Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

SOLAT KHUSYU’

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

SOLAT KHUSYU’

Post by iazamn on Mon Jun 13, 2011 3:44 pm

First topic message reminder :

SOLAT KHUSYU’
“Solat yg khusyu’ itu adalah apabila anda merasa manisnya sujud itu lebih enak dari tidur. Ingatlah Allah tidak menerima solat kecuali kita menghadhirkan hati kita kepadaNya dalam solat yg khusyu’”
Rasa malu dengan Allah, rasa kesal, rasa takut, rasa gelisah….semua bercampur-baur mengenangkan kualiti solat yg telah dilakukan selama ini.
“Jangan cari khusyu’ tetapi carilah Allah, anda akan menemui khusyu’ itu. Allah berada sangat hampir dengan kita. Kita saja yg menjauhkan diri dariNya. Pada saat anda merasa Dia ada, di situlah datangnya khusyu’.

Ibadah yang tertinggi adalah solat. Ia penentu kualiti hidup seorang Muslim.
Solat itu sangat susah untuk dilakukan kecuali bagi orang2 yang khusyu’ hatinya dan sabar sifatnya.
Tidak munafikkah kita setiap kali solat menyebut “Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi. Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam..” sedangkan fikiran melayang kepada yang lain.

Air wudhu’ adalah hydrotherapi yang mujarab menyegarkan sel2 otak apabila kepala disiram sebagaimana pokok yang layu menerima air. Rasa dingin air di kepala yang keletihan punya kesan yang menakjubkan yang hanya diberikan kepada orang Islam.

Mengangkat tangan dalam takbir tanda penyerahan total kepada Allah sambil mata tunduk ke bawah tanda pengakuan yang hamba Allah ini sedia menerima apa saja arahan dari Penciptanya. Setiap nadi dan sel setia bertasbih kepada Allah. Dalam solat khusyu jiwa kembali mengikut fitrah sebenarnya iaitu sama-sama bertasbih kepada Allah. Waktu ini roh dan jasad dalam keadaan sama rentak sama irama bertasbih kepada Pencipta Yang Maha Hebat.
Kerana kasihNya Allah kepada ummat Muhammad saw. kita diberikan surah AlFatihah yang tidak diberikan kepada ummat yg. lain untuk dibaca setiap rakaat. Setiap ayat yang dibaca dijawab sendiri oleh Allah. Bagaimana mungkin kita sanggup menyia-nyiakan anugerah sebesar ini kecuali mereka yang tidak merasa manisnya solat.
Setiap permulaan gerakan solat dilakukan toma’ninah sebagai persiapan untuk mempersembahkan sebutan yang terbaik dan sempurna sebagaimana layaknya ucapan hamba kepada Khaliqnya, tidak tergopoh gapah tidak terburu-buru mengejar urusan dunia.

Saat ruku’, otak, paru-paru, jantung dan perut dalam kedudukan sejajar. Hati yang bersih membawa fikiran yang bersih ke otak. Ia dibantu oleh jantung yang mengepam darah beroksigen ke badan dan otak dan mengambil darah yang sudah digunakan bagi mengeluarkan karbon dioksida melalui paru-paru. Pengepaman darah membantu menolak kekotoran salurnya. Sistem saraf tunjang dalam keadaan sempurna menghubungkan impuls dari anggota badan kepada sistem otak. Waktu itu kita ucapkan,”Maha suci tuhanku Yang Maha Agung….” dengan rasa ta’jub atas ciptaan Allah yang tidak lalai walau sesaatpun mengatur alam dari pergarakan zarah yang sangat halus sehingga ciptaanNya yang besar di angkasa raya. Pandangan mata yang lemah ini tidak dapat melihat semua itu, tetapi kita punya mata hati untuk memerhatikannya tanpa had. Ucapan itu disebut perlahan-lahan supaya hati dapat merasa getaran makna ucapan itu.

Rasulullah saw solat dengan menyempurnakan setiap gerakan solat sehingga para sahabat yang menjadi makmum dibelakang pernah menyangka Rasulullah saw terlupa untuk bangun dari rukuk dan sujud dan untuk sujud apabila berdiri kerana masa yang lama baginda gunakan untuk setiap satunya. Baginda menjawab rasa hairan sahabatnya dengan berkata,”Bagaimana aku mahu sujud sedangkan aku belum sempurna mempersiapkan diriku untuk sujud kepada Tuhanku. Bagaimana aku mahu bangun sedangkan aku belum sempurna sujud kepada Tuhanku.”

Waktu sujud otak yang biasa berada paling atas turun berada di tempat paling bawah bagi melatih rasa zuhud dengan membuang segala perasaan hebat diri yang merosakkan nilai seorang hamba. Seluruh jiwa dan raga diserahkan sepenuhnya kepada Pencipta Yang Maha Tinggi. Pada saat itu kita merayu untuk diiktiraf sebagai hamba yang amat memerlukan Tuhannya. Kita tidak punya apa-apa upaya tanpa bantuan dan kasih sayangNya.

Sewaktu duduk antara sujud, Allah dengan sifatNya yang penuh dengan rahmah menyuruh kita meminta apa saja dan Rasullullah mengajarkan doa, ” Ya Allah, ampunilah daku…Rahmatilah daku….kayakan daku… angkatlah darjatku di sisiMu…berikan aku rezeki… .berilah aku hidayah. Sihatkanlah daku Dan Maafkanlah akan daku.” Ia dibaca dengan tenang, satu-persatu, penuh harapan dan yakin bahawa Allah sedang mendengar doa kita.

Gerakan yang betul dalam solat boleh menyembuhkan penyakit termasuk penyakit kronik namun itu bukanlah matlamat solat.

Solat untuk medekatkan diri pada Allah dan sebagai bonus untuk jasad kita diberikan ganjaran kesihatan. Rasulullah saw. pernah suatu ketika merasa amat letih lalu memanggil Bilal, “Laungkanlah azan wahai Bilal. Aku mahu merehatkan diriku dengan solat.”

Solat khusyu’ mendidik jiwa membelai jasad agar keduanya berjalan seiring mengikut fitrah asalnya. Nikmat solat kita sia-siakan dan kita mencari yang lain untuk menyelesaikan masalah kehidupan.

Setelah memerhatikan semua itu hati kita mengakui

“SUBAHANALLAH!!!Tiada lagi nikmat Allah yang mampu kita nafikan kini”


Last edited by iazamn on Mon Jun 13, 2011 3:47 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : 1)

iazamn
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 32
Age: 44
Location: kota bharu
Registration date: 2011-01-07

Back to top Go down


Re: SOLAT KHUSYU’

Post by ifahuzir on Fri Jun 24, 2011 3:52 pm

I'm still hard to say lah.. huhuhu..

papehalpun, tahniah.. ketuklah aqal dengan berfikir dan ketuklah hati dengan alunan musik zikir.

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: SOLAT KHUSYU’

Post by cyber00 on Fri Jun 24, 2011 6:35 pm

Alhamdulillah, senantiasa panjatkan kesyukuran pada Allah.
Very Happy Smile

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum