Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Bisnes dan perkaitan Energy

View previous topic View next topic Go down

Bisnes dan perkaitan Energy

Post by AuraNurShifa on Mon Jan 11, 2010 6:22 pm

A'kum semua.
Saya kongsikan artikel dari Amar Mahmud,Jurulatih Al-Qudrah Training & Consultancy.

Anda rungsing dengan perniagaan anda?


Ada ramai rakan2 yang berbisnes kerap mengajukan beberapa pertanyaan tentang perniagaan mereka. Soalan yang kerap adalah tentang situasi perniagaan yang tidak memberangsangkan. Ada yang sedang mengalami perniagaan yang merosot. Dan ada juga yang mengalami masalah perniagakan yang tidak mencatatkan peningkataan.

Kerap kali soalan ini akan dijawap dengan berhati2. Kenapa?..pertamanya, kerana perniagaan melibatkan pelbagai skill atau kemahiran yang perlu dimiliki oleh individu yang terlibat di dalam perniagaan tersebut. Ia boleh jadi dari sudut “marketing”nya, boleh jadi dari sudut pengurusan, mungkin juga dari sudut method penjualan produk yang tidak berkesan.

Tetapi, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana masalah perniagaan juga mempunyai hubung kait yang sangat rapat dari sudut persiapan mental dan sudut bio energi seseorang individu dan persekitaran lokasi perniagaannya.

Katakan anda mempunyai satu premis perniagaan makanan. Dan memang bagi orang melayu jenis perniagaan ini adalah perniagaan yang begitu banyak diceburi dan mudah dilakukan oleh mereka. Selain dari mempunyai kemahiran memasak dan menyediakan pelbagai lauk pauk di premis atau restaurant anda, pekara asas yang selalu dilupakan adalah pengusaha perniagaan tidak mempunyai mindset perniagaan yang betul.

Ingat… saya pernah mengatakan yang jika anda ingin menjadi usahawan berjaya, maka anda mesti mempunyai mindset atau minda seorang usahawan yang berjaya. Setiap dari mindset atau pemikiran yang ada dalam diri anda akan menghasilkan energi atau medan elektromagnet. Energi yang keluar akan mula bertindakbalas sepertinya hukum “law of attraction” iaitu hukum tarik menarik.

Jika di dalam fikiran anda mempunyai fikiran yang negative dan sentiasa takut (emosi) dengan kerugian, maka anda akan mula menarik kerugian di dalam bisnes anda. Belum lagi vibrasi emosi negative seperti susah hati, kecewa apabila kurang pelanggan, sedih dengan kerugian, rungsing dengan kegagalan dan sebagainya. Ini adalah bentuk2 energi atau aura yang anda hasilkan setiap hari di dalm premis perniagaan anda.

Ini belum lagi termasuk dengan elemen2 energi di persekitan premis perniagaan anda. Pelbagai pelanggan yang masuk juga membawa pelbagai jenis energi ke dalam perniagaan anda. Ada yang baik dan ada yang agak “lembab” dan negatif. Tidak termasuk energi energi “hantaran” pesaing2 perniagaan yang kadang kala singgah ke premis anda. (orang melayu katakan).

Persoalannya, apa yang anda lakukan? Adakah cukup anda melakukan re-program mindset anda? Perlukan pembersihan energi dilakukan secara berkala di premis anda? Atau anda biarkan energi tersebut di dalam perniagaan anda sehingga pelanggan yang masuk tidak mengemari suasana (secara “instinct”) di dalam premis anda. Apakah kaedah yang perlu anda lakukan untuk memulihkan semula aliran energi diri anda dan premis anda?…jumpa bomoh ke?…dukun ke? Ambil kemenyan ke? Atau boleh jumpa pakar2 fengshui macam Lillian Too untuk membetulkan aliran energi premis anda supaya ? flow” energi akan mula mengalir dengan baik. Atau anda perlu jumpa doktor energi…iaitu pakar2 Juruterapi Reiki yang akan menggunakan simbol2 energi dan bola2 energi untuk melakukan clearing, protection, dan aliran keluar masuk energi di premis anda?…

saya tak nak jawap. Fikirkan dan renungkan di mana sintifiknya dan di mana mistiknya.

Sumber: http://amarmahmood.com/2007/12/06/anda-rungsing-dengan-perniagaan-anda

AuraNurShifa
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum