Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

SOLAT KHUSYU’

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

SOLAT KHUSYU’

Post by iazamn on Mon Jun 13, 2011 3:44 pm

SOLAT KHUSYU’
“Solat yg khusyu’ itu adalah apabila anda merasa manisnya sujud itu lebih enak dari tidur. Ingatlah Allah tidak menerima solat kecuali kita menghadhirkan hati kita kepadaNya dalam solat yg khusyu’”
Rasa malu dengan Allah, rasa kesal, rasa takut, rasa gelisah….semua bercampur-baur mengenangkan kualiti solat yg telah dilakukan selama ini.
“Jangan cari khusyu’ tetapi carilah Allah, anda akan menemui khusyu’ itu. Allah berada sangat hampir dengan kita. Kita saja yg menjauhkan diri dariNya. Pada saat anda merasa Dia ada, di situlah datangnya khusyu’.

Ibadah yang tertinggi adalah solat. Ia penentu kualiti hidup seorang Muslim.
Solat itu sangat susah untuk dilakukan kecuali bagi orang2 yang khusyu’ hatinya dan sabar sifatnya.
Tidak munafikkah kita setiap kali solat menyebut “Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi. Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam..” sedangkan fikiran melayang kepada yang lain.

Air wudhu’ adalah hydrotherapi yang mujarab menyegarkan sel2 otak apabila kepala disiram sebagaimana pokok yang layu menerima air. Rasa dingin air di kepala yang keletihan punya kesan yang menakjubkan yang hanya diberikan kepada orang Islam.

Mengangkat tangan dalam takbir tanda penyerahan total kepada Allah sambil mata tunduk ke bawah tanda pengakuan yang hamba Allah ini sedia menerima apa saja arahan dari Penciptanya. Setiap nadi dan sel setia bertasbih kepada Allah. Dalam solat khusyu jiwa kembali mengikut fitrah sebenarnya iaitu sama-sama bertasbih kepada Allah. Waktu ini roh dan jasad dalam keadaan sama rentak sama irama bertasbih kepada Pencipta Yang Maha Hebat.
Kerana kasihNya Allah kepada ummat Muhammad saw. kita diberikan surah AlFatihah yang tidak diberikan kepada ummat yg. lain untuk dibaca setiap rakaat. Setiap ayat yang dibaca dijawab sendiri oleh Allah. Bagaimana mungkin kita sanggup menyia-nyiakan anugerah sebesar ini kecuali mereka yang tidak merasa manisnya solat.
Setiap permulaan gerakan solat dilakukan toma’ninah sebagai persiapan untuk mempersembahkan sebutan yang terbaik dan sempurna sebagaimana layaknya ucapan hamba kepada Khaliqnya, tidak tergopoh gapah tidak terburu-buru mengejar urusan dunia.

Saat ruku’, otak, paru-paru, jantung dan perut dalam kedudukan sejajar. Hati yang bersih membawa fikiran yang bersih ke otak. Ia dibantu oleh jantung yang mengepam darah beroksigen ke badan dan otak dan mengambil darah yang sudah digunakan bagi mengeluarkan karbon dioksida melalui paru-paru. Pengepaman darah membantu menolak kekotoran salurnya. Sistem saraf tunjang dalam keadaan sempurna menghubungkan impuls dari anggota badan kepada sistem otak. Waktu itu kita ucapkan,”Maha suci tuhanku Yang Maha Agung….” dengan rasa ta’jub atas ciptaan Allah yang tidak lalai walau sesaatpun mengatur alam dari pergarakan zarah yang sangat halus sehingga ciptaanNya yang besar di angkasa raya. Pandangan mata yang lemah ini tidak dapat melihat semua itu, tetapi kita punya mata hati untuk memerhatikannya tanpa had. Ucapan itu disebut perlahan-lahan supaya hati dapat merasa getaran makna ucapan itu.

Rasulullah saw solat dengan menyempurnakan setiap gerakan solat sehingga para sahabat yang menjadi makmum dibelakang pernah menyangka Rasulullah saw terlupa untuk bangun dari rukuk dan sujud dan untuk sujud apabila berdiri kerana masa yang lama baginda gunakan untuk setiap satunya. Baginda menjawab rasa hairan sahabatnya dengan berkata,”Bagaimana aku mahu sujud sedangkan aku belum sempurna mempersiapkan diriku untuk sujud kepada Tuhanku. Bagaimana aku mahu bangun sedangkan aku belum sempurna sujud kepada Tuhanku.”

Waktu sujud otak yang biasa berada paling atas turun berada di tempat paling bawah bagi melatih rasa zuhud dengan membuang segala perasaan hebat diri yang merosakkan nilai seorang hamba. Seluruh jiwa dan raga diserahkan sepenuhnya kepada Pencipta Yang Maha Tinggi. Pada saat itu kita merayu untuk diiktiraf sebagai hamba yang amat memerlukan Tuhannya. Kita tidak punya apa-apa upaya tanpa bantuan dan kasih sayangNya.

Sewaktu duduk antara sujud, Allah dengan sifatNya yang penuh dengan rahmah menyuruh kita meminta apa saja dan Rasullullah mengajarkan doa, ” Ya Allah, ampunilah daku…Rahmatilah daku….kayakan daku… angkatlah darjatku di sisiMu…berikan aku rezeki… .berilah aku hidayah. Sihatkanlah daku Dan Maafkanlah akan daku.” Ia dibaca dengan tenang, satu-persatu, penuh harapan dan yakin bahawa Allah sedang mendengar doa kita.

Gerakan yang betul dalam solat boleh menyembuhkan penyakit termasuk penyakit kronik namun itu bukanlah matlamat solat.

Solat untuk medekatkan diri pada Allah dan sebagai bonus untuk jasad kita diberikan ganjaran kesihatan. Rasulullah saw. pernah suatu ketika merasa amat letih lalu memanggil Bilal, “Laungkanlah azan wahai Bilal. Aku mahu merehatkan diriku dengan solat.”

Solat khusyu’ mendidik jiwa membelai jasad agar keduanya berjalan seiring mengikut fitrah asalnya. Nikmat solat kita sia-siakan dan kita mencari yang lain untuk menyelesaikan masalah kehidupan.

Setelah memerhatikan semua itu hati kita mengakui

“SUBAHANALLAH!!!Tiada lagi nikmat Allah yang mampu kita nafikan kini”


Last edited by iazamn on Mon Jun 13, 2011 3:47 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : 1)

iazamn
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 32
Age: 44
Location: kota bharu
Registration date: 2011-01-07

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by cyber00 on Mon Jun 13, 2011 5:21 pm

Syukron dan terima kasih pada tn iazamm dengan artikel tersebut kita seharusnya menjaga dan cuba sedaya upaya untuk menjadi dan mengabdikan diri pada Allah melalui solat.

Amin Ya Rabbal Alamin cheers cheers cheers

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by Omera on Mon Jun 13, 2011 5:43 pm

Apa yang dikhuatiri ialah kita tidak tergolong di dalam kumpulan yang khusyuk solatnya malah kita ditempatkan di neraka wail kerana lalai di dalam solat...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by cupi_ketchum on Tue Jun 14, 2011 12:52 am

La haula wala Quwata ila billahil aliyil aziem. Input yg sangat2 berguna dan bermanfaat buat semua.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by izad on Wed Jun 15, 2011 12:53 am

subhanallah. Maha suci Allah.

..........................................................................................................................................................................................
"Lailahaillah Muhammadurrasullullah Fi Kulli Lamhatin Wanafasin A'dadama Wasiahu Ilmullah"

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by cyber00 on Wed Jun 15, 2011 10:27 am

Alhamdulillah..... Syukur pada Allah,

Welcome back tn izad, apa khabar n lama x dengar berita hehehe, kangen gitu Smile
Di doakan agar tn izad dan semua warga sentiasa sihat dan di dalam rahmat Allah S.W.T. Amin

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by izad on Wed Jun 15, 2011 10:52 am

Amin. Terima kasih tuan. Kebelakangan ni bz sikit byk nak kena settle kan tambahan lagi dgn kerja baru ni byk yg perlu komitment. Insyaallah lepas ni kurang bz sikit. Hehe

..........................................................................................................................................................................................
"Lailahaillah Muhammadurrasullullah Fi Kulli Lamhatin Wanafasin A'dadama Wasiahu Ilmullah"

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by Omera on Wed Jun 15, 2011 10:56 am

Wah... Promoted ke tuan Izad... Masyuuukk... Alhamdulillah... Moga rezeki tuan berpanjangan... Agaknya rezeki orang nak kahwin kut... He he he...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by cyber00 on Wed Jun 15, 2011 10:59 am

Alhamdulillah...... saya doakan buat semua kawan2 agar bila dah sampai masa yang sesuai n apa2 juga bidang kerjaya terus akan berjaya dan suksess. hehehehe Very Happy Smile cheers

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by Omera on Wed Jun 15, 2011 11:01 am

Tengok le gambar tuan Izad tuh... Kan nampak macam sunan2 jer gayanya... He he he.. Jangan marah tuan Izad... Gurau jer...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by yokuno arekey on Wed Jun 15, 2011 5:40 pm

saya suka artikel ini.... cheers

yokuno arekey
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 201
Age: 23
Location: kota kinabalu-kuala lumpur
Registration date: 2011-05-09

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by izad on Fri Jun 17, 2011 12:59 am

alhamdulillah rezeki org nk kawin. Omera ckp gambar nampak mcm sunan? Hehehe betul la tu sunan kali serdang. Hehehe

..........................................................................................................................................................................................
"Lailahaillah Muhammadurrasullullah Fi Kulli Lamhatin Wanafasin A'dadama Wasiahu Ilmullah"

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by Omera on Fri Jun 17, 2011 9:45 am

Haah sedap juga tu nama Sunan Kali Serdang... Kalau Jagat Sunan Tasik Selatan... Jadi saya Sunan Batu 8... He he he... Gurau pagi Jumaat...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by izad on Fri Jun 17, 2011 9:47 am

Ok tu tuan. Hehehe

..........................................................................................................................................................................................
"Lailahaillah Muhammadurrasullullah Fi Kulli Lamhatin Wanafasin A'dadama Wasiahu Ilmullah"

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by Omera on Fri Jun 17, 2011 9:49 am

Bila nak kumpul lagi... Dah hampir 2 bulan dah ni... Nanti dah nak puasa lak...

Omera
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by izad on Fri Jun 17, 2011 12:18 pm

Skrg saya sudah bertukar kerja di puchong tuan. Insyaallah ada masa keluangan kita akan jumpa. Lama juga tak berjumpa. Hehe

..........................................................................................................................................................................................
"Lailahaillah Muhammadurrasullullah Fi Kulli Lamhatin Wanafasin A'dadama Wasiahu Ilmullah"

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by cyber00 on Fri Jun 17, 2011 12:20 pm

Insyallah, bila kelapangan nt call2 @ sms ker n kalau saya x ader kena keja malam insyallah boleh join nanti. hehehe. Alhamdulillah nanti semua sunan2 kali kena jaga nt manalah tau boleh jadi betul2 sunan kalijaga. Insyallah semuanya ketentuan dari Yang Maha ESA. Percayalahhhhhhh..................... Very Happy cheers

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by ifahuzir on Sun Jun 19, 2011 4:26 pm

Alhamdulillah.. Semua dah tahu kan..? hehee..

Tetapi Bukan setakat sampai disini.. Usah mudah merasa cukup.. Apabila diri sudah dapat merasa Solat Khusyuk, Bukan bermaksud telah perfect yah.. Embarassed

iazamn wrote:
“SUBAHANALLAH!!!Tiada lagi nikmat Allah yang mampu kita nafikan kini”


Walaupun sebenarnya, orang yang telah dapat solat kusyuk tersebut telah benar-benar mengenali AllahNya.. Kelak, Akan muncul lah pula Hikhmah "kesabaran".. Bukan sabar apapa pun..

Cuma rasa Tak Sabar Nak Mati... Mau bebas dari pengaruh Dunia.. tapi.. benarkah boleh bebas?

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by iazamn on Sun Jun 19, 2011 5:06 pm

ifahuzir wrote:Alhamdulillah.. Semua dah tahu kan..? hehee..

Tetapi Bukan setakat sampai disini.. Usah mudah merasa cukup.. Apabila diri sudah dapat merasa Solat Khusyuk, Bukan bermaksud telah perfect yah.. Embarassed


Walaupun sebenarnya, orang yang telah dapat solat kusyuk tersebut telah benar-benar mengenali AllahNya.. Kelak, Akan muncul lah pula Hikhmah "kesabaran".. Bukan sabar apapa pun..

Cuma rasa Tak Sabar Nak Mati... Mau bebas dari pengaruh Dunia.. tapi.. benarkah boleh bebas?


Angin tetap bertiup..ombak tetap bergelombang..dunia adalah tempat kita..kerana dunia kita ada di sini..akan terus..dan terus..,,selagi ia mengizinkan menikmati dunia..mudahan di dunia bahagia..dia akhirat juga bahagia..itu yang di cari..danmudahan kita terus sedar..dan sedar..bimbinglah aku untuk terus mendekati Mu dalam seluruh hidup ku...mudahan kita semua terus sujud pada pencipta ..dan itulah nikmat yang terkandung dalam sujud ketika solat..ianya hidup dalam setiap kehidupan kita..

Ya Allah bimbinglah aku ..

iazamn
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 32
Age: 44
Location: kota bharu
Registration date: 2011-01-07

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by cyber00 on Tue Jun 21, 2011 1:12 pm

iazamn wrote:
ifahuzir wrote:Alhamdulillah.. Semua dah tahu kan..? hehee..

Tetapi Bukan setakat sampai disini.. Usah mudah merasa cukup.. Apabila diri sudah dapat merasa Solat Khusyuk, Bukan bermaksud telah perfect yah.. Embarassed


Walaupun sebenarnya, orang yang telah dapat solat kusyuk tersebut telah benar-benar mengenali AllahNya.. Kelak, Akan muncul lah pula Hikhmah "kesabaran".. Bukan sabar apapa pun..

Cuma rasa Tak Sabar Nak Mati... Mau bebas dari pengaruh Dunia.. tapi.. benarkah boleh bebas?


Angin tetap bertiup..ombak tetap bergelombang..dunia adalah tempat kita..kerana dunia kita ada di sini..akan terus..dan terus..,,selagi ia mengizinkan menikmati dunia..mudahan di dunia bahagia..dia akhirat juga bahagia..itu yang di cari..danmudahan kita terus sedar..dan sedar..bimbinglah aku untuk terus mendekati Mu dalam seluruh hidup ku...mudahan kita semua terus sujud pada pencipta ..dan itulah nikmat yang terkandung dalam sujud ketika solat..ianya hidup dalam setiap kehidupan kita..

Ya Allah bimbinglah aku ..

=================
Alhamdulillah dan insyallah jika hati kita sudah cinta pada Allah dan dambakan kasih sayang Allah insyallah teruskan perjalanan disamping memohon akan bimbingan dari Allah S.W.T. supaya kita senantiasa berada di laluan yang sebenar.

Insyallah. cheers

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum