Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Ilmu energy haram diamalkan? [Panas]

View previous topic View next topic Go down

Ilmu energy haram diamalkan? [Panas]

Post by cupi_ketchum on Sat Jan 23, 2010 9:49 pm

Assalamualaikum kpd semua forumer sekalian. Terkejut dengan tajuk di atas? Ya! Anda seharusnya. Itulah kata2 seorg ustaz di dalam laman webnya. Ustaz tersebut yg memang radikal dengan pemahaman sendiri tanpa mahu mengetahui asal usul sesuatu dgn lebih mendalam.

Berikut adalah kata2 beliau

'Menurut ajaran sesat aura chakra kuasa minda ini, penyakit iaitu satu musibah dari Allah SWT bukan lagi kerana rububiah Allah (perancangan serta pentadbiran Allah) tetapi adalah kerana tenaga aura dan chakra. Pemulihan yang dicadangkan melalui ajaran sesat ini bukan lagi melalui muhasabah dan usaha yang dusunnahkan Nabi tetapi ialah melalui pengambilan tangkal alaf baru iaitu aura seri atau aura genius yang boleh menseimbangkan tenaga-tenaga ini. Kalau anda ingin membuat eksperimen tangkal aura seri ini, silakan dan harganya cuma RM68 tetapi tanggunglah azabnya serta dosanya.

Aura genius menggunakan ilmu chakra dan aura yang dikutip dari ajaran hindu seperti yang dinyatakan di atas. Rububiah Allah sudah dibuang ke longkang dan digantikan dengan dipertenagakan oleh “Lotus Energy” bagi merangsang crown energy.

Jikalau didalam agama Islam diajarkan bahawa kuasa penyembuhan adalah semata-mata milik Allah kini ajaran aura chakra kuasa minda mengajarkan ilmu yang bertentangan sama sekali iaitu tenaga, chakra, aura dan sebagainya mempunyai kuasa penyembuhan. Amalan ini atau manusia seperti dinyatakan dalam petikan berikut sudah naik tingkat menjadi Tuhan yang boleh menyembuh diri sendiri, orang lain atau melaui jarak jauh, Masya-Allah

Apabila melihat canggihnya kaedah memindahkan penyakit melalui program Menjaro ini, kelihatan seolah-olah Allah tuhan sekelian alam menjadi lemah dan kerdil sekali. Allah memberikan penyakit kepada manusia sebagai musibah untuk menguji umatnya disamping sebagai kafarah penebus dosa di atas dosa-dosa lalu. Allah kelihatan amat lemah di sini kerana apabila Allah memberikan penyakit kepada manusia, dengan mudah penyakit ini dapat dipindahkan kepada telur, ayam atau kambing tanpa sebarang proses muhasabah dan taubat serta doa. Dengan kaedah Menjaro itu manusia dapat melepaskan diri dari azab Allah melalui Menjaro dan akhirnya ayam dan kambinglah yang menerima azab sebenar dari Allah ini. Macam cerita kartun Doraemon.



Kalau kesaktian yang ada dalam tenaga dalaman itu tipu, jadi selama ini engkau menipulah semua anak murid engkau yang belajar ilmu tenaga dalam ini??

Beritahu saya ilmu tenaga dalam yang gak syirik????

Nak syirik bukan susah, saya beritahu satu perkara tetapi minta semua pembaca jangan melakukannya kerana merosak akidah. Ilmu ini banyak diamalkan dalam ilmu karate. Apabila seorang pelatih karate ingin memecah batu bata, fokuskan minda sdr dan yakinilah bahawa anda boleh melakukannya. Fokuskan sungguh-sungguh minda. Setelah cukup fokus, lakukanlah karate untuk memecah batu bata tersebut. Nah kan sdr boleh memecahkan batu bata tersebut. ANDA MEMANG ADA KEKUATAN DAN TENAGA UNTUK MELAKUKANNYA!!!

Apa yang telah saya beritahu diatas telah menafikan hak Allah dalam mentadbir dunia ini. Ilmu sesat di atas telah bertentangan dengan konsep yang diajarkan dalam Islam iaitu, berdoa, insya-Allah dan paling penting sekali berlawanan dengan konsep “La hawla wa laa quwwata illa billahil ... adziem” yang bermaksud tidak ada daya kekuatan melainkan dari Allah (sahaja). Kalau kekuatan dari Allah kita katakan kekuatan kita, itu sudah menafikan hak Allah dan sudah rosak akidah.

Nak syirik bukan semestinya pakai jampi mantera dan panggil hantu syaitan, hanya meyakini kita ada tenaga dan kekuatan sudah boleh merosak akidah. Seorang berkata “Saya yakin dengan LUX kerana ia menjadikan kulit saya gebu” tanpa mengaitkan langsung peranan Allah sudah merusak akidah.

Ingatlah pesanan Ibnu Qayyim Al Jauziah Rahimahullahu ‘alaihim:

"Leletakkan keupayaan dan kekuatan kepada Allah. (Lahaulawala......)" bukan kepada keupayaan dan kekuatan diri sendiri atau tenaga dalaman dari diri sendiri.

Nak beriman memang rumit tetapi nak syirik memangnya mudah!! Nak masuk neraka memang mudah tetapi nak masuk syurga kena berilmu yang Allah redha dan rumit.


bagaimana forumer sekalian? Ustaz ini terang2an menolak semua yg bukan dr Allah kononya. Malah beliau juga terang2 menuduh org yg berubat menggunakan garam dan air yg dibacakan ayat2 suci juga haram dan kafir. Konon dia saja la yg tersambung dengan hukum ketuhanan. Macamana kita mo defend diri kita bila ada org cakap macam ni? Senang saja. Dia ni memang ahli tasauf ni geng. Jangan kamu mau lawan cakap. Hehehehe. Di bawah aku listkan QnA utk masalah ni.

Q- Semua ilmu selain dr Allah adalah haram. Berubat dgn air2 jampi walaupun ayat2 quran haram. Kita hendaklah menetapkan keyakinan HANYA dr Allah.

A- Kalau kau demam, jgnlah makan penadol, sbb penadol tu bukan dr Allah. Penadol tu bukan Allah yg cipta. Penadol tu pun bukan Nabi Muhammad yg cipta. Saya yakin, ustaz ni yg duduk dlm aircond di pejabat mesti ada kad klinik. Konfom kan? saya ingin kongsikan sebuah kisah mengenai nabi Musa A.S yang ditimpa penyakit. Bani ISrael telah datang kepada Nabi Musa menawarkan ubat untuk penyakitnya namun Nabi MUsa menolak. "aku tidak akan berubat sehingga aku disembuhkan oleh Allah S.W.T tanpa mengunakan ubat." Lalu Bani Israel kembali dengan kecewwa bila Nabi MUsa enggan menerima pertolongan mereka. Kemudian, bila penyakit Nabi MUsa semakin teruk, Bani Israel kembali semula dan menawarkan ubat. Namun Nabi MUsa menolak. "Aku tetap tidak akan berubat sehingga Allah menyembuhkan aku tanpa mengunakan ubat." Seketika kemudian, Nabi MUsa mendiamkan diri, lalu Allah menurunkan wahyu yang bermaksud:"Wahai MUsa, demi kemuliaanKu dan keangunganKu, Aku tidak akan menyembuhkan kamu sebelum kamu berubat dengan apa yang mereka(kaum Bani Israel) sebutkan kepadamu." Lalu Nabi Musa berkata kepada kaum Bani Israel. "ubatilah aku dengan apa yang kamu katakan itu." Kaum Bani Israel segera mengubatkan Nabi MUsa dengan ubat dari tumbuhan, dengan izin Allah S.W.T makan sembuhlah penyakit Nabi MUsa. Hal ini menyebabkan Nabi Musa kurang senang. Lantas Alllah menurunkan wahyu yang bermaksud; "Wahai MUsa, apakah kamu menghendaki Aku membatalkan hikmahKU dengan tawakal engkau kepadaKU. Tidakkah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuhan itu untuk memberi manfaat kepada sesuatu. Bukankah aku yang menjadikannya." kemudian, sedarlah Nabi Musa A.S daripada kebimbangan yang melandanya

Q- Semua yg tiada dlm Al-Quran adalah Bidaah.

A- Hahahaha, ni paling senang mau dijawab, ustaz ni kata macam tu, tp dia sendiri pakai kereta kancil, kadang2 naik motor suzuki. Sudah tu siap pakai kasut kilat lg tu. Ada ka nabi Muhammad pakai motor atau kereta kancil waktu hijrah? Pikir la sendiri. Rasanya org2 dlm forum ni boleh fikir sendiri.

Q- Dalam islam tiada istilah mata ketiga dan haram mencari tentangnya kerana nabi tidak pernah mempunyai hadis tentangnya.

A- Nakal la ustaz ni, haram konon. Dia punya rumah ada astro, senang2 dia kata mata ke 3 dan sesuatu yg tidak dpt dilihat tu haram dicari. Internet pun dia ada sambung lagi tu. Siap ada laman web sendiri lg. Kamu cuba teka la apa rasa2nya jenama henfon ustaz ni. Nda n95, mesti hp yg touchscreen punya. Ok, kesimpulannya, nabi memang nda perlukan mata ke 3. Sebab hijabnya sedia dibuka oleh Allah. Lgpun nabi mana ada internet. Nabi mana ada pakai henfon. Laman web pun belum wujud lagi. Tp nabi suruh kita beriman dgn yg ghaib. Jadi pandai2lah fikir sendiri.

Sebelum pandai2 mau kasi haram itu ini. Fikir dulu apa yg ada di badan sendiri. Mau capai hakikat wali konon, tp pakai internet buat laman web. Sudah tu tuduh sini sana semua haram. Maulud nabi haram la, baca yasin malam jumaat haram la, tapi sendiri mengkafirkan sesama muslim dpt pula dia pahala kunun. Pigi masjid nda juga mau naik unta, kenapa pakai motor? Knapa nda pakai capal macam nabi waktu pegi ofis? Kenapa pakai henfon waktu pegi jumpa muhasabbah konon? Kenapa nda mohon saja trus dkat Allah 'Ya Allah, aku tidak menggunakan henfon kerana mu dan meminta agar peserta2 muhasbbah tidak marah kpd ku kerana terlambat dan tdk memberitahu mereka yg henfon aku berkredit'. Logik kan? Dia minta org2 lain sedar konon yg keyakinan dtg dr Allah, tp dia sendiri pakai telefon utk maklumkan org yg dia kena trafick jam.

Anugerah Allah tidak dpt dicari walaupun oleh org yg paginya, petangnya dan malamnya sentiasa sujud tanpa bangun melainkan dari kurniaan Allah sendiri. Allah berhak memberi kerajaan kpd sesiapa yg disukainya dan mencabut kerajaan dr sesiapa yg disukainya juga.

Memohon kesihatan tanpa senaman dan ubat juga bererti melawan hukum tuhan dng melarikan diri dr ubat yg diilhamkan dr Allah jua. Fikir2 lah sendiri. Berfikiran radikal secara membabi buta pun tiada guna. Bagus gali kubur terus masuk tidur saja dalam. Mengharap dr selain kekuatan Allah adalah syirik, jadi secara otomatik klau tinggal dlm rumah pun bererti melawan keyakinan kita kpd Allah. Betulkan? Kenapa org2 yg radikal ni nda berdiri saja di tengah2 padang waktu hujan ribut sbb konon terlalu dkat dgn Alah. Pandai juga takut basah. Hairan kan?

Nda payah la aku bagitau laman web ustaz ni. Bikin sakit jiwa ja mau di kongsi. Sbb telampau banyak laman web macam ni aku jumpa.

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Ilmu energy haram diamalkan? [Panas]

Post by Chaz.e on Mon Jan 25, 2010 2:34 pm

Sy pun x mau banyak ulasan tentang ni..memang banyak kes mcm ni..sy pernah juga nampak ada juga di forum lain seperti harmonisers.net tp skg dah dorang tutup forum tu x tau knapa...ada jg berbahas dengan mereka disana tentang energy therapy..dorang hentam btl dengan Reiki Healing sebab Reiki ni banyak menggunakan simbol2 pelik...pastu pasal energy ni dorang kata x mustahil msti ada 'seseuatu' yang membantu semasa sesi rawatan...

erm..dan 1 lagi orang ni sy rasa x tahu menahu pasal konsep2 energy...dorang main hentam je nak kutuk cara rawatan org lain ni x betul, syirik, sesat dan sebagainya...xnak gtau la siapa org tu tp yg sy tau dorang ni belajar ilmu gerak rasa..dekat semenanjung la...

pastu siap menghukum sy lagi masa tu kata sy ni ada 3 ekor jin....so diorang sesama sendiri la mengatakan yang kurang elok pasal sy di forum spt memperlekehkan ilmu orang lain.

paling teruk diorang hantar jin suruh sedut energy sy time tdo....lastly sy malas la mau join lagi discussion dekat forum tu...buang masa ja....apapun, dalam konsep rawatan terapi energy ni, sebelum mempelajari nya kita perlu Faham konsep2 energy, dan beberapa konsep atau teori lain tentang penyakit, cara rawatan dan lain2. pastu baru ble belajar merawat...jangan main terjun terus...

wallahualam


Last edited by Chaz.e on Sat Jan 30, 2010 7:46 pm; edited 1 time in total

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Ilmu energy haram diamalkan? [Panas]

Post by Paranorms on Thu Jan 28, 2010 3:17 pm

sgt bgs jwpn dr cupi terhadap persoalan dlm tu artikel cheers

kita perlu melihat dr semua sudut sblm memberi apapa hukuman terhadap sesuatu...kalau main hentam ja nti ketara btl la kita ni cetek pengetahuan dan sombong pula utk mengkaji hehe

padahal ilmu kita ni hanyalah serpihan2 yg sgt2 kecil dr khazanah ilmu tuhan yg x terbatas...jadi alangkah zalimnya kita kalau terus menolak suatu ilmu yg kita blm tau selok beloknya secara benar...

" walaa yuhituuna bisyai'in min 'ilmihi illa bima syaa' " - ayat kursi

-dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Ilmu energy haram diamalkan? [Panas]

Post by mata besar on Fri Jan 29, 2010 3:15 am

the good question and best answer..the big hand for them..
don simply blame others for the way things are.
investigate!more study more learnt(boleh buat motto suda haha)
being harmonious..peace


lol!

mata besar
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Female
Number of posts: 369
Age: 25
Location: bumi
Registration date: 2008-04-23

Back to top Go down

Re: Ilmu energy haram diamalkan? [Panas]

Post by Omera on Fri Jan 29, 2010 2:58 pm

Saya rasa saya tau forum yang chaz e maksudkan... sebab saya pun join group forum tu.. cerita pasal besikan... Saya pun dah lama tak log in ke group tu... pas tu group yang cupi cakap tu group multiplykan... yang tu pun saya ada baca... dia menghentam dan kena hentam... Biasalah... Kebanyakan orang yang bercakap tengok kulit je.. tak tengok isi... Perlu kita muhasabah diri kita... Yang baik tu datang dari Allah... Yang buruk itu datangnya daripada hawa nafsu kita sendiri...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Ilmu energy haram diamalkan? [Panas]

Post by Chaz.e on Sun Jan 31, 2010 11:34 am

Omera wrote:Saya rasa saya tau forum yang chaz e maksudkan... sebab saya pun join group forum tu.. cerita pasal besikan... Saya pun dah lama tak log in ke group tu... pas tu group yang cupi cakap tu group multiplykan... yang tu pun saya ada baca... dia menghentam dan kena hentam... Biasalah... Kebanyakan orang yang bercakap tengok kulit je.. tak tengok isi... Perlu kita muhasabah diri kita... Yang baik tu datang dari Allah... Yang buruk itu datangnya daripada hawa nafsu kita sendiri...


betul tu saudara omera..tp forum tu dah tutup dah....Smile x pela insyaALLAH kita doakan saja mereka nie spy dapat di beri peluang untuk belajar pengetahuan lebih lagi dalam arena perawatan holistik ini. Like a Star @ heaven

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Ilmu energy haram diamalkan? [Panas]

Post by cupi_ketchum on Sun Jan 31, 2010 12:39 pm

Kpd saudara Omera. Rasa2nya tu lah salah satu laman web yg saya baca. Kalau tak silap la. Pasal terlalu banyak la pula laman web gini ni.

Insyaallah, muga2 kita sentiasa dalam kasih sayang Allah. Amin.

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Ilmu energy haram diamalkan? [Panas]

Post by NoName on Mon Feb 08, 2010 11:14 am

amin....

ttp yg mahal....
"pigi masjid nda mo naik unta" WAHAHAHAHAHA~!!

NoName
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 328
Age: 26
Location: W.P Labuan
Registration date: 2009-12-20

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum