Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

hantu dalam pemikiran masyarakat

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by catmeow on Wed Mar 12, 2008 10:21 am

Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.


Islam menghapuskan
Kedatangan agama Islam mengajar bahawa tidak terdapat roh dan hantu, yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin, dianggap mendiami alam yang berbeza dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah, Islam mengajarkan agar hanya takut dan mengesakan Allah semata-mata. Manusia digesa agar menjauhi pujukan syaitan dan selalu berdoa 'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam - Auzubillah himinash syaitanirrajim'.

Bagaimanapun kebudayaan Melayu yang menebal menyebabkan masih ada yang terkeliru beza antara Islam dan kebudayaan Melayu, yang mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan adalah amalan Islam.

Bagaimanapun budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibubapa anak-menakutkan anak-anak menyebabkan anak mereka benar-benar takut kepada hantu dan percayakan bahawa hantu itu wujud.


Mengapa hantu
Hantu wujud dalam minda Melayu sebagai satu penjelasan mengenai perkara-perkara yang tidak difahami atau diketahui. Contohnya :

Mengapa seseorang itu sakit mengejut pada hal sebelum ini kelihatan sihat selepas pindah ?
Mengapa pokok besar dan berakar songsang itu berbunyi pada waktu malam ?.
Mengapa sesebuah rumah itu ditinggalkan oleh penghuninya, dan orang yang baru berpindah masuk tidak kekal lama. Ada bunyi orang mengilai .
Mengapa kawasan kubur seperti ada sesuatu bergerak dan berbunyi pada waktu malam.
Mengapa mayat seseorang dijumpai berkecai-kecai ketika berladang. (Akibat haiwan buas?)
Mungkin orang Melayu hendak menakutkan anak-anaknya janganlah keluar waktu malam atau waktu maghrib. Mungkin cerita hantu mudah direka dan menjadi hiburan pada waktu malam.

Ciri-ciri umum
Pada umumnya orang-orang Melayu percaya hantu menjalankan aktivitinya pada waktu malam sahaja khususnya pada bulan mengambang. 99 % hantu dalam masyarakat Melayu terdiri daripada perempuan atau menyerupai perempuan. Hantu dalam masyarakat Melayu adalah untuk ditakuti, bukan untuk didekati.





Menurut cara perubatan Islam
Orang Melayu yang agak beriman akan berjumpa dengan orang alim seperti ustaz, Imam, lebai, pak aji atau tokoh agama di dalam kampung untuk menyelesaikan masalah ini dengan bacaan al Quran. Mereka yang sakit biasanya akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi memulihkan semangat, dan biasanya dimandikan / disuruh mandi dengan air campuran limau bagi menyegar badan. Selain itu air yang dibacakan bacaan al Quran diberi munum bagi memulih/penguat semangat pesakit. Ini sama seperti mereka yang berfikiran moden berjumpa dengan pakar motivasi bagi meringankan fikiran daripada masaalah yang dihadapi.
Bagi orang Melayu, hantu boleh dihalau dengan bacaan ayat-ayat suci. Oleh itu, orang Melayu menyimpan al Quran di rumah. Selain itu ayat-ayat Quran tertentu digantung di dinding-dinding rumah walaupun mereka tidak mengerti apa maksudnya. Perkara ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar, kerana Al Quran adalah untuk dibaca dan bukannya menjadi hiasan.

* fakta d atas tiada tidak d sah kan. oleh itu pembaca d minta membuat pertimbangan sendir. pandai2 la berfikir.. hehehehe.. peace

catmeow
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 451
Age: 24
Location: Miri
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Chaz.e on Wed Mar 12, 2008 1:55 pm

Rasanya bukan orang melayu sahaja percaya hantu itu menakutkan bahkan orang asia..Pontianak, jembalang, jin iblis..sbnrnya sebutan perkataan nama2 tersebut juga mampu mmewujudkan perasaan yang menyeramkan..Dalam perubatan islam sebenarnya banyak cabang yenag perlu di ketahui..Khususnya bacaan ayat Al-Quran.. Terdapat cara yang sebetulnya..Apapun ia bertujuan untuk merawat pesakit.. Selain itu, tenaga dalam juga antara cara perubatan tradisional yang digunakan oleh orang melayu..Contohnya dalam seni silat terdapat unsur2 tenaga dalam untuk melindugi diri atau pun merawat penyakit ganjil..Yang penting sekali kita perlu membetulkan minda kita atau pun di panggil Mind Set..bahawasannya Hantu, Jin, dan lain2 adalah sebenarnya Makhluk Allah juga..Makhluk Allah di jadikan untuk menyembah Pencipta mereka..Pendek kata kita dan yang lain2 sbnrnya mempunyai tujuan hidup yang perlu di fahami iaitu Mencari Nur Ilahi. Cuma dalam Al-Quran menyebutkan bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk atau pun ciptaan..So darjat kita sebagai makhluk Allah adalah lebih tinggi dari makhluk yang lain. Jadi x payah lah takut makhluk lain sbbnya kita mmg da di ciptakan sebagai pemimpin. Smile

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Shu Omar on Wed Mar 12, 2008 2:44 pm

Bagi aku kalau sebut hantu msti rasa lain macam.... macam ada rasa getar dlm hati ni... Ikhlas aku ckp, aku mmg takut kalau aku terjumpa hantu affraid ... aku takut kena rasuk! Tapi, bila aku pergi tempat yg menjadi tempat hantu berteduh, aku rasakan sesuatu yg lain pula.. perasaan takut jadi berani. Nak tau kenapa? sebab aku yakin dgn Tuhan. Aku selalu akan menyebut nama Allah tak kisahlah zikir ke, tahmid, tasbih ataupun hafal surah. Hantu ni menakutkan sebab fizikalnya yg hodoh dan keupayaannya untuk menggunakan tubuh org lain(rasuk) tapi selagi kita yakin pada Tuhan, takde gunanya kita takut pada hantu nih....
Ini pd fikiran aku, ANDA bagaimana?
I love you

Shu Omar
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 422
Age: 27
Location: Kedah Darulaman
Registration date: 2008-02-18

http://www.facebook.com/shuomar

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Chaz.e on Wed Mar 12, 2008 2:48 pm

Shu Omar wrote:Bagi aku kalau sebut hantu msti rasa lain macam.... macam ada rasa getar dlm hati ni... Ikhlas aku ckp, aku mmg takut kalau aku terjumpa hantu affraid ... aku takut kena rasuk! Tapi, bila aku pergi tempat yg menjadi tempat hantu berteduh, aku rasakan sesuatu yg lain pula.. perasaan takut jadi berani. Nak tau kenapa? sebab aku yakin dgn Tuhan. Aku selalu akan menyebut nama Allah tak kisahlah zikir ke, tahmid, tasbih ataupun hafal surah. Hantu ni menakutkan sebab fizikalnya yg hodoh dan keupayaannya untuk menggunakan tubuh org lain(rasuk) tapi selagi kita yakin pada Tuhan, takde gunanya kita takut pada hantu nih....
Ini pd fikiran aku, ANDA bagaimana?
I love you


Btoi cakap hang..tp kan slalunya orang skg nie bila da naik takut tu baru ingat Tuhan..Baru kluar sgala bacaan mcm2..sampai ada yang x di fahami..Rasuk?? Aku penah kena rasuk..Smile

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

persoalan...

Post by iyan_07 on Sat Mar 15, 2008 12:05 am

tp leh x jawab..knpa org barat mcm xpcya sgt ngan hantu ni...
benda2 karutla...

iyan_07
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 316
Age: 25
Location: batu pahat,johor
Registration date: 2008-03-04

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Chaz.e on Mon Mar 17, 2008 3:23 pm

sbnnya x smua orang barat x pcaye hantu nie..dorang pn mcm kta gak..ada yang penakut ada yang berani..then ada juga yang paranormal..cuma fahaman mrk dgn kita sedikit berbeza..trdapat juga kumpulan2 paranormal d barat..malah lebih banyak bilangan mereka..

Pasal benda2 karut...mmg ada sesetengah dorang x pcye langsung..sbb mrk lebih melihat secara fizikal atau pun pembuktian secara ilmiah atau pun saintifik..itu la pasal dorang x pcya..ada orang x pcya sbnrnya jin tue wujud..ada yang tidak,,ini bergantung pada pahaman stiap orang..

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Baladewa on Sun Mar 23, 2008 2:57 pm

Paranormal2 D barat, slalunya kn... mengunakan peralatan canggih ni...
mna syok tu gtu...
cuba tgk paranormal2 melayu.. indon...
baru la extreme kn........

Baladewa
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 54
Age: 21
Location: Menggatal, Sabah.
Registration date: 2008-03-12

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Paranorms on Sun Mar 23, 2008 4:07 pm

org barat sbnrnya percaya dgn hantu....dorg ni jns yg x pcya kalu xda bukti...semua pun mesti mau di ilmiahkan,mau ada teori logik...setelah revolusi metafizik semaikn ganaz,tercipta alat2 cnggih tuk merakan gelombang,maka teori hantu n sgala mcm peristawa anah beyond logik semakin mendapat tmpat dlm pemikiran dorg....malah kewujudan kuliah2 di university dorg ttg hal2 begini lbh dulu n lbh advance dr org2 timur sendiri.

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Baladewa on Mon Mar 24, 2008 10:30 pm

Yap...... ada lg d mana alat drg tu kn... bleh mengesan suara2 halus ni.......
d bandingkn ngan paranormal kita, pd pengetahuan saya larr.. x tau la btul @ x.. hehe.... kita akan membaca ayat2 tertentu agar dapat memanggil benda tu, berkomunikasi ngan benda2 tu....
di bandingkn dgn paranormal barat, drg lebih merujuk kepada mengunjungi tempat2 yg keras, pastu, drg akan meletakan video kamera & menunnggu apa yg d rakam d kamera tu... selain itu, drg jua mengguna kan peralatan2 canggih tuk mengesan kehadiran makluk2 halus ni.... Very Happy

Baladewa
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 54
Age: 21
Location: Menggatal, Sabah.
Registration date: 2008-03-12

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by catmeow on Fri Apr 04, 2008 1:38 pm

hantu ni dia tkt dgn gelombang telekomunikasi kita. sbb tu kita kdg2 dpt tgk hantu ni terbang je. sbb mengikut teory, gelombang telekomunikasi utk celcom ada atas tanah ataupun dgn kata lain d paras bawah.. hantu ni dia tkt kene dgn gelombang yg kuat. cth nya, hp letak atas lantai, hantu x kan dekat dgn hp tu d sebabkan gelombang yg kuat. perasan x, klu korg pasang radio tiba hp bnyi, mesti radio tu kuarkan bnyi bingit. tu d sebabkan gelombang telekomunikasi.
so, klu nak elak dpd kena kacau antu, pki la hp..
ekekekeekek...

catmeow
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 451
Age: 24
Location: Miri
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Chaz.e on Tue Apr 08, 2008 7:22 pm

Baladewa wrote:kita akan membaca ayat2 tertentu agar dapat memanggil benda tu, berkomunikasi ngan benda2 tu....
skg ni Paranorms lebih advance..xpayah baca2 nak panggil benda Ghaib..cuma buat connection vibration energy dengan dorang...atau pun Tarik jin...hehehhe

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by iyan_07 on Mon Apr 21, 2008 3:50 am

tarik jin???
paranorms...btl ke or chaz nk knakn ko 2... Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil

iyan_07
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 316
Age: 25
Location: batu pahat,johor
Registration date: 2008-03-04

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Baladewa on Tue May 06, 2008 5:35 pm

btul larr tu.... drg larr antara taiko2 paranorms... hek8

Baladewa
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 54
Age: 21
Location: Menggatal, Sabah.
Registration date: 2008-03-12

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by totoboy7 on Sat May 10, 2008 10:20 pm

ChAzY ChAz wrote:sbnnya x smua orang barat x pcaye hantu nie..dorang pn mcm kta gak..ada yang penakut ada yang berani..then ada juga yang paranormal..cuma fahaman mrk dgn kita sedikit berbeza..trdapat juga kumpulan2 paranormal d barat..malah lebih banyak bilangan mereka..

Pasal benda2 karut...mmg ada sesetengah dorang x pcye langsung..sbb mrk lebih melihat secara fizikal atau pun pembuktian secara ilmiah atau pun saintifik..itu la pasal dorang x pcya..ada orang x pcya sbnrnya jin tue wujud..ada yang tidak,,ini bergantung pada pahaman stiap orang..


ya ak setuju... even kat astro pn ad mcm show yg tnjukkan suma tu.. rakam guna alat2 advance sbb nak tnjk dkt org lain... biasa la... xsuma dpt tgk.. and/or rela tgk...

totoboy7
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 18
Age: 24
Location: Petaling Jaya, Selangor
Registration date: 2008-03-07

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Chaz.e on Fri Jun 27, 2008 12:30 pm

yeah dekat astro banyak..ada lagi team paranormal omputih buat tour cari hantu dari rumah ke rumah...Smile

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by catmeow on Sat Jun 28, 2008 9:40 am

aku pun x rela tgk antu2 ni.. huehuehue.. seremmmm akuuu

catmeow
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 451
Age: 24
Location: Miri
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by MaNN RoyaL on Sat Jun 28, 2008 10:04 am

sama la meow....aku pun takut tgk hantu ni....huhuhu...seeeraaaammmmm.....
HAHAHAHAHAHAHA...........
Twisted Evil

MaNN RoyaL
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 362
Age: 22
Location: SabaH
Registration date: 2008-05-23

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Chaz.e on Thu Jul 10, 2008 7:14 pm

yeke...xpa jan takut pada makhluk Tuhan...Takut pada yang Esa..

..........................................................................................................................................................................................

Life Like This. Me Like That.

Chaz.e
Webmaster
Webmaster

Male
Number of posts: 1116
Age: 24
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Temma on Fri Apr 03, 2009 8:21 am

hantu oo hantu... Shocked

Temma
Sangat Aktif
Sangat Aktif

Male
Number of posts: 762
Age: 23
Location: Telipok, Kota Kinabalu
Registration date: 2008-03-25

Back to top Go down

Re: hantu dalam pemikiran masyarakat

Post by Shu Omar on Sat Aug 22, 2009 7:48 am

Hantu dikatakan mistik.... ia bergantung kepada interpretasi dalam pemikiran seseorang itu...Oleh sebab itu, ramai yang menganggap hantu itu penunggu dan jembalang yg menakutkan serta memudaratkan..
tapi percayalah... Ia adalah satu cara dan bisikan syaitan yang cuba menyesatkan manusia yang taksub,,,
segala yang berlaku adalah keizinan dariNYA.. Allah cuba menguji tahap keimanan kita semua...

P/s Betul cakap Chaz....Takutlah pada ALLAH... kerana DIA yang MAHA BERKUASA...
wallahualam Cool

Shu Omar
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 422
Age: 27
Location: Kedah Darulaman
Registration date: 2008-02-18

http://www.facebook.com/shuomar

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum