Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

View previous topic View next topic Go down

Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by cupi_ketchum on Sat Jan 02, 2010 10:03 pm

Assalamualaikum kpd semua forumer sekalian, Biasa kita pada waktu kita kecil2 selalu didengarkan apabila org mati, mereka akan jadi hantu. Kira2 cerita seram tipikal kanak2 la ni. Adakah ia benar? Atau skadar cerita karut2? Kalau karut, kenapa ada org pernah jumpa hantu? Saya ingin mengetengahkan teori ini kpd para forumer mengikut hukum dan sains moden. Saspen nih!

Ingat, ini hanya teori murahan saya. Jadi org boleh mengkritik dan menambah kekurangan teori ini asalkan ia berlandaskan hukum agama dan sains. Dimulakan..

Bismillahirahmanirrahim, apabila matinya seorg anak adam, maka terputuslah segalanya kecuali 3 macam iaitu doa anak yg soleh, sedekah yg berjalan dan ilmu yg diajarkan. Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.

Utk membahaskan ttg teori ini. Kita adakan soalan. Apa lah yg bangkit dr kubur tu? Badan manusia, mengandugi unsur2 kekuatan aura yg positif dan negatif (Ini nda payah diberitahulah, sbb rata2 mmg org2 web ni tau kan? tongue Apabila kita mati, badan kita akan mereput dan meninggalkan tenaga hayat di dalam tanah. Tanah secara saintifiknya berkait rapat dgn karbon dan silikon. Silikon secara sains terkandung dan digunakan secara universal utk membuat prosesor komputer.

Soalan bonus= Apa yg komputer boleh buat? =Menyimpan dan memproses data maklumat secara online dan offline. Sesiapa yg ada PC atau laptop mesti tau. Jd berbalik kpd topik asal. Apabila tenaga hayat kita terembes di dalam tanah tmpt jasad ditanam, secara otomatis tanah tersebut akan bertukar memory card. Segala memori yg kita pernah alami akan tertanam bersama dan mengeluarkan homing signal. Signal2 yg keluar bergantung kpd bekas allahyarham. Baik= Holly, Jahat=Memang cam setan la org ni. Signal merah la ni. Kan paranormal sekalian? Di sinilah bermulanya peranan Jin2 kafir. Jin yg secara harfiahnya dijadikan drpd api mempunyai jisim2 yg bercas elektrik utk menghidupkan dan mengaplikasi sistem memori yg terdapat di mana2 tanah perkuburan. Jin mempunyai ability utk mengubah diri menyerupai manusia contohnya hantu raya, khadam dan pendamping.

Namun ada setengah kes, Qarin juga mampu utk memunculkan diri kpd keluarga allahyarham. Namun Qarin org mukmin yg alim sahaja mempunyai kebolehan seperti ini. Kerana Qarin org yg dekat kpd allah mempunyai kelebihan yg sama seperti TUAN nya. Sistem memori ini baru sahaj didapati oleh manusia utk kegunaan di dlm hidup kita seharian terutama henfon, hard disk, memory kad yg btimbun2 jenamanya. Sedangkan di alam jin sistem ini tlh beribu2 tahun digunakan mereka. Jin suruhan sesetengah bomoh atau dukun kadangkala meminta barang2 org yg ingin disantetnya. Ada yg meminta tanah kubur utk menganiaya org dengan menghadapi mimpi2 pelik seperti berada di tanah perkuburan. Dan paling famous sekali penangkapan jin di dalam botol2 kaca. Malahan paranormal eropah gemar juga memanggil roh. Ini adalah karut, apa yg dipanggil mereka sebenarnya adalah jin2 yg telah memperolehi memori org2 tertentu.

Berdasarkan hukum islam, tiada org mati akan balik ke bumi sebelum hari kiamat. Malahan memori yg diaplikasikan oleh jin juga boleh bercelaru dan diolah sesuka hati oleh mereka. Saya sendiri pernah mengalami kejadian ini, apabila jin yg ditanyakan oleh perawat itu memutarbelitkan ceritanya. Malahan ceritanya konsisten dgn apa yg terjadi, cuma watak yg berada di tempat kejadian berubah. Ini terhasil apabila memori yg diguna oleh jin itu bertindih dan berlaku trimming secara tidak sengaja. Kerana BANYAK memori yg telah berlaku di kawasan itu.

Apakah tanah saja boleh menyimpan memori? Ya dan Tidak. TIDAK, kerana bahan lain juga bisa menyimpan memori yg lbh kuat seperti EMAS (Yg juga terkandung dalam prosesor PC). Tidak hairanlah mami2 yg mempunyai emas berbagang2 di tangan dan leher, mampu jadi ASTRO bergerak dan mampu menyimpan memori gosip2 panas mereka utk sesi akan datang lol! YA, kerana memang asal semua benda di bumi ini adalah dari tanah. Drpd tanah kita dijadikan, kpd tanah kita dikembalikan.

Alhamdulillah, buat masa ini, cukuplah ini saja dahulu. Jka ada yg berminat mengemukakan teori yg lain dipersilakanlah, mudah2an dpt dijadikan ilmu. Insyaallah jika saya berkemampuan, akan saya tambahkan lagi info2 ini. Amin. Sadaqallahhualazim

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by Paranorms on Mon Jan 04, 2010 9:33 am

menarik postnya nih...ada kerharmonian antara hal mistik dgn teori metafizik. sy setuju dgn pendapat ini, sbb mnghampiri fakta yg sy ketahui...kita blh percaya namun x blh sepenuhnya, sbb byk lagi hal2 disebaliknya... mmg unsur2 alam mampu merakam memori dlm bentuk gelomban energy. namun perlu kita faham bahawa kita hidup dlm dimensi ke tiga, yg bermkna ada lagi dimensi2 lbh tinggi yg lbh misteri dan berkaitan dgn peristiwa 'kebangkita' ini...

ilmu Allah sgt2 luas, kita x mgkin mampu membatasinya dgn pengetahuan kita yg terbatas ini...apa yg kita dpt tahu setakat ini umpama sititis kecil dr seluruh lautan. peryataan ini bkn bermaksud utk menghalang kita utk mengorek lagi ilmu2 Allah, tpi agar kita jg berpuas hati dgn apa yg kita tahu setakat ini, sbb kita blm sampi ke hakikatnya...so korek lagi, n share lagi sini yg sdh dikorek tu hehe Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by cupi_ketchum on Sat Jan 09, 2010 2:27 am

Saya ingin lg berkongsi sedikit teori dan kisah sufi tentang pemanggilan roh.

Ini adalah kisah mengenai syeikh Yasin Ahmad dan Jin Nakhnukh.Satu hari syeikh didatangi seorg kawan yg memintanya menghadirkan roh org yg tlah mati. Syeikh bertanya kpdnya 'Apakah kamu percaya?' Ia menjawab ya. Maka syeikh membaca beberapa potong ayat Quran dan bermohon agar roh seseorg dpt hadir. Tidak lama keudian datanglah roh ini dan berkata. 'Salamun Alaikum'. Syeikh menjawab dengan 'Waalaikumsalam jika kamu seorg mukmin. Maka terjadilah dialog dgn roh tersebut.

Syeikh- Roh siapakah ini?

Roh- Roh seorg wali Allah dr golongan yg sentiasa puasa siang hari dan solat mlm hari.
SYEIKH- Siapa nama mu supaya aku lbh akrab?
ROH- Jgn ditanya nama ku.
SYEIKH- Kenapa?
ROH-Krn aku dr golongan ulama salihin.
SYEIKH- Klu begitu bolehkah aku menanyakan kamu soal agama?
ROH- Tentu saja.
SYEIKH- Al Quran berapa surah?
ROH-114 dan saya menghafal semuanya.
SYEIKH- Berlindunglah kpd Allah dr kehadiran syaitan dan bacakanlah ku ayat kursi.
ROH- Tidak! Tidak! Cukuplah dan jgn diteruskan kata2 mu, kerana aku tidak mungkin berlindung dr diriku sendiri.
SYEIKH- Kenapa? Adakah kamu ialah syaitan? Siapakah nama mu?
ROH- Nakhnukh dr keturunan sayaitan, dan aku membenci kaum muslimin.
SYEIKH- Sekarang sebutkan apa yg ada dlm poket ku dan sebutkan nama2 kami.

Maka disebutkanlah apa yg ada di dalam poket dan nama mereka satu persatu persis tiada kesilapan.

SYEIKH- Utk apa kau datang kpd kami?
ROH-Utk mempersenda dan mempermainkan manusia kerana setiap kali seseorg menyeru roh maka aku ditugaskan datang kpd nya.
SYEIKH- Bolehkah kau menghafaz Al-Quran?
ROH- Boleh, malah lebih baik dr manusia. Dan aku membacakan ayat2 itu utk manusia spt kamu.
SYEIKH- Baiklah! Jika begitu dengarkanlah ayat ini (Ayatul Qursi).

Tiba2 menghilanglah syaitan tersebut tanpa meninggalkan kesan pun.

Syeikh yasin berkata- Aku telah memanggil roh manusia ratusan kali, namun tidak pernah datang sekalipun melainkan syaitan dan jin yg mengaku menjadi para wali, solihin dan ruh2 kudus. Setelah dibawa berdialog, tiada satu pun drpd mereka roh org yg tlh mati. Sebaliknya hanya jin dan syaitan yg menyamar si polan dan si polan.

Anas bin malik berkata; Rasulullah SAW pergi ke tempat2 bekas pertempuran di di Badar setelah 3 hari perang usai. Rasulullah SAW mendatangi pula tempat2 musuh yg terbunuh dan memanggil mereka. Rasulullah SAW berkata; Hai Abu Jahal bin Hisyam! Hai Ummayah bin Khalaf! Hai Utbah bin Rabi'ah! Hai syaibah bin Rabi'ah! Bukankah kalian telah merasakan apa yg dijanjikan Tuhanmu sungguh2 terjadi? Aku sendiri merasakan apa yg dijanjikan Tuhan sungguh2 terjadi.

Ucapan Rasulullah SAW itu didengar Umar RA lalu ia berkata' Ya rasulullah! Bagaiman mungkin mereka dpt mendengar dan menjawab sedangkan mereka telah menjadi bangkai?' Rasulullah SAW menjawab 'Demi Allah yg jiwaku berada dlm tangan dan kuasa Nya, pendengaran mu tidak setajam mereka. Hanya saja mereka tidak dpt menjawab. Rasulullah SAW lalu memerintahkan agar mayat2 musuh dilemparkan ke dalam Telaga Badar.

Dr hadis diatas sudah nampak yg roh boleh mendengar namun tdk mampu menjawab. Inikan pula lg kembali ke dalam dunia utk berdialog. Drpd rumusannya, jin memang mampu meniru dan mengaplikasikan memori roh utk kegunaan mereka. Malah ada sesetengah jin yg konfius dan mabuk memori hingga menyangka mereka itulah diri mereka berdasarkan memori tersebut

Namun apa yg diketahui Allah adalah sangat luas. Kita manusia hanya memperolehi sedikit drpd apa yg ghaib.

Dan pada sisi Allah lah tersimpannya kunci2 yg ghaib. Wallahualm Bishawab.

Hanya berkongsi.

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by yokuno arekey on Thu Jul 21, 2011 6:11 pm

wah..menarik..ini satu pengetahuan baru... Very Happy

yokuno arekey
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 201
Age: 23
Location: kota kinabalu-kuala lumpur
Registration date: 2011-05-09

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by cyber00 on Thu Jul 21, 2011 7:15 pm

Yup betul tu saya pun baru jek baca sungguh interesting.... Teruskan kupasannya tn cupi Smile

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by maybal on Thu Jul 21, 2011 9:35 pm

cupi_ketchum wrote:
Syeikh yasin berkata- Aku telah memanggil roh manusia ratusan kali, namun tidak pernah datang sekalipun melainkan syaitan dan jin yg mengaku menjadi para wali, solihin dan ruh2 kudus. Setelah dibawa berdialog, tiada satu pun drpd mereka roh org yg tlh mati. Sebaliknya hanya jin dan syaitan yg menyamar si polan dan si polan.

Dr hadis diatas sudah nampak yg roh boleh mendengar namun tdk mampu menjawab. Inikan pula lg kembali ke dalam dunia utk berdialog. Drpd rumusannya, jin memang mampu meniru dan mengaplikasikan memori roh utk kegunaan mereka. Malah ada sesetengah jin yg konfius dan mabuk memori hingga menyangka mereka itulah diri mereka berdasarkan memori tersebut

Namun apa yg diketahui Allah adalah sangat luas. Kita manusia hanya memperolehi sedikit drpd apa yg ghaib.

Dan pada sisi Allah lah tersimpannya kunci2 yg ghaib. Wallahualm Bishawab.

Hanya berkongsi.


kita yang hidup ini ga usah mikir2 untuk manggil roh yang udah mati... untuk apa?????..ga mau datang dia malah urusan sendiri di alam sana lagi menyibukkan dia..apa lagi mau melayanin kita.. siapa kita yang mau memanggilnya ..apakah tingkatan kita lebih tinggi dari roh itu justru kalau ada yang hadir pasti dari kalangan qarin atau jin2 yang kerjaannya itu....

juga ga mustahil kalau ada roh2 yang udah meninggal alam dunia mampir ke kita dengan izinNya untuk tujuan dan hajat tertentu/khusus... bukan dipanggil tapi datangnya sendiri2...

bagi yang ahli kasyaf...pengalaman bisa membedakan yang datang itu siapa..apa ianya roh yang bener atau dari kalangan jin/syaitan.. tok belagak 1Malaysia lebih tahu akan ilmu2 seperti ini.. (maaf..itu yang terlintas dan terpanggil difikiran)...

lebih mudah lagi kalau kita mau manggil roh orang yang masih hidup dari yang udah mati terlepas ikatan duniawi....untuk menanyakan hal2 dunia...

maaf kalau ada yang salah...

diulangin...Namun apa yg diketahui Allah adalah sangat luas. Kita manusia hanya memperolehi sedikit drpd apa yg ghaib.

Dan pada sisi Allah lah tersimpannya kunci2 yg ghaib. Wallahualm Bishawab.

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by cupi_ketchum on Thu Jul 21, 2011 9:57 pm

Gak ada yg salah deh Maybal. Justeru benar sekali kata2 mu itu. Hehehe, artikel ini di tulis ketika saya masih juniour lagi, belum ada penampakkan dan belum ada pengetahuan lagi Makanya kalau ada yg kurang, sila teman2 lain nambahinnya ya.

BTW, kamu juga salah seorg fans Tok Belagak ya? Ilmunya hebat deh, boleh tahan. Kamu juga punya ilmu semirip dgn nya saya lihat. Hampir2 sama, hanya berbeza perguruannya saja kali.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by Omera on Thu Jul 21, 2011 10:21 pm

cupi_ketchum wrote:Gak ada yg salah deh Maybal. Justeru benar sekali kata2 mu itu. Hehehe, artikel ini di tulis ketika saya masih juniour lagi, belum ada penampakkan dan belum ada pengetahuan lagi Makanya kalau ada yg kurang, sila teman2 lain nambahinnya ya.

BTW, kamu juga salah seorg fans Tok Belagak ya? Ilmunya hebat deh, boleh tahan. Kamu juga punya ilmu semirip dgn nya saya lihat. Hampir2 sama, hanya berbeza perguruannya saja kali.


Tu dia... Orang2 mantap sedang berbicara... Segan nak campur... Nanti lain pulak tunenya langsung jadi sumbang mambang... He he he... Embarassed

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by cupi_ketchum on Thu Jul 21, 2011 10:34 pm

Hehehe tak apa tuan, langsung terus sumbangkan ilmunya jika ada yg diketahui, sedikit sebanyak dapat kita berkongsi.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by maybal on Thu Jul 21, 2011 10:35 pm

cupi_ketchum wrote:Gak ada yg salah deh Maybal. Justeru benar sekali kata2 mu itu. Hehehe, artikel ini di tulis ketika saya masih juniour lagi, belum ada penampakkan dan belum ada pengetahuan lagi Makanya kalau ada yg kurang, sila teman2 lain nambahinnya ya.

BTW, kamu juga salah seorg fans Tok Belagak ya? Ilmunya hebat deh, boleh tahan. Kamu juga punya ilmu semirip dgn nya saya lihat. Hampir2 sama, hanya berbeza perguruannya saja kali.


salah..saya gak kenal sama dia apalagi mau jadi fans ..cuma secara kebetulan saya ditanyain seseorang untuk membantu..... itu saja..kalau dia tahu pasti dimarahinnya saya...

secara dasar saya mungkin tahu sumber ilmunya...

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by cupi_ketchum on Thu Jul 21, 2011 10:40 pm

Usah khawatir deh, gak ada apa2 yg perlu kita hiraukan kerana kita juga sama2 mengamalkan ilmu Allah. Hehehe.

Saya sangkakan kamu ini peminatnya. Hehehe.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by jagat raya on Thu Jul 21, 2011 10:48 pm

hehehehe.. tok bagak.. macam pernah ku kenal nama itu beberapa tahun yang lalu...

jagat raya
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 197
Age: 32
Location: bandar tasik selatan
Registration date: 2009-11-01

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by cupi_ketchum on Thu Jul 21, 2011 10:52 pm

jagat raya wrote:hehehehe.. tok bagak.. macam pernah ku kenal nama itu beberapa tahun yang lalu...


Tok Belagak, tok bagak tu kalau tak silap saya nama karektor dlm buku siri berkelahi dgn syaitan oleh Tok Awang Ngah. Heheheh. Mungkin lah. Kalau tak silap saya.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur

Post by cyber00 on Fri Jul 22, 2011 7:31 am

hmmmm very interesting nie, bila orang2 pakar ilmuan udah berbicara kita ini cuma menjadi pendengar setia dan ilmunya juga tidak kesampaian lagi nie Smile

Manalah tau ada manafaatnya nanti Smile

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum