Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by ifahuzir on Wed Mar 16, 2011 9:35 am

Artikel ini dicopy dan dipaste untuk dikongsikan bersama.

Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin, merasa diri "tidak laku" dan enggan berkahwin adalah bermakna mereka telah mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah untuk hambanya-Nya menikmati segala pengurniaan-Nya.

Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang (tanpa berkahwin) dengan tujuan untuk menjauhkan diri dari menikmati kesedapan berkelamin dan kesenangan hidup didunia serta mengelakkan diri dari menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai keturunan.

Dalam Islam berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana baginda adalah merasa bangga dan bergembira dengan sebab banyak ummatnya. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi Waqqas :

"Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Nasrani (yang bertapa) - mahu hidup membujang".

Mereka yang enggan berkahwin, Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik, katanya : Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. menanyakan tentang 'ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa 'ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah s.a.w. adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat "kurang."

Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana 'ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang ma'shum - tidak sedikit pun mempunyai dosa, dan Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?. "Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:

Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mereka yang enggan berkahwin (hidup membujang) seumur hidupnya, padahal mereka mampu menunaikan tanggungjawab terhadap isterinya zahir dan batin, maka bermakna mereka telah mengharamkan sesuatu perkara yang halal ke atas diri mereka, dan mereka itu adalah juga orang yang menentang hukum Allah dari Sunnah Rasul-Nya.

Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah s.a.w bernama 'Uthman bin Maz'un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta'ala menurunkan firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Surah al- Ma'iddah:87)

Sehubungan dengan ini, diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas:

Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai orang yang membujang (tidak berkahwin) selama-lamanya, katanya: " Bolehkah aku berkasi?" Baginda menjawab dengan sabdanya:

Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi. (Riwayat Tabrani)

Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata:

Rasulullah s.a.w. telah melarang sahabatnya 'Uthman bin Maz'un hidup membujang (tanpa berkahwin). Andainya Baginda mengizinkan 'Uthman bin Maz'un membujang (tanpa berkahwin), tetentulah kita "harus" berkasi. (Riwayat Bukhari)

p/s: Percepatkanlah Proses Nikah Tuan².. (yang nak tambah pun sila lah proceed) hehehe..
p/s/s: Orang yang tak mahu kawen adalah orang Nasrani?? huhuhu.. sib baik den dah kawen.. Razz

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Bella Luna on Wed Mar 16, 2011 10:43 am

bukan tak nak kawin tapi masi belum sampai jodoh... Razz
nasib baik den awet muda....hehe Smile

Bella Luna
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Omera on Wed Mar 16, 2011 11:12 am

Masuk jarum boleh... He he he...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Omera on Wed Mar 16, 2011 11:36 am

Kenapa perlu kahwin... (Ini adalah petikan artikel dari web sebelah)

Sesungguhnya Islam adalah agama wahyu. Hanyasenya Dialah yang Maha mengatahui tentang apa yang diciptakanNya.

Perkahwinan adalah salah satu kaedah terbaik bagi mendekatkan diri kepada Allah, menguatkan keimanan dan menghindarkan diri dari bisikan syaitan.

Perkahwinan adalah penawar terbaik bagi memenuhi fitrah dan kehendak naluri makhluk yang bernama manusia.Perkahwinan juga adalah salah satu perkara yang sangat dibenci oleh syaitan.

Surah ar-rum ayat 21 bermaksud

” Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia mencipta bagimu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan Nya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir ”.

Islam amat teliti dalam pembentukan institusi kekeluargaan kerana ianya akan mempengaruhi institusi kemasyarakatan dan seterusnya mencerminkan kestabilan sesebuah negara atau tamadun sesuatu bangsa..

Imam Al-Ghazali berkata

” Alangkah baiknya kamu mencari sebab untuk berkahwin, menjaga adab-adab perkahwinan dan jelas tujuan perkahwinan ”.

Dengan perkahwinan juga dapat mengelakkan diri daripada zina, memastikan kesinambungan zuriat yang jelas, mengawal penyakit-penyakit kelamin seperti AIDS, mengawal penyakit-penyakit sosial seperti homoseksual, masalah menggugur dan membuang bayi serta banyak lagi.

Perkahwinan juga merupakan satu sunnah Rasullullah SAW yang perlu diikuti kepada yang berkemampuan
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ” wahai para pemuda, sesiapa yang sudah bersedia berkahwin, hendaklah dia segera berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu boleh menghalang pandangan (kepada yang dilarang oleh agama) dan memelihara kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak sanggup, hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah perisai baginya ”.

Kepada ibu-bapa, redha dan segerakanlah pernikahan anak-anak anda kerana Allah. Redha dari segi agama bermakna bakal pasangannya seorang yang beragama islam, yang taaat pada perintah Allah dan rasulnya. Manakala redha dari segi akhlaknya adalah bermakna bakal pasangannya mempunyai akhlak yang terpuji yang diyakini boleh membantu, membimbing keluarga kejalan yang disyariatkan di dalam islam.

Hadis Riwayat at-tarmidzi dan Ibnu Majah

Mempunyai zuriat atau anak yang soleh juga amat-amat bermakna untuk kita. Anak yang solah bukan sahaja diharap dapat memberi kegembiraan dan ketenangan kita didunia tetapi juga agar dapat mendoakan kesejahteraan kita dialam barzah kelak

” sekiranya datang kepadamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Jika tidak, akan muncul bahaya dan kerosakan ”.

Hadis riwayat Muslim

” Apabila seseorang manusia meninggal dunia, semua amalannya terputus kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang dimanafaat dan anak soleh yang mendoakan (orang tuannya) ”.

Wallahua’lam

Note: Artikel ini adalah sumbangan jamal, seorang warga Megasutra. Syabas dan ribuan terima kasih kami rakamkan.

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by ifahuzir on Wed Mar 16, 2011 11:41 am

Omera wrote:Masuk jarum boleh... He he he...


Masuk jarum? aper tuh?

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by ifahuzir on Wed Mar 16, 2011 11:42 am

Bella Luna wrote:bukan tak nak kawin tapi masi belum sampai jodoh... Razz
nasib baik den awet muda....hehe Smile


Yer ker?? Razz

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Bella Luna on Wed Mar 16, 2011 11:58 am

ifahuzir wrote:
Bella Luna wrote:bukan tak nak kawin tapi masi belum sampai jodoh... Razz
nasib baik den awet muda....hehe Smile


Yer ker?? Razz


yer....hehehe... Razz

Bella Luna
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by ifahuzir on Wed Mar 16, 2011 12:01 pm

Bella Luna wrote:
ifahuzir wrote:
Bella Luna wrote:bukan tak nak kawin tapi masi belum sampai jodoh... Razz
nasib baik den awet muda....hehe Smile


Yer ker?? Razz


yer....hehehe... Razz


Scan nampak lain je ni... Razz

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Bella Luna on Wed Mar 16, 2011 12:05 pm

ifahuzir wrote:
Bella Luna wrote:
ifahuzir wrote:
Bella Luna wrote:bukan tak nak kawin tapi masi belum sampai jodoh... Razz
nasib baik den awet muda....hehe Smile


Yer ker?? Razz


yer....hehehe... Razz


Scan nampak lain je ni... Razz


nampak apa? nampak hantu ka? hahaha..... Razz

Bella Luna
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by ifahuzir on Wed Mar 16, 2011 12:08 pm

Bella Luna wrote:
ifahuzir wrote:
Bella Luna wrote:
ifahuzir wrote:
Bella Luna wrote:bukan tak nak kawin tapi masi belum sampai jodoh... Razz
nasib baik den awet muda....hehe Smile


Yer ker?? Razz


yer....hehehe... Razz


Scan nampak lain je ni... Razz


nampak apa? nampak hantu ka? hahaha..... Razz


Bukan nampak hantu.. Nampak Tn Omera.. Hahahaha Razz

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Omera on Wed Mar 16, 2011 12:16 pm

Ha ha ha... Jarum dah masuk... Maksud masuk jarum tu ikut keadaan... Ada yang bermaksud nak mengena... Ada yang bermaksud nak mencuba... Kira yang ni boleh try lah... He he he... Gurau jer Bella... Jangan marah yer...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Bella Luna on Wed Mar 16, 2011 12:19 pm

Omera wrote:Ha ha ha... Jarum dah masuk... Maksud masuk jarum tu ikut keadaan... Ada yang bermaksud nak mengena... Ada yang bermaksud nak mencuba... Kira yang ni boleh try lah... He he he... Gurau jer Bella... Jangan marah yer...


tak marah la, hehehe.... biasa la tu bergurau senda tak kan nak serius memanjang kan.... hehe Smile

Bella Luna
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Omera on Wed Mar 16, 2011 12:20 pm

Hah bagus tuh... Ada can nih... Macam green light dah on... He he he...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by ifahuzir on Wed Mar 16, 2011 12:44 pm

Bebaik Tn Omera.. Bella ni Matang orangnyer.. Silap sikit siappp.. hehee Razz

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Omera on Wed Mar 16, 2011 12:56 pm

Alah tuan Ifahuzir nih... Gurau adik beradik jer... Usik mengusik membawa bahagia... Tak gitu ke Bella??? Embarassed

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Bella Luna on Wed Mar 16, 2011 2:10 pm

ifahuzir wrote:Bebaik Tn Omera.. Bella ni Matang orangnyer.. Silap sikit siappp.. hehee Razz


hahaha...Laughing lucu plak Tn Ifahuir nie.... sya nie orgnya pengasih dan tak suka
pun menyimpan di hati.... sya cuma mengharapkan agar semua org dpt hidup
berbahagia, aman dan gembira itu saja....ehehehehe.... puji diri sendiri la pula.... Embarassed

Bella Luna
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Bella Luna on Wed Mar 16, 2011 2:11 pm

Omera wrote:Alah tuan Ifahuzir nih... Gurau adik beradik jer... Usik mengusik membawa bahagia... Tak gitu ke Bella??? Embarassed


bole ba klu ko.... ehehehe.... Smile

Bella Luna
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Bella Luna on Wed Mar 16, 2011 2:12 pm

Omera wrote:Hah bagus tuh... Ada can nih... Macam green light dah on... He he he...


mana light nya tu tak nampak pun....hehehe.... study

Bella Luna
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by ifahuzir on Wed Mar 16, 2011 2:25 pm

Bella Luna wrote:
ifahuzir wrote:Bebaik Tn Omera.. Bella ni Matang orangnyer.. Silap sikit siappp.. hehee Razz


hahaha...Laughing lucu plak Tn Ifahuir nie.... sya nie orgnya pengasih dan tak suka
pun menyimpan di hati.... sya cuma mengharapkan agar semua org dpt hidup
berbahagia, aman dan gembira itu saja....ehehehehe.... puji diri sendiri la pula.... Embarassed


Sama la kita.. Razz (mampuih kene belasah boypren bella pasnih.. huhuhu) pale

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?

Post by Bella Luna on Wed Mar 16, 2011 4:09 pm

ifahuzir wrote:
Bella Luna wrote:
ifahuzir wrote:Bebaik Tn Omera.. Bella ni Matang orangnyer.. Silap sikit siappp.. hehee Razz


hahaha...Laughing lucu plak Tn Ifahuir nie.... sya nie orgnya pengasih dan tak suka
pun menyimpan di hati.... sya cuma mengharapkan agar semua org dpt hidup
berbahagia, aman dan gembira itu saja....ehehehehe.... puji diri sendiri la pula.... Embarassed


Sama la kita.. Razz (mampuih kene belasah boypren bella pasnih.. huhuhu) pale


bagusla klu mcm tu..... hehehe.... mari kita berpantun....

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati. Smile

Bella Luna
Mula Aktif
Mula Aktif

Female
Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum