Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Cupi Adventure Journal 5 5 2

Cupi Adventure Journal

Page 22 of 23 Previous  1 ... 12 ... 21, 22, 23  Next

View previous topic View next topic Go down

Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Sun Nov 07, 2010 1:01 am

First topic message reminder :

Assalamualaikum kpd semua warga Paranorm ^^. Atas saranan Tuan paranorms, saya pun ingin memulakan DIARY pengalaman saya. PERINGATAN!! Tulisan saya ini hanya sekadar untuk hiburan, tiada niat menunjuk2 dan membangga diri. Jadi kpd org2 yg berilmu tinggi. Mohon janganlah mmencuba2 dan mengirimkan ilmu kpd saya kerana saya ini adalah insan yg lemah. Tidak berkuasa dan tidak mempunyai apa2 kekuatan. Milik Allah jua lah segala2 yg ada di langit dan bumi. Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Dan dia tidak pernah merasa penat untuk mengurusnya.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down


Re: Cupi Adventure Journal

Post by Paranorms on Thu Dec 22, 2011 4:29 pm

ididih...semakin mantap dan padu maut ilmu2 ust cupi bah Smile

barangkali istilah ' getaran frekuensi tinggi' perlu kita tukar agar tidak memberikan persepsi silap bg pembaca.

yg betulnya, frekuensi tinggi adalah frekuensi yg semakin menuju ke arah fizikal, kasar dan tajam sifatnya. dalam ilmu energy, semakin baik kualiti energy semakin rendah, panjang dan halus frekuensinya. semakin tinggi tahap spiritual seseorang, semakin halus dan sukar dirasa energynya.

ada lagi satu perkara harus kita ingat baik-baik, terlalu terdedah kepada energy frekuensi halus, akan membuat tubuh fizikal kita agak 'rapuh'. utk mengatasi perkara ini, sgt disarankan bagi para pengakses energy tahap halus dan tinggi tahap gaban ( advnced reiki, sin ilahi, sin hu ) agar menyeimbangkan juga keharmonian cakra-ckara bawah khususnya melalui latihan pernafasan Smile


..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Thu Dec 22, 2011 4:42 pm

Terima kasih utk pertambahan kita tu guru. Ahahai, masih juga giring2 ku ni guru.

Ohohoho, noted guru. Akan diupdate sebentar lagi.

Aku lupa taruh graf seismic meter, sebab tu ada kekeliruan sikit guru. Hehehe

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Thu Dec 22, 2011 5:50 pm

Ini versi update nya.


Assalamualaikum semua.
Secara jujurnya, saya mendapat ilham ini hasil drpd kesinambungan ilmu Sin Ilahi, TERQI dan Alif Sejati. Namun kerana ia lebih kpd hal2 mk3, jadi saya bercadang utk menulisnya di sini saja.

Mata ke-3 dan kenapa susah utk mendalaminya.

Setiap benda di alam semesta ini bergetar pada frekuensi masing2, ada yg tinggi dan ada yg rendah. Dalam sains fizik, semakin rendah getaran atom, semakin keras wujud suatu fizikal itu. Namun ini berbeza pula dgn sistem energy, semakin tinggi frekuensinya, semakin keras sifat energy yg dihasilkan. Gerakan atom secara fizik, menuju kepada berat dan jisim. Gerakan atom secara eterik, menuju kepada ringan dan meluas.

Secara energynya, frekuensi tinggi adalah frekuensi yg semakin menuju ke arah fizikal, kasar dan tajam sifatnya. dalam ilmu energy, semakin baik kualiti energy semakin rendah, panjang dan halus frekuensinya. semakin tinggi tahap spiritual seseorang, semakin halus dan sukar dirasa energynya.

Tambahan sedikit dari Master Paranorms.
ada lagi satu perkara harus kita ingat baik-baik, terlalu terdedah kepada energy frekuensi halus, akan membuat tubuh fizikal kita agak 'rapuh'. utk mengatasi perkara ini, sgt disarankan bagi para pengakses energy tahap halus dan tinggi tahap gaban ( advnced reiki, sin ilahi, sin hu ) agar menyeimbangkan juga keharmonian cakra-ckara bawah khususnya melalui latihan pernafasan.


Setiap benda yg hidup mahupun tidak, masing2 mempunyai tubuh eterik. Dalam proses utk melihat sesuatu spt cakra dan aura misalnya, apa yg kita lihat bukanlah tubuh fizik target kita, sebaliknya adalah tubuh eterik.

Cara termudah utk melihat dan mengakses setiap frekuensi alam semesta adalah dengan melembutkan dan meluaskan getaran frekuensi tubuh halus dan tubuh eterik kita.

Apa yg utama dalam proses melembutkan dan memberi fleksibeliti dalam sistem tubuh kita? Latihan yg umum dan sering kita dengar tentulah dgn meditasi dan tafakkur. Namun masih ramai yg sering berkata mk3 mereka tidak mampu menembusi dan melihat cakra dan aura.

Di bawah sini saya kongsikan sedikit tips dan panduan yg jarang di buat dan sebenarnya terlalu mudah. Namun bergantung juga kpd rezeki dari Allah SWT utk anda.

STEP 1.
Merendahkan frekeuensi tubuh halus. Semakin rendah getaran energy kita, semakin rendah kekerasan hati kita. Semakin kita lebih mudah menerima dan semakin jujur diri kita sesama insan. Apabila hati kita keras, susah mahu menerima pendapat orang dan sering merasa diri betul sentiasa, maka semakin berat frekuensi tubuh halus kita. Mana mungkin energy yg berat boleh mengejar sesuatu yg ringan dan lebih laju.

Org yg menjaga status, susah dan hampir2 mustahil utk merendahkan frekuensi dirinya, berbeza dgn org2 biasa yg lugai2 dan simple gayanya.
Ini menjadi dilema bagi mereka2 yg sentiasa bekerja menggunakan lojik dan sering memandang orang lain rendah dari dirinya. Orang yg bekerja di ofis dan tinggal rumah batu, memandang jijik pada org yg tinggal di rumah setinggan dan bekerja kontrek.

KITA SEMUA ADALAH SAMA. Selagi kita masih memandang orang di bawah tapak kaki kita, maka frekuensi kita akan tetap berada di situ2 saja. Tidak ke mana2 pun.

Apabila kita bermeditasi/tafakkur, kita disuruh bercantum dgn seluruh alam.

From all, to nothing. Only Allah.
From nothing, became all. With Allah


Bagaimana anda boleh menerima frekuensi alam semesta jika anda sering membanding2 dan membezakan satu sama lain?

Step 2.
Meninggikan frekuensi tubuh fizikal. Semakin tinggi frekuensi tubuh fizikal, semakin kita bergantung hanya pada Allah SWT. Secara umumnya, kita akan disuruh bersukan, jaga makan, makan ubat, dan jaga solat. Namun apa yg saya tuliskan sebentar lagi juga sangat umum sebenarnya, cuma dalam penjelasan yg berbeza.

Zikir. Ketika kita berzikir, atom2 di tubuh kita bergetar dgn kelajuan supersonik yg mantap (Kasi sedap sikit bunyinya). Semakin laju gelombang tubuh, maka semakin mudah tubuh fizik menyatu dan sinkron dengan tubuh halus.

- Tiada sebarang jin dan hantu yg terlibat serta cedera di dalam aksi ini, semua jin2 dan hantu terlindung di bawah akta dan undang2 santet sedunia - .

Semakin berzikir, maka semakin merendah diri dan semakin mudah rasa syukur muncul. Dari syukur, timbul redha, dari redha, hilang semua sifat2 ego. Apabila semakin berzikir ego semakin naik, nah, terbalik sudah zikirnya itu. Itu zikir syahwat namanya. Bukan lagi zikir kekosongan. Bab2 kekosongan sufi sudah pun diterangkan oleh Master Umar berkali2 dalam penulisannya di seluruh laman web dan blognya, maka rajin2 lah anda membaca ya. Penulisan saya ini hanya serba ringkas saja. Sekadar pembuka mulut dan isyarat pemula saja. Litarnya anda harus tempuhi sendiri.

Apabila dicantum step 1 dan 2, maka dapat dihuraikan sebegini.

Semakin rendah frekuensi tubuh halus, semakin berat ego kita utk menampakkan diri.
Semakin tinggi frekuensi tubuh fizikal, semakin banyak kita rasa nikmat Tuhan kpd diri.

Apabila kedua2nya menyatu, maka lahirlah insan super dinamik yg mempunya kuasa dewa tahap gaban. Hehehe. Apabila tubuh kasar dan halus saling bertemu, maka laluan utk roh kita keluar semakin mudah, kerana dua2 tubuh bergetar pada kelajuan yg seimbang. Seperti teori penjelajahan masa. Semakin kuat getaran atom di satu pusat, jika ia mencapai kelajuan supesonik yg ekstrem dan bergetar setempat, ia boleh mengganggu laluan masa dan angkasa, lalu membentuk satu portal. Please note bahawa kelajuan energy adalah melebihi kelajuan cahaya. Ini teory secara mudah dan ringkas saja.

Kita anggap saja portal ini adalah laluan utk roh kita menyelinap berjumpa dgn kesedaran dan kuasa tertinggi. Bagi yg beragama Islam, tentulah Allah segala2nya. Bagi yg beragama lain, masing2 juga dengan pegangannya.

Jika kita terangkan secara Islamik pula, kita semua ketahui bahawa org yg mulia sifat dan perangainya itu disebut2 namanya di seluruh tingkat langit dan alam semesta oleh Malaikat mahupun oleh Allah sendiri. Apabila kita berzikir, Allah juga akan menyahut zikir kita. Kata2, kasih sayang bahkan Allah SWT itu pula lebih lebih dekat kpd manusia berbanding urat saraf di leher manusia sendiri.

Lalu anda juga dapat fahami bahawa setiap sudut bumi ini dipenuhi oleh Malaikat, dan apabila nama anda disebut2 oleh mereka, Wallahualam, maka akan wujud satu portal atau laluan akibat gelombang getaran yg dihasilkan oleh kata2 mereka tadi, lalu memudahkan roh utk menjelajah keluar.

Maaf, saya tidak ingin memasukkan dalil kerana ini bukanlah ceramah agama mahupun bukti yg kukuh dari saya. Sebaliknya ini hanya perkongsian umum kpd sesiapa yg ikhlas menerimanya.

Lalu, apabila frekuensi kita sudah mahu menyatu dgn seluruh alam fizikal dan eterik, maka secara automatik, mata ke-3 dan seluruh sistem extra sensory anda akan bangkit sendirinya. Wallahualam Bishawab.

Seperti biasa, saya akui bahawa tulisan ini sangat2 banyak kekurangan isi dan masih banyak silapnya. harap jangan dicaci dan dihina. Sebaliknya jika terdapat kekurangan, maka tambahkan dan berikanlah juga yg terbaik utk perkongsian semua. Sebarang komen dan kritikan yg membina diterima dgn senang hati.

Sekian, inti2 kecil dari kelas yg bakal saya buat (Insyaallah). Saya kongsikan dahulu buat teman2 di forum. Semoga mendapat pencerahan sedikit sebanyak. Kalau mahu lagi cerah, kita pasang spot light. Hehehe

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Thu Dec 22, 2011 5:56 pm

Insyaallah, tulisan seterusnya mungkin akan berkaitan dgn tenaga dalam sejati, tenaga dalam daya pelangi atau tenaga dalam TERQI. Wallahualam, masih dalam pencarian lagi utk mengetahui kaitannya.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Thu Dec 29, 2011 10:35 pm

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah.

Selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga semua mendapat rahmat Allah, dan semoga mendapat keberkatan atas apa yg dilakukan.

Dalam menyebut perkataan syukur, di sini saya kongsikan sedikit video yg mungkin boleh meningkatkan rasa syukur pada diri anda dan diri saya.

Selama saya bekerja secara sambilan di Jabatan Perangkaan Labuan, dan kini sudah pun menjadi x-workers. Namun masih juga bekerja secara belakang tabir bersama2 anggota Perangkaan, banyak yg saya dapat pelajari mengenai sifat2 dan gaya serta lumrah hidup manusia.

Bagaimana miskin mereka,
bagaimana kaya mereka,
ada yg bersyukur,
ada juga yg masih belum cukup kaya.

Wallahualam bishawab. Dapat lah saya simpulkan bahawa pekerjaan yg tidak kurang susahnya adalah pembantu perangkaan. Kami melihat dari satu ke satu rumah mengalahkan pekerja kebajikan masyarakat di seluruh Labuan.

Bahkan tidak salah kalau saya katakan bahawa mereka2 yg bekerja di Jabatan kebajikan Masyarakat tidak bekerja sesusah kami. Bahkan mereka lah yg banyak merujuk dan meminta senarai org2 yg kurang kemampuan daripada kami.

Sayangnya, sehingga kini saya belum pernah mendengar kata2 ucapan drpd mana2 jabatan lain yg memuji dan berterima kasih kpd mereka2 yg bekerja di jabatan perangkaan ini.

Paya, selut, bakau, jambatan, rumah kayu, rumah papan, bukan rumah dan belukar juga dimasuki. Org tempatan, PATI, malah penempatan haram juga kami masuki sehingga kadang2 memerlukan bantuan askar dan polis. All in a days work. 5 days a week. And mostly from day to night. Memandangkan rata2 org hanya ada di rumah ketika waktu malam dan ketika cuti.

Syukur alhamdulillah. Saya di "HIDANG" kan dengan pelbagai suka duka manusia. Utk menambahkan lagi rasa syukur dan nikmat dalam hidup saya sendiri. Seringkali saya menyangka, hidup saya ini tidak sempurna, namun apabila bekerja secara sambilan di sana, dan kini hanya menjadi backup team dan bekerja suka2 ikut di belakang tabir, barulah saya sedar bahawa banyak lagi org yg lebih susah dari saya.

Ketahui lah, kekayaan, pangkat dan segala2 apa yg kita ada ini tidak akan kekal. Semoga dipermudahkan Allah tahun baru yg bakal menjelma ini bagi diri saya dan keluarga. Semua teman2, dan para guru yg telah mendidik saya dan banyak membantu.

Kredit kpd mereka2 yg menunjukkan saya kpd jalan yg saya lalui sekarang.
Mengikut kronologi masa-
1. Hj Samsu.
2. Hj Bakri
3. Hj Halim
4. Hj Samijan
5. GrandMaster Ahmad Ghozali (SI/SH)
6. GrandMaster Umar Paranorms (TERQI)

Tidak lupa juga buat semua teman2 yg banyak membantu dan menghiburkan diri ini di kala kesusahan.


Akhir kata dari saya, Syukur alhamdulillah. Syukur atas segalanya.
Dan alhamdulillah, tahun 2012 ini masuklah tahun ke-3 saya bergelumang dalam dunia metafizik dan paranormal secara rasmi nya.
Terima lah perkongsian video ini utk menilai betapa bersyukurnya diri anda. Sekian wassalam.


..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Mon Jan 16, 2012 6:17 pm

Assalamualaikum semua.

Hari Khamis lepas, 11/01/12, saya menerima sms dr seorg ahli Otai Sin Ilahi. Menurutnya, ada sepasang suami isteri yg di santet ingin berubat dengan saya.

Malamnya, selepas Isya kami pun pergi ke rumah si pesakit. Entah kenapa, malam itu, deria mk3 saya langsung tidak berfungsi. Malah tiada lintasan bayangan dan ilham yg muncul langsung di mk3. Syukur lah saya ditemani Master Rus (SI) dan Master Hahn (HPI) serta seorg civilian yg mk3 nya terbuka. Jadi cerita saya ini hanya berdasarkan dari pandangan mk3 mereka saja.

Ketika datang ke rumah pesakit, kelihatan seorg perempuan berambut panjang berwarna putih (Rebonding), dgn baju kebaya sedang berdiri di luar rumah. Pesakit ini telah pun disihir hampir 15 tahun. Keadaan auranya sangat kosong seperti mayat, namun jika dilihat mukanya, nampak cantik.

Menurut cerita, dahulu mereka pernah berubat, namun setiap kali berubat, bomoh2 yg merawat akan surender dan menyuruh mereka balik saja tanpa merawat langsung. Pada mulanya, saya sangka dua2 yg sakit, rupa2nya hanya isteri saja. Setiap kali dia merasa kembang bulu roma, dia akan kerasukkan dan menjadi ganas hingga sanggup menampar suaminya. Dan kejadian ini berlaku berulang2 selama 15 tahun mereka kahwin.

Apabila diselidiki, ketika disantet dahulu, dia diberi pembenci oleh tukang santet tersebut. Dan lebih mengeruhkan keadaan, dia diberikan pula pemanis berkhadam oleh seorg perawat beberapa tahun dulu. Kombinasi yg menarik dan mantap. Wallahualam Bishawab.

Ketika sesi rawatan dimulakan, jin sihir tersebut asyik teleport ke sana kemari utk mengelakkan dari di shoot oleh energy rawatan. Namun apa yg menariknya, bukan pula jin sihir tersebut yg marah, teatpi jin khadam pemanis dalam badannya pula yg marah. Rawatan dilakukan dua kali pada malam tersebut. Kali pertama, setelah lebih 40 minit sesi penyaluran, si pesakit bangun dengan muka dan wajah yg berlainan. Mula2 kami tidak menyangka apa2, lalu meminta diri utk balik.

Tetapi ketika duduk di dalam kereta, tiba2 muncul satu perasaan yg kurang elok, dan hati kami semua tiba2 ditarik utk keluar semula melihat si pesakit. Ketika memberi salam, dan masuk ke rumah nya, tiba2 saja suara nya berubah. Kasar dan bergaung, lalu menjerit kepada kami, "Kamu belum balik lagi, buat apa kamu datang semula?". Tiba2 saja dia bingkas bangun lalu mengamuk. Mula2 dia meluru kepada saya, tiba2 saja langkahnya terhenti, lalu berlari masuk ke dalam bilik.

Di dalam bilik, dia meronta2 sambil dipegang suaminya. Lalu saya tangkap tangan isterinya dan membacakan ayat Qursi. Menurut Master Hahn, ketika ini, jin pendamping tersebut sedang berdepan sambil bertentang mata dgn saya. Dan tangan yg saya pegang tersebut pula adalah tangan jin tersebut. Tidak sampai pun 10 saat, tiba2 saja pesakit rebah dan makhluk tadi hilang mengejut. Namun kedengaran suara erangan dr mulut pesakit mengatakan bahawa tangannya sakit. Mengerang manja seperti budak yg kehilangan gula2.

Sesi rawatan kedua pun dimulakan. Ketika rawatan kedua ini, kata Master Hahn, dan Master Rus, muncul seekor naga silver dr badan saya melingkar memenuhi separuh dari ruang rumah tersebut. Manakala dari master Hahn pula, muncul dua biji bulan sabit yg berkembar lalu menyiram cahaya seperti air kpd pesakit. Kira2 20 minit kemudian, barulah pesakit sedar dan bertanya kepada kami apa yg berlaku. Sesi rawatan di tamatkan, dan disambung malam esoknya lagi.

Sesi rawatan kedua. 12/01/12

Malam tersebut, saya membawa lebih ramai rekrut utk mengikuti sesi rawatan. Master Noname (SI) dan Master Zul (HPI). Kebetulan pula, malam tersebut ada sesi pembukaan mk3 dari Master Umar dgn menggunakan telur dan madu. Kami tiba selepas Isya, dan rawatan diteruskan seperti biasa. Selepas rawatan, kepala pesakit pening. Kali ini, kami gunakan juga taktik seperti semalam. Ketika masuk kali kedua ke rumah pesakit, kali ini tiada aksi kerasukkan, cuma si isteri merayu kepada suaminya supaya tidak dirawat lagi. Disebabkan aksi merayu nya berlanjutan, maka saya pun meminta kebenaran si suami utk memegang tangan isterinya. Ketika digenggam, tubuhnya menjadi lemah longlai, dan dia rebah ke lantai. Terpaksa lah si suami mengangkat isterinya lagi.

Selesai misi rawatan malam kedua, maka berlari2 anaklah kami berkumpul di markas SI (TIDAK RASMI) cawangan Labuan, rumah Master Rus Anne. ^^. Ketika ini, masing2 mengeluarkan telur ayam sendiri yg disimpan di depan dashboard kereta Master Hahn sepanjang misi merawat tadi. Hehehehe.

Sesi pembukaan mk3 (Malam yg sama)

Seramai 5 org Master, dan seorg non-Master (Saya sendiri) yg ikut sesi pembukaan ini. Semua peserta merasa denyutan atau kebas2 di sepanjang muka dan belakang kepala ketika meditasi. Berikut adalah hasil2 yg diperolehi oleh setiap peserta.

Master Zulkifli - Nampak kain putih terbang melayang2 dgn kelajuan yg pantas. Nampak seekor cicak gergasi di atas pokok kelapa. Nampak seekor makhluk berbadan besar dgn ketinggian yg sama dgn rumah.

Master Saiful (Noname) - Sama seperti di atas, ada tambahan bentuk makhluk transparent yg lebih banyak dari org lain.

Master Syawal - Belum ada penampakkan yg nyata, tetapi cakra ajna dan muka terasa kebas sepanjang dan sesudah kami balik dari rumah Master Rus.

Master Murni - Sama seperti Master Syawal. Ditambah dengan rasa pening yg berlarutan sepanjang malam. Kedua2 mereka belum dapat dihubungi lagi setakat ini utk update mk3. Insyaallah coming soon.

Master Hanazif (Hahn) - The best, among the best. No komen. ^^, Sharp, smooth and splendid. Hampir2 menyamai mk3 Master Rus.

Cupi - Student yg paling slowest dan low ranking antara semua. Siapalah diriku ini. Huhuhuhuhuu. Coming soon ^^

Sekian utk acara pembukaan mk3 sesama ahli di Labuan.



Sesi rawatan ketiga. 13/01/12

Sesi rawatan ketiga diteruskan. Ketika ini, saya sudahpun di briefing oleh Master Paranorms directly. Dan kali ini hanya kami dua saja yg meneruskan misi rawatan. Saya dan Master Hahn. Kali ini tiada kejadian rasuk merasuk yg terjadi, hanya sesi kaunseling dan penguat semangat saja sebagai tambahan dijalankan selepas rawatan biasa.

Ketika rawatan, kali ini saya gunakan alif sejati, utk membersihkan seluruh cakra dan aura si pesakit.

Dari perspektif mk3 master Hahn

Ketika saya menulis simbol alif pada seluruh cakra pesakit, muncul bintik2 bulat seperti peluru menembak dari jari saya terus ke setiap cakra. Ketika sesi penyaluran, energy yg saya salurkan seperti peluru meriam yg dilepaskan sebiji2 dengan disertai jalur2 asap seperti air juga ke setiap cakra pesakit. Tiada naga yg muncul pada malam ini. Ketika sesi penyaluran juga, tidak semena2, muncul seorg lelaki tua, bertopi putih di depan saya lalu keluar menuju pintu yg bertutup. (Ini dari mk3 saya sendiri).

Syukur alhamdulillah, sesi penyaluran berjaya dgn suksesnya. Panjang rawatan dijangka selama seminggu, namun atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan, maka terpaksa lah di rawat melalui kaedah bola energy saja sesudah itu. Esoknya, si pesakit ada kursus selama dua hari di Sabah.

Sedikit update, malam selepas rawatan itu pula, saya didatangi mimpi, bahawa ada seorg perempuan yg buruk mukanya, marah2 dan berpusing2 di sekeliling rumah itu utk masuk. Namun semua kawasan tidak dapat dimasuki olehnya. Wallahualam Bishawab.

Sekian cerita dari saya.


Last edited by cupi_ketchum on Mon Jan 16, 2012 11:04 pm; edited 1 time in total

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by maybal on Mon Jan 16, 2012 8:16 pm

mantap...

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Fri Jan 20, 2012 5:46 am

Assalamualaikum semua.

Perkongsian terbaru yg pelik. Pada subuh kelmarin, saya sedang berzikir seperti biasa, entah tidak semena2, muncul seekor makhluk yg berbadan manusia tetapi berkepala anjing. Apa yg peliknya, mulut makhluk tersebut turut sama terkumat2 kamit seolah2 dia juga sedang berzikir dengan rentak zikir yg sama dengan saya. Wallahualam, kerana gerakan mulut kami sama, namun tidaklah dapat saya pastikan samada ada suara yg keluar atau tidak.

Disebabkan saya malas hendak melayan, jadi saya biarkan saja dia ikut sama berzikir, sekurang2nya, tidak juga kesunyian, heheheh. Dan disebabkan asyik berzikir, tiba2 lah saya tertidur.

Ketika tidur ini, saya bermimpi, dalam mimpi tersebut, saya dapat mendengar irama zikir saya sendiri timbul tenggelam dan menjadi suara latar pada mimpi saya tersebut. Ketika itu, saya didatangi seorg lelaki, berbadan gempal, meng offer minuman kpd saya. Yg nakal nya, minuman tersebut diperbuat daripada telur katak yg dicampur wain. Dan disebabkan saya tiada kawalan pada mimpi tersebut, maka air tersebut saya minum. Rasa nya seperti air barli, dan jelas terasa di pada leher saya. Seolah2 air tersebut memang betul diminum oleh tubuh zahir saya.

Dipendekkan cerita, esok paginya, seorg teman menegur saya. Katanya ada seekor makhluk yg berbentuk budha yg sangat besar, berada terapung2 di atas kepala saya. Dan menurutnya lagi, ada seekor benda seakan2 kepala ular yg berwarna hitam sedang menjalar keluar dari bahagian dada saya seperti siput yg keluar dari cengkerang. Kemudian, katanya lagi bahawa badan saya dilitupi aura yg berwarna hitam seperti baju renang ketat dengan garis2 merah glowing. Dan ada benda seperti lipan, juga berwarna hitam sedang berpusing2 mengorbit di tubuh saya.

Wallahualam bishawab, secara jujurnya, saya sendiri tidak tahu dan nampak apa yg dikatakan oleh kenalan saya tersebut. Namun tidak lah juga saya sangkal kenyataan nya, kerana mungkin mk3 beliau ada menangkap frekuensi yg saya tidak ketahui.

Dipendekkan cerita, saya seperti biasa, membiarkan saja benda tersebut. (Sebab saya tidak nampak langsung) Pada petang nya, kebetulan hati saya tergerak utk membaca selawat syifa. Selesai saja saya membacanya, tiba2 berkeluaran hawa panas dari kerongkong dan mulut saya, seperti angin dr ventilation hole, menghembus2 dan meluap tanpa asap, tetapi terasa membahang. Tiba2 saja saya terasa bersemangat dan rasa ingin melompat2 sepeti org yg makan steroid.

Pengalaman yg tidak saya ketahui langsung akan isi2nya, dan masih menjadi tanda tanya. Wallahualam bishawab. Sebarang komen dr Master2 dan otai adalah amat dialu2 kan. Sekian perkongsian.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cyber00 on Fri Jan 20, 2012 9:49 am

Alhamdulillah...... makin mantap..... teruskan dengan amalan yang selalu buat dan juga beberapa zikir yang lain seperti shifa, zikir nur dan juga segala jenis bismillah.... Insyallah terus jadi gaban tu hehehehe Smile sunny

Mudah2an penolakan energi negatif yang cuba mengasorb diri kita semua dapat di tebat dengan izin Allah.... Smile cheers Amin Ya Rabbal Alamin.

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Sat Jan 28, 2012 2:57 am

Assalamualaikum semua. Syukur alhamdulillah, baru saja lepas merawat 3 orang pesakit sekaligus dalam satu malam. Rekod peribadi saya yg tertinggi setakat ini.

Pesakit pertama - Masalah cinta yg kronik. Alhamdulillah, sukses. Tiada penampakkan yg pelik dan ganjil, hanya ketika dalam proses penyaluran energy, saya dapat melihat ladang Tembikai yg luas mata memandang. Wallahualam.

Pesakit kedua - Masalah bengkak kaki, mula2 disangka nya ada gangguan jin. Tetapi ketika proses penyaluran, barulah diketahui bahawa punca sakitnya sebenar adalah dari masalah kasut tumit yg tinggi. Walaupun ada campur tangan makhluk halus sedikit, namun ia bukanlah pemangkin utama dalam sakitnya. Muncul perisai pada dirinya ketika sesi penyaluran, agaknya pesakit ini sudah ada diberi pendinding diri oleh ahli keluarga terdekat. Wallahualam.

Pesakit ketiga (Sebenarnya bukan pesakit pun, hanya dia minta disalurkan energy utk terapi saja). Ketika sesi penyaluran, mula2 saya nampak ada daun berwarna hijau yg tumbuh pada paru2 nya, kemduian, muncul pula ayam yg disalai di atas pemanggang. Mula2 saya sangkakan hanya angan2 saya saja, (Lapar agaknya), tetapi tiba2 saja ayam yg dipanggang tu menitikkan minyak lemak ke atas dada si pesakit, tepat di bahagian jantung. Wah, nampaknya mata saya semakin mengarut, bisik hati kecil saya.

Namun setelah sesi rawatan, tiba2 saja dia bersuara, katanya dia ada masalah di bahagian jantung. Dan menurut doktor, mungkin ada darah tersumbat akibat kolesterol. Alhamdulillah, sekurang2nya ada logiknya penampakkan saya (Walaupun bunyi nya tidak logik) ^^,

Sekian perkongsian.


..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Sun Jan 29, 2012 10:17 am

Assalamualaikum. Kesinambungan dari rawatan semalam.

Rawatan kali kedua diteruskan.

Pesakit pertama dalam kondisi yg ok. Cuma dia terasa seperti hendak muntah dan kebas2 di bahagian tertentu. Ini adalah akibat simpanan emosi negatif dalamnya yg terlalu lama tersimpan. Pesakit dirawat dalam keadaan berbaring.

Pesakit kedua ini thrilling sedikit, dan barulah diketahui wujud sebenar perisai tersebut. Sedang dirawat, muncul sebuah perisai yg besar hampir2 menutup tubuh badannya. Tiba2 saja perisai tersebut berpusing, dan terlihatlah wujud seekor ular tedung dengan batu permata merah di dahi ular tersebut.
Ular tersebut menahan kesakitan, akibat ekor nya yg hancur seperti digilis lori.

SIDESTORY

Pesakit ini mendapat pendamping ini semenjak lahir lagi. Menurutnya, di paha beliau sendiri ada tanda lahir seperti bentuk ular (Tidak ditunjukkan oleh pesakit) cyclops Ular ini pula, kadang2 bertukar warna menjadi putih. Tanda mood dia berubah la tu mungkin. Wallahualam.

Dari sudut paranormalnya, dia sakit kerana dampingannya itu cedera. Saya fahami bahawa, dia ada terkasar bahasa dengan seorg pelanggan, lalu pelanggan tersebut (Kemungkinan juga seorg yg berilmu), mem fire ular dampingannya tersebut. Wallahualam Bishawab.

CONCLUSION
Ada sebab peribadi kenapa saya tidak mencabut ular tersebut dari diri si pesakit. Cukup dulu saya katakan bahawa belum sampai masanya. Seperti mana kata seorg otai SI kpd saya, bukanlah jin yg berkuasa dalam diri manusia, tetapi dirinya sendiri lah yg mengawal segala hasutan dan bisikan syaitan. Walau ada beribu jin sekalipun pada diri seseorg, bukanlah jin2 tersebut yg membawa tubuh si pesakit utk melakukan kejahatan, melainkan dirinya sendiri. Kalau cukup sembahyangnya, cukup zikirnya, cukup ingatnya kepada Allah, maka tidak ada satu jin pun yg mampu merosakkan dirinya. Insyaallah.

Pesakit ketiga juga bertukar orang lagi. Hanya rawatan biasa. TIada apa2 penampakkan, hanya tangan saya seperti terenjat elektrik 4 kali berturut2.

Sekian perkongsian kali ini.

Sebarang komen sebagai penambahan, kritikan yg membina dan tunjuk ajar adalah sangat2 dialu2kan.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by maybal on Sun Jan 29, 2012 4:07 pm

Tempias pengalaman tn cupi terkena pada tn maza..saat saya meneropong pengalaman tn cupi bebarengin ym sama tn maza...
Membuka laluan gaib menelusuri alam trawangan...

Maaf...tn maza atas ketidaksengajaan..
Pake saja tangan sakti kamu untuk ngobat diri sendiri...

Pada tn cupi ...bagus pengalamannya banyak yang bisa dicerita lagi..
Mudah2an ilmu kamu semakin berkembang... Menolak segala kejahatan dan menerima segala kebaikan..

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Sun Jan 29, 2012 6:51 pm

Terima kasih utk komen nya. ^^,

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Tue Feb 07, 2012 5:46 am

Assalamualaikum semua.

Minggu ini terlalu sibuk sehingga saya hampir2 tiada masa utk bersosial. (Terover sosial pula jadinya).

Sambungan kisah rawatan2 yg lalu. Disebabkan rawatan2 yg lain tiada apa2 penampakkan dan benda ganjil yg berlaku, jadi saya skip mana2 cerita yg tidak thrilling. cheers

Sinambungan dari kisah dua pesakit yg mengalami tekanan emosi dan pendamping ular tersebut.

Pada rawatan kali ke -4, kali ini saya mengambil keputusan utk enendang keluar pendamping berbentuk ular tedung tersebut atas saranan Master Umar. Katanya, pesakit sebenarnya sudah pun mula "suka" mengikut perangai ular tersebut yg sudah menjadi sebati dgn dirinya. Rawatan dimulakan, dan tidak semena2, saya melihat seekor unta sedang berada di padang pasir. Rupa2nya di sinilah asal usul ular tersebut. Berhijrah ke Malaysia, dan diwariskan oleh seseorg kpd pesakit tersebut. TIdak berapa lama, tiba2 ular tersebut meluncur ke luar dari tubuh si pesakit melalui kaki. Ketika keluar inilah, pesakit merasa kakinya kejang dan seluruh urat2 di kawasan perut dan tangan terasa seperti disentap.

Dari kejauhan, saya melihat ular tersebut meninggikan kepalanya seolah2 melihat pesakit tersebut dari jarak jauh di kawasan2 yg bersemak. Bukan jauh sangat pun, hanya sekadar satu depa saja pun jarak mereka. Ketika ini, pesakit sudah pun merasa pelik, seolah2 dirinya menjadi kosong. Namun syukur alhamdulillah, Sekurang2nya tiada tentangan dari Makhluk tersebut. So kira main diplomasi saja lah. No fight2.

Update terbaru dr kawan serumah si pesakit, sebenarnya mereka adik beradik memang memiliki pendamping. Cuma si esakit yg merahsiakannya dari saya. Dan kisahnya berubat ini juga diminta supaya dirahsiakan, supaya adik beradik nya yg lain tidak tahu pendampingnya itu dibuang. Menurut kawannya ini, keluarga si pesakit mempunyai kelebihan utk membuat musuh2 mereka sakit hanya dengan menyumpah saja. Wallahualam. Semuanya adalah dengan izin Allah juga. Ular tersebut hanya medium utk melakukan kesakitan tersebut.

Kemudian, selang sehari dari pengekstrakkan ular tersebut, si pesakit mengalami kemurungan pula. Namun, ini adalah gejala normal dalam proses pembuangan jin2 jenis saka dan pendamping. Beliau hanya perlu diberi sokongan dan dorongan supaya melupakan khidmat dan bantuan jin2 kafir yg menyesatkan.
Wallahualam Bishawab. *Pesakit ini tidak meneruskan rawatannya utk kali kelima, kerana kakaknya datang melawat beliau. Ketika inilah baru terbongkar kisah mengenai rahsia si pesakit yg diberitahu kpd teman serumahnya*

Pesakit kedua, temannya yg mengalamai proses kemurungan akibat masalah cinta. Pada rawatan kali ke-4, tiada apa2 penampakkan.
Namun, ketika rawatan kali ke 5, saya mengalami peristiwa yg ganjil dan pelik. Mula2 saya terlihat pintu gerbang yg besar berpusing2 di atas badan pesakit. Ketika melihat pusaran seperti pusaran hipnotik tersebut, tiba2 saja peredaran masa yg saya alami menjadi cepat. Masa rawatan yg saya tetapkan kira2 30 minit, namun apabila saya membuka mata, konon utk melihat si pesakit, alangkah terkejutnya saya bahawa timer di telefon saya sudah pun tinggal 2 minit.

Dengan erti kata lain, saya merawat si pesakit selama 30 minit, tetapi pergerakan masa yg saya alami hanya 5 minit saja. Tanpa ada rasa tertidur dan mengantuk. Ajaib dan pelik. Subhanallah. Rawatan sukses dan alhamdulillah. Akan disambung lg nanti jika ada kesempatan.

Next story

Seterusnya, pesakit yg mengalami masalah sihir. Pesakit yg pernah kami rawat dahulu juga. Cuma kali ini, dia bukanlah terkena sihir lagi, hanya gangguan mental akibat dari perselisihan faham di ofis. Kerana tekanan, matanya menjadi besar dan susah utk bercakap. (Macam org kerasukkan lah).

Rawatan susulan kali pertama ini, saya juga mengalami peritiwa yg sama, iaitu masa rawatan tiba2 menjadi sangat singkat. 30 minit jadi 5 minit. Namun apa yg menakjubkan, adalah kisah seterusnya ini.

Pesakit yg sama, namun kali ini saya ditemani oleh dua org rekrut iaitu Master Hahn dan Master Zul. Formasi kami adalah 3 segi. Ketika sesi penyaluran, kelihatan cahaya yg memancar dari master Zul (Warna hijau), menuju kpd Master Hahn ((Warna biru), menuju kpd saya (Warna merah) berpusing2 sesama kami. Umpama lampu funfair yg bekerlipan. Heheheh.

Bersambung..........

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by maybal on Tue Feb 07, 2012 2:42 pm

satu pengalaman yang menarik dari tn.cupi

sila terusin cerita pengalamannya...
mudah2an kita bisa membongkar rahasia2nya..

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Fri Feb 10, 2012 12:29 am

Assalamualaikum. Sambungan dr kisah di atas. Maaf, banyak terbengkalai cerita2 saya. Jari2 terlalu malas hendak menaip 2-3 minggu ini.

DIsambung kisah....

Ketika cahaya tersebut berpusing2, si pesakit masuk ke dalam fasa relax, dan dia tiba2 menerawang secara sendiri. Menurut si pesakit, dia terlihat seekor makhluk, berambut panjang sedang menghampiri dirinya. Namun kelibat kami tiada di sana. Tiada apa2 yg terjadi, hanya makhluk tersebut berlegar2 seolah2 ingin menunjukkan wajahnya kpd si pesakit. Namun tidak berdaya. Setelah tersedar, rawatan telah pun habis.

Sekian.

Ada beberapa siri rawatan lagi yg kami lakukan kpd pesakit2 lain sesudah itu, namun saya skip kan saja dulu. Kerana tiada thrill utk dicerita di sini.

Selang beberapa hari, rawatan kpd pesakit tadi diteruskan lg. Kali ini menggunakan formasi yg sama, cuma tiada cahaya yg muncul. Tetapi kali ini, sewaktu merawat, kawasan kami duduk telah berubah. Kami bukan lagi duduk di rumah pesakit, tetapi di dalam sebuah bulatan yg besar. Insyaallah, rawatan mungkin akan diteruskan lagi.

Sekian wassalam.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Fri Mar 02, 2012 1:49 pm

Assalamualaikum semua. Maaf, bulan ini aktiviti team2 Paranorms tergendala seketika. Almaklumlah, masing2 sibuk dgn kerja masing2.

Cerita kali ini, berlaku semalam.

Seorg client, wanita dalam umur 40-an. Awet muda.

Disyaki oleh anaknya memakai susuk. simpton2 yg selalu dialami, perut pandai kembang dan kempis apabila sakit.

Krew2 yg tiba semalam terdiri dari 4 org. 2 Anggota SI, dan 2 anggota HPI.
Saya, Cupi (SI)
Master Rus (SI)
Master Hahn (HPI)
Master Zul (HPI)

Ketika kami sampai, saya sendiri juga agak terkejut melihat wajah client kami. Bukan kerana dia menakutkan, tetapi wajahnya sangat awet muda. Bukan seperti wajah org2 berumur 40-an, tetapi 30-an.

Ketika sesi scanning. Agak memeranjatkan kerana, susuk2 nya sebenarnya sudah lama dibuang tanpa disedari. Mungkin akibat terlanggar pantang, atau dicabut secara sembunyi.

Rawatan diteruskan selesai sesi scanning. Kami berharap, utk melihat rahsia2 sebenar yg tersembunyi ketika rawatan.

Durasi rawatan 30 minit dgn semua energy anggota digabung dan syncro serentak.

Dari persepsi saya-
Terlihat sebuah piramid marmar2, berwarna coklat muda, berpusing2 di atas badan pesakit. Kemudian, kira2 10 minit terakhir rawatan, saya terlihat seekor janin, dimasukkan ke dalam perut pesakit. Dan tidak semena2, tersembur darah keluar dari lubang pusatnya. Ok, noted. Saya pun faham apa yg berlaku. Selepas penampakaan tersebut, tiba2 seluruh ruang menjadi panas, seolah2 ada sesuatu yg dibakar di sekeliling kami. Saya lihat, tulang belakang si pesakit bertukar warna menjadi unggu terang. Wallahualam.

Dari persepsi Master Rus-
Sama seperti yg saya nampak, cuma tambahan seorg perempuan tua yg kurus tiba2 berdiri di ibu jari kaki si client. Tiada tentangan dan reaksi2 menyerang yg ditunjukkan olehnya. Hanya dia berdiri seolah2 melihat apa yg kami lakukan.

Dari persepsi Master Hahn dan Zul-
Dua2 penat, jadi mereka tidak mengaktifkan mk3 masing2. Hehehe almaklumlah, sesi rawatan ini dibuat secara mengejut dan tiba2. Dan mereka berdua terpaksa saya heret utk rawatan secara mengejut. Hanya hawa panas saja yg dirasakan oleh mereka.

Selepas sesi rawatan berakhir, dapatlah diketahui, bahawa dia tiada lah lagi memakai susuk. Wajahnya yg awet muda itu adalah berkat dari air sembahyang dan solat beliau yg tidak pernah ditinggalkannya. Hawa panas tersebut adalah reaksi dari sisa2 susuk yg dicabutnya dahulu. Client juga adalah seorg yg baik budi. Alhamdulillah.

Rupa2nya, sakit yg dialami adalah disebabkan beliau pernah keguguran dua kali. KEguguran yg terkhir ketika bayi dalam kandungannya berumur 5 bulan (Kalau tidak silap dengar lah). Jadi sakit beliau sebenarnya adalah sakit hospital saja. Namun rawatan yg kami berikan hanya bertujuan utk meningkatkan lagi metabolisma badan si pesakit. Insyaallah.

Rawatan diteruskan lagi selama 2 hari.

Sekian, cerita dari saya.

Wassalam.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cyber00 on Fri Mar 02, 2012 8:04 pm

Alhamdulillah.... Tn Cupi.... Mantap bersama2 dengan krew2nya. Saya doakan agar semua urusan Tn Cupi N The Crew di permudahkan dan mendapat keberkatan dalam siri rawatan. Smile

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by cupi_ketchum on Mon Mar 12, 2012 3:22 am

Bismillahirrahmanirrahim.

Berjumpa kita setelah lama tidak ada masukkan terbaru. Heheheh.

Pengalaman kali ini sangat2 mencabar diri saya. Bukan secara paranormalnya, tetapi lebih kpd spiritual.

Beberapa hari lepas, saya telah pun pergi menghadiri perkahwinan seorg team perawat kita, Master Syawal.

Diepndekkan cerita, saya telah pun memulakan perjalanan dengan hanya berbekalkan duit sebanyak RM60 ringgit. (Akibat dari beberapa hal yg tidak dapat dielakkan). Dari Wilayah Persekutuan Labuan, menuju ke Sandakan, Sabah.

Perjalanan yg boleh kita katakan sebagai satu percubaan utk berani mati. Mula2 hati saya memang celaru, kusut, kacau-bilau. DSB. Namun, setelah mendengar kata2 nasihat dari ibu saya, maka hati saya tergerak utk meneruskan perjalanan itu juga.

Begini lebih kurang bunyi nasihat ibu saya.

"Semua sudah dibagi, semua sudah diajar. Kenapa muncul ragu2, dari mana datangnya was2?" Cewah, berirama nada dan lagu.
"Usaha manusia semua sia2, kenapa tidak meminta pada yg di atas. Dia maha kaya, dia maha bijaksana.
"Jalan sudah dibukakan, pagar juga sudah dicabut. Peta sudah ada, blueprint juga sudah siap. Lalu, mahu apa lagi wahai anakku? Gunakan apa yg diajarkan kepada mu sepenuhnya. Kenapa hati mu muncul satu perasaan yg kurang elok, sedangkan kau yakin pada yg di atas, tetapi lebih hampir dari jantung mu sendiri?"

Maka, bermulalah pengembaraan yg tidak seberapa.

---------Opening montaj begin-----------

Hari pertama. Tambang saya dibayarkan, sewa hotel saya dibayarkan, makan saya pun dibayarkan. Alhamdulillah.

Hari kedua, Master Umar membuat pengumuman mengenai brodcast signal melalui facebook. Dan tiba2 muncul ilham. Selalunya, saya membuat signal broadcast di kertas, kali ini, saya gunakan dinding bilik hotel saya sebagai kanvas blueprint universal code.

Begini kisahnya. Saya mahukan rm100 ringgit. Dan booom. Esoknya saya betul2 mendapat duit sebanyak rm100 ringgit. Alhamdulillah, semuanya kuasa Tuhan. Lalu saya minta lagi rm50 ringgit. Booom, dapat lagi. Wuahahaha. Kata org, rezeki dan kebetulan itu terjadi secara serentak, semua izin Allah SWT semata2.

Kuncinya sangat simple dan ringkas. Masa yg saya ambil utk sesi broadcasting hanya 5 minit, selebihnya hanya zikir semata2. Dan kemudian tidur terus tanpa memikirkan lagi apa tindakan dan ikhitar seterusnya. Semua nya atas yakin kepada Allah semata2. Memang akan ada org yg berkata, ikhtiar tanpa usaha itu satu perkara sia2, tapi siapa kita utk menidakkan kuasa Allah kan? Hehehe Terpulang kpd anda sendiri utk memikirkannya, saya tidak akan menjemput dan membawa sesiapa utk mengikut kefahaman dan peribadi saya. Saya dengan ilmu dan amalan saya, anda dengan ilmu dan amalan anda.

Apa yg anda pelajari, itulah yg anda amalkan.

Dipendekkan cerita, seluruh perbelanjaan saya, hanya bermula dgn rm60 ringgit semata2 sahaja. Dengan izin Allah, bertukar sehingga menjadi Rm300. Cukup utk perbelanjaan saya sepenuhnya.

Sebelum itu, saya kongsikan kata2 hikmah dr Master sebagai penambahan.

Apabila sebuah kefahaman hendak datang, sentiasa didahului dengan kesesahan-keresahan jiwa...apabila kurnia-kurnia hendak datang, selalunya didahului dengan masalah-masalah. jadi jika jiwa anda sedang resah, sebuah ilmu dan kefahaman sedang cuba memasuki jiwa anda. jika kehidupan anda sedang dilanda masalah, ada kurnia yang hendak datang...bagaimana tidak, keresahan jiwa mendorong anda mencari jawapan. masalah-masalah mendorong anda mencari penyelesaian Smile

Kehebatan seorang manusia ditentukan oleh mindanya. Kekuatan mindanya ditentukan oleh amalannya. Kekuatan amalannya ditentukan oleh ilmunya. Kekuatan ilmunya ditentukan oleh pengorbanannya...Ilmu menghasilkan amalan. Amalan menghasilkan mindset. Mindset menghasilkan aksi dan aksi menghasilkan reaksi dalam kehidupan ini... wish u the best in all aspects of your life Smile

Sebenarnya cerita ini sangat2 panjang dan rumit. Namun utk tidak memeningkan kepala para pembaca, maka saya ringkaskan saja, dan sengaja saya rahsiakan supaya terus ia diselubungi misteri. Hahahaha

Utk pengembaraan saya ini, tidaklah saya katakan ia atas kekuatan dan keupayaan saya sendiri. Semua atas kehendak dan kudrat Allah semata2 utk menunjukkan kpd saya betapa besar kuasa Nya terhadap saya. Semua ilmu dan amalan yg saya pelajari dan diajar adalah jambatan semata2 utk menghubungkan saya kpd yg Maha Esa.

Tidak saya katakan dengan mengamalkan Sin Ilahi, Alif Sejati dan TERQI, saya menjadi hebat sehingga mampu mengubah kejadian alam. Tetapi saya MAMPU, dengan izin Allah semata2, utk bergerak bersama2 dengan perubahan kejadian alam. Wallahualam bishawab. Eksyen pula bunyinya. Macam takbur pun ada. Terpulang kepada sesiapa yg membaca. Ilmu2 lain pun sama juga, semuanya atas kekuatan dan izin Allah. Masing2 bergerak di atas laluan sendiri. Semua manusia itu sama saja, hanya Allah saja yg Maha Sempurna.

Allah itu sebaik2 guru, tetapi hendak berguru kepada Allah, harus melalui guru juga. Maka, end of the story. Tak payah nak banyak2 fikir. (Kehabisan idea nak tulis apa sebenarnya)

--------Sesi paranormal------------

Tidak disangka2, ketika bercuti pun, rupa2nya saya dijemput juga utk merawat org.
Ada 3 kes yg saya kendalikan.

1st- Pesakit melalui jarak jauh. Ketika sesi penyaluran, saya menerawang ke satu kawasan kebun pisang. Namun terdapat banyak batu2 nisan di sekeliling. Dengan seorg (?) perempuan ala2 puteri bunian sedang berdiri melihat saya. Disebabkan saya penat yg ekstrem, maka saya mengambil keputusan utk terus tidur saja. DI doakan supaya pesakit lekas sembuh.

2nd. Pesakit kedua ini adalah seorg ibu dan anak. Utk si ibu dan anak ini, saya tiba2 mendapat ilham secara tiba2, utk menggunakan benang yg diikat di pensel. Ketika saya sedang mengayun2 pensel itu, pada satu keadaan, ia seakaan2 ditarik oleh magnet dr bawah. Dan pada satu keadaan, ia tiba2 lurus menegak seperti ada sesuatu yg menarik dari bawah.

Tujuan saya menggunakan kaedah ini, sebenarnya utk "mendiamkan" mulut beberapa org pemuda yg ikut sama melihat sesi rawatan itu. Almaklumlah, org2 yg "terlampau pandai" dalam bab2 agama dan suka belajar ilmu ghaib dari buku Mastika ni suka sangat dengan perkara2 jin ni. Bagi diorg, kalau ilmu ghaib tiada jin, tidak sah. Tapi yg nakalnya, diorg percaya pula yg jin tu boleh sembuhkan org. kuang kuang kuang.

Setiap kali saya membuat satu gerakan2 tangan, akan kedengaran ketawa2 kecil yg sengaja dibesar2kan bunyinya utk mengejek saya. Apabila mereka terlihat saja aksi2 "MAGIC" dari saya, suara2 manja tadi semakin hilang, dan tiba2 juga serentak dgn itu, seluruh hawa bilik bertukar menjadi panas. Terus lesap bunyi ketawa mereka. HAHAHAHAHAH kasi ketawa sikit. Takut diorg dengan "JIN" peliharaan saya.

Pesakit ini menghadapi masalah sihir pemujaan tahap minimum. Pemujaan yg hanya berasaskan mantera2 biasa saja. Yg di niatkan utk menganiaya dirinya saja. Dalam bab2 si pembuat, tidaklah dapat saya detailkan, tetapi ada kena mengena dengan suaminya dan keluarga terdekat. Wallahualam.

Tambah menyedihkan, kesan sihir tadi terkena pula pada anak beliau. Sehingga mereka berdua mendapat penyakit kulit. Namun ini juga adalah disebabkan alergik. Jadi saya sarankan saja utk makan antibiotik.

Kita terus kepada sesi rawatan. Alhamdulillah, ketika penyaluran, saya lihat semua urat2 di kaki dan tangan beliau terjentik2 seperti kena renjatan elektrik, namun si pesakit tidak merasa apa2. Kira2 15 minit dalam sesi rawatan, tiba2 saja seorg penonton yg ada di bilik itu tiba2 muntah2. Maka paniklah seluruh isi rumah. Hehehe yes, dapat juga markah utk saya. Makin hampirlah peratus saya utk naik pangkat menjadi bomoh jin yg ditakuti di seantero dunia. Hahahah.

Saya malas hendak explain benda2 energy kpd org2 yg terlalu skeptikal dan skema nak mampus ni, biarlah apa diorg nak tuduh saya. Hentam sajalah. Kita cakap banyak pun, tetap juga kena panggil raja jin, ok lah bos. Saya ok saja.

Sesi rawatan selesai. Dan tiba giliran anaknya pula. Ketika hendak dirawat ini, tiba2 saja saya terpandang kelibat seekor makhluk berkepala besar. Dan berbadan seakan2 patung seramik, seperti dewa2 Aztec atau Inca.

Menurutnya, dia hendak menjaga dan melindungi budak ini, kerana kesian kpdnya. Saya tanya lagi, kalau dia betul2 hebat, kenapa juga budak ini belum sembuh2? Dia geleng2 kepala. Mungkin malu, atau sakit hati dgn soalan saya. Saya tanya, siapa namanya.

Part ini yg paling seronok. Hehehe. Katanya, nama dia adalah Syarif Mikail. Hehehe. Kebetulan juga nama bapa budak ini adalah Syarif. Dan keturunan neneknya nya juga ada sangkut paut dgn golongan2 Syarif ini. Dan tambah hebat lagi, keturunan sebelah bapa nya juga ada terdiri dari bomoh2 Kaum kadazan. AKA Bobohizan.

Secara berjenaka, saya katakan kpd ibubapanya, jin ini dulunya keturunan bomoh, dia sudah kwin campur, jadi la dia syarif. Ahahahaha. Tiada aksi lanjutan saya lakukan, kerana dia juga berada di luar tubuh, dan tidak mendatangkan bahaya, maka dia lepas begitu sahaja.

Insyaallah, belum ada apa2 perjanjian utk rawatan jarak jauh atau jarak dekat. Hanya sebotol air yg dibacakan ayat Qursi sahaja sebagai bekal dan diisi dgn energy. Insyaallah wallahualam.

3rd. Seorg pesakit lama. Tahun lepas kalau tidak silap saya. Kali ini, dia mengatakan bahawa kawasan dada di bahagian belakang badannya sentiasa sakit. Saya telusuri lebih dalam kisah2 hidupnya. Dan sepertinya dia pernah mengamalkan zikir2 penafian jiwa yg sangat kuat satu ketika dahulu. Zaman remaja ketika mengikuti tabligh dan gerakan Arqam sebelum ia diharamkan. Pengaruh zikir2 nya sangat kuat sehingga tubuh fizikalnya menjadi rapuh. Ditambah lagi dgn beberapa siri2 kejadian dan kisah sang remaja dan manusia, maka semakin bercerai berai lah ikatan tubuh2nya.

Apapun, saya bukanlah seorg yg berhak utk menilai org, kerana saya juga bukanlah seorg yg suci dari maksiat dan dosa. Im still a human being. So, apa yg boleh saya lakukan, hanyalah menyelaraskan semula frekuensi tubuh fizikal dan eterik padanya supaya selari seperti manusia biasa. Wallahualam bishawab. Allah saja yg menentukan, kita hanya berikhtiar.

Dalam proses tuning body itu, muncul sedikit sikap tamak di hati, biasalah manusia kan. Jadi saya sedut sedikit essence energy dari jantung beliau. Lalu tiba2 saja jantung saya turut sama berdegup kencang dan ada tekanan yg berat menarik dari bawah membuat saya tertunduk sedikit menahan ngilu.

Alhamdulillah, setelah tubuhnya dibalut dgn kain dan plaster paris versi eterik, maka proses pun selesai. Wallahualam bishawab. Allah saja yg menentukan.

Sekian perkongsian kali ini. Insyaallah akan diupdate lg nanti.

Seperti biasa, sebarang komen2 dan kritikan2 yg membina adalah sangat2 dihargai. Sekian wassalam.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Cupi Adventure Journal

Post by Paranorms on Mon Mar 12, 2012 9:06 am

mantab habis...bila dukun cupi sudah beraksi, habis semua jin diterajang haha...teruskan menjadi dukun handalan, teruskan jadi radionics operator, teruskan mencungkil rahsia2 diri, teruskan dan teruskan cheers

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Page 22 of 23 Previous  1 ... 12 ... 21, 22, 23  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum