Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Forum Umum | General Forum :: Artikel Ilmu | Knowledge articles
Page 2 of 2 • Share •
Page 2 of 2 •
1, 2
Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
First topic message reminder :
Artikel ini dicopy dan dipaste untuk dikongsikan bersama.
Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin, merasa diri "tidak laku" dan enggan berkahwin adalah bermakna mereka telah mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah untuk hambanya-Nya menikmati segala pengurniaan-Nya.
Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang (tanpa berkahwin) dengan tujuan untuk menjauhkan diri dari menikmati kesedapan berkelamin dan kesenangan hidup didunia serta mengelakkan diri dari menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai keturunan.
Dalam Islam berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana baginda adalah merasa bangga dan bergembira dengan sebab banyak ummatnya. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi Waqqas :
"Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Nasrani (yang bertapa) - mahu hidup membujang".
Mereka yang enggan berkahwin, Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik, katanya : Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. menanyakan tentang 'ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa 'ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah s.a.w. adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat "kurang."
Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana 'ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang ma'shum - tidak sedikit pun mempunyai dosa, dan Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?. "Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:
Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mereka yang enggan berkahwin (hidup membujang) seumur hidupnya, padahal mereka mampu menunaikan tanggungjawab terhadap isterinya zahir dan batin, maka bermakna mereka telah mengharamkan sesuatu perkara yang halal ke atas diri mereka, dan mereka itu adalah juga orang yang menentang hukum Allah dari Sunnah Rasul-Nya.
Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah s.a.w bernama 'Uthman bin Maz'un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta'ala menurunkan firman-Nya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Surah al- Ma'iddah:87)
Sehubungan dengan ini, diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas:
Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai orang yang membujang (tidak berkahwin) selama-lamanya, katanya: " Bolehkah aku berkasi?" Baginda menjawab dengan sabdanya:
Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi. (Riwayat Tabrani)
Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata:
Rasulullah s.a.w. telah melarang sahabatnya 'Uthman bin Maz'un hidup membujang (tanpa berkahwin). Andainya Baginda mengizinkan 'Uthman bin Maz'un membujang (tanpa berkahwin), tetentulah kita "harus" berkasi. (Riwayat Bukhari)
p/s: Percepatkanlah Proses Nikah Tuan˛.. (yang nak tambah pun sila lah proceed) hehehe..
p/s/s: Orang yang tak mahu kawen adalah orang Nasrani?? huhuhu.. sib baik den dah kawen..

ifahuzir- Aktif

-

Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Ewah..
Tanam pinang rapat-rapat,
Biar mudah puyuh berlari,
Di pinang˛ tak dapat˛,
Kupujuk˛ ku bawak ........................

Kalau jarumnya sudah patah
Buat apa disimpan lagi
Kalau begitu katanya sudah
Yuhu... memang ada can ni...
Biar ditanam terlalu rapat-rapat
Nanti terlepas puyuh tu lagi
Bukan nak dipinang tak dapat
Terus jer nikah kenduri sekali...
Cak pong cak pong...
Buat apa disimpan lagi
Kalau begitu katanya sudah
Yuhu... memang ada can ni...
Biar ditanam terlalu rapat-rapat
Nanti terlepas puyuh tu lagi
Bukan nak dipinang tak dapat
Terus jer nikah kenduri sekali...
Cak pong cak pong...

Omera- Aktif

-

Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Hahaha..
Dua Tiga Kucing Berlari,
Mana nak sama si Kucing Belang,
ampat puloh telah ku cuba cari,
Tak akan sama ngan cik adik Bella seorang..
Sorong Papan Tarik Papan,
Buah Keranji dalam Perahu,
Suruh kawan saya kawan,
Nak kawen jer bila tak tahu..
Buah delima warnanya merah,
Pisang Tanduk besar semacam,
Jika Tn. Omera tak takut di marah,
Try ler tapi jangan scam..
la la la la la la...
Dua Tiga Kucing Berlari,
Mana nak sama si Kucing Belang,
ampat puloh telah ku cuba cari,
Tak akan sama ngan cik adik Bella seorang..
Sorong Papan Tarik Papan,
Buah Keranji dalam Perahu,
Suruh kawan saya kawan,
Nak kawen jer bila tak tahu..
Buah delima warnanya merah,
Pisang Tanduk besar semacam,
Jika Tn. Omera tak takut di marah,
Try ler tapi jangan scam..
la la la la la la...

ifahuzir- Aktif

-

Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Memang tak sama si kucing belang
selalu dikejar kerana mencuri
Memang tak sama si Bella seorang
Kalau dah sama semua kan pening nanti
Kenapa papan disorong tarik
Nanti terkena buah keranji tu
Hmm kawen... memang menarik
Ada ker duitnya itu belum tahu
Pisang tanduk besar semacam
Dibuat goreng memanglah sedap
Mungkin tuan silap faham
Bukannya pelamin yang saya harap
Papan sudah buah pun sudah
Lepas ini apa pula
Bergurau sudah bersenda pun sudah
Lepas ini kemana kita...
Ee waah... Jawab kak Bella...
selalu dikejar kerana mencuri
Memang tak sama si Bella seorang
Kalau dah sama semua kan pening nanti
Kenapa papan disorong tarik
Nanti terkena buah keranji tu
Hmm kawen... memang menarik
Ada ker duitnya itu belum tahu
Pisang tanduk besar semacam
Dibuat goreng memanglah sedap
Mungkin tuan silap faham
Bukannya pelamin yang saya harap
Papan sudah buah pun sudah
Lepas ini apa pula
Bergurau sudah bersenda pun sudah
Lepas ini kemana kita...
Ee waah... Jawab kak Bella...

Omera- Aktif

-

Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
ifahuzir wrote:Ewah..![]()
Tanam pinang rapat-rapat,
Biar mudah puyuh berlari,
Di pinang˛ tak dapat˛,
Kupujuk˛ ku bawak ........................
emm... senang je tu....
Tanam pinang rapat-rapat,
Biar mudah puyuh berlari,
Di pinang˛ tak dapat˛,
Kupujuk˛ ku bawak diri
nauzubillah, jauhi la perkara khurafat seperti itu, perkataan yg di
strike itu cuma gurauan semata-mata jgn diikuti sama sekali ya...hehehe...

Bella Luna- Mula Aktif

-

Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Pucuk dicita Ulam mendatang,
Dibawa menari di tengah laman,
Bergurau senda orang mendatang,
Sekadar menyemai hati di taman.
Ular sawa berbatik coraknya,
Cantik jika dibuat handbag,
Tak kisah la Cik Bella nak dibuat apa,
Asal berpaut di tali undang˛.
Ular pulak dibuat cerita,
bersama ulam dan pucuk dicita,
Apo laie nak dibuek cerita?
Jika hati sudah ceria?
Hah.. Jawab... jawaaaaabb...
Dibawa menari di tengah laman,
Bergurau senda orang mendatang,
Sekadar menyemai hati di taman.
Ular sawa berbatik coraknya,
Cantik jika dibuat handbag,
Tak kisah la Cik Bella nak dibuat apa,
Asal berpaut di tali undang˛.
Ular pulak dibuat cerita,
bersama ulam dan pucuk dicita,
Apo laie nak dibuek cerita?
Jika hati sudah ceria?
Hah.. Jawab... jawaaaaabb...

ifahuzir- Aktif

-

Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Tuan... pantun tuan yang kedua tu tak kenala rythmnya...
Jangan mengarut jangan mengulat
Nanti kena marah dengan majikan
Semua cerita ni saja jer buat2
Yang penting kita hepikan kan kan...
Dah dah dah... Pergi sambung kerja.... Muaha ha ha...
Jangan mengarut jangan mengulat
Nanti kena marah dengan majikan
Semua cerita ni saja jer buat2
Yang penting kita hepikan kan kan...
Dah dah dah... Pergi sambung kerja.... Muaha ha ha...

Omera- Aktif

-

Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
ifahuzir wrote:Hahaha..
Dua Tiga Kucing Berlari,
Mana nak sama si Kucing Belang,
ampat puloh telah ku cuba cari,
Tak akan sama ngan cik adik Bella seorang..
Sorong Papan Tarik Papan,
Buah Keranji dalam Perahu,
Suruh kawan saya kawan,
Nak kawen jer bila tak tahu..
Buah delima warnanya merah,
Pisang Tanduk besar semacam,
Jika Tn. Omera tak takut di marah,
Try ler tapi jangan scam..
la la la la la la...![]()
Kucing berlari byk sekali,
Kucing belang masih menyusu,
Di mana di cari tiada lagi yg dikenali,
Kerana sya puteri yg bungsu.
Kumpul papan buat rumah,
buah keranji byk khasiatnya,
Bila berkawan biar meriah,
Klu ada jodoh dtg dgn sendirinya,
Buah delima sedap dimakan,
Pisang tanduk pun sedap rasanya,
Tn Omera berani berpantun sakan,
Kerana cuma gurauan semata-matanya.
hehehehe....

Bella Luna- Mula Aktif

-

Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Betul tu Bella... Kerana tak sanggup nak menduakan isteri saya yang tercinta... Banyak perkara suka duka kami harungi bersama... Takkan kerana cinta buta kita lupa segala kisah duka lara riang ria bersamanya... Cuma kalau Allah dah tetapkan begitu... tiada dapat kita menolaknya... Yang pasti belum lagi bercita2 nak tambah lagi satu... Biarlah cinta ku ini kekal bersamanya hingga ke akhir hayat... Cinta yang pertama tetap pada yang Esa... Itu tidak dinafikan lagi... Cinta ku yang kedua tetap pada rasulullah jua... Apa pun isteri dan anak2 ku tetap di hati...

Omera- Aktif

-

Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Wowww..
Air Kopi pekat hitamnya,
Biji Kopi pula lain warnanya,
Hulamak tuan puan semua,
Dah lah gempak, berpantun pula ya?..
Giliran Burung kenari pula, mahu bercerita,
Kisah hang tuah dan Lang Buana,
Jodoh sebenar bukan ditangan kita,
Yang penting kene ada usahanya,
Biarpun perigi cari timba,
Bukan apa, saje nak tambah perisa,
Kepada hati yang belum beraja,
Jangan tunggu lama-lama ya..
wuaaa haahahaha.. banyak plak ideanye..
Air Kopi pekat hitamnya,
Biji Kopi pula lain warnanya,
Hulamak tuan puan semua,
Dah lah gempak, berpantun pula ya?..
Giliran Burung kenari pula, mahu bercerita,
Kisah hang tuah dan Lang Buana,
Jodoh sebenar bukan ditangan kita,
Yang penting kene ada usahanya,
Biarpun perigi cari timba,
Bukan apa, saje nak tambah perisa,
Kepada hati yang belum beraja,
Jangan tunggu lama-lama ya..
wuaaa haahahaha.. banyak plak ideanye..

ifahuzir- Aktif

-

Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Omera wrote:Memang tak sama si kucing belang
selalu dikejar kerana mencuri
Memang tak sama si Bella seorang
Kalau dah sama semua kan pening nanti
Kenapa papan disorong tarik
Nanti terkena buah keranji tu
Hmm kawen... memang menarik
Ada ker duitnya itu belum tahu
Pisang tanduk besar semacam
Dibuat goreng memanglah sedap
Mungkin tuan silap faham
Bukannya pelamin yang saya harap
Papan sudah buah pun sudah
Lepas ini apa pula
Bergurau sudah bersenda pun sudah
Lepas ini kemana kita...
Ee waah... Jawab kak Bella...
Membeli buah-buahan yg di suka,
Lepas nie kita makan sahaja,
Gurauan senda penawar duka,
Lepas nie kita teruskan kerja sahaja.
Angkat kain dari jemuran,
Takut nanti dibasahi oleh hujannya,
Tn Omera orgnya setia tiada dinafikan,
Yg sebenar dicintai ialah isterinya.
Omera wrote:Betul tu Bella... Kerana tak sanggup nak menduakan isteri saya yang tercinta... Banyak perkara suka duka kami harungi bersama... Takkan kerana cinta buta kita lupa segala kisah duka lara riang ria bersamanya... Cuma kalau Allah dah tetapkan begitu... tiada dapat kita menolaknya... Yang pasti belum lagi bercita2 nak tambah lagi satu... Biarlah cinta ku ini kekal bersamanya hingga ke akhir hayat... Cinta yang pertama tetap pada yang Esa... Itu tidak dinafikan lagi... Cinta ku yang kedua tetap pada rasulullah jua... Apa pun isteri dan anak2 ku tetap di hati...
P/S : Sya faham maksud Tn Omera cuma bergurau senda saja tapi tetap setia pada isteri tercinta... Ini semua cuma gurauan semata-mata di antara kawan2 utk release tension kan...hehe
Sya juga mendoakan agar rumah tangga Tn bahagia dan ceria selalu...
Alhamdulillah, betul tu kata Tn Omera, cinta yg pertama dan terbesar ialah
kepada Allah SWT, selepas itu kepada rasulullah dan selepas itu baru la yg lain2....
Last edited by Bella Luna on Thu Mar 17, 2011 11:26 am; edited 5 times in total

Bella Luna- Mula Aktif

-

Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Omera wrote:Betul tu Bella... Kerana tak sanggup nak menduakan isteri saya yang tercinta... Banyak perkara suka duka kami harungi bersama... Takkan kerana cinta buta kita lupa segala kisah duka lara riang ria bersamanya... Cuma kalau Allah dah tetapkan begitu... tiada dapat kita menolaknya... Yang pasti belum lagi bercita2 nak tambah lagi satu... Biarlah cinta ku ini kekal bersamanya hingga ke akhir hayat... Cinta yang pertama tetap pada yang Esa... Itu tidak dinafikan lagi... Cinta ku yang kedua tetap pada rasulullah jua... Apa pun isteri dan anak2 ku tetap di hati...
hehehe..
Tn. Omera, Hensem bergaya,
Ibarat kumbang, yang gundah gulana,
belum mula, belum buat apapa,
sudah fikirkan isteri tua?
tangan dicantum, jari disusun,
sekadar simbolik memohon ampon,
terasa di hati jangan di simpun,
Cuma Sekadar untuk ditonton.
hikhikhik..

ifahuzir- Aktif

-

Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Dah lah tu... pantun berjela nanti keje ntah ke mana... He he he...

Omera- Aktif

-

Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Sya memohon ampun dan maaf,
Jika ada yg terasa di hati,
Jika pantun sya byk yg khilaf,
Harap ampun dan maaf diberi.

Jika ada yg terasa di hati,
Jika pantun sya byk yg khilaf,
Harap ampun dan maaf diberi.

Bella Luna- Mula Aktif

-

Number of posts: 180
Age: 29
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2009-12-13
Re: Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
Kita sudah adik beradik lah (Ayat Singh dalam iklan 1 Malaysia)... Takde apa2... Gurau2 tu mengeratkan silaturrahim...

Omera- Aktif

-

Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14
Page 2 of 2 •
1, 2
Similar topics» kenapa persona xguna campro cps????
» kenapa wanita berkerjaya lambat menamatkan zaman dara??
» Darjah kebesaran Chua Jui Ming ditarik balik ..
» Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
» Kenapa Wanita Suka Menangis?????
» kenapa wanita berkerjaya lambat menamatkan zaman dara??
» Darjah kebesaran Chua Jui Ming ditarik balik ..
» Kenapa Tak Boleh Tak Kawen?
» Kenapa Wanita Suka Menangis?????
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Forum Umum | General Forum :: Artikel Ilmu | Knowledge articles
Page 2 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum