Asal Usul Melayu Bahagian 1
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Forum Umum | General Forum :: Artikel Ilmu | Knowledge articles
Page 1 of 2 • Share •
Page 1 of 2 • 1, 2 
Asal Usul Melayu Bahagian 1
Bangsa Melayu dianggap oleh para sarjana sebagai bangsa yang misteri asal-usulnya. Hingga kini belum ada konsensus mengenai hal tersebut. Misterinya asal-usul Melayu dan rumpunnya yang menduduki 60 peratus dari permukaan bumi dari daksina ke paksina sudah tentu menarik untuk menjadi bahan kajian. Saya paparkan kajian peribadi saya sendiri berkaitan Melayu untuk renungan anda dan kajian selanjutnya oleh para sarjana.
Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
Surah Taha 20:6
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
Surah Ar-Rum 30:22
Jangkaan Jarak Tahun Antara Rasul
Dari 2006 Masehi
Dari
Adam
Nuh
Ibrahim
Musa
Isa
Muhammad
Adam
6,013
-
1,056
1,949
2,374
4,007
4,577
Nuh
4,957
1,056
-
893
1,318
2,951
3,521
Taufan
4,357
1,656
600
293
718
2,351
2,921
Ibrahim
4,064
1,949
893
-
425
2,058
2,628
Musa
3,639
2,374
1,318
425
-
1,633
2,203
Isa
2,006
4,007
2,951
2,058
1,633
-
570
Muhammad
1,436
4,577
3,521
2,628
2,203
570
-
Sebelum mencatat dengan panjang lebar berkaitan asal-usul Melayu, saya paparkan jadual di atas (bersumber dari Taurat dan Injil – melainkan tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu 2 Ogos 570 Masehi). Jadual di atas dapat memberikan gambaran kasar berkaitan berapa lamakah manusia Bani Adam sudah tinggal di bumi. Pada pendapat saya jadual di atas boleh menjadi asas panduan mengenai asal-usul tamadun manusia Bani Adam. Saya menolak Teori Evolusi Darwin yang tidak percayakan Tuhan kerana pada saya teori ini telah menyebabkan ramai sarjana menjadi kacau dan tersasar. Adalah selamat untuk kita berpegang bahawa yang ditakrif manusia itu tidak lain hanyalah Bani Adam kerana Adam itu sendiri menurut bahasa Aramia bermaksud manusia. Faktor yang membezakan manusia dari haiwan ialah akal. Tandanya ialah manusia itu berkata-kata, perlukan pakaian, membangunkan teknologi dan disyariatkan agama.
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Surah Al-A’raaf 7:26
Adam a.s. dijadikan sebagai makhluk yang pandai berkata-kata. Ahli Kitab menyatakan bahawa dalam Taurat, perkataan pertama Adam a.s. dicatatkan di Ayat 23, saya catat di sini maksudnya dalam bahasa Inggeris: And Adam said, ‘This is now bone of my bones, and flesh of my flesh: she shall be called Woman, because she was taken out of Man’. Genesis 2:23. Maka mana-mana dakwaan yang menyatakan ada ‘manusia’ sebelum Adam a.s. perlulah membuktikan bahawa makhluk yang didakwa ‘manusia’ itu boleh berkata-kata.
Dakwaan Darwin dan pengikutnya bahawa manusia berasal dari monyet telah mendapat kritikan hebat sepanjang masa terutama oleh pendokong agama Sam’iyat (Islam, Nasrani dan Yahudi). Darwin dan pengikutnya hanyalah mereka-reka cerita dan membuang masa. Maka eloklah kita mengkaji tamadun manusia dalam jeda 6,000-7,500 tahun yang lampau saja (ada punca lain dari Ahli Kitab Nasrani menyatakan bahawa Adam diturunkan ke bumi sekitar 4931 SM iaitu 7,507 tahun lampau). Anak Adam dikurniakan teknologi dan inilah ciri yang jelas berbeza dari haiwan.
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
Surah Al-Israak 17:70
Note:
Artikel ini keseluruhannya terbahagi kepada 11 Bahagian dan akan dipaparkan secara berperingkat-peringkat. - Hakcipta © 2006 oleh Ibnu Yusof.

Omera- Aktif

-

Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14
Re: Asal Usul Melayu Bahagian 1
Sila ringkaskan lagi..

ifahuzir- Aktif

-

Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18
Re: Asal Usul Melayu Bahagian 1
Maaf tuan saya perlu tunjukka satu persatu... kerana tidak mahu mengubah keaslian artikel ini... Mungkin ada yang tersirat dan tersurat di dalam setiap artikel ini... Nanti saya akan lanjutkan untuk artikel seterusnya... Mungkin selepas itu baru kita faham kenapa ia ditulis begini... Sekali lagi saya memohon maaf...

Omera- Aktif

-

Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14
Re: Asal Usul Melayu Bahagian 1
Asal Usul Melayu Bahagian 2: Teknologi Maju Di Zaman Nuh AS
Faktor umur dan iklim bumi sebelum taufan Nuh a.s. dipercayai antara penyebab teknologi manusia silam mencapai tahap yang amat hebat, bukan mundur sebagaimana dakwaan Darwin. Nabi Adam a.s. dikatakan hidup selama 930 tahun, anaknya Nabi Shith lahir 23 tahun setelah Adam diturunkan ke bumi. Nuh a.s. pula hidup selama 950 tahun, semasa banjir besar umurnya 600 tahun. Pada masa sebelum banjir, umur anak-anak Adam secara purata ialah 900 tahun. Umur yang panjang ini memungkinkan mereka belajar begitu banyak ilmu pengetahuan mengenai bumi dan langit serta mencipta berbagai ciptaan baru. Mereka tentu tahu mengenai semua galian, serta tahu juga bagaimana untuk menghasilkan logam dan tembaga, paling kurang pun mereka telah belajar dari Adam a.s.
Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.
Surah Al-Baqarah 2:31-33
Kita harus sedar bahawa ketika itu mereka berkahwin ketika berusia sekitar 15 tahun, kadar kelahiran adalah tinggi dan kadar kematian pula amat jarang berlaku, penduduk meningkat dengan amat cepat. Selama lebih kurang 1,600 tahun sejak Adam a.s. diturunkan ke bumi, kemajuan pembangunan dan penciptaan manusia diberitakan sebagai amat pantas dan jauh melebihi kemajuan yang kita lihat sekarang ini, malah penduduk dunia dipercayai lebih ramai dari sekarang. Sebelum taufan Nuh a.s. manusia di bumi dikatakan telah mencapai tahap teknologi yang amat maju. Banyak bukti kemajuan silam itu telah ditemui oleh umat zaman ini dan tidaklah perlu dinyatakan satu persatu.
Dalam Surah Hud ada dinyatakan ejekan kaum Nuh a.s. terhadapnya kerana dia membina bahtera (mungkin Nuh a.s. tidak menguasai teknologi sehebat yang mereka ada, mereka anggap Nuh a.s. melakukan kerja bodoh membina bahtera atas daratan dalam cuaca yang sebegitu baik tiada hujan, dan mereka mengejeknya sebab mereka pada ketika itu sudah mampu mencipta kapal terbang, dan berdasarkan teknologi ramalan cuaca yang ada pada mereka, mereka tidak percaya taufan akan berlaku).
Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan. Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan). Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu.
Surah Hud 11:36-38
Teknologi yang ada ketika itu lebih maju dari apa yang ada pada kita dan sumber tenaga juga berbeza dari apa yang ada sekarang. Pada masa silam bahan api ialah raksa, bukannya petrol. Bumi ini berbeza sebelum banjir besar. Paksinya tegak dan kesannya ialah musim yang sama sepanjang tahun. Antartika di zaman itu dikatakan dihuni oleh manusia. Ada sarjana berpendapat bahawa terdapat satu cincin air batu melingkari bumi dan embun atau air jatuh waktu malam, hujan tidak turun sebelum taufan Nuh a.s. Dalam lagenda China dikatakan bahawa ada manusia yang tinggal di atas air batu ini, dalam lagenda Melayu mungkin ini yang dimaksudkan dengan ‘kayangan’, masa kini ‘kayangan’ itu dikatakan sudah tiada lagi.
Dalam Surah Saba’ ada dinyatakan bahawa mereka yang hidup di zaman silam itu (sebelum taufan Nuh a.s.) adalah jauh lebih hebat dari segi kekayaan, penguasaan teknologi dan kekuatan berbanding umat Muhammad s.a.w. Sebelum banjir besar, bumi ini diisi oleh berjuta orang genius yang panjang umur dan mereka tidak ada batasan bahasa. Mereka ini telah mencapai kemajuan yang hebat tetapi berfikiran materialistik serta telah lupa pada ajaran Islam. Dalam dunia materialistik ketika itu, Nuh a.s. telah dibenci dan dicaci oleh umatnya dan dia mungkin bersendirian dan tidak menggunakan kemudahan teknologi yang ada ketika itu. Kaum Nuh sebelum taufan Nuh a.s. amat degil sebab mereka merasakan mereka sudah hebat, maju dan kaya-raya. Mereka juga tidak pernah ditimpa bencana yang besar selama 1,656 tahun.
Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak: Mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu (mereka pun dibinasakan). Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).
Surah Saba’ 34:45
Banyak penemuan artifak silam yang tidak diketahui kegunaannya oleh manusia sekarang atau didapati menggunakan teknologi yang lebih maju dari sekarang dipercayai dicipta oleh kaum-kaum yang hidup sebelum taufan Nuh a.s. (dari teknologi selama 1,656 tahun, umur purata 900 tahun setiap orang). Ada yang menganggarkan penduduk ketika itu ialah 10 bilion orang, namun saya anggarkan 1 bilion saja (setelah ditolak kaum yang dimusnahkan). Yang tinggal ialah yang terselamat dalam bahtera Nuh a.s. iaitu 8 orang saja. Sebahagian dari yang terselamat ini mengetahui sedikit sebanyak teknologi, tetapi mungkin tidak semaju mereka yang telah ditenggelamkan.
(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang bersyukur.
Surah Al-Israak 17:3
Pengikut Nuh a.s. didakwa oleh ketua-ketua yang kafir yang telah ditenggelamkan itu sebagai ‘miskin hina dan berfikiran singkat (ketinggalan dari segi teknologi)’. Tamadun yang kita kecapi sekarang ini adalah tamadun baru yang dibina semula dari peringkat manual selepas taufan Nuh a.s.
Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta.
Surah Hud 11:27
Bagi mendapat gambaran masa silam, perhatikan zaman sekarang di mana Amerika, Rusia, Israel, Eropah amat maju teknologinya berbanding negara membangun dan sebahagian kaum pula masih amat mundur teknologinya dan masih tinggal di hutan. Untuk mencapai teknologi yang ada sekarang, kaum selepas taufan Nuh a.s. perlukan masa yang lebih panjang kerana umur mereka pendek (sekitar 70 tahun saja, banyak ilmu tidak dapat diwarisi sepenuhnya kerana kematian yang pantas, dan umur yang pendek tidak memungkinkan mereka merantau jauh dalam masa yang lama untuk mempelajari teknologi oranglain).

Library: Asal Usul Melayu 3: Asal Usul Yang Dianggap Misteri
Posted on Sunday, May 14 @ 00:00:00 MYT
Topic: Misteri Melayu
Catatan dan kajian sarjana menunjukkan bahawa manusia zaman silam (sebelum dan selepas taufan Nuh a.s.) telah mempunyai teknologi penerbangan. Sebahagian dari teknologi yang dibina semula oleh kaum selepas Nuh a.s. juga telah berkubur. Dr. Ruth Hover telah mengambil gambar ukiran berusia paling kurang 2,000 tahun di sebuah kuil di Abydos, Mesir. Pada ukiran itu jelas terdapat bentuk-bentuk kenderaan yang terbang. Penemuan model kapalterbang yang dinamakan Saqqara Bird, serta ratusan kitab Hindu silam yang mencatat cara untuk membina Vimana, iaitu piring terbang (besar kemungkinannya teknologi ini diwarisi sejak sebelum taufan Nuh a.s. oleh seseorang yang menaiki bahtera), adalah antara bukti-bukti bahawa manusia zaman silam selepas taufan Nuh a.s. juga telah mencapai tahap teknologi yang amat maju tetapi telah dihapuskan dari muka bumi.
Asal usul bangsa Melayu adalah misteri sebagaimana juga misterinya Adam a.s. yang dikatakan oleh Prof. Hamka diturunkan di Sumatera, misterinya umat yang dibawa bersama dalam bahtera Nuh a.s. dan misterinya asal usul Keturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang dikatakan dari Kemboja (asal namanya Kambujadesa). Namun nama Melayu dan Nusantara sebagai tanah ibunda Melayu tidaklah dapat dipisahkan. Nusa Tenggara atau Nusantara adalah nama yang digunakan sejak lama dulu merujuk kepada gugusan kepulauan Melayu. Sumatra bermakna pulau bergunung-ganang, orang Sumatera dari itu bermaksud ‘orang Gunung’. Nusantara ini mempunyai begitu banyak pulau, mungkin sekitar 20,000 pulau atau lebih kerana Indonesia saja mempunyai sejumlah 18,306 buah pulau dan mungkin inilah antara sebab mengapa Melayu silam hebat dalam ilmu pelayaran, benar-benar mewarisi teknologi bahtera Nuh a.s. Sebelum taufan Nuh a.s. Nusantara ini dipercayai merupakan tanah yang satu tetapi sebahagiannya telah tenggelam buat selama-lamanya.
Dari berbagai rujukan, biarlah saya rumuskan terlebih dahulu pendapat saya sebelum saya mencatat lebih lanjut iaitu: Bangsa Melayu ada dua kelompok. Pertama ialah apa yang digelar Melayu-Levo atau Melayu-Proto. Mereka ini adalah dari Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. paling awal sekitar 4,300 tahun lampau dan kedua ialah Melayu-Deutro keturunan dari Ibrahim a.s. dari isterinya Keturah paling awal sekitar 3,900 tahun lampau. Jarak terdekat antara dua kelompok ini adalah kira-kira 400 tahun (Nabi Ibrahim a.s. lahir 293 tahun setelah taufan Nuh a.s.) Kelompok pertama adalah Rumpun Melayu (Melayu-Levo) menggunakan teknologi batu, datang dari kawasan pergunungan Himalaya. Kelompok kedua ialah Melayu Induk (Melayu-Deutro) di Nusantara menggunakan teknologi besi, datang dari sekitar Kemboja.
Perhatikan jadual sebelum ini. Dari pengiraan didapati bahawa Nabi Nuh a.s. masih hidup ketika Ibrahim a.s. lahir, dan Nuh a.s. masih hidup hingga Ibrahim a.s. berusia 58 tahun. Setakat yang saya ketahui, orang Yahudi percaya bahawa Ibrahim a.s. pernah bertemu Sham bin Nuh, dan tiada catatan pernah menyatakan Ibrahim a.s. bertemu Nuh a.s. Saya mencatat ini untuk memberitakan bahawa jarak antara taufan Nuh a.s. dan Ibrahim a.s. itu tidaklah jauh, tidak sampai 500 tahun dan kisah asal-usul bangsa termasuk bangsa Melayu ini bermula sekitar 4,300 tahun lampau, tidak lebih awal daripada itu. Mana-mana tempoh yang lebih awal tentunya merujuk kepada anak Adam yang hidup sebelum taufan Nuh a.s. (mereka yang sudah mendiami bumi selama kira-kira 4,300 tahun) dan mereka sebelum taufan Nuh a.s. semuanya satu bangsa saja. Mana-mana kajian yang menyatakan bahawa yang dinamakan ‘manusia’ pernah mendiami bumi lebih awal dari tempoh itu sebenarnya terpengaruh dengan Teori Evolusi Darwin. Yang bernama ‘manusia’ hanyalah anak-cucu Adam a.s.
[Pada saya ‘manusia’ yang mereka pecah-pecahkan jenisnya itu (dengan jangkaan-jangkaan masa generasi itu mendiami bumi, ada yang kononnya hingga 1.8 juta tahun lampau) adalah pendapat-pendapat yang sasau. Generasi-generasi itu mungkin anak-anak Adam juga dan hanya hidup sekitar paling awal 6,000 tahun lampau tetapi cerita-ceritanya telah direka-reka (blown-up menjadi ratusan ribu malahan juta tahun) semata-mata untuk menyokong Teori Darwin. Sebenarnya teknik ‘carbon-dating’ penuh dengan jangkaan semata-mata dan tidak layak dijadikan hujah ilmiah. Saya nampak bahawa penemuan-penemuan Barat itu penuh dengan kesangsian dan ketidak-pastian, dan semua lukisan-lukisan mengenai generasi ‘manusia’ itu hanyalah khayalan pelukis pengikut Darwin.
Hampir pasti sebahagian tengkorak-tengkorak yang dijumpai (oleh pengikut Darwin) itu hanyalah tengkorak beruk (ape) tapi cuba dikait-kaitkan dengan manusia. Kalaupun ia tengkorak manusia, tarikhnya pula direka-reka seolah telah wujud ratusan malah jutaan tahun lampau sedangkan itu hanyalah tengkorak anak Adam. Pendapat aliran Darwin yang kacau dan direka-reka inilah yang seolah-olah mendominasi sejarah asal-usul manusia, menjadikan manusia ‘sesat-barat’ dalam mengenali dari manakah asal mereka. Sesungguhnya Darwin bukanlah rasul atau nabi yang diutus tetapi dari keturunan Yahudi, dan dia adalah athiest (tidak percayakan Tuhan) dan dianggap oleh Barat sebagai pemimpin kaum athiest.]

Library: Asal Usul Melayu 4: Maksud Melayu Ialah Orang Bukit
Posted on Monday, May 22 @ 00:00:00 MYT
Topic: Misteri Melayu
Menurut Prof Shaharir Mohd Zin, pendapat yang menyatakan bahawa nama ‘Melayu’ berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud ‘hijrah atau lari’ ke Nosa Koncana atau Nusa Kencana (The Golden Chersonese atau Tanah Emas) ataupun pendapat menyatakan Melayu bermaksud ‘layu’ atau dari perkataan Perancis ‘malaise’ hanyalah satu hipotesis yang terbukti tidak benar kerana menurut beliau, perkataan ‘malaya’ dalam Sanskrit dan ‘malai’ dalam bahasa Tamil bermaksud bukit (Sastri 1949).
Menurut Liang Liji (1996) kewujudan kerajaan Melayu paling awal telah wujud pada tahun 131 Masehi lagi diperolehi dari catatan China kuno. Kerajaan itu disebut dalam bahasa China sebagai Ye Diao (tidak diketahui apa namanya di alam Melayu tapi ia merujuk pada kawasan Jawa dan Sumatera) yang membawa ufti ke negeri China. Kerajaan Melayu Purba (Melayu-Kemboja) bernama Funan pula wujud di abad ke 3 Masehi dan berpusat di Kemboja. Ianya terus wujud hingga kurun ke 15 (1,200 tahun). Kerajaan ini hebat dengan keseniannya dan telah membina Angkor Wat (seawal kurun ke 9). Menurut Intan (1991), Othman dan Halim (1990), Gallop (1994) dan Coedes (1964) kerajaan Melayu Purba yang lebih berjaya dan tidak dipertikaikan keMelayuannya berbanding Funan ialah yang berpusat di Vietnam sekarang.
Pada awalnya mereka ini berada di Annam, kemudian berhijrah ke selatan sampai ke Hue, Inderapura (Quang-nam) dan akhirnya ke Vijaya (Binh-dinh). Kerajaan ini terkenal dengan panggilan Kerajaan Melayu Champa yang kemudiannya diusir keluar dari kota Vijaya oleh orang Vietnam tapi saki-baki kerajaannya masih ada kerana rekod China ada mencatat bahawa kerajaan Champa telah menghantar bantuan kepada kerajaan Melaka untuk menentang Portugis pada kurun ke 16. Menurut Shaharir ada kemungkinan orang Champa telah memeluk Islam lebih awal berbanding Melayu lain di Nusantara kerana mereka ini telah Islam sekurang-kurangnya pada kurun ke 11 Masehi.
Dalam buku China ada dicatat beberapa buah kerajaan Melayu Purba yang lain seperti Lang Ya Xiu (Fatani atau Patani) pada abad ke 2 Masehi, Pan Pan (utara Segenting Kera) pada abad ke 5 Masehi, Senggora (Tanah Merah di Thailand Selatan), Zhu Bo (Pulau Jawa) abad ke 5 Masehi dan Dan Dan atau Tan Tan, Ki-lan-tan, Ho-Lo-Tan atau Kuo-Lo-Tan (Kelantan) yang dikatakan sebuah kerajaan yang besar sebelum abad ke 6 Masehi dan pernah menghantar ufti ke negeri China pada tahun 430, 433, 436, 437 dan 452 Masehi.
Apa pun, menurut Shaharir, kerajaan Melayu Purba di Vietnam yang dikenali sebagai Kerajaan Champa berpusat di Annam adalah kerajaan gah yang telah bertahan lama dan berteknologi tinggi. Ia telah wujud sekitar kurun ke 3 Masehi. Kemudian barulah kerajaan Srivijaya di Palembang, Sumatera beragama Buddha Mahayana di kurun ke 7 Masehi, kemudian mereka ini menakluki sebahagian besar pulau Jawa dan membina candi Borobudur di Yogjakarta, Jawa Tengah. Kini Borobudur menjadi satu dari 7 benda ajaib di dunia, malahan jauh lebih ajaib dari ahram di Mesir, empayar Maya dan Aztek di Amerika Selatan atau Angkor Wat peninggalan Empayar Funan-Khmer. Empayar Srivijaya ini yang berpusat di Palembang meliputi seluruh Sumatera, Riau, Jawa Barat, Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Selatan Thai, Champa, Kemboja dan Sri Lanka (Coedes & Damais 1992, Slametmuljana 1970, 1981, Chatterji 1966 & Sastri 1949).
Setakat ini antara bukti fizikal terawal ditemui mengenai nama ‘Melayu’ di Nusantara ialah di Jambi. Terdapat sebuah kerajaan silam di muara Batang Hari, sebuah sungai di Jambi, sebuah kawasan di pantai timur Sumatera Selatan bernama Melayu. Istilah Melayu dan Jambi telah digunakan sekian lama dalam teks sejarah. Istilah Malayu telah juga ditemui terpahat pada sebuah patung yang ditemui pada tahun 1286 di Padang Ruku (Roko atau Rocore), berhampiran muara Sungai Langat, Batang Hari dikatakan bertarikh tahun 1029 Masehi. Nama Melayu itu telah wujud lama sebelum Islam tersebar di Nusantara malah mungkin Melayu adalah antara bangsa terawal di dunia selepas banjir Nuh a.s. (Rumpun Melayu ada terlalu banyak pecahan suku kaum). Dalam bahasa Tamil perkataan Malai atau dalam Sanskrit perkataan Malaya atau Malayo bermaksud bukit yang tinggi atau gunung. Nampaknya asal perkataan Melayu tidak diketahui dengan tepat hingga ke hari ini. Mungkin pada zaman silam orang Melayu dipanggil Hitti, Cathay atau Kattayo sempena nama Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.

Library: Asal Usul Melayu 5: Melayu Bukan Dari Bangsa Cina
Posted on Saturday, June 03 @ 00:00:00 MYT
Topic: Misteri Melayu
Sulalatus Salatin mencatat bahawa Melayu berasal dari Bukit Siguntang Mahameru, dan ini mungkin dipengaruhi oleh kepercayaan agama Buddha Mahayana zaman silam. Bukit Siguntang letaknya disebelah Barat kota Palembang. Bukit yang tingginya sekitar 27 meter dari permukaan laut ini, pada zaman Sriwijaya merupakan tempat suci bagi penganut agama Buddha. Menurut sejarah, di bukit ini bermukim sekitar 1000 pendeta Buddha. Hingga kini Bukit Siguntang masih dianggap sebagai tempat yang dikeramatkan. Pada tahun 1920 di Bukit Siguntang ditemukan arca Buddha bergaya Amarawati dengan wajah iras Srilanka dan diduga berasal dari abad XI Masehi. Dipuncak bukit terdapat kuburan kuno yang dikeramatkan penduduk. Salah satunya adalah kuburan Sigentar Alam yang dijadikan tempat bersumpah beberapa penziarah.
Sejak zaman purba Sumatera sudah berpenghuni dan disebut dengan aneka nama. Dalam catatan bangsa Tionghoa kawasan kepulauan kita dinamai Nan-hai (Kepulauan Laut Selatan). Berbagai catatan kuno bangsa India menamakan kepulauan ini Dwipantara (Kepulauan Tanah Seberang), nama yang diturunkan dari kata Sanskrit iaitu dwipa (pulau) dan antara (luar, seberang). Kisah Ramayana karya pujangga Valmiki yang termasyhur itu menceritakan pencarian terhadap Sinta, isteri Rama yang diculik Ravana, sampai ke Suwarnadwipa (Pulau Emas, iaitu Sumatera sekarang) yang terletak di Kepulauan Dwipantara atau kemudiannya digelar Nusantara.
Bangsa Arab menyebut kepulauan Melayu sebagai Jaza'ir al-Jawi (Kepulauan Jawi). Nama Latin untuk kemenyan adalah benzoe, berasal dari bahasa Arab luban Jawi (kemenyan Jawi), sebab para pedagang Arab memperoleh kemenyan dari batang pohon Styrax Sumatrana yang dahulu hanya tumbuh di Sumatra. Sampai hari ini jemaah haji kita masih sering dipanggil ‘Jawi’ oleh orang Arab. ‘Samathrah, Sholibis, Sundah, kulluh Jawi (Sumatra, Sulawesi, Sunda, semuanya Jawi)’ dikatakan pernah disebut oleh seorang pedagang di Pasar Seng, Mekah. Nama ‘Jawa’ (suku kaum yang terbesar di Nusantara) adalah sinonim dengan Jawi, tergolong sebagai bangsa Melayu juga.
Bangsa-bangsa Eropah anak Yafith yang pertama kali datang itu beranggapan bahawa Asia hanya terdiri dari Arab, Persia, India, dan China. Bagi mereka, daerah yang terbentang luas antara Persia dan China semuanya adalah ‘Hindia’. Semenanjung Asia Selatan mereka sebut ‘Hindia Muka’ dan daratan Asia Tenggara dinamakan ‘Hindia Belakang’. Sedangkan Indonesia memperoleh nama ‘Kepulauan Hindi’ (Indische Archipel, Indian Archipelago, l'Archipel Indien) atau ‘Hindia Timur’ (Oost Indie, East Indies, Indes Orientales). Nama lain yang juga dipakai adalah ‘Kepulauan Melayu’ (Maleische Archipel, Malay Archipelago, l'Archipel Malais). Nama Indonesia (dari istilah Hindia) sebenarnya diberikan oleh penjajah Belanda setelah saranan nama Melayunesia ditolak oleh mereka.
Berbagai pendapat telah dikemukakan oleh para sarjana mengenai asal usul Bangsa Melayu. Tapi sebagaimana diduga, pengkaji sejarah sekular biasanya tidak mengaitkannya dengan sumber agama (Taurat, Injil dan Qur’an). Pada saya, sejarah asal-usul manusia sepatutnya merujuk kepada sumber agama untuk mendapat gambaran yang lebih jelas. Bila dikaitkan dengan sumber agama, secara umumnya ada dua pendapat mengenai asal usul Melayu. Pertama, Melayu adalah bangsa asal di Nusantara dan dari keturunan Nuh a.s. selepas banjir besar dan bukan berasal dari tempat lain. Kedua, Melayu adalah bangsa yang berasal dari keturunan Ibrahim Khalilullah dan inilah yang biasa digelar sebagai Bani Jawi.
Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya.
Surah Hud 11:48
Ahli Kitab Nasrani menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s. (ada pendapat menyatakan Nuh lahir 1,056 tahun setelah Adam) adalah pemerintah negara China yang pertama selepas banjir besar. Nabi Nuh menjadi pemimpin manusia selama 600 tahun selepas banjir ini, bangsa yang dipimpinnya menurut mereka ialah bangsa China. Pusatnya ialah Asia Tengah atau Tibet. Dikatakan bahawa pengetahuan membina bahtera adalah kelebihan bangsa ini dan lautan tidak menjadi penghalang kepada pengluasan keturunan mereka. Setelah saya teliti, bukan bangsa China yang dimaksudkan itu tetapi bangsa Melayu (ketika itu digelar orang Funan – Hitti, Cathay atau Kattayo). Ini kerana bangsa Melayulah yang menduduki Tibet dan menamakan banjaran gunung tertinggi di dunia sebagai Himalaya. Bangsa Melayu jugalah yang amat mahir membina bahtera dan telah meredah lautan dan menduduki 60% dari muka bumi sejak ribuan tahun lampau, bukan bangsa China (Sin, Shin, Sina).
Memang besar kemungkinan bangsa Melayu mahir membina bahtera dan mahir di lautan kerana mereka telah belajar dari Nabi Nuh a.s. yang memimpin mereka selama 600 tahun setelah banjir besar itu. Memang ada pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari bangsa China tetapi saya tidak bersetuju kerana sarjana China silam sendiri menganggap Melayu bukan dari bangsa China dan menceritakan tentang Melayu sebagai kelompok bangsa yang berbeza. A.R. Wallace pula berpendapat bahawa Melayu berasal dari bangsa Monggol (Hitti, Cathay atau Kattayo) dengan alasan bahawa terdapat banyak ciri fizikal yang sama dengan bangsa ini, berbeza dari bangsa China.
Note:
Artikel ini adalah sebahagian dari siri di bawah jodol yang sama dan ia akan diterbitkan secara berperingkat-peringkat. - Hakcipta © 2006 oleh Ibnu Yusof.

Nice info.
..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim
http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum- Otai Poster

-

Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01
Re: Asal Usul Melayu Bahagian 1
Library: Asal Usul Melayu 6: Rumpun Melayu Adalah Bangsa Yang Besar
Posted on Wednesday, June 21 @ 00:00:00 MYT
Topic: Misteri Melayu
Melayu telah wujud di Nusantara sejak dari zaman Nabi Nuh a.s. iaitu selepas banjir besar. Ini adalah kelompok asal yang digelar Funan (Hitti) oleh orang China silam. Kemudian lahir pula kelompok kedua iaitu keturunan Ibrahim a.s. dari isterinya Keturah (besar kemungkinan orang Melayu Champa di Kemboja). Dikatakan bahawa Ibrahim lahir 1,948 tahun iaitu hampir 20 kurun setelah Adam a.s. dan 892 tahun atau hampir 9 kurun setelah Nuh a.s. Perhatikan bahawa tempoh 20 kurun itu hampir sama dengan jangkamasa sejak Nabi Isa a.s. dilahirkan hingga hari ini – satu jangkamasa yang amat panjang.
Ini adalah puak yang akhirnya menjadi pemimpin kepada bangsa Melayu zaman ini, mendiami Malaysia, Indonesia, Brunei, Kemboja, Pattani, Singapura, Selatan Filipina, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Mereka inilah dianggap Melayu Induk pada zaman ini yang mana hampir semuanya beragama Islam, sementara yang lain (Polynesia, Melanesia dan lainnya yang kebanyakannya bukan beragama Islam) dianggap Rumpun Melayu dan pada saya mereka bukan dari Bani Jawi (keturunan Ibrahim a.s.).
Kewujudan Melayu (Funan atau Hitti atau Cathay anak Heth) sejak zaman Nuh a.s. inilah yang dapat menerangkan hakikat bagaimanakah Red Indian di Amerika, orang Hawaii, Polinesia dan Melanesia itu adalah dari rumpun Melayu juga. Bangsa Melayu adalah salah satu bangsa tertua di dunia dan kini rumpun Melayu telah mencecah lebih dari 350 juta orang. Ini bukanlah perkara yang dapat dicapai dalam masa yang singkat dan tentunya memakan masa ribuan tahun. Ada pendapat menyatakan bahawa sebelum taufan Nuh, umat manusia di atas muka bumi ini berjumlah kira-kira 10 bilion orang (dua kali ganda jumlah penduduk dunia sekarang ini) tapi mereka ini amat jahat lagi kufur. Setelah banjir besar itu, generasi manusia mula berkembang biak semula.
(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang bersyukur.
Surah Al-Israk 17:3
Orang asal Nusantara adalah mereka yang telah diselamatkan dari taufan Nuh dengan menaiki bahtera Nuh a.s. dan mereka ini iaitu orang Funan anak cucu Heth yang merintis tamadun Hua Bin Hian (De Silva menyatakan tamadun ini 15,000 tahun lampau) adalah datuk nenek orang Melayu. Ini merupakan Melayu yang asal (asli atau Proto). Dikatakan juga bahawa Nuh a.s. telah mengarahkan anak-anaknya dari keturunan Sam, Ham dan Yafith ini supaya berpindah ke timur dan barat bagi berketurunan. Bangsa ini telah bertebaran di Nusantara, Melanesia dan Polinesia sejak lama dahulu. Bangsa Melayu adalah bangsa yang dikenali sebagai amat bertoleransi, ‘perasa’ dan ‘hyper-sensitive’.
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh dan dari keturunan Nabi Ibrahim dan (dari keturunan) Israel, dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayat petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
Surah Maryam 19:58
Penutur bahasa Melayu adalah salah satu rumpun bahasa yang besar iaitu ketiga terbesar di benua Asia. Jumlahnya dianggarkan kira-kira 300 juta orang penutur. Pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama atau bahasa perhubungan lebih mudah diterima kerana unsur keistimewaan yang ada padanya. Dalam hal ini tidak hairanlah mengapa bahasa Melayu yang merupakan sebahagian daripada 200 bahasa dalam kepulauan Melayu diterima sebagai bahasa yang penting.
Bahasa-bahasa utama di dunia memiliki rumpun-rumpun yang berbeza, rumpun Melayu adalah satu rumpun yang dipecahkan kepada bahasa-bahasa yang dituturkan dalam rumpun yang sama meliputi kawasan Hesperanesia yang terbentang luas merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina, selatan negara Thailand, Malagasi dan Farmosa. Bahasa-bahasa yang dituturkan di kawasan Hesperanisia ini memiliki unsur-unsur persamaan antara satu sama lain. Bahasa-bahasa yang ada, walaupun pada dasarnya sama tetapi tidak menjurus kepada pengunaan berbentuk dialek dan juga tiada kepentigan tertentu. Malah apabila dikaji sifat-sifat bahasa Melayu yang ada sejak zaman yang lampau, telah berlaku beberapa proses terhadap bahasa ini seperti meluas, menyempit, ameliorative, senestisia dan asosiasi.
Ahli arkeologi berpendapat bahawa suku bangsa Indo-Melayu atau dikenali sebagai bangsa Austronesia yang memiliki satu bahasa yang disebut bahasa Autronesia yang memiliki satu bahasa Autronesia Sulung, merangkumi bahasa Hesperanesia, bahasa Melanesia, bahasa Mikronesia dan bahasa Polynesia. Bahasa Autronesia adalah salah satu cabang bahasa dari rumpun yang lebih besar iaitu bahasa Austria, C.A Mees mendapati terdapat lima rumpun bahasa yang terbesar di dunia. Menurut teori sarjana barat, rumpun bangsa Melayu berasal dari Yunnan dan Sinkiang yang bertalian dengan bangsa Mongol atau Mongoloid. Dikatakan juga bahawa bangsa ini berasal dari campuran darah Tibeto dan Dravidia yang lahir di pergunungan Himalaya. Bangsa ini akhirnya berpindah ke selatan iaitu ke Asia Tenggara. Menurut Encyclopedia Britannica, bahawasanya ‘bangsa Melayu adalah kelompok yang berasal dari Yunnan dan telah merantau di antara tahun 2500 S.M. hingga tahun 1500 S.M. Mereka bertaburan mendiami dari Malagasi hingga ke pulau Hawaii di lautan Pasifik. Mereka bertutur dalam pelbagai dialek dari rumpun bahasa Austranesia dalam keluarga bahasa Melayo-Polynesia’. Di sini jelas membuktikan bahawa sarjana-sarjana barat sendiri telah mengakui tentang wujudnya bangsa Melayu yang bertaburan di sekitar dua buah lautan yang besar iaitu lautan Pasifik dan lautan Hindi.
Bahasa Hesperanesia memiliki cabang-cabang yang tidak dapat dikesan berapakah jumlah sebenarnya. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda yang utama di samping bahasa-bahasa Kubu, Batak, Kalang dan Toraja atau generasi Melayu Proto, Bahasa Melayu, Acheh, Minangkabau, Lampung, Sunda, Jawa, Banjar, Madura, Iban, Bisaya dan Tagalog pula dikenali sebagai bahasa generasi Melayu Deutro. Berdasarkan kepada beberapa teori yang telah diterangkan ini, jelaslah bahawa asal-usul bahasa Autronesia yang menjadi asas kepada rumpun Melayu di kepulauan Nusantara telah dapat dibuktikan kewujudannya.
Saya berpendapat bahawa Melayu asal (Proto) ini bukan berasal dari Yunan tetapi Tibet (bumbung dunia) dan jika ia bukan lahir dari Tibet pun, ia berasal dari Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh yang dikatakan pernah tinggal di Ur, Babylon. Heth ini dikatakan menjadi nenek moyang kepada orang Hitti (atau Monggoloid, termasuk bangsa Melayu). Namun tidak dinafikan bahawa kelompok minoriti Bani Jawi (Melayu Deutro) pernah menduduki Yunan (Negeri Yunan di China ini adalah berbukit-bukau bersempadan dengan Laos, Burma dan Vietnam. Ia adalah kawasan yang mempunyai paling banyak kaum etnik dalam negara China. Terdapat 24 kumpulan etnik berjumlah 34 peratus dari seluruh penduduknya). Kelompok majoriti Bani Jawi pula menduduki Kemboja, Petani, Tanah Melayu dan turun ke Sumatera, kemudian sebahagian Bani Jawi dari Yunan ini pun tentunya telah berhijrah ke Tanah Melayu dan Kalimantan.
Note:
Ini adalah catatan original dan tidak dibenarkan anda menyalinnya dalam apa bentuk pun melainkan mendapat izin bertulis dari saya - Hakcipta © 2006 oleh Ibnu Yusof.

Library: Asal Usul Melayu 7: Melayu Keturunan Ibrahim Khalilullah
Posted on Friday, July 14 @ 00:00:00 MYT
Topic: Misteri Melayu
Kumpulan Melayu-Proto anak cucu Nuh a.s. telah ada di Nusantara sejak seawal 5,000 tahun lampau sementara Melayu-Deutro anak cucu Ibrahim a.s. pula kira-kira 4,000 tahun lampau. Satu lagi kelompok dikatakan telah mengikut jalan laut (dikatakan dari Kanaan) dan mendarat di Palembang (inilah tempat kerajaan Srivijaya yang besar itu). Kelompok ini mungkin sampai lebih lewat tapi juga sudah lama, mungkin sekitar 3,500 tahun lampau. Rumah Melayu (istana Pagar Ruyung dan rumah Minangkabau) dikatakan sama bentuknya dengan rumah-rumah di Kanaan pada masa itu iaitu tinggi tiangnya dan melengkung bumbungnya.
Adakah nama Melayu untuk bangsa yang hebat ini adalah nama kontemporari? Roland Braddell menyatakan bahawa Tamil India Selatan adalah ahli pelayaran terkenal di zaman silam dan merekalah yang membawa tamaddun ke alam Melayu. Swami Satyananda dalam ‘History of Malay’ menyatakan bahawa Malaiyu, ibukota Sumatra adalah berasal dari bahasa Tamil iaitu Malai-Ur yang mana nama ini diberikan oleh penduduk Tamil kerana tanah ini dipenuhi banjaran gunung.
Malai bererti gunung sementara Ur maksudnya negeri. Saya berpendapat nama Ur itu mungkin setua Ur di Babylon. Ini kerana keturunan Ham telah memerintah Ur sejak 1800-712 SM (kaum Amur – bermaksud ‘orang gunung’ keturunan Ham memerintah Babylon Kuno dari 1800-1530 SM dan kaum Hitti – yang dikatakan oleh ahli sejarah sebagai datuk nenek orang Melayu atau Mongoloid juga keturunan Ham memerintah Babylon dari 1600-717 SM).
Dari kawasan Ur di Babylon inilah dikatakan bangsa-bangsa manusia bermula dan ia berlaku selepas taufan Nuh a.s. dan dari sinilah bertebarnya mereka ke serata bumi, berpindah mengikut jalan darat ke tanah besar yang lain. Memang besar kemungkinan bahawa Melayu adalah antara bangsa induk terawal yang pindah dari Ur hinggalah ke banjaran Himalaya, kemudian ke tempat lain di tanah besar dan kemudian dari itu pula mula bertebaran di Nusantara mengikut jalan laut. Setakat ini tiada catatan yang menyatakan bahawa Ur pada nama Malai-Ur itu bermaksud Ur di Babylon. Kalaupun nama itu dikatakan diberikan oleh orang Tamil atau Sanskrit, kita patut faham bahawa mereka ini pun adalah anak-anak Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh, dari satu rumpun yang berasal dari Ur (negeri Ur) juga. Saya berpendapat Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur yang bermaksud ‘Orang Bukit yang berasal dari negeri Ur, Babylon’ dan orang Melayu yang menamakan sendiri bangsa mereka, bukanlah ia dinamakan oleh bangsa lain.
Lama setelah itu, iaitu setelah bermulanya tahun Masehi Kerajaan Sri Vijaya menjadi sebuah kerajaan Melayu yang agung di zaman silam. Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia dikatakan didirikan oleh Orang Laut Kelang (pendapat ini menyatakan ianya seawal abad ke-2), dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang-Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.
Sukarlah bagi kita untuk menolak pendapat bahawa Ur, kemudian tanah besar Asia Tenggara (Tibet dan kemudian Kemboja atau Champa kemudian Yunan dan beberapa kerajaan silam di Semenanjung) adalah tempat asal bangsa Melayu, kemudian dari itu berlaku perpindahan mengikut jalan laut ke pulau-pulau. Contohnya Sumatera, Jawa, Borneo, Riau-Lingga, Madagaskar, Filipina adalah pulau-pulau. Semua perpindahan berlaku selepas banjir besar Nuh a.s. iaitu ketika Nusantara sudah berpecah menjadi pulau-pulau yang amat banyak.
Banyak catatan sebelah Timur dapat menyelidik tamadun Melayu selepas tahun Masehi sementara di Barat kehebatan bangsa Hitti telah dicatat tamadunnya sejak ribuan tahun sebelum Masehi iaitu selepas taufan Nuh a.s, (malah zaman Nabi Ibrahim a.s. pun hampir 1,000 tahun setelah Nuh a.s. dan juga sebelum Masehi). Terdapat seolah-olah satu jaringan yang putus (missing link) yang menjadi misteri asal usul Melayu. Namun bila dirujuk sejarah kehebatan Taman Tergantung Babylon, kerajaan Maya, Aztec, Angkor Wat dan Candi Borobudur, dapatlah kita sampai kepada satu kefahaman bahawa keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. adalah pelopor tamadun dunia sebegitu lama.
Betapa pula signifikannya Bani Jawi sebagai ‘trademark’ Melayu zaman ini? Inilah kelompok yang digelar oleh Barat sebagai Melayu-Deutro (kelompok kedua bangsa Melayu keturunan Ibrahim dari isterinya Keturah). Kumpulan ini dianggap lebih bertamaddun berbanding Melayu-Proto (kaum Nuh a.s.). Tapi mengapakah bangsa Melayu kaum Nuh a.s. dikaitkan dengan Melayu-Proto (orang Asli) saja? Saya fikir kaitan itu kurang tepat, pada saya, sejak zaman Nuh pun ada kelompok Melayu yang lebih maju dari kelompok Melayu yang lain dan telah mendirikan empayar-empayar yang agung. Itulah yang dapat dilihat dari kisah Raja Sulan, Kublai Khan dan Genghis Khan. Kelompok yang mundur teknologinya mungkin merupakan ‘kaum yang terselamat atau lari’ kerana dua sebab penting. Pertama kerana negeri mereka diserang oleh bangsa lain dan kedua kerana negeri mereka telah ditimpa bala bencana kerana golongan yang kuat, kaya dan berilmu dari kalangan mereka telah kufur dan melampaui batas.
Anak cucu Nabi Ibrahim a.s. dari keturunan Keturah adalah datuk nenek orang Melayu (mereka ini dari anak Ham juga) . Nabi Ibrahim a.s. berasal dari Ur dan tentunya telah membawa tamadun yang baik dari Ur Babylon, Haran (Hebron) dan Kanaan (Canaan). Syari’at Ibrahim adalah peradaban atau cara hidup yang menjadikan Bani Jawi bangsa yang berbudi pekerti tinggi dan menyenangkan kerana amat bertoleransi. Menurut Ibnu Athir, Keturah isteri ketiga Ibrahim a.s. adalah ibu kepada Bani Jawi. Orang-orang Yahudi dan Nasrani sendiri memang tahu kisah Ibrahim memerintahkan anak-anak Keturah agar berpindah ke Timur kerana ia termaktub dalam Taurat iaitu Genesis 25:6 (timur ini mungkin bermaksud ke Yunan dari kawasan Kemboja), tetapi Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani tidak tahu dari bangsa apakah dan di manakah Keturah ini menetap. Malah diberitakan juga bahawa ketika Ibrahim a.s. wafat, hanya anaknya Ishaq dan Ismail berada di sisinya, dan anak-anak yang lain tidak hadir kerana mereka dikatakan berada ‘amat jauh’. Ahli Kitab menyatakan bahawa nama Keturah itu bermaksud ‘yang berbau wangi, wangian (seperti setanggi)’ dan ‘wangi’ ini dikaitkan oleh Ahli Kitab dengan budi pekerti luhur yang dimiliki Keturah. Nabi Ibrahim mengahwininya ketika berusia 137 tahun iaitu setelah kematian Sarah dan mendapat 6 anak. Nabi Ibrahim berusia 175 tahun semasa baginda wafat.
Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.
Surah As-Saffat 37:83

Library: Asal Usul Melayu 8: Bani Jawi Adalah Anak Qatura
Posted on Monday, July 24 @ 00:00:00 MYT
Topic: Misteri Melayu
Ada ulama’ Kemboja menyatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. pernah ke Kemboja untuk mengembangkan Islam dan telah berkahwin di sana. Tidak diketahui siapakah nama isterinya di Kemboja itu, mungkin itulah Keturah yang dikatakan tidak diketahui asal-usulnya oleh Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani. Memang orang Cham (Champa) di Kemboja sekarang ini adalah Melayu. Sama ada Bani Jawi ini telah berpindah ke Timur dari Kanaan ataupun sebenarnya Ibrahim a.s. sendiri berpindah ke Kemboja, berkahwin dan kemudian memerintahkan anak-anaknya berpindah ke Timur (Yunan) adalah persoalan yang patut dipecahkan oleh ahli sejarah (yang beragama Islam). Vietnam itu (yang pernah menjadi kerajaan Melayu yang hebat) mengandungi wilayah bernama Annam dikatakan berasal dari perkataan ‘enam’ anak Ibrahim a.s. dari isterinya Keturah.
Ahli Kitab Yahudi telah cuba mengenali Keturah dari maksud nama itu dan (telah saya catat sebelum ini) menyatakan bahawa wangi Keturah itu bermaksud budi pekerti yang luhur lagi sopan dan ciri ini memang amat rapat dengan ciri Bani Jawi yang sopan, berbudi bahasa, toleransi, setia dan patuh berbanding bangsa-bangsa lain di atas muka bumi. Bangsa seperti ini bukan seperti Bani Israel yang degil bongkak serta sering membunuh para nabi dan dari itu memerlukan rasul-rasul yang bersilih-ganti bagi menyeru agar mereka kembali kepada kebenaran. Bani Jawi itu pengikut syari’at Ibrahim a.s. bapa mereka dan bapa kepada orang Yahudi dan Nasrani.
Anda akan dapati bahawa kehebatan Melayu Bani Jawi ini akan semakin terserlah dalam tiga aspek utama, pertama mereka dapat menyesuaikan diri dengan mudah di tempat dan suasana yang baru dan menjadi penjelajah serta pedagang yang hebat seperti bapa mereka Kanaan bin Ham bin Nuh a.s., kedua mereka menjadi bangsa bijak yang mempunyai minda kritis, minda pengkaji dan berani menentang kemungkaran sebagaimana bapa mereka Ibrahim a.s., ketiga mereka menjadi bangsa yang amat bertoleransi, bersopan dan berpekerti luhur dan jadi contoh kepada bangsa lain seperti ibu mereka Keturah. Ciri-ciri ini menjadi sebab kehebatan bangsa Melayu zaman silam dan akan diteruskan oleh Melayu zaman ini. InsyaAllah, ini sedang berlaku terutamanya di Malaysia dengan kadar yang menakjubkan. Sama ada kerajaan mahupun rakyatnya, kita dapat lihat tanda-tanda Melayu mahu memimpin dunia sekali lagi.
Sementara itu saya ingin menarik perhatian anda kepada istilah ‘dagang’. Istilah dagang dalam bahasa Melayu itu istimewa kerana ada dua maksud, pertamanya bererti orang yang hijrah, kembara, jelajah, jajah dan keduanya bererti berniaga atau berjual-beli. Mungkin anda juga dapat perhatikan bahawa keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. adalah penjelajah yang hebat di dunia. Kemudian keturunan Ibrahim a.s. dari isterinya Keturah pula muncul sebagai ahli-ahli perdagangan yang paling hebat di dunia dan menerajui kerajaan yang besar-besar di Kepulauan Melayu. Semua ini terbukti telah dilakukan oleh orang Melayu hingga mampu menduduki 60% dari lilitan bumi dan telah meninggalkan Candi Borobudur (oleh Melayu Sri Vijaya) dan Angkor Wat (oleh suku Funan-Khmer) yang menjadi antara 7 benda ajaib dunia. Kalau benar Atlantis (The Lost Continent atau Lemuria) berada di Nusantara, maka Nusantara juga tentunya merupakan bumi paling hebat dari segi teknologi kerana dipercayai bahawa kerajaan Atlantis (yang menerajui dunia zaman silam) adalah jauh lebih maju dari tahap kemajuan teknologi yang dapat kita saksikan hari ini.
Maka dengan itu Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan memberi pengajaran insaf) kepada sekalian makhluk.
Surah Al-Ankabut 29:15
Kehebatan Bani Jawi ada dalam teks para sarjana. Ada dicatat bahawa semasa zaman kegemilangan perdagangan Melayu, terdapat lebih dari 1,000 bahtera pedagang Melayu berlabuh pada satu-satu masa di Melaka, sementara yang lainnya sedang dalam pelayaran. Anggarkanlah sendiri berapa banyak bahtera Melayu pada ketika itu. Sarjana pernah menulis bahawa bahtera terbesar orang Melayu ketika itu adalah lebih besar dari bahtera Portugis yang terbesar di zaman itu. Portugis menyerang Melaka pada 11 Mei 1511 menggunakan 18 kapal perang.
Walaupun ramai orang Melayu di Malaysia menganggap Melayu sinonim dengan Islam, kita patut menerima hakikat bahawa Rumpun Melayu adalah jauh lebih besar dan menganuti pelbagai agama pula. Mereka yang mengenali Melayu secara makro menyatakan bahawa Kadazan-Dusun, Bajau, Sulu, Bugis, Brunei, Kedayan, Orang Sungai/Orang Ulu, Murut, Iban, Bidayuh, Melanau, Banjar, Bali, Jawa, Batak, Lampung, Malagasy, Maori/Polynesian/Micronesian, Taiwanese, Thai, Lao, Vietnamese, Cambodian, Senoi, Negrito, Melanesian, malah Red Indian Amerika adalah dari rumpun Melayu.
Nusantara adalah tanah bersejarah bagi asal usul peradaban manusia. Prof Hamka dalam Tafsir Al-Azhar telah menyatakan bahawa Sumatera itu adalah bumi pertama Adam a.s. menjejakkan kakinya di planet bumi ini. Adam a.s. diturunkan ke bumi di Serendip atau Swarna Dwipa iaitu nama kuno bagi Sumatera. Namun hanya mereka yang Islam terselamat ketika taufan Nuh a.s. sementara yang lain (termasuk kaum Gergasi atau Gergashi) semuanya mati lemas, dan banyak puak yang telah dihapuskan dari muka bumi sejak zaman Adam hingga Nuh a.s. kerana derhaka kepada Allah. Bangsa Melayu tentunya merupakan bangsa yang terselamat, Allah telah berfirman dalam Al-Qur’an bahawa keturunan manusia di bumi ialah dari 3 nabi iaitu Adam, Nuh dan Ibrahim. Sudah tentu keturunan manusia sekarang sebahagiannya adalah saki-baki dari pengikut Nuh a.s. iaitu dari keturunan Sam, Ham dan Yafith.
Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya). Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran.
Surah Yunus 10:73

Library: Asal Usul Melayu 9: Anak Raja Suran Bawa Senjata Canggih
Posted on Saturday, August 05 @ 00:00:00 MYT
Topic: Misteri Melayu
Nabi Ibrahim a.s. telah ditugaskan oleh Allah untuk membina semula Kaabah yang rosak selepas taufan Nuh a.s. Saya berpendapat bahawa Melayu di Nusantara ini berpindah dengan membawa bersama teknologi tempat asal mereka (di Ur, Babylon) terutama teknologi binaan.
Saya ada alasan untuk menyatakan sedemikian. Jika anda rujuk dalam Sulalatus Salatin ada catatan bahawa Melayu berasal dari keturunan Raja Sulan dan mengetahui teknik membuat peti kaca (kenderaan yang boleh terbang) untuk ke laut (istilah kuno bagi utara) dan teknologi ini dipelajari dari Raja Sulaiman (Nabi Sulaiman a.s.).
Malah 3 anak Raja Sulan ini diberitakan membawa senjata canggih ketika mendarat di Bukit Siguntang Mahameru. Tidaklah menghairankan jika sebahagian teknologi ini tidak diwarisi lagi oleh keturunan Melayu kerana ilmu boleh lahir dan pupus dengan matinya orang-orang berilmu.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab agama maka sebahagian di antara mereka: Orang yang beroleh hidayat petunjuk dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik (derhaka).
Surah Al-Hadid 57:26
Orang China zaman silam memanggil Tanah Melayu sebagai Kun Lun. Menurut De Silva (1981) seorang ahli sejarah Sri Lanka mengakui bahawa penemuan arkeologi menunjukkan kebudayaan dan tamaddun yang dicapai oleh penduduk Asia Tenggara di zaman Hoabinhian (menurutnya seawal 15,000 tahun lalu) adalah lebih tinggi daripada apa yang pernah dicapai oleh penduduk Asia Barat, India dan China pada ketika itu.
Beliau juga telah membuat kesimpulan bahawa kemungkinan Asia Tenggara (dunia Melayu) adalah pengasas tamaddun manusia (The Cradle of Civilisation), bukan Asia Barat. Jika anda lihat adab orang Melayu, anda akan dapati bahawa Melayu cuba mengekalkan jatidiri mereka sebagai bangsa paling beradab.
Rumpun Melayu atau Melayu Polinesia atau Orang Nusantara adalah kelompok yang sangat besar, bukan saja di Nusantara tapi di kepulauan Pasifik (termasuk Hawaii), Oceania (Australia dan New Zealand), Taiwan dan Madagascar. Beribu-ribu tahun dulu, rumpun ni telah bertebaran sekitar kawasan yang disebut di atas melalui pelayaran dan bangsa Nusantara ni sangat terkenal sebagai pelaut yang handal hingga mampu sampai dan membuat penempatan di pulau- pulau yang jauh di tengah lautan.
Di Madagascar, mereka ni dikenali sebagai orang Merina dan di New Zealand sebagai orang Maori. Orang Maori di New Zealand sendiri mengakui bahawa nenek moyang mereka adalah pelaut dari kepulauan Melayu, begitu juga dengan bangsa Merina. Teori tentang pelayaran orang Nusantara ini didapati melalui kajian tentang bahasa yang di gunakan di tempat-tempat yang berkaitan. Bahasa-bahasa yang digunakan digunakan di kawasan ini tergolong dalam keluarga besar Bahasa Melayu Polinesia.
Diantara kumpulan ethnoliguistik utama di dunia, keluarga Nusantara yang dipanggil Malayo-Polynesia atau Austronesia oleh sarjana Barat telah mendominasi kawasan geografikal terbesar sebelum era moden. Dari Timur ke Barat kawasan besar ini meliputi dari Rapa-nui (Easter Island) ke Madagaskar (lebihkurang 60% lilitan bumi). Dari Utara ke Selatan ia termasuk kepulauan Taiwan (dipanggil Pekan oleh orang asal Nusantara), semenanjung Hawaii (dari perkataan Hava-iki atau Jawa Kecil sebagai sempena tanah asal bangsa Polynesia ini) dan New Zealand (Aotearoa dalam bahasa Maori).
Di luar Nusantara ini, kawasan lain yang dikunjungi oleh para pelayar Nusantara termasuklah bahagian utama Lautan Pasifik (ke Amerika Selatan) dan Lautan Indonesia, sejauh Afrika Timur. Melayu Indonesia merentasi Pasifik dari Afrika ke Easter Island, dari China ke laut karang di selatan. Penjelajahan Melayu silam ini adalah pencapaian pelayaran yang menakjubkan mana-mana pun bangsa lain. Merekalah yang memperkenalkan bahtera layar ke Pasifik 19 kurun yang lampau. Mereka mahir membaca pedoman bintang dan membuat carta-carta berkaitannya. Dalam sebuah kitab Arab bertajuk ‘Book of Miracles’ dicatat satu angkatan penjelajahan 300 bahtera Melayu ke Madagaskar pada tahun 945. Ada kemungkinan Melayu telah sampai ke pantai Afrika seawal zaman tersebut.
Hampir pasti pulau itu ditemui pada kurun pertama oleh penjelajah Melayu dari Indonesia tengah, yang punya hubungkait dengan datuk nenek orang-orang Kalimantan Tenggara. Tidak diketahui apakah yang menarik minat mereka untuk belayar begitu jauh ke Barat. Hingga kini tidak ada jawapan terhadap persoalan tersebut. Walau bagaimanapun, besar kemungkinannya bukan mereka saja orang Nusantara yang kerap menjelajah Lautan Indonesia di zaman itu.
Dan hakikatnya, para pedagang Melayu (iaitu dari kerajaan Nusantara yang berbahasa Melayu, dimana yang paling ketara ramai sebagaimana pernah ditulis oleh sarjana silam China adalah Melayu yang digelar orang Funan) yang telah berdagang antara Laut China dan negeri-negeri pantai Laut Indonesia, sejauh empayar Rom di barat daya.
Kemungkinan hadirnya Melayu di kawasan itu telah menyumbang kepada berkembangnya agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara. Pada masa datuk nenek orang Merina secara perlahan-lahan menjelajah dan menakluki Madagaskar, orang Nusantara yang lain berdagang secara aktif dengan pantai Afrika dan Timur Tengah. Barang dagangan utama ialah rempah, berbagai jenis batu permata, kulit, hamba sahaya dan sutera. Besar kemungkinan (dari rujukan-rujukan teks Arab) bahawa pangkalan perdagangan Melayu telahpun ditubuhkan di pantai-pantai Afrika ketika itu.
Saya catatkan semula. Nabi Ibrahim a.s. pada mulanya tinggal di Ur, Mesopotamia atau Babylon. Kemudian berpindah ke Haran dan kemudian barulah ke Kanaan (Palestin). Ini adalah sekitar 2166 SM hingga 1991 SM (4,000 tahun lampau). Baginda dikatakan berumur 175 tahun dan wafat tahun 2123 (1638 BCE). Ada pendapat menyatakan bahawa Ibrahim a.s. pernah berdakwah hingga ke Kemboja dan berkahwin dengan orang Kemboja dan inilah yang dikatakan asal usul Bani Jawi. Ibnu Athir berpendapat bahawa Bani Jawi itu berasal dari anak cucu Ibrahim dengan isterinya yang bernama Qatura atau Keturah. Adakah yang dikahwini oleh Ibrahim a.s. di Kemboja itu adalah Keturah tidaklah diketahui tetapi kisah Ibrahim a.s. menyuruh anak-anaknya dari Keturah agar berpindah ke Timur memang ada disebut dalam Taurat (Genesis 25:6).
Nabi Ibrahim mengahwini Keturah selepas kematian Siti Sarah. Ketika itu baginda berusia 137 tahun. Baginda dapat 6 anak hasil perkahwinan ini. Anak-anak dari Keturah ialah Zimran, Yakshan, Medan, Midian, Yishbak dan Shuach. Semua ini dicatat dalam Taurat iaitu Genesis 25:2-4. Memang ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim a.s. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain (Inggeris memanggil Malay, India memanggil Malai Karen, China memanggil Malai Ren). Tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim a.s. ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Anak-anak Keturah adalah dari darah Ibrahim a.s., berjumlah 6 orang dan salah satu dari 6 anak inilah bapa kepada Bani Jawi (ini menurut Ibnu Athir). Saya berpendapat bahawa Melayu dan Bani Jawi sebenarnya adalah bangsa yang satu.
Bani Jawi adalah nama yang digelarkan oleh orang Arab silam terhadap orang Melayu. Cuma Melayu itu dapat dibahagikan kepada dua kelompok, iaitu Melayu-Proto (keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.) dan Melayu-Deutro (keturunan Ibrahim a.s. dari isterinya Keturah).
Orang Melayu Muslim lebih gemar dipanggil Melayu Jawi, Orang Jawi atau Bani Jawi. Suku etnik Melayu termasuklah Acheh, Mendailing, Melayu Deli, Minangkabau, Kerinchi, Riau, Palembang, Sunda, Melayu Bugis (Makasar), Jawa, Melayu Sulu, Melayu Maluku, Banjar, Melayu Campa (Kemboja) dan lain-lain. Melayu kini seolah-olah sinonim dengan Islam, ini mungkin kerana sejak zaman berzaman bangsa Melayu terkenal sebagai bangsa monotheist (percaya pada keesaan Allah – Sang Hyang Tunggal atau Dewata Mulia Raya).
Bangsa Melayu di Nusantara dapat dilihat sebagai bangsa hebat yang menerima Islam secara hampir menyeluruh. Tidak ada bangsa yang menerima Islam seramai Bangsa Melayu, hinggakan bila seseorang itu memeluk Islam, ia dianggap masuk Melayu atau masuk Jawi. Paling jelas ialah Melayu di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Kemboja, Pattani dan Mindanao. Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu Nusantara memeluk Islam beramai-ramai dalam tempoh 60 tahun saja hasil peranan pendakwah yang juga berdagang di mana mereka ini (termasuk Wali Sembilan) berasal dari pedagang Tanah Arab.

Library: Asal Usul Melayu 10: Melayu Bangsa Hebat Digeruni Oleh Barat
Posted on Saturday, August 12 @ 00:00:00 MYT
Topic: Misteri Melayu
Dalam Sulalatus Salatin ada disebut bahawa Semundera (nama sempena semut yang amat besar sebesar kucing) di bawah pemerintahan Raja Merah Silu adalah negeri paling awal memeluk Islam dan Merah Silu setelah Islam digelar Sultan Malikus Salleh. Kemudian negeri Pasai dibuka (nama sempena anjing kesayangan Merah Silu yang menyalak sebuah bukit) dan diperintah oleh anak sulung Merah Silu iaitu Sultan Malikut Tahir sementara Semundera diperintah oleh Malikul Mansur.
Antara bukti lain Melayu itu hebat dari segi pelayaran ialah hakikat bahawa yang menunjukkan jalan kepada Ferdinand Magelland mengelilingi dunia ialah Panglima Awang anak Mat Lela Gila (Trapobana, Enrique of Malacca atau Henry the Black).
Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya). Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran.
Surah Yunus 10:73
Ada juga catatan yang menyatakan bahawa bangsa Melayu ini memainkan peranan penting di akhir zaman, di mana dikatakan bahawa Melayu (orang Malai) itu adalah bangsa hebat dan digeruni oleh Barat. Melayu sebenarnya adalah bangsa penakluk dan pedagang yang hebat. Ada pendapat bahawa kaum yang akan mengalahkan Yahudi di akhir zaman adalah dari bangsa Malai. Melayu adalah ‘lost cousins’ kepada bangsa Yahudi (keturunan Ishaq a.s.) dan Arab (keturunan Ismail a.s.), sukar dikenali lagi kerana mereka telah berkahwin campur dengan Melayu umat Nuh a.s. Melayu (orang Malai) adalah bangsa yang hebat yang akan menakluki dunia sekali lagi di akhir zaman.
Kerana mengetahui kehebatan orang Malai itulah mungkin Barat telah berusaha menakluki Nusantara dan telah memecah-belahkan Melayu agar mereka lemah dan melumpuhkan kemampuan berdagang mereka serta melemahkan minda mereka dengan harapan agar hal yang mereka takutkan itu tidak berlaku. Kehebatan Bangsa Malai (Melayu) ini ada dicatat dalam buku bertajuk The Kingdom of Malai. Buku ini masih ada tersimpan sebagai bahan terpelihara di salah sebuah universiti Belanda.
Saya juga berpendapat bahawa Ahli Kitab Yahudi sebenarnya tahu Keturah itu dari bangsa Malai tetapi mereka menyembunyikan fakta itu dengan tujuan agar hanya mereka saja yang tahu hakikat sebenarnya dan supaya mereka boleh memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan umat Islam (sebahagian mereka telah mendakwa bahawa Keturah itu Siti Hajar sementara sebahagian yang lain menyatakan Keturah itu isteri Ibrahim a.s. yang ketiga). Mereka juga tahu bahawa Bani Jawi anak Keturah inilah yang akan mengalahkan kehebatan mereka di akhir zaman, dan berharap dengan memadamkan fakta bahawa Keturah adalah ibu Bani Jawi, dengan itu diharap Bani Jawi akan hilang jatidiri, lemah mindanya dan tidak akan bangkit semula menjadi bangsa yang hebat. Tapi ketentuan Allah pasti akan berlaku.
Saya sendiri berpendapat bahawa Melayu (orang Malai) akan kembali menjadi penakluk dunia di akhir zaman sama seperti keadaan mereka menjadi pengasas tamaddun dunia sejak kira-kira 50,000 tahun lampau (The Cradle of Civilisation). Di Nusantara Adam a.s. telah diturunkan ke bumi, di Nusantara Nuh a.s. mengetuai umatnya selama 600 tahun dan di Nusantara juga Ibrahim a.s. berkahwin dengan Keturah dan melahirkan Bani Jawi. Anak-anak Nabi Nuh a.s. dikatakan bertebar dari kawasan ini.
Jika anda perhatikan usaha-usaha yang dijalankan oleh orang Melayu untuk memertabatkan Melayu (mempastikan semua Melayu di Malaysia beragama Islam dan kembali menjadi masyarakat pedagang) adalah suatu usaha yang hebat, anda akan sedar bahawa Melayu adalah bangsa yang hebat (dapat memimpin bangsa lain dengan baik kerana sikap toleransi yang tinggi) dan amat menjaga untung nasib bangsanya (mempastikan budaya ilmu diserapkan ke minda Melayu) serta mahu Melayu kembali agung (menjadi khalifah dunia).
Hakikat mengapa orang Malai dapat mengembangkan sayap ke 60% muka bumi dan berdagang ke tanah-tanah yang amat jauh mungkin bersebab dari kuatnya orang Malai ini berpegang pada syariat mereka di zaman silam (syariat Nuh a.s. dan Ibrahim a.s.). Mengapa orang Melayu sanggup merempuh lautan hingga begitu jauh ke Barat dan ke Timur juga tidak diketahui oleh para sarjana.
Pada saya ini bertitik tolak pada keberanian dan keyakinan kuat orang Melayu silam kepada kekuasaan dan pertolongan Allah Yang Maha Esa. Saya berpendapat ianya kerana dua sebab besar iaitu penjajahan dan perdagangan. Ini dapat dilihat pada kelompok majoriti Melayu zaman ini yang merupakan umat Islam terbesar bilangannya di dunia. Mereka berusaha mempastikan bahawa bangsa mereka menganuti agama yang benar dan teragung sebab mereka tahu bahawa kesopanan dan budi pekerti seperti itulah yang pernah mengangkat bangsa mereka menjadi bangsa yang paling agung. Dan Melayu umat Muhammad s.a.w. akan mengulangi keagungan itu sekali lagi. InsyaAllah.
Sekadar renungan, perhatikan maksud dari Kitab Taurat: ‘Dan Sarai (Siti Sarah), isteri Ibrahim, mengambil Hagar (Siti Hajar) orang Mesir, pembantunya, setelah Ibrahim menetap sepuluh tahun di tanah Kanaan, dan menyerahkannya kepada suaminya Ibrahim sebagai isterinya (Genesis 25:3). ‘Dan Ibrahim menikahi seorang isteri lagi, namanya Keturah’ (Genesis 25:1). ‘Dan Ibrahim memberikan semua hartanya kepada anaknya Ishak. Tapi kepada anak-anaknya dari Keturah, Ibrahim memberikan hadiah-hadiah, dan menghantar mereka ke arah Timur, ke negeri Timur’ (Genesis 25:5,6). ‘Ibrahim menghantar anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya yang lain (dari isterinya Keturah) ke arah Timur, ke arah tempat tumpah darahnya.
Dari sana mereka menjadi pedagang rempah, emas dan batu permata yang berjaya’. (Yeshaya 60:6; Yechezkel 27:15, 20, 22). Telah terbukti bahawa orang Melayu adalah keturunan ini yang amat berjaya dalam perniagaan rempah, dan kita dapati bahawa kawasan-kawasan Burma, Laos, Kemboja dan Selatan Thailand adalah antara tanah yang mempunyai paling banyak batu permata hingga sekarang ini.
Saya telah juga berbincang hal Melayu ini bersama rakan konsultan motivasi keusahawanan dan beliau berkata The Kingdom of Malai ada mencatat bahawa Hang Tuah itu sebenarnya pedagang (usahawan atau attache perdagangan Sultan Melaka) dan patut dikenali sebagai pedagang lebih dari sebagai pahlawan.
Saya setuju kerana Hang Tuah itu hanya bertikam sekali sekala, itupun bila perlu, yang penting ialah kerjayanya setiap hari berdagang ke serata dunia. Malah Hang Tuah adalah seorang terpelajar (scholar) dan mengetahui 35 bahasa dan pernah belayar mengelilingi dunia sebanyak 5 kali. Saya berpendapat bahawa dalam pelayarannya itu dia tentu telah bertemu orang Melayu di serata tempat yang mana mereka juga pedagang dan pemerintah di bumi tersebut (60% dari muka bumi).
Inilah mungkin yang menjadi sebab mengapa Hang Tuah telah berkata dengan yakin bahawa: ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’ kerana pada pendapatnya tidak mungkin Melayu akan pupus sekaligus di tempat-tempat yang sebegini luas kawasannya. Bidalan Takkan Melayu Hilang Di Dunia bukan timbul kerana Melayu pandai bersilat tetapi kerana bijaksana dalam pergaulan, kepimpinan dan perdagangan serta tinggi nilai moralnya. Inilah yang kekal ‘Melayu’ dan ia menjadi contoh yang hebat kepada bangsa lain.
Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.
Surah Al-A’raaf 7:69
Sebagai penghujung catatan, saya sertakan sedikit sedutan dari laman web berjudul Images of Nusantara in Russian Literature, oleh Braginsky, V.I. dan Diakonova, E. sebagaimana berikut: ‘Sejak awal kemunculannya dalam kesusasteraan Rusia pada abad ke 11, Nusantara, pada masa itu satu negara lagenda letaknya dikepulauan luar India, berhampiran dengan ‘Syurga’, telah terus mencetus ilham kepada penyair Rusia.
Penulis awal Rusia melihat Nusantara sebagai satu tanah indah yang didakwa dilawati oleh Iskandar Zulkarnain dan pendakwah-pendakwah, serta tempat tinggal Rahman-Rahman (orang-orang ‘alim zaman silam), gergasi dan haiwan pelik – bumi yang tidak mengenal ketidakadilan dan dengan itu menjadi asas ideal terhadap kesopanan sosial tertinggi’.
Satu lagi catatan mengenai Nusantara: ‘Kenal kawasan ini bermakna cinta pada kawasan ini. Bila anda di sini anda tidak akan sekali-kali meninggalkannya. Di sinilah harapan, keamanan dan harmoni menjadi ramuan’.
Dan ini pula satu catatan dari bumi Madagaskar: ‘Di dunia Nusantara, Madagaskar agak terasing kerana beberapa sebab. Pertama, dari sudut geografi, pulau ini adalah yang paling jauh dari jajahan Nusantara yang lain. Jiran terdekat, kepulauan sekitar Sumatera jaraknya lebih dari 6,000 km. Dan ini mengingatkan kita bahawa selama 4,000 hingga 5,000 tahun iaitu sehingga kurun ke 10, orang Nusantara adalah pelaut yang paling hebat di dunia’. - Andriantefinanahary & Yanariak (Madagaskar - October, 1997). Pada saya kegemilangan Melayu selama lebih dari 4,000 tahun inilah yang patut diselongkar sejarahnya oleh orang Melayu sendiri, bukan untuk membangga diri, tetapi untuk kembali kepada jatidiri Melayu.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Al-Hujurat 49:13

Library: Asal Usul Melayu Bhg Akhir: Kebangkitan Semula Melayu Untuk Jadi Bangsa Khalifah
Posted on Thursday, August 24 @ 00:50:00 MYT
Topic: Misteri Melayu
Besar kemungkinan Melayu berasal dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. sementara orang China berasal dari Sin bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. Melayu berasal dari orang Hitti (Hittites) atau juga digelar Hatti, Chatti, Khitai, Cathay. Orang Hitti digolongkan sebagai oleh Barat sebagai Mongoloid yang merupakan sebahagian dari asal-usul bangsa China itu sendiri. Bangsa Melayu ada 1,368 bahasa, China-Tibet 403 ada bahasa. Banyaknya bahasa Rumpun Melayu menjadikannya ia bangsa kedua paling banyak bahasa selepas bahasa Niger-Congo berjumlah 1,514 bahasa. Sebenarnya bahasa rumpun Melayu lebih banyak dari bahasa Rumpun China, sekaligus menolak kemungkinan bahawa Melayu berasal dari bangsa China.
Boleh diterima pendapat bahawa Melayu telah ada di Nusantara sejak selepas taufan Nuh a.s. (4,000 tahun lampau). Mereka berkembang biak, terutamanya di kawasan banjaran Himalaya dan Kemboja. Kemudian Ibrahim a.s. berkahwin dengan Keturah (isteri ketiga). Kemungkinan Keturah dari bangsa Melayu (Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani tidak tahu asal usul bangsa Keturah) dan melahirkan 6 orang anak yang mungkin kesemuanya menetap di Nusantara ini (Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani mengatakan bahawa 6 anak Ibrahim a.s. ini berada di tempat yang ‘amat jauh’ – di sebelah Timur).
Kemungkinan mengapa asal-usul Melayu dianggap misteri ialah kerana Melayu itu ada dua kelompok dimana kelompok pertama lebih gelap kulitnya dan kerinting sementara kelompok kedua cerah dan berambut lurus. Kelompok pertama inilah orang Hitti dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. Kelompok kedua dari keturunan Ibrahim a.s. (ini berdasarkan pendapat Ibnu Athir ahli sejarah Islam) apabila baginda mengahwini Keturah yang besar kemungkinannya berbangsa Melayu (ini berdasarkan cerita bahawa Nabi Ibrahim pernah ke Kemboja dan berkahwin di sana). Kelompok kedua inilah yang menjadi Melayu Induk pada zaman ini dan boleh dikatakan semuanya beragama Islam. Kelompok pertama itu biasanya digelar Rumpun Melayu dan mereka ini biasanya digelar Kaum Asli (aborigines atau natives) dan inilah yang menduduki Melanesia, Polynesia, Madagaskar, Hawaii hatta hingga benua Amerika.
Rupa bangsa Hitti (Funan atau Cathay) yang asal itu dikatakan memang gelap kulitnya, kerinting rambutnya, bibirnya agak tebal, hidungnya agak pesek dan besar, agak rendah, pelipis, misai dan janggut kaum lelakinya jarang-jarang atau tidak ada langsung. Bangsa Melayu-Deutro agak berbeza, kulitnya agak cerah, rambutnya lurus atau ikal mayang, tubuhnya lebih tinggi, lelakinya ada pelipis, misai dan janggut tapi masih nipis juga. Ada catatan menyatakan ini hasil dari kahwin campur. Pertamanya kerana Nabi Ibrahim a.s. berkahwin dengan Keturah, kedua kerana kahwin campur dengan orang-orang Yunan dan Taiwan (Pekan).
Apakah jatidiri sebenar orang Melayu? Dari pelbagai rujukan saya dapati bahawa bangsa Melayu dikenali sebagai bangsa yang patuh pada suruhan agama (monotheist - percaya keesaan Allah – Sang Hyang Tunggal atau Dewata Mulia Raya), dan kerana itulah mereka menjadi bangsa yang hebat. Ini sebenarnya adalah syariat Nuh a.s. dan syariat Ibrahim a.s. dan saya percaya orang Melayu adalah antara bangsa yang paling patuh kepada syariat ini. Ini mungkin menjadi sebab mengapa Melayu di Nusantara dapat diIslamkan dalam tempoh 60 tahun saja. Maka saya berpendapat bahawa jatidiri Melayu adalah pada agama yang dianutinya (Islam) sejak zaman Nuh a.s. lagi. Ianya ada mengalir dalam darah mereka, iaitu darah Nuh a.s., Ibrahim Khalilullah dan Keturah.
Berikut adalah pendapat saya mengenai jatidiri Melayu yang mengalir dalam darah mereka. Ciri sabar, belas kasihan dan bersyukur diwarisi dari Nuh a.s. Ciri penjelajah dan pedagang diwarisi dari darah Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. (bangsa Kanaan amat terkenal sebagai pedagang). Ciri menegur cara baik, patuh pada suruhan Allah, suka mengkaji, minda kritis, berhujah, rajin bertanya dan ingin tahu, berani dan ikhlas diwarisi dari darah Ibrahim a.s. Ciri toleransi, hospitaliti, lemah lembut, manis muka, berbudi bahasa dan kesopanan tinggi diwarisi dari Keturah. Saya mencatat ini berdasarkan kepada beberapa sumber rujukan terutamanya dari kisah Rasul dalam Al-Qur’an.
Dua ciri yang dianggap negatif pada orang Melayu ialah amok dan latah. Saya berpendapat bahawa amok berpunca dari sifat sabar dan suka mengalah. Latah pula berpunca dari ikhlas dan kepatuhan yang tinggi. Saya tolak pendapat yang melabel orang Melayu sebagai malas. Rajin tidak boleh diertikan sebagai rajin mencari wang semata-mata.
Dapat dilihat bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang paling bersopan dan berbudi pekerti tinggi berbanding bangsa lain (yang selalunya ‘kasar’ dan ‘kurang ajar’ dari perspektif orang Melayu). Saya melihat bahawa ciri inilah yang menyebabkan Melayu mudah menyesuaikan diri dengan situasi baru dan tempat baru (dulu mereka suka berpindah randah) dan baik hati serta suka menolong oranglain (ini adalah antara ciri-ciri syariat Nuh a.s. dan Ibrahim a.s.) Dari sudut ilmiah, ciri-ciri Melayu ini banyak dicatat oleh para sarjana. Pendek kata, budi pekerti yang diamalkan oleh orang Melayu (hingga kepada adat beralas tangan) adalah dari didikan agama sejak zaman silam dan ia berasal dari nilai-nilai Islam (syariat Nuh a.s dan Ibrahim a.s.).
Apabila membicarakan jatidiri Melayu, pada saya tidak cukup untuk menyatakan bahawa Melayu dulu hebat dari segi penjelajahan, penjajahan dan perdagangan, tapi juga dari segi kepatuhan kepada suruhan agama yang dianuti dan sanggup berkorban kerana agama. Lihat Candi Borobudur lambang keagungan kerajaan Sri Vijaya dan Angkor-Wat di Kemboja (mungkin Buddha itu salah seorang dari 313 Rasul yang diutus, dalam Al-Qur’an diceritakan 25 orang Rasul saja, kebanyakannya diutus kepada Bani Israel). Dan patut juga diselitkan bahawa Melayu itu mewarisi darah Nuh, Ibrahim dan Keturah dan tentunya ciri-ciri hebat yang ada pada mereka.
Dari segi mengapa orang Melayu merantau hingga 60% muka bumi meredah lautan, saya mendapati dari catatan sarjana antara puncanya ialah kerana diserang oleh orang Khmer (lihat saja bagaimana Khmer-Rouge melakukan penghapusan etnik di Kemboja). Dalam ertikata lain, antara sebabnya bukanlah kerana berdagang atau menjelajah tapi mengelakkan pertumpahan darah. Sebab itulah mereka tinggal menetap di tempat yang baru ini. Mereka yang melarikan diri ini adalah dari golongan bangsawan bersama pengikut setianya yang kemudiannya menubuhkan kerajaan baru di bumi yang baru. Kemudiannya mereka inilah yang menjadi golongan pedagang.
Renungan:
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. (Ghafir 040:21).
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi. (An-Nur 024:10)

Erm.. apa perlunya asal usul ini ya??
Tidakkah tumpuan dimasa hadapan dengan pegangan yang teguh kepada agama Islam lebih penting dari perkara ini??
Bukankah kita telah dinasihatkan agar tidak perlu bergantung kepada nenek moyang yang telah banyak terpesong?
mengikut fahaman dari FirmanNya:
Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu". (Al-A'raaf 7:71)
ermm.. rata-rata firman yang diberikan berkenaan nenek moyang tidak boleh di ikuti dan dibanggakan walaupun terdapat Firman ini:
Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya). (Al-Haaqqah 69:11)
dan Firman ini:
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya. (Al-Jaathiyah 45:16)
pada saya perkara ini Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu". (Al-A'raaf 7:71)
patut lebih diutamakan.. agar jangan "ujub" dan "taksub" kepada nenek moyang.. sebab buktinya amat lemah kerana tiada dalil.. hanya beranggapan (bersangka-sangka).. huhuhu
maafkan saya jika tersalah anggap kepayahan dan kesukaran tuan dalam mencari bahan rujukan..
mohon dimaafkan.

Mungkin ada benarnya pandangan tuan tu, pada saya mungkin penulis ingin mencari jati diri bagi bangsa Melayu ini agar dapat menangkis anasir-anasir propaganda yang diputar-belitkan oleh orang-orang barat yang menceritakan tentang kehebatan mereka dengan menyembunyikan perkara yang sebenar... Apa pun kita hendaklah sentiasa bersangka baik akan tujuannya itu... sekurang-kurangya masih ada dari kita yang sanggup bersusah dan berpayah dalam mengkaji asal usul bangsa kita... mungkin untuk mencari kebenaran di dalam apa yang tersirat dan tersurat dalam kehidupan kaum-kaum pada masa lalu...

Omera- Aktif

-

Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14
Re: Asal Usul Melayu Bahagian 1
saya setuju amat pandangan tuan omera..teruskan pencariannya..
tapi kan lebih baik kalau kita bisa mencari salasilah keturunan kita sendiri...
kesinambungannya sampai kemana....

maybal- Aktif

-

Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23
Re: Asal Usul Melayu Bahagian 1
keturunan kita sgt memberi pengaruh kpd sifat kita zahir dan batin. energy yg bermula dr datuk kita adam terus menerus diturunkan melalui benih ibu bapa, ke anak, ke cucu dan seterusnya sampailah ke generasi terakhir. msg2 generasi yg menerima trait energy itu pula akan menambahkan lagi ciri tertentu yg diperolehinya drpd kehidupannya sndiri. diri kita pada hari ini adalah hasil benih ibu bapa kita...trait yg kita bina di dalam kehidupan kita skrg ini akan mengalir pula kpd anak cucu kita. proses ini akan terus berlaku sampai kiamat.
itulhh kepentingan mengetahui keturunan kita, agar trait warisan yg baik dpt terus dikembangkan dan trait warisan yg buruk dpt kita hakis agar generasi kita yg sterusnya mewarisi trait yg terbaik
itulhh kepentingan mengetahui keturunan kita, agar trait warisan yg baik dpt terus dikembangkan dan trait warisan yg buruk dpt kita hakis agar generasi kita yg sterusnya mewarisi trait yg terbaik
..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms- Moderator

-

Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12
Re: Asal Usul Melayu Bahagian 1
bagaimana mau tahu salasilah keturunan kita sampai kemana..maksudnya keturunan sebelum kita(leluhur)..mungkin dari 7-8 generasi keatas.
tentu saja ada kaedah atau cara2nya..
tuan paranorms pasti tahu yang ini....
tentu saja ada kaedah atau cara2nya..
tuan paranorms pasti tahu yang ini....

maybal- Aktif

-

Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23
Re: Asal Usul Melayu Bahagian 1
wah.. saya pun cuma tahu sampai generasi ke-3 saja di atas saya.. seterusnya.. terus kepada ADAM.. hehehe..
Hamba tak mau pening² mengenai keturunan kerana semuanya datang dari DIA, bukan dari keturunan.. cakap la apa pun.. semua ngak ku percaya kecuali dari DIA..
jangan tersalah Akidah dan Iktikadnya.. kerana "pasangan" Akidah dan Iktikad itu terlalu rapat dan mungkin tidak dapat dibezakan oleh "diri".. Hanya Pesan memesan antara sahabat sahaja yang dapat membezakan..
itu pasal la keluar FirmanNya "demi masa""sesungguhnya kamu dalam kerugian".... bla....bla...bla... tu..
Hamba tak mau pening² mengenai keturunan kerana semuanya datang dari DIA, bukan dari keturunan.. cakap la apa pun.. semua ngak ku percaya kecuali dari DIA..
jangan tersalah Akidah dan Iktikadnya.. kerana "pasangan" Akidah dan Iktikad itu terlalu rapat dan mungkin tidak dapat dibezakan oleh "diri".. Hanya Pesan memesan antara sahabat sahaja yang dapat membezakan..
itu pasal la keluar FirmanNya "demi masa""sesungguhnya kamu dalam kerugian".... bla....bla...bla... tu..

ifahuzir- Aktif

-

Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18
Page 1 of 2 • 1, 2 
Similar topics» ASAL USUL MASAKAN MINANG
» Koleksi Masakan Melayu
» Lagu Melayu (mp3) -muat turun
» Contoh-contoh Karangan Bahagian B
» Asal Usul Melayu Bahagian 1
» Koleksi Masakan Melayu
» Lagu Melayu (mp3) -muat turun
» Contoh-contoh Karangan Bahagian B
» Asal Usul Melayu Bahagian 1
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Forum Umum | General Forum :: Artikel Ilmu | Knowledge articles
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum