mengkatkan level kerohanian kita ke maqam cinta ilahi, sehingga menjadi benar2 perjanjian kita semasa iftitah :
" inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahi robbil 'alamin "
sungguh semua solatku, ibadahku, seluruh hidupku, dan matiku semata-mata hanya utk Allah tuhan semesta alam
bkn utk pahala, bkn utk kelebihan2 amal, dan bkn utk apapa...hanya kerana cinta pd Dia yg maha sempurna
..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms- Moderator

-

Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12
Re: Surat al-Mulk
insyaAllah sm2 kita hafal dan fahami maksud ayat dlm surah ni...

Temma- Sangat Aktif

-

Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25
Similar topics» Pomenirile de dimineata si seara - Al Me'surat
» Sheikh Tablawi LIVE - Surat Al Fatiha + Beginning of Al Baqarah
» Surat-al-Zalzalah
» Surat-al-Kafiruun
» Surat-al-Bayyinah
» Sheikh Tablawi LIVE - Surat Al Fatiha + Beginning of Al Baqarah
» Surat-al-Zalzalah
» Surat-al-Kafiruun
» Surat-al-Bayyinah
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Bicara Ilmu Rawatan | Treatment and Medicine knowledge discussion :: Perubatan Islam | Islamic Medicine
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum