Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

SILA BACA | PLEASE READ - Peraturan Forum | Forum Rules

View previous topic View next topic Go down

SILA BACA | PLEASE READ - Peraturan Forum | Forum Rules

Post by Admin on Sun Jan 16, 2011 8:37 pm

Anda WAJIB membaca dan memahami peraturan-peraturan forum seperti yang telah ditetapkan di bawah :-


- Sila berforum dengan berhemah tanpa menggunakan kata-kata kesat, memaki hamun, mengutuk sesama sendiri & mengeluarkan kata-kata yang berbentuk provokasi terhadap sensiviti sesuatu isu & berbentuk perkauman.

- Spam, mencelah dengan kata-kata berbentuk promosi atau provokasi (hijack), berbual kosong atau lari dari tajuk topik (offtopic) adalah tidak dibenarkan.

- Setiap topik/post yang berbentuk taktik mahupun strategi mempromosi website/blog yang digunakan semata-mata untuk mendapatkan traffic/backlink adalah tidak dibenarkan kecuali di bahagian 'thread' bertajuk "Iklan Perniagaan".

- Pembukaan topik baru mengenai perkara/isu/program/cerita/artikel sama/lebih kurang sama seperti yang telah dibincangkan terdahulu adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, anda di nasihatkan supaya membuat 'carian' terlebih dahulu sebelum membuka topik baru.

- Spam & sebarang bentuk promosi di dalam "Private Message" adalah tidak dibenarkan. Sekiranya aduan diterima, akaun anda akan ditamatkan untuk tempoh yang tetap (Permanently Ban).

- Anda tidak dibenarkan membuka lebih dari SATU ID. Sekiranya dikesan, akaun anda akan ditamatkan untuk tempoh yang tetap (Permanently Ban).

- Sebarang promosi terhadap sebarang item/website/3rd party link website/apa-apa material yang mengandungi unsur-unsur cetak rompak atau produk & perkhidmatan yang merujuk dari sumber yang tidak sah/menyalahi undang-undang Kerajaan Malaysia adalah tidak dibenarkan.

- Sekiranya anda ingin membuka sesuatu topik, pastikan anda mematuhi prosedur, peraturan & larangan yang telah ditetapkan di ruangan mengisi topik baru (New Thread)

- Perbincangan sesama ahli adalah di dalam forum semata-mata, tanpa perlu mengajak/mempromosi ke tempat perbincangan/kumpulan selain di dalam forum.

- Posting yang berbentuk semata-mata image 'smilies' atau ayat-ayat yang tidak berfaedah seperti "tumpang lalu" dan apa-apa ayat yang boleh diklasifikasikan sebagai tidak berfaedah adalah suatu bentuk Spam. Spam sama sekali tidak dibenarkan di dalam forum.


Segala peraturan di atas adalah untuk memastikan keberkesanan perjalanan forum dan lebih tersusun. Kami mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih di atas kerjasama anda mematuhi peraturan-peraturan forum.

Peraturan forum akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa, SELAMAT BERFORUM!!

Admin
Administrator
Administrator

Male
Number of posts: 142
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-01-22

http://www.paranorms.org

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum