Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by ifahuzir on Wed Jan 19, 2011 4:49 pm

silakan..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by ifahuzir on Wed Jan 19, 2011 4:53 pm

kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel...,

ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.. perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.. lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

SUMBER : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10180.0

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by cupi_ketchum on Wed Jan 19, 2011 8:10 pm

Nice sharing. Sangat2 bagus. Subhanallah.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by ifahuzir on Fri Jan 21, 2011 3:53 pm

Hidangan dari langit

Syeikh Ibrahim al-Khawas menceritakan pengalamannya, pada suatu hari ia meninggalkan negerinya menuju Mekah untuk menunaikan ibadah Haji. Ia berjalan tanpa kendaraan dan perbekalan apapun. Ditengah perjalanan ia tersesat hingga tidak tahu arah mana yang harus dituju. Tiba tiba ia melihat seorang pendeta Nasrani yang bergegas menuju padanya, pendeta itu berkata:” Wahai pendeta Muslim, bolehkah aku bersamamu diperjalanan ?”

“ Tentu saja boleh “ jawab Ibrahim al-Khawwas , ia merasa gembira karena sekarang ia tidak sendiri lagi dijalan, ada pendeta nasrani itu yang menemaninya. Mereka berjalan selama tiga hari tiga malam tanpa merasakan makan dan minum. Mereka telah merasa haus dan lapar, namun demikian masing masing mereka terus berdiam diri antara satu dengan yang lainnya.

Sampai pada satu ketika pendeta Nasrani itu sudah tidak tahan lagi, ia berkata : “ Wahai pendeta Muslim, apakah engkau tidak membawa makanan untuk kita nikmati bersama ? “. Ibrahim al-Khawas terkejut mendengar pertanyaan pendeta Nasrani itu. Selama ini ia selalu bertanya dalam hati apakah pendeta nasrani ini tidak membawa perbekalan makanan atau minuman . Sudah tiga hari mereka tidak makan dan minum, sekarang ia baru tahu bahwa pendeta itupun tidak membawa apa apa. Ibrahim bimbang, apa yang harus ia katakan pada pendeta itu ?.

Tiba tiba terlompat ucapan yang berani dari mulutnya: “ Ya, ada “

“Kalau begitu marilah kita nikmati bersama“ Usul pendeta nasrani itu dengan wajah berseri.

Ibrahim terkesiap oleh ucapannya yang spontan itu, ia baru sadar bahwa ia telah berdusta. Mana mungkin ia mengajak pendita itu untuk makan bersama karena diapun tidak membawa makanan seperti yang diucapkannya tadi. Wajahnya jadi pucat lesu, tidak ada jalan lain selain memohon pada Allah. Ibrahim al Khawwas menengadahkan tangannya kelangit, dan berdo’a :

“ Ya Tuhan hamba, wahai penguasa yang tiada terbatas, berilah hamba sesuatu untuk menghilangkan lapar dan dahaga kami berdua, dan janganlah sampai hamba dihinakan dihadapan pendeta nasrani ini, ya Allah ! ya Tuhanku ! dengarlah permohonan hamba ini “

Tiba tiba turunlah dari angkasa sebuah talam yang berisi roti, daging dan secerek air. Merekapun memakan hidangan itu berdua hingga kenyang, dan merekapun bersyukur kepada Allah yang maha pemurah yang telah menurunkan karunia-Nya yang luar biasa itu kepada mereka. Kemudian merekapun melanjutkan perjalanan tanpa membicarakan apa apa tentang kejadian menakjubkan yang barusan terjadi. Orang Nasrani itu kelihatannya tidak merasa heran, seolah olah hal itu perkara biasa saja walaupun sebenarnya Ibrahim al-Khawas dalam hatinya merasa takjub dengan kejadian itu, karena ia baru pertama kali ia mengalami hal seperti itu.

Kini sudah tiga hari pula berlalu, mereka berjalan tanpa makan dan minum. Pada hari keempat Ibrahim berkata kepada pendeta Nasrani itu :” Wahai pendeta Nasrani , sekarang giliranmu pulalah untuk mengeluarkan apa yang ada padamu untuk kita makan dan minum bersama “

“ Baiklah “ jawab pendeta Nasrani itu dengan tenang. Ibrahim merasa heran dengan ingin melihat apa yang akan dilakukan oleh pendita Nasrani itu

Pendita Nasrani itu menengadahkan kedua tangannya kelangit dan berdo’a. Tiba tiba turunlah dari angkasa dua buah talam yang penuh berisi makanan dan minuman. Pendita Nasrani itu mempersilahkan Ibrahim untuk menikmati hidangan yang datang itu. “ Ini ada dua buah talam, satu untuk aku dan yang lain untukmu “ Kata pendeta Nasrani itu.

Ibrahim tercengang , tidak tahu apa yang akan dikatakan. Beberapa waktu yang lalu ia meminta kepada Allah dan mendapat sebuah talam yang berisi makanan, sekarang pendita itu mendapatkan dua buah talam yang penuh berisi makanan.

Silahkan dimakan “ kata pendeta Nasrani itu.

“ Tidak !, demi Allah aku tidak akan memakannya sampai engkau menjelaskan terlebih dulu padaku tentang makanan dan minuman ini” kata Ibrahim dengan penuh penasaran.

Pendeta itu lalu menjawab dengan wajah yang berseri :

“ Selama saya menemani tuan, saya benar benar tertarik dengan amalanmu, dan saya yakin bahwa selama ini diriku dalam kesesatan yang nyata, dan jelas sekalai saya tidak akan mampu berbuat seperti yang tuan lakukan itu. Karena itu saya memohon kepada Allah tuhanmu, dengan perantaran kesolehan dan kekeramatan tuan, semoga Allah berkenan memberi makan dan minum bagi kita berdua. Rupanya do’a itu dikabulkan, inilah dia makanan dan minuman yang diberikan-Nya, dan diberikan-Nya kita dua buah talam sebagai karunia nhidangan dari sisi-Nya. Maka sekarang saksikanlah bahwa saya telah memeluk Islam , Asyhadu alla ilaaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah “ .

Ibrahim terperanjat sekaligus gembira mendengar penjelasan pendeta Nasrani itu, ia merangkul pendeta nasrani itu dengan perasaan haru. Selanjutnya mereka berdua menikmati hidangan itu , dengan perasan gembira dan penuh rasa syukur pada Allah yang telah menurunkan hidangan itu bagi mereka berdua.

Selesai makan dan minum pendeta itu bertanya pada Ibrahim :” Setelah ini kemana tujuanmu”

“Aku akan ke Mekah untuk menunaikan haji “ jawab Ibrahim.

“ Kalau demikian akupun akan mengikutimu untuk menunaikan ibadah haji pula “ kata pendeta itu. Selajutnya mereka berduapun melajutkan perjalanan bersama sama menuju Mekah untuk menunaikan haji.


Sumber : www.fadhilza.com

p/s : Pasni bleh la saya memohon menggunakan perantaraan Tuan Cupi ataupun Master² semua ya.. cyclops

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by Omera on Fri Jan 21, 2011 7:09 pm

Saya pernah merawat diri sendiri menumpang energy tuan Paranorms... Alhamdulillah ada keberkesanan... Masa tu sakit kepala sampai berpeluh2...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by cupi_ketchum on Fri Jan 21, 2011 7:14 pm

Jangan pakai nama saya, ehehhe. Kaedah yg diceritakan di atas itu sebenarnya adalah tawasul. Iaitu berdoa dgn "menumpang" berkat dari org2 alim atau ulama. Tawasul yg kebanyakkan dipakai adalah drpd Rasulullah SAW.

Contoh, Ya Allah! Aku memohon dgn rahmat dan berkat kesucian nabi ku Muhammad SAW. Dgn kuasa mu Ya Allah. Kurniakan lah aku rezeki dgn segera keranaa aku benar2 memerlukannya di saat ini.

Di atas adalah contoh tawasul yg kita biasa gunakan. Tawasul yg sempurna, disertakan dgn berkat para Rasul2, sahabat nabi, alim ulama, guru2 dan ibubapa kita.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by ifahuzir on Mon Jan 24, 2011 7:51 am

cupi_ketchum wrote:Tawasul yg sempurna, disertakan dgn berkat para Rasul2, sahabat nabi, alim ulama, guru2 dan ibubapa kita.


Iya.. sebelum ini pernah menggunakan kaedah tawasul ini, tapi apabila dikatakan khurafat.. terus tak buat dah.. ngeh³.. pasni kene buat balik arr.. mohon beri kebenaran yer tuan cupi..

p/s: Jika guna nama tuan cupi, apa hasilnya yah?? sunny

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by cupi_ketchum on Mon Jan 24, 2011 9:44 am

Hehehe, nama saya tak ada berkat pun. Insyaallah, tawasul itu tidak khurafat. Kecuali jika bertawasul kpd kubur2 lama dan benda2 yg mengarut seperti berkat dari barang2 purba.

Kalau pakai nama saya, konfom rasa mau tidur selalu. hahaha lol!

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by Omera on Mon Jan 24, 2011 10:02 am

Tapi kan pernah keluar dalam paper... orang tu merawat pesakit kononnya memohon berkat gurunya... tapi si pesakit ker atau wartawan ker gitulah macam dah tersalah anggap seolah2 pusat perubatan ni dah terpesong gitulah lebih kurang...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by ifahuzir on Mon Jan 24, 2011 10:14 am

Hrmm.. Tu la pasal.. Jika nak di ikutkan sangat (fanatik), apapa yang nak dibuat pun xleh, walhal setelah melarikan diri sorang² dok dalam hutan pun Tetap salah.

Kenapa salah? kita renungkan bersama yer..
dok dalam hutan tu konon leh makan apa² saja... SALAH!!!
bila dimakan pucuk kayu di hutan tersebut, bukan ke perlu mendapatkan kebenaran? kebenaran dari sape? dah tentu hutan tu milik raja yang memerintah!!
nak memburu,? hutan tu milik Raja jugak... (kalau nak berdebat lah (secara fanatik)) nakkan dokumen bukti tanah tu milik raja? sesemuer tu ada..

sama-sama la kita fikirkan mengapa Allah tu maha pemurah dan pengasih kepada sekelian makhluknya.. Subhanallah..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by cupi_ketchum on Mon Jan 24, 2011 10:34 am

Perasaan fanatik inilah yg selalu membawa kpd ekstremis. Buat saja sekadarnya asalkan tidak melanggar hukum.


..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by Omera on Mon Jan 24, 2011 11:53 am

Bukan apa... sekarang ni setiap perbuatan yang agak janggal di mata umum akan dipertikaikan... Jadi susahlah ahli paranormal ker perubatan islam ker nak menyerlahkan diri...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by ifahuzir on Mon Jan 24, 2011 12:53 pm

Omera wrote:Bukan apa... sekarang ni setiap perbuatan yang agak janggal di mata umum akan dipertikaikan... Jadi susahlah ahli paranormal ker perubatan islam ker nak menyerlahkan diri...


yeah.. ikut lah.. sape nak try cuba, tanggung sendiri lah.. masalahnya semakin kita berusaha untuk AGAMA kita, semakin banyak la cerita² yang tak baik keluar (dari media cetak mahupun TV).. (dugaan la tuh)

Jadi???? media ni pun satu, tempat yang "buat hal" tu dia tak dedahkan pulak.. dah la yang tak berkenaan pulak terima kesan, akibat, terlibat, terjerat, merempat, dilakhnat, disukat, lelebih pulak.. apo bleh buek jang...

buek tatau jer.. Matlamat kita adalah Allah s.w.t. selagi kita menjaga Haq Allah s.w.t. selagi itu lah Allah akan Jaga Haq kita yeob..!!! 10 kali ganda yeob!!! bukan 8.75% (keuntungan ASB Kerajaan bagi)

Jangan lemah semangat Jang!!! Satukan Akidah dan Iktikad. Jika Allah s.w.t. yang kita kejar... seeeeeegala keeeeemewahan, keeeeebanggaan, keeeeeerajaan, keeeeeeeekayaan, keeeeeeeemakmuran, keeeeeeeemasyhuran, keeeeeeeyakinan, keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeewanitaan akan kejar kita yeob!!!!

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by Paranorms on Mon Jan 24, 2011 2:10 pm

bertawassul sgt dekat dgn ' syirik'....so hati2lah Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by ifahuzir on Mon Jan 24, 2011 2:26 pm

Paranorms wrote:bertawassul sgt dekat dgn ' syirik'....so hati2lah Smile


InsyaAllah.. Saya pun masih kurang faham berkenaan perkara ini.. bleh tolong explenkan? lebih² lagik yang menjurus kepada syirik tuh..

macamana leh dikatakan syirik bila bertawassul?

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by Paranorms on Mon Jan 24, 2011 2:36 pm

bertawassul tidak syirik, ia sgt baik...namun di situ pemisah antara tauhid dg n syirik sgt2 tipis...sedikit saja keyakinan kita melencong menghebatkan individu yg dijadikan tawassul maka kita sdh syirik...ini sgt halus. malah mungkin kita takkan sedar...so berhati-hatilah Smile


..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by ifahuzir on Mon Jan 24, 2011 3:27 pm

Owh.. Noted..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by cupi_ketchum on Tue Jan 25, 2011 1:52 pm

Dalam tawasul, jika hati kita menetapkan bahawa doa kita termakbul kerana org yg alim tadi, maka jatuh syirik utk tawasul tadi.

Tawasul yg benar adalah dgn niat mengambil berkat dari kesolehan org yg kita sebut itu, dan yg paling baik adalah dari para rasul.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by maybal on Tue Jan 25, 2011 2:16 pm

hakikat tawwasul ialah melatih diri untuk mengetarkan batin kita mudah2an dengan izin Alloh bisa sampe ke penyelarasan getaran batin orang yang kita tawassul(orang yang sangat dekat dengan Alloh)......

dalam aliran tarikat dan hakikat... tawwasul ke rabithoh/guru mursyid sangat2 ditekan dalam mujahadah mereka..

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Tazkirahkan diri saya sendiri.. Bukan utk orang lain.

Post by ifahuzir on Tue Jan 25, 2011 2:49 pm

maybal wrote:hakikat tawwasul ialah melatih diri untuk mengetarkan batin kita mudah2an dengan izin Alloh bisa sampe ke penyelarasan getaran batin orang yang kita tawassul(orang yang sangat dekat dengan Alloh)......

dalam aliran tarikat dan hakikat... tawwasul ke rabithoh/guru mursyid sangat2 ditekan dalam mujahadah mereka..


jika diperhatikan cara penulisannya, kematangan terserlah.. Jiwa seperti ditarik² kearahnya.. mengapa yah?

Terimakasih bebanyak Tuan Maybal..

"penyelarasan getaran batin" (konsep tenaga.. kot) - dalam bahasa mudahnya apa yah? maaf yah

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum