Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cupi_ketchum on Wed Oct 12, 2011 5:08 pm

First topic message reminder :

Assalamualaikum semua. Idea ini sudah lama saya susun dan usahakan, terus terang saya katakan, semua idea2 ini saya ambil dr laman web Spirit Science

http://thespiritscience.net/spirit/

Credit goes all the way to him, Jordan and his team at spirit science.
This article I made is just a revise version based from your video. Translated to my native language but not roughly the same as the original one. So bassicly, I just use the idea but with some addition of my own. Thank you.

Hanya saya ubahsuai dan terjemah kpd bahasa yg lebih mudah difahami dan saya masukkan sedikit konsep keagamaan ke dalam nya. Supaya lebih mudah kita cerna ke dalam fikiran dan jiwa. Bagi yg bukan beragama islam, usah risau, kerana artikel ini masih boleh digunapakai, dan valid utk anda.

Adapun secara jujurnya, saya bukanlah menciplak dan mengambil hakcipta video ini, ttp menterjemahkannya dan memperkenalkan konsep2 yg masih jarang dan belum didengar oleh segelintir org bahkan oleh pelajar2 Reiki sekalipun. Bagi yg sudah tahu dan selalu mendengar istilah ini, syukur alhamdulillah. Senang sikit kerja saya, hehehe.

Kita mulakan dr episod spirit sains yg pertama. Heheheh.

Insyaallah, sedang diusahakan secepat yg mungkin.


Last edited by cupi_ketchum on Mon Oct 17, 2011 1:46 am; edited 1 time in total

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down


Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by ifahuzir on Tue Oct 18, 2011 5:02 pm

Ermm.. masih tak faham mengenai konsep getaran frekuensi bergetar..
sekitar 7cps, 8cps 9cps 23cps.. ape tuh yer?

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cupi_ketchum on Tue Oct 18, 2011 5:54 pm

Gini tuan, setiap jisim ada getaran frekuensinya. Semakin lambat getaran frekuensinya, semakin kerasa dan solid wujud benda tersebut. Manakala semakin cepat getaran frekuensi sesuatu benda, semakin halus sifatnya.

Getaran terbahagi kpd banyak jenis. Insyaallah akan dihurai nanti dlm bab sepirit sains seterusnya. Insyaallah.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by jagat raya on Wed Oct 19, 2011 12:13 am

sungguh kompleks dan menakjubkan fenomena alam ciptaan ALLAH..

jagat raya
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 197
Age: 32
Location: bandar tasik selatan
Registration date: 2009-11-01

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cupi_ketchum on Thu Oct 20, 2011 4:08 am

Assalamualaikum semua. Kembali lagi kita dgn sepirit sains yg ke-6.

saya demam selsema dua hari ini, jadi rancangan tergendala sementara. Heheheh. Utk tidk membuang masa, mari kita teruskan.

Semua di dalam alam cakerawala adalah geometrik. Manusia, binatang, tumbuhan, planet, bahkan atom sekalipun. Semua benda boleh diukur secara geometrik. Jangan tanya saya bagaimana ya, anda harus belajar sendiri sistem ini di universiti dlm bidang astrology. Saya hanya menterjemah dan menambah2 isi2 ke dalam spirit sains ini. Hehehehe.

Ok, sebelum itu, bagi mereka2 yg skeptikal, dan narrow minded, dipersilakan lah utk tidak membaca artikel kali ini, kerana ia banyak mengandungi unsur2 ganas dan politik keterlaluan.

Apa yg akan kita lihat pd hari ini adalah pattern of creation. Semua yg ada dlm alam semesta datang drpd patern atau corak ini. Saya tidak membuat2 cerita ini, ini adalah asas dlm bidang sains metafizik dan selalu digunakan secara tidak kita sedari. Ini adalah flower of life. Gelarannya sahaja ya tuan2.






Dan ia adalah asas penciptaan kpd seluruh ciptaan di dunia ini. Secara geometriknya. Kita tahu bahawa semua kejadian dibumi diciptakan Allah, namun ini hanya pengetahuan asas utk mengenali bagaimana terciptanya segala benda. Darimana datangnya kopi? tentulah ada jisim2 lain sebelum ia menjadi kopi yg kita minum di rumah kan? Begitulah secara ringkasnya.

Dalam asas flower of life ini, ada 13 cara yg disenaraikan bagaimana barang2 ini boleh menjelma ke dalam realiti. Namun kita akan hanya menggunakan satu cara saja dahulu. Saya harap anda jangan kaitkannya dgn agama dan kaedah dahulu. Baca dan renungkan, saya jamin yg ia tidak bertentangan dgn akidah anda. Insyaallah. Lgpun, apa yg anda baca ini hanya sekelumit saja dprd apa yg Allah beri kpd kita,

FLOWER OF LIFE

Corak2 ini sebenarnya telah banyak dijumpai di seluruh dunia sebenarnya semenjak dr zaman dahulu lg. Dlm spirit sains original, pencerita lebih menekankan kaedah pembentukkan geometry ini secara umum dan tanpa menggunakan kaedah agama. Namun saya sedar, bahawa zaman sekarang ini terlalu ramai golongan2 ANTI-FREEMASON yg menyangka mereka tahu semua hal tentang freemason. Sedang mereka sendiri pun terkial2 dlm asal-usul freemason. Jadi, saya masukkan kaedah agama sedikit ke dalam penceritaan saya pula.

Bayangkan, bahawa sebelum ada apa2 kejadian penciptaan, apa yg ada hanyalah suasana kosong, terbiar dan tidak berjasad. Data2 alam semesta, telah Allah masukkan dan jadikan utk mencipta sesuatu yg diingininya. Ini hanya sekadar melalui tertib susunan saja, Allah itu berkuasa menjadikan apa sahaja walau tanpa teori ini. Jadi teruskan saja membacanya. Data penciptaan ini, kita boleh katakan bahawa ia adalah benih utk kehidupan, tiupan roh atau apa2 saja datanya, Data ini, akan berkembang di sekitarnya, membentuk satu bulatan radius. Menjadikannya sebagai satu jisim kecil, atau boleh kita panggil atom.

Kemudian ia akan membentuk satu lagi bulatan dan diantara dua2 bulatan tadi, akan muncul Vesica piscis.






Vesica Piscis, adalah bentuk cembung itu ya tuan2. Dalam vesica Piscis ini pula, terdapat berbagai2 data2 pengetahuan, Dan apabila disusun2 lagi. ia akan membentuk seakan2 cakra ajna. Iaitu cakra mata ke-3.






Data2 ini, akan terus bergerak sesuai dgn izin dan kemahuan Allah, utk membentuk satu lg corak yg dipanggil seed of life.






Dlm spirit sains original juga, pencerita lebih menekankan penceritaan ini mengikut agamanya, jadi saya ubahsuai juga mengikut agama saya. Dalam Al-Quran dan juga bible, bumi dijadikan dalam masa enam hari. Jadi, asas bulatan yg ada dalam seed of life juga adalah enam. Namun tiada istilah waktu yg dpt kita gunakan secara tepat utk mengatakan bila dan berapa cepatnya bilangan ini terhasil, kerana waktu Allah itu berbeza dgn waktu manusia. Harap maklum, saya tidak akan membincangkan isu perbezaan agama di sini, ini bukan ruangan utk berdebat agama.

1. Surah Hud ayat 7:

"Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (masa)"

2. Surah Al-A’raaf ayat 54:

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang Telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (masa)"
3. Surah Yunus ayat 3

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (masa)"

4. Surah Al-Furqan ayat 59:

"Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam hari (masa)"

Enam hari (masa) yang disebut didalam ayat-ayat diatas haruslah difahami dengan baik berdasarkan kajian ilmiah.

Syed Qutb dalam kitab Tafsir Fi Zilal Al-Quran menyatakan: “tidak syak lagi, yang dimaksudkan dengan enam hari dalam ayat ini adalah hari yang ditetapkan oleh Allah, Dia saja yang mengetahui kadar masanya. Ia bukan hari-hari yang dihitung oleh manusia”

Dr Hamka dalam Tafsir Al-Azhar pula menyatakan: "Hari (dalam ayat ini) adalah hari Allah. Tuhan sekelian alam. Ia adalah hari meliputi seluruh alam dan bukannya hari yang dikira menurut peredaran bumi mengelilingi matahari yang hanya memakan masa 24 jam. Berjuta-juta bintang dilangit mempunyai hari-harinya tersendiri, lebih panjang dari hari dibumi dan ada juga ada yang lebih pendek . maka hari sebelum bumi tercipta sudah pasti berbeza dengan hari sekarang ini"

Hendaklah difahami bahawa enam hari tersebut bukan seperti perkiraan manusia tetapi mengikut penetapan Allah SWT. Kadangkala Allah menyamai satu hari itu seperti 50 ribu tahun sepertimana termaktub dalam surah Al-Ma’arij ayat 4:

"Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun"

Kesimpulan ilmu :

1. Imam Ibnu Kahtir menyebut didalam tafsir Al-Azim bahawa "Allah mencipta bumi dan apa yang terdapat diatasnya dalam masa empat hari dan Allah mencipta langit dalam masa dua hari".

2. Said Hawa menukilkan kata-kata Imam Nafasi dalam kitab Al-Asas Fi Al-tafsir yang berbunyi "Berhubung dengan penciptaan bumi, (Allah menetapkan) dua hari bagi penciptaan bumi dan dua hari lagi bagi penciptaan gunung-ganang dan penetapan keperluan hidup. Kesemuanya memakan masa empat hari"

3. Said Hawa sendiri dalam Al-Asasi Fi Al-tafsir berpendapat "Berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran, kenyataan langit dan bumi dicipta dalam enam peringkat dapat dianggap sebagai satu pandangan yang putus tanpa perbezaan pendapat (qat’ie) dikalangan ulama Islam"

Dari berbagai sumber

Kita kembali kpd tajuk asal. Setelah seed of life terhasil, muncul lg satu corak, iaitu tree of life. Corak ini ada digunapakai dlm agama Kabbalah yahudi utk menyenaraikan sifat2 Tuhan mereka. Enough about that, kita tidak akan ambil dr sudut sana. Satu lagi corak yg muncul adalah egg of life. Egg of life ini apabila disempurnakan, ia akan membentuk satu imej 3D spt dlm rajah.






Apabila imej 3D td terbentuk, cuba lukiskan garisan lurus merentas setiap bulatan. Akan terbentuk pula bentuk kiub. Dan sekarang anda boleh tersenyum lebar, bahawa kiub ini ada terdapat dlm agama kita juga.







Kiub ini juga bersamaan dgn Kaabah, walaupun secara tidak langsung. Malah dalam menunaikan haji juga, ada simbolik dan relevennya, bayangkan, bahawa Kaabah itu juga dikelilingi oleh umat manusia dlm bentuk bulatan. Secara tidak langsung, juga hampir2 sama dgn teori Flower of Life.






Selain itu, di dalam badan kita, terutamanya para ibu juga memiliki corak ini, iaitu embrio manusia.






jadi, di dalam corak ini, tersimpan juga data2 manusia, warna kulit, mata, dsb. Ini hanya secara asas saja ya, banyak lagi yg tidak dpt kita tuliskan.

Pada zaman dahulu, semua lukisan2 mengenai flower of life ini hanya akan dilukis sehingga 90 bulatan. Kenapa? kerana ia mengandungi rahsia yg lebih besar dan dianggap taboo pada masa dahulu. Mereka juga menganggap, bahawa jika mengetahui rahsia ini, kita seolah2 mengetahui rahsia penciptaan para dewa.

Namun kini, pengetahuan ini sudahpun digunapakai dalam kelas2 geometri hari ini.

Apabila ditambah lg bilangan bulatannya, maka akan terlerai segala persoalan (Dan bertambah juga persoalan ^^). Jangan tanya saya bagaimana kiraan seterusnya dijalankan, sila rujuk pakar geometri yg berdekatan dgn anda ya. Setelah cukup bilangan yg sepatutnya, akan muncul pula corak ini, iaitu fruit of life






Fruit of life juga apabila dilukis garis2 lurus pada setiap garisannya, akan membentuk metatron kiub. Juga ada di pelajari dalam kelas geometri peringkat kolej atau university.






Dipanggil fruit, buah kerana ia adalah hasil dr ciptaan fabrik realiti yg mana ia konsisten dgn periodic table of elemen. Huh, lama sudah saya tinggalkan kelas sains tulen.






Dalam metatron kiub, ada 5 bentuk platonik yg unik. Sila rujuk gambar yg disediakan.






Kesemua bentuk2 ini digunapakai dlm matematik di Greece satu masa dahulu sehinggalah sekarang. Dalam masa yg sama, setiap bentuk ini mewakili elemen yg digunapakai dlm kaedah alkimia.

Tetrahedron adalah api
Hexahedron adalah bumi
Octahedron adalah angin
Icosahedron adalah air
Dodecahedron adalah Ether/Gas

Disebabkan bentuk2 ini dianggap suci pada zaman pythagoras, sesiapa saja yg menyebutnya nama bentuk2 ini diluar sekolah sekalipun, akan dibunuh on the spot. Whoaaa, ngeri.

Kesemua unsur yg ada di dalam periodic table of elemen, ada terdapat pada setiap satu atau lebih pada kesemua bentuk platonik ini.

Jadi secara kesimpulannya, mengikut sains metafizik dan geometri,
Semua unsur2 ini, terikat dgn 5 bentuk platonik ini.
Yg berasal dr metatron kiub.
Yg dihasilkan dr fruit of life.
yg datang dr flower of life.
yg dimana ia dicipta dr kekosongan, melalui tiupan dan gerakan yg diinginkan maha Kuasa.

Dalam spirit sains original, pencerita walaupun beragama kristian, mementingkan penggunaan spirit ataupun roh2 level tinggi. Walaubagaimanapun, ini hanya lah persepsi masing2. Apa yg penting bg setiap muslim, adalah berpegang teguh pd agamanya saja.

Apa yg ditulis dlm ruangan ini hanya bersifat perkongsian. Bukan utk diambil dalam kehidupan. Spt kata Master Paranorms, makan cukup, hidup senang, hati bahagia, ingat Tuhan, cukup. Kalau mahu mencari lagi dalam, pastikan fikiran anda tidak narrow minded dan sentiasa berfikiran luas baik dr aspek kerohanian dan pemahaman. Jika berdebat pun, masing2 akan tetap dgn pendirian mereka juga, dan masing2 akan tetap menggunakan dalil2 yg mereka simpan utk mepertahankan diri walaupun bercabang dr sumber yg sama.

Ini hanya perkongsian yg berdasarkan sains metafizik, dan tentulah juga tidak sama data dan faktanya dgn ilmu usuludin, fekah, tasawuf dan hikmah. Jadi tidak guna diperdebatkan, kerana KAMI MALAS MAHU MELAYAN ANDA.

Apa yg anda rasa baik bagi diri anda, teruskan saja.

BTW, pencerita dlm sains original juga mempercayai akan Alien, jadi beliau melihatkan gambar2 crop circle yg ada dihasilkan oleh Alien2 ini di seluruh dunia. Seperti yg saya katakan, banyak org islam zaman sekarang lebih percayakan wujudnya alien drpd jin. Jin itu termasuk dlm hal yg ghaib, sedang org Islam itu harus percaya dan beriman kpd yg ghaib. Benar, Alien itu wujud, ttp bukan tugas mereka utk menjelajah dr satu planet ke planet lain. Saya sendiri juga akan menjerit "Alien! Alien!" bila melihat UFO di langit, cuma utk mempercayai ia mampu menjelajah secara FIZIKAL dr planet ke planet adalah tidak mungkin, namun apa2 pun, hanya Allah saja yg bisa menjadikan sesuatu dgn izinnya, jadi apa saja bisa terjadi. Wallahualam.

Walaubagaimanapun, ini hanya pendapat saya. Bukanlah utk anda jadikan pedoman pula. Rujuklah pada guru mursyid anda sendiri jika ada masalah, dan seperti biasa.

Sebarang komen dan kritikan akan diterima dgn senang hati
Sebarang hinaan atau cacian akan didelete dgn senang hati juga.

Sedikit berita gembira buat para peminat paranormal, episod seterunya kita akan masuk bab Dimensi, meditasi, dan Astral projection, jadi teruskan membaca sepirit sains versi Melayu ini ya. Till next time.
Wassalam.




Last edited by cupi_ketchum on Thu Oct 20, 2011 6:28 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : Awaiting for conformation)

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cupi_ketchum on Fri Oct 21, 2011 1:50 am

Sedikit juga tambahan, Banyak corak2 dan kaligrafi Islam yg berunsurkan corak Flower Of Life.

Pintu Saidina Umar Al Khatab di Madinah.



Malah, banyak arkitek2 dr negara2 arab, iran, turki, mesir dan sebagainya telah pun memperkenalkan dan mempopularkan sistem arkitek yg berunsurkan flower of life berbanding negara2 kristian lainnya.









Binaan Geomitrik bagi Taj Mahal



Dan berikut pula adalah corak2 flower of life yg telah dikenal pasti dan digelar sebagai corak org islam di Museum of Islamic Art Doha. Qatar. Jadi kali ini kalau ada teman2 anda berkata bahawa tulisan2 saya ini karut dan berunsurkan syirik serta bidaah, maka suruhlah mereka terjun dr mana2 jambatan yg terdekat, JUST KIDDING. Bawalah mereka utk membuka minda dgn lebih luas lagi merenung alam ciptaan Allah ini selebar mata memandang.















Manakala ini pula adalah alat kaji bintang yg digunakan oleh sarjana Islam dahulukala



Dan ini adalah entry terakhir


..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cupi_ketchum on Fri Oct 21, 2011 2:22 am

Sebelum kita melangkah lebih jauh ke dalam sepisod seterunya, saya hendak dedahkan lg sedikit tentang satu simbol yg sangat2 dikhuatiri oleh ramai kaum muslimin. Simbol ini juga ada terhasil drpd geometri flower of life. Saksikanlah.





Muslim ikut2an yg hanya mendalami agamanya sekadar dr mulut ke mulut, akan terus menuduh anda sesat dan kafir dgn hanya memegang dan menulis simbol ini. Ttp sedarkah anda, bahawa jika anda katakan bahawa simbol ini hakmilik org kafir, maka anda juga telah menuduh dua org Rasul sama kafir.

Simbol ini digunapakai oleh Yahudi, dan org yg mula2 memakai simbol ini adalah nabi Daud AS, yg kemudian dipakai lagi oleh Nabi Sulaiman AS. Simbol ini juga telah diguna oleh kaum Kan'an, iaitu penduduk asal Tanah Palestin sebelum Yahudi Israel menakluknya sehingga sekarang.

Malangnya simbol ini telah disalah guna dan diubahsuai ceritanya oleh kaum2 FREEMASON. Maka ramailah org islam yg buta sejarah dan mudah ditipu bertuduh2an sesama sendiri tentang simbol ini.

Owh, ini simbol freemason,
Eh! bukanlah, ini simbol nabi Sulaiman AS,
Apa pula?, ini simbol kaum yahudi laknatullah la.

Sedangkan simbol bulan dan bintang yg kita gunakan itu juga bukan bersumberkan simbol Islam. Hari ni kita melihat banyak bendera negara2 Islam, termasuklah bendera malaysia, memiliki lambang bulan sabit dan bintang. pada hari ini, bilamana kita terpandang simbol ini, maka secara automatik, kita akan mentafsirkan bahawa ianya ada kaitan dengan umat islam. tapi tahukah anda bahawa bulan sabit dan bintang bukanlah lambang asal yang terdapat pada panji2 umat Islam? Bulan sabit dan bintang telah diperkenalkan kepada umat islam oleh orang Turki dari asia tengah yang pada sekitar zaman kerajaan Abbasiyah mula memeluk Islam secara beramai2.
Ianya adalah lambang tradisi mereka, iaitu lambang agama asal mereka yang menyembah bulan dan bintang. kebanyakan orang-orang turki telah menjadi tentera upahan kepada para amir dan pasukan turki ini akan mengibarkan lambang tradisi mereka ini dalam setiap pertempuran. apabila orang2 turki ini mula meninggalkan kehidupan nomad mereka dan mula mengukuhkan kuasa politik mereka di dunia Islam, lambang bulan sabit ini dibawa bersama. Kerajaan besar turki yang pertama selepas memeluk Islam adalah kerajaan Seljuk yang menguasai wilayah anatolia dan utara syria. sekali lagi lambang bulan dan bintang menjadi simbol pada panji2 kerajaan seljuk. begitu juga dengan Empayar Uthmaniah yang berketurunan turki. bendera mereka juga bersimbolkan bulan dan bintang. apabila Sultan Uthmaniah mula menjadi khalifah umat islam, maka secara automatik, simbol ini telah mewakili umat Islam seluruh dunia, termasuklah di nusantara.
Dipetik dr Bicaramuslim.com

Sekian wassalam.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cyber00 on Tue Oct 25, 2011 7:40 am

hehehe teruskan tn cupi, sangat2 bermanafaat dan juga sesuai dengan tajuknya dan juga sesi pembelajaran sekarang. What ever apa yang orang nak cakap biarkan aja deh.... yang penting kita tahu dan hajat kita untuk menyampaikan dengan jelas dan mudah2an ianya satu wadah keilmuan yang bagus dan sangat2 bernas.
I follow.... Very Happy

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by ZubaiR Al-Palembani on Wed Oct 26, 2011 4:06 am

Salam,

Nampaknya tn cupi dah mendahului kita nie. Diam2 ubi...berisi. Selayaknya dia jd tn penolong kanan. Dapat juga la kita mengambil manfaat dalam pembelajaran sekarang nie. Kalau ada lg yg nak di sharing tu, teruskanlah. Sy nie tgh merangkak lg. Semoga ALLAH menambah & mempermudahkan ilmu yg lebih bermanfaat lg pada tn sebagaimana tn telah menambah & mempermudahkan pengetahuan kami. Amin....

ZubaiR Al-Palembani
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 34
Age: 36
Location: Penang
Registration date: 2011-09-01

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cupi_ketchum on Thu Oct 27, 2011 4:58 am

Terima kasih buat tuan2 semua yg terus menyokong dan membaca spirit sains saya ini.

Assalamualaikum semua. Kita sambung lg spirit sains melayu ini.

Episod kali ini adalah episod yg ke-7. Penulisan terganggu sebentar kerana ada hal2 yg tidak dapat dielakkan.

Dlm episod yg lepas, kita banyak menyentuh mengenai isu2 Sacred Geometry. Dlm spirit sains original, penulis menyatakan bahawa simbol2 ini banyak diambil oleh Freemason sebagai sumber ilmiah mereka. Benar, namun ini bukanlah bermaksud flower of life dan sacred geometry ini adalah ciptaan dan kajian oleh Freemason. Seperti yg saya tekankan dlm penulisan yg lepas, sarjana2 Islam telah lama menggunakan kaedah Flower of Life ini dalam senibina bangunan mereka.

Dalam episod kali ini, kita akan bukakan tajuk dimensi. Yaaa, ini lah yg ditunggu2 oleh anda semua. Hehehe.

DIMENSI

Seorg ahli sains, Tak Ingat la nama dia. Telah mengkaji sebuah batu karang. Dlm setiap batu karang, ada tumbuhan yg dipanggil polips. Dlm setiap polops, ada berbagai lg cabang polip yg lain. Dgn kata lain, dalam tentakel, ada lg tentakel.

Setiap polip ini, ia adalah individu, namun tentakelnya yg lain mengalami masa dan timeline yg berbeza diantara satu dgn yg lain.

Dr polip ini, mereka telah pun menemui Quantum Mechanic.

Dlm sistem pengiraan Quantum mechanic, mereka telah pun berjaya melihat bagaimana setiap partikel di dalam setiap jisim dan alam bekerja. Setiap partikel ini bersusun dan membentuk satu Flower of Life.

Anda google sendiri mengenai Quantum Mechanic ini ya. Sebab terlalu panjang utk dihuraikan di sini.

Mengenai dimensi, kita akan masuk dulu ke bahagian frekuensi. Spt yg kita ketahui, benda kasar, mempunyai frekuensi gelombang yg lambat dan besar, manakala benda halus, mempunyai frekuensi yg halus dan laju.

Benda kasar ini boleh kita panggil sebagai alam yg kita lihat dgn mata, manusia, berlian, batu dsb.

Benda halus pula, kita boleh panggil sebagai cahaya, embun, bunyi dan hantu dsb.

Seperti mana radio dgn antena nya, begitu juga lah manusia. Apabila kita ingin mendengar KlasikFM, maka kita akan mencari tuning ke frekuensi tersebut. Begitu juga dgn sistem manusia yg ingin masuk ke alam ghaib.

Dlm spirit sains original, dimensi yg diceritakan, agak berlainan dgn dimensi kita, kerana banyak dipengaruhi unsur2 filem. Dlm Islam juga, banyak diperkatakan tentang ALAM yg lain selain bumi.

Antara alam2 yg ada disebut ialah, alam Jabarut, malakut, Lam al Malik, Lam Al Muluk, alam Rahim, alam barzakh, alam jin, alam malaikat, dan lain2.

Alam ini, saling bertindih diantara satu dgn yg lain, wujud pd masa dan waktu yg berbeza, namun tetap selari dgn ketibaan2 entiti yg ditetapkan pada nya.

Disebabkan alam2 ini saling bercanggah, pernah muncul satu pendapat KARUT dan tidak dinafikan, agak BANGANG. Iaitu, alam barzakh dan siksaan dikubur itu tidak wujud. Menurut mereka2 ini, manusia yg mati, tidak akan mendapat balasan yg setimpal kerana masing2 menunggu waktu yg berlainan sesudah mati.

Harus anda fahami, bahawa TIMELINE, ketika kita hidup di dunia tidak sama dgn keadaan di alam barzakh. Allah itu kan maha kuasa, DIA boleh saja menyusun masa dan menentukan masa masing2 yg dicipta dan dimatikan NYa.

Allah itu tidak ada dlm liputan masa. Masa, waktu, jam dan saat hanya wujud utk manusia. Dgn kata lain, dia boleh saja, menyusun kiraan masa bg sesiapa yg baru saja mati ketika itu. Jd tidak timbul siapa yg lambat dan siapa yg cepat dlm menerima siksaan kubur.

Seperti mana di dunia nyata, kiraan masa bg seekor lalat dan anjing tdk sama dgn manusia. Kiraan masa bg malaikat dan jin juga tidak sama. Lalat hidup dan melihat manusia dgn hanya kiraan saat. Dlm dunia seekor lalat, dia melihat manusia bergerak dgn sangat lambat.

Selain itu, banyak lagi dimens2 lain yg wujud. Dimensi fikiran, di mana semua hajat, keinginan dan ingatan manusia berkumpul. Dimensi roh. Dimensi para wali.

Buat masa ini, hanya sedikit saja yg dapat saya tuliskan, kerana tidak banyak data2 penting yg diberi dalam siri spirit sains yg original mengenai episod kali ini. Insyaallah, sepisod yg seterusnya kita akan masuk bab MEDITASI.

Nantikan episod seterusnya ya. Maaf entry kali ini kurang banyak info nya.

Sekian wassalam.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cyber00 on Thu Oct 27, 2011 11:35 am

hehehe tn cupi walaupun kurang banyak infonya tetapi padat n bernas lagi berkesan. Teruskan lagi yeah Very Happy Smile Mantap.

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cupi_ketchum on Fri Oct 28, 2011 5:17 am

Assalamualaikum. Kita sambung episod kali ini ya.

MEDITASI

Pd pendapat org2 biasa, meditasi hanyalah sebagai kaedah utk menenangkan jiwa dan stress. Sebenarnya, itu adalah hal yg sangat kurang berkaitan dlm kepentingan meditasi.

Seorg jurukaji gelombang radio, Robert Monroe, telah pun menulis dlm bukunya tentang sifat2 diri manusia secara bentuk lapisan demi lapisan.

Di lapisan paling dalam, adalah semangat atau roh. Diri sejati kita yg kekal ada ttp tidak disedari oleh majoriti manusia zaman ini.

Di lapisan kedua, adalah nilai2 nafsu dan kemahuan. Di tulis oleh beliau sebagai animal sub-sense. Kerana nilai2 inilah yg banyak digunapakai oleh manusia zaman sekarang. Rakus, tamak, haloba, PHD, dan segala2 niat buruk.

Di lapisan ketiga, adalah nilai kesedaran. Nilai2 mulia dan amalan yg baik. Walaupun masih di tahap yg baik, namun sistem ini masih juga bercelaru dan tidak stabil.

Di lapisan keempat, adalah nilai2 yg terhasil akibat dr pemikiran, kritikan, dan ikutan. Lapisan ini selalunya berkaitan dgn obsesi. Jika ia bergabung dgn lapisan kedua, individu ini akan mudah terikut2 dgn budaya dan gaya hidup moden yg melampau. Mudah terpengaruh dgn gaya fesyen terkini dan sentiasa up to date dgn zaman yg berkaitan dgn nafsu dan kepuasan. Jika bergabung pula dgn lapisan ketiga, selalunya golongan2 ini akan menjadi tabligh2, paderi2, sami2 dan golongan pencinta alam yg sentiasa peka dgn masalah dunia yg semakin meruncing.

Di lapisan kelima pula, adalah kehendak. Berbeza dgn nafsu serakah. Ia adalah kemahuan kita utk dipandang mulia atau menjadi apa yg kita inginkan. Ini adalah emosi dan kehendak.

Dilapisan keenam, atau luar sekali, adalah penilaian org terhadap diri individu. Memori yg wujud mengenai diri anda di fikiran org lain. Konfius? Hehehe teruskan saja membaca dahulu ya.

Di dalam semua lapisan td, diri sejati kita berada paling dalam sekali. Bagaimana utk mengeluarkannya? Dan apa kaedahnya? Dlm senario biasa, kesedaran kita ini akan terganggu oleh setiap lapisan di luar td, menyebabkan gelombang minda dan rohani kita tidak mampu utk melepaskan dirinya.

Disinilah istilah meditasi muncul. Sedikit pembetulan ya. MEDITASI adalah sama juga dgn TAFAKUR. Dgn bermidatis, kita juga sebenarnya bertafakur. Hanya kaedah dan cara saja yg berbeza walaupun ia adalah benda yg sama.

Melalui meditasi/tafakur. Kita sedang membuka laluan utk roh, semangat dan diri sejati kita muncul keluar. Kosong di dalam diri, dan bersatu dgn kesedaran kosmik. Bagi yg beragama, meditasi/tafakur td akan membuka ruang bg kita utk mengenal dan mendekati pencipta yg Maha Esa.

Adapun yg perlu kita fahami dlm meditasi/tafakur. Ia bukanlah membuang kesusahan dan stress. Ttp sebenarnya membuka kesedaran kita utk melihat masalah dan tress kita pada kesedaran yg lebih tinggi. Dgn meditasi, masalah anda tidak akan hilang begitu saja. Tetapi sebenarnya ia akan menjadikan anda berasa bahawa semua masalah itu sebenarnya adalah sangat2 kecil dan tidak mendatangkan kesusahan kpd anda.

Dr kosong, menjadi satu dgn segalanya. Saya kongsikan link dr Master Umar mengenai kesedaran ini ya.
http://qalam-ilahi.blogspot.com/2011/09/liku-liku-perjalanan-rohani.html

Mudah2an anda bisa faham maksud yg saya ingin sampaikan.

Apabila minda dan fikiran kita telah kosong, maka mudah bg kesedaran kita menerobos keluar.

Ok, di sini saya akan cuba berkongsi cara dan kaedah meditasi ringkas bg mereka yg tidak mengamalkan apa2 ilmu energy.

Kaedah ini juga adalah sama dgn sistem TAFAKUR,

SAYA ULANGI LG SEKALI, BAHAWA KAEDAH YG KITA KONGSIKAN DI FORUM INI ADALAH SAMA SAJA DGN TAFAKUR. ANDA TIDAK PERLU MENYERU NAMA MANA2 DEWA ATAU DEWI. TAFAKUR=MEDITASI, MEDITASI=TAFAKUR.

ANDA DUDUK DI LANTAI, MEJA, KERUSI, BATU, SEJADAH, ATAU TIKAR, KEMUDIAN PEJAM MATA SAMBIL BERZIKIR, DIPANGGIL SEBAGAI TAFAKUR, JUGA DIPANGGIL SEBAGAI MEDITASI. TIDAK PERLU MERUJUK MANA2 KAMUS HANYA SEMATA2 SAYA SEBUT PERKATAAN MEDITASI.

Mula2
1- Pakai pakaian yg selesa dan sejuk. Tak nak pakai baju pun boleh, sukahati. Semuanya adalah atas tanggung jawab individu sendiri.

2- Kemudian, duduk bersila samada di lantai atau kerusi. Lalu fokus pada setiap anggota tubuh selama 10 saat atau lebih utk merasakan bahawa setiap anggota telah dikendur dan rileks.

3-Setelah semua anggota tubuh rileks dan tenang, mula mengira dr satu hingga seratus secara batin di minda. Bg yg muslim, teruskan dgn zikir yg mudah dan konsisten dahulu. Jgn bertukar2 zikir di pertengahan meditasi. Tenang saja, dan jangan tergesa2 dan memikirkan lg sebarang masalah anda.

4- jika muncul sebarang bayangan atau fikiran2 yg asing, biarkan saja. Jgn dilayan dahulu. Meditasi ini adalah meditasi minda, jd fokusnya adalah utk mengosongkan fikiran.

5-Setelah anda rasa semua menjadi sepi, maka teruskan saja dgn zikir atau kosongkan saja terus fikiran. Jgn menyangka atau menunggu apa2 sensasi, kerana ia akan mengganggu fokus dan pasrah. Sebaliknya biarkan saja apa2 yg datang tanpa memikirkan apa2.

6- Anda boleh saja setkan masa, atau biar saja fikiran masuk ke alam alpha secara alami. badan kita akan berhenti sendiri jika ia rasa masa telah mencukupi.

Sekian kaedah2 ringkas meditasi dan tafakur. Minimum hanya 10 minit saja diperlukan sehari. Secara umumnya, meditasi bg muslim yg sebenarnya adalah melalui solat. Apabila jiwa telah kosong dan tenang kpd permasalahan duniawi ketika solat, itulah meditasi ultimate.

Di barat, Robert Monroe telahpun membuka sebuah institut atau sebuah makmal utk mengkaji frekuensi gelombang otak. Mereka telah pun mengeluarkan produk yg dipanggil Binaural Beats. Iaitu bunyi dr Headphone utk menggalakkan fikiran kita supaya senang utk masuk ke dalam Alpha State. Produk ini dinamakan HEMISYNC.

Satu lg produk yg dicipta oleh kompeni lain, adalah I-Doser. Gelombang mereka pula, adalah berkaitan dgn effek emosi. Dgn kata lain, produk mereka ini boleh juga dipanggil sebagai Dadah Digital. Digunakan utk merangsang emosi dan minda seolah2 kita sedang melakukan perkara2 yg MENYERONOKKAN.

Ada yg bertanya. Adakah ia berkesan? Semestinya, ttp hanya utk org2 yg telah biasa dgn kaedah mengosongkan minda, meditasi dan tafakur. Org2 yg tiada asas dlm skill meditasi, maka gelombang bunyi ini tidak memberi apa2 makna buat mereka.

Sekian buat masa ini. Maaf, masih kurang juga informasi. Kisah seterusnya adalah mengenai ASTRAL PROJECTION, OOBE ataupun MERAGASUKMA.

Sekian wassalam.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cyber00 on Fri Oct 28, 2011 7:33 am

hehehe kali ini rasanya begitu kuat energinya..... sampai bergetar2 saya merasakannya... Alhamdulillah dan syukur pada Allah S.W.T. Terima kasih tn cupi diatas info dan masukan yang padat dan berenergi. Smile Very Happy

Teruskan yer saya tetap setia menunggu postnya Very Happy

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cupi_ketchum on Thu Dec 15, 2011 1:41 am

Anda bukanlah makhluk yg bebas, tetapi sebenarnya adalah roh yg sedang terperangkap di tubuh kasar.

Assalamualaikum semua, sedikit keypoint utk dihayati bersama.

Episod kali ini adalah berkaitan dgn Out Of Body Experience. Astral projection ataupun meragasukma. Ya sila senyum dgn luas dan lebar. Saya akui, inilah tajuk yg paling disukai oleh ramai org.

Namun, seperti biasa, saya hanya akan menyampaikan cerita ini hanya berdasarkan spirit sains original dan sedikit tambahan dr pengetahuan2 saya yg tidak seberapa. Oleh itu, awal lagi ingin saya katakan, bahawa dukacitanya, isi2 cerita ini tidak lah lengkap sepenuhnya.

Dlm banyak2 skill metafizik, inilah skill yg paling hebat dan kool sekali utk dimiliki dan dilakukan oleh mana2 pengamal ilmu ghaib.

Bayangkan senario ini, anda sedang berbaring, duduk, atau tertonggeng di katil anda, dgn mata terpejam, rileks dan sedar spenuhnya. Selama beberapa minit, anda tiba2 merasakan bahawa tubuh menjadi ringan/berat dan tiba2 terasa getaran halus dan kebas di seluruh tubuh. Lalu anda merasa bahawa anda tiba2 terapung2 di atas katil anda. Apabila anda membuka mata dan melihat ke belakang atau bawah, anda nampak diri anda yg sedang tertonggeng td berehat dan mungkin saja tidur dgn aman.

Anda merasakan suatu perasaan yg ringan dan senang hati kerana merasa bahawa telah terkeluar dr tubuh kasar yg memerangkap kesedaran anda. Apabila melihat di sekeliling anda merasa bahawa setiap benda, seolah2 mengeluarkan radiasi dan beraura yg gemilang.

Lalu anda terbang ke luar melalui dinding atau ada juga yg melalui pintu seperti biasa. Terbang tinggi di angkasa, dgn kesedaran penuh. Lalu anda tiba2 teringat akan kawan anda di satu kawasan.

Lalu anda tiba2 saja berada di rumahnya dan melihat apa yg dilakukannya, dan apa yg dipakainya. Lalu hati anda tiba2 terdetik perasaan utk pulang semula. Anda fikirkan tubuh asal dan tiba2 saja anda masuk perlahan2 ke badan atau terkejut dari pembaringan.

Dengan segera, anda menelefon kawan anda dan menceritakan segala apa yg dia kerjakan dan baju apa yg dipakainya ketika itu. Dia lalu terkejut dan lantas menjerit OMG!!!!! Dan mungkin akan membuat laporan polis serta cuba menyaman anda kerana menyangka anda memasang kamera tersembunyi di rumahnya.

lol!

Heheheh kita buat lawak sedikit ya. Kasi kurang tension.

Ladies and gentlemen, welcome to what we call,
OUT OF BODY EXPERIENCE / ASTRAL PROJECTION / PERWASKITAAN / CLAIRVOYANCE / RAGASUKMA / PERJALANAN LUAR FIZIK


Perkara2 yg disebutkan di atas, telah menjadi fenomena hits yg sering disebut2 di zaman dahulu hingga sekarang. Baik di barat apatah lagi di nusantara. Ia adalah proses di mana tubuh halus kita, keluar dr tubuh kasar dan bergerak dgn sendirinya dgn kawalan kita sendiri.

Walaupun tubuh kasar kita tidak bergerak dan dorman, namun kesedaran kita membawa kita melihat dunia dr sudut yg berlainan dan lebih luas secara halus. Di mana kita ingat dan merasa kejadian tersebut dgn sempurna atau separa sedar.

Dalam sesetengah kes, kejadian ini boleh juga berlaku di dalam mimpi, di mana mimpi tersebut dapat dikawal sepenuhnya. Ini dipanggil sebagai LUCID DREAM. Juga sebahagian dr OOBE.

Teknik ini sudah pun di guna pakai sejak zaman dahulu lagi. Baik oleh ketua2 agama di zaman silam, mahupun para wali dan ulama yg tersohor.

OPPSSSS BERSAMbung DAHULU. Akan disambung kemudian. Maaf ya.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cyber00 on Mon Dec 26, 2011 10:49 am

Alhamdulillah tn cupi.... mantap..... makin best.....

Maybe video nie di kongsi oleh tn Abby Farid juga boleh di hubung-kaitkan dengan kehidupan kita bilamana kita senantiasa memuji Allah dan mengikut saranan sebagai hambaNya dan juga berzikir memujiNya....

Walaupun ianya teknologi seperti kata2 yang saya petik
"SAINS KOMPUTER : MASA DEPAN KOMPUTER GENERASI KE-5 ~ KECERDIKAN BUATAN / ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) dan HUBUNGAN MANUSIA-KOMPUTER / HUMAN-COMPUTER INTERACTION (HCI)"
Tapi sebenarnya jika fikiran kita di langkaukan dengan menggunakan mata ketiga, minda dan juga deria2 kita yang telah di anugerahkan oleh Allah kita jika kita bersyukur padaNya kita akan nampak apa yg seperti tn coretkan dalam spritual sains semuanya berkaitan dan terkait....... Masyallah.... Walaupun video tu di reka oleh microsoft tetapi lintasan apa yang saya nampak ianya semua datang dan diberikan idea dari Allah kepada pembuat video nie dan dari situlah wujudnya kekaguman kita sebagai hamba kepada Allah yang Satu...... Massyallah.... Subhanallah wajib kita puji hanya padaNya sahaja.... Amin Ya Rabbal Alamin...



Segala saranan dan juga kritikan saya terima dengan seadanya..... Amin cheers

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cupi_ketchum on Mon Dec 26, 2011 2:01 pm

Betul tu tuan. Dimensi fikiran bersambung dengan dimensi alam eterik. Angan2 juga termasuk sebagai salah satu alam eterik yg berhubung terus ke dalam gelombang fikiran manusia.

Insyaallah, sedang menunggu ilham utk menyambung thread Spirit sains ini.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cyber00 on Tue Dec 27, 2011 11:04 am

Alhamdulillah tn cupi.... akan ku tunggu... Smile

cyber00
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1778
Age: 40
Location: Selangor - Sepang
Registration date: 2011-04-19

http://cyber00-blogku.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by red1banez on Wed Feb 01, 2012 11:18 pm

mantap tn cupi. bagusla untuk kami2 yang englishnya pongkang ni Laughing
lgpun domain mcm expired sudah tu

red1banez
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 9
Age: 31
Location: Putrajaya
Registration date: 2012-01-06

http://grabthebest.info

Back to top Go down

Re: Spirit Sains -Renovasi ke bahasa Melayu

Post by cupi_ketchum on Sat Apr 14, 2012 4:02 am

Bismillah.

Setelah lama bercuti, kali ini ada gerakan hati utk menyambung semula spirit sains ini.
Kita sambung semula thread meragasukma / OOBE / perjalanan luar fizik ini.

Secara purata sains, satu dari sepuluh org akan mengalami lucid dream. Tetapi terlupa akannya setelah bangun tidur. Kerana tubuh dan minda kita tidak dilatih untuk mengingatinya.

Perjalanan luar fizik spontan boleh berlaku bila2 masa saja, selalunya bila tidur, sakit, dibius, kemalangan, dan meditasi.

Perjalanan luar fizik yg dikawal pula, adalah perjalanan yg di niat kan oleh diri sendiri. With our own will.

Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, ingin saya ulang semula berkenaan dimensi di tulisan yg ketujuh. Ketika kita ber OOBe, kita akan masuk ke dalam dimensi yg ke-4. Di mana di dimensi ke-4 ini, seluruh hajat dan keinginan sangat2 mudah terjadi hanya dgn minda (Secara eterik).

Dimenis ke-4 ini bergetar dgn frekuensi yg lebih tinggi dr dimensi ke-3 iaitu alam kita. Di mana semua benda, tiada limitasi dan tidak terhalang oleh lojik. Secara umumnya, seluruh tubuh kita, lapis demi lapis, sentiasa terhubung dgn seluruh alam. Cuma kesedaran saja yg belum dicapai oleh diri kita.

DI dalam dimensi ke-4 pula, ia bukanlah bermaksud hanya ada wujud satu ruang saja. Malah di alam ini juga ada level2 nya lagi. Buat masa ini, kita bahagikan saja dulu kepada 3 bahagian. Rendah, sederhana dan tinggi.

Pada getaran frekuensi rendah, dimensinya lebih sinonim dengan kegelapan, kuno dan lebih "jahat". Di frekuensi ini, banyak makhluk2 yg jahat, ganas dan kejam berleluasa. Dan menurut kepercayaan masing2 pula, "roh"2 yg tersiksa dan tidak dapat memenuhi kehendaknya, akan bermanifestasi di alam ini.
Walaubagaimanapun, inilah frekuensi yg selalu di masuki oleh kebanyakkan manusia ketika bermimpi atau meracau ketika demam.

Di frekeunsi sederhana pula, di sini terletaknya segala keindahan alam. Pelangi2, pari2, dan segala2 yg baik. Di frekuensi ini juga, kenangan2 dan memori masa lalu dan hadapan berkumpul.

Di frekuensi tinggi pula, di sinilah terletaknya shambala. bayangan2 syurga bagi sesetengah penganut agama, dan wallahualam, tempat di mana malaikat berkumpul.

***
Sedikit penambahan dari saya. Walaupun di sini cuma tertulis 3 bahagian, namun sebenarnya pada setiap frekuensi, ada lagi frekuensi2 persendirian bagi setiap manusia. Yang bermaksud, walaupun dua org yg duduk di dalam bilik yg sama, melakukan OOBE serentak, tidak semestinya mereka akan berjumpa serentak di alam ghaib. Ini juga tetakluk kpd ketinggian frekuensi masing2. Jika si A, memiliki dan mampu mengakses energy yg lebih tinggi, maka si B, tidak akan nampak kelibat si A, kecuali jika dia meninggikan akses frekuensi nya kpd si A.

Senario biasa, bagi mereka2 yg ingin berjumpa serentak di alam ghaib, haruslah menyelaraskan frekuensi masing2 supaya sama dan tidak terpisah.

Harap maklum, perkongsian ini hanyalah berdasarkan ilmu OOBE yg menggunakan kaedah energy sahaja. Perjalanan OOBE bagi org2 yg makrifatnya tinggi atau org yg menggunakan jin adalah berbeza sama sekali.

****

Tambahan lagi. Adapun alam2 ghaib berdimensi tinggi ini bukanlah semestinya hanya di atas awan semata2. Kepercayaan MAJORITI tentang pengembaraan OOBE, bahawa alam ghaib ini sama besarnya dgn alam bumi.

Alam ghaib tidak tertakluk pada besarnya bumi, sebenarnya apabila kita OOBE, perjalanan kita tidak sampai pun drpd separuh isi bumi, bahkan mungkin hanya sekadar di hadapan mata kita saja tubuh halus kita bergerak.

Teorinya begini, Seorg manusia, bernisbah 10 ekor jin. Dan seekor jin, bernisbah 10 malaikat. Lalu, dapat kita fahami dgn akal lojik, bahawa dunia ini sebenarnya sangat sesak dgn makhluk. Jika malaikat dan jin2 ini dizahirkan tubuh fizik mereka, maka akan mati tersepitlah kita. Namun Allah itu maha bijaksana, Dia mampu meng - compress - kan makhluk2 lain supaya kita tidak tersepit.

Lalu, apabila kita masuk ke alam ghaib, di dalam alam jin contohnya, kita andaikan bahawa di sebuah pokok ara, yg besarnya hanya 5 pemeluk, tetapi penghuninya sudah pun mencapai taraf pusat bandar KL. Lalu, dengan skill anda terbang dan bergerak sepantas kilat, anda rasa anda sudah terbang jauh dan window shoping di alam mereka. Namun hakikatnya, anda cuma bergerak di kawasan pokok itu sahaja. Nampak bukan?

Perjalanan OOBE, walaupun anda rasa sudah mampu mengelilingi dunia, namun sebenarnya, kekuatan dan pengetahuan kita masih di situ2 juga. Allahuakhbar!

********
Balik kpd topik asal.

Di dimensi ke-4. Pada frekuensi tertinggi, malaikat boleh dilihat, namun bukan pada rupa asal mereka. Wallahualam Bishawab. Saya tidak akan masuk bab ini, kerana boleh menggangu akidah mereka2 yg menjadi ustaz Google dan haji dan lebai buku Rm50 ringgit.

Semakin tinggi frekuensi yg dicapai, semakin sedikit isi yg dapat diceritakan. Ini kerana, apabila anda sudah fana, semua adalah rahsia Allah semata2 utk diri anda. Namun bukanlah anda seorg Nabi dan rasul, kerana mereka telah pun melihat lebih banyak rahsia Allah drpd mana2 makhluk. So please, even if you going into the realm without boundaries, please use your COMMON SENSE.

Tiada nabi dan rasul sesudah Nabi Muhammad SAW. Dan tiada manusia yg akan bertukar menjadi malaikat. Please be advice. Zaman sekarang, ilmu2 yg suci pun boleh digunapakai oleh org yg berhati kotor. Itulah wujud fenomena org2 yg boleh OOBE, mendakwa diri mereka rasul. Puiks. Biawak pun lagi terer berfikir dari diorg.

Enough of that. Kita sambung pada sudut2 positif kelebihan OOBE ini.

1- Memberikan kita peluang utk meneroka alam di luar imiginasi kita. Menjadikan kita berfikir, bahawa alam ciptaan Allah inii sangat luas, dan Allah itu maha bijaksana.

2- Melihat diri kita di masa lalu. Memperbaiki trauma, dan memahami kesilapan2 yg telah kita lakukan. Bagi sesetenagh penganut agama lain, ini membolehkan mereka melihat reinkarnasi diri mereka di masa lalu.

****
Reinkarnasi. Sebagai muslim, saya akan huraikan mengenai reinkarnasi ini secara ilmiah dan ringkas saja. Reinkarnasi, boleh kita perhatikan sebagai rakaman2 memori, yg dimiliki oleh leluhur diri kita. Dalam sesetengah kes, ada yg ter inkarnasi dari pada binatang. Ini boleh saja kita maksudkan bahawa koleksi memori yg terhasil drpd individu di masa lalu. Mungkin saja leluhurnya adalah seorg yg suka sabung ayam, maka konon dirinya adalah seekor ayam pada hayat yg lalu.
Hal ini sebenarnya tidaklah menjadi isu yg panas dan berapi bagi seorg yg open minded. Mereka dgn kepercayaan mereka, dan anda dgn kepercayaan anda.

Qul ya aiyuhal kafiruun. (Sila habiskan bacaan ini, bagi yg muslim)

Maka janganlah anda menjadi kafir hanya kerana hal2 yg remeh.

******

3- Mengenalpasti apakah tujuan hidup anda. Bagi yg muslim, ini akan lebih memudahkan hala tuju diri anda. Insyaallah, wallahualam. Begitu juga dgn sebaliknya. Membuatkan anda faham, nilai2 kasih sayang melalui penampakkan yg muncul di sekeliling tubuh anda.

4- TERBANG~~~~~~!!!!! Heheheh sebab yg terbaik bagi majoriti org. (Termsuklah saya) Pengalaman peribadi saya, walaupun bukan melalui OOBE, hanya Lucid dreaming, terbang memang sangat seronok, tetapi begitu juga dgn perasaan gayatnya. Setiap kali terbang di jurang yg dalam, saya akan terkial2 seperti org lemas, akibat takut. Seriously, walaupun mimpi, saya tetap ngeri.
(Yg bermaksud, saya masih belum mampu mengawal diri dan mimpi saya 100%). Insyaallah, dgn latihan, saya juga berharap utk memperbaiki skill ini, begitu juga saya doakan kpd mana2 ahli dan pembaca yg baru2 berlatih lucid dreaming.

5- Bertemu dgn pendamping diri. Anda boleh bertemu secara face to face dgn senjata2 ghaib, dan pendamping anda. Part yg juga di sukai oleh mana2 pengamal ilmu paranormal.

Lain2 benefit juga adalah seperti berikut.
Kesedaran semakin baik.
Perangai semakin elok (Wallahualam, bergantung kpd alam mana yg diakses)
Peningkatan daya psikik.
ketenangan (Tanpa tenang, anda tidak akan berjaya OOBE)
Berjumpa guru sejati
mencari barang dan org yg hilang (Ikut tahap ikhlas masing2)
Berjumpa dgn semangat org yg meninggal (Muslim sangat2 tidak digalakkan)
Mencari memori yg hilang
Bla bla bla bla

Dan yg paling penting,
kesedaran mengenai mati sebelum mati.

Kajian2 secara metafizik barat, menulis bahawa badan akan mati, tetapi roh tidak,dan akan terus kekal hidup di dunia. Namun utk mengatakan bahawa roh tetap terus di dunia, ini saya sendiri tidaklah menyokong nya.

Apabila kita mati, badan kita, yg terdiri drpd karbon, dan silikon, akan terurai di udara bersama2 dgn tanah. Seperti penulisan saya yg lalu, karbon dan silikon, adalah komponen utama di dalam sistem komputer kita utk menyimpan memori. Roh akan diambil dr tubuh, dan disimpan di alam lain, dan hanya kembali ke dunia atas izin Allah dgn sebab2 tertentu. Wallahualam.

Manakala apa yg tertinggal, terutamanya di tempat2 kemalangan, atau tempat org bunuh diri, sebanarnya hanyalah semangat dan memory2 wujud diri kita semasa hayat kita dahulu. Dan memory ini majoritinya, akan dimanipulasi oleh Jin2 dan syaitan utk mengganggu anak2 adam yg lemah iman dan semangat. Boleh rujuk serba sedikit di sini utk info tambahan mengenai wujud memory tubuh.

http://www.paranorms.org/t394-hakikat-dan-teori-hantu-bangkit-dari-kubur?highlight=hantu

P/S= Harap maaf, tulisan pada link di atas ditulis ketika saya masih lagi setahun jagung, (Sekarang pun masih juga belum jadi2 jagungnya Laughing ), jadi mungkin gaya tulisan di sana kurang memuaskan. Mohon maaf atas sebarang kesulitan.

Berkenaan roh, saya tidak akan kupas panjang. Sebab saya percaya rata2 pembaca di blog ini sudah tahu mengenai nya, dan pasti sudah ada banyak buku2 mengenai larangan utk bercerita tentang kisah2 roh kerana hanya Allah saja yg tahu mengenai nya.


Takut kepada kematian, adalah ketakutan tanpa berasas. Kita disuruh mengingati mati, dan bersedia utk menghadapinya. Bukan utk lari dan menjauhkan diri darinya. Semua manusia secara umumnya tentulah khuatir akan kematian, kalau saya disuruh terjun dari jambatan pun tentulah akan berfikir sejuta kali. Namun takut yg keterlaluan kpd mati, sehingga menolak utk mati, adalah satu kekarutan.

When the time comes, we all will go.
Salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli2 kubur, dan apabila sampai masanya, kami juga akan bersama dengan kamu. Insyaallah dan pasti.


Dalam OOBE, perkara yg anda dapati, semua bayangan dan hajat akan terjadi dgn seklip mata saja, dan konsep syurga dan neraka (Bagi sesetenagh penganut agama lain), berasal dari kaedah ini.

Apabila mereka mati, roh2 mereka akan berpindah sementara ke alam dimensi ke-4 ini. Bagi roh2 yg baik dan suci, fikiran mereka akan mengzahirkan alam yg baik, Berehat dahulu selama mana yg mereka inginkan, dan apabila berkehendak, mereka akan kembali ke alam dimensi ke-3 utk dilahirkan semula.

Manakala roh2 yg jahat, akan menghasilkan alam yg jahat seumpama neraka. Dan kebanyakkan mereka terus kekal terperangkap tanpa dilahirkan semula.

***************
Ini hanya menurut cerita dari pencerita asal Spirit Science. Dan hanya bertujuan utk perkongsian ilmiah. Kalau rasa tidak berminat, SILALAH JANGAN BACA.

Jangan salahkan org lain, jika anda merasa akidah anda tergugat akibat penulisan saya menterjemahkan isi laman spirit science ini, sebaliknya salahkan diri anda sendiri kerana tidak mampu utk menjaga akidah hanya disebabkan bahan bacaan yg tidak seberapa ini.

YOU HAVE BEEN WARNED AND NOTIFIED.

Balik kpd isi asal.
Sepertimana wujudnya di alam fizikal, Law of Attraction juga memainkan perana penting. Fikir baik, dapat baik. Fikir buruk, dapat buruk. Cuma di alam fizikal, kejadian ini terjadi sangat lambat. Kita terbatas oleh tubuh fizikal dan alam sekeliling.

Satu lagi benda ketara yg selalu wujud apabila OOBE, secara harfiahnya adalah tali penyambung di antara tubuh halus dan kasar. Walaupun tidak semua OOBe akan muncul penampakkan ini, majoriti pengamal OOBE barat seringkali melihat tali ini.

Tali ini menyambung ke tubuh fizik, dan tidak akan putus bahkan akan terus memanjang tanpa batas dan hanya putus apabila kita mati. Bagi peminat2 cerita anime Bleach, pasti faham isitlah dan konsep tali ini.

Namun pada pendapat saya, tali ini ada, namun bukanlah satu kemestian atau kewajipan utk melihatnya. OOBE dan Meragasukma peringkat tinggi tidak perlukan penampakkan sebarang ikatan. Cukup dgn hanya niat, walaupun tali ini tetap ada ketika mereka keluar tubuh. Wallahualam Bishawab.


Mimpi. Apakah mimpi? Tubuh kasar perlukan rehat, tetapi tubuh halus tidak berehat. Kerana ia sentiasa dorman. Mimpi adalah OOBE tingkat rendah. Yg sering dilakukan oleh semua manusia. Cuma banyak yg kita lihat dan alami semuanya samar2 dan kabur.

Dan mimpi juga, kadang2 adalah petunjuk tentang diri kita sendiri, kesan dan akibat, dan klu serta hints yg wujud dari dalam minda bawah sedar.

Lucid dreaming, sudah pun dikaji oleh para saintis barat, walaupun penjelasan mereka tetap berunsurkan sains dan bukan dgn istilah metafizik.

Banyak yg tertanya2, kalau mudah, kenapa SAYA masih tidak boleh OOBE?

Jawapan nya mudah saja sebenarnya. I believe I can fly~~~~!!!!!!!

Org2 yg berorientasikan otak kiri, sangat susah utk melakukannya, kerana mereka TIDAK mempercayainya. Dan bagi org2 yg berotak kanan pula, penghalangnya adalah fikiran negatif dan takut.

PERCAYA. Itulah kunci asas bagi terjadinya segala sesuatu.
POSITIF. Kunci kedua utk meneruskan nya jika tidak dapat kali pertama.
BERANI. Final key, utk terlaksananya segala ilmu dan amalan.

Pertama2, anda harus percaya kepada Lucid Dreaming. Apa yg anda alami ketika bermimpi itu, adalah benar dan nyata, di alam mimpi. Bukan sekadar mainan2 tidur.

Kedua, apabila anda percaya kepada Lucid dreaming, maka anda akan percaya kepada OOBE.

Ketiga, Dengan beberapa kali Lucid Dreaming, anda akan mudah membuat OOBE pada kali pertama.

Insyaallah. Yakin boleh. Namun jika anda awal2 lagi sudah menolak penulisan saya ini, maka anda sendiri sudah terang2 nyata menolak keyakin utk melakukan OOBE atau meragasukma. Wallahualam Bishawab.

Lalu, apa beza Lucid Dreaming dengan OOBE?

Lucid dreaming adalah -
Tersedar ketika bermimpi bahawa kita sedang bermimpi.

Out Of Body Experience adalah -
Perpindahan kesedaran ketika sedar kepada keadaan keluar tubuh.


Sedikit tips bagi mereka2 yg ingin mencuba OOBE.
1- Buat dahulu pagar perlindungan pada diri atau bilik. Dengan menggunakan ayat2 suci mengikut agama masing2. Ikut kreativiti masing2.
2- Pada peringkat permulaan ini, tetapkan skop hanya utk bilik sahaja. Dan yakinkan pada diri, bahawa di ruangan ini, hanya anda yg berkuasa, dan anda terlindung dan terpelihara dari semua pengaruh energy luar.
3- Rilekskan tubuh, dan jangan fikir tentang apa2 hubungan dgn dunia luar. Tetap tenang, dan terus santai.
4- Gunakanlah cara OOBE yg diajar kpd anda dr mana2 laman web OOBE atau guru2 anda.
Tips2 di atas adalah langkah permulaan bagi mereka yg di tahap takut dan terkejut masih lagi tinggi. (Macam saya juga).Hehehehe

P/S- Bagi pengamal SI dan SH, cukup hanya sekadar al-Fatihah, selawat, taawuz, bismillah dan Syahadat. Insyaallah, wallahualam.

DAN PASTIKAN, FIKIRAN SENTIASA POSITIF. JANGAN FIKIRKAN TENTANG HANTU DAN JIN KETIKA HENDAK MELAKUKAN OOBE. Sedikit saja fikiran anda melayang kpd mereka, maka akan masuk seribu satu macam jenis jin yg menanti anda utk menyesatkan.

Pengamal2 OOBE barat, jarang terjumpa dgn hantu, kerana mereka tiada data2 mengenai hantu yg banyak seperti org2 di Nusantara. Sebab itulah sangat jarang ada kes mereka yg disembunyikan roh dan disakiti ketika OOBE, walaupun ada kes tersebut terjadi.

Apa2pun, bagi yg muslim, sentiasalah ingat Allah ketika OOBE. Jangan mudah terpedaya dgn kecantikan dan lalai dgn godaan2 di alam tersebut.

Harus diingat di sini, Ada org yg menyamakan OOBE dengan ragasukma. OOBE adalah keluarnya kesedaran, dan bukannya roh atau semangat jatidiri kita. Walaubagaimanapun, penetapan maksud ayat tersebut bergantung kpd budi bicara pengajar anda.

Kalau mengikut Master Umar tentang OOBE yg diajar kpd saya, seperti apa yg tertulis pada buku Manual SI, OOBE bukanlah satu perkara yg boleh membahayakan diri. Kerana ia hanya kesedaran, dan bukan semangat atau roh.


Dan dengan kemajuan sains zaman sekarang pun, OOBE bukanlah perkara yg asing lagi di Barat. Hanya org2 kita sahaja yg masih taboo dgn istilah2 ini.


Di akhir tulisan, hanya dengan kata2 sahaja, tidak dapat saya gambarkan OOBE kpd anda. Rasai sendiri, dan barulah anda akan faham. Dan sebagai permulaan, anda boleh mula menulis mimpi2 anda di dalam satu buku, utk melatih lucid dreaming.

Seperti biasa, komen2 dan kritikan yg membina adalah sangat2 diharapkan. Dan begitu juga dengan tambahan2 info yg masih kurang buat tatapan semua.

Sekian wassalam.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum