Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

kunci energy adalah cinta

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

kunci energy adalah cinta

Post by izad on Wed May 11, 2011 11:52 pm

First topic message reminder :

Kunci Energy adalah Cinta

Tersebut Al Kisah_Seorang Darvish didatangi oleh seorang petapa yang Sungguh sakti.Memang demikian adanya sekiranya
kita masih memburu kesaktian tidak akan bertemu guru yang sakti
, apabila kita tidak mencari _mereka akan muncul dengan sendiri. Melihat keadaan Darvish yang begitu fakir lagi
miskin. Apatah lagi dengan pakaian yang compang camping , para petapa yang sakti itu timbul perasaan yang sungguh kasihan.Berlaku lah perbualan diantara mereka.

Si Petapa sakti: “wahai hamba Allah, kau seorang Darvish yang di cintai Allah. Selama ini kau sibuk membantu orang lain sehingga lupa untuk mengurusi diri mu sendiri. Mintalah Ilmu pada ku nescaya aku akan mengajar kamu”

Darvish: ”Saya tidak tahu yang saya sering membantu orang lain, apa maksud anda? Saya tidak merasa melakukan apa pun. Yang membantu dia yang diBantu pun dia. Saya tidak melakukan apa-apa pun”.

Si Petapa sakti:”Sebab itulah saya amat mengkagumi anda dan mencintai anda. Anda menolong orang lain tanpa mengharabkan apa-apa ganjaran, pujian atau apa-apa pun. Mintalah sesuatu dari saya berupa ilmu , wang atau apa-apa. Kerana saya di beri kesaktian oleh Allah untuk melakukanya.”

Darvish: ”Saya tidak memerlukan sesuatu apa pun keperluan saya sentiasa di penuhi Allah.Jadi bagai mana saya ingin meminta. Saya tidak perlukan apa-apa lagi.”

Namun Petapa yang sakti ini terus mendesak.

Si Petapa sakti: ”Tapi keadaan mu sungguh memerihatinkan, perhatikan pakaian mu sudah compang-camping. Badan mu kurus, entah kamu diberikan makan ataupun tidak. Mintalah sesuatu mungkin harta atau wang yang secukupnya”.

Darvish: ”Saya tidak perlu harta atau wangyang banyak cukuplah sekadarnya. Harta dapat menghanyutkan kesedaran manusia, wang yang banyak akan menyebabkan ketidak sedaran manusia. Cukuplah dengan apa yang Allah berikan kepada saya.”.

Si Petapa sakti: ”Cukup kata anda !! Sedangkan apa yang saya lihat anda serba kekurangan”.

Darvish: ”Kekurangan itu hanya pada penglihatan anda bukan pada penilaian saya.”

Si Petapa sakti:”Baiklah kalau begitu, mungkin kekebalan atau kesaktian.”

.

Darvish:”Saudara kembar kekebalan dan kesaktian adalah keangkuhan. Keangkuhan akan berkembang menjadi Kesombongan”.

Si Petapa sakti:”Baiklah , bagai mana kemampuan membaca fikiran orang lain, tentu saja dengan kemampuan ini anda dapat menolong orang lain”.

Darvish: ”Tidak juga kerana saya sibuk menjinakan fikiran saya sendiri, lagi pun bahasa yang saya kenal adalah bahasa hati , yang saya baca adalah hati orang dan ini sudah mencukupi untuk Saya. Saya tidak perlu membaca fikiran orang lain.

”.

Si Petapa sakti: ”Anda telah menolak semua tawaran saya tapi yang satu ini harus anda terima.Saya akan menjernihkan pandangan anda,Sehingga anda dapat melihat masa hadapan.”

Darvish: ”Ini lagi tidak berguna pada saya, yang penting bagi saya adalah masa sekarang atau masa kini dan saat ini. Saat ini dapat merubahkan masa hadapan tak perlu pergi ke masa hadapan.”

Si Petapa sakti: ”Terimalah tawaran saya yang terakhir ini, Kamu boleh menjadi seorang penyembuh, kamu dapat menyembuh orang yang sakit.”.

Darvish: ”Ini pun tidak berguna bagi saya, sesungguhnya Allah maha penyembuh, biarlah lah kesembuhan berasal dari Allah. Bukan dari keinginan saya dan saya hanya lah pelantaran sahaja.”.

Demikianlah tawaran-tawaran yang sering kita dengar dari perguruan tenaga dalam atau aliran kerohanian masa ini_ saya sambung kembali. Setelah satu persatu tawaran Si petapa sakti itu di tolak, si petapa tersebut lalu mengundurkan diri. Namun dalam diam-diam si petapa sakti mengambil keputusan untuk menganugerahkan kepada Darvish tersebut. Beliau tidak perlu di beritahu lagi mengenai tawaran yang telah dibuat.

Jika di beritahu dia akan menolak lagi. Sesiapa pun yang tersentuh oleh Darvish tersebut akan menjadi tenang dan memperolehi kedamaian , apa bila sakit akan menjadi sembuh, jika lemah menjadi kuat… Inilah bonus dari Allah kepada hambanya yang pasrah, redho, cinta kepadanya.

Mereka yang mencintai Allah dan Rasul, para sufi, darvish para master tidak memerlukan apa pun. Cinta akan membuat mereka kenyang, sebaliknya kita yang belum kenal cinta selalu lapar. Melalui pertemuan ini kita akan menyelami para master seperti Robiatul Adawiah, Jalaludin Al Rumi, Ibnu Arobi, Habib soleh Al Hamid, Gus Arifin bin Ali bin Hassan mereka itu merupakan master ,darvish, sufi dari masa silam yang kami bangkitkan jiwa mereka melalui Aura Therapy.

Bersama mereka kita _ menyelami Cinta

Cinta merupakansebuah energy yang sangat hebat. Jadi Energy inilah yang kita gunakan untuk merawat zahir dan batin diri kita dan juga orang lain.


?

..........................................................................................................................................................................................
"Lailahaillah Muhammadurrasullullah Fi Kulli Lamhatin Wanafasin A'dadama Wasiahu Ilmullah"

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down


Re: kunci energy adalah cinta

Post by cupi_ketchum on Fri May 20, 2011 5:13 pm

APabila pancaran cinta dilepaskan ke alam semesta, maka ia akan memancar semula ke dalam diri dgn gelombang2 yg lebih kuat dan padat. Momentom cinta juga berkait rapat Low Of Tenfold Return.

Cinta adalah energy. Hukum energy tidak boleh dimusnahkan, tetapi boleh berubah bentuk. Apabila cinta musnah, ia tidak hilang, sebaliknya tetap mengelilingi kita dalam bentuk cinta yg berlainan. Bukan cinta songsang ya, heheheh. Cinta yg lebih dalam maksudnya.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: kunci energy adalah cinta

Post by cyber00 on Fri May 20, 2011 6:27 pm

Tq atas sharingnya tn cupi... Smile

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: kunci energy adalah cinta

Post by jagat raya on Fri May 20, 2011 11:28 pm

hehehehe.. tuan cupi memang memahami soal cinta...

jagat raya
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 197
Age: 32
Location: bandar tasik selatan
Registration date: 2009-11-01

Back to top Go down

Re: kunci energy adalah cinta

Post by Paranorms on Sat May 21, 2011 2:19 pm

cinta adalah alasan alam diciptakan...cinta adalah intisari daripada penciptaan manusia. Allah menzahirkan cintanya dlm apa yg diciptakannya.

ucapkanlah selalu,

" sy mencintai dan mengasihi semua makhluk ", maka anda akan menerima cinta yg lbh besar lagi dr semua mkhluk clm bermacam bentuk.

jika anda melepaskan enregy cinta, anda akan menerima cinta yg berganda. jika anda melepaskan enregy kebencian maka anda sendiri yg akan menerima keburukannya. oleh itu bljrlah selalu utk mencintai Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: kunci energy adalah cinta

Post by cyber00 on Sat May 21, 2011 7:04 pm

Paranorms wrote:cinta adalah alasan alam diciptakan...cinta adalah intisari daripada penciptaan manusia. Allah menzahirkan cintanya dlm apa yg diciptakannya.

ucapkanlah selalu,

" sy mencintai dan mengasihi semua makhluk ", maka anda akan menerima cinta yg lbh besar lagi dr semua mkhluk clm bermacam bentuk.

jika anda melepaskan enregy cinta, anda akan menerima cinta yg berganda. jika anda melepaskan enregy kebencian maka anda sendiri yg akan menerima keburukannya. oleh itu bljrlah selalu utk mencintai Smile


===============
agree n i like it... study cheers

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: kunci energy adalah cinta

Post by Shu Omar on Sun May 22, 2011 5:56 pm

Bernas!

Shu Omar
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 422
Age: 27
Location: Kedah Darulaman
Registration date: 2008-02-18

http://www.facebook.com/shuomar

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum