Perjalanan Batin Pemula Thariqat
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Soal, jawab dan pendapat | Questions, answers and opinions :: Pendapat dan Persoalan anda | Your own opinion and question
Page 1 of 1 • Share •
Perjalanan Batin Pemula Thariqat
Bagaimanakah semestinya perjalanan batin anggota thariqat yang benar
Bagaimanakah semestinya mengetahui ciri ciri thariqat/masyaikh yang memiliki nur yang benar
Bagaimanakah semestinya mengetahui/mendapatkan nur *** yang benar itu
Bagaimanakah memanfaatkan ajaran tersebut dalam keseharian.
Terima kasih.

qowiyuka- Rakan Baru

-

Number of posts: 2
Age: 32
Location: Banjarbaru Kalimantan Selatan
Registration date: 2011-09-09
Re: Perjalanan Batin Pemula Thariqat
qowiyuka wrote:Bagaimanakah semestinya perjalanan batin anggota thariqat yang benar
Bagaimanakah semestinya mengetahui ciri ciri thariqat/masyaikh yang memiliki nur yang benar
Bagaimanakah semestinya mengetahui/mendapatkan nur *** yang benar itu
Bagaimanakah memanfaatkan ajaran tersebut dalam keseharian.
Terima kasih.
Tarekat yang benar adalah kumpulan yang pegang pada Al-Quran & As-Sunnah.
Tarekat-tarekat yang haq, kesemuanya mempunyai mazab aqidah yang sama yaitu AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH
Asal-usul tarekat (al-tariqah) Sufi dapat dirunut pada abad ke-3 dan 4 H (abad ke-9 dan 10 M). Pada waktu itu tasawuf telah berkembang pesat di negeri-negeri seperti Arab, Persia, Afghanistan dan Asia Tengah.....
Sumber hukum untuk masyarakat umum dalam Islam mestilah berlandaskan Syariat. Ini adalah untuk menjadikan hukum Islam bersistematik sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Syariat adalah peraturan lahir dan batin atau hukum Allah yang telah ditetapkan dalam Al Qur’an dan dijelaskan oleh hadis Rasulullah SAW. Hukum Syariat terdiri dari lima hukum, yaitu wajib, sunat, haram, makruh dan mubah.
Tarekat berasal dari kata ‘thariqah’ yang artinya ‘jalan’. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhoi Allah s.w.t. Secara praktisnya tarekat adalah kumpulan amalan-amalan lahir dan batin yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa.
Tariqat ialah jalan atau cara-cara untuk mempertingkatkan IMAN, TAQWA dan seterusnya mendapatkan keredhaan Allah SWT. Jadi, untuk mendapatkan keredhaan Allah, mestilah menggunkan jalan atau peraturan yang diredhai Allah. Apabila sesorang pengamal tariqat beramal bersungguh-sungguh dengan ikhlas dibawah panduan seorang guru yang murshid, darjat IMAN dan TQWAnya meningkat dari sehari-kesehari
Kalau berbicara masalah Tariqat, tak payahlah tanya mana hadis atau nasnya. Lihatlah siapa yang mengajar dan siapa muridnya. Mana salsilahnya. Tariqat yang betul jelas. Tariqat yang salah pun jelas. Kalau amalan Tariqat tersebut bersalahan dengan Syariat, jangan ragu lagi. Pasti salah. Seperti sembahyang tanpa kelakuan atau sembahyang niat atau dipanggil juga sembahyang batin, tentu salah kerana sembahyang mesti ada ketiga, niat, berkata-kata dan kelakuan.
Bahkan, semakin tinggi seseorang itu dalam perjalanannya menuju keredhaan Ilahi, semakin banyak dia bersembahyang. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kalau semakin tidak sembahyang, sahlah syaitan atau ketua syaitan ia itu Iblislah gurunya.
Sebagai kesimpulan, kalau kita bermaksud untuk menjadi orang yang diredhai Allah SWT MESTI belajar dan beramal yang mana mengutamakan syariat terlebih dahulu sebelum menjalani tarekat
berbagai sumber
sila lihat posting terdahulu
http://www.paranorms.org/t516-ilmu-hakikat-dan-makrifat

maza9071- Moderator

-

Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01
Re: Perjalanan Batin Pemula Thariqat
maza9071 wrote:qowiyuka wrote:Bagaimanakah semestinya perjalanan batin anggota thariqat yang benar
Bagaimanakah semestinya mengetahui ciri ciri thariqat/masyaikh yang memiliki nur yang benar
Bagaimanakah semestinya mengetahui/mendapatkan nur *** yang benar itu
Bagaimanakah memanfaatkan ajaran tersebut dalam keseharian.
Terima kasih.
Tarekat yang benar adalah kumpulan yang pegang pada Al-Quran & As-Sunnah.
Tarekat-tarekat yang haq, kesemuanya mempunyai mazab aqidah yang sama yaitu AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH
Asal-usul tarekat (al-tariqah) Sufi dapat dirunut pada abad ke-3 dan 4 H (abad ke-9 dan 10 M). Pada waktu itu tasawuf telah berkembang pesat di negeri-negeri seperti Arab, Persia, Afghanistan dan Asia Tengah.....
Sumber hukum untuk masyarakat umum dalam Islam mestilah berlandaskan Syariat. Ini adalah untuk menjadikan hukum Islam bersistematik sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Syariat adalah peraturan lahir dan batin atau hukum Allah yang telah ditetapkan dalam Al Qur�an dan dijelaskan oleh hadis Rasulullah SAW. Hukum Syariat terdiri dari lima hukum, yaitu wajib, sunat, haram, makruh dan mubah.
Tarekat berasal dari kata �thariqah� yang artinya �jalan�. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhoi Allah s.w.t. Secara praktisnya tarekat adalah kumpulan amalan-amalan lahir dan batin yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa.
Tariqat ialah jalan atau cara-cara untuk mempertingkatkan IMAN, TAQWA dan seterusnya mendapatkan keredhaan Allah SWT. Jadi, untuk mendapatkan keredhaan Allah, mestilah menggunkan jalan atau peraturan yang diredhai Allah. Apabila sesorang pengamal tariqat beramal bersungguh-sungguh dengan ikhlas dibawah panduan seorang guru yang murshid, darjat IMAN dan TQWAnya meningkat dari sehari-kesehari
Kalau berbicara masalah Tariqat, tak payahlah tanya mana hadis atau nasnya. Lihatlah siapa yang mengajar dan siapa muridnya. Mana salsilahnya. Tariqat yang betul jelas. Tariqat yang salah pun jelas. Kalau amalan Tariqat tersebut bersalahan dengan Syariat, jangan ragu lagi. Pasti salah. Seperti sembahyang tanpa kelakuan atau sembahyang niat atau dipanggil juga sembahyang batin, tentu salah kerana sembahyang mesti ada ketiga, niat, berkata-kata dan kelakuan.
Bahkan, semakin tinggi seseorang itu dalam perjalanannya menuju keredhaan Ilahi, semakin banyak dia bersembahyang. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kalau semakin tidak sembahyang, sahlah syaitan atau ketua syaitan ia itu Iblislah gurunya.
Sebagai kesimpulan, kalau kita bermaksud untuk menjadi orang yang diredhai Allah SWT MESTI belajar dan beramal yang mana mengutamakan syariat terlebih dahulu sebelum menjalani tarekat
berbagai sumber
sila lihat posting terdahulu
http://www.paranorms.org/t516-ilmu-hakikat-dan-makrifat
Maaf bertanya... Apakah perlunya tarekat?... Adakah dengan amalan biasa masih tidak mencukupi? Saya khuatir orang lebih mementingkan yang sunat padahal yang wajib masih rongak... Contohnya pada bulan puasa... Tarawikh ramai tapi ada di antaranya tak penuh pun yang wajibnya... Bahaya tuh...

Omera- Aktif

-

Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14
Re: Perjalanan Batin Pemula Thariqat
Perlu tarekat jika ingin mendalami ilmu2 hakikat dan makrifat yg lebih dalam ya tuan. Sebenarnya isu tentang sunat dan wajib tidak timbul jika seorg pribadi muslim itu betul2 mengenal agamanya.
Yg wajib, telah pun diajar sedari kecil lagi di dalam seorg muslim. Begitu juga dgn yg sunat. Tarekat itu adalah ilmu, dan tambahan sepertimana seorg yg belajar disekolah, ttp mengambil tusyen pada malamnya. Perkara asas dlm mengenal tarekat yg baik mudah saja sebenarnya. Jika dia mengaku Nabi dan rasul, membuang ajaran2 wajib, tidak solat dan melanggar segala hal2 yg haram, maka itu lah tanda nya tarekat itu sesat. Plain and simple.
Ramai org2 yg merasa rugi jika tidak mengambil tusyen dan kelas tambahan, padahal apa yg diajar oleh guru di dalam kelas, sama juga ketika tusyen. Alasan mereka apa yg diajar guru tusyen tiada diajar di dalam kelas.
Begitu juga dgn hal nya tarekat. Konsep yg sama dimasukkan dlm amalan bertarekat. Setiap muslim, tidak diwajibkan bertarekat, ttp bukankah itu bonus bagi dirinya jika ingin mengenal diri dan Tuhan nya.
Meninggalkan perkara yg wajib itu sebenarnya adalah akibat kejahilan si pengamal itu sendiri. Bukanlah kesilapan tarekat atau guru nya. Kecuali lah jika guru nya itu juga sama2 bangang dan membina satu kerajaan langit di alam sana. Hehehe

Last edited by cupi_ketchum on Sat Sep 10, 2011 10:56 pm; edited 2 times in total
..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim
http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum- Otai Poster

-

Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01
Re: Perjalanan Batin Pemula Thariqat
Lagipun, dalam dunia serba moden ini, rata2 mindset org2 kebanyakkan menganggap tarekat itu sesat, kerana tiada dalam silibus pelajaran di sekolah dan universiti. Jadi, apa yg tiada di ajar di universitas, maka org2 duniawi cenderung utk melenyapkan nya dr pemikiran mereka.
..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim
http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum- Otai Poster

-

Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01
Re: Perjalanan Batin Pemula Thariqat
cupi_ketchum wrote:Lagipun, dalam dunia serba moden ini, rata2 mindset org2 kebanyakkan menganggap tarekat itu sesat, kerana tiada dalam silibus pelajaran di sekolah dan universiti. Jadi, apa yg tiada di ajar di universitas, maka org2 duniawi cenderung utk melenyapkan nya dr pemikiran mereka.
Senang cite... Tepuk dada sakit... Gerakkan hati... Tanyalah iman...

Omera- Aktif

-

Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14
Re: Perjalanan Batin Pemula Thariqat
Seperti mana kata Grandmaster. Usah dirunsingkan kenapa terjadi sesuatu yg buruk dlm sesuatu, ttp muhasabah lah diri sendiri supaya tidak terjerumus dlm sesuatu yg dirunsingkan itu.
Saya translate dlm bahasa Malaysia.
Saya translate dlm bahasa Malaysia.
..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim
http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum- Otai Poster

-

Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01
Re: Perjalanan Batin Pemula Thariqat
cupi_ketchum wrote:Perlu tarekat jika ingin mendalami ilmu2 hakikat dan makrifat yg lebih dalam ya tuan. Sebenarnya isu tentang sunat dan wajib tidak timbul jika seorg pribadi muslim itu betul2 mengenal agamanya.
Yg wajib, telah pun diajar sedari kecil lagi di dalam seorg muslim. Begitu juga dgn yg sunat. Tarekat itu adalah ilmu, dan tambahan sepertimana seorg yg belajar disekolah, ttp mengambil tusyen pada malamnya. Perkara asas dlm mengenal tarekat yg baik mudah saja sebenarnya. Jika dia mengaku Nabi dan rasul, membuang ajaran2 wajib, tidak solat dan melanggar segala hal2 yg haram, maka itu lah tanda nya tarekat itu sesat. Plain and simple.
Ramai org2 yg merasa rugi jika tidak mengambil tusyen dan kelas tambahan, padahal apa yg diajar oleh guru di dalam kelas, sama juga ketika tusyen. Alasan mereka apa yg diajar guru tusyen tiada diajar di dalam kelas.
Begitu juga dgn hal nya tarekat. Konsep yg sama dimasukkan dlm amalan bertarekat. Setiap muslim, tidak diwajibkan bertarekat, ttp bukankah itu bonus bagi dirinya jika ingin mengenal diri dan Tuhan nya.
Meninggalkan perkara yg wajib itu sebenarnya adalah akibat kejahilan si pengamal itu sendiri. Bukanlah kesilapan tarekat atau guru nya. Kecuali lah jika guru nya itu juga sama2 bangang dan membina satu kerajaan langit di alam sana. Hehehe
sependapat dengan tuan cupi..
IBADAH: Ada ada dua perkara (1) ibadah yang wajib (2) ibadah yang sunat.
Ibadah yang wajib merupakan perkara yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mukallaf terdiri dari lelaki dan perempuan (ber'aqal dan baligh) kerana ia merupakan perkara yang difardhukan keatas orang2 Islam yang beriman kepada Allah Subhanahu wata'ala.
Ibadah yang wajib itu adalah:
Sembahyang
Puasa
Zakat
Haji
Sembahyang itu ada baginya zahir dan bathin.
Sembahyang yang zahir itu hendaklah dikerjakan dia mengikut segala syarat dan rukun sembahyang serta segala sunatnya, menjaga dari melakukan perkara yang membatalkannya.
Disamping sembahyang yang zahir itu ada pula yang bathin bagi mengesahkan yang zahir, 'amalan ini dilakukan oleh kebanyakan orang yang salik (orang yang menjalani jalan akhirat) supaya sempurna 'amalannya iaitu KHUSYUK menghinakan diri tetap anggota serta HUDHURUL QOLBI - hadir hati kepada allah dengan mengosongkan hati dari tiap barang yang lain dari allah.
Firman allah yang maksudnya: dirikanlah sembahyang untuk ingat akan daku, kata Imam Ghazali '' zahir surah didalam ayat ini mewajibkan atas orang yang bersembahyang itu ingat hatinya kepada allah didalam sembahyangnya, orang yang tiada ingat hatinya kepada Allah didalam sembahyangnya tiadalah dinamakan orang yang mendirikan sembahyang.
Hendaklah hadir hati pada setiap rukun daripada segala rukun sembahyang itu kepada Allah seolah olah melihat Allah inilah dia yang dinamakan maqam Ihsan saperti sabda Nabi s.a.w yang maksudnya ''Sembahlah olehmu akan Allah seolah olah engkau melihatnya (allah),jika kamu tidak melihatnya bahawa sesungguhnya ia (Allah) melihatmu''.
Jelasnya stiiap orang yang bersembahyang jika hatinya tidak ingat kepada Allah tetapi ingat kepada barang yang lain dari Allah adalah sembahyangnya itu mardud (tertolak) dan orang itu mendapat dosa,dalam surah al-Maa'un ayat 4-5 Allah berfirman yang maksudnya '' Maka celakalah (azab) bagi orang orang yang sembahyang, yang mereka lalai dari sembahyangnya''.
keterangannya: orang orang yang mendirikan sembahyang tetapi hati sentiasa teringat2 segala perkara yang diluar sembahyang (hal dunia) orang itu adalah dianggap orang yang lalai dari sembahyangnya. Dan kata Imam Hassan basri '' Tiap2 sembahyang yang tidak hadir hati didalamnya maka iaitu terlebih menghampirkan kepada siksa''.
Hasil dari perkataan tersebut itu bahawa hadir hati didalam sembahyang itu iaitulah roh sembahyang, dan adalah keadaan roh didalam sembahyang itu hadir hati kepada Allah pada ketika takbirotul ihrom, maka yang kurang daripadanya itu iaitu binasa sembahyang pada zahir, tiadalah berfaedah sembahyang orang yang lalai pada sekelian sembahyangnya melainkan hadir hati pada ketika takbirotul ihrom jua.
Adalah hadir hati itu 6 perkara:
Hudhurul qolbi - hadir hati didalam sembahyang
At - Tafahum - memahamkan segala bacaan didalam sembahyang dan menghadirkan maknanya
At - Ta'dzim - menghadirkan kebesaran akan kebesaran Allah taala seolah2 dihadapan hadzratnya
Al - Haibat - takut akan kebesaran Allah taala serta haibat akan kebesarannya
Roja' - harap akan rahmat Allah taala dan harap akan diterima akan 'ibadatmu
Al - Haya' - malu akan Allah taala sebab taqssirmu pada berbuat 'ibadat kepadanya
Saya berpesan janganlah dipermudahkan sembahyang itu, melakukannya sekadar melepas batuk ditangga atau takut difitnah kerana tidak bersembahyang. Orang yang beriman tidak akan melakukan sesuatu tuntutan agamanya melainkan ia mempelajarinya (mengetahui) terlebih dahulu setiap ibadah yang hendak dilakukannya.
Ambil perhatian terhadap apa yang difirmankan Allah didalam surah suratul kahfi ayat 103-104 yang maksudnya '' katakanlah hai Muhammad, mahukah kamu aku khabarkan dengan orang yang sebenarnya mendapat kerugian didalam usaha mereka, iaitulah orang orang yang telah mensia siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik''.
Dan lagi sabda Nabi s.a.w yang maksudnya '' Berapa banyak orang yang mendirikan sembahyang tiada apa yang didapatinya dari sembahyangnya hanyalah penat dan lelah sahaja''.
INGATLAH!!!!... wahai saudaraku! Sembahyang itu bukanlah perkerjaan yang mudah, melakukannya hanya mengikut2 orang sahaja tidak akan membawa apa2 kebaikan, ianya perlu dipelajari dari semua sudut dari zahir kebathin, zahirnya hendaklah mengikut segala syarat dan rukun (dalam keadaan mengetahui) menjauhkan dari segala perkara yang membatalkannya, serta tomakninah didalam setiap rukun fiekli (rukuk dan sujud) dan bathinnya hendaklah khusyuk dan tawadhuk, sentiasa hadir hati kepada allah adalah merupakan syarat yang mengesahkan segala sembahyang yang zahir.
wallahuallam

maza9071- Moderator

-

Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01
Re: Perjalanan Batin Pemula Thariqat
sekadar pengetahuan bukan pembahasan
MAKNA TARIQAT
Pengertian "Tariqat" - menurut bahasa ertinya "jalan", "cara", "garis", "kedudukan", "keyakinan" dan "agama".
Kamus Dewan (edisi baru) Kuala Lumpur tahun 1989, menyatakan bahawa "Tarekat" ialah
1. jalan;
2. jalan untuk mencapai kebenaran (dalam tasauf);
3. tertib hidup (mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan);
4. perkumpulan penuntut ilmu tasauf.
Kamus "Modern Dictionary Arabic - English" oleh Elias Anton dan Edward Elias, edisi IX, Cairo tahun 1954 menyatakan bahawa "Tariqat" ialah "way" (cara atau jalan) "methode" dan sistem of belief" (methoda dan satu sistem kepercayaan).
Kata "Tariqat" disebutkan Allah dalam Al-Quran sebanyak 9 kali dalam 5 Surah, dengan mengandungi beberapa erti sebagai berikut :
1. Surah An-Nisa' : 168 -
Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepada mereka."
2. Surah An-Nisa' : 169 -
Maksudnya : "Melainkan jalan ke Neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
3. Surah Thoha : 63 -
Maksudnya : "Mereka berkata : "Sesungguhnya dua orang ini adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan "kedudukan" kamu yang utama."
Ayat itu menerangkan kedatangan Nabi Musa a.s. dan Harun ke Mesir, akan menggantikan Bani Israil sebagai penguasa di Mesir. Sebahagian ahli tafsir mengertikan "Tariqat" dalam ayat ini dengan "keyakinan" (Agama)."
Menurut Ibnu Manzhur (630 - 711H) dalam kitabnya "Lisanul Arab" jilid 12 halaman 91, erti "Tariqat" dalam ayat itu adalah "ar-rijalul asyraf", bermakna "tokoh-tokoh terkemuka".
Jadi ayat itu bererti, kedatangan Nabi Musa dan Harun ke Mesir adalah untuk mengusir kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan jamaah atau tokoh-tokoh terkemuka kamu."
Lebih jauh Ibnu Manzhur menyatakan "hadza thariqatu Qaumihi"...ertinya "inilah tokoh-tokoh pilihan kaumnya."
Al-Akhfasy menyatakan "bithariqatikumul mutsla" ertinya "dengan Sunnah dan agama kamu yang tinggi."
"Tariqat" bererti juga "al-khaththu fis-syai-i"...ertinya "garis pada sesuatu."
"Thariqatul baidhi"...ertinya "garis-garis yang terdapat pada telur."
"Thariqatul romal"...ertinya "sesuatu yang memanjang dari pasir - ma imtadda minhu."
Al-Laits menyatakan "Tariqat" ialah "tiap garis di atas tanah, atau jenis pakaian, atau pakaian yang koyak-koyak. Itulah "Tariqat"nya.
"Tariqat" jama'nya "tharaiq", bererti "tenunan dari bulu", berukuran 4 sampai 8 hasta kali satu hasta, dipertautkan sehelai demi sehelai."
Menurut Tafsir "Al-Jamal" jilid 3, hal. 99, "bithariqatikumul mutsla"...dalam Surah Thoha : 63 itu, ertinya "bi-asyrafikum", bermakna "dengan orang terkemuka kamu." Kata "Tariqat" itu dipergunakan untuk tokoh-tokoh terkemuka, kerana mereka itu menjadi ikutan dan anutan orang
banyak, sebagaimana diertikan juga demikian oleh Abu As-Su'ud.
Dalam "Mukhtarus Shihhah", disebutkan "wa thariqatul qaumi" ialah "amatsiluhum dan jiaduhum", ertinya "orang-orang besar dan terbaik di antara mereka."
"At-thariqatu" diertikan juga "syariful qaumi", bermakna "tokoh terjormat suatu kaum".
Tafsir Ibnu Katsir jilid 3, hal. 157 menyatakan, "bi thariqatikumul mutsla" itu dengan "wa hia as-sihru", ertinya "sihir".
Ibnu Abbas mengertikannya dengan "kerajaan mereka yang mereka bekerja dan mencari kehidupan di dalamnya."
As-Sya'bi menafsirkannya dengan "Harun dan Musa memalingkan perhatian orang banyak kepada mereka."
Mujahid mengertikannya dengan "orang-orang terkemuka, cerdas dan lanjut usia di antara mereka."
Abu Shaleh mengertikannya dengan "orang-orang mulia di antara kamu."
'Ikrimah mengertikannya dengan "orang-orang terbaik di antara kamu."
Qatadah menyatakan "bithariqatikumul mutsla" mereka pada masa itu adalah Bani Israil.
Abdurrahman bin Zaid mengertikannya dengan "Billadzi antum 'alaihi"...ertinya "dengan yang kamu berada di atasnya."
Tafsir Al-Kahzin jilid 3, hal. 273, mentafsirkan ayat itu dengan "yudzahiba bi sunnatikum wa bi dinukum al-ladzi antum 'alaihi", bermakna "Keduanya, yakni Musa dan Harun akan melenyapkan sunnah dan agama kamu yang kamu anut."
Tafsir Al-Baghawi jilid 4, hal. 273, orang Arab menyatakan "fulanun 'alat thariqatil mutsla", maksudnya ialah "ala shirathim mustaqim", bererti si Anu berada atas jalan yang lurus.
4. Surah Thoha : 77 -
Maksudnya : "Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa : Pergilah kamu dengan hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, maka buatlah untuk mereka "jalan" yang kering di laut itu, kamu tidak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)."
Kata-kata "Tariqat" dalam ayat itu bererti "jalan" di laut, dan terbelahnya Lautan Merah untuk jalan bagi Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya itu terjadi setelah memukulkan tongkatnya.
5. Surah Thoha : 104 -
Maksudnya : "Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan ketika berkata "orang yang paling lurus" jalannya di antara mereka : "Kamu tidak berdiam (di dunia) melainkan hanyalah sehari sahaja."
Adapun yang dimaksudkan dengan "lurus jalannya" dalam ayat itu ialah orang yang agak lurus fikirannya atau amalannya di antara orang-orang yang berdosa itu.
6. Surah Al-Ahqaf : 30 -
Maksudnya : "Mereka berkata : "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengar kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada "jalan" yang lurus."
7. Surah Al-Mukminun : 17 -
Maksudnya : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh buah langit) dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami).
8. Surah Al-Jin : 11 -
Maksudnya : "Dan sesungguhnya di antara kami dan orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adakah kami menempuh "jalan yang berbeda-beda?"
Al-Farra' mengertikan "kunna Tharaiqa qidada" dalam ayat itu dengan "kunna Firaqan mukhtalifah", bermakna adalah kami beberapa kelompok yang berbeda-beda.
9. Surah Al-Jin : 16 -
Maksudnya : "Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak)."
Kata "Tariqat" dalam ayat itu bererti "agama Islam".
Demikianlah beberapa makna kata "Tariqat" dari segi bahasa.
Tariqat Menurut Kalangan Sufi
Adapun "Tariqat" menurut istilah Ulama' Tasauf :
1. "Jalan kepada Allah dengan mengamalkan ilmu Tauhid, Fiqah dan Tasauf".
["Al-Ayatul Baiyinat" hal. 23, oleh Syeikh Ahmad Khathib.]
2. "Cara atau kaifiat mengerjakan sesuatu amalan untuk mencapai sesuatu tujuan."
["Ilmu Tariqat Dan Hakikat" hal. 69, oleh T.H. Abdullah Ujong Rimba]
Berdasarkan beberapa definasi yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tariqat adalah suatu jalan atau cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, dengan mengamalkan ilmu Tauhid, Fiqih dan Tasauf.
Sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dan yang dicontohkan beliau serta dikerjakan oleh para Sahabatnya, Tabi'in, Tabi'it Tabi'in dan terus turun-temurun sampai kepada Guru-guru, Ulama'-ulama' secara bersambung-sambung dan bersantai hingga pada masa kita ini.
Suatu contoh dapat diketahui, bahawa di dalam Al-Quran hanya dapat dijumpai adanya ketentuan kewajipan solat (sembahyang), tetapi tidak ada satu ayat pun yang memberikan perincian tentang raka'at solat tersebut. Misalnya saja solat Zohor sebanyak 4 rakaat, Asar 4 rakaat, Maghrib 3 rakaat, Isya' 4 rakaat dan Subuh 2 rakaat. Demikian pula terhadap syarat dan rukunnya
solat-solat tersebut. Rasulullah SAW lah sebagai orang pertama yang memberikan contoh-contoh dan cara-cara mengerjakan solat-solat maktubah itu dengan melalui perbuatan yang ditunjukkan dan ditiru oleh para Sahabatnya terus turun-temurun sampai kepada kita ini lewat pelajaran-pelajaran dan petunjuk yang diberikan oleh para Guru, Syeikh dan para Ulama'.
Hal ini bukan bererti, bahawa Al-Quran sebagai sumber pokok hukum dalam Islam itu tidak lengkap, Sunnah Rasul dan Ilmu Fiqeh yang disusun oleh para Ulama' tidak sempurna, akan tetapi sebetulnya masih banyak penjelasan yang diperlukan ummat agar perlaksanaan peraturan dan ketentuan Allah dan Rasul-Nya dapat menurut penerimaan atau penangkapan akal bagi orang yang hanya mampu membaca, menghayati dan memahami yang pada puncaknya orang ini akan mengerjakan syariat Islam sesuai dengan kemauan hawa nafsunya sendiri.
TASAUF/TARIQAT TERMASUK ILMU MUKASYAFAH
PENYAMPAI ilmu Tasauf/Tariqat memang sukar atau susah dapat difahami oleh akal manusia biasa, kerana erti maksudnya terlampau seni. Itu sebablah hampir saja di seluruh kalangan para ahli Sufi berpendapat, bahawa sebenarnya Tariqat/Tasauf itu adalah termasuk ke dalam kerangka Ilmu
Mukasyafah atau ilmu "Di Sebalik Tabir" yang dapat memancarkan cahaya ke dalam hati para penganutnya (pengamal). Sehingga dengan cahaya (Nur) itu terbukalah segala sesuatu yang ada di balik rahsia ucapan-ucapan Nabi dan demikian pula halnya terhadap segala sesuatu yang ada di balik rahsia cahaya Allah.
Ilmu Mukasyafah tidak begitu sahaja mudah dipelajari, kecuali bila ditempuh dengan melalui jalan latihan batin (Riyadhah) dan perjuangan melawan hawa nafsu (Mujahadah). Dengan kesungguhan menempuh jalan yang demikian ini, maka sedikit demi sedikit akan menjadi terbuka segala yang ghaib di balik hijab yang mendinding antara hamba dengan Tuhannya, sehingga dapatlah bermusyahadah (menyaksikan sendiri). Dengan penglihatan hati (Musyahadatul Qalbi) bukan dengan penglihatan mata. Sebab penglihatan mata ini, hanyalah merupakan alat belaka dari penglihatan hati. Buta dalam perkara ini bukanlah buta mata, tetapi buta hati dalam dada.
Dari sinilah maka sesungguhnya syariat yang dikerjakan dapat berjalan di atas landasan yang lurus, tidak terpeleset jatuh ke dalam jurang kesesatan, sehingga terhalang untuk dapat sampai kepada yang dituju. Yakni untuk siapa sebenarnya syariat itu dikerjakan. Jawabnya : "Hanya untuk Allah" yang
dituju.
Demikian yang ada pada akhirnya manusia ini akan dapat menemukan hakikat kebenaran hidup yang sejati.
TUJUAN MENGAMALKAN TASAUF/TARIQAT
AMALAN Tasauf/Tariqat sebagaimana yang lazim dikerjakan oleh para jamaah, sebenarnya banyak sekali tujuan yang hendak diperoleh antara lain iaitu :
1. Dengan mengamalkan Tasauf/Tariqat bererti mengadakan latihan jiwa (Riadhah) dan berjuang melawan hawa nafsu (Mujahadah), membersihkan diri dari sifat-sifat tercela dan diisi dengan sifat-sifat terpuji dengan melalui perbaikan budi pekeri dalam berbagai seginya.
2. Selalu dapat mewujudkan rasa ingat kepada Allah Zat Yang Maha Besar dan Maha Kuasa atas segalanya dengan melalui jalan mengamalkan wirid dan zikir disertai tafakkur yang secara terus menerus dikerjakan.
3. Dari sini timbul perasaan takut kepada Allah sehingga timbul pula dalam diri seseorang itu suatu usaha untuk menghindarkan diri dari segala macam pengaruh duniawi yang dapat menyebabkan lupa kepada Allah.
4. Jika hal itu semua dapat dilakukan dengan penuh ikhlas dan ketaatan kepada Allah, maka tidak mustahil akan dapat dicapai suatu tingkat alam ma'rifat, sehingga dapat pula diketahui segala rahsia di balik tabir cahaya Allah dan Rasul-Nya secara terang-benderang.
5. Akhirnya dapat diperoleh apa yang sebenarnya menjadi tujuan hidup ini.
Demikian antara lain beberapa tujuan yang akan diperoleh bagi setiap orang yang mengamalkan Tasauf/Tariqat. Jelasnya ia akan dapat mengerjakan syariat Allah dan Rasul-Nya dengan melalui jalan atau sistem yang menghantarkan tercapainya tujuan hakikat yang sebenarnya sesuai dengan yang dikehendaki oleh syariat itu sendiri.
Sama sekali tiada tujuan negatif yang terselit di dalamnya, sehingga dapat menggelincirkan ummat untuk jatuh ke dalam kesesatan. Sebagaimana yang sering dituduhkan oleh orang-orang yang belum mengetahui seluk-beluk ilmu Tasauf/Tariqat. Mereka dengan gaya gegabah berani melontarkan perasangka buruk terhadap Ulama'-ulama ahli Sufi dikatakan sebagai orang yang mengajarkan amalan-amalan yang menyerupai ibadah yang tidak pernah dijumpai tuntunannya, baik dari Allah mahu pun Rasul-Nya.
Apa yang dituduhkan mereka itu justeru berbalik dengan kenyataan, bahawa para Ulama' ahli Sufi yang telah lama mengajarkan amalan-amalan baik tersebut sama sekali tidak bertentangan dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya. Mereka para Ulama' Guru dan Syeikh sama mengajarkan amalan Tasauf/Tariqat yang sentiasa bersumber dari ajaran Al-Quran dan Al-Hadis yang diterima secara ittishal sampai kepada beliau Rasulullah SAW sendiri. Bahkan apa yang hendak dicapai oleh ajaran kesufian ini telah jelas sekali yakni mengerjakan syariat dengan jalan yang teratur sesuai dengan semestinya guna memperoleh tujuan hakikat hidup yang sebenar-benarnya.
DASAR HUKUM TASAUF/TARIQAT
DALAM pembahasan masalah dasar hukum Tasauf/Tariqat ini, sebenarnya dapat dilihat melalui beberapa segi yang terdapat di dalam Tasauf/Tariqat itu sendiri, sehingga dari sini aan dapat diketahui secara jelas tentang kedudukan hukumnya di dalam Islam. Di samping itu juga untuk menghindarkan
adanya penilaian yang negatif terhadap Tasauf/Tariqat.
Menurut penyelidikan para Ulama' ahli Sufi yang mu'tabarah, sebenarnya dasar hukum Tasauf/Tariqat dapat dilihat dari segi-segi yang antara lain adalah sebagai berikut :
Pertama : Dari segi existetensi amalan tersebut yang bertujuan hendak mencapai pelaksanaan syariat secara tertib dan teratur serta teguh di atas norma-norma yang semestinya dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Hal ini sesuai dengan firman Allah Ta'ala, yang bermaksud :
"Dan bahawasanya, jikalau tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam) benar-benar Kami akan memberikan minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak)."[Al-Jin : 16]
Ayat ini oleh para Ulama' ahli Sufi dijadikan pegangan hukum dasar melaksanakan amalan-amalan yang diajarkan. Meskipun masih ada sebahagian orang yang menentang dijadikannya ayat itu sebagai dasar hukum tersebut (Tasauf).
Menurut tinjauan Ulama' Sufi ayat di atas secara formal (bunyi lafaznya) mahu pun material (isi yang tersirat di dalamnya) adalah jelas merupakan tempat sumber hukum diizinkan melaksanakan amalan-amalan kerohanian. Kerana dengan mengamalkan Tasauf/Tariqat akan dapat diperoleh tujuan melaksanakan syariat Islam yang sebenar-benarnya sesuai dengan yang mesti dikehendaki
oleh Allah dan Rasul-Nya.
Kedua : Dari segi materi pokok amalan Tasauf/Tariqat yang berupa wirid zikrullah, baik yang dilakukan secara Mulazamah iaitu secara terus-menerus, ataupun yang dilakukan secara Mukhalafah maksudnya terus menerus menghindarkan diri dari segala sesuatu yang dapat membawa akibat lupa kepada Allah.
Hal ini sesuai dengan firman Allah Ta'ala, bermaksud :
"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang."[Al-Ahzab : 41-42]
Melihat maksud ayat ini, maka jelas bahawa Allah telah memerintahkan kepada sekalian orang yang beriman untuk tetap sentiasa berzikir dan bertasbih dengan menyebut nama "Allah" baik dilakukan pada waktu pagi atau petang, siang atau malam.
Jadi amalan zikir sebagaimana yang terdapat di dalam firman Allah Ta'ala tersebut adalah jelas bersifat "Muthlaq" yang belum nampak ada "Qayyid" nya. Dalam erti bahawa syariat zikir, bentuk asal hukumnya masih global. Rasulullah SAW sendiri tidak banyak memberikan perincian atau "Qayyid", baik yang berbentuk syarat-syarat, rukun-rukun ataupun kifiat-kifiat.
Dari sini maka tugas ummat inilah yang diberi kuasa untuk menciptakan syarat, rukun, dan kifiat-kifiat zikrullah asalkan ianya tidak menyimpang dari tuntutan syara' secara prinsipil. Itulah sebabnya maka para Ulama' Sufi sama menciptakan zikrullah dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu serta bentuk kifiat yang bermacam-macam. Misalnya tentang waktunya, jumlahnya, cara membacanya dan sebagainya.
Ketiga : Dari segi sasaran pokok yang hendak dicapai dalam mengamalkan Tasauf/Tariqat yakni terwujudnya rasa cinta antara hamba dengan Allah lantaran ketekunan dan keikhlasan dalam menjalankan syariat-Nya secara utuh dan terasa indah oleh pantulan sinar cahaya Allah.
Sebagaimana diterangkan di dalam Hadis Rasulullah SAW, bermaksud :
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah berkata bahawa pada suatu hari Nabi berada di tengah-tengah sekelompok orang banyak, tiba-tiba ada seorang laki-laki (Jibrail) datang kepadanya seraya bertanya : Apakah Iman itu? Nabi menjawab: Iman ialah :
1. Kamu percaya adanya Allah.
2. Dan percaya kepada Malaikat-Nya.
3. Percaya akan bertemu Allah di hari Akhirat.
4. Percaya terhadap para Rasul-Nya.
5. Percaya kepada adanya hari kebangkitan.
Selanjutnya laki-laki tersebut bertanya lagi kepada Nabi : Apakah Islam itu? Jawab Nabi : Islam ialah menyembah kepada Allah dan jangan menyekutukan-Nya, mengerjakan solat (fardhu), menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan. Kemudian laki-laki itu bertanya lagi kepada diri Nabi : Apakah Ikhsan itu? Jawab Nabi : Ikhsan iaitu keadaan engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya maka Allah melihat engkau."[HR. Bukhari]
Dalam Hadis ini dapat difahami adanya beberapa pengertian bahawa kehidupan agama dalam jiwa seseorang akan menjadi sempurna jika dapat dikumpulkan tiga faktor pokok yang sangat menentukan, iaitu Iman, Islam dan Ikhsan. Masing-masing dapat dicapai lantaran mempelajari dan memahami serta mengamalkan ilmu-ilmu yang membicarakan tentang masalahnya. Para Ulama' dari
kalangan aliran/mazhab apa pun sama berpendirian bahawa faktor Iman dapat dipelajari daripada ilmu pengetahuan yang dinamakan Ilmu Usuluddin atau Ilmu Kalam atau juga Ilmu Tauhid. Sedang Islam dapat dipelajari daripada Ilmu Fiqeh atau sering juga dikenal dengan sebutan Ilmu Syariat. Demikian pula halnya dengan Ikhsan dapat dicapai dengan mempelajari dan mengamalkan Ilmu
Tasauf/Tariqat.
Iman, Islam dan Ikhsan, ketiganya berkaitan erat dalam mencapai sasaran pokok yakni "Mengenal Allah untuk diyakini". Hal ini menuntut terwujudnya sikap tindak perbuatan nyata dalam hidup ini, sebagai bukti kepatuhan melaksanakan segala yang diperintah, dikerjakan dan yang dilarang
ditinggalkan dengan penuh ikhlas kerana Allah semata disertai penuh rasa cinta terhadap-Nya. Manakala keadaan semacam ini sudah sampai pada puncaknya maka akan tercapailah hakikat tujuan hidup yang sebenarnya sesuai dengan yang dikehendaki oleh Allah sendiri pada syariat yang dibawa Muhammad SAW.
CARA AHLI TASAUF/TARIQAT DALAM MENGENAL ALLAH
BAGI para ahli Tasauf/Tariqat ada cara tersendiri di dalam mengenal Tuhan. Mereka sama meletakkan dasar-dasar teori pengenalan Tuhan yang tidak bersifat rasional. Berbeda dengan dasar-dasar teori pengenalan Tuhan yang berlaku bagi kalangan ahli Theology Islam (Ilmu Tauhid) dan juga berbeda dengan yang berlaku bagi kalangan ahli syariat (Ilmu Fiqeh).
Bagi ahli Fiqah cara yang dipergunakan dalam mengenal Tuhan ialah dengan jalan keterangan dari dalil-dalil Naqli (Al-Quran dan Hadis). Di dalam memperkuat kepercayaan maka Al-Quran tidak dipergunakan sebagai alasan-alasan logika atau dengan penyelidikan akal fikiran seperti yang
terjadi di dalam falsafah. Berbeza dengan Ahli Kalam (Tauhid), di dalam cara mengenal Tuhan banyak mempergunakan jalan penyelidikan akal fikiran. Dengan dasar ini maka mengetahui siapa Tuhan, meskipun belum tentu mereka dapat menyaksikan Tuhan. Termasuk dalam golongan yang memakai cara ini ialah kaum "Failasof".
Lain halnya dengan ahli Tasauf/Tariqat, mereka dapat mengenal Tuhan melalui dasar-dasar teori perasaan hati lantaran Ilham yang dilimpahkan Allah ke dalam jiwa manusia sebagai bentuk wujud pemberian rahmat-Nya. Hal ini lazimnya dapat dicapai oleh manusia ketika ia telah dapat sampai ke jinjang diri peribadinya dilepaskan dari segala macam bentuk godaan hawa nafsu lampau dengan memusatnya fikiran ingat kepada Zat Yang Maha Kuasa.
Keadaan yang demikian ini mengakibatkan segala macam rahsia di balik hijab cahaya Allah dan Nabi-Nya dapat tersingkap oleh dirinya dan diketahui secara jelas pada penglihatan mata hati. Sebagaimana orang yang melihat air jernih yang berada di dalam gelas yang jernih pula, sehingga segala sesuatu yang ada di balik gelas yang jernih itu dapat dilihat dengan terang-benderang.
Huraian di atas memberikan penegasan bahawa kerana adanya perbezaan dasar-dasar pengenalan Tuhan yang berlainan di antara ahli Fiqeh dan ahli Tauhid dengan ahli Tasauf/Tariqat, maka selayaknya sering menimbulkan perbezaan di dalam cara menyelidiki Tuhan dengan segala akibatnya (daripada sesuatu perbuatan).
Akhir-akhir ini perbezaan tersebut mulai terungkap lagi di sana sini. Ada sementara orang yang berbicara manis soal Tasauf/Tariqat dengan penuh kelicikan menggunakan gaya "ahli pemberi fatwa agama", sering menyampaikan pendapat, baik pada lisan atau pun tulisan yang menganggap Ulama' ahli Tasauf/Tariqat dengan terang-terangan menyesatkan ummat terutama bagi para jamaahnya.
Perlu diketahui bahawa biasanya orang yang suka menggelabah jalan fikirannya sebagaimana anggapan negetif terhadap Ulama' Tasauf/ Tariqat itu adalah akibat adanya kekurangan pengertian terhadap masalahnya. Sedangkan faktor-faktor yang mendorong timbulnya fikiran semacam itu antara lain adalah sebagai berikut :
A. Adanya pendangkalan pengertian tentang Islam, seringkali hal ini menyebabkan Islam hanya dilihat dari satu dimensi tidak secara keseluruhan dan bulat.
B. Adanya ilmu-ilmu yang diperoleh tidak pada Guru Mursyid atau Syeikh, melainkan diambilkan dari hasil membaca buku-buku dengan upaya sendiri. Akibatnya jalan fikiran benyak dipengaruhi oleh hawa nafsu.
C. Mereka cenderung mengambil dasar-dasar fikiran di dalam mengungkap Islam justeru bersumber dari dasar-dasar fikiran kaum "rasionalis matrialisme", yakni fahaman yang beranggapan segala sesuatu dalam hidup harus dapat dipecahkan secara rasional dan dapat dilihat oleh pancaindera. Dasar teori "rasionalis matrialisme" inilah yang sering dipergunakan landasan berfikir kaum orientalis di dalam membahas tentang hal ke Timuran yakni tentang Islam dari berbagai aspeknya.
D. Mereka mudah mengeluarkan fatwa "Mari kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis", tetapi mereka sendiri banyak menyimpang dari tuntutan yang semestinya tercantum di dalam Al-Quran dan Al-Hadis itu sendiri.
E. Adanya faktor alat-alat pelengkapan yang sangat dirasa kurang sekali, untuk keperluan mengadakan pembongkaran dan penelitian terhadap konstruksi bahasa Islam (Bahasa Arab). Seperti tidak menguasai Ilmu Lughat dengan Qawaidnya, Ilmu Hadis dengan Musthalahnya, Ilmu Balaghah, Badi', Bayan dan Ma'aninya, dan lain-lain. Akibat yang ditimbulkan oleh kekurangan ini ialah
mereka sering mengalami kesulitan di dalam memahami dan membahas kalam Al-Quran yang banyak berbentuk fasekh, baligh dan bahkan banyak yang majaz.
Faktor-faktor di atas itulah di antara penyebab mereka mudah tergelincir dalam kekeliruan yang tiada dirasa. Oleh kerana itu tidak mustahil mereka dengan mudah tanpa ambil pusing terus cepat-cepat melontarkan anggapan bahawa para ahli Tasauf/Tariqat adalah sebagai orang yang hanya akan
mengajak ummat atau jamaah untuk menjadi sesat dan bahkan dapat berakibat syirik dan kafir. Na'uzubillah himin zalik!
Padahal dengan penjelasan tentang dasar hukum dan tujuan Tasauf/Tariqat Mu'tabarah di muka tadi, adalah jelas sentiasa sesuai dan berdiri tegak di atas tuntunan dan petunjuk langsung baik dari Al-Quran maupun Al-Hadis.
Wallahu ta'ala a'lam.......
sumber
Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Artikel yang betul2 menuntut kefahaman pembacanya... Jazakumullah pada tuan2 yang berusaha menghamparkannya di sini untuk tatapan kita sekelian... Syukur nikmat bagi Allah... Dengan limpah dan kurnianya kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu di ruangan ini...

Omera- Aktif

-

Number of posts: 1170
Age: 38
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 2009-12-14
Re: Perjalanan Batin Pemula Thariqat
salam tuan-tuan sekedar renungan..
Berkata Imam Abu Qasim Al Qusyairi,
†Ketahuilah sesungguhnya wali2 Allah yang haq mendapat taufik untuk kekal istiqamah untuk mengerjakan ketaatan dan terpelihara dari mengerjakan maksiat.[ Mahfuz] ISTIQAMAH ini lebih baik dari seribu karamah yang menyalahi adat.â€
Sebagaimana kata sesetengah orang A ‘rif
“Istiqamah itu terlebih baik daripada seribu keramat. Ini kerana kadang-kadang dianugerahkan keramat yang menyalahi adat bagi orang belum sempurna Istiqamah.â€
Berkata Syeikh Ibnu Ibad (rh) dalarn syarahannya,
“Keramat yang sebenar itu ialah jika terhasil Istiqamah dan sampai kepadanya kesempurnaan".
Tempat kembali lstiqamah itu kepada Dua:
Pertama: Sah keimanan kepada Allah A ‘zzawajalla.
Kedua: Patuh dan mengikut apa yang didatangkan oleh Rasulullah (saw) sama ada zahir maupun batin. Oleh itu, wajib ke atas hamba itu jangan berasa tamak melainkan kepada kedua-duanya. “
Keramat yang menyalahi adat tidak diakui sah oleh ulama yang sebenar kerana kadang-kadang keramat yang menyalahi adat itu dianugerahkan kepada orang yang belum sempurna lstiqamah.
Berkata Abul Hasan Asy-Syazali(ra)
â€Bahawa adat lstiqamah itu ada dua keramat yang saling berhimpun dan saling meliputi antara satu sama lain.
Pertama: Keramat lman iaitu bertambah yakin dan syuhud yang nyata dengan mata kepala.
Kedua: Keramat Amal iaitu mengikut dan patuh akan suruhan Allah Taala dan menjauhkan segala dakwaan dan tipu daya.
Setiap keramat yang tidak disertai keredhaan daripada Allah Taala maka orang yang memilikinya akan mendapat kebinasaan dan kerugian.
Berkata Saiyidi Abul Abbas AI-Murasi (ra),
“Bukanlah maksud keramat itu, orang yang mampu menggulungkan bumi, kemudian tiba-tiba dia berada di Mekah dan di negeri-negeri lain tetapi maksud keramat yang sebenarnya ialah orang yang dapat menggulungkan segala sifat hawa nafsunya maka tiba-tiba ia sampai kepada Tuhannya.â€
Diberitahu orang kepada Sahl bin Abdullah (ra) tentang beberapa tanda keramat dan keramat-keramat yang menyalahi adat. Maka berkata (ra)
“Apa tandanya, keramat-keramat yang menyalahi adat itu tetap akan hilang pada waktunya, tetapi keramat-keramat yang amat besar itu Allah Taala sendiri menggantikan perangai yang jahat yang ada pada diri anda dengan perangai yang terpuji.â€
Diberitahu orang kepada Abi Muhammad AI-Murtaa’syi (ra),
“Sesungguhnya si Polan itu dapat berjalan di atas air.â€
Maka dijawab oleh (ra) hamba yang ditetapkan hatinya oleh Allah Taala untuk menyalahkan hawa nafsunya itu lebih besar keramatnya daripada orang yang berjalan di atas air dan terbang di udara.
Berkata Abu Yazid (ra)
“Sesungguhnya jika seorang lelaki mendirikan sembahyang di atas air dan duduk bersila di atas udara, maka janganlah anda terpedaya dengan keadaan demikian hinggalah anda meneliti dan mempastikan sama ada ia ada mengerjakan suruhan Allah Taala dan menjauhi larangan-Nya.â€
Seorang memberitahu kepada Abu Yazid (ra) bahawa ada orang mengatakan si Polan itu dapat sampai ke Mekah dalam masa satu malam saja.
Maka dijawab oleh (ra) “Syaitan juga boleh melakukannya dalam sekelip mata saja dari timur ke barat, padahal ia dilaknati Allah.â€
Kata seorang lagi, kepada (ra) “Sesungguhnya si Polan dapat berjalan di atas air.†Maka dijawab oleh (ra), “Ikan di dalam air dan burung terbang di udara, hairankah anda dengan keadaan demikian?â€
Berkata Imam Junaid (ra) “Terdinding hati orang-orang yang teristimewa itu (khas) jika hanya tertumpu kepada segala kenikmatan yang lazat yang berupa anugerah Allah Taala dan terhenti kepada keramat-keramat.â€
Bagi Ahli Allah, keramat-keramat yang paling baik dan afdhal ialah keramat Ma ‘nawi seperti :
Ma ‘rifat Allah Taala,
Berasa teramat cinta kepada-Nya,
Selalu mengagung-agungkan-Nya,
Berasa malu dan takut kepada-Nya,
Segera menunaikan segala suruhan-Nya
dan menjauhkan segala larangan-Nya,
Melaksanakan ketaatan seperti tidak mengatakan dirinya yang melakukan ketaatan dan kebaikan melainkan nikmat daripada Allah Taala semata-mata, disamping kurniaan dan rahmat-Nya.
Oleh itu, sudah tentu mereka berasa gembira dengan keadaan demikian. Sebagaimana firman Allah Taala:
Ertinya,
“Katakanlah, dengan kurnia Allah Taala dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan (lebih baik daripada mereka yang mengatakan amalannya daripada dirinya sendiri).†(Surah Yunus, ayat 58)
Firman Allah Taala lag:
Ertinya, “Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah daripada Allah Taala.†(Surah An-Nisa’: 79).
———————————–
Sumber:
KITAB AD DARUN NAFIS
Sheikh Muhammad Nafis Idris Al Banjari

joanputeri69- Mula Aktif

-

Number of posts: 95
Age: 42
Location: johor bahru malaysia
Registration date: 2011-06-13
Re: Perjalanan Batin Pemula Thariqat
Syukur alhamdulillah. Dalam konteks tarekat. Tidak perlu kita salah menyalahi mana yg benar, mana yg tidak.
Kita tahu halal dan haram, maka itu sudah memadai. Tidak perlu perdebatan yg panjang. Para tarekat itu tidaklah mencari akan kesenangan dan kefeymesan kecuali tarekat2 yg sesat. Dan org2 yg tidak bertarekat itu juga tidaklah menjadi kesalahan jika kekal begitu kecuali jika melanggar hal yg haram dan halal.
Nice info dr tuan2 semua. Marvelous, and Im giving it 3 Star.
Kita tahu halal dan haram, maka itu sudah memadai. Tidak perlu perdebatan yg panjang. Para tarekat itu tidaklah mencari akan kesenangan dan kefeymesan kecuali tarekat2 yg sesat. Dan org2 yg tidak bertarekat itu juga tidaklah menjadi kesalahan jika kekal begitu kecuali jika melanggar hal yg haram dan halal.
Nice info dr tuan2 semua. Marvelous, and Im giving it 3 Star.
..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim
http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum- Otai Poster

-

Number of posts: 2447
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01
Re: Perjalanan Batin Pemula Thariqat
qowiyuka wrote:Bagaimanakah semestinya perjalanan batin anggota thariqat yang benar
Bagaimanakah semestinya mengetahui ciri ciri thariqat/masyaikh yang memiliki nur yang benar
Bagaimanakah semestinya mengetahui/mendapatkan nur *** yang benar itu
Bagaimanakah memanfaatkan ajaran tersebut dalam keseharian.
Terima kasih.
yang bertanya sdh tau apa yg ditanya malah lbh tau drpd siapa yg ditanya
..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms- Moderator

-

Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12
Re: Perjalanan Batin Pemula Thariqat
Setuju dengan tn maza, tn cupi, tn omera dan juga tn paranorms akan penerangan dan juga artikel yang diberikan.... mantop...
pada tn joanputeri
..... terima kasih di atas renungan yang diberikan..... Alhamdulillah nampak gambar bersama anak yer (gambar raya ker).... semakin sihat dan makin ceria.....
Alhamdulillah dan Amin Ya Rabbal Alamin
pada tn joanputeri
Alhamdulillah dan Amin Ya Rabbal Alamin
Similar topics» Perjalanan Batin Pemula Thariqat
» Perjalanan Rasulullah
» Perkongsian pengalaman Third eye/mata batin.
» APA BEZANYA ILMU TENAGA DALAM & ILMU BATIN?
» 7 TAHAP PERJALANAN JIWA
» Perjalanan Rasulullah
» Perkongsian pengalaman Third eye/mata batin.
» APA BEZANYA ILMU TENAGA DALAM & ILMU BATIN?
» 7 TAHAP PERJALANAN JIWA
Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia :: Soal, jawab dan pendapat | Questions, answers and opinions :: Pendapat dan Persoalan anda | Your own opinion and question
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum