Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by aleefsuhana on Tue Jan 25, 2011 3:16 pm

salam..
saya sering kali gagal dalam menjalankan perniagaan ibarat kata perniagaan sering kali suram..
apakah amalan atau doa2 yg ada untuk saya amalkan agar dimurahkan
rezeki

aleefsuhana
Rakan Baru
Rakan Baru

Female
Number of posts: 8
Age: 29
Location: kota bharu
Registration date: 2011-01-23

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by muhamad58 on Tue Jan 25, 2011 3:26 pm

kita tunggu mastre paranorms bagi tips,doa2..sabar ya saudara...

muhamad58
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 162
Age: 24
Location: Kuala Terengganu
Registration date: 2009-04-10

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by ifahuzir on Tue Jan 25, 2011 3:37 pm

aleefsuhana wrote:salam..
saya sering kali gagal dalam menjalankan perniagaan ibarat kata perniagaan sering kali suram..
apakah amalan atau doa2 yg ada untuk saya amalkan agar dimurahkan
rezeki


Perniagaannya sudah mula ka belom? kedainya dimana? boleh sertakan alamat kedainya untuk kami lihat?

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by aleefsuhana on Tue Jan 25, 2011 4:52 pm

saya tidak mempunyai kedai sekadar jualan online dan memcuba cari rezeki melalui online...saya kadang2 tiada keyakinan diri,was2 tapi saya nk berjaya..bantulah saya rakan paranorms...ajarlah saya,bimbinglah saya..tolonglah

aleefsuhana
Rakan Baru
Rakan Baru

Female
Number of posts: 8
Age: 29
Location: kota bharu
Registration date: 2011-01-23

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by Paranorms on Tue Jan 25, 2011 4:59 pm

di persilakan rakan2 perturunkn ilmu kerezekian utk perkongsian kita Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by rajautara on Tue Jan 25, 2011 8:23 pm

Assalamualaikum,
Kalau bisnes online, mungkin sebab2 berikut;
1. mungkin kurang promosi
2. produk tuh dah berlambang dijual merata tempat

Jadi, saranan saya, cuba kenalpasti dimana silap strategi online bisnes saudara terlebih dahulu.

Ramai yg buat bisnes online jual barang, dan ramai yg berjaya.
Kalau betul strateginya, insya-allah saudara boleh berjaya.

Adakah sebelum ini saudara pernah mintak pendapat/idea/kritikan dari sesiapa yg pernah menceburi bidang bisnes online ini? Kalau belum, maka saudara perlu lakukannya. Mungkin saudara tak nampak dimana kekurangan, tapi org lain boleh nampak.

Dan, rajin2 lah amalkan baca surah al-waqiah. Insya-allah, ada manafaatnya.

rajautara
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 46
Age: 33
Location: Japan
Registration date: 2010-11-22

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by ifahuzir on Wed Jan 26, 2011 8:13 am

aleefsuhana wrote:saya tidak mempunyai kedai sekadar jualan online dan memcuba cari rezeki melalui online...saya kadang2 tiada keyakinan diri,was2 tapi saya nk berjaya..bantulah saya rakan paranorms...ajarlah saya,bimbinglah saya..tolonglah


Erm.. Konsep berniaga di Internet ini adalah berkaitan dengan kerajinan, sesabaran dan kesungguhan.. Jika nak dibandingkan dengan berniaga biasa (Bukak kedai), ia amat berlainan.. Business online ni mempunyai pembeli yang berada di seluruh dunia..

Puan niaga apa di internet? katering?

Jika business yang dijalankan berkonsepkan MLM, memang amat susah untuk berjaya di internet sebab dah terlalu banyak orang kene tipu..

Cengginilah.. untuk lebih dikenali dan dipercayai,

langkah 1 : Buat Networking..
- cari mana-mana forum (buat sendiri ker) yang berkaitan dengan produk yang Puan jual.. aktiflah berforum disitu.. amik hati forumer² yang aktif kat situ.. nyambil cerita kelebihan produk yang puan jual.. (ni selalunya free) AMARAN!! di forum ini xleh wat okey.. Anda akan di BAND seumur hidup!!

langkah 2 : Iklankan web/blog Puan di laman² web yang bertrafik tinggi.. (ni kene bayar berdasarkan jumlah klik)

Langkah 3 : jika ada blog, sentiasa la update.. dan pastikan isi kandungan nye bermanfaat dan untuk tujuan mengajar pembaca (infomation yang tinggi).. (bukan syok sendiri) - Ini untukk mendapatkan trafik yang tinggi.. bila dah tinggi, xyah la pakai iklan berbayar.. iklankan kat blog sendiri jer dah cukup..

Langkah 4 : Berkawan dengan Peniaga-peniaga Internet.. Masuk forum mereka dan aktif.. Cth: CariGold.com, wangcyber.com, dan memacam lagik la..

Langkah 5 : Sentiasa memberi info² penting secara percuma (untuk di download). cth: "ebook cara makan terbaek", ebook "Pelaburan Akhirat" dan sebagainya.. dalam tu leh la pasang iklan² Puan..

Langkah 6 : Sertakan Testimonial produk Puan untuk ditatap oleh bakal pembeli..

Langkah 7 : eiii.. banyak lah.. G la kursus apa yang patut..

Langkah 8 : penggunaan Auto responder..

Langkah 9 : Berkeyakinan Tinggi.. (banyak kan lah baca bahan² motivasi)

p/s: kalau nak aktif kawan ngan jutawan² internet ni, depa tak tido malam.. depa ber"tahajjud" gak.. tapi tahajjud mereka dengan cara mereka.. hehehe.. berchating ka, mamak ka, ebay ka.. Kalau ada sanggup, silakan.. Tiada paksaan..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by AuraNurShifa on Wed Jan 26, 2011 5:31 pm

aleefsuhana wrote:saya tidak mempunyai kedai sekadar jualan online dan memcuba cari rezeki melalui online...saya kadang2 tiada keyakinan diri,was2 tapi saya nk berjaya..bantulah saya rakan paranorms...ajarlah saya,bimbinglah saya..tolonglah


Atasi dengan sabar,istiqamah, dan jadilah kreatif mencari penyelesaian tuan. Saya juga berniaga online sepenuh masa Smile mungkin permulaan kita ada rasa sikap terburu buru mahukan hasil. Tambah lagi di media kita diwarwarkan dengan kejayaan kejayaan peniaga online. Hakikatnya di sini ia kejayaan memerlukan pengorbanan. Saya sendiri pernah dipandang kurang senang baik keluarga sendiri dan saudara apabila menganbil keputusan berniaga. Apatah lagi hasil kurang memuaskan pada bulan pertama. Bila dikaji semula, ya penting buat peniaga online

1) teknik promosi kurang berkesan @ terlalu kuat mahukan hasil tetapi "kedekut" membuat pengiklanan yang berbayar. (Iklan free juga boleh,tapi trust me Smile terlalu banyak persaingan-kurang hasilnya. boleh juga cuba,tiada masalah..hehe)
2) website kurang menarik atau terlalu kurang maklumat produk yg meyakinkan customer.
3) teknik close sale kita dengan customer kurang berkesan.

Sy ada kawan yg berniaga online, yang hanya membuat iklan di facebook,tapi salenya sangat bagus kerana pandai menjaga hati customer dan menjaga prestasi websitenya.

Dari segi spiritualnya pula jagalah hubungan dengan Allah dulu. Jaga hubungan dengan ibubapa -ini salah satu pintu rezeki). Banyakkan solat2 sunat. Doa pada waktu mustajab dan buat solat dhuha 4 atau 6 rakaat dengan disertakan surah Waqiah untuk kuatkan lagi kemasukan rezeki.

Penting* jangan terlalu berkira sangat harga dengan customer. Banyakkan bersedekah dan yakin rezeki akan datang berganda. Beri banyak sebanyaknya kebaikan pada customer anda biarpun pada pandangan mata anda ia merugikan anda. Percayalah Allah Maha Memberi dan Maha Kaya. Doa2 mustajab banyak membantu juga banyak jika rajin mencari di online ini. Tapi nasihat saya perbaiki dulu usaha kita yg diatas. InsyaAllah moga ada perubahan ya.

AuraNurShifa
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by Paranorms on Wed Jan 26, 2011 6:39 pm

salam


dlm soal rezeki pertama sekali kita perlu perhatikan adalah konsep atau mindset kita terhadap rezeki. kita cuba dalami step by step.

1. yakin dgn sepenuh penghayatan bahawa yg maha kaya adalah Allah. yakin dengan seyakinnya...hayati btl2 keyakinan itu. Allah yg memberikan rezeki kpd kita melalui apa saja saluran, baik itu melalui manusia lain, dr bos, kwn2, pelanggan, dll. jgn pernah ada sikitpun rasa bahawa manusia yg bg kita rezeki. kalau ini dpt dihayati dgn betul maka terbukalah pintu rezeki kita seluasnya...tggl kita petik saja rezeki itu Smile

2. setelah kita menghayati dgn btl kekayaan Allah, maka hasilnya adalah RASA TENANG...inilah buah iman. kita akan tenang, kerana kita yakin bahawa Allah maha kaya, dan maha pemurah pula. disinilah baru kita MEMBUAT DOA...bygkan apa yg kita mahu secara jelas dan detail. ambil lah masa 10 minit tuk membayangkan apa kita mahu. dgn doa yg detail, akan membuka saluran rezeki dr pintuNya menuju kita... baru kita ke step ke 3.

3. setelah kita tahu pasti dan detail apa kita mahu, barulah kita panjatkan tangan dgn penuh rasa rendah hati dan mengharap. sebutkanlah dgn sopan doa yg sudah kita detailkan tadi...sebut jgn x sebut. kita selalu berdoa sambil lewa dan rawak saja. sebutkan doa kita di depan Allah. x perlu malu...

4. kemudian setelah doa kita hadirkan rasa yakin di hati bahawa Allah akan makbulkan doa kita...usahakan utk yakin. buat-buat yakin pun xpa. lama2 keyakinan itu akan kuat dgn sendirinya...keyakinan ini akan memberi speed kpd doa kita utk sampai kpd kita.

5. tanda kita yakin, kita akan rasa tenang dan hepy...ada rasa ' sdg menunggu' kurnia Allah...bila ada perasaan ini kita harus segera bersyukur. syukur melalui hati dan mulut dgn semakin byk berzikir...syukur melalui pebuatan dgn cara kita hulurkan sedekah ke mana2 yg kita mampu. stp kali kita teringat doa kita, kita harus semakin yakin dan ceria. insyAllah tarikan terhadap doa kita akan smakin kuat.

6. kita tggl menunggu doa kita dimakbulkan...bersiaplah utk menerima doa kita...di tahap ini kita akan melihat KUASA ALLAH...kita akan saksikan sndiri bagaimana Allah mengurus doa kita. biasanya idea dtg melimpah, tgn dan kaki kita digerakkan dgn lancar utk berusaha. dan manusia2 serta keadaan2 yg baik akan dihadirkan oleh Allah utk menolong menjayakan doa kita...perhatikanlah proses ini, insyAllah iman kita akan semakin kuat.

usah fikirkan apa usaha kita nak buat...hayati step by step panduan di atas...jika ada step yg terasa kita masih blm betul, itu tndanya iman kita blm betul, yakin kita blm lurus. jika kita berdoa dan selepas berdoa itu hati kita blm juga rasa yakin dan gembira, maka kemungkinan besar doa kita blm smpai di 'dewan pemakbulan' Allah, kerana iman dan yakin kita blm betul.

" berdoalah niscaya aku makbulkan "...dgn syarat 'proses berdoa' kita sdh betul. kita tahu secara detail doa kita dan kita tahu kpd siapa kita panjatkan doa itu, dan kita yakin Dia pasti akan terima, dan kita bersyukur kerana sifatNya yg sebegitu pemurah, lalu kita menunggu doa kita dimakbulkan dgn hati yg berbunga serta sabar.

moga-moga tips ini dpt membantu sy dan anda yg membacanya semakin mantap dlm berdoa Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by AuraNurShifa on Wed Jan 26, 2011 6:56 pm

Mantap perkongsiannya ya master. InsyaAllah sama sama kita praktikkan. Tambah2 bagi yang berniaga sepenuh masa..hehe

AuraNurShifa
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by izad on Thu Jan 27, 2011 12:26 am

alhamdulillah tip yg tersangat baik. Tip doa ni bkn hanya sekadar utk rezeki tp apa jua permintaan kita kpd allah. Doa biar lah bersungguh2 dan khusyuk. Jgn kita cepat putus asa bila doa lambat dimakbulkan. Muhasabah semua diri kita. Allah pasti akan makbulkan doa kita cuma cepat dan lambat. Kena sangka baik pd allah. Keyakinan kpd allah. Kita kena yakin betul2 pada allah hanya allah permberi rezeki. Tawakkal sungguh2 pdNya. Tp jgn hanya tawakkal semata2 tanpa usaha. Insyaallah.

..........................................................................................................................................................................................
"Lailahaillah Muhammadurrasullullah Fi Kulli Lamhatin Wanafasin A'dadama Wasiahu Ilmullah"

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by cupi_ketchum on Thu Jan 27, 2011 12:29 am

Jgn kita cepat putus asa bila doa lambat dimakbulkan.

Janji Allah sentiasa benar. Tetap akan makbul walau lambat atau cepat.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by aleefsuhana on Thu Jan 27, 2011 8:00 am

terima kasih semua wat kawan2 diforum ni...insyaallah segala tip2 akan saya pergunaankan sebaik mungkin...tqvm

aleefsuhana
Rakan Baru
Rakan Baru

Female
Number of posts: 8
Age: 29
Location: kota bharu
Registration date: 2011-01-23

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by positiveenergy on Wed Jun 22, 2011 9:36 am

20 AMALAN MURAH REZEKI

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…

1. Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Sumber: Majalah ANIS

positiveenergy
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 87
Age: 34
Location: Alor Star, Kuala Lumpur,
Registration date: 2009-06-05

http://urutbekamsihat.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by cupi_ketchum on Wed Jun 22, 2011 10:36 am

Perkongsian yg memberangsangkan dan berguna buat kita semua. Alhamdulillah.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by cyber00 on Wed Jun 22, 2011 5:58 pm

Alhamdulillah dan terima kasih di atas perkongsian ilmu tersebut.

Amin.

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by positiveenergy on Thu Jun 23, 2011 2:41 pm


kalau nak detail lagi, sila rujuk:

KUNCI-KUNCI REZEKI Menurut Al Quran dan As-sunnah

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/181

positiveenergy
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 87
Age: 34
Location: Alor Star, Kuala Lumpur,
Registration date: 2009-06-05

http://urutbekamsihat.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by Omera on Thu Jun 23, 2011 3:16 pm

Wah... Kalau address yang ni selalu jer ada cerita2 panas dan sensasi... He he he...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by cyber00 on Thu Jun 23, 2011 3:36 pm

Omera wrote:Wah... Kalau address yang ni selalu jer ada cerita2 panas dan sensasi... He he he...


==============

Hehehe pikir positif and peace............... cheers Insyallah Very Happy Smile

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Bagaimana untuk di murahkan rezeki dan pintu rezeki terbuka?

Post by cupi_ketchum on Fri Jun 24, 2011 10:30 am

Teruskan usaha dalam pencarian ilmu, pengetahuan dan agama. Insyaallah pasti akan berjaya.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum