Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Page 2 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by cupi_ketchum on Thu Nov 10, 2011 1:48 pm

First topic message reminder :

Assalamualaikum. Pertama2, tulisan ini bukanlah dibuat oleh saya, tetapi telah pun di copy dari berbagai laman web. Jadi, saya hanya copy dan paste kan saja sebagai renungan kita semua bersama.

Credit goes to original poster. -Kain Putih


Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”

Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”

Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.

Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”

Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”

“Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”

Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”

Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”

Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”

Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

Si pemuda semakin tertunduk.

“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”

“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”

Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”

“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”

Tanya si pemuda hairan.

“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”

“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..

“Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down


Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by joanputeri69 on Sat Nov 12, 2011 11:49 pm

alhamdulilah..terima kasih tn master,

sekadar perkongsian ..

kata - kata dari shiekh mohamad nadzir ,
NUR-NUR ILAHI ADALAH KENDERAAN HATI DAN RAHSIA HATI. NUR ITU IALAH TENTERA HATI, SEBAGAIMANA KEGELAPAN ADALAH TENTERA NAFSU. JIKA ALLAH S.W.T MAHU MENOLONG HAMBA-NYA MAKA DIBANTU DENGAN TENTERA ANWAR (NUR-NUR) DAN DIHENTIKAN BEKALAN KEGELAPAN. NUR ITU BAGINYA MENERANGI (MEMBUKA TUTUPAN), MATA HATI ITU BAGINYA MENGHAKIMKAN DAN HATI ITU BAGINYA MENGHADAP ATAU MEMBELAKANG.
---------------------------------------------------------------------------
Allah s.w.t hanya boleh dikenal jika Dia sendiri mahu Dia dikenali. Jika Dia mahu memperkenalkan Diri-Nya kepada hamba-Nya maka hati hamba itu akan dipersiapkan dengan mengurniakannya warid. Hati hamba diterangi dengan Nur-Nya. Tidak mungkin mencapai Allah s.w.t tanpa dorongan yang kuat dari Nur-Nya. Nur-Nya adalah kenderaan bagi hati untuk sampai ke Hadrat-Nya. Hati adalah umpama badan dan roh adalah nyawanya. Roh pula berkait dengan Allah s.w.t dan perkaitan itu dinamakan as-Sir (Rahsia). Roh menjadi nyawa kepada hati dan Sir menjadi nyawa kepada roh. Boleh juga dikatakan bahawa hakikat kepada hati adalah roh dan hakikat kepada roh adalah Sir. Sir atau Rahsia yang sampai kepada Allah s.w.t dan Sir yang masuk ke Hadrat-Nya. Sir yang mengenal Allah s.w.t. Sir adalah hakikat kepada sekalian yang maujud.
Nur Ilahi menerangi hati, roh dan Sir. Nur Ilahi membuka bidang hakikat-hakikat. Amal dan ilmu tidak mampu menyingkap rahsia hakikat-hakikat. Nur Ilahi yang berperanan menyingkap tabir hakikat. Orang yang mengambil hakikat dari buku-buku atau dari ucapan orang lain, bukanlah hakikat sebenar yang ditemuinya, tetapi hanyalah sangkaan dan khayalan semata-mata. Jika mahu mencapai hakikat perlulah mengamalkan wirid sebagai pembersih hati. Kemudian bersabar menanti sambil terus juga berwirid. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki warid akan didatangkan-Nya kepada hati yang asyik dengan wirid itu. Itulah kejayaan yang besar boleh dicapai oleh seseorang hamba semasa hidupnya di dunia ini.

joanputeri69
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 95
Age: 42
Location: johor bahru malaysia
Registration date: 2011-06-13

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by cupi_ketchum on Sun Nov 13, 2011 4:09 am

Insyaallah, masing2 dengan perjalanan ilmu dan rezeki yg diberi. Hehehe, begitulah adat dunia zaman sekarang ini cip Tamam, agama sudah terlalu banyak digunakan dalam mencari rezeki dan ilmu semata2, bukan lagi utk keredhaan dan mengenali Allah.

Buat Maybal, betul deh. Sekarang kita tumpukan sahaja dalam hal2 yg mudah kita fahami, dan ekpslorasi misteri2 dunia yg masih banyak belum terungkai. Jauh perjalanan, banyak pengalaman. ^^

Alhamdulillah, saya setakat ini masih lagi dalam penerokaan dunia dan misterinya melalui common sense saja. Tidak terlalu mendalam, dan tidak juga terlalu memeningkan. Syukur alhamdulillah bagi mereka2 yg sudah berjalan jauh melebihi kemampuan saya, tahniah saya ucapkan dan semoga kita dapat terus bersama di arena paranormal spiritual. Insyaallah.

Buat master Paranorms, terimak asih buat penambahan ringkasnya, ringkas, tetapi penuh makna dan isi.

Buat tuan Joan, terima kasih utk sharingnya, insyaallah berguna buat penambahan2 di forum ini.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by maybal on Sun Nov 13, 2011 9:53 pm

Hendaklah difahami betul-betul wahai pembaca
sekelian , apabila kita sudah melangkah ke
pengajian ilmu hakikat bukan bermakna kita
telah tahkik dan duduk di dalam makam ahli
hakikat. Ahli hakikat adalah mereka- mereka
yang telah mencapai makam- makam tertentu
setelah menjalani mujahaddah dan riadhah.
Seorang yg Ahli Hakikat adalah tidak sama
dengan seorang yg hanya belajar ilmu Hakikat.
Sebab segala pembelajaran ilmu itu hanya
kupasan dari rasa ilmu yang dirumuskan oleh
para-para sufi terdahulu. Mereka menceritakan
dalam bentuk ilmu dan kenyataan bertulis.

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by ifahuzir on Mon Nov 14, 2011 9:24 am

Pucuk Pangkalnya adalah kenal diri.. siapa kah kita nie.. di ketika kita diri berkehendak akan sesuatu, Wajib ditelitikan bahawa diri kita diketika itu di "pangkat" yang mana.. di Pangkat Hamba kah?, murid kah?, Guru kah?, musyrid kah, syaitan kah?, malaikat kah?, pemimpin kah?, wali kah, atau tuhan kah?..

Cuba kita selongkar sejarah..
Iblis sebelum ini adalah "Ketua" Malaikat yang diberi nama Azazil.. Jika malaikat itu sangat² baik, bagaimana pula Azazil diketika itu??? mesti iblis tu lebih alim dari sekalian makhluk Allah diketika itu.. Pangkat "Ketua Malaikat" bukanlah sekecil-kecil anak yang boleh kita arah dan rotan jika tidak mengikut arahan..

Sehingga diturunkan perintah untuk sujud kepada Adam a.s., maka Azazil Engkar akan perintah tersebut.. Mengapa? Adakah disebabkan Adam a.s tidak se alim Ibliskah? tetapi alasannya adalah Adam a.s. daripada Tanah..

Hakikatnya, hanya sebab Unsur Tanah dan Api sahaja yang membuatkan Azazil Engkar akan PerintahNya..

Persoalannya : Kenapa persoalan Unsur asal penciptaan (Tanah & Api) yang menjadikan Azazil Sombong..? dan lebih parah lagi, sehingga sanggup tidak menunaikan Perintah Allah s.w.t untuk Sujud kepada Adam a.s? Padahal, Tanah, batu, pokok, api, angin, dan segala-galanya dicipta oleh Allah jua dengan ucapan Kun, maka terjadilah..

Hee.. berat pulak statement nih.. just hanya sekadar perkongsian pendapat.. Jika ada jawapan, silakan.. Saya memang ingin mengetahuinya..

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by cupi_ketchum on Mon Nov 14, 2011 10:42 am

maybal wrote:Hendaklah difahami betul-betul wahai pembaca
sekelian , apabila kita sudah melangkah ke
pengajian ilmu hakikat bukan bermakna kita
telah tahkik dan duduk di dalam makam ahli
hakikat. Ahli hakikat adalah mereka- mereka
yang telah mencapai makam- makam tertentu
setelah menjalani mujahaddah dan riadhah.
Seorang yg Ahli Hakikat adalah tidak sama
dengan seorang yg hanya belajar ilmu Hakikat.
Sebab segala pembelajaran ilmu itu hanya
kupasan dari rasa ilmu yang dirumuskan oleh
para-para sufi terdahulu. Mereka menceritakan
dalam bentuk ilmu dan kenyataan bertulis.


Dalam hal ini saya setuju banget. Belajar ilmu hakikat tidak bermakna kita ini sudah masuk ke dalam makrifat hakikat. Makam hakikat tidak akan tersingkap hanya dengan membaca buku2 dan cerita mengenainya.

Apa yg saya kongsikan hanyalah sebagai satu mindstep sahaja. Hanya sebagai pembuka minda supaya kita tidak terus menerus merasa hanya ilmu dan kepandaian kita sahaja yg betul.


Last edited by cupi_ketchum on Mon Nov 14, 2011 10:48 am; edited 1 time in total

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by cupi_ketchum on Mon Nov 14, 2011 10:48 am

ifahuzir wrote:Pucuk Pangkalnya adalah kenal diri.. siapa kah kita nie.. di ketika kita diri berkehendak akan sesuatu, Wajib ditelitikan bahawa diri kita diketika itu di "pangkat" yang mana.. di Pangkat Hamba kah?, murid kah?, Guru kah?, musyrid kah, syaitan kah?, malaikat kah?, pemimpin kah?, wali kah, atau tuhan kah?..

Cuba kita selongkar sejarah..
Iblis sebelum ini adalah "Ketua" Malaikat yang diberi nama Azazil.. Jika malaikat itu sangat² baik, bagaimana pula Azazil diketika itu??? mesti iblis tu lebih alim dari sekalian makhluk Allah diketika itu.. Pangkat "Ketua Malaikat" bukanlah sekecil-kecil anak yang boleh kita arah dan rotan jika tidak mengikut arahan..

Sehingga diturunkan perintah untuk sujud kepada Adam a.s., maka Azazil Engkar akan perintah tersebut.. Mengapa? Adakah disebabkan Adam a.s tidak se alim Ibliskah? tetapi alasannya adalah Adam a.s. daripada Tanah..

Hakikatnya, hanya sebab Unsur Tanah dan Api sahaja yang membuatkan Azazil Engkar akan PerintahNya..

Persoalannya : Kenapa persoalan Unsur asal penciptaan (Tanah & Api) yang menjadikan Azazil Sombong..? dan lebih parah lagi, sehingga sanggup tidak menunaikan Perintah Allah s.w.t untuk Sujud kepada Adam a.s? Padahal, Tanah, batu, pokok, api, angin, dan segala-galanya dicipta oleh Allah jua dengan ucapan Kun, maka terjadilah..

Hee.. berat pulak statement nih.. just hanya sekadar perkongsian pendapat.. Jika ada jawapan, silakan.. Saya memang ingin mengetahuinya..



Begitulah juga perumpamaan nya dengan tahi. Manusia2 biasa, akan mengatakan tahi itu hanya sesuatu yg kotor dan hanya layak di buang saja.

Tetapi org yg mengetahui hakikat tahi tersebut, akan nampak bahawa tahi juga mampu mendatangkan rezeki, menyuburkan tanah, dibuat baja, dan lain2 lagi.

Ini hanya perumpamaan ringkas saja ya.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by ifahuzir on Mon Nov 14, 2011 11:31 am

Adeii..

Umpamakan Tahi yang berselirat ulat-ulat tahi tu.. tetiba diolah, jadi "makhluk" lalu disuruh sujud kepadanya (makhluk yang asal dari tahi tersebut)..

Eiiiii.... drunken

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by tamam on Mon Nov 14, 2011 4:06 pm

ifahuzir wrote:Adeii..

Umpamakan Tahi yang berselirat ulat-ulat tahi tu.. tetiba diolah, jadi "makhluk" lalu disuruh sujud kepadanya (makhluk yang asal dari tahi tersebut)..

Eiiiii.... drunken


Padahal semua benda terjadi cuma dari konsep tenaga lalu terjadi la matter.Kita manusia saja sy perjudis suka melebel2kan benda kerana rasa diri lebih baik atau suci.Tapi kenapa org lebih sanggup sentuh tahi ayam dan tahi kambing buat baja drp2 sentuh tahi manusia sendiri padahal manusia levelnyer lebih tinggi dari haiwan.

tamam
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 55
Age: 36
Location: papar
Registration date: 2011-09-01

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by ifahuzir on Mon Nov 14, 2011 4:26 pm

tamam wrote:
ifahuzir wrote:Adeii..

Umpamakan Tahi yang berselirat ulat-ulat tahi tu.. tetiba diolah, jadi "makhluk" lalu disuruh sujud kepadanya (makhluk yang asal dari tahi tersebut)..

Eiiiii.... drunken


Padahal semua benda terjadi cuma dari konsep tenaga lalu terjadi la matter.Kita manusia saja sy perjudis suka melebel2kan benda kerana rasa diri lebih baik atau suci.Tapi kenapa org lebih sanggup sentuh tahi ayam dan tahi kambing buat baja drp2 sentuh tahi manusia sendiri padahal manusia levelnyer lebih tinggi dari haiwan.


Tahi manusia ni pelik.. tu sebabnyer.. bergantong kepada karamah seseorang jugak kot.. kekekeke

(statement ini hanya gurauan aja yer)

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by tamam on Mon Nov 14, 2011 6:01 pm

Air kaki Ayah Pin pun org sanggup minum.Itu la maksud sy prejudis,Ramai org bila tengok babi timbul rasa jijik,benci,loya hina sgt ,padahal babi itu ada sbb diharamkan sentuh/makan bukan sampai jd prejudis begitu sekali.

Statement gurauan gak ni.

tamam
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 55
Age: 36
Location: papar
Registration date: 2011-09-01

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by maybal on Mon Nov 14, 2011 6:11 pm

coba bayangkan yang indah2..hati menjadi tenang lapang ga stress

dari mengalamun pada sesuatu yang jelek...hati menjadi lelah...capek muram..sembam.. Very Happy

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by cupi_ketchum on Mon Nov 14, 2011 6:13 pm

Setuju banget. sunny cheers sunny

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by ifahuzir on Tue Nov 15, 2011 8:23 am

maybal wrote:coba bayangkan yang indah2..hati menjadi tenang lapang ga stress

dari mengalamun pada sesuatu yang jelek...hati menjadi lelah...capek muram..sembam.. Very Happy


kekekeke.. bayangkan air kaki ayah Pin itu indah dan lazat.. kamu juga mau minum yah? Rolling Eyes

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by maybal on Tue Nov 15, 2011 8:45 am

Kata2 yang jelek
datangnya dari fikiran yang jelek
Lansung terhubung dari hati yang jelek...
Makanya segala pandangan menjadi jelek segala....

Maaf...kalau salah perumpamaannya....bisa ditegur kembali...

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by ifahuzir on Tue Nov 15, 2011 9:30 am

dimana perumpamaannya? nga jumpa pun.. hee..

Maaf ya Cik Maybal.. Control your nafas back..
hee


Last edited by cupi_ketchum on Tue Nov 15, 2011 9:31 am; edited 1 time in total (Reason for editing : not apropriate)

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by maybal on Tue Nov 15, 2011 10:10 am

Kata2 yang indah
datangnya dari fikiran yang bersih
Lansung terhubung dari hati yang suci...
Makanya pandangan menjadi indah..ceria dan bahagia..
bukankah begitu hendaknya tn cupi...

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by cupi_ketchum on Tue Nov 15, 2011 10:29 am

Amin alhamdulillah. Ya gitu hendaknya Maybal.

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by cupi_ketchum on Tue Nov 15, 2011 5:33 pm

Sedikit lagi perkongsian dari Daisy Putih, juga teman Master Edy SUgianto.

Kredit buat mereka utk tulisan2 ini.

Salam Senyum,

Semua perkara apabila diambil mudah, kecemerlangan akan hilang, coba fikir, Salah satu sikap manusia ialah suka ambil mudah. Untuk memudahkan sesuatu pekerjaan itu tidaklah salah, yang salah ambil mudah dalam mengerjakan sesuatu.


Bayangkan seseorang mekanik kereta ambil, mudah sewaktu menjalankan kerja-kerja servis. Dia akan mudah sahaja mencampakkan alat ganti yang baru ke lantai, hasilnya alat ganti itu meskipun baru mengalami kerosakkan. dan alat ganti itulah yang dipasangnya di kereta tersebut. Apa akan jadi..?
Usah keliru dengan 'memudahkan'.

Lantaran adanya kemahuan untuk memudahkan kerja, terciptalah periuk nasi eletrik, di mana setelah dimasukkan beras ke dalam periuk, dimasukkan air lalu dipetik suiz, cukup masanya suiz akan terpadam sendiri dan nasi telah pun masak. Semudah itu, kerja-kerja menanak nasi yang dulunya terpaksa di lakukan dengan sukatan air yang betul., dengan api yang betul, dan dengan proses penyejukkan yang betul agar nasi tdi benar-benar masak dan sedap di makan.

Memudahkan kerja adalah proses menarik dalam kehidupan manusia. Dahulu seorang penulis terpaksa berhati-hati sewaktu menaip kerajnya dan terpaksa menggunakan mesin taip, setiap kesalahan atau penambahan maklumat akan menyebabkan keseluruhan tulisan berubah atau terpaksa ditaip kembali,. Sekarang, dengan menggunakan kamputer, sebarang penambahan tidak lagi membebankan.

Pisikolgi manusia memang mahukan yang mudah tetapi psikologi manusia juga tidak terkecuali daripada mahu ambil jalan mudah...hehe..

Dua perkara hampir serupa tetapi tidak sama ini telah meletakkan manusia di dalam dilema psikologi sama ada menurut atau 'ikut sahaja' atau berbuat atau 'menongkah arus'.

Mereka yang menongkah arus biasanya berakhir dengan sesuatu yang luar biasa sebaliknya mereka yang ikut ikut sahaja, selalu berakhir sebagai biasa biasa bahkan gagal.

Contoh lagi...

Seorang wanita telah melakukan sembahyang istikharah apabila dia gagal membuat keputusan ketika melihat calon suami. dia sembahyang banyak kali, maka dia mendpt gambaran di dalam mimpinya, calon suami berkenaan. Lalu dia pun mengizinkan dirinya bernikah dengan lelaki tersebut. Bagaimanapun, kehidupannya selepas itu penuh dengan masalah, pelbagai hal yang tidak sepatutnya mengambil tempat dan terjadi.

Maka berkatalah wanita ini, "kalaulah betul isyarat yang aku terima dalam mimpi itu benar daripada ALLAH hasil dri sembahyang Istikharah yagn aku lakukan, pasal apa perkahwinan aku jadi bgini, dan berakhir begini?" (ini kisah benar , diantara kes2 yang dikendalikan..)

Menjawab permasalah ini dari sudut psikologi dan motivasi, ia bermula daripada sikap yang salah yang dilagangkan selepas sesuatu pilihan itu, kalau kita tidak menjaga tindakan tindakan kita seterusnya tentulah sesuatu yang tidak terduga akan terjadi.

Kalau sikap kita yang malas, bengis tidak mahu di ubah kepada mesra dan kasih sayang tentulah perkahwinana akan menjadi masalah, tentulah api akan mengatasi air, tentulah rumahtangga akan menjadi bara..

Apakah salah isyarat yang datang melalui mimpi atau salah peribadi..?
Jawapannya salah peribadi...^___^

Ambil contoh kedua, saya ingin membeli sebuah kereta mewah, maka saya melakukan sembahyang istikharah, di dalam mimpi saya melihat jenama kereta berkenaan., lalu saya membelinya pada keesok harinya.

Bolehkah kalian berkata, " aku tidak akan accident sebab kereta ini aku dapat melalui Istikharah.." atau " kereta ini tidak akan rosak sebab ia jenama mahal lagipun aku dapat melalui mimpi.."

Kalau kita tidak memandu berhati hati tentulah kemalangan akan terjadi, kalau tidak kita menjaga kereta ini dengan sempurna akhirnya akan rosak juga, bolehkah kita menyalakan isyarat yang diterima melalui istikharah itu tadi..?

Psikologi manusia memang suka dan mahu yang mudah, tetapi kadang-kadang ambil mudah, maka itu motivasi amat diperlukan supaya takal yang menurun itu dapat diseimbangkan atau dinaikkan kembali.
Sikap ambil mudah telah menyebabkan kecemerlangan manusia itu terbarai sebelum tiba masanya, atau sebelum tiba sebab musababnya ia patut terbarai.

Manusia apabila diberikan kemudahan, dia tetap mahu yang lebih mudah. Setelah mendapat yang lebih mudah itu dia akan mahu lagi jadi lebih mudah. Manusia tanpa pantauan dan penjadualan akan menjadikannya ganas, ingkar, zalim, lupa diri, bahkan kadang-kadang hilang sifat-sifat kemanusiaannya..

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah dihati..


..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by ifahuzir on Wed Nov 16, 2011 10:19 am

Jika belum diperolehi, Berusahalah untuk memperolehinya..

Jika banyak pilihan, Beristikharahlah untuk membuat pilihan.. dan

Jika perolehinya, Berhati-hatilah dengan pemberianNya.. jangan sampai melampaui batas dan ketika.

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by habibollah on Wed Dec 14, 2011 10:35 pm

Inalillah hi wa ina ilaihi raje'un

izinkan saya berpendapat walaupun cerita ini antara benar atau mitos,(mungkin yang lain telah menyedarinya)

kesalahan ulama syariat yang menjadi hakim bahwa dia tidak bertanya kenapa pegangan ulama hakikat itu jadi begitu. kalau dia benar menjadi hakim, dia patut mengikuti cara Rasulullah s.a.w dalam menjalankan hukum.

kesalahan pemuda adalah dia lari sebelum ulama hakikat itu memberikan penjelasan, atau ulama hakikat itu expecting soalan dari pemuda itu sebagai feedback dengan mengatakan "kenapa begitu" tetapi dia lari pulak

syariat tidak bercanggah dengan hakikat dan makrifat, ulamak syariat itu nampak masih jahil dalam bersyariat. Dia tidak layak menjadi hakim

moral of the story: bertanya jika tidak faham

kenapa saya marah bukan kepalang pada pemuda itu? Alhamdulillah

habibollah
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 69
Age: 32
Location: brunei
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

Page 2 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum