Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Thu Nov 18, 2010 12:13 pm

First topic message reminder :

Salam semua..

Sabda Nabi s.a.w.
“Solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat”
[H.R. Bukhari]

Aku tak pernah lihat Nabi s.a.w. solat
Harap dapat dijelaskan kepada saya bagaimana cara solat yang betul..

p/s: harap thread ini tidak mendatangkan rasa kemusykilan kepada pembaca.

kenapa ada perbezaan antara solat wanita dan lelaki..
p/s: harapp dapai berkongsi ilmiah ini demi memperbaiki diri.

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down


Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Wed Dec 01, 2010 4:39 pm


Contoh Gerakan Mengangkat Takbirratul Ihram Yang Betul

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Fri Dec 03, 2010 7:13 am


Tempat Kedudukan Tangan Selepas Takbiraul Ihram

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Fri Dec 03, 2010 4:44 pm

RUKUK, SUJUD DAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA

Solat ekspres! Inilah kesilapan yang paling ramai dilakukan. Ramai di kalangan kita yang mengerjakan solat tidak memberi perhatian yang sewajarnya terhadap “thuma’ninah”. Malah ada di kalangan imam jema’ah juga tidak menyempurnakan “thuma’ninah” ini. Ini dapat diperhatikan ketika imam berpindah rukun.

Hal ini jelas kedengaran kerana mikrofon kecil yang disangkut di baju imam membuktikan imam tidak menyempurnakan “thuma’ninah”. Suara imam jelas kedengaran…….ketika imam rukuk, bacaan semasa rukuk senafas sahaja.

Maksudnya bersambungan lafaz "Rabbana lakal-ham-d " dengan "Sami-allahuliman-hamidah". Mana “thuma’ninah”nya? Sebetulnya, bacaan"Allahuakhbar " kemudian, bergerak ke rukun rukuk. Dah betul-betul confirm rukuk atau tenang dalam rukuk (setidak-tidaknya ambillah nafas dulu), barulah kita baca "subha-narabbial-'azim.." (sekurang-kurangnya 3 kali bacaan). Tenangkan diri terlebih dahulu di setiap peralihan rukun sebelum membaca tasbih atau zikir rukun berkenaan.

Bacalah dengan tartil. Jangan baca secara kelam kabut. Tenangkan diri di setiap peralihan rukun.

Susahkah kita hendak menyempurnakan “thuma’ninah” sebegini – solat dengan ‘tenang’?

Bukankah solat itu bermakna kita sedang bermunajat kepada Allah Subhanahuwa Ta’ala?

Berjumpa dengan Allah Subhanahuwa Ta’ala pun secara kelam kabut ke! Masya-Allah …………. Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”
(Hadis riwayat Imam Thabrani dan Hakim).

“Thuma’ninah” adalah salah satu rukun sembahyang. Apabila kita tidak mengerjakan rukun solat, maka hukumnya sembahyang kita jadi tidak sah. Solat tanpa “thuma’ninah” tidak akan diterima Allah Ta’ala.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW: Apabila engkau hendak solat, sempurnakanlah wudhuk, kemudian mengadap kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah dari ayat Al-Qur’an mana yang kamu dapat, kemudian rukuklah hingga engkau tenang dalam rukuk lalu bangkitlah dari rukuk (Iktidal) hingga kamu tegak lurus berdiri. Kemudian sujudlah hingga engkau tenang dalam sujud dan bangkitlah dari sujud sehingga engkau tenang dalam duduk antara dua sujud. Kemudian sujud lagi sehingga engkau tenang dalam sujud. Berbuatlah dengan cara yang demikian itu pada semua solatmu.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Perhatikan perkataan ini….."hingga kamu tenang, hingga kamu tenang, hingga kamu tenang." Sebanyak tiga kali Rasulullah SAW mengulanginya. Ini bermakna Rasulullah SAW mengkehendaki kita menitik beratkan thuma’ninah. Ada orang solat, sewaktu angkat takbir, langsung saja baca do’a iftitah. Tidak memerhatikan thuma’ninah. Kalau rukuk, asal rukuk ada kadar sahaja, belum pun confirm rukuknya itu benar-benar berada dalam posisi rukuk, dah mula nak bangun iktidal. Inilah rupa solat orang zaman sekarang!

Perhatikan amaran ini, dari Abu Mas'ud Al-Badri Radhiyallahu 'anhu, bahwa ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Solat seseorang itu tidak sah, sebelum ia meluruskan punggungnya baik ketika rukuk mahupun sujud".
(Hadis riwayat Imam Abu 'Awwanah dan Abu Dawud)

Sewaktu rukuk, pastikan punggung kita benar-benar berada dalam keadaan rukuk, ambil nafas dulu, barulah kita baca bacaan rukuknya. Bacalah secara tertib. Ambil tahu maknanya.

Jangan baca kelam kabut. Baca secara tartil 3 kali tasbihnya dengan 3 kali nafas (sekurang-kurangnya). Sebelum bangun, ambil dulu nafas, baru kita bangun. Itulah maksud Nabi s.a.w "hingga kamu tenang."

"Rasulullah SAW bila rukuk, baginda meluruskan dan membentangkan punggungnya sehingga bila air dituangkan di atas punggung baginda, air tersebut tidak akan bergerak."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Thabrani, Abdullah bin Ahmad dan ibnu Majah)

Semasa posisi Rukuk, Kedudukan antara kepala dan punggung hendaklah lurus, kepala tidak mendongak dan tidak pula menunduk ke bawah tetapi tengah-tengah antara kedua keadaan tersebut.

"Rasulullah SAW tidak mendongakkan kepalanya dan tidak pula menundukkannya."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Abu Dawud)

Perhatikan hadis ini. "Rasulullah SAW menjadikan rukuk, berdiri setelah rukuk (i’tidal) dan sujudnya, juga duduk antara dua sujud hampir sama lamanya."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Dan bandingkan pula dengan sembahyang kita. Apakah rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud yang kita lakukan selama ini, sama lamanya? Rukuk kita….tak sampaipun 5 saat. Sujudpun asal cecah dahi sahaja!

Jangan rukuk ala kadar, jangan baca kelam kabut. Ini semua boleh membatalkan sembahyang kita. Begitu juga ketika iktidal. Bangkitlah dari rukuk dengan tenang. Bacalah dengan tertib. Jangan cepat nak sujud. Tenangkanlah diri terlebih dahulu sebelum bergerak ke rukun sujud.

Pastikan disertai dengan mengangkat kedua tangan sebagaimana waktu takbiratul ihram. Hal ini berdasarkan keterangan beberapa hadis, di antaranya: Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu, ia berkata: "Aku melihat Rasulullah SAW apabila berdiri dalam solat mengangkat kedua tangannya sampai setentang kedua bahunya, hal itu dilakukan ketika bertakbir mahu rukuk dan ketika mengangkat kepalanya (bangkit) dari rukuk sambil mengucapkan
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Malik).

Pastikan iktidal kita benar-benar tegak berdiri sebelum menuju ke rukun sujud. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang bermaksud:"Kemudian angkatlah kepalamu sampai engkau berdiri dengan tegak (sehingga tiap-tiap ruas tulang belakangmu kembali pada tempatnya)."

(Dalam riwayat lain disebutkan: "Jika kamu berdiri i'tidal, luruskanlah punggungmu dan tegakkanlah kepalamu sampai ruas tulang punggungmu benar-benar tegak berdiri)."
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, dan riwayat lain oleh Imam Ad-Darimi, Hakim dan Ahmad)

Malah Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak sudi melihat orang yang mengerjakan sembahyang yang tidak melakukan “thuma’ninah” ketika i’tidal sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Allah tidak akan melihat sembahyang seorang hamba yang tidak meluruskan tulang rusuknya di antara rukuk dan sujud (yakni iktidal).” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani – sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Kabir).

Masya-Allah, apa jadi dengan solat kita sekiranya Allah Subhanahu Wa Ta’ala pun tidak sudi melihat solat kita, sebagaimana maksud hadis ini. Alangkah bodoh dan ruginya kita, selama ini kita mengerjakan solat tidak menitik-berat atau tidak memperdulikan kesempurnaan “thuma’ninah”. Solatlah dengan tenang, dengan menitikberatkan “thuma’ninah”.

Ketika sujud, kita hendaklah benar-benar berada dalam posisi sujud. Tenang dulu, tarik nafas dahulu sebelum membaca "Sub-hanarab-bial-'ak-la..." Bacalah dengan tertib dan tenang. Pastikan dahulu, dahi dan hidung benar-benar menempel di sejadah/tempat sujud. Ramai di kalangan kita, asal dahi cecah tempat sujud, langsung sahaja membacanya.

Malah ada juga yang " Allahuakbar " (ketika hendak sujud) bersambungan dengan bacaan sujud (senafas sahaja). Langsung tidak ada “thuma’ninah”nya. Jangan kelam kabut! Begitu juga ketika beralih rukun kepada duduk antara dua sujud. Hendaklah kita tenang dalam setiap pergerakan rukun. Sekali lagi ditegaskan, jangan sembahyang kelam kabut. Kerana solat secara kelam kabut, boleh membatalkan solat kita.

Mahukah kita termasuk dalam golongan “Sebetulnya engkau tidak solat. Kalau engkau mati (dengan mengerjakan solat yang sedemikian rupa), maka engkau mati bukan di dalam agama Muhammad SAW.”

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Wed Dec 08, 2010 10:37 am

Menurut Imam Ghazali, makna batin dalam Shalat memiliki banyak ungkapan, namun terangkum dalam enam perkara, yaitu kehadiran hati, taffahum (kefahaman), ta’dzim (rasa hormat),
haibah (rasa takut yang bersumber dari rasa hormat), raja’ (pengharapan), dan haya (rasa malu).
Memastikan Kehadiran hati ketika melakukan apapa gerakkan, Maksudnya mengosongkan dan menjaga dialog hati, dari segala sesuatu yang tidak ada hubungannya dengan amalan yang sedang dikerjakan. Juga pikirannya tidak boleh memantau dari selain perbuatan dan hati, yang sedang terkait dengan amalan.

Secara Ringkasnya, dinyatakan seperti dalam rajah ini.



Semoga dapat manfaat kepada sesiapa yang inginkan.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H.

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by Paranorms on Tue Dec 14, 2010 12:35 pm

teruskan tuan ifahuzir.....sgt bgs panduan2 yg tuan kongsikan ttg solat ni. nti kita cuba kaji ttg hakikat2nya pula tuan Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by cupi_ketchum on Thu Dec 16, 2010 7:34 am

Marve;ous!! Tiada yg lebih indah dan nikmat selain solat.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by mata besar on Thu Dec 16, 2010 10:15 pm

jazakumullah khairan.
semoga Allah membalas kebaikan kalian

mata besar
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Female
Number of posts: 369
Age: 25
Location: bumi
Registration date: 2008-04-23

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by mata besar on Thu Dec 16, 2010 10:29 pm

"sesungguhnya solat itu mencegah daripada keji dan mungkar (surah al-ankabut 29:45)

SOLAT MENCEGAH KEMUNGKARAN?SOLAT YANG MACAM MANA..SILA KLIK LINK:
http://www.terjah.com/articles.php?article_id=45


allahua'lam

mata besar
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Female
Number of posts: 369
Age: 25
Location: bumi
Registration date: 2008-04-23

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Tue Dec 21, 2010 12:02 pm

Susah solat nih..

bukan sekadar sebutan dan kelakuan sahaja... ia perlu berterusan walaupun ketika mahu tidur..

Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk. (Al-Baqarah 2:238)

Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; (Al-Ma'aarij 70:23)

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; (Al-Ma'aarij 70:34)

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; (Al-Mu'minuun 23:9)

Bersamalah kita "menetapkan" solat/sembahyang ini.. bukan ketika bersolat sahaja.. ia perlu sebelum dan selepasnya juga!!

Marilah Pelihara solat untuk diri kita kerana Allah s.w.t..

Hayatilah Wahyu ini..

Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)?
Tidak sekali-kali! (Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya. Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya, sesungguhnya Kami berkuasa (Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.

Oleh itu, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main, sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!

(Al-Ma'aarij 70:38-42)

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by Paranorms on Wed Jan 05, 2011 7:55 pm

Rahsia Solat.....


solat adalah rukun islam yg ke 2 selepas mengucap 2 kalimah syahadah. mengucap 2 kalimah syahadah adalah pengakuan bahawa kita islam. kemudian setelah islam apa perlu di buat? yg pertama sekali adalah solat...begitulah rukun islam disusun mengikut kepentingannya. kepentingan itu utk siapa? adakah utk Allah atau utk nabi? tidak sama sekali...kepentingan itu adalah utk kita.

betapa pentingnya dan betapa tngginya nilai solat di sisi Allah sehingga utk menerima perintah solat nabi kita Muhammad SAW dijemput datang menghadap langsung kpd Allah, di dlm peristiwa isra' dan miraj. ibadat solat diterima oleh nabi tanpa ada perantara spertimana ibadat-ibadat yg lain. di sini kita sendiri sudah boleh memikirkan betapa pentingya solat. betapa dalamnya rahsia solat yg selama ini mungkin kita krg memberi perhatian.


..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by Paranorms on Wed Jan 05, 2011 7:56 pm

Hidup Penuh Cabaran

kita manusia dicipta dan dibekali dengan kekuatan yang sangat hebat sebagai bekal utk menjadi khalifah di muka bumi ini, mengolah kehidupan secara harmoni dan seimbang. menjadi khalifah utk memakmurkan bumi ini secara global penuh dgn rintangan cabaran dari byk penjuru. tanggungjawab kita sbg khalifah sgt berat. plg kurang pun kita perlu membimbing diri kita agar menjadi manusia yg benar dan sukses dunia akhirat. kemudian kita perlu pula membimbing ahli-ahli keluarga kita. lebih luas lagi kita perlu membimbing organisasi2 yg berada di bawah tanggungan kita, syarikat kita, kumpulan kita, bagi pemimpin yg lbh global lagi lebih berat tanggungannya aiitu memimpin satu daerah, negeri, negara malahan 1 dunia ini. makin besar kuasa kita, makin besarlah tanggungkawabb kita di hadapan Allah kelak.

oleh itu kita perlukan kekuatan utk menghadapi semua rintangan yg sentiasa menanti perjuangan kita dalam proses kita mengolah kehidupan. berita baiknya adalah, kekuatan ini dapat dibangkitkan dan dilatih melalui ibadah yg sgt sederhana, iaitu SOLAT.





..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by Paranorms on Thu Jan 06, 2011 4:29 pm

Solat ibadah yang sempurna


solat adalah ibadah yang sempurna utk membina diri insan secara holistik atau menyeluruh dari semua aspek iaitu spiritual, mental dan fizikal. membina peribadi haruslah menitik beratkan ketiga-tiga aspek ini, ketiganya harus seimbang dan harmoni. di dalam solat, gerakan2nya adalah satu senaman yang sangat sempurna utk menyihatkan tubuh, jika dilakukan dengan benar.

ketika solat seluruh tubuh, mental dan rohani kita dikembalikan ke proses rehatnya yg paling dalam. jiwa kembali meluncur menuju Allah utk menerima bekalan energy yg baru serta inspirasi2 yg berguna utk menyelesaikan semua persoalan hidupnya. ramai manusia yg kekeringan jiwanya kerana kesibukan dunia lari ke alam spiritual melalui meditasi-meditasi samada yg berbentuk gerakan seperti tai chi, yoga atau meditasi diam seperti reiki dan yg sejenisnya. melalui meditasi jiwa kembali ke alam ketenangan, kembali ke 'zero' lalu muncul semula membawa pencerahan-pencerahan.

solat juga adalah satu bentuk meditasi. ia merupakan meditasi tertinggi dalam islam. solat bukan hanya menghantar jiwa masuk ke alam keheningan, malahan lebih tggi lagi iaitu terbang menuju penciptanya.meditasi biasa adalah memfokuskan fikiran ke arah satu objek samada ia mentera-mentera, bayangan-bayangan yg diyakini ada kuasa tertentu oleh pengikutnya dan lain-lain lagi.

semakin dilatih maka semakin dalamlah gelombang fikiran, semakin tenang dan mantap. daya fokus tidak lagi mudah lari ke sana sini. emosi juga semakin stabil. semakin lama tnpa disedari muncullah pula kelebihan-kelebihan yg istimewa spt kekuatan penyembuhan, daya tenaga yg sgt kuat utk menggerakkan benda-benda berat, kekebalan, dan mcm2 lagi kesaktian. padahal latihannya cuma meditasi yg sederhana saja, iaitu memfokuskan fikiran dan mengheningkan jiwa. benar mmg boleh...tnpa bantuan jin sama sekali.

bg yg menyangka bahawa kekuatan-kekuatan sebegitu hanya blh didapatkan dgn adanya pendamping mkhluk halus, maka sebenarnya dia tidak tahu betapa hebatnya manusia ini sebenarnya. Allah sbg pencipta seluruh alam mengiktiraf kehebatan manusia, sehingga seluruh malaikat dan iblis pun disuruh bersujud di hadapan Adam. lalu kenapa kita menafikan kehebatan kita sndiri? mengapa harus ada jin yg mendampingi baru blh ada kehebatan2 sebegitu? hehe

selama ini kita sbnrnya bermeditasi. apapun ilmu yg kita tuntut maka sbnrnya kita bermeditasi. yg bljr tenaga dalam bermeditasi dgn tenaga dalamnya. ia memfokuskan jiwanya pada jurus, nafas dan aliran tenaga dalamnya. bagi yg bljr reiki bermeditasi dgn fokus kpd aliran energy, cakra-cakra atau simbol2 reikinya. bagi yg bljr ilmu hikmah bermeditasi melalui bacaan-bacaannya. caranya berbeza tapi intinya sama iaitu, MELATIH FOKUS JIWA.

rupanya hanya begitulah hakikat semua ilmu yg pernah kita tuntut. hanya sekadar melatih jiwa agar fokus lalu masuk ke alam keheningan dan meningkat getarannya sehingga muncul kekuatan-kekuatannya yg sgt special. tanpa kita sedar, rupanya utk tujuan begini, SOLAT adalah satu latihan yg terbaik kerana ia adalah ilmu yg memang langsung dicipta oleh Allah yang maha tahu ttg JIWA kita ini. solat adalah ilmu Islam yg paling lama, tidak pernah berubah sistemnya, dan sesuai utk semua golongan pada setiap zaman. ah, rupanya alangkah indahnya SOLAT itu... dgn solat jiwa ini dapat mi'raj menuju Allah tanpa halangan. dengan solat semua kehebatan yg terpendam di dlm jiwa ini akan terbongkar. dengan solat semua persoalan akan terbuka dgn lapang.

ah, patutlah ketika azan bilal mengatakan " haiyya 'alassolah, haiyya 'alal falah...marilah dirikan solat, marilah menuju kejayaan "...rupanya solat adalah jalan menuju kejayaan yg sempurna di dunia dan akhirat. betapa kita tidak sedar selama ini...betapa panjang masa yg perlu kita ambil baru kita sedar bahawa berlian yg sgt berharga sudah ada di dalam genggaman... Allahuakbar....

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Fri Jan 07, 2011 10:59 am

Bagus pengenalan Intronya..

mohon dinukil selanjutnya..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by maybal on Tue Jan 25, 2011 6:29 am

harus di terusin lagi penjabaran ilmu solat yang bener...

mudah2an rame yang bisa menafaat dari nukilan ini.....

yah...silakan tuan ifahuzir sama tuan paranorms...rame yang ternanti2 hakikat solat yang jelas.....

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by ifahuzir on Mon Feb 21, 2011 3:28 pm

Hakikat Solat

Solat Subuh.
Adalah simbol sebagai Penyatuan Tubuh Kasar dan Tubuh Halus. Dalam Diri Manusia Khasnya terdiri dari Unsur˛ fizikal dan Roh. Solat subuh terdiri dari 2 Rakaat dan hakikat kepada 2 rakaat ini adalah Roh dan Fizikal.

bersambung.. Hakikat Solat Zohor.

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Solat.. Tatacara fizikal yang sebenar..

Post by Shu Omar on Sun Dec 11, 2011 12:14 am

satu tajuk dan diskusi yang sangat menarik dan mantap. tq kerna berkongsi ilmu

Shu Omar
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 422
Age: 27
Location: Kedah Darulaman
Registration date: 2008-02-18

http://www.facebook.com/shuomar

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum