Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

View previous topic View next topic Go down

Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by maza9071 on Sat Oct 08, 2011 3:21 am



1- Memurnikan Tauhid Dan Meluruskan Akidah:

Proses bagi memurnikan tauhid, iaitu hanya bertuhankan Allah s.w.t. dan tidak selainNya perlu menjadi amalan dan diperjuangkan seumur hidup, sehingga individu itu berjaya mengucapkan kalimah tauhid pada akhir kalamnya. Dalam erti mendalam ialah mengeluarkan segala kebesaran makhluk (selain Allah s.w.t.) dan hanya ada kebesaran Allah s.w.t. di dalam hati, jiwa dan minda. Sehingga tiada sebarang makhluk yang menjadi sumber ketakutan, ketaatan dan kepatuhan selain Allah s.w.t. Akidah wajib diluruskan pada setiap waktu melalui menuntut ilmu serta mengamalkannya dan sentiasa bermuhasabah diri sendiri untuk terus bertaqarrub kepada Allah s.w.t.

Semua manusia hanya perlu menyembah kepada Allah s.w.t., meminta hanya kepada Allah, berharap hanya kepada Allah, mengadu dan berdoa hanya kepada Allah s.w.t. serta mengingati Allah s.w.t. pada waktu susah dan senang. Hubungan dengan Allah s.w.t. perlu dijaga dan disuburkan dengan sentiasa bermunajat, berzikir dan mencintai Allah s.w.t. Dengan adanya perasaan ini, kita tidak perlu lagi menggunakan tangkal dan azimat. Kita tidak perlu bergantung harap kepada manusia ataupun apa jua makhluk Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang perlu diagungkan, dimuliakan dan dibesarkan.

2. Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Umat Islam perlu meyakini dan memahami bahawa tiada kejayaan melainkan mentaati perintah Allah s.w.t. serta mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Wajib meyakini bahawa setiap ajaran yang ditunjukkan oleh baginda adalah yang terbaik dan kita perlu mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Beliau adalah seorang yang maksum, iaitu terpelihara daripada segala dosa. Beliau juga yang memberi syafaat di padang mahsyar kelak. Setiap perkataan, perbuatan dan buah fikirannya adalah daripada Allah s.w.t. semata-mata.

Segala sunnah begitu dibenci oleh syaitan, iblis dan jin-jin yang jahat. Amalan sunnah Nabi s.a.w. bukan sahaja mempunyai faedah kerohanian tetapi juga perlindungan daripada gangguan mereka. Antara contoh amalan harian berdasarkan sunnah Nabi s.a.w. adalah seperti berikut:

Mengamalkan doa sebelum tidur, membaca ayat Kursi dan 3 Qul sebelum tidur. Doa-doa ini diamalkan bagi mendapatkan perlindungan daripada gangguan syaitan dan iblis.
Membaca doa dan menyebut nama Allah s.w.t. ketika masuk dan keluar rumah. Amalan ini menjadikan rumah itu terhindar daripada didiami jin, syaitan dan iblis pada hari itu.
Membaca ayat Kursi ketika keluar rumah. Allah s.w.t. melindungi orang yang mengamalkan ayat ini daripada gangguan syaitan dan iblis.
Membaca doa ketika jimak dapat mengelakkan persetubuhan dari disertai oleh jin dan syaitan, insyaAllah zuriat yang dilahirkan akan mendapat perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan syaitan dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Terdapat banyak lagi amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu kita perlu mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan sunnah Nabi s.a.w. dengan cara berguru dengan para alim ulama secara berterusan bagi memperkasa benteng diri daripada gangguan jin, syaitan dan iblis.

3. Menjaga Solat

Solat adalah tiang agama. Ia adalah salah satu dari rukun-rukun Islam. Mendirikannya adalah wajib bagi mereka yang cukup syarat-syaratnya. Selepas iman, solat adalah amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah s.w.t. Mereka yang mengaku Islam wajib mendirikan solat. Solat menghubungkan diri dengan Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w. sudah pun menunjukkan kadar minimum yang wajib dilakukan adalah 5 kali sehari semalam.

Amalan solat perlu sempurna dari segi perlaksanaan fizikal, iaitu mengikut hukum fiqh yang betul dan perlaksanaan khusyuknya. Solat yang betul dari segi perlaksanaan syariat tetapi tidak khusyuk tetap dapat pahala tetapi kurang memberi kesan pada hati. Solat yang khusyuk tetapi tidak betul seperti yang diajar oleh Nabi muhammad s.a.w. tidak diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu solat mestilah betul dari segi syariatnya dan benar dari segi khusyuknya untuk menjadi benteng kerohanian yang kuat demi melawan segala godaan jin, syaitan dan iblis. Solat yang sempurna akan dapat mencegah manusia daripada melakukan perkara-perkara keji dan mungkar. Perlaksanaan terbaik mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. ialah dengan solat berjemaah…..baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjemaah hingga baginda wafat.

Selain solat fardhu, solat-solat sunat amat perlu dilakukan sebagai cara mengukuhkan hubungan dengan Allah s.w.t. Di antara solat sunat yang amat digalakkan memperbanyakkannya ialah solat tahajjud, solat dhuha, solat witir dan solat sunat rawatib.


4. Memperbanyakkan Membaca al-Quran Dan Mentaddabur Isi Kandungannya

Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t. sebagai panduan. Al-Quran juga adalah sebagai sumber penyembuh dan rahmat yang diturunkan kepada orang-orang beriman. Al-Quran perlu dibaca setiap hari bagi mendapat petunjuk, keberkatan dan nur. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang dapat dijadikan amalan harian ataupun amalan ruqyah sebagai rawatan penyakit yang berpunca daripada jin, syaitan dan iblis. Ayat-ayat seperti ini perlu diamalkan dengan yakin kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. sahaja zat yang Maha Penyembuh. Amalkan ayat-ayat tersebut setiap hari secara istiqomah (konsisten) agar sebati dengan diri sehingga tidak ada lagi jin, syaitan dan iblis yang mampu mengganggu kita.

5. Memperbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W. Dan Ahli Keluarga Serta Sahabat-sahabat Beliau

Umat Islam digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat beliau. Orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekali , Allah s.w.t. berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali. Memperbanyakkan selawat mendatangkan rahmat Allah s.w.t. kepada pembacanya. Kita digalakkan menutup doa kita dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., supaya Allah s.w.t. mendengar doa itu. Memperbanyakkan selawat juga dapat menjamin orang itu mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. ketika berada di padang mahsyar kelak.

Bolehlah diamal mana-mana selawat dan terlebih afdhal selawat dianjurkan dalam hadis-hadis sahih seperti selawat di dalam tahiyyat akhir dalam solat.

6. Menjauhi Dan Meninggalkan Maksiat Dan Dosa

Amalan dosa dan maksiat disukai oleh jin, syaitan dan iblis. Melakukan dosa besar ataupun mengekalkan dosa-dosa kecil akan menggelapkan hati. Hati yang hitam dengan dosa sukar mendapat hidayah dan sukar mendengar nasihat. Sekiranya orang itu berkekalan dengan segala bentuk maksiat, Allah s.w.t. akan menghantar jin,syaitan dan iblis menjadi temannya. Pesakit gangguan jin digalakkan melakukan taubat nasuha, iaitu meninggalkan amalan-amalan dosa dengan melakukan solat taubat dan ditambah dengan beristighfar kepada Allah s.w.t. supaya diampuni dosanya. Amalan-amalan yang dapat melalaikan seperti bercakap lucah, mendengar muzik yang melekakan, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan perlu ditinggalkan dan dijauhi.

7. Memperbanyakkan Amalan-amalan Sunat

Setiap perkara yang baik dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. tidak disukai oleh jin, syaitan dan iblis. Melakukan banyal amalan-amalan sunat adalah cara bagi mendapatkan cinta dan kasih sayang Allah s.w.t. Antara amalan sunat yang perlu diperbanyakkan adalah solat-solat sunat, puasa sunat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, bersedekah dan bercakap yang baik-baik.

Pesakit gangguan jin juga digalakkan memperbanyakkan munajat dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya Allah s.w.t. memberkati proses penyembuhan penyakit yang dilaluinya. Selagi Allah belum memakbulkan kesembuhan, beliau perlu redha dengan sakit yang dialami dengan harapan, Allah s.w.t. memberi keampunan dosa. Kemungkinan penyakit itu akibat dosanya sendiri atau sebagai kafarah baginya. Bertahajud serta berzikir dan bertaubat juga dapat menguatkan rohani. Ia juga dapat menjadi benteng daripaga segala bentuk gangguan jin, syaitan dan iblis.

8. Sentiasa Berdamping Dengan Alim Ulama, Orang Soleh Dan Rakan-rakan Yang Baik

Mendekati dan berdamping dengan orang alim, soleh dan rakan-rakan yang baik adalah cara bagi memotivasikan diri supaya menjadi baik. ini memudahkan seseorang melakukan amalan baik dan secara automatik beliau terpelihara daripada melakukan maksiat dan dosa.

Alim ulama pula adalah orang yang begitu dibenci oleh jin, syaitan dan iblis, terutamanya yang dapat menjalankan rawatan sakit gangguan jin, syaitan dan iblis. Mereka ini perlu dijadikan tempat rujukan bagi mendalami perihal Islam, iman dan ihsan.

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by maza9071 on Sat Oct 08, 2011 3:26 am

Allah s.w.t. tealh berfirman yang bermaksud:”Dan Kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Isra’ ayat: 82

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang bermaksud:”Setiap penyakit ada ubatnya (penawar) dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah” – hadis riwayat Muslim

Junjungan kita Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk mengubati bebagai macam penyakit, samada disebabkan tukang sihir seperti guna-guna atau disebabkan gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lain atau terkena gigitan binatang bisa seperti kala-jengking, lipan, ular dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. juga menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk tujuan memohon perlindungan Allah s.w.t. (pelindung diri). amalan ini telah diteruskan hinggalah ke zaman ini. Telah terbukti dengan mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang diajar oleh Rasullah s.a.w. dapat menyelesaikan masalah walaupun perubatan moden tidak mampu menanganinya. Semuanya adalah dengan kehendak Allah s.w.t.

Keberkesannya adalah bergantung sejuah mana keyakinan seseorang itu kepada Allah s.w.t. Mari kita tingkatkan iman dan yakin kita kepada Allah s.w.t. dengan mengamalkan ayat-ayatNya dalam segenap aspek kehidupan agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t.: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada siapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu, dan jika Dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? Dan (ingatlah) kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal (berserah diri) – surah ali-Imran: ayat 160

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by maza9071 on Sat Oct 08, 2011 3:28 am

Tanda-tanda Penyakit Misteri

Kebelakangan ini semakin ramai yang menghidap penyakit yang dikatakan misteri disebabkan punca penyakit yang tidak dapat dikenal pasti secara jelas. Terdapat juga pesakit yang gagal dirawat dengan kaedah rawatan moden. Untuk memberikan gambaran berkaitan penyakit misteri ini, kami senaraikan tanda-tandanya seperti berikut:

Malas melakukan rutin harian seperti bekerja, belajar, solat, berzikir dan tilawah al-Quran dan sebagainya.
Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat al-Quran yang selalu dibaca di dalam solat, lupa doa yang dihafaz dan was-was.
Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti kehidupan harian termasuk seks.
Mimpi buruk, mimpi ngeri, mimpi jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
Kerap bermimpi binatang seperti anjing hitam,tikus,ular, kucing hitam, kala jengking atau binatang berbisa lainnya.
Berdebar-debar terutama menjelang malam.
Gangguan semasa tidur, seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, terasa ditindih sehingga sukar bernafas dan bersuara.
Sering mengantuk tidak mengira masa.
Hilang selera makan dan berat badan.
Suka menyendiri, suka termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.
Kerap migrain, pening kepala, selesema berpanjangan, gastrik atau menghidap penyakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan moden.
Letih luar biasa.
Daya tumpuan merosot.
Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor.
Rasa bersalah, hampa, kecewa, rasa tidak berguna dan terasa ingin mati.
Kesan lebam di peha, betis atau lengan.
Cepat marah dan benci secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.
Terasa sesuatu bergerak-gerak di dalam badan atau perut.
Ternampak lintasan, bayangan sesuatu yang pelik.
Terdengar suara, bisikan atau suara yang menakutkan.
Terasa seperti diperhati atau diintai.
Badan merasa tidak selesa seperti takut atau serama sejuk semasa di dalam rumah.
Melihat binantang berbisa seperti ular, kala jengking atau lipan di dalam rumah.
Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai di dalam rumah. kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.
Haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, iakan mati dengan kadar cepat atau selalu sakit.
Anjing selalu menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.

Itulah sebahagian di antara tanda-tanda yang dikatakan penyakit misteri

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by maza9071 on Sat Oct 08, 2011 3:30 am

Rahsia Saka Dan Keturunan

Saka adalah jin yang telah berada di dalam tubuh yang sudah sekian lama hingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya terjadi dalam keadaan dia sedar atau pun tidak kerana ianya diwarisi daripada keturunanya yang terdahulu. Mungkin ianya daripada ibu, bapa, datuk, nenek atau mereka yang sebelumnya lagi.

Saka ini wujud disebabkan datuk-nenek (keturunan yang sebelumnya) mempelajari atau mengamalkan ilmu-ilmu tertentu yang membabitkan jin. Jin-jin ini diperturunkan kepada keturunan berikutnya samada secara langsung atau tidak dan boleh juga atas pilihan jin itu sendiri.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, polong dan lain-lainnya memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Walaupun dikenali dengan pelbagai nama, hakikatnya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali sebagai jin dan syaitan.

Dalil:

Persahabatan manusia dan jin dalam bentuk ‘khadam’ telah dinyatakan di dalam al-Quran seperti firman Allah s.w.t.:

“Dan bahaawasanya ada di kalangan beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta pelindungan daripada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan…” – surah al-Jin ayat:6

Jin yang dijadikan kahdam itu akhirnya menjadi saka yang diperturunkan kepada keturunan dari kalangan anak-cucu (mereka yang ada pertalian darah). Ini disebabkan oleh perjanjian di antara pengamal ilmu tersebut dengan pihak jin. Adalah lebih malang lagi jin tersebut juga boleh berpindah kepada mereka yang ada hubungan rapat dengan keluarga pemilik saka walaupun bukan dari pertalian darah. Ini boleh terjadi kepada anak angkat atau menantu atau boleh juga berlaku ke atas teman atau sahabat.

Pertalian jin Dan Saka:

Terdapat pertalian yang di antara jin dan saka. Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan (pusaka) itulah yang dinamakan saka.

Dari Abu Tha’labah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya: “Jin itu mempunyai 3 jenis: Satu yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu lagi jenis yang berpindah-randah.”

Jin yang berpindah-randah diklasifikasikan sebagai jenis yang menjadi saka disebabkan jin jenis ini boleh berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.

Ciri-ciri orang memiliki saka:

Secara umumnya orang memiliki saka mempunyai kebolehan mengubat orang sakit yang disebabkan jin tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:

Kebanyakan mereka mempunyai mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang mempunyai tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-Jilani, Syeikh Bahaudin an-Naqsyabandi, Syeikh abu Hasan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cuma jin yang datang dari saka.
Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah.
Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung tidak difahami.
Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.

Masa Saka Berpindah:

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek-moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia memcari perumah/pembela yang baru dari kalangan anak-cucu tuannya yang telah meninggal dunia tersebut.

Proses Perpindahan Saka:

Berikut adalah kronologi bagaimana saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:

Apabila pemilik jasa itu mati; jasadnya mati setelah roh keluar dari jasad. Namun jin yang mendampingi pemilik saka itu tidak mati kerana umur jin lebih panjang berbanding dengan umur manusia.
Apabila jasad pemilik saka telah dikembumikan, jin pendamping tersebut bebas dan berada di dalam keadaan seperti layang-layang terputus talinya. Lalu jin tersebut berkeliaran di atas muka bumi mencari rumah tumpangan yang baru.
Kemudian saka tersebut berpindah kepada anak-cucu pemilik saka tersebut sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut berpindah kepada anak-cucu yang mengamalkan jampi-jampi yang diajar oleh pemilik saka tersebut.
Saka itu juga boleh berpindah kepada anak-cucu yang menyimpan barang-barang peninggalan si mati. Ada juga kes yang berlaku di mana saka tersebut berpindah kepada penyimpan barangan tersebut walaupun penyimpan itu buka dari darah daging simati (pemilik saka).
Orang yang amat berpotensi mewarisi saka tersebut adalah mereka yang tinggal bersama semasa hayat pemilik saka atau orang menjadi harapan keluarga atau orang yang diharapkan sipemilik saka untuk mewarisi saka tersebut.

Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka:

Anak-cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
Anak-cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar hukum agama.
Anak-cucu yang sering meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
Adakalanya anak-cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sanagat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
Anak-cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya kerana lebih memudahkan jin bertapak di dalam badan mangsanya.
Anak-cucu yang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenek-moyang mereka. Apabila mereka mewarisi saka ini ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.
Anak-cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang melanggar syariat Allah s.w.t.


Kesan Dan Akibat Daripada Saka:

Orang yang memiliki saka sukar mendapat anak.
Sukar mendapat jodoh.
Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa orang aneh namu orang lain tidak dapat melihatnya.
Tidak berupaya hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didiagnosiskan. Mungkin juga menghidap penyakit kanser kerana kanser amat berkait rapat dengan gangguan jin.
Tidak suka bergaul dengan manusia dan tidak suka hidup bermasyarakat.
Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.
Kadang-kadang tahu perkara mustahil diketahui oleh orang lain. Namun hakikatnya ianya adalah bisikan jin dan iblis.
Anak kepada anak-cucu pemilik saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.
Anak-cucu yang mempunyai saka suka melawan orang tua (ibubapa dan termasuk juga tidak menghormati orang-orang tua).
Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by maza9071 on Sat Oct 08, 2011 3:40 am

SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU


Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta.



Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286


SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )


Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....

Setelah di minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pijar (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.....

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by maza9071 on Sat Oct 08, 2011 3:52 am

Ayat2 Mudah Dalam Set Ujian Mengenalpasti

ayat-ayat muqata’at dari Al-Quran didapati mampu mengeluarkan tindakbalas dari jin gangguan / sihir yang mendampingi atau memasuki badan pesakit. Untuk menguji, pesakit hendaklah membaca sendiri, atau didengarkan bacaannya oleh ahli keluarga.

1.3.1 Teknik Ujian

Cara ujian adalah mudah:

(a) Ambil kadar degupan jantung sipesakit

(b) Pesakit baca ayat-ayat di Set 1 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)

(c) Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit

(d) Sekiranya tiada tindakbalas, pesakit baca ayat-ayat di Set 2 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)

(e) Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit

(f) Perhatikan kesan-kesan lain pada pesakit seperti:

· sendawa,

· batuk-batuk, atau

· rasa benda bergerak di kulit atau di dalam badan,meremang,panas di tubuh atau anggota,sakit,terasa sejuk,berdebar2,pusing,gementar tangan atau kakinya, terasa renjatan dan sebagainya itu menandakan tindakbalas jin yang berada/bersarang dalam tubuh



1.3.2 Set 1

Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti KAF,HA,YA,AIN,SOT, HA,MIM,AIN,SIN,QAF perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).



KAFFFFFF HA YA ’AINNNNNN SOTTTTTT


dari Surah Maryam, Ayat 1

HA MIMMMMMM


dari Surah 42 AsSyura, Ayat 1

’AINNNNNN SINNNNNN QAFFFFFF


dari Surah 42 AsSyura, Ayat 2

Sekiranya tiada kesan pada bacaan Set 1, teruskan bacaan Set 2.

Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja.



THO HA


dari Surah TaHa, Ayat 1

THO SINNNNNN


dari Surah AnNaml, Ayat 1

THO SINNNNNN MIMMMMMM


dari Surah 26 AsShu'ara, Ayat 1

YA SINNNNNN


dari Surah Yasin, Ayat 1

NUNNNNNNN


dari Surah Qalam, Ayat 1

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by maza9071 on Sat Oct 08, 2011 3:55 am

ADAB-ADAB TIDUR MENGIKUT SUNNAH

KAEDAH YANG PERLU DILAKUKAN SEWAKTU HENDAK TIDUR (mengikut tertib cadangan):

1. Berwudhuk (termasuklah bersugi atau sekurang-kurangnya berkumur-kumur)
2. Sapu tempat pembaringan dengan tangan, kain ataupun apa-apa yang sesuai sambil membaca Bismillah.
3. (Setelah duduk di katil/ tempat tidur) Ucapkan dua kalimah syahadah
4. Berselawat ke atas Nabi
5. Membaca “A’uzhubillah...”, Al-Fatihah dan Ayat Kursi
6. Tadah tangan seperti berdoa. Tiup kedua-duanya. (Cara meniup yang dianjurkan- Hembus perlahan-lahan sehingga habis satu nafas)
7. Baca 3 Qul mengikut tertib (yang dahulu didahulukan).
8. Sapukan tapak tangan ke kepala, muka dan seluruh tubuh. (Langkah 5 hingga 7 elok diulang 3 kali)
9. Tidur dengan berbaring menghadap ke sebelah kanan.

RASIONAL AMALAN INI (antaranya):
1. Dapat pahala.
2. Disukai Allah dan Rasul.
3. Anggota badan bersih.
4. Mengelakkan/ mengurangkan gangguan jin dan sihir.
5. Melancarkan pergerakan jantung dan sistem badan seluruhnya kerana jantung di sebelah kiri dalam dada tidak terhimpit.
6. Kuasa dalaman yang ada pada tapak tangan dapat dialirkan ke seluruh tubuh.
7. Sebagai langkah berjaga-jaga dengan memeriksa tempat pembaringan dan seluruh tubuh kalau-kalau ada sesuatu seperti serangga, benda tajam, kekotoran dan sebagainya.
8. Menambahkan kecintaan kepada Rasulullah kerana mempraktikkan sunnahnya.
9. Membuatkan Iblis, syaitan, jin-jin jahat dan tukang-tukang sihir (semuanya musuh-musuh Allah) kecewa.
10. Mengelakkan daripada tertindih jin yang mungkin sedang beristirehat di atas tempat pembaringan kita.




ANJURAN BERWUDHUK & MENGERENG KE KANAN
"Apabila engkau mendatangi tempat tidurmu, maka hendaklah engkau berwudhuk sebagaimana wudhuk hendak mengerjakan solat, kemudian berbaringlah di atas badanmu yang sebelah kanan."
(Bukhari & Muslim)

SANDARAN MENGIBAS TEMPAT TIDUR
“Apabila seseorang kamu hendak tidur, maka kibaslah tempat tidurnya dengan hujung sarungnya, kerana ia tidak tahu barangkali ada kotoran yang melekat.”
(Bukhari & Muslim)

“Apabila salah seorang kamu tidur di tempat tidurnya, maka gunakan bahagian dalam sarungnya untuk menyapu tempat tidurnya, dan sebutlah nama Allah.”
(Muslim)

SANDARAN MEMBACA 3 QUL & MENYAPU TUBUH
“Daripada Aishah ra, bahawa (apabila) Nabi saw baring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya, kemudian meniup kedua-duanya, dan membaca padanya: Qul HuAllahu Ahad dan Qul a'uzhibirabbil falaq dan Qul a'uzhubirabbinnaas, kemudian menyapu dengan kedua-duanya seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-duanya yang dimulakan dari kepala, muka, kemudian seluruh tubuhnya. Baginda berbuat demikian 3 kali."
(Bukhari & Muslim)

KEISTIMEWAAN 3 QUL
"Bacalah surah al-Ikhlaas, surah al-Falaq, surah an-Naas, masing-masing 3 kali pada waktu petang dan pagi, maka ia akan MELINDUNGIMU DARI SEGALA MACAM BAHAYA." (Abu Daud, Turmizi, An-Nasa'i)

AMALAN TAMBAHAN
Rasulullah saw berkata kepada Ali (menantunya) dan Fatimah (anaknya):
"Jika kamu berdua menuju ke tempat tidur, bacalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali dan tahmid 33 kali."
(Bukhari)

KEPENTINGAN BERZIKIR SEBELUM TIDUR
“Sesungguhnya apabila orang hendak tidur, berebut-rebutlah malaikat dan syaitan. Maka berkatalah malaikat: “Ya Allah, akhirilah dengan kebaikan.”
Kemudian bekatalah syaitan: “Akhirilah dengan keburukan.”
Apabila orang itu berzikir kepada Allah, kemudian tertidur, maka malaikat pun menjaganya.”
(Ibnus Sunni)

*Istiaqamahlah dengan amalan ini. Amalan yang sedikit tapi dilakukan berterusan adalah lebih baik daripada banyak amalan tapi tidak istiqamah.

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by maza9071 on Sat Oct 08, 2011 4:01 am

bismillah 6




1. bismillah his sami ‘il bashir allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwabikul li shai ain ‘aliim.

2. bismillah hil kholla qil ‘aliimm allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwal fat ta hul ‘aliim.

3. bismillah hillazi lai sa kamislihi shai’un wahuwal ‘alimul qhobiir.

4. bismillah hillazi lai sa kamislihi shai’un wahuwal ‘alimul khadiir.

5. bismilllah hil ‘azizul kariim. allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwal ‘azizul kariim.

6. bismilllah hil ghofurril rahiim. allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwal ghofurril rahiim.

Fallah….. hu qhoirun haa fi dzon wahuwal arharmarra himiin


Tafsir Bismillah Enam :-

-Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat tiada yang seumpama dengannya dan maha mengetahui pada setiap sesuatu,
-Dengan nama Allah yang berkuasa menjadikan lagi maha mengetahui tiada yang seumpama dengannya yang maha pembuka lagi amat mengetahui,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang maha mengetahui lagi mengetahui perkara yang tersembunyi,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang maha mengetahui lagi berkuasa,
-Dengan nama Allah yang gagah perkasa lagi pemurah tiada yang seumpama dengannya yang maha gagah perkasa lagi maha pemurah,
-Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang tiada yang seumpama dengannya yang maha pengampun lagi maha penyayang,Allah jualah sebaik-baik penjaga dan dialah maha penyayang diantara para penyayang.


Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak faedahnya, jika diamalkan selalu akan berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada perempuan yang akan bersalin, menjadi penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi jampi untuk menghalau jin dan syaitan, terpelihara daripada segala merbahaya, seteru dan musuh, boleh dibaca ketika berperang agar mendapat kemenangan dan mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah.

Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan khasiatnya.

.# Makbul segala hajat dan cita-cita.
# Luas rezkinya.
# Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
# Menang dalam peperangan.
# Penerang hati.
# Diajuhkan dari segala penyakit.
# Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
# Aman daripada binatang2 buas.
# Air laut menjadi tawar.
# Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
# Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
# Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
# Terselamat dari karam dilaut.
# Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
# Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
# Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
# Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
# Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
# Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
# Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan bismillah 6.

AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Boleh juga dibacakan ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaALLAH.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

Panah Makrifat Untuk Menundukkan Musuh:-

1. Untuk menghadapi orang terutama sekali orang berpangkat atau garang.

2. Duduk dirumah dahulu sebelum melangkah keluar.

3. Hadirkan wajah orang yang akan dijumpai dihadapan kita.

4. Baca Bismillah 6 (3x) dan hembuskan kepada wajah orang yang kita hadirkan tadi.

5. Kemudian barulah melangkah keluar rumah.

peringatan
Beramallah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Apabila kita dekat dengan Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.

Fadilat Bismillah 6 yang dinyatakan hanya sebagai contoh, tapi Allah boleh memberikan kepada kita lebih daripada itu apabila kita dekat denganNya. Mungkin juga Allah tidak memberikan fadilat tersebut kepada kita, tetapi Allah menyediakan ganjaran yang besar di Akhirat.

Namun, perlu kita ingat ayat tidak memberi kesan jika kita berharap padanya, pergantungan kita hanya satu iaitu ALLAH zat yang maha agung, ayat sebagai ikhtiar kita dalam amalan.

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by maza9071 on Sat Oct 08, 2011 4:05 am

Ayat ini di namakan bismillah 5 kerana terdapat 5 kali sebutan bismillah di dalamnya.



Maksudnya:

1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Khasiat Ayat Ini

1. Penawar bisa
2. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang, bisa bisa badan,gila merian
3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
4.pendinding diri
5.penggerak
6.dibaca pada minyak untuk urutan


Tatacara
1. Membaca dengan satu nafas dgn hati yang khusyuk.
2. Ditiup ditangan atau ditempat yang sakit.
3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
4. Kemudian iktikad seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.
5.dibacakan pada air dengan turutan bilangan ganjil dibuat minum juga mandi.

tatacara pengubatan kencing manis/diabetis dengan bismillah 5

1. Solat Tahjud selepas salam bacakan alfatihah 1x,selowat syifa 1x, bismillah 5 33x,berdoa kepada allah untuk memulihkan penyakit kencing manis.

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by cupi_ketchum on Sat Oct 08, 2011 3:41 pm

Mantap perkongsiannya abang Maza. Terima kasih. cheers

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by izad on Sat Oct 08, 2011 4:30 pm

Sharing yg byk manfaat. syukran.

..........................................................................................................................................................................................
"Lailahaillah Muhammadurrasullullah Fi Kulli Lamhatin Wanafasin A'dadama Wasiahu Ilmullah"

izad
Semakin Aktif
Semakin Aktif

Male
Number of posts: 379
Age: 36
Location: Serdang
Registration date: 2010-04-12

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by yokuno arekey on Mon Oct 10, 2011 12:39 am

wahh..panjang lebar perkongsian tuan maza9071..semoga memberi manfaat kepada kita semua

yokuno arekey
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 201
Age: 23
Location: kota kinabalu-kuala lumpur
Registration date: 2011-05-09

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by ifahuzir on Mon Oct 10, 2011 10:29 am

Alhamdulillah.. kene baca ulang-ulang dan buat rujukan sendiri.. drunken

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by cyber00 on Mon Oct 10, 2011 9:26 pm

Alhamdulillah satu perkongsian yang mantap dari tn maza... Terima kasih Very Happy

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani

Post by chegudin on Wed Apr 04, 2012 1:28 pm

good info

chegudin
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 5
Age: 43
Location: Kuala Klawang
Registration date: 2012-04-04

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum