Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Page 20 of 20 Previous  1 ... 11 ... 18, 19, 20

View previous topic View next topic Go down

Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by ifahuzir on Thu Nov 11, 2010 3:43 pm

First topic message reminder :

Rahsia.. Jika Mau tau apa yang dibicarakan, baca lah dari awal² ya.. sunny


Last edited by ifahuzir on Fri Nov 12, 2010 7:34 am; edited 2 times in total

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down


Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by ifahuzir on Thu Nov 03, 2011 1:42 pm

Terima kasih Tuan Paranorms atas explaination yang diberi..

amat bermanfaat


ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by maybal on Thu Nov 03, 2011 6:44 pm

sangat menarik infonya dari tn paranorms...tapi

setahu saya lataif sama cakra sangat jauh berbeda..tingkat tuningnya serta juga sifat2nya....masak dikata setara cakra minor..saya jadi keliru..

mohon pencerahan lagi dari tn paranorms.. Very Happy

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by Paranorms on Sun Nov 06, 2011 12:13 pm

maybal wrote:sangat menarik infonya dari tn paranorms...tapi

setahu saya lataif sama cakra sangat jauh berbeda..tingkat tuningnya serta juga sifat2nya....masak dikata setara cakra minor..saya jadi keliru..

mohon pencerahan lagi dari tn paranorms.. Very Happy



yah, kita kan melihat sesuatu berdasarkan latar blkg ilmu dan pengalaman msg2. sbb itu kdg keliru bila ada pertembungan perndapat spt ini... ok gak apapa. part mana yg kamu krg fhm? biar sy kasi jelas Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by ifahuzir on Tue Nov 08, 2011 8:32 am

Paranorms wrote:
yah, kita kan melihat sesuatu berdasarkan latar blkg ilmu dan pengalaman msg2. sbb itu kdg keliru bila ada pertembungan perndapat spt ini... ok gak apapa. part mana yg kamu krg fhm? biar sy kasi jelas Smile


Alhamdulillah.. Dari pemerhatian dan hasil pembacaan serta persoalan-persoalan yang telah saya ajukan kepada ramai ahli-ahli yang berkaitan dengan keagamaan.. kebanyakannya jawapannya tidak menepati naluri saya..

Jika Tuan Paranorms boleh perjelaskan seba sedikit kepada saya..

Jika dalam ilmu Usuluddin, banyak dikaitkan dengan Martabat 7 (berkaitan dengan Alam).. tapi tiada diceritakan mengenai cakra dalam tubuh, bolehkah tuan Paranorms jelaskan kepada saya atau ahli forum umumnya apa kaitan Martabat 7 ini dengan 7 cakra utama (major) dalam tubuh kita?

sebelum saya masuk persoalan berkaitan Nafsu, saya ingin tahu secara basic aja berkaitan martabat 7 ini..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by Paranorms on Tue Nov 08, 2011 5:58 pm

ifahuzir wrote:
Paranorms wrote:
yah, kita kan melihat sesuatu berdasarkan latar blkg ilmu dan pengalaman msg2. sbb itu kdg keliru bila ada pertembungan perndapat spt ini... ok gak apapa. part mana yg kamu krg fhm? biar sy kasi jelas Smile


Alhamdulillah.. Dari pemerhatian dan hasil pembacaan serta persoalan-persoalan yang telah saya ajukan kepada ramai ahli-ahli yang berkaitan dengan keagamaan.. kebanyakannya jawapannya tidak menepati naluri saya..

Jika Tuan Paranorms boleh perjelaskan seba sedikit kepada saya..

Jika dalam ilmu Usuluddin, banyak dikaitkan dengan Martabat 7 (berkaitan dengan Alam).. tapi tiada diceritakan mengenai cakra dalam tubuh, bolehkah tuan Paranorms jelaskan kepada saya atau ahli forum umumnya apa kaitan Martabat 7 ini dengan 7 cakra utama (major) dalam tubuh kita?

sebelum saya masuk persoalan berkaitan Nafsu, saya ingin tahu secara basic aja berkaitan martabat 7 ini..



tn ifa, atau sesiapa je yg turut berminat mendalami perkara yg dibangkitkan olh tn ifa...cakra dan martabat 7 ada kaitannya. cakra membahas energy/getaran, sdgkan martabat 7 membahas ehwal/suasana jiwa dan alam yg dilaluinya... stp getaran energy yg kita persepsikan dgn jiwa kita, memberikan ehwal/suasana tertentu di jiwa kita. misalnya, cakra dasar. warnanya merah. itu adalah warna yg plg rendah frekuensinya dlm seluruh susunan spektrum warna. unsurnya adalah tanah. secara mental-spitual, ia memberikan rasa keterikatan jiwa pada aspek fizikal/jasad. dgn getraran dr cakra ini, jiwa kita ada keinginan utk makan, minum, berlindung, dll...kalau dr segi ilmu nafsu lbh krg thp amarah. kalau dilihat kaitan dgn ilmu martabat 7, lbh krg alam ajsam.

ringkasnya, cakra membahas ilmu energy, frekuensi2 getaran. ilmu nafsu membahas soal 'rasa' yg timbul dijiwa apabila tertune/tersambung/ terconnect dgn frekuensi tertentu. ilmu martabat 7 pula membahas soal keadaan-keadaan atau suasana alam yg dilalalui jiwa ketika ia melalui frekuensi getaran yg semakin menaik atau menurun...so dr ilmu manapun kita mula, di satu tahap tertntu di atas sana pasti kita akan bertemu juga dan disitulah harmoninya semua ilmu kita msg2 tidak lagi saling merendahkan atau meninggikan.

dlm membahas perkara ini, kita cuba membatasi sekadar yg blh diterima logik akal kita memandangkan stp org lain-lain tahapnya Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by ifahuzir on Wed Nov 09, 2011 5:23 pm

Terimakasih Tuan Paranorms atas penjelasannya..

mudah diterima akal logikku.. hee

terima kasih sekali lagi

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by jagat raya on Wed Nov 09, 2011 11:19 pm

bertambah2 kefahamanku kini..alhamdulillah..

jagat raya
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 197
Age: 32
Location: bandar tasik selatan
Registration date: 2009-11-01

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by ifahuzir on Thu Nov 10, 2011 4:44 pm

Alhamdulillah, dapat sudah difotostate ilmu yang disampaikan kepada saya..

"Maka insaflah dan ambillah pelajaran wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya". ( QS Al-Hasyr ayat 2 )

Be Together, Learn Together.. Sharing is caring.. Razz

ifahuzir wrote:Dalam Islam, nafsu terbahagi kepada beberapa tahap, iaitu:-

1. Nafsu Ammarah,
2. Nafsu Lawwamah,
3. Nafsu Mulhimah,
4. Nafsu Muthmainnah,
5. Nafsu Radiah,
6. Nafsu Mardhiah dan
7. Nafsu Kamilah.

dimana kedudukan Nafsu tersebut tempatnya di hati (hanya 1 tempat).. Saya tak dapat ilham yang boleh mengaitkan nafsu ini dengan titik-titik lathaif sepertimana yang diketahui sebelum ini..

bersambung..


Sambungan..

1. Nafsu Ammarah,

- adalah nafsu yang bertaklid "engkau adalah engkau dan aku adalah aku" dalam semua hal yang dilakukan oleh sang diri..

Adalah satu kelakuan hati yang menerbitkan suatu perangai yang mengandungi sifat-sifat Mazmumah yang terlampau banyak. Awaslah, disinilah tempat letaknya Istana Syaitan.. Makhluk laknatullah ini bebas keluar masuk di dalam diri kita, menyelusuri di setiap salur darah dalam badan kita tanpa ada sebarang sekatan dari pihak berkuasa.

Manusia-manusia yang memiliki nafsu Amarah ini memiliki sifat-sifat Mazmumah iaitu sifat terkeji yang dikeji oleh Allah swt. Biasanya mereka yang dikuasai nafsu Ammarah bertindak mengikut fikiran tanpa menggunakan 'akal. Kadang-kadang mereka merasa diri merekalah berkuasa dan semuanya adalah hak mereka. Mereka boleh bersultan di mata dan beraja di hati.
Sepertimana Firman Allah :

“Sesungguhnya Nafsu Amarah itu sentiasa menyuruh berbuat jahat”
(Surah Yusof – ayat 53)

dan FirmanNya lagi :

“Tidakkah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuan dan dia disesatkan Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu di tutup Allah pendengarannya (telinga batin), mata basirnya dan tetap tertutup.”
(Surah Al-Jaashiah – ayat 23)

Dan sesungguhnya orang-orang yang dibelenggu oleh nafsu Ammarah biasanya tidak tahan di uji, mereka terus melenting dan bertindak mengikut fikiran dibawah hasutan syaitan dan kuncu-kuncunya (persoalan : siapakah kuncu-kuncunya itu??).

Pada peringkat ini, manusia tetap dikuasai oleh iblis, jiwa mereka sentiasa tegang, fikiran sentiasa kusut, pegangan hanyut dan hati jarang-jarang ingat Allah SWT.

Mereka di peringkat nafsu ini akan mengingati Tuhan ketika susah dan melupaiNya ketika senang seperti firman Allah di dalam Al-Quran :

“Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri, tetapi bila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa.”
(Surah Fusilat – ayat 51)

Mereka juga bertindak di dalam sesuatu hal, langsung tidak berpandu kepada syariat Allah swt. tetapi mereka lebih berpandukan fikiran dan angan-angan. Mereka tidak pula pernah ada satu perasaan bersalah terhadap sesuatu kesalahan yang mereka sendiri lakukan.

Sesungguhnya nafsu Ammarah ini adalah nafsu binatang. Malahan ianya lebih hina daripada binatang. Mereka mempunyai hati yang tidk memerhati, mempunyai mata yang tidak melihat, mempunyai pendengaran yang tidak mendengar, malahan boleh disifatkan mereka ini sebagai seekor binatang yang berupa manusia.

Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :

“Akan di campakkan ke dalam neraka Jahanam daripada golongan-golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memerhati, yang mempunyai mata tidak melihat, yang mempunyai pendengaran tidak mendengar, mereka itu adalah seperti binatang, malahan lebih hina daripadanya dan mereka lah termasuk daripada orang-orang yang lalai”
(Surah Al-A’araf – ayat 179)

Perlu juga diingatkan bahawa bagi orang-orang yang dikuasai oleh nafsu Amarah biasanya suka bersifat bermuka-muka dengan sesuatu yang diperolehinya dan suka memperbodohkan kelemahan orang lain walaupun ianya adalah rakan karibnya sendiri. Mereka mencela orang lain dan membayangkan dialah orang yang paling baik dan sempurna. Mereka bertindak menjaja keburukkan orang kepada orang lain dengan harapan keburukkan orang itu dapat memberi keuntungan kepada diri mereka.

Justeru daripada itu, adalah menjadi kewajipan diri manusia tersebut haruslah menyucikan sifat-sifat nafsu Amarah tadi supaya terbitnya sifat-sifat murni dan hilangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri manusia itu seperti firman Allah :-

“Demi nafsu (manusia) dan kesempurnaan (kejadian) maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu jalan kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan nafsunya”
(Surah Asy Syam – ayat 7-10)

Oleh yang demikian maka seseorang itu hendaklah berguru dan berzikir menyucikan diri nya mengikut saranan dan petunjuk dari guru mereka di dalam usahanya membersihkan dirinya dengan Allah swt. Maka beramal lah mereka dengan petua-petua yang diberi oleh gurunya sehinggalah terbitnya peningkatan ke satu martabat nafsu yang seterusnya...

Zikir orang-orang Ammarah biasanya di lidah tanpa menyerap di dalam hatinya. Zikir nya kosong tidak bertenaga dan tidak bermaya dan sesungguhnya zikir adalah merupakan klorox bagi menyucikan kekotoran hati yang tidak boleh dicucikan oleh jenis-jenis sabun yang berjenama yang ada di pasaran.

Jiwa mereka pada masa ini kosong, hubungan dirinya dengan Empunya Diri tiada. Malahan raahsia dirinya terhijab. Diri batinnya kurus melidi, sakit tersiksa sedangkan badan zahirnya gemuk dan sihatnya seperti ubi kayu di tanah bukit, sedang tubuh batinnya di anai-anaikan oleh nafsu Ammarah. (tunggu masa nak kene serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi)

Penyakit Nafsu Ammarah ini jika dibiarkan menular pada jiwa manusia ianya menyebabkan bertimbunnya pada hakikat selaput-selaput tebal, gelap dan kemas untuk mengingati Tuhannya. Dan hidupnya terus hanyut tidak berpedoman. Sesungguhnya bagi mereka yan dikuasai nafsu Ammarah merekalah termasuk di dalam golongan manusia yang rugi di sisi Allah SWT.

Walaubagaimanapun, Catatan ini hanya sebagai rujukan dan pesanan, usah "kufur nikmat" dengan pemberian Allah s.w.t yang tidak ternilai ini. Tetapi, Nafsu Ammarah ini hendaklah diletakkan di tempat yang betul.. kerana Nafsu ini adalah kurniaan dari Dzat Allah s.a.w. dan kita wajib memeliharanya..

2. Nafsu Lawwamah :

(bersambung..)

harap banyak dapat manfaat InsyaAllah..


ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by ifahuzir on Thu Nov 17, 2011 10:49 am

ifahuzir wrote:2. Nafsu Lawwamah :

(bersambung..)


Sambungan..

Tapi sebelum itu, sila baca Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor ini berkaitan Martabat 7 yang dibawa oleh Hamzah Bin Embi : http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1859&Itemid=48

Baiklah, mari kita teruskan mengenal akan Peringkat Nafsu yang seterusnya.. Saya ada yang ini saje.. Jika ada sahabat ingin menyambung lagi, silakan..

Bismilla-hirrohma-nurrahim..

2. Nafsu Lawwamah :

Pada peringkat nafsu Lawamah manusia telahpun mendapat "ILMU" dari pembelajaran ataupun dari bacaan dari buku-buku karangan termasyur oleh pengarang-pengarang ilmuan yang terdahulu. Nafsu ini dapat merasai dan menguasai satu perasaan semacam melarang seseorang manusia itu melakukan sesuatu kesalahan kezaliman dan apa saja yang ditegah oleh syariat.

Contoh : Seperti anak kecil yang baru mumaiz, apabila ditegah oleh ibu bapanya, makanya dia akan akur dan tidak mengulangi perkara yang ditegah tersebut.. Jika dia lakukan juga, maka akan dikenakan hukuman dan pelajaran oleh ayah dan Ibunya.. Maka, setiap kali anak ini ingin melakukan kesalahan yang sama, anak ini akan terkaku, teringat akan hukuman dan ilmu yang telah disampaikan oleh ibubapanya sebelum ini..

Jadi, berhati-hatilah dalam mendidik anak ya.. Suspect

Nafsu Lawamah ini juga bolehlah diibaratkan seperti lampu isyarat (Alarm) di dalam sebuah kereta di mana lampu ini akan menyala berwarna merah/kuning bila kereta tersebut kehabisan minyak dan mengisyaratkan tuannya supaya mengisi minyak baru sebelum bahaya merempuh datang dari hadapan.

Bagi mereka yang mempunyai Lawamah (isyarat larangan/ intituisi) dan mereka pula mematuhinya dengan penuh rasa tanggungjawab, maka mereka akan terselamat dari bahaya yang datang dari gejala-gejala nafsu Ammarah yang masih ada di dalam jiwanya. Berdasarkan pelajaran yang diambil dari setiap pengalaman yang dilaluinya.

Sebaliknya jika seseorang itu yang telah meningkat ke martabat nafsu Lawamah ini, tetapi tidak mengendahkan isyarat-isyarat larangan Lawamah, maka lama-kelamaan isyarat tersebut akan padam dan akan kembali lah mereka kepada nafsu Ammarahnya.

Zikir mereka pada martabat nafsu Lawamah biasanya masih melekat di bibir tetapi kadang-kadang mulai telah menyerap masuk ke dalam hatinya dan keadaan tersebut tidak tetap. Maka haruslah seseorang itu meneruskan zikirnya sebagaimana yang pesan oleh gurunya dengan tabah.

Ingatlah, Mereka pada martabat ini belum sepenuhnya sempurna. Meraka masih lagi bergelumang dengan saki-baki sifat-sifat Mazmumah tetapi ianya mulai menurun ke satu tahap minima. Sifat-sifat seperti gelojoh, marah, lekas melenting, hasad dengki dan lain-lain sifat terkeji mulai mengurang hasil kepatuhannya terhadap isyarat Lawamah yang terbit dari sudut hatinya.

Pemikiran : Kekusutan fikirannya telah pun menurun dan mereka mulai merasa segan untuk melakukan sesuatu dari sifat Mazmumah malahan mereka sering menyesali di atas sikap-sikap zalim yang pernah dilakukan oleh mereka dahulu. Sesal dengan kesungguhan.

Firman Allah di dalam Al-Quran :

“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri”
(Surah Al-Qiyaamah – Ayat 2)

Maka dengan ketekunan mematuhi isyarat/ intituisi serta kuat pula berzikir maka tingkatan nafsu mereka akan melalui martabat nafsu ketiga yang dinamakan Nafsu Mulhamah.

Pada peringkat nafsu Lawamah ini, Sebahagian daripadanya itu telahpun dapat menerima ilmu Ghaib melalui Laduni pada peringkat NUR.. Dalam mimpi di dalam tidurnya, Melalui meditasi dan kadang-kadang pula dapat menerima ilmu Laduni di peringkat tajalli.

Oleh yang demikian, maka seseorang itu haruslah pula berusaha dengan tekun dan sabar mengikuti arahan-arahan gurunya dan jangan sekali leka, semoga peningkatan martabat sempurna akan nafsunya akan tecapai.

3. Nafsu Mulhamah..

Nafsu yang punyai sifat banyak Syak wasangka dan bersangka-sangka..

hingga bertemu lagi di lain masa.. Teruskan bersama kami.. Akhir kata dari saya, Dari FirmanNya:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-'Ankabuut 29:69)

"Maka insaflah dan ambillah pelajaran wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya". ( QS Al-Hasyr ayat 2 )

(bersambung..)

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by maybal on Sun Jan 29, 2012 6:32 pm

udah naik langit kemana nih... hilang terus tn ifahuzir

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by ifahuzir on Mon Jan 30, 2012 8:22 am

maybal wrote:udah naik langit kemana nih... hilang terus tn ifahuzir


Hahaha.. sedang melakukan cleansing.. tapi nga bisa clean langsung.. bingung suda.

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by maybal on Mon Jan 30, 2012 10:31 am

ifahuzir wrote:
maybal wrote:udah naik langit kemana nih... hilang terus tn ifahuzir


Hahaha.. sedang melakukan cleansing.. tapi nga bisa clean langsung.. bingung suda.


pake pencuci brandnya apa...
ga cukup power kali....

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by ifahuzir on Mon Jan 30, 2012 10:38 am

itu lah.. ada cadangan mau pakai pencuci brand apa?...

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by maybal on Tue Jan 31, 2012 2:23 pm

ifahuzir wrote:itu lah.. ada cadangan mau pakai pencuci brand apa?...


coba sih yang brandnya cap kapak... mudah2an serasi sama jiwa kamu..

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Diary dari Pelajar Hingusan hinga ke.....?

Post by ifahuzir on Tue Jan 31, 2012 2:46 pm

InsyaAlloh.. akan diusahakan..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Page 20 of 20 Previous  1 ... 11 ... 18, 19, 20

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum