Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

View previous topic View next topic Go down

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Post by cyber00 on Sun Jul 24, 2011 6:07 pm

Assalamualaikum W.B.T buat semua master dan juga warga forumer,

Selamat menyambuat ketibaan bulan Ramadhan yang mulia yang bakal menjelma kurang dari 1 minggu ini. Ahlan Wassahlan Ramadhan AlMubarak pada semua warga semoga bergembira dalam menjalani ibadah berpuasa, menjalani kehidupan seharian dan disamping memantapkan spritual dan bertambah2 energinya yang di berikan oleh Allah buat semua hambanya.

Di kongsi aktikel buat ingatan dan juga yang berkaitan dengan ibadah di bulan ramadhan dan sebagainya.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (QS.Al-Baqarah:183)

Tanpa terasa, waktu demi waktu berlalu dengan cepatnya, dan berapa hari lagi bulan suci Ramadhan akan tiba kembali lagi. Kehadirannya memberi harapan dan semangat kepada setiap Muslim, kerana ia akan membawa kenikmatan jiwa dan rohani dalam kehidupan ini.

Dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini, orang-orang beriman menyambutnya dengan rasa gembira kerana kekasihnya Ramadhan akan datang, sehingga perintah shaum (puasa) yang diwajibkan Allah pada bulan itu dapat dilakukannya dengan baik. Nabi Muhammad Saw bersabda; “Siapa yang bergembira menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan, Allah mengharamkan tubuhnya disentuh oleh api neraka” (Al-Hadis).

Tetapi ada juga orang yang menyambut bulan suci Ramadhan dengan perasaan tidak senang, sebab kedatangannya dianggap akan merugikan dirinya. Juga mengekang kebiasaannya yang dilakukannya di luar bulan Ramadhan, seperti makan dan minum di siang hari, merokok, dan sebagainya.

Ramadhan akan kembali menyapa kita, suatu bulan yang penuh dengan keberkatan. Kehadirannya membawa keberkatan yang melimpah ruah, kerana sebulan dalam bulan Ramadhan itu dibuka lebar-lebarnya semua pintu syurga dan dikunci semua pintu neraka,

“Sesungguhnya telah datang bulan yang penuh keberkatan, dimana telah difardhukan atas kamu berpuasa. Dibukakan pada bulan itu semua pintu syurga dan dikuncikan padanya semua pintu neraka dan dibelenggu pada bulan itu segala syaitan. Dalam bulan itu, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqi dari Abu Hurairah).


Sumber:
http://akuislam.com/blog/renungan/menyambut-kekasihku-ramadhan/#axzz1T0zd94mv

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/persiapan-menjelang-ramadhan.html



http://www.google.com.my/#hl=en&q=menyambut+bulan+ramadhan+2011&oq=menyambut+bulan+ramadhan+2011&aq=f&aqi=&aql=&gs_sm=e&gs_upl=12738249l12749759l8l12750734l29l27l0l4l1l0l358l3844l2.16.4.1l23&fp=fa3b12910c9ed167&biw=1304&bih=644

Saya dengan ini mengistiharkan bahawa jika selama saya berforum di sini jika terdapat salah dan silap di mana sedar atau tidak sedar dalam sebarang penulisan saya di sini saya memohon ribuan ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ke hujung jari kaki. Semoga Ramadhan kali ini semakin bertambah2 penghayatan, keimanan dan ketaqwaan dan di berikan oleh Allah S.W.T taufik dah hidayahnya buat kita semua sebagai umatnya.

Semoga mendapat banyak manafaat di samping menjalani ibadah di bulan ramadhan dan juga ibadah spritual serta berernegi.

Amin Ya Rabbal Alamin cheers

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Post by cupi_ketchum on Sun Jul 24, 2011 7:43 pm

Terima kasih ya tuan. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah. Ini tahun kedua saya akan berpuasa dgn Sin Ilahi. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur lagi.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Post by cyber00 on Mon Jul 25, 2011 3:50 pm

by cupi_ketchum Yesterday at 7:43 pm
Terima kasih ya tuan. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah. Ini tahun kedua saya akan berpuasa dgn Sin Ilahi. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur lagi..

hehehe sama2 tuan cupi. Insyallah kita buat yang terbaik dan Allah S.W.T sahaja yang tau..... Smile

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum