Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Asal Amalan Kebatinan Nusantara

View previous topic View next topic Go down

Asal Amalan Kebatinan Nusantara

Post by maza9071 on Sat Oct 08, 2011 3:10 am

Di Nusantara, masyarakat Melayu terkenal dengan istilah "Amalan Kebatinan" sejak kedatangan para pedagang Arab yang menyebarkan ajaran Islam. Amalan Kebatinan sendiri istilahnya berasal dari kosa kata Arab iaitu 'AMAL dan BATHIN. 'Amal merujuk pada sesuatu pekerjaan seperti amal buruk atau amal kebaikan. Sedangkan Bathin merujuk kepada dalaman manusia yang bersifat halus atau seni. Ia juga boleh dirujuk sebagai tenaga atau sesuatu energi.

Dari segi istilah "Amalan Kebatinan" membawa maksud Ilmu bersifat mistik. Dari segi bahasa "Amalan Kebatinan" bermaksud satu amalan pengolahan tenaga yang bersifat mistik atau ghaib yang dilakukan oleh seseorang samada untuk mempertahankan diri, melakukan rawatan, atau amalan Kesufian dalam Tariqat (Tasawwuf).

Secara umum, amalan kebatinan ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan perkaitannya dengan kepercayaan agama. Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, amalan bertapa yang menjadi kebiasaan bagi sami Hindu dan Buddha dilakukan dalam amalan Yoga dan Meditasi. Begitu juga dengan amalan kebatinan para rahib-rahib Nasrani. Untuk mendapatkan kasih sayang Tuhan mereka perlu mengorbankan hawa nafsu dengan tidak berkahwin. Mereka bermeditasi di sudut-sudut menara mereka senantiasa menyebut nama Tuhan seperti yang berlaku di Eropah.

Setelah kedatangan Islam ke Nusantara suasana amalan kebatinan kehinduan dan kebuddhahan para sami telah mendapat nafas baru setelah mereka berjaya diislamkan. Disebabkan para pendakwah Arab menyebarkan Islam dengan cara Sufi (Tasawwuf) yang juga punya cara beramal Tafakur dan Berzikir (meditasi) yang hampir sama bentuknya, menyebabkan pengislaman Nusantara begitu mudah.

Uzlah (berzikir) dalam amalan Sufi tidak jauh beza dengan Meditasi para sami Hindu dan Buddha. Yang membezakannya ialah pengisian dan kepercayaan. Uzlah zikir telah menggantikan bertapa atas gunung-ganang oleh para pengamal ilmu kebatinan Kuno dengan pengisian zikrullah dan pengajian agama Islam. Islam masuk mengubah kaedah rawatan dan pengubatan kuno kepada Islam yang menggunakan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Walau bagaimana pun kaedah Kuno amalan kebatinan (seperti pertapaan) masih wujud turun-temurun yang diwarisi para pawang dan bomoh yang masih bertahan dalam kumpulan persilatan Melayu hingga kini. Hinggakan perbomohan seperti penggunaan Jin-jin khadam dalam rawatan termasuk dalam persilatan telah bercampur aduk dengan kaedah rawatan Islam.

Dalam konteks Amalan Kebatinan Nusantara kita akan dapati tiga bentuk atau kaedah Amalan Kebatinan.

1. Pertama amalan Kebatinan Islam.
2. Kedua, amalan Kebatinan Islam bercampur perbomohan sihir.
3. Ketiga, amalan Kebatinan Perbomohan dan Pawang sihir semata-mata.
Penjelasan Prof Dr Rahim Salam tentang bagaimana tubuh manusia diatur oleh MAHA PENCIPTA melalui satu titik ganjil yang ada dalam otak manusia. Satu titik tanpa mempunyai apa-apa tindak balas kimia tetapi mampu mengawal keseluruhan perjalanan organ dalaman manusia. Dalam kajian beliau juga jasad manusia terbahagi dua iaitu Jasad Lahir dan Jasad Ghaib. Induk kepada Jasad Lahir ialah Jasad Ghaib. Tanpa penjagaan yang baik terhadap Jasad Ghaib akan memudahkan Jasad Lahir dijangkiti penyakit. Mudahnya masuk aura sihir dan segala serangan jin terhadap manusia adalah kerana lemahnya Jasad Ghaibnya. Jasad Ghaib boleh dikuatkan dengan zikrullah, Solat, membaca Quran dan amalan-amalan ruqyah malah antara yang paling efektif menurutnya ialah melakukan senaman pernafasan yang betul dan teratur.

Sebenarnya Jasad Ghaib yang dimaksudkan oleh Prof Dr Rahim ialah kekuatan Roh atau semangat manusia itu sendiri. Individu yang lemah semangat seperti penakut, mudah gemuruh dan bermacam-macam lagi sememangnya mempunyai mental yang dipenuhi oleh negatif dan prasangka. Ini adalah kerana lemahnya yang dikatakan Jasad Ghaib itu. Telah terbukti bahawa manusia mempunyai "power" yang luar biasa sekiranya kita menemui rahsianya. Allah swt telah jadikan manusia sebagai Khalifah yang sudah tentu mempunyai senjata "rahsia".

Sekiranya manusia menemui rahsianya, kekuatan tenaganya akan mengatasi kekuatan Jin Ifrit sekali pun. Mari kita lihat kehebatan pengikut Nabi Sulaiman a.s. bagaimana beliau membawa singgahsana Puteri Balqis dari kerajaan Saba' sebagai bukti kehebatan manusia yang arif tentang rahsia dan menggunakan kekuatan dirinya.

Kisah nabi Sulaiman memindahkan singgasana Ratu Balqis dari negeri Saba’ ke negeri Palestin yang berjarak 2,000 km dalam hitungan masa yang singkat memancing pemikiran kita untuk mengetahui bagaimana teknik pemindahan singgasana tersebut.

Seperti tercantum dalam Al-Quran Surah An-Naml: 38. Berkata Sulaiman:
"Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgasananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri" 39.

Berkata 'Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin:
"Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya" 40.

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al-Kitab:
"Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip." Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, Dia pun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk menguji aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia"

Ilmu dari Al Kitab di atas bermaksud: ialah Kitab yang diturunkan sebelum Nabi Sulaiman ialah Taurat dan Zabur. Menurut para ahli makrifat berpendapat bahawa yang dimaksudkan sebagai mempunyai ilmu dari Al-Kitab itu ialah pengetahuan tentang rahsia-rahsia tentang Kalamullah (Taurat dan Zabur) serta kaedah mengaplikasikannya lantaran mampu melakukan perkara ajaib.

Dari pembesar-pembesar anak buah Nabi Sulaiman baik dari kalangan jin dan manusia diberi cabaran untuk memindahkan singgasana Ratu Balqis. Jin Ifrit menyanggupi memindahkan dengan waktu sebelum Nabi Sulaiman berdiri. Tetapi kemampuan jin Ifrit itu dipatahkan oleh seorang yang berilmu (ilmuwan) bernama Asif bin Barkhiya dengan menyanggupi memindahkan singgasana yang letaknya 2,000 km dari Palestin sebelum mata berkedip!

Sekali mata manusia berkedip dalam hitungan saat sedang Asif bin Barkhiya menyanggupi sebelum mata berkedip atau kurang dari satu saat! Kecepatan itu hanya mampu ditandingi oleh kecepatan cahaya. Ini adalah petunjuk penting bahwa pemindahan singgasana ratu Balqis menggunakan teknologi yang sangat maju disebut teleportasi.

Asif bin Barkhiya merupakan ilmuwan yang menguasai teknologi teleportasi, bukan ilmu sihir kerana sihir selalu menggunakan jin. Sedangkan jin Ifrit yang merupakan jin cerdik pun tidak dapat mengalahkan teknologi itu. Teknologi tinggi bagi orang yang tidak menguasai pun laksana sihir. Seperti di zaman sekarang pun teknologi masih sangat menakjubkan bagi orang awam yang tidak tahu cara kerjanya. Kesimpulannya iaitu teknologi teleportasi sudah dikuasai ilmuwan di zaman Nabi Sulaiman a.s.

Wallahu 'alam bisshawab

Ibnu Elaji Al-Bana'e

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum