Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Qalam Ilahi Mind Power Training

Page 1 of 21 1, 2, 3 ... 11 ... 21  Next

View previous topic View next topic Go down

Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by Paranorms on Tue Apr 05, 2011 3:16 pm

salam semua Smile

Bagi menyemarakkan lagi pembahagian ilmu antara sesama kita, di tread ini sy akan membimbing anda utk menggali potensi-potensi dalam diri iaitu kemampuan minda bawah sedar... free saja jangan takut hehe. begitu byknya kelebihan kita manusia sehingga Allah sebagai pencipta seluruh alam mengiktiraf kita sebagai 'ahsani taqwim' iaitu sebaik-baik kejadian, bahkan mengalahkan malaikat sekalipun. alangkah ruginya kita yg asyik mengkaji perkara-perkara yg berada di luar diri kita dan mengabaikan utk mengkaji aspek-aspek dalaman kita yg membuat kita diktiraf oleh Tuhan sendiri sebagai sebaik-baik ciptaanNya.

mengkaji diri kita akan membawa kita semakin mengenal diri, alam dan tuhan. minda bawah sedar, atau sub-concious mind adalah satu kelebihan manusia yang sangat hebat. kemampuan mengembangkan kebolehan minda bawah sedar inilah yg akan membezakan perncapaian-pencapaian setiap peribadi dalam semua aspek diri dan kehidupan, dunia dan akhirat.

minda sedar dan minda bawah sedar adalah 2 tahap kemampuan jiwa manusia. sedangkan minda super sedar adalah kemampuan ruh manusia yg sumber kekuatannya adalah langsung terhubung dgn kekuatan yg menyelubungi dan mengatur alam ini. namun d tread ini kita akan fokuskan utk melatih minda bawah sedar, step by step. kita akan menguak rahsia minda bawah sedar dari aspek psikology, energy, dan spiritual.




..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by Paranorms on Tue Apr 05, 2011 4:00 pm

langkah pertama, anda harus yakin bahawa anda memiliki minda bawah sedar. kalau belum yakin maka sy akan bagi anda yakin dengan info2 yg sy ketahui Smile

manusia ada otak kiri dan kanan...ini mmg betul. sy yakin anda tahu hal ini. otak kiri pola berfikirnya adalah berdasarkan logik dan analitikal. sdgkan otak kanan pola fikirnya adalah rawak, bebas dan berdasarkan rasa dan naluri. otak kiri adalah bahagian yg dikenal sebagai minda sedar, sdgkan otak kanan adalah yg memprojekkan minda bawah sedar.

jika anda menggunakan daya cipta, atau daya imajinasi, maka sbnrnya anda sdg menggunakan minda bwh sedar anda. namun penggunaan kuasa imajinasi itu masih krg mencukupi...utk apa? utk mempengaruhi alam sekeliling, utk mewujudkan impian-impian anda Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by Paranorms on Wed Apr 06, 2011 7:04 am

tahukah anda bahawa semua ciptaan tercipta sebanyak 2 kali? pertama ia dicipta di dalam ilmu, dan kemudian ia dicipta di alam nyata. manusia sendiri adalah mulanya hanyalah wujud dalam ilmu Allah, sebagai prototaip2 mantap yg dikenal sbg 'ayan atsabithah. manusia dan seluruh alam wujud di dalam pengetahuan Allah secara detail. ini yg dikenal sbg peringkat wahdaniyah. pada peringkat inilah diarahkan perintah " KUN ", lalu terwujudlah semuanya ke alam zahir mengikut qadak dan qadar masing2 di dalam ilmu Allah.

begitu juga seluruh 'ciptaan' manusia. lihatlah di sekeliling anda, semua yg dihasilkan oleh manusia adalah pada mulanya hanya wujud di dalam ilmu manusia, di dalam imajinasi minda bwh sedar manusia. setelah semua terbentuk secara detail di dalam minda, barulah ia terlaksana di dalam alam nyata. cuba fikirkan, manusia juga adalah pencipta dalam batas tertentu Smile

lepas ni kita akan masuk ke latihan menyatukan jiwa dan jasad, sbg langkah pertama membuka dan mengaktifkan kekuatan tersembunyi yg sgt hebat di dalam diri kita Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by ifahuzir on Wed Apr 06, 2011 7:56 am

MasyaAllah..

Teruskan Tuan.. Ilmu yang manfaat akan sentiasa memberi manfaat kepada pengamalnya..

p/s: "Qalam Ilahi", adakah bermaksud "kata-kata ilahi" a.k.a Al-Quran? Mohon pencerahan.

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by izad on Wed Apr 06, 2011 9:09 am

Alhamdulillah. Besar sungguh manfaatnya ilmu ini.

..........................................................................................................................................................................................
"Lailahaillah Muhammadurrasullullah Fi Kulli Lamhatin Wanafasin A'dadama Wasiahu Ilmullah"

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by Paranorms on Wed Apr 06, 2011 3:25 pm

tn izad & ifahuzir @ terima kasih atas sokongan Smile

tn ifahuzir, qalam dimaksudkan sbg 'pena', manakala kalam pula adalah 'kata kata Allah/alquran'. qalam ilahi adalah satu nama yg muncul dlm ilham sy beberapa bulan lepas, yg membawa maksud 'pena ilahi' yg mana dalam tafsiran sy difahami sbg peranan kita di forum ini mahupun di mana saja sbg 'penulis' ilmu2 Allah di dalam dada dan minda orang lain. sy berniat utk menjadikan forum ini sbg sarana sharing ilmu2 yg bermanfaat secara bebas dan percuma. sy percaya bahawa semakin byk yg kita berikan dgn ikhlas maka akan semakin byk pula yg akan kita terima dr Allah melalui mekanisme hukum alam/sunnatullah.

so mana2 tread yg sy mulakan dengan nama 'qalam ilahi' slps ini maka itu adalah ilmu dr kefahaman sy sendiri hasil renungan dari perjalanan hidup dan spiritual, dan ianya diturunkan secara free kpd semua. mudah2han ramai yg mendapat manfaatnya Smile


ok, kembali ke haluan asal kita hehe

lihatlah bangunan2 besar di kota-kota raya, rumah2 banglo, kereta2, kapal terbang,dan apa saja yg 'dicipta' oleh manusia bermula dari minda. idea ttg objek yg ingin dicipta oleh manusia, misalnya kereta, mulanya hanya berada di layar batin si penciptanya. semakin lama ide aitu semakin jelas. bentuknya, warnanya, dll. kemudian dilukiskan di atas kertas. maka kereta itu sdh wujud di alam 2 dimensi. kemudian melalui proses2 tertentu, tidak lama kemudian wujudlah kereta itu di alam nyata, alam 3 dimensi yg blh dilihat, disentuh,dan didengar.

intinya adalah, semua yg mengambil wujud di alam nyata, ianya pada mulanya hanyalah wujud di alam ghaib, di alam energy, alam gtrn, atau apapun namanya yg anda kenali. ketika anda inginkan sesuatu, misalnya mahu makan, maka pada awalnya 'makanan' itu hanya berada di alam imajinasi, dalam niat anda. kemudian ketika keinginan itu kuat dan tanpa halangan, maka diri anda dan alam akan teratur secara sinkron mewujudkan 'makanan' itu.

dalam soal mewujudkan ini, mekanisme alam sgt unik. bukanlah bermakna tiba makanan itu jatuh dari langit terus ke riba anda. tetapi ia melalui proses2 penciptaan. misalnya tubuh anda digerakkan pergi kedai membeli makanan yg tergambar dlm layar batin anda, atau tubuh anda bergerak menuju ke dapur utk memasak makanan tersebut, atau kalau secara magik sedikit, tiba2 ada kwn yg telefon dan bawa belanja makan tanpa anda sangka, dan makanan anda makan adalah sama dgn yg anda bayangkan tadi di layar batin anda. mekanisme alam memilih caranya sendiri utk mewujudkan impian-impian anda.

mekanisme alam sering mewujudkan hajat2 kita dalam cara yang alami, yg sdh terbiasa oleh anda dan anda anggap itu sbg perkara yg tidak ada apapa keajaiban apapa. jika anda renung kembali, sbnrnya setiap hari anda 'mencipta'. anda mewujudkan dan menjelmakan objek2 yg ada di fikiran anda ke alam realiti...tidakkah itu ajaib? Smile

cubalah kenang2kan, sudah berapa kalai keajaiban ini terjadi dalam hidup anda? anda mendapat benda yg anda baru saja bygkan...atau anda tiba2 bertemu dgn org yg baru saja anda ingat.

alam ini adalah satu wujud yg bercantum...objek2 alam hanyalah dipisahkan oleh fikiran kita, dibatasi oleh persepsi kita.jika anda masuk ke alam keheningan maka anda akan meihat bahawa alam ini adalah satu wujud yg tidak pernah terpisah... x percaya??? semua objek alam adalah terbina dari susunan atom-atom. so semuanya adalah atom yg berbeza mampatannya. so alam ini pada satu frekuensi hanyalah atom2 saja, yg isinya adalah subatom, elektron, proton dan neutron yg sentiasa melakukan aktiviti 'charge and park', aktiviti energy yg hanya dpt dilihat pada satu tahap kesedaran ilmu yg tertentu. aktiviti energy ini dijelaskan dalam alquran spt berikut :

“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap ditempatnya, padahal ia berjalan sebagaimana jalannya awan” (An naml : 88).

ayat ini menjelaskan aktiviti energy yg sntiasa aktif di dalam atom2 gunung...gunung itu dilihat oleh mata kasar sbg kaku, namun di dalam atom2 yg membentuk gunung itu senitiasa terjadi aktiviti yg sgt aktif...alquran sdh mengkabarkan ttg peristiwa energy sejak dari dulu...dan manusia baru saja menemui teorinya...masyaAllah!

so apa kaitannya dgn mind power??? ini teori ilmiah utk memahamkan org yg tidak percaya bahawa fikiran kita tidak mampu memberi pengaruh kpd alam sekeliling sbb fikiran tidak tersambung kpd alam. kalau badan mmg blh dipengaruhi oleh fikiran sbb ada sambungan saraf2 dr otak ke seluruh sistem tubuh. tpi dgn alam, mcm mana pula fikiran blh mempengaruhi alam sdgkan fikiran tidak ada sambungan saraf ke seluruh alam??? inilah sbbnya, fikiran adalah satu bentuk gelombang energy, dan seluruh alam juga rupanya adalah satu wujud energy yg sgt luas. energy fikiran dan energy2 alam adalah saling bersambung dan saling dapat memberi pengaruh antara satu sama lain.

ketika handphone anda berdering, anda bertelefon saja atau bersms saja, tnpa memikirkan bahawa sbnrnya itulah bukti nyata peristiwa gelombang energy. gelombang dr hp si pemanggil diterima oleh pemancar syarikat telekomunikasi anda lalu dipancarkan juga dalam bentuk gelombang energy ke hp anda. tiada wayar, tiada tali atau apapa penghubung, hanya semata-mata gelombang enrgy. takkan la jin yg sampaikan isyarat-isyarat dr satu hp ke hp lain kan hehe

sama juga, ketika anda request utk attune ilmu sin ilahi misalnya, lalu getaran gelombang fikrian sy menghubungkan getaran energy anda dgn gtrn energy sin ilahi. tiba2 saja ketika anda meniatkan utk mengakses energy sin ilahi, terasa ada arus energy mengalir di tubuh anda. dalam proses ini kita tidak menggunakan apapa wayar pun...hanya untaian peristiwa energy...itu saja...jika anda sdh boleh menerima konsep ini, maka bersedialah utk melihat rahsia-rahsia alam Smile

nampaknya panjang juga intronya nih...supaya lbh faham konsepnya. sbb kalau masih kabur2 pada perkara basic, nti agak sukar utk kita ke level seterusnya Smile


..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by ifahuzir on Wed Apr 06, 2011 4:16 pm

Alhamdulillah.. "konsep"nya sudah di tune.. cyclops

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by Paranorms on Wed Apr 06, 2011 11:01 pm

LATIHAN PERTAMA

objektif : menyatukan jiwa dengan jasad atau minda dengan tubuh.


penerangan :

dalam kehidupan kita seharian, semenjak fikiran kita mula pandai berfikir dan ego sudah mula muncul, jiwa kita mula terpisah dgn jasad kita. minda kita tidak lagi sinkron dgn tubuh kita. sbb itulah byknya timbul penyakit, dan sebab itulah kekuatan jiwa/minda bwh sedar kita semakin pudar. ya benar, kita sering mengabaikan inner self kita, dan fokus kita terlalu banyak kpd urusan-urusan luar diri kita. kita sdh jarang menjenguk diri kita sendiri. kita tidak lagi 'sedar' dengan byk perkara. sbb itulah semakin banyak penyakit di tubuh dan di jiwa kita skrg ini. kerana jiwa kita tidak peduli lagi rumahnya iaitu tubuh. hanya apabila jiwa pulang ke raganya, barulah jiwa itu blh melihat dan memerhatikan dirinya sendiri. barulah jiwa mula ada 'kesedaran' dan kembali kpd fitrahnya yang kuat dan mulia.

ok kita mulakan.

kaedah latihan :

1. duduk dengan rileks. teggakkan blkg agar aliran darah dan enegy lancar. tegak namun rileks.

2. atur nafas. tarik dalam2 melalui hidung dan dan hembus dgn sgt perlahan melalui mulut. ulang2 sampai anda merasa rileks dan tenang.

3. mula menyatukan jiwa dan raga. rasakan seluruh tubuh anda, mulakan dari kepala, raskan dengan perasaan anda, kemudian ke wajah, telinga, leher, bahu, dada, lengan, tgn, tapak tgn, jari2, kemudian perut, pinggang, punggung, kendurkan semua otot2 anda. lemaskan semua ketegangan di otot2 anda. kemudian kendurkan otot PC anda, iaitu otot tahan kencing. kendurkan betul2, anda akan merasakan rileks yg amat sgt d tubuh anda. kemudian kendurkan pula otot2 paha, betis, kaki, dan jari2 kaki anda.

skrg rasakan semua otot di tubuh anda semakin kendur dan rileks. jiwa anda akan mula mengisi kembali semua ruang tubuh anda. tandanya akan terasa meremang diseluruh permukaan kulit, terasa terisi dgn sesuatu yg nyaman, rasa hangat dan selesa. teruskan rasakan sehingga anda puas. jagalah agar semua otot tubuh anda semakin rileks dan semakin rileks.

ketika proses ini terjadi, maka seluruh sistem energy akan mula teratur sendiri, penyembuhan alami akan mula terjadi di dalam tubuh anda, dan medan aura anda semakin kuat dan terang.

4. sudahi dengan mengucapkan syukur kpd tuhan.


cubalah, dan jgn lupa berikan respon di sini agar sy dpt menilai hasil latihan anda. kemudian baru kita ke next level.

ingat, dlm proses ini usah akses apapa energy. kita hanya akan mnggunakan diri kita sendiri tnpa ada media energy luar. ini pasti sesuatu yg akan sgt berbeza utk anda.

selamat berlatih Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by Paranorms on Thu Apr 07, 2011 7:09 am

apa kelebihan latihan pertama ini???


buanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!


namun sy mahu anda buat dulu, bagi respon di sini baru sy akan jelaskan secara detail kelebihannya Smile

jgn lupa utk selalu senyum, rileks dan pasrah Smile



..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by ifahuzir on Thu Apr 07, 2011 7:39 am

Erkk.. Saya selalu praktikkannya sebelum ini.. terutama dalam solat.. Alhamdulillah.. So far so good.. Akan dipraktikkan ketika meditasi pulak pasti.. Tanpa kata-kata atau zikir yah? Idea

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by cupi_ketchum on Thu Apr 07, 2011 11:37 am

Bagi teman2 lain yg sudah mencuba, mohon juga supaya utk kongsikan pengalaman dan rasa anda masing2 di sini ya.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by Paranorms on Thu Apr 07, 2011 3:30 pm

ifahuzir wrote:Erkk.. Saya selalu praktikkannya sebelum ini.. terutama dalam solat.. Alhamdulillah.. So far so good.. Akan dipraktikkan ketika meditasi pulak pasti.. Tanpa kata-kata atau zikir yah? Idea



bgs lah tn...amalan ini sgt byk manfaatnya. sy kan terangkan nti. ya x perlu apapa zikir dlu. sbb kita hanya ingin menyatukan jiwa dan jasad kita melalui penghayatan. memulangkan jiwa ke rumahnya yg sering kali ditinggalkan Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by iazamn on Thu Apr 07, 2011 6:29 pm

emmm indahna..seronok bila jiwa dan raga bersatu

Mula di masuki.terasa ia menjalar masuk dari kepala..wajah bahu dan sebagainya sehingga ke kaki..selepas itu terasa pula jiwa yang menemui raga mula membetulkan kedudukannya dalam raga..mengambil tempay barangkalinya dan menyesuaikan kedudukan..di sini terasa bdan macam di urut..dari kepala..bahu dan sebagainya..emm badan mula terasa berpeluh..hehe..terasa juga gelinya bila jiwa mengurut raga....emm hehehe


iazamn
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 32
Age: 44
Location: kota bharu
Registration date: 2011-01-07

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by Paranorms on Thu Apr 07, 2011 10:26 pm

iazamn wrote:emmm indahna..seronok bila jiwa dan raga bersatu

Mula di masuki.terasa ia menjalar masuk dari kepala..wajah bahu dan sebagainya sehingga ke kaki..selepas itu terasa pula jiwa yang menemui raga mula membetulkan kedudukannya dalam raga..mengambil tempay barangkalinya dan menyesuaikan kedudukan..di sini terasa bdan macam di urut..dari kepala..bahu dan sebagainya..emm badan mula terasa berpeluh..hehe..terasa juga gelinya bila jiwa mengurut raga....emm hehehe




ulang lagi dan lagi tn...insyAllah akan lbh lagi yg blh dialami. siapa lagi yg sdh buat sila berikan feedback. jgn le malu ye hehe...kita kumpul dlu semua pengalaman2 kita kemudian baru kita hurai satu persatu. ini adalah peringkat yg sgt penting Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by iazamn on Fri Apr 08, 2011 8:26 pm

salam teman-teman ku sekalian

Alhamdulillah..hari ini saya mencuba lagi latihannya..setelahjiwa mengisi raga..mcm semalam juga..cuba hari ini terasa otot-otot macam kembang kuncup terutma bahagian badan..seolah pegepaman darah ke atas otot-otot sedang berlaku..lama juga melayannya..hehe selepas rileks kembali terasaada aliran yang agak lancar mengalir ke setiap urat dan saraf..berpeluh itu semestinya seolah sedang melakukan aktiviti senaman..eem apa rahsia..pasti akan terungaki jua selepas ini..insyaAllah

iazamn
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 32
Age: 44
Location: kota bharu
Registration date: 2011-01-07

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by Paranorms on Mon Apr 11, 2011 2:21 pm

iazamn wrote:salam teman-teman ku sekalian

Alhamdulillah..hari ini saya mencuba lagi latihannya..setelahjiwa mengisi raga..mcm semalam juga..cuba hari ini terasa otot-otot macam kembang kuncup terutma bahagian badan..seolah pegepaman darah ke atas otot-otot sedang berlaku..lama juga melayannya..hehe selepas rileks kembali terasaada aliran yang agak lancar mengalir ke setiap urat dan saraf..berpeluh itu semestinya seolah sedang melakukan aktiviti senaman..eem apa rahsia..pasti akan terungaki jua selepas ini..insyaAllah


alhamdulillah... kemajuan yg bgs tn iazamn...energy dr diri kita selalu sgt terlepas dan terbuang sia-sia melalui cakra-cakra kita terutama cakra seks, pusat dan dan ajna. sgt byknya enrgy terbuang sehingga sdh sgt kurang yg mengisi ruang-runag di dalam diri kita zahir mahupun batin.

ketika tn melakukan latihan ini, energy kembali mengisi penuh seluruh ruang-ruang yg perlu secara total. bila kita latihan energy2, kita sering mengisi diri kita dgn mcm2 energy yg kita akses. byk energy, dgn perlbagai karakter mengisi ruang-ruang di dalam diri kita. kalau sdh terlalu byk blh jadi berlaku 'perlanggaran' yg mmbuat tubuh dan jiwa terasa berat. sbb stp frekuansi energy memberikan 'rasa' yg berbeza pada tubuh dan juga jiwa.

namun dgn latihan ini, kita hanya pasrah dan hanya menggunakan enrgy fitrah kita sendiri. bukan mana2 energy luar dr perlbagai frekuensi. itu kelebihan pertama yg tn akan dpt. energy murni dan fitrah yg kita isikan ke ruang-ruang di dalam diri kita akan memberikan rasa yg sgt berbeza, satu rasa yg dirindukan oleh sifat sang diri. kesedaran diri juga akan semakin meningkat. semua cakra-cakra akan bersinar secara imbang, dan enrgy akan tersebar merata ke seluruh tubuh yg menghasilkan rasa yg sgt damai dan tenteram. energy yg balance, smua ruang terisi secara benar, juga akan membuat 'tabung-tabung' kehidupan tn akan turut terisi semakin baik dan optimum. apakah bendanya tu??? nti tn akan perasan sendiri hehe Smile

kesedaran yg telatih, akan semakin menjadi peka. tn akan dpt melihat secara 'batin' dgn labih terang lagi. dpt melihat energy-energy, getaran-getaran fikiran dan emosi. semakin tggi gtrn kesedaran tn maka akan semakin jauh jangkauannya dan semakin menarik 'rasa' dan 'penglihatan' tn....teruskan tn, apapa pengalaman share lg di sini. pasti akan semakin menarik dpt melihat dimensi2 lain dr kaca mata spiritual Smile


..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by izad on Mon Apr 11, 2011 2:44 pm

saya juga cuba buat latihan ini. Bila sudah rileks saya cuba rasakan mcm energy mula memasuki dr bahagian kepala, muka, satu kepala, leher dan seterusnya turun sampai ke bahagian hujung jari kaki. Apa yg saya rasa bdn saya seperti padat dan penuh. Rasa seperti energy memenuhi ruang dlm badan. cuma saya rasa kepala saya berat. mengapakah terjadi begitu?

..........................................................................................................................................................................................
"Lailahaillah Muhammadurrasullullah Fi Kulli Lamhatin Wanafasin A'dadama Wasiahu Ilmullah"

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by Omera on Mon Apr 11, 2011 3:31 pm

Barangkali ada batu dalam kepala... Takde lah tuan... Gurau jer... Saya belum cuba lagi sebab keadaan masih tak stabil... Boleh ke cuba jer kalau kesihatan tak menentu ni... Risau pulak nanti tergolek dog... He he he...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by ifahuzir on Tue Apr 12, 2011 11:37 am

izad wrote:saya juga cuba buat latihan ini. Bila sudah rileks saya cuba rasakan mcm energy mula memasuki dr bahagian kepala, muka, satu kepala, leher dan seterusnya turun sampai ke bahagian hujung jari kaki. Apa yg saya rasa bdn saya seperti padat dan penuh. Rasa seperti energy memenuhi ruang dlm badan. cuma saya rasa kepala saya berat. mengapakah terjadi begitu?


Owh.. masih belum cukup pasrah tu tuan.. masih "terikat" dengan keinginan. usaha lagi..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Qalam Ilahi Mind Power Training

Post by Omera on Tue Apr 12, 2011 12:37 pm

Terkejut saya... Tiba-tiba forum tukar jadi English version... Jenuh fikir camna lak jadi camni... Tadi tengok ok jer... Rupanya tertekan button translate... Fuiih... Habis sume orang speaking... Tu yang takleh tahan... Sorry... Ganggu konsentrasi tuan-tuan...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Page 1 of 21 1, 2, 3 ... 11 ... 21  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum