Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

View previous topic View next topic Go down

Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by cyber00 on Fri May 13, 2011 4:45 pm

Assalam buat semua master n rakan forumer.

Ingin saya berkongsi sebuah artikel yang saya rasa bagus dan boleh tambah nilai pada diri kita semua. Yang mana positif dan negetif tu kita kena lah pikir dan bincang atau bahaskan agar lebih menjadi sumber infomatif lagi berguna untuk kita semua. wallahua’lam.

Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan
May 3rd, 2010 sofieyya



Hari ini TokOne nak berkongsi kat Laman Sofieyya…..semoga terhibur yer..sekurang2nya ia menaikan sedikit semangat kaum-kaum ibu ini supaya tidak gerun makhluk halus ini…therapy juga bagi kaum2 ibu yg punyai masaalah dengan makhluk kasar…supaya kita tahu bahawasanya kita ini di cipta dengan kelebihan masing-masing…Sebelum ini kesian juga asyik posting yang menduka cita jer..Apa kata kita kasi semangat skit..Walaupun gambar muka depan leh buat kuss semangat.

Kadang-kadang amat menghairankan bagaimana manusia Melayu yang beragama Islam selalu mengalami gangguan ghaib termasuk nampak ruh-ruh ghaib, hantu, histeria, saka dan macam-macam lagi.

Di sini saya nak berkongsi terhadap ilmu tenaga keinsanan dari hasil kajian dan ujikaji yang telah saya buat selama lebih 25 tahun

Begini:

Dalam Islam tiada istilah hantu, pocong, polong, penanggalan, hantu bungkus dan seumpamanya dan dikira tak wujud pun. Yang ada hanya Iblis,syaitan dan jin yang kerjanya menghasut dan menyesatkan manusia. Syaitan ini dikatakan berada dalam aliran darah manusia dan ada hadith mengibaratkan syaitan seperti nyamuk yang menunggu masa/peluang untuk menyuntik kepercayaan/hasutan ke dalam hati manusia yang lalai.

Walaubagaimanapun makhluk-makhluk ‘perosak’ itu tidaklah terlebih hebat dari segi tenaga insaniah berbanding insan manusia. Insan adalah makhluk yang paling sempurna kejadiannya. Kelebihan ketara manusia berbanding Iblis, Syaitan dan Jin (ISJ) adalah tenaga hayat yang dimilikinya.

Tenaga Insan amat hebat. Buktinya semasa persitiwa Mikraj yang penuh keajaiban dari segi teknologinya ialah keupayaan Rasulullah SAW menjelajah ke Sidratul Muntaha bertemu Allah SWT iaitu sempadan had makhluk boleh tiba. Apabila diajak Rasulullah SAW agar Jibril menemaninya bertemu Allah SWT, Jibril berkata :”Jika daku mengikutmu walau serambut lagi Ya Rasulullah nescaya diriku akan musnah dan hancur”. Di situ membuktikan diri Insan melebihi malaikat pada tahap maksimum keupayaannya. Dalam istilah fizik kuantum semua perkara adalah tenaga atau cahaya. Ini menunjukkan jasad manusia (yang hakikatnya tenaga dan cahaya ini dari segi fizik kuantum) adalah yang paling hebat berbanding makhluk-makhluk lain yang pernah diciptaNya. Akhirnya, Rasulullah SAW sendiri sampai ke Sidratul Muntaha bertemu dengan Allah Penguasa Alam Semesta tanpa ditemani Jibril AS yang mungin difikirkan Baginda amat hebat kebolehannya.

Satu lagi bukti tenaga Insan ini hebat adalah ruh manusia mampu memiliki jasad. Tenaga Insan/hayat mampu memegang semua elemen asas kehidupan dan menyatakan dirinya secara zahir. Elemen asas ini ialah air, tanah, api angin .Dalam ilmu sains moden, kehidupan alam fizikal termasuk bumi, planet, matahari, bintang, galaksi dipegang oleh 4 unsur iaitu magnetism, gravitism, ikatan nuklear kuat dan ikatan nuklear lemah.

Didapati tenaga Insan mampu menggabungkan semua elemen asas tadi serta membina dan menggerakkan jasad lantas menjadi kehidupan atas mukabumi ini. Tenaga hayat syaitan/iblis/jin tidak mampu berbuat demikian !!

Berkenaan dengan jin terdapat pelbagai level keupayaannya. Dalam Al-Quran diceritakan bahawa jin digunakan dalam tugas-tugasan berat yang tak mampu dibuat oleh manusia. Dikatakan jin juga digunakan untuk memindahkan bongkah batu yang beratnya beratus tan untuk membina piramid dari Pergunungan Pyrennes, Perancis yang jaraknya ribuan kilometer dari Gaza.

Namun zaman kekuatan jin ini telah berakhir akibat perubahan gravitisme bumi (kisah ini panjang dan telah dibuktikan secara kajian sekumpulan pakar graviti-saya akan ceritakan kemudian). Jin-jin telah hilang ‘kuasa’ ini dan sekarang kuasa ini dibawah kawalan manusia pula (kuasa zero point energy-panjang juga ceritanya ini-akan dijelaskan juga nanti)

Syaitan dan Iblis hanya berkuasa dalam dimensi alam yang lain. Dalam alam dunia fizikal ini mereka tidak berkuasa. Buktinya ialah jin/syaitan/iblis tiada kekuatan tenaga menggabungkan semua elemen tadi untuk mendapatkan jasad. Apatah lagi berjalan di atas mukabumi ini !!

Kembali semula kepada perbincangan tadi, dengan tenaga yang paling hebat ini hanya manusia menjadi paling layak menjadi Khalifah iaitu pentadbir/dunia dan alam ini. Persoalannya lagi adakah manusia juga mentadbir planet-planet lain dan bintang? Ya..kerana dalam Al-Quran menyatakan bahawa ‘dijadikan bintang-bintang sebagai perhiasan’..walaupun saiz bumi ini kecil berbanding alam semesta tapi manusialah pentadbirnya. Kajian mutakhir mendapati UFO dan alien-alien itu berasal dari bumi. Buktinya ialah banyak satelit-satelit di atmosfera bumi telah merakamkam video pergerakan turun naik UFO ke angkasa dari bumi. (Kisah sebenar UFO ni akan saya posting kemudian)

Jadi bagaimana jin/hantu ni boleh muncul dan ‘mengganggu’ manusia jika tenaganya tidak sekuat manusia?

Rajah: fungsi haemoglobin dalam sel darah mera (red blood cell)—>

Sebenarnya tenaga syaitan dan jin di alam manusia ini amat lemah. Cuma kelebihan syaitan ini ialah kebolehannya sebagai elemen api yang boleh berada dalam atom besi/ferum yang banyak dalam hemoglobin (rujuk Wikipedia apa maksud hemoglobin). Bidang kajian antara ilmu kimia dan spiritual dinamakan Alchemy. Ibnu Sina dan Al-Ghazali adalah antara saintis Islam yang paling pakar dalam bidang ini. Perkembangan akhir-akhir ini memdapati Alchemy banyak membantu manusia berbanding bidang kimia yang terpisah dari spiritual (chemistry). Hemoglobin ini adalah molekul yang jumlahnya teramat banyak dalam sel darah manusia (dalam satu ml darah ada beribu-ribu dan tugasnya adalah mengikat oksigen agar boleh diangkut oleh sel darah merah.

Dalam kajian Tenaga Insan, apabila seseorang mengingati Allah dengan cara berzikir kepadaNya (sama ada ingat dalam hati, berwirid ,membaca Al-Quran atau berdoa, jaluran tenaga manusia telah di’upgrade’ agar membina satu lapisan pelindung tenaga luar (macam cerita Ultraman).Istilah pengamal tenaga dalam ffenomena ini dipanggil perisai aura.

Bila manusia ‘lalai’ atau kurang mengingati Allah, perisai ini makin ‘menipis’ yang akan memudahkan syaitan tadi memasuki gen manusia lantas mengubahsuai struktur molekul tubuh manusia agar organ badan dan sistem pertahanan badan gagal berfungsi . Inilah sebenarnya punca menyebabkan penyakit pada tubuh manusia. Jika sistem imun manusia kuat (fizikal dan spiritual) kuman/patogen tak mampu menyebabkan penyakit dan organ badan manusia tidak rosak.

Lebih merbahaya jika syaitan tadi ‘menyuntik informasi/hasutan’ ke dalam sel-sel otak manusia yang amat berkaitan dengan akal. Impuls-impuls elektrik yang ditafsir oleh otak manusia akan terganggu. Manusia tadi akan menjana satu rupa bentuk ‘hantu’ dalam fikirannya dan menganggap ianya sebagai ‘real’. Dalam kajian sains moden apa-apa yang dikesan/dirasai oleh pancaindera manusia seperti penglihatan, rasa, bau, sakit, tekanan, pendengaran dan lain-lainnya akan ditafsir dengan cara menukarkannya kepada isyarat elektrik yang dinamakan impuls oleh sistem saraf yang berhubung dengan organ pancaindera seperti mata,telinga , hidung dan kulit . Impuls atau isyarat elektrik saraf ini kemudiannya akan ditafsir oleh otak. Otak akan menganalisis dan mengintegrasi maklumat dari impuls tadi dan memberi tafsiran sepertimana dunia yang kita lihat, bau, dengar,sakit dan lain-lainnya yang kita alami 24 jam ini.



Secara ringkasnya manusia menafsir dunia ini adalah hasil tafsiran otak terhadap impuls tadi.
Jadi otak manusia yang disuntik info/impuls dari syaitan pula akan ‘menampakkan’ ‘hantu’ itu ‘real’. bila manusia melihat hantu ini ‘real’ dalam otaknya maka akan timbul gerakbalas badan yang menganggap ‘hantu’ hasil dari ‘projection image’ dalam otak boleh mendatangkan kemudaratan bagi dirinya. Manusia lain tidak dapat melihat apa yang dilihat ketika ini.



Untuk memahami bagaimana syaitan menguasai fikiran kita bolehlah kita membandingkannya dengan serangan virus. Mekanisme ini sama seperti serangan virus terhadap hos atau sel-sel perumah (seperti sel manusia). Virus yang tiba ke permukaan sel yang diserang akan menyuntik DNA nya ke dalam DNA perumah yang telah dibuang pada satu bahagian oleh virus melalui enzim tertentu. DNA yang telah berada dicelah DNA sel manusia akan mengalami perubahan. Akibatnya metabolisme sel yang diserang tadi dikawal sepenuhnya oleh DNA virus agar berfungsi mengikut kehendaknya. Contohnya sel perumah yang diserang akan menghasilkan virus-virus baru (Walhal sebelumnya sel-sel perumah yang diserang tadi tak mampu menghasilkan sel-sel baru !! Ajaib bukan?)

Apabila syaitan telah menguasai sebahagian kawalan tafsiran otak tadi, bermacam-macam ‘filem’ akan diputarkan oleh syaitan dalam fikirannya. Contohnya: ‘Hantu’ yang dijanakan oleh otak akan kelihatan cuba mencekik leher manusia yang telah disuntik tadi. Manusia itu akan bergerakbalas untuk merasa ketakutan sakit. Apabila ketakutan dan kesakitan dijana oleh otak , bahagian otak manusia yang mengawal pernafasan pula akan dirangsang untuk menghasilkan ‘lebihan adrenalin’ di saluran pernafasan. Adrenalin ini adalah hormon kecemasan yang menyebabkan otot-otot saluran nafas akan mengecut. Manusia ini akan sesak nafas dan merasakan bahawa ‘hantu’ itu benar-benar wujud dan menyerangnya. Pakar-pakar yang mengkaji tentang otak manusia mendapati setiap kali manusia dirasuk, diserang sawan atau halusinasi akan berlaku suatu perubahan kimia pada satu bahagian otak yang mengawal penglihatan, bau, rasa dll.Ini menguatkan kaitan dengan kenyataan di atas tadi.

Hal yang sama berlaku kepada histeria. Apabila seorang pelajar menjerit kerana ‘kerasukan’( satu lagi jenis informasi yang disuntik oleh syaitan ke otak) maka jika ada pelajar lain ‘terpercaya’ secara pantas syaitan-syaitan yang sedia ada dalam darah pelajar-pelajar tersebut ‘menyuntik’ informasi yang sama..Jadilah HISTERIA..Ramai-ramai ‘melihat’ dan ‘dirasuk’ hantu yang sama !!! Manusia yang kuat mindanya yang berada berhampiran tak mungkin mengalami histeria. Jadi histeria adalah bukti minda mereka adalah amat lemah !!

Dalam kajian pakar-pakar keimunan manusia, apabila seseorang itu ‘stress’ dalam beberapa saat sahaja sistem imun badan akan menurun. Ini menyebabkan sel-sel darah putih dan sistem pertahanan luar kurang efektif..Manusia tadi mungkin akan mula mengalami pening, selsema, resdung, ketidak fungsian jantung, pankreas dan ginjal dan lain-lain lagi .Jadi betullah kajian perubatan mendapati bahawa kebanyakan penyakit-penyakit sekarang seperti jantung,ulser, gastrik, diabetes, kecederaan akibat stress berlebihan dan bahan-bahan pencemar atau kuman hanya menjangkiti/merosakkan sistem badan bila sistem imun telah menurun.

Perubatan moden (konvensional) melihat penyakit dari aspek fizikal manakala perubatan alternatif melihatnya dari aspek spiritual. Hal di atas menerangkan perbezaan kedua-dua jenis perubatan tersebut.

Kepercayaan atas apa yang ditafsir oleh otak adalah faktor paling penting dalam hal ini.

Jika anda tak percaya pun ‘imej-imej’ hantu yang wujud di depan mata seperti P.Ramlee buat dalam filem Pendekar Bujang Lapok, hantu-hantu itu akan sekelip mata lenyap. Saya sendiri telah mengalami beberapa peristwa yang seumpamanya.

Lihatlah bagaimana pengutip-pengutip sisa sampah ‘berharga’ di pusat pelupusan sampah didapati tiada menghidap kanser kerana mereka percaya bahawa sampah itu rezeki…Berbeza dengan kita.

Teringat kisah ketika saya berkawan rapat dengan pengamal-pengamal perubatan Islam Darul Syifa’ di bawah tunjuk jar Dr Haron Din. Saya tak mempelajarinya cuma ‘I wonder why’ apabila semua paku, wayar, rambut, miang buluh yang dimuntah oleh pesakit yang kena santau telah dikeluarkan dari badannya secara muntah, apabila beberapa bulan kemudian pesakit itu ‘merasakan semula’ kehadiran benda-benda tadi akan memuntahkannya. Dari mana datangnya benda-benda ini. Saya percaya bahawa minda pesakit telah di’suntik’ ‘kepercayaan adanya santau dalam badannya’ oleh syaitan (yang diarah oleh pengamal santau). Apabila ‘image benda-benda’ tadi di jana semula dalam mindanya, tenaga insan akan ‘membina’ benda-benda tadi secara fizikal. iblis dan syaitan yang sudah hidup beribu-beribu tahun adalah ‘saintis jahat’ yang amat tahu formula menghasilkannya sebagaiman virus tadi.

Hal yang sama berlaku dalam fenomena saka

Itulah sebabnya kebanyakan orang-orang yang kuat mindanya tidak ada ‘hantu’ yang mampu ‘muncul’ didepannya. Biasanya para saintis yang hebat-hebat dan golongan yang kuat kerohanian tidak ‘diganggu’ ole hantu..

Ingatlah..Hantu itu tiada..yang ada hanya syaitan/iblis/jin sahaja. Syaitan berjanji akan cuba 24 jam/7hari untuk menyesatkan manusia hingga kiamat menjelang.

Petua apabila ‘image projection’ ‘hantu’ itu muncul ialah jangan percaya kewujudannya, baca ayat-ayat Al-Quran dan ingat bahawa diri kita lebih ‘power’ darinya..

Saya teringat bagaimanana seorang pensyarah Prof Davidson pada tahun 1988 (yang kemudian jadi Presiden WWF Malaysia) yang membuat kajian tentang burung dan kelawar meminta beberapa orang kampung di Kelantan yang mahir tentang hutan agar membawa beliau jauh ke satu tempat dalam hutan di Kelantan. Beliau meminta orang Melayu itu meninggalkan dia berseorangan dalam hutan dan datang kembali setelah 5 hari. Orang-orang kita pada pendapat saya tiada yang berani seperti beliau. Beliau tak berjumpa pun hantu atau jin selama berkhidmat di Malaysia

Ada seorang budak ni sangat bijak dan kuat minda yang bernama Nazirul cuba tinggal berseorangan atau tidur di tempat-tempat menakutkan pada waktu malam tapi tidak pernah nampak ‘hantu’..

Bangsa penjajah British adalah bangsa yang berani. Lihat bagaimana mereka adalah orang yang pertama sampai ke tempat-tempat tertinggi, jurang-jurang, hutan tebal tanpa peralatan moden lebih 100 tahun lalu. Harimau dan singa yang garang sanggup mereka hampiri dan berada bersebelahan untuk diambil fotonya !!

Saya banyak membaca dan melawat tinggalan residen-residen British di Malaya. Beratus-ratus singa, gajah, harimau yang besar-besar berjaya di tembak secara berhadapan. Raffles yang pernah jadi Gabenor di Singapura adalah seorang saintis yang amat berani dan semasa pemerintahannya berjaya mengumpul puluhan ribu spesies tumbuhan hutan . Beliau melukis serta mengkalsifikasi yang akhirnya dimuatkan ke dalam buku Flora of Malesania yang menjadi rujukan utama ahli Biologi di Malaysia dan di seluruh dunia sampai hari ini.

Penjajah ini faham bahawa kelebihan manusia pada minda dan dengan minda mereka mampu menakluk negara-negara seluruh dunia yang minda mereka yang amat takut ‘hantu’ ini (Minda lemah).

Sehingga kini minda bangsa Barat ini amat kuat berbanding minda bangsa Asia terutama Melayu..Buktinya dalam sukan..

Ini adalah hasil kajian saya sahaja. Terpulang untuk anda ‘percaya’..wallahua’lam.

sumber / kredit pada http://alkiram.net/salam/2010/05/03/tenaga-manusia-lebih-hebat-dari-tenaga-jin-syaitan/


cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by Omera on Fri May 13, 2011 5:55 pm

Ya Allah... Hebat sampai begitu sekali rupanya kita ni... Terima kasih tuan kerana berkongsi info ni... Memang sangat2 berguna... Nampaknya kita kena latih minda kita ye supaya menjadi super power kan... Bila dah jadi macam tu... Jasad sihat... Minda sihat... Rohani pun sihat... Semua perkara lepas tu akan berasa begitu mudah... Huh... Tiba2 jer semangat rasa seperti meluap2... Badan seperti ada arus laju sedang bergerak... He he he...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by cyber00 on Fri May 13, 2011 6:55 pm

Alhamdulillah,
bila saya baca n hayati cerita tersebut ader kebenaran n beberapa fakta yang mana mungkin hijab x sampai lagi, maybe para master n tn paranorms bisa jabarkan agar ialah dapat di perhalusi dan di pelbagai sumbernya dan mudah2an kita semua mendapat manafaat. Question tunguuuuuuu.... Smile

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by cupi_ketchum on Fri May 13, 2011 11:04 pm

Tenaga manusia lebih hebat dari jin.

Itu tak dapat disangkal lagi. Manusia itu sebaik2 kejadian. cheers

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by yokuno arekey on Fri May 13, 2011 11:52 pm

tenaga insan....pertama kali mendengarnya....

yokuno arekey
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 201
Age: 23
Location: kota kinabalu-kuala lumpur
Registration date: 2011-05-09

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by Paranorms on Sun May 15, 2011 12:54 am

salam Smile


sy sgt bersetuju dgn artikel di atas...manusia mmg sgt hebat, jika dibandingkan dgn makhluk lain.

byk manusia sakit, byk manusia dilanda masalah dan sgt jelas bahawa bukan disebabkan oleh jin, atau bukan juga kerana sihir, tetapi adalah kerana lemah jiwanya. jiwa yg lemah bermaksud lemah utk menarik energy2 positif namun sgt kuat menarik energy2 negatif.

jiwa manusia sentiasa kuat...namun bezanya adakah ia kuat menarik energy positif ataukah energy negatif.

oleh itu, gunakanlah kekuatan jiwa kita sebaik-baiknya utk mencipta personaliti dan hidup yg lebih baik Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by cupi_ketchum on Sun May 15, 2011 11:19 am

Banyak org yg seringkali keliru dan sering mengaitkan jin dalam kehidupan seharian. Sedangkan tenaga jin hanya terbatas kekuatannya. Manusia itu hanya lemah disebabkan oleh mindsetnya sendiri. Bukan oleh permainan jin atau santet semata2.

Banyak manusia yg tertipu kerana tidak mempunyai kesedaran tentang hakikat jin. Utk berasa seram itu memang normal, tetapi kenapa takut dgn jin? Besar2 jin pun bukannya kuat sangat, terbatas hanya pada alam mereka dan keyakinan si pengguna saja. Basketball


Insyaallah akan diulas nanti. Heheh.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by jagat raya on Sun May 15, 2011 6:53 pm

saya sangat bersetuju dengan artikel dan pandangan kawan2.. moral of the story jiwa kena kuat menarik energy positif,kuatkan jiwa,kuatkan jiwa,kuatkan jiwa..

jagat raya
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 197
Age: 32
Location: bandar tasik selatan
Registration date: 2009-11-01

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by cyber00 on Mon May 16, 2011 8:17 am

Heehehehe, insyallah berusaha untuk memantapkan jiwa. Tn jagat raya minta sikit air vitagen tu biar kuat perut plak akakakakaka... Laughing jangan marah yek nanti kena jual cam cerita P.Ramlee..

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by Admin on Mon May 16, 2011 9:49 am

cyber00 wrote:Heehehehe, insyallah berusaha untuk memantapkan jiwa. Tn jagat raya minta sikit air vitagen tu biar kuat perut plak akakakakaka... Laughing jangan marah yek nanti kena jual cam cerita P.Ramlee..


hehe saya pun nak juga air vitagen tu hehe..Gurau je..

Manusia adalah Khalifah yang mencetus perubahan muka bumi dan kaumnya...

Manusia adalah sebaik-baik makhluk... Embarassed

Admin
Administrator
Administrator

Male
Number of posts: 142
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-01-22

http://www.paranorms.org

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by izad on Mon May 16, 2011 9:53 am

Dgn air vitegen itu lah buat tuan jagat nampak muda dan cute. hehehe

..........................................................................................................................................................................................
"Lailahaillah Muhammadurrasullullah Fi Kulli Lamhatin Wanafasin A'dadama Wasiahu Ilmullah"

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by Shu Omar on Sun May 22, 2011 6:16 pm

Bagus artikel ni,
Nak kuatkan jiwa, kena kuatkan Iman.......

Shu Omar
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 422
Age: 27
Location: Kedah Darulaman
Registration date: 2008-02-18

http://www.facebook.com/shuomar

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by AuraNurShifa on Mon May 23, 2011 1:39 am

cupi_ketchum wrote:Banyak org yg seringkali keliru dan sering mengaitkan jin dalam kehidupan seharian. Sedangkan tenaga jin hanya terbatas kekuatannya. Manusia itu hanya lemah disebabkan oleh mindsetnya sendiri. Bukan oleh permainan jin atau santet semata2.

Banyak manusia yg tertipu kerana tidak mempunyai kesedaran tentang hakikat jin. Utk berasa seram itu memang normal, tetapi kenapa takut dgn jin? Besar2 jin pun bukannya kuat sangat, terbatas hanya pada alam mereka dan keyakinan si pengguna saja. Basketball


Insyaallah akan diulas nanti. Heheh.


mohon ulasan lanjut cupi Smile berminat nak tahu. hehe

AuraNurShifa
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by cupi_ketchum on Mon May 23, 2011 3:19 am

Contoh paling basic kekeliruan tentang jin.

Setiap benda yg bergerak/hilang/ berpindah tanpa dilihat adalah disebabkan ada jin yg mengangkatnya. -Kekeliruan pertama.

Rezeki sempit dan terhalang disebabkan jin memagar dan mengikat rezeki kita - Kekeliruan kedua.

Pening kepala tidak kira waktu atau sakit berterusan di sesetengah anggota badan walaupun setelah dirawat konon ada jin baru datang -kekeliruan ketiga

Tidak dinafikan, ada sesetengah kejadian memang ada unsur jin, tetapi nilai yg sebenarnya yg dpt membinasakan manusia sangat2 sedikit utk melakukan pukulan fizikal. Jin secara am nya tidak akan pandai habis sehingga kiamat, bahkan akan tetap terus ada dan bertambah2 di dalam tubuh anak adam tanpa henti sehingga kiamat.

Disebabkan saya malas menulis, saya postkan saja sedikit inti mengenai kekeliruan mengenai jin di sini.

Kesilapan utama yg sering difikirkan oleh kebanyakkan org adalah, apabila bergerak sesuatu tanpa jisim. Jin sering terlibat. Cuba kita renungkan, saya pernah membaca dlm satu buku, Nisbah kehidupan di bumi ini adalah 90% malaikat. 9% jin dan 1% manusia.
Malaikat yg disebutkan sini bukanlah Jibril dan malaikat2 yg terkenal. Tetapi mereka adalah malaikat yg ditugaskan memegang udara, memegang jisim air, jisim angin dan malaikat2 yg mengawal rumput, pokok, gunung, aliran2 darah manusia dsb. Malahan, aliran darah2 dan atom2 jin pun dikendalikan oleh malaikat yg bertugas ini.
Utk menyokong teori ini. Saya ingin menggunakan sistem bluetooth dan wifi. Apabila kita menghantar sesuatu dgn menggunakan bluetooth, adakah jin terlibat dlm hal ini? Tidak sama sekali, bahkan telah ditugaskan Allah utk menggerakan jisim atom dr satu henfon ke satu henfon beribu2 malaikat (Wallahualam)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan, ”Dalam hadits marfu’ (sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, pen) pada riwayat At Tirmidzi dan selainnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang ar ro’du, lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,

مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ مَعَهُ مخاريق مِنْ نَارٍ يَسُوقُ بِهَا السَّحَابَ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ

”Ar ro’du adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.”[3]

Dari ‘Ikrimah mengatakan bahwasanya Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma tatkala mendengar suara petir, beliau mengucapkan,

سُبْحَانَ الَّذِي سَبَّحَتْ لَهُ

”Subhanalladzi sabbahat lahu” (Maha suci Allah yang petir bertasbih kepada-Nya). Lalu beliau mengatakan, ”Sesungguhnya petir adalah malaikat yang meneriaki (membentak) untuk mengatur hujan sebagaimana pengembala ternak membentak hewannya.”[6]

Logik bukan? Adakah degupan jantung kita dikawal jin? Rasanya tidak. Setiap susun alur tubuh kita telah sedia ada malaikat yg mengawalnya tanpa rasa jemu. Berkenaan dengan aura dan tenaga dalaman, itu adalah sebahagian dr penyebabnya kehidupan kita. Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa bersebab. Jantung berdegup kerana mengepam darah ke dalamnya, tapi apakah yg menyebabkannya berdegup? Apakah yg menyebabkan ia berhenti? Chakra, mitokondria, darah, tenaga hayat. Itu semua adalah penyebab kehidupan kita yg dijadikan Allah. Setiap degupan itu dikawal oleh setiap malaikat yg ditugaskan.



..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by cupi_ketchum on Mon May 23, 2011 3:24 am

Di atas hanya sedikit saja ulasan yg dpt dikongsikan. Saya beri peluang kpd teman2 forum yg lain utk menambahnya ya. cheers

Tambahan lagi, artikel di atas masih lagi banyak kekurangan isi2 pentingnya.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by AuraNurShifa on Mon May 23, 2011 7:20 am

Smile itupun sudah cukup baik sebagai pengenalan

AuraNurShifa
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 286
Age: 27
Location: Kedah PADIland
Registration date: 2010-01-08

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by ifahuzir on Mon May 23, 2011 11:15 am

Topik yang sangat kurang diperbincangkan.. Tapi entah bagaimana, diri secara fitrah (semulajadi) mengkehendaki untuk mengiyakan coretan Tn Cupi..

Yakin, Bahawa setiap sesuatu yang dijadikan adalah tidak akan ada perkara yang sia-sia dan pastinya KAMIlah yang mengaturkannya sekelian perkara di bumi dan di langit. DIAlah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by jagat raya on Tue May 24, 2011 12:07 am

izad wrote:Dgn air vitegen itu lah buat tuan jagat nampak muda dan cute. hehehe





minumlah vitagen utk perut yang bermasalah..


cupi, semua tulisan ko aku setuju.. banyak ilmu disaji dari insan sezuhudmu.. terima kasih..

jagat raya
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 197
Age: 32
Location: bandar tasik selatan
Registration date: 2009-11-01

Back to top Go down

Re: Tenaga Manusia Lebih Hebat Dari Tenaga Jin & Syaitan

Post by cyber00 on Tue May 24, 2011 2:14 pm

Shukron Tn cupi. Kupasan demi kupasan, makin menarik, makin mantop... moga2 kita menjadi insan yang sentiasa beroleh rahmat dan hidayah didalam kehidupan kini. Insyallah.

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum