Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Misterinya hidup dan pegalaman ku 5 5 2

Misterinya hidup dan pegalaman ku

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

View previous topic View next topic Go down

Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by cupi_ketchum on Mon Jan 04, 2010 8:44 pm

Assalamualaikum kpd semua pembaca sekalian. Di sini saya akan menceritakan semua pengalaman saya atau mana2 ahli saudara saya. Mengikut kronologi nombor.

1. Kisah pertama saya bermula dengan datuk saya. Secara rumusannya, datuk saya bukanlah org tempatan, Biasalah org perantauan. Kisah pengenalan datuk dan nenek saya juga adalah disebabkan sihir pengasih. Ceritanya, nenek saya telah di guna2 oleh org kampungnya sendiri yg meminati nenek saya. Dipendekkan cerita, datuk saya telah menyelamatkannya dgn memecahkan sihir pengasih itu. Setelah menyelamatkannya, datuk saya yg penyayang dan terlampau melampau2 prihatin dgn masalah org (Perangai ini diwarisi oleh ayah saya) telah mengahwini nenek saya.
Datuk saya ini mempunyai perangai incredible Hulk. Dont make me angry, u dont like me when im angry. Ini terbukti dan disahkan oleh nenek saya dan kawan2 datuk saya yg kini semua juga telah kembali ke rahmatullah. Pakcik saya yg sulung mempunyai perangai keras kepala. Dan dialah yg sering menyebabkan Hulk datuk saya timbul. Dalam mode Hulk, kekuatan datuk saya bertambah 10x untuk masa yg terhad.Selalunya 10 saat. Hihihihi. Kayu, perahu, termasuk guni beras yg betimbun2 ketika itu menjadi mangsanya. Tapi klu beras ada exception, dia akan mengangkat 7-8 guni sekaligus lalu di bawa berlari2 anak sambil mengejar mangsa. No
Setelah beberapa tahun, perangai datuk saya yg melampau2 prihatin itu mendapat perhatian sekeluarga jin islam yg tinggal di sungai tempat beliau selalu parking. Ktk itu, berlakulah perubahan mendadak pd diri datuk saya. Apabila bulan mengambang beliau akan duduk sorang2 di bawah pokok kelapa sambil cakap sorang2 dengan bahasa yg tidak pernah di dengar org (Bahasa Jin). Bimbanglah sekeluarga jadinya, Bila dibawa berubat, suara datuk saya tiba2 berubah menjadi suara perempuan asli. Tulen you. Dan dr sana moyang saudara saya, imam ketika itu dan sekarang (100 tahun sudah beb umur dia, masih lg jadi imam sekarang ni di Tanjung Aru, Labuan) berinteraksi dgn jin itu. Nama NENEK TIRI saya ni NurAzizah. Seperti jin2 tipikal, dia berjanji membantu nenek saya menjaga keluarganya. Semenjak itu, datuk saya tidak pernah mengunci rumah bila hendak ke mana2. Dan terus terang saya katakan, rezeki datuk saya sentiasa ada. Rumah nenek saya sentiasa jd pusat perkumpulan saudara-mara semasa hidup datuk saya. Dan seperti yg saya katakan, datuk saya mempunyai sikap prihatin yg melampau2, namun kebajikan anak2 tidak pernah terabai. Berbeza dgn ayah saya yg prihatin melampau2 pd anak org, anak sendiri kenal pun tidak. Terus terang saya katakan, ayah saya menghabiskan seribu ringgit sebulan dr gajinya utk membelikan minyak motor dan kereta serta menghutangkan kawan2 nya. Dari kecil, rumah nya sendiri pun tidak mempunyai blender sehinggalah 3 bulan lepas disebabkan bergaduh dgn saya. Apabila datuk saya meninggal, keluarga tiri nya turut melawat jenazahnya. Makcik2 saya yg ketika itu masih muda remaja terkejut melihat ramai tetamu dalam bilik jenazah disimpan. Sedangkan tiada sesiapa pun yg melihat ada org keluar masuk kecuali saudara mara yg dikenali.

Insyaallah, selepas ini, saya akan menyambung cerita ini lg. Makan dulu weii.

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by Chaz.e on Mon Jan 04, 2010 9:43 pm

mantap cerita ni! minum kupi dulu Razz

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by Paranorms on Mon Jan 04, 2010 11:13 pm

syiok eh cerita mu ni cupi...mberikan keseronokan tah plang hehe... mbah jgn tah kedikau kasi batah, sambung tah ceritamu atu segera Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by cupi_ketchum on Tue Jan 05, 2010 2:18 am

Sori geng, lambat sambung ba. Melabur ba lg. ok, sambung cerita. Cerita kedua ini mengisahkan tentang saudara mara saya pula. Kisah bermula dengan ayah saya dan sepupunya yg sesat di kampung bunian. Kisah ni jadi sebelum datuk saya berkahwin dengan bunian.
Satu petang yg damai, lepas waktu asar. Bapa saya dan sepupunya ditugaskan mengambil kerbau di tempat padang rumput. Jadi seperti cerita tipikal ahmad Albab, sekor hilang la pula. Bila di cari2, dengar la diorg suara kerbau tu menyahut2 dengan panggila manja. Yg ganjilnya kerbau tu ada di sebelah semak yg berotan2 duri. Yg hairannya, semak tu punya la tinggi, ada duri2 lg tu, duri tu pula disusun cam penjara cerita koboi dulu2. Jd berpusing2 la diorg cari jalan mo pergi ambil kerbau tu. Pusing punya pusing. Jumpa juga diorg jalan menuju ke tempat kerbau tu.
Bila sampai ja ke tempat kerbau tu, tambah la terkejut tahap gere bila kawasan tu rupa2nya tanah perkuburan. Nasib baik la ada sorg pakcik tua duduk2 di pondok dekat kubur tu. Kurang la ngeri sikit. Pakcik tu siap bakar2 rumput kering lg tu. Kawasan kubur tu pula memang bersih dan baru saja lepas kena tebas. Walaupun diorg yakin di kampung tu tiada tanah perkuburan, tp diorg rileks ja pasal diorg ingat diorg sesat. Jadi dengan machonya diorg pun minta la kebenaran dkat pakcik tu utk ambil kerbau tu balik. Jd pakcik tu explain la dkat diorg tu yg kerbau tu sesat sampai ke sana. Lps duduk2 cerita2 tanya itu ini, Diorg pun minta la tunjuk jalan balik. Pakcik tu pun tunjuk satu jalan lg yg magic. Td tiada, skarang ada. Jalan tu macam biskut la pula. So sbb takut balik tlampau lambat diorg pun speed maut ja la. Bila sudah keluar simpang, diorg pusing belakang. Terkejutnya diorg bila jalan yg diorg lalu tu tiada langsung. Yg ada cuma hutan rimba, yg tiada tanda langsung tanda diorg pernah lalu. So speed maut la diorg balik rumah, time tu lg sudah maghrib. So diorg cerita2 la dkat family masing2. Lps tu ada la org tua2 ni, bagitau diorg yg tempat tu sebenarnya memang ada KAMPUNG, yg diorg pergi tu tanah perkuburan KAMPUNG tu. Kampung bunian tu sekarang ni sudah dijadikan tempat sekolah rendah Tanjung Aru. Dan dengar2 cerita, kampung org bunian tu sudah pindah di atas bukit sebelah skolah tu saja. Sebelum tempat tu dijadikan skolah, org selalu dengar org main gambus, kulintangan dsb dr hutan tu. Tandanya ada kawin2 la di sana. Kadang2 ada kain putih dibuai2 angin kena ikat di atas bukit. Kampung tu cerita org pandai2 macam kampung biasa juga. Ada yg islam, ada yg tidak. Maksudnya diorg berkelompok tp masing2 berpagar. Org2 yg tinggal berhampiran sana, sampai skarang tidak hairan lg dgn kejadian di sana. Dulu di sana(Sehingga sekarang) ada satu kawasan yg kayu2 nya lurus sahaja tiada cabang. Macam stail kayu org putih dalam TV. Sedangkan kiri kanan dipenuhi dgn belukar dan kayuy2 yg rockers. Kawasan tu sekarang didiami oleh saudara bau2 bacang kami. Hutan tu di belakang rumahnya saja dan telah dipagar. Kes org kaya la ni. Tp sejuk mata bila tengok kawasan tu. Rasa macam bukan di Labuan, macam di england saja. Siap boleh golek2 ala hindustan lg. Rasanya situlah kawasan kubur tu.

Bersambung di akan datang. Hihihihi

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by NoName on Tue Jan 05, 2010 11:25 am

aiks...nda penah pun ko cerita ma aku ni...menarik oo..
ptt la org bilang sekolah tg aru tu karas....

best pie.....sambung2...

NoName
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 328
Age: 26
Location: W.P Labuan
Registration date: 2009-12-20

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by Admin on Tue Jan 05, 2010 12:05 pm

wow tempat tu bagus tuntuk buat Paranorms Hunter Crew...kamu jadi host la...amacam? Wink

Admin
Administrator
Administrator

Male
Number of posts: 142
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-01-22

http://www.paranorms.org

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by NoName on Tue Jan 05, 2010 12:06 pm

no prob
bila ilmu di dada udah mantep...
Smile)

NoName
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 328
Age: 26
Location: W.P Labuan
Registration date: 2009-12-20

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by cupi_ketchum on Tue Jan 05, 2010 4:29 pm

Aslmkm semua. Kita sambung lg cerita2 keluarga ku. Balik lg pasal datuk aku. Sebelum dia kawin sama org bunian, dia kerja jd pembantu tukang masak di kompeni org putih. Jadi time tu dia ada beca, jd dia selalu balik malam2. Satu hari, bila dia jalan di Tamu labuan, sana ada satu kubur cina lama. Yg saspennya, bukan hantu cina keluar. Tapi ada kerbau warna putih ikut sama jogging sebelah beca nya. Paling ngeri lagi bila kerbau tu tiada kepala. Bayangkanlah, dengan beca yg tiada gear speed tu dia kayuh maut sampai ke rumah.
Sampai2 ja di rumah terus dilanggarnya pintu rumah dengan beca tu. Terus dia demam. Sandi la juga. Bila kena ubati, moyang aku kata dia tu saja2 kena kacau. Sbb slalu jalan2 sorang2 time malam. k, nanti aku sambung lg. kikiki

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by Bella Luna on Wed Jan 06, 2010 8:55 am

haha....apa ba kerbau tu bikin... dia mo racing kali ba tu mo tau sepa lagi laju... Laughing Laughing Laughing

Bella Luna
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by NoName on Wed Jan 06, 2010 9:05 am

Bella Luna wrote:haha....apa ba kerbau tu bikin... dia mo racing kali ba tu mo tau sepa lagi laju... Laughing Laughing Laughing


mengkali jg...
mo test kelajuan ba tu...
tp teda kepala..camna dia mo race? confused

NoName
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 328
Age: 26
Location: W.P Labuan
Registration date: 2009-12-20

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by Omera on Wed Jan 06, 2010 12:54 pm

Banyak betul cerita sedara... macam penulis novel lak... siap ada break lagi... kejadian tu sume taun brapa? Macam zaman P Ramlee jer...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by cupi_ketchum on Wed Jan 06, 2010 1:08 pm

Yup, memang waktu zaman p.ramlee. Majoriti cerita2 ni berlaku waktu bapa saya masih berumur 9 tahun dan ke atas.

Insyaallah, nanti saya sambung lg kemudian. hihihihi.

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by NoName on Wed Jan 06, 2010 1:45 pm

tertunggu2...
ada ko karang..aku ngatuk umah mu kan nyuruh ko bercerita..wakakak

NoName
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 328
Age: 26
Location: W.P Labuan
Registration date: 2009-12-20

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by Bella Luna on Thu Jan 07, 2010 11:52 am

mana cupi ni... Smile

Bella Luna
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by cupi_ketchum on Thu Jan 07, 2010 1:13 pm

Sory2 lambat tulis cerita. Kisah kali ni pasal pengalaman datuk saya dan anak2nya waktu kecil. Lps kawin dgn nenek saya, datuk saya bekerja sbgai nelayan part time. Waktu tunggu padi masak. Bila di laut ni lah banyak pengalaman ngeri2 diorg jumpa. Ada satu masa, diorg pegi memukat. Tp pakai perahu. Pukat diorg tu memang panjang, Memukat di laut dalam la ni. Bila diorg angkat pukat tu, ada rumpai. So mula2 rilek la diorg. Apa la stakat rumpai.

Tp bila diorg angkat sedikit2 makin lama makin tebal pula tu rumpai. Seekor ikan pun ndada langsung ni. Last2 rumpai tu jadi makin besar macam batang kelapa. Apalagi, diorg buang terus pukat tu dan terus balik. Ada lg bila sedang memukat, tiba2 ada api warna unggu landing dkat port diorg memukat. Mula2 satu. Makin lama makin banyak. Nenek saya time tu takut gila ni. Tp datuk saya rilek ja. Dia kata barang tu cari ikan cam kita juga. Ntah la apa benda nya tu. Balan2 kali.

Pernah juga datuk saya nampak ada budak warna hitam timbul di tengah2 laut. Kata datuk saya, itu namanya TAMBU AKAR. Spesis jin yg suka melemaskan org. Dia target supaya datuk saya terjun dan selamatkan dia konon. Tambu Akar ni klu dia masukkan badan atau submerge dalam air, dia transform jadi GALAP. Galap ni famous klu di labuan. Di tempat lain aku nda tau kena panggil apa. Galap merupa macam kabus hitam setempat dalam air yg pandai berpindah2. Wallahualam. Bila nampak macam tu, datuk saya terus balik. Bila sampai di darat, turun ja dr perahu, geng dia yg ikut memukat ni tiba2 rasa ada benda belendir melekat di punggung nya. Waktu turun dr perahu tu, air laut masih sampai di dada lg. Dia rasa macam ada org peluk dr belakang, dgn lendir2 extra. Menjerit2 member datuk saya terus lari ke darat. Terus demam.

Kisah seterusnya ni, bukan berlaku pd datuk saya, tp pakcik saya. Waktu seronok memancing di perahu, entah macamana perahu diorg hang. DI pasang enjin pun macam tersangkut. Bila diorg tengok ke bawah perahu. Rupanya ada sepasang tangan org, versi XXL sedang pegang perahu diorg. Pakcik saya yg baru berjinak2 dgn ilmu mistik cuba la test dia punya skill. Ketawa ja barang tu mula2. Lama2 dia lepaskan juga. Panas kali bila dibacakan ayat2 quran. Spt cerita2 tipikal, diorg pun terus la balik tangan kosong.

Ada juga kisah yg ganjil. Datuk, nenek, n teman2 diorg pegi memukat. Yg hairannya asal diorg angkat pukat. Mesti dpt ikan jaws. Jerung la tu. Asal angkat dapat jaws. Angkat lg, jaws lagi. Mula2 ok la, tp balik2 jaws ja. ikan lain tiada boring juga. Yg geng dia hairan, kawasan tu memang tiada jaws pun. Pasal seorg member dia memang arif pasal ilmu2 laut ni. Disebabkan rezeki, diorg ambil ja jaws tu. Kira2 20 ekor dirg angkat masuk perahu. So kenyang la diorg makan jaws minggu tu. Hihihihi

Ada juga diorg dengar bunyi org bercakap2 di tengah laut, kadang2 bunyi org terjun. Paling best bila ada penyu timbul dekat perahu. Sekian dahulu. Akan disambung kemudian. Hihihiihi. Sory lambat tulis cerita ni. Terpaksa interview nenek saya dahulu. Baru lah start menulis.

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by Bella Luna on Thu Jan 07, 2010 1:53 pm

cupi... wah pengalaman hidupmu ini bole buat ebook atau buat novel ni... byk kisah misteri ni tentu ramai yg minat baca... Smile

Bella Luna
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by Omera on Thu Jan 07, 2010 2:32 pm

Ya la... cerita takde sangkut2 pun macam dah ada skrip jer...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by cupi_ketchum on Thu Jan 07, 2010 3:39 pm

Hehehe, memang dr dulu lg saya mau buat buku pasal life story saya ni. Dan tepat skali kata2 saudara Omera. Memang dr dulu lg saya ada buat skrip pasal kejadia2 yg nenek saya ceritakan.
Cuma skrip lisan la. Semua ni hasil dr penceritaan nenek saya. Kemudian saya temuramah lg pakcik2 dan makcik2 saya utk kepastian lanjut. Dan banyak lg kejadian2 yg dialami oleh adik datuk saya, yg juga telah kembali ke rahmatullah. Sekarang ni saya sedang susun dulu kronologi cerita2 saya ni mengikut susunan masa. Agar KURANG berterabur. Insyaallah, nantikan cerita seterusnya. Dan sekarang ni juga saya sedang bersiap2 utk berjumpa dgn nenek saya lg utk interview sterusnya Very Happy .

Bila cerita2 pasal family2 saya habis, barulah saya bermula dgn pengalaman hidup saya sendiri nanti. Heeheheheh.

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by Chaz.e on Thu Jan 07, 2010 5:36 pm

teruskan bercerita cupi, kami menatikan cerita dan pengalaman menarik dari anda.

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Misterinya hidup dan pegalaman ku

Post by cupi_ketchum on Sun Jan 31, 2010 1:11 pm

Assalamualaikum semua, Sory kebelakangan ini saya tiada masa terluang utk menulis cerita di dalam forum ini. Ok lah, without wasting any time, saya sambung balik cerita saya.

Kisah kali ini berkisar mengenai keganjilan kami adik beradik. Waktu adik saya yg nombor 2 lahir, dia dilahirkan di rumah. Nda sempat pigi hoispital. Waktu tu full moon la pula, ngam2 lg tengah malam. Bila dilahirkan tu, adik aku ni nda berenti menangis, cam dlm cerita ahmad albab la pula. Semua family member time tu resah, gelisah dsb la. FYI, kami tinggal di rumah datuk aku, kira adik beradik bapa aku pun serumah la, lain2 bilik ja. Bila datuk aku keluar, dia perasan yg pokok limau di belakang rumah kami tu bergegar non stop. Sedangkan time tu tiada langsung angin, pokok limau kapas tu memang besar. Bayangkan tingginya sampai atap rumah kami. Datuk aku yg perasaan benda ganjil tu terus panggil bapa aku, bapa aku yg baru2 dapat anak ni naik angin la konon. Dia cabar pokok tu fight dgn dia. Terjadi la adegan2 yg ditapis oleh kerajaan yg aku sendiri time tu pun nda tau apa dia buat. Aku baru 1 tahun ja time tu. Bila kena maki2, pokok tu trus stop begoyang2. Seminggu lepas tu, pokok tu mati. Tp asal mati ja, pokok tu mesti hidup balik. Pokok tu masih ada sampai skarang. Skarang pokok tu ada tuan sudah, sbb pakcik aku yg juga pengamal perubatan tradisional la katakan, jadikan pokok tu sumber limau utk mengubat pesakit dia. Master Paranorm ngan Chaz.E kenal pakcik aku ni. Hehehehe.

Cerita kali ni, pasal aku. Waktu umur aku baru 6 tahun, kami pegi piknik dkat pantai Tanjung Aru Labuan. Bukan KK ah. Jgn silap. Sedang2 mandi tu, aku kena tinggalkan sorang2. Tempat aku berdiri tu air dia sampai pinggang aku ja. Entah cemana, tiba2 ja aku rasa kena tarik masuk dalam air, seolah2 tempat aku berdiri tu ada lubang. Waktu kena tarik tu, aku pandang ke atas dan nampak yg aku semakin turun ke bawah. Tp yg bestnya air tu punya lah jernih macam di sipadan ja. Yg peliknya aku nda lemas langsung time tu. Sedangkan masa dalam air tu lebih kurang 5 minit aku kena tarik. Belum lg campur masa waktu dilepaskan ke atas. Bila samapai ja ke atas, aku jadi konfius. Sebab tiada org perasan apa yg jadi dekat aku. Bila aku tanya2 dkat diorg ada ombak besar atau nda. Tiada pula ombak atau apa2 yg ganjil.

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum