Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Minta bantuan

View previous topic View next topic Go down

Minta bantuan

Post by izad on Wed Apr 14, 2010 2:43 pm

Aslamualaikum. Saya baru keluar hospital sebulan lebih krn denggi. selepas keluar perjalanan darah saya tidak stabil. Kadang2 pengaliran darah tidak betul. Kadang2 degupan jantung laju, tangan dan kaki saya kebas akibat perjalanan darah yang tidak lancar. Ada sapa2 tau bgaimana cara nak mengatasinya? Atau ada mana2 ustaz atau ahli perubatan traditional yg boleh menolong mengubati masalah kesihatan saya? Perlu sangat bantuan tuan puan. Terima kasih.

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: Minta bantuan

Post by Chaz.e on Wed Apr 14, 2010 9:15 pm

Wasalam, terima kasih kerana melawati forum PHC, mohon saudara memberikan nama penuh dan lokasi anda supaya lebih mudah untuk para ahli perawat utk menyalurkan energy penyembuhan kepada saudara...terima kasih..

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Minta bantuan

Post by izad on Thu Apr 15, 2010 10:06 am

terima kasih atas respons. Nama saya Norzi bin Ahmad. Nama ibu saya zainun. saya tinggal di sri kembangan, serdang, selangor.

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: Minta bantuan

Post by cupi_ketchum on Thu Apr 15, 2010 9:40 pm

Kpd saudara Norzi, insyaallah kami telah membaca dan meneliti permasalahan anda. Bersama2 kita memohon ke hadrat Allah agar masalah saudara dapat diselesaikan dengan segera. Amin.

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Minta bantuan

Post by izad on Fri Apr 16, 2010 9:25 am

terima kasih. Saya rasa bertuah kerana join ruangan ni. bleh berkongsi2 pengalaman dan ilmu. Semoga allah memberkati di atas segalanya dan diberi rahmat kepada semua. amin.

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: Minta bantuan

Post by Omera on Fri Apr 16, 2010 10:43 am

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA
KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40
minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah
lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan
bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak.
Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk
ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan...kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika
permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.


Solat Hajat


1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak'ataini lillaahi ta'aala.


2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x,
dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.


3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat
kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu
sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man
dzal-la-dzii yasy-fa-'u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya'-lamu maa
bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm
min'ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-'a kursiy-yuhus samaawaati
wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal 'aliy-yul azhim.

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Minta bantuan

Post by Paranorms on Mon Apr 19, 2010 9:27 am

kita doakan agr anak kakak ni disembuhkan, dan beban kuarganya diringankan Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum