Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Thu Nov 18, 2010 12:13 pm

Salam semua..

Sabda Nabi s.a.w.
“Solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat”
[H.R. Bukhari]

Aku tak pernah lihat Nabi s.a.w. solat
Harap dapat dijelaskan kepada saya bagaimana cara solat yang betul..

p/s: harap thread ini tidak mendatangkan rasa kemusykilan kepada pembaca.

kenapa ada perbezaan antara solat wanita dan lelaki..
p/s: harapp dapai berkongsi ilmiah ini demi memperbaiki diri.

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Thu Nov 18, 2010 12:14 pm

1. Berdiri :
- Berdiri tegak.
berdiri perlu dirasai/ditumpukan kepada tumit (betulkan saya jika salah)

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Thu Nov 18, 2010 4:29 pm

Oh ya.. Berkenaan bicara solat, dalil dan hadithnya adalah disertakan bersama..

“…. dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku.”
[surah Thahaa:14]

“…Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
[Surah An-Nisa’}

Rasulullah s.a.w.bersabda kepada Mu’adz:
“Maka sampaikan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan solat lima kali sehari semalam.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

“…. Dan sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu orang yang yakin bahawa mereka pasti akan bertemu dengan Tuhan mereka dan kembali kepada-Nya….”
[Surah Al-Baqarah:44-46]

Dari Ammar bin Yasir, dia berkata,:
“Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang menyelesaikan solatnya, tetapi tidak ditulis baginya kecuali sepersepuluh solat, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, sperempat, sepertiga atau seperduanya.”
[H.R. Abu Daud]

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milik Allah maka jaganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya selain menyembah Allah.”
[Surah Al-Jin:18]

Ibnu Mas’ud berkata:
“Aku telah mengamati kaum muslimin; tidak seorang pun meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya, atau orang sakit. Namun orang yang sakit akan berjalan di antara dua orang (dipapah) untuk melaksanakan solat”. Ibnu Mas’ud berkata: “Sesungguhnya Rasulullah saw mengajarkan kami sunah-sunah itu adalah solat di masjid yang diserukan azan di dalamnya.”
[H.R. Muslim dan Abu Daud]

Rasulullah saw bersabda:
“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Andaikan mereka tahu apa yang ada dalam kedua solat itu, nescaya mereka menghadirinya sekalipun dengan merangkak. Dan sesungguhnya rasanya aku hendak menyuruh (orang-orang ) mengerjakan solat kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami mereka, lalu aku berangkat bersama orang-orang dengan membawa kayu, kepada orang-orang yang tidak hadir untuk melaksanakan solat, kemudian aku bakar rumah mereka.”
[H.R. Muslim]

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Amal seseorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kimat adalah solatnya, jika(solatnya) baik maka dia telah berbahagia dan beruntung, dan jika(solatnya) telah rosak maka dia telah celaka dan merugi. Jika dia mengurangi kewajipan, Allah berfirman: “Periksalah, apakah hamba-Ku mempunyai amalan sunah(solat sunat) yang dapat menutupi kekurangan kewajipannya?” kemudian, begitulah semua amalnya dan dihisab.”
[H.R. At-Tirmidzi –katanya hadis ini hasan]

Rasulullah s.a.w. besabda:
“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi “Tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah”, menegakkan solat dan melaksanakan zakat. Apabila mereka telah melaksanakan semua itu, maka mereka telah melindungi darah dan harta mereka dariku kecuali dengan hak Islam, lalu persoalannya terserah kepada Allah.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

“Apakah yang memasukkanmu ke dalam neraka(saqar)?Mereka menjawab: “kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang batil bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan adalah kami mendustakan ari pembalasan, hingga datang kepada kami kematian.”
[surah Al-Mudatsir:42-47]

“(Batas) antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat.”
[H.R. At-Tirmidzi dan Abu Daud]
“(Batas) antara seseorang dan kemusyrikan adalah meninggalkan solat.”
[H.R. Muslim]

“Ikatan antara mereka dan kita adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka ia telah kafir.”
[H.R. At-Tirmidzi dan Nasa’i ]

“Para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak pernah menilai suatu amalan yang ditinggalkan sbg kekufuran kecuali solat.”
[H.R. At-Tirmidzi]

“Barangsiapa meniggalkan solat Asar, maka amalnya menjadi batal(tertolak).”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

“….. dan apabila mereka(munafik) melaksanakan solat maka mereka melaksanakan dengan malas….”
[Surah An-Nisa’:142]

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, iaitu orang-orang yang melupakan/lalai dari solat mereka.”
[Surah Al-Maa’un:4-5]

Abdullah bin Mas’ud berkata:
“Sesungguhnya aku mengamati(masyarakat) kami bahawa tidak seorang pun yang meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya.”
[H.R. Muslim]

SUMBER : http://solat.wordpress.com/peringatan/

okey.. Sekarang bolehlah kita membincangkan tatacara solat. Telah dimaklumkan, pergerakan solat mempunyai kaitan rapat dengan "tenaga" dalam. Dan untuk perkara ini, saya ingin lebih mengetahui tatacara solat yang betul dari mulai berdiri, takbiratul ihram, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud sehinggalah salam..

mohon pencerahan yah.. Laughing

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by maybal on Fri Nov 19, 2010 6:06 am

kalau ada rezeki.. kita cari guru yang salasilah bergurunya sampai ke nabi..
pastinya solat guru itu yang diperturunkan pada kita persis solat nabi...
yah sementara itu bersolatlah kita besandarkan ilmu2 yang udah kita punya dan sentiasa maunya diperbaiki serta koreksi setiap solat kita supaya menjadi yang terbaik bukan hanya sekadar sah tapi diterima Allah..

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by Omera on Fri Nov 19, 2010 9:47 am

Ada satu buku yang saya baca mengatakan cara solat yang ditunjukkan di dalam buku tu berasas cara Rasulullah... tiada beza solat lelaki dan wanita siap ada gambar lagi... lupa lak tajuk dan penulisnya.. Covernya colour hijau...
Lagi satu baru2 ni saya ada dalam ceramah motivasi pagi di radio ikim yang mengatakan ciri2 khusyuk dalam solat di antaranya faham makna setiap bacaannya... Macamana tu... Saya ramai di antara kita yang tidak pandai Arab... Menurut katanya lagi kalau khusyuk tanpa faham dikhuatiri ada unsur lain jer.. Maklumlah Iblis ni di mana2 jer... katanya lagi..

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by maybal on Fri Nov 19, 2010 10:59 am

tidak hafal makna2 dalam bahasa arab bukan satu alasan..kita kan diberi waktu yang banyak untuk menghafal supaya kita bisa khusyuk dalam solat..

kalau belum hafal coba sih dari sekarang kita hafal2kan mulai dari takbir hingga ke salam.. mudah2an kita bisa memperolehi solat yang khusyuk...

p/s dalam solat hati jangan lalai..


maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Fri Nov 19, 2010 2:45 pm

maybal wrote:tidak hafal makna2 dalam bahasa arab bukan satu alasan..kita kan diberi waktu yang banyak untuk menghafal supaya kita bisa khusyuk dalam solat..

kalau belum hafal coba sih dari sekarang kita hafal2kan mulai dari takbir hingga ke salam.. mudah2an kita bisa memperolehi solat yang khusyuk...

p/s dalam solat hati jangan lalai..



Iya.. betul tuh..

Ini antara maksud bacaan yang selalu dibaca dalam solat.

Takbiratul Ihram
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

SUMBER : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2499.0

harap dapat sedekahkan Al-Fatehah kepada insan yang menulis maksud ini.
Semoga dia sentiasa dalam iman..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by Paranorms on Fri Nov 19, 2010 7:33 pm

sy byk belajar ttg solat khusyuk dr majlis zikrullah indonesia, yg dibawakan oleh ust abu sangkan. seharusnya semua ilmu yg kita pelajari dpt membawa kita kpd solat khusyuk. solat khusyuk itulah tujuan utama kita kerana itulah proses mikraj menuju ilahi...dlm solat tersembunyi seluruh rahsia yg kita perlukan utk kehidupan yg sempurna...solat khusuk adalah lthn energy yg plg sempurna, lthn spiritual yg plg lengkap, terapi seluruh jns penyakit yg tiada bandingan Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by maybal on Sat Nov 20, 2010 9:58 am

Paranorms wrote:sy byk belajar ttg solat khusyuk dr majlis zikrullah indonesia, yg dibawakan oleh ust abu sangkan. seharusnya semua ilmu yg kita pelajari dpt membawa kita kpd solat khusyuk. solat khusyuk itulah tujuan utama kita kerana itulah proses mikraj menuju ilahi...dlm solat tersembunyi seluruh rahsia yg kita perlukan utk kehidupan yg sempurna...solat khusuk adalah lthn energy yg plg sempurna, lthn spiritual yg plg lengkap, terapi seluruh jns penyakit yg tiada bandingan Smile


mohon tuan paranorms perturunkan sama kita keilmuan ust abu sangkan.. mudah2an ramai
diantara kita dapat menerima menafaatnya cara2 yang terbaik solat kusyuk.... yah ..silakan.

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Mon Nov 22, 2010 8:09 am

Paranorms wrote:sy byk belajar ttg solat khusyuk dr majlis zikrullah indonesia, yg dibawakan oleh ust abu sangkan. seharusnya semua ilmu yg kita pelajari dpt membawa kita kpd solat khusyuk. solat khusyuk itulah tujuan utama kita kerana itulah proses mikraj menuju ilahi...dlm solat tersembunyi seluruh rahsia yg kita perlukan utk kehidupan yg sempurna...solat khusuk adalah lthn energy yg plg sempurna, lthn spiritual yg plg lengkap, terapi seluruh jns penyakit yg tiada bandingan Smile


Alhamdulillah, Saya berharap agar Tuan Paranorms dapat berkongsi ilmu berkenaan solat ini.

Selain daripada bacaan dalam solat, gerakan² dalam solat juga mesti amat memberi maksud yang tersendiri.. yang tidak dapat dipelajari di sekolah.

Mohon pengalaman Tuan Paranorms dapat berkongsi atau menggambarkan "peta" kepada warga PHC.

Harap dipermudahkan..

Allah ya Latiff.

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Thu Nov 25, 2010 9:29 am

Setelah selesai Wuduk... dan niat untuk solat..
dengan benar, ikhlas, tenang, Hening,

Mulai takbiratul ihram..

CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
Macam-macam cara orang solat mengangkat tangan – takbiratul ihram. Ada yang angkat tangan sampai melepasi kepala. Ada orang angkat takbir ala kadarnya sahaja. Ada juga seperti orang mau bersilat, seolah² sedang menghadapi musuhnya.. hinggakan bersimpul² tangannya.. hehehe. Sudah Jelas, ini ternyata ia tidak mencontohi tatacara Rasulullah SAW mengangkat takbir.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu , ia berkata: "Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya."
(Hadis Muttafaqun 'alaih).

Atau mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis riwayat Malik bin Al-Huwairits Radhiyallahu 'anhu, ia berkata: "Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang telinga setiap kali bertakbir (di dalam solat)."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Ada pendapat yang menyatakan bahawa Wajib bagi setiap orang yang mengerjakan solat itu mendengar setiap huruf takbir yang dilafazkannya ketika mengangkat tabiratul ihram tersebut.

Bacaaan dari mulut sendiri yang wajib didengar oleh telinga sendiri itu adalah "ALLAH HU AKHBAR"

p/s: dari maksud 'energy', Saya tidak tahu.. Harap ada diantara kita yang boleh memberi tahu "rahsia" pergerakan 'energy' dalam diri ketika takbiratul ihram ini.

Dikhabarkan gerak Solat sempurna adalah satu pergerakan yang sangat sempurna (Zahir & Batin). Sehinggakan ada pendapat menyatakan kita tidak perlu lagi bermeditasi.

Sejauh mana kebenarannya, wallahualam.. bersama lah kita membincangkannya disini ya..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Thu Nov 25, 2010 12:58 pm

Oh ya.. keadaan diri yang tersangat tenang amat diperlukan...

cuba dilatih 'tenang' tersebut ketika melakukan solat sunat di rumah..
kemudian baru boleh try secara bersemaah (Menjadi makmum) solat fardu.

Susah OOOoooo... Latihan, latihan dan latihan...

“……… solatlah dengan tenang. Solatlah dengan tenang. Solatlah dengan tenang.” Sehingga Rasulullah SAW mengulangi kenyataan tersebut sebanyak 3 kali.

Nasihat berkenaan perkara ini :-
Imam Hasan al-Bashri memperingatkan orang yang tekun beribadah dan beramal, tetapi tidak disertakan dengan ilmu pengetahuan dan pemahaman. Dia mengucapkan perkataan yang sangat dalam maksudnya,"Orang yang beramal tetapi tidak disertai dengan ilmu pengetahuan tentang itu, bagaikan orang yang melangkahkan kaki tetapi tidak meniti jalan yang benar. Orang yang melakukan sesuatu tetapi tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu itu, maka dia akan membuat kerosakan yang lebih banyak daripada kebaikan yang dilakukan.”

Sekian, semoga bermanfaat

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Fri Nov 26, 2010 2:50 pm

KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA

Ada orang yang solat meletakkan tangan mereka di sekitar perut. Malah ada yang kata, sunnah meletakkan tangan di sisi kiri perut. Ada juga yang meletakkan tangan di bawah atau bertepatan dengan pusat. Ini bertentangan dengan tacara Rasulullah SAW. Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

Mendakapkan tangan di dada adalah perbuatan yang benar menurut sunnah berdasarkan hadis: "Beliau meletakkan kedua tangannya di atas dadanya."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, Ahmad dari Wail bin Hujur).

Rasulullah SAW meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya. Rasulullah SAW bersabda: "Kami, para nabi diperintahkan untuk segera berbuka dan mengakhirkan sahur serta meletakkan tangan kanan pada tangan kiri ketika mengerjakan solat."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Adh Dhiya').

Dalam sebuah riwayat lain pernah Rasulullah SAW melewati seorang yang sedang sembahyang, tetapi orang ini meletakkan tangan kirinya pada tangan kanannya, lalu beliau melepaskannya, kemudian orang itu meletakkan tangan kanannya pada tangan kirinya.
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud).

Dari Wail bin Hujur Radhiyallahu 'anhu: "Lalu Rasulullah SAW bertakbir kemudian meletakkan tangan kanannya di atas telapak tangan kiri, pergelangan tangan kiri atau lengan kirinya"
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, Nasa'i, Ibnu Khuzaimah).

Kedudukan telapak tangan kiri adalah di tengah dada iaitu di pertemuan tulang rusuk kiri dan kanan. Telapak tangan kanan pula terletak di atas belakang tapak tangan kiri atau pergelangan tangan kiri. kemudian siku dirapatkan ke badan. Dengan susunan turun naik nafas yang tenang dan teratur (rileks).

Kedudukan Struktur tulang belakang harus lurus dan punggung sedikit "tonggek" agar dapat merasai berat badan keseluruhan tertumpu kepada tumit kaki. kedudukan kepala sedikit tunduk dan anak mata hitam dibahagian bawah mata terus memandang tempat sujud.

Semoga bermanfaat.

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by maybal on Tue Nov 30, 2010 5:57 am

bagus..artikelnya..

teruskan disambung lagi...masih ramai yang nga tahu ini semua..

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Tue Nov 30, 2010 1:58 pm

KONSENTRASI MATA KE TEMPAT SUJUD

Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ada setengah orang, matanya memandang orang lalu lalang. Perbuatan ini tidaklah membatalkan solat tetapi bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.

Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Hal ini didasarkan pada hadis yang diriwayatkan.

Oleh Ummul Mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'anha : "Rasulullah SAW tidak mengalihkan pandangannya dari tempat sujud (di dalam solat)."
(Hadis Riwayat Imam Baihaqi)

Rasulullah SAW melarang keras mendongakkan kepala ke langit (ketika solat). Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah sekelompok orang benar-benar menghentikan pandangan matanya yang terangkat ke langit ketika solat atau hendaklah mereka benar-benar menjaga pandangan mata mereka."
(Hadis riwayat Imam Muslim, Nasa'i dan Ahmad).

Rasulullah SAW juga melarang seseorang menoleh ke kanan atau ke kiri ketika solat, beliau bersabda: "Jika kalian solat, janganlah menoleh ke kanan atau ke kiri kerana Allah akan senantiasa menghadapkan wajah-Nya kepada hamba yang sedang solat selama ia tidak menoleh ke kanan atau ke kiri."
(Hadis riwayat Imam Tirmidzi dan Hakim).

Apabila Mata dan mata hati sudah tetap pandangannya. dengan nafas yang tenang, hati yang hening dan kosong (bayangan juga boleh tapi jangan sampai lalai!!).. Mulakan bacaan Iftitah dengan tertib dan fahami isi maksudnya.. kemudian Al-fatehah.. dan surah yang mana suka..

KEDUDUKAN NAFAS

Bernafaslah dengan Abdoment anda.. bukan di dada.. Dada tempat letaknya Tangan anda.. usah diganggu ketetapan tangan itu yah..

p/s : Bagi mengelakkan fikiran dalam diri daripada memikirkan tentang perkara lain yakni hal duniawi atau erti kata lain hilang tumpuan ketika solat.. terutama ketika berjemaah.. (biasanya ketika diri sedang diam bila menunggu Imam habis membaca Al-fatehah)
Ini mungkin kesan akibat dari gangguan syaitan; mengikut hadis Nabi, hendaklah meludah ke kiri 3 kali;
Ini adalah contoh langkah2 praktik apabila solat :
1. palingkan muka ke kiri sekadar 1-2cm.
2. keluarkan lidah sekitar 1/2cm.
3. tarik ke dalam dan serentak dengan sedikit tiupan.
4. pastikan bunyi yang terhasil adalah sangat perlahan, sehingga rakan jemaah di kiri tidak sedar.
5. pastikan tidak terkeluar air ludah yang dapat disedari rakan jemaah di kiri.

Kedudukan tangan di tempatnya tu ada keistimewaannya yang tersendiri.. belum bisa dikhabarkan di jurnal ini.. Jika ada rezki akan dikhabarkan oleh Tuan Paranorms. Jika diizinkanNya..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by Paranorms on Tue Nov 30, 2010 2:17 pm

alhamdulillah...penerangan tuan sgt2 baik utk kita memahami aspek gerakan fizikal solat. kalau sdh kita kuasai gerakan2 yg betul barulah kita mendalami pula aspek2 kerohanian dlm solat Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Tue Nov 30, 2010 3:56 pm

Paranorms wrote:alhamdulillah...penerangan tuan sgt2 baik utk kita memahami aspek gerakan fizikal solat. kalau sdh kita kuasai gerakan2 yg betul barulah kita mendalami pula aspek2 kerohanian dlm solat Smile


InsyaAllah Tuan Paranorms.. Ilmu kita semua (jika digabungkan) ibaratnya umpama hanya setitik sahaja airnya jika nak dibandingkan dengan air di lautan yang luas..

Harap dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang telah dibukakan oleh Allah s.w.t akan penglihatan, pendengaran dan hatinya untuk menunaikan solat yang sempurna mengikut sunnah Nabi s.a.w ini.

Oh ya.. Jika ada sahabat² forum yang buat PERJALANAN LUAR FISIK untuk bertemu Rasulullah s.a.w dan belajar Cara solat Rasul yang benar, silakan lah kongsikan sama ya..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by Paranorms on Tue Nov 30, 2010 4:33 pm

ifahuzir wrote:
Paranorms wrote:alhamdulillah...penerangan tuan sgt2 baik utk kita memahami aspek gerakan fizikal solat. kalau sdh kita kuasai gerakan2 yg betul barulah kita mendalami pula aspek2 kerohanian dlm solat Smile


InsyaAllah Tuan Paranorms.. Ilmu kita semua (jika digabungkan) ibaratnya umpama hanya setitik sahaja airnya jika nak dibandingkan dengan air di lautan yang luas..

Harap dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang telah dibukakan oleh Allah s.w.t akan penglihatan, pendengaran dan hatinya untuk menunaikan solat yang sempurna mengikut sunnah Nabi s.a.w ini.

Oh ya.. Jika ada sahabat² forum yang buat PERJALANAN LUAR FISIK untuk bertemu Rasulullah s.a.w dan belajar Cara solat Rasul yang benar, silakan lah kongsikan sama ya..


hehe....x mudah utk menemui Rasulullah, dgn kehendak sndiri...sgt byk rintangan. hanya org2 yg sgt special yg dpt menemui baginda Smile

jgn risau, ada byk waris2 nabi yg menerima ilmu2 baginda. dan mereka selalu menyampaikan ilmu2 itu secara terbuka dlm dakwah2 mereka.


..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by maybal on Wed Dec 01, 2010 6:02 am

yah..kita tunggu pencerahan dari tuan paranaorms akan hal2 solat yang bener dari aspek kerohanian....

silakan..ramai yang menunggu mau tahu...

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Wed Dec 01, 2010 9:26 am

MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!

Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW membaca surah Al-Fatihah dengan berhenti pada setiap akhir ayat (waqaf), tidak menyambungkan satu ayat dengan ayat berikutnya (washal). Ummu Salamah Radhiallahu ’anha meriwayatkan ketika menjelaskan cara bacaan Rasulullah SAW, beliau berkata: “Sesungguhnya Baginda SAW memutus-mutuskan (mewaqaf) bacaannya (surah al-Fatihah) seayat demi seayat”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Begitu juga berdasarkan riwayat yang mutawatir yang dikeluarkan oleh Imam Ar Razi, Ibnu Abi Dawud, Abu Nu'aim dan Al Hakim. Para imam hendaklah memerhatikan hal ini. Ada ramai di kalangan imam jemaah, membaca fatihah dan surah lainnya dengan begitu cepat, sehinggakan makmum terpaksa mengejar imam dan ini menyebabkan makmum kehilangan khusyuk ketika sembahyang.

Membaca dengan tenang seayat demi seayat mengikut kaedah bacaan Rasulullah SAW ini pada hakikatnya, akan lebih mendatangkan kekhusyukkan, di samping memudahkan kita untuk merenung, menghayati serta memahami maksud ayatnya satu persatu. Ini tidak syak lagi akan menimbulkan rasa kemanisan ibadah terhadap Allah Subhanahuwa Ta‘ala.

Imam Ghazali berkata: Ketahuilah bahawa sesungguhnya bacaan secara tartil itu disunatkan bukanlah semata-mata untuk merenung maksud ayatnya sahaja, bahkan orang-orang yang tidak memahami makna ayat al-Qur’an pun disunatkan supaya membacanya secara tartil dan tenang, kerana ini lebih menunjukkan rasa sopan dan hormat terhadap al-Qur’an, dan akan mendatangkan kesan yang lebih mendalam di dalam jiwa daripada membacanya secara tergopoh-gapah dan tergesa-gesa.


MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DAN SURAH DI BELAKANG IMAM

Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak. (Zuhur dan Asar imam x baca kuat)

Jelas bagi kita kalau sedang sembahyang sendirian maka wajib kita membaca Al-Fatihah, begitu juga ketika sembahyang berjema'ah, ketika imam membacanya secara sirr (tidak diperdengarkan atau perlahan) yakni pada solat Zhuhur, 'Asar, satu raka'at terakhir sembahyang Mahgrib dan dua raka'at terakhir sembahyang 'Isyak, maka para makmum wajib membaca surah Al-Fatihah tersebut secara sendiri-sendiri dengan tidak mengeraskan bacaan tersebut.

Jadi.. bagaimana kalau imam membaca secara jahar/keras…?
Tentang hal ini pernah suatu ketika Rasulullah SAW melarang makmum membaca surah dibelakang imam kecuali surah Al-Fatihah: "Betulkah kalian tadi membaca (surah) dibelakang imam kalian?"
Kami menjawab: "Ya, tapi dengan cepat wahai Rasulullah".
Bersabda Rasulullah SAW: "Kalian tidak boleh melakukannya lagi kecuali membaca Al-Fatihah, kerana tidak ada sembahyang bagi yang tidak membacanya."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abu Dawud, dan Ahmad)

Selanjutnya Rasulullah SAW melarang makmum membaca surah apapun ketika imam membacanya dengan jahar (diperdengarkan) baik ianya surah Al-Fatihah maupun surah lainnya. Hal ini selaras dengan keterangan dari Imam Malik dan Ahmad bin Hanbal tentang wajibnya makmum diam bila imam membaca dengan jahar atau mengeraskan bacaannya.

Berdasar sabda Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata: Telah berkata Rasulullah SAW: "Dijadikan imam itu hanya untuk diikuti. Oleh kerana itu apabila imam bertakbir, maka bertakbirlah kalian, dan apabila imam membaca, maka hendaklah kalian diam (sambil memperhatikan bacaan imam itu)"
(Hadis dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud no. 603 & 604. Ibnu Majah no. 846 dan An Nasa’i).

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu ditanya, “Wajibkah kami membaca di belakang imam?”
Abu Hurairah menjawab, “Bacalah (Al Fatihah) di dalam hatimu”……
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Dalam satu hadis lain, dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah SAW sesudah mendirikan solat yang beliau keraskan bacaanya dalam solat itu, beliau bertanya: "Apakah ada seseorang di antara kamu yang membaca bersamaku tadi?" Maka seorang laki-laki menjawab, "Ya ada, wahai Rasulullah." Kemudian beliau berkata, "Sungguh aku katakan: Mengapakah (bacaan) ku ditentang dengan Al-Quran (juga).”
Berkata Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, “kemudian berhentilah orang-orang daripada membaca bersama Rasulullah SAW pada solat-solat yang Rasulullah SAW keraskan bacaannya, ketika mereka sudah mendengar (larangan) yang demikian itu dari Rasulullah SAW”.
(Hadis dikeluarkan oleh Imam Abu Dawud, At Tirmidzi, An Nasa’i dan Malik).

Hadis-hadis tersebut merupakan dalil yang tegas dan kuat tentang wajib diamnya makmum apabila mendengar bacaan imam, baik ketika bacaan surah Al-Fatihahnya mahupun surah yang lain. Selain itu juga berdasarkan firman Allah Ta'ala yang bermaksud "Dan apabila dibacakan Al-Quran hendaklah kamu dengarkan ia dan diamlah sambil memperhatikan (bacaannya), agar kamu diberi rahmat." (Surah Al-A'raaf ayat 204).

Ayat ini asalnya berbentuk umum yakni di mana saja kita mendengar bacaan Al-Qur-an, baik di dalam solat mahupun di luar solat, wajib diam mendengarkannya. Tetapi umumnya ayat ini telah menjadi khusus dan tertentu (wajibnya) hanya untuk solat, sebagaimana telah diterangkan oleh Ibnu Abbas, Mujahid, Sa'id bin Jubair, Adh Dhohak, Qotadah, Ibrahim An Nakha’i, Abdurrahman bin Zaid bin Aslam dan lain-lain.
(Lihat Kitab Tafsir Ibnu Katsir II/280-281).


RAMAI TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’

Ramai di kalangan jemaah begitu malas untuk mengeraskan bacaan amin sesudah imam selesai membaca surah fatihah. Ini bertentangan sama sekali dengan sunnah Rasulullah SAW. "Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."
(Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Abu Dawud)

Hadis tersebut mensyari'atkan para imam untuk mengeraskan bacaan amin. Demikian yang menjadi pendapat Imam Bukhari, As-Syafi'i, Ahmad, Ishaq dan para imam fikih lainnya.

Dalam shahihnya, Bukhari membuat suatu bab dengan judul 'baab jahr al-imaan bi al-tamiin' (ertinya: bab tentang imam mengeraskan suara ketika membaca amin). Di dalamnya dinukil perkataan (atsar) bahawa Ibnu Al-Zubair membaca amin bersama para makmum sampai seakan-akan ada gaung dalam masjidnya.
"Bila imam selesai membaca “ghoiril maghdhuubi 'alaihim waladhdhooolliin”, ucapkanlah amiin (kerana malaikat juga mengucapkan amiin dan imam pun mengucapkan amiin). Dalam riwayat lain: "(Apabila imam mengucapkan amiin, hendaklah kalian mengucapkan amiin) barangsiapa ucapan aminnya bersamaan dengan malaikat,

(dalam riwayat lain disebutkan: "bila seseorang di antara kamu mengucapkan amin dalam solat bersamaan dengan malaikat di langit mengucapkannya), dosa-dosanya masa lalu diampuni."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, An-Nasa’i dan Ad-Darimi)

Rasulullah SAW bersabda: "Jika imam membaca amiin maka hendaklah kalian juga membaca amiin." Hal ini mengisyaratkan bahwa membaca amiin itu hukumnya wajib bagi makmum.

p/s : Semasa Bacaan di lafazkan dalam solat, Ada pendapat menyatakan ia adalah latihan paling sempurna untuk pelajar yang mendalami Ilmu Tenaga Dalam (TD / TDI) kerana Ia berkaitan dengan cara pernafasan yang betul dan sempurna. Saya tiada ilmu berkaitan perkara ini. Tuan Paranorms atau Tuan Maybal jika di izinkan olehNya, Sila curahkan sedikit ilmu berkaitan perkara ini. berkenaan 'Harkat' atau apa saja..
Wink

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum