Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Cupi Adventure Journal 5 5 2

Cupi Adventure Journal

Page 2 of 23 Previous  1, 2, 3 ... 12 ... 23  Next

View previous topic View next topic Go down

Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Sun Nov 07, 2010 1:01 am

First topic message reminder :

Assalamualaikum kpd semua warga Paranorm ^^. Atas saranan Tuan paranorms, saya pun ingin memulakan DIARY pengalaman saya. PERINGATAN!! Tulisan saya ini hanya sekadar untuk hiburan, tiada niat menunjuk2 dan membangga diri. Jadi kpd org2 yg berilmu tinggi. Mohon janganlah mmencuba2 dan mengirimkan ilmu kpd saya kerana saya ini adalah insan yg lemah. Tidak berkuasa dan tidak mempunyai apa2 kekuatan. Milik Allah jua lah segala2 yg ada di langit dan bumi. Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Dan dia tidak pernah merasa penat untuk mengurusnya.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down


Re: Cupi Adventure Journal

Post by Omera on Tue Nov 09, 2010 2:54 pm

Berdasarkan dari kebanyakan cerita-ceritanya... ia banyaknya yang bertanduk... rupa asalnya juga agak mengerikan mungkin pada manusia ler... Agaknya kalu mereka tengok kita pun begitu juga ye... Ni kena tanya mereka yang pernah meneroka alam ghaib ni... Silakan...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Tue Nov 09, 2010 4:09 pm

Setakat ini, jenis2 rupa yg saya nampak semua nya berbentuk seperti alien dan resaksa dalam wayang. Dan terus terang saya katakan, bagi saya rupa pontianak yg REAL lebih smart dan cool berbanding apa yg digambarkan. Dgn mata yg membara, taring yg tersusun dan mulut luas sehingga ke telinga. Laughing

Mungkin pelik bagi yg membacanya, tetapi bagi peminat setia game Final Fantasy seperti saya ia seumpama angan2 menjadi kenyataan. Cuma sayangnya, dalam game kita boleh bunuh semua resaksa sesuka hati. Dalam dunia betul x boleh. Mad

Yg pakai jubah putih pun banyak, tp nak tentukan islam atau tidak susah sedikit. Lgpun pengalaman saya belum banyak dan meluas lagi. Perlu lebih latihan dan aplikasi. cheers

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by ifahuzir on Tue Nov 09, 2010 4:30 pm

cupi_ketchum wrote:Cuma sayangnya, dalam game kita boleh bunuh semua resaksa sesuka hati. Dalam dunia betul x boleh. Mad


Mengapa tidak boleh bunuh sesuka hati pula? dah dia JIN hantu setan.. kasi kojol aja la..
apsal x boleh bunuh pulak yer? huhuhu..

kasi pelempang boleh x? tongue

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by Omera on Tue Nov 09, 2010 4:41 pm

Tuan cupi tak rasa gerun ker bila tengok muka mereka ni... Saya agak penakut sikit... macamana nak buang rasa takut tu haa... So boleh le meneroka alam ghaib tanpa rasa seram dan gelabah...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by maybal on Tue Nov 09, 2010 5:02 pm

pontianak atau disini banyak disebut langsiur.. menurut pengalaman saya rupa2 mereka nga ada konsisten..lebih pada kemana arah approach mereka terhadap kita...

kalau mengarah ke kita sekadar melihat atau main2 ingin tahu biasanya nyerupai wanita cantik.. pernah satu saat dulu saya tafakur secara tidak sengaja terpandang sosok lembaga cantik diatas pohon dengan senyuman baik sekali..tapi saya ngak lansung peduli...terus sosok itu hilang..

kalau maunya mnakuti kita..jelmaannya hodoh dengan rambut panjang ngerbang..ngilai2...lagi ngepak2 bajunya yang putih lusuh..

kalau dia terkejut sama kita terbangnya cepat sekali sambil terkencing2..

saya pernah lihat sosok ini bener2 main2kan temen saya yang sedang bertafakur..dengan menjalar kukunya yang agak panjang disegenap tubuh temen saya didepan mata saya..
ini pertama kali saya melihat pontianak yang punya kuku seperti itu.. ngeri

itu sedikit kisahnya akan hal pontianak/langsiur..saat jalani riadah berjadual digunung yang penuh misteri..

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Tue Nov 09, 2010 5:32 pm

Setakat ini, jelmaan2 yg saya nampak belum ada yg muncul secara live di depan mata. Lebih kepada bayangan dalam mata seolah2 menonton TV. Jadi mungkin rasa takut belum muncul lagi. Heheheh, belum tahu lagi apa reaksi saya bila betul2 menjelma depan mata. Utk hilangkan rasa takut itu, saya berpegang dgn niat "Tiada mana2 makhluk dapat mencederakan diri saya kecuali izin Allah. Dan jika makhluk jahat ini diizinkan Allah utk mencederakan saya, begitu juga saya diizinkan mencederakan mereka"

Kenapa tak boleh bunuh? Sbb Jin juga adalah makhluk yg beragama dan makhluk ciptaan Tuhan yg bernyawa. Jika lebih dr 3 kali ia ingkar, maka bolehlah membunuh mereka dgn niat kerana Allah. Bergantung kpd keilmuan masing2.

Spt dlm firman Nya “Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”
(Surah az-Zariyat ayat 56)

Dan seperti am nya dunia manusia, bukan SEMUA jin boleh masuk ke alam manusia. Ada jin yg langsung x berani nak tengok manusia umpama kita mendengar cerita hantu.

Nampaknya Tuan Maybal mempunyai pengalaman yg tinggi dan banyak mengenai alam2 mistik. Mohon Tuan bisa membuat satu jurnal utk tatapan kami yg kekurangan ini.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by Omera on Wed Nov 10, 2010 10:46 am

Betul... silakan tuan maybal... Betul ke tuan atau puan sebab saya tengok di failnya adalah female... Terkonfius sikit.. jangan marah tuan/puan...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Wed Nov 10, 2010 12:41 pm

Semalam, 9/11/10. Saya telah merawat seorg pakcik yg telah diberi sihir pembenci oleh isterinya. Menurut pakcik ini, setiap kali dia masuk ke rumah, semua org akan bergaduh sesama sendiri dan suasana rumah menjadi PANAS. Dia juga menyangka dirinya diberi guna2. Namun dari pemerhatian saya, dia tidak dikenakan sihir yg kronik. Hanya diberi pembenci oleh isterinya sendiri.

Menurut anak2 nya juga, ibu mereka sering membawa lelaki asing ke rumah tanpa pengetahuan bapanya. Wallahualam. Setelah story2 sikit, maka sesi penyaluran pun dimulakan. Sepanjang penyaluran semasa 20 minit, tiada gejala2 ganjil yg berlaku cuma gigi pesakit berlaga2 sahaja. Selesai penyaluran, dia tiba2 membuka cerita pengalaman dirawat oleh saya.

Menurutnya, badannya terasa panas seolah2 disiram air panas dan mengalir keluar melalui jari2 tangan dan kaki. Tidak lama kemudian, panas tersebut bertukar menjadi sejuk. Dan tiba2 sahaja beliau mengalami out of body experience. Dalam perjalanan rohaninya itu, dia sedang berjalan di sebuah lorong kedai. Dan dihujung lorong itu dia terlihat dua org lelaki yg memang dikenalinya. Seorg memakai spek mata hitam dan kedua2 mereka hanya memakai seluar pendek sambil menutup muka dgn tangan masing2. Apabila beliau hendak menegur kedua2 manusia itu, tiba2 pandangan beliau menjadi gelap semula. Kemudian terdengar suara2 org seolah2 berbisik dan sayup2 suara org menangis.

Saya suruh beliau merahsiakan identiti 2 org itu dan dikhuatiri hanya mainan syaitan. Dan ternyata beliau nampak tenang selepas rawatan. Insyaallah, Rawatan susulan akan diadakan jika pesakit meminta lagi.


Sedikit nasihat buat ahli2 baru, jangan risau dan bimbang jika anda tidak merasa aliran energy dan tidak nampak apa yg dilihat pesakit. Teruskan pasrah dan biarkan Allah yg menguruskan penyembuhan si pesakit. Ini kerana energy TETAP berjalan dan masuk dgn sendirinya ke dalam badan pesakit walaupun kita tidak merasainya. Yakin, dan jgn bersangka buruk dgn Allah. Buang sifat ragu dan tdk yakin kerana di saat kita merasa was-was, di situlah saat kehancuran kita.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by ifahuzir on Thu Nov 11, 2010 8:04 am

cupi_ketchum wrote:Sedikit nasihat buat ahli2 baru, jangan risau dan bimbang jika anda tidak merasa aliran energy dan tidak nampak apa yg dilihat pesakit. Teruskan pasrah dan biarkan Allah yg menguruskan penyembuhan si pesakit. Ini kerana energy TETAP berjalan dan masuk dgn sendirinya ke dalam badan pesakit walaupun kita tidak merasainya. Yakin, dan jgn bersangka buruk dgn Allah. Buang sifat ragu dan tdk yakin kerana di saat kita merasa was-was, di situlah saat kehancuran kita.


Bagaimana mau yakin jika tidak merasainya??

sepertimana jantung berdegup dengan sendirinya (dengan Izin Allah).. kerana ia terasa bergerak˛, maka baru timbul yakin yang diri ini masih hidup.. hehehe..

malah, siapa yang mendegupkan jantung dalam diri ini?
Yakin dengan kepercayaan (rukun Iman)..

harap diberi motivasi No

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by maybal on Thu Nov 11, 2010 11:16 am

"sepertimana jantung berdegup dengan sendirinya (dengan Izin Allah).."

apa tuan ifahuzir bisa mengawal dengupan jantung sendiri...kata orang tua2 dalam jantung ada istana iblis...apa benar tuh..

tuan paranorms tentu bisa menjelaskan yang ini...mohon pencerahan..

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by Paranorms on Thu Nov 11, 2010 11:54 am

maybal wrote:"sepertimana jantung berdegup dengan sendirinya (dengan Izin Allah).."

apa tuan ifahuzir bisa mengawal dengupan jantung sendiri...kata orang tua2 dalam jantung ada istana iblis...apa benar tuh..

tuan paranorms tentu bisa menjelaskan yang ini...mohon pencerahan..


menurut ahli tasauf, di hujung jantung ( bwh jantung ) ada gumpalan darah pekat, disinilah istana iblis terletak. fungsinya menutup mata hati...ada beberapa aliran tariqat yg memfokuskan bhgn ini ketika zikir, dgn cara menghentak kalimah zikir ke area ini.

sy pernah mencuba cara ini dulu. dan hasilnya mmg sgt2 lumayan. terasa ada aliran energy yg sgt besar muncul dr dada ketika kalimah zikir sdh dibiasakan dihentak ke situ menghancurkan 'istana iblis' itu. aliran enrgy eterik itu rasa sgt sejuk nyaman. menggetarkan seluruh badan, menggulung seluruh rasa menuju dzauq...siapa mau kaedah zikirnya sy blh ijazahkan Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by Omera on Thu Nov 11, 2010 12:10 pm

Silakan tuan ijazahkan saja... Saya pernah mengikuti satu kursus dulu meneroka rahsia diri... antarannya ketika zikir "LA ILA HA ILLALLAH" tu semasa La tu toleh ke kanan dan semasa ILLALLAH tu toleh ke kiri terus ke jantung/hati gitu... bukan toleh ke kiri saja... ini bermakna zikir Allah tu ditujukan terus ke jantung/hati lah... Tuan paranorms nye lebih kurang gitu ker?

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by maybal on Thu Nov 11, 2010 12:14 pm

mungkin yang dimaksudkan tuan paranorms zikir napas...yang terpecah pada 4..

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by ifahuzir on Thu Nov 11, 2010 2:02 pm

maybal wrote:mungkin yang dimaksudkan tuan paranorms zikir napas...yang terpecah pada 4..


saya sedang mengamalkan zikir nafas ini.. tetapi ketika dalam kereta (on the way pergi dan balik kerja Suspect )

tetapi tidak si Ijazahkan.. semua didapati hasil daripada bacaan..

Jika boleh, tuan Paranorms Ijazahkan lah kat saya juga..

zikir yang saya amalkan caranya begini (jika salah tolong tegur dan perbetulkan ya..)
1. Ucapan "Laa" dari pusat ke dahi/ubun˛ (cuma bayangkan digariskan garisan)
2. Ucapan "Illaha" dari Dahi/Ubun˛ ke dada Kanan
3. Ucapan "Illallah" Dari dada Kanan terus pukul ke jantung.
4. Ucap "Huu" ketika tarik nafas semula..
dan diulangi.. menarik nafas menggunakan "perut", bukan dada/paru˛.

Betul kan begini? jika salah harap dapat cepat diperbetulkan..

tapi dirasai denyutan di pertemuan kening (rasa geli˛ macam di gelitek).. apa tuuu sebenarnya? scratch

p/s : rasa di Gelitek = seperti diganggu menggunakan bulu ayam..

harap dibantu diri ini.. dituntun ke jalan yang lurus.. amin..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by maybal on Thu Nov 11, 2010 3:50 pm

kita tunggu aja tuan paranorms untuk mengijazahkan kita zikirnya.

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by Omera on Thu Nov 11, 2010 4:27 pm

Ach yang bener...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by Paranorms on Thu Nov 11, 2010 5:44 pm

insyaAllah sy akan share nti di forum coretan spiritual...di tread ni mcm x ngam la. kacau halaman rumah cupi pulak Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Thu Nov 11, 2010 6:35 pm

Bagaimana hendak yakin jika tiada rasanya. Hehehe itu sangat senang. Bagaimana kita hendak yakin wujudnya Allah jika nampaknya tiada? Bagaimana hendak yakin wujudnya malaikat jika nampaknya tiada?

Energy itu ciptaan siapa? Kekuasaan itu, kekuasaan siapa? Penyembuhan itu penyenbuhan siapa? Kita kah yg menyembuhkan atau Allah yg menyembuhkan? Tuan sendiri sebenarnya telah menjawab pertanyaan tuan sendiri. Yakin dgn rukun iman. Jika yakin dgn rukun Iman, maka yakin lah tuan dgn energy. Di sini ada salah faham sedikit tentang maksud energy di hati tuan. Tuan terlalu memisahkan energy dgn ketuhanan. .Tanpa Allah, tiada energy. Semakin kuat, energy, semakin kuat keyakinan kita. Tdak nampak di mata kasar, tidak bermaksud tiada. Umapama ayam dan chicken, benda yg sama ttp sebutan berbeza. Energy tlah wujud sblm zaman nabi Adam lg. Utk lebih lanjut, sila baca buku2 Rei Ki di pasaran. Telampau panjang hendak di post cni. Heheh. Buktinya?

Dalam doa nabi sendiri ada berbunyi, Ya Allah. berikan aku cahaya dan jadikan cahaya utk ku. Sinarkan wajahku dan sinarkan kuburku. Jadikan cahaya di kanan dan kiri ku. Jadikan cahaya di atas ku dan dibawahku. Jadikan cahaya di badanku dan hati ku. Lebih kurang begitu doa nabi. Namun yg saya tulis itu telah diringkaskan. Utk doa sebenar, mohon kpd ahli2 lain yg hafal doa tersebut utk postkannya ya.

Tanpa gerakan jantung, manusia tidak bisa hidup. Itu hanya menurut ilmu kedoktoran dan kesemulajadian. Namun adakah anda menolak bahawa jika tiada degupan jantung, kita tidak akan bernyawa? Tidakkah anda mengetahui bahawa ilmu Allah itu meliputi langit dan bumi. APA2 saja bisa terjadi dgn kehendak Allah. Allah berhak menguji kita, tetapi kita tidak berhak menguji allah. Siput babi dan kerang tidak berjantung, namun ia tetap hidup. Tapak sulaiman tidak berjantung, namun ia bernyawa. Rumput dan angin tidak bernyawa, namun mereka tetap berzikir tanpa henti kpd Allah.

Allah itu tidak berlogik, dan logik itu tidak wujud pada Allah. APA sahaja yg dihajatinya akan terjadi tanpa ada kuasa yg mampu mengubahnya. Mengharap itu sifat manusia, dan Maha pemberi itu sifatnya. Apa yg diberinya, bukan dr apa yg kita mahu, tetapi dari apa yg dimahu Nya.

----------------------------------------------------------------------------------------

Berkenaan dgn zikir itu, sebenarnya semua zikir sama sahaja. Asasnya menuju ke alam keTuhanan. Dan sepertimana lain sekolah, lain lah pula guru yg mengajar. Perlu saya tekankan juga, bahawa setiap ulama sufi dan para wali, tidak pernah ada yg sama cara dan kaedah mereka "berjumpa dgn Allah". Mereka saling berbagi2 dan mengajar satu dgn yg lain, namun "pengalaman" yg dirasa sangat2 tidak sama. Dan saya juga ingin menegaskan bahawa cara rawatan kita tidak akan sama dgn pusat2 rawatan dan laman2 web yg lain. Masing2 punyai cara tersendiri dgn kaedah yg berbeza2 namun hakikatnya serupa.

Laman web Auranursyifa tdk akan sama dgn SI. Lmn web Tendai tdk akan sama dgn SI. Lmn web Rei Ki Platinum juga tdk akan sama dgn SI. Berbeza2 namun tujuan kita semua tetap adalah kerana Allah. Tdk perlu membeda2kan mana yg lebih kuat dan mana yg lebih lemah. Yg kuat, membantu yg lemah. Itulah KUNCI sebenar rawatan alternatif yg berbentuk islam sejati. Itulah asas perpaduan Islam yg sejati.


Hehehehe. Sleep Panjang berjela2 dgn tulisan yg memeningkan kepala. No Mudah2an berguna utk diri saya dan yg lain. BTW, berdenyut2 di dahi itu adalah satu tanda yg baik. Kerana cakra tuan sedang dlm proses pembersihan.


Last edited by cupi_ketchum on Fri Nov 12, 2010 12:19 am; edited 1 time in total

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Fri Nov 12, 2010 12:17 am

Assalamualaikum. Tadi, 11/10/10 pukul 11.25 PM, saya baru sahaja habis membuat meditasi kelompok. Kali ini, ada lagi sesuatu yg baru datang kpd saya. Kalau selalunya saya didatangi makhluk2 aneh. Tetapi kali ini amat berbeza. Dalam kira2 10 minit melakukan meditasi, tiba2 sahaja saya melihat satu laluan ug dipenuhi dgn daun2 kering ala2 taman di London (Macam dlm TV). Di jalan itu, saya melihat seorg lelaki berjalan dgn berpakaian ala2 org arab yg berseluar lebar. Macam yg pakistan selalu pakai tu.

Dgn tidak semena2, dari sebelah lelaki tersebut, muncul sebilah pedang samurai dari jauh dan sangat laju terus menuju ke arah saya. Pedang itu berhulu hitam, manakala matanya pula bercahaya putih dgn bias cahaya yg kuning. Pedang itu menuju secara lurus ke dlm cakra saya, tetapi bukan menikam. Sebaliknya ia seolah2 sedang masuk ke dalam cakra jantung saya. Dan akibat drpd itu, cakra jantung saya seperti sedang diusap2. Sekadar berkongsi, dan seperti biasa. Silalah beri pendapat anda masing2. Insyaallah, yg baik akan saya kekalkan, dan yg buruk akan saya perbaiki.


Utk makluman, thread saya ini bukanlah kisah mengenai kehebatan saya, sebaliknya ia lebih berkisar kpd pengalaman hidup saya secara jasmani dan rohani. Saya tidak mempunyai apa2 kehebatan utk ditunjuk. Jurnal ini juga lebih baik dianggap sebagai "Kisah melangkah dan terlangkah ke alam misteri" supaya lebih mudah difahami. cyclops

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by maybal on Fri Nov 12, 2010 5:19 am

yah..biar sifunya yang mendahului komen..

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Page 2 of 23 Previous  1, 2, 3 ... 12 ... 23  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum