Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by cupi_ketchum on Thu Nov 10, 2011 1:48 pm

First topic message reminder :

Assalamualaikum. Pertama2, tulisan ini bukanlah dibuat oleh saya, tetapi telah pun di copy dari berbagai laman web. Jadi, saya hanya copy dan paste kan saja sebagai renungan kita semua bersama.

Credit goes to original poster. -Kain Putih


Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”

Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”

Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.

Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”

Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”

“Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”

Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”

Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”

Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”

Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

Si pemuda semakin tertunduk.

“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”

“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”

Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”

“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”

Tanya si pemuda hairan.

“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”

“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..

“Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”

..........................................................................................................................................................................................
Salamun Qaulam Mir Rabbin Rahim

http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif?highlight=mengajar+anak
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar?highlight=erti
http://www.paranorms.org/t618-erti-sebenar-sin-ilahi-double-post-utk-bacaan-bukan-ahli?highlight=erti

cupi_ketchum
Otai Poster
Otai Poster

Male
Number of posts: 2449
Age: 25
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Registration date: 2010-01-01

Back to top Go down


Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by habibollah on Wed Dec 14, 2011 10:46 pm

to ifazur:

Persoalannya : Kenapa persoalan Unsur asal penciptaan (Tanah & Api) yang menjadikan Azazil Sombong..?


Api diatas tanah.

habibollah
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 69
Age: 32
Location: brunei
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by ifahuzir on Fri Dec 16, 2011 9:27 pm

habibollah wrote:to ifazur:

Persoalannya : Kenapa persoalan Unsur asal penciptaan (Tanah & Api) yang menjadikan Azazil Sombong..?


Api diatas tanah.


iskk.. kalau takder tanah? takder api la ek.. patut dia sujud la kan?

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by habibollah on Sat Dec 17, 2011 6:43 pm

iskk.. kalau takder tanah? takder api la ek.. patut dia sujud la kan?


Itulah kesan jalan Akal, jalan akal dan jalan rasa tidak sejalan.

Alhamdulillah


habibollah
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 69
Age: 32
Location: brunei
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by ifahuzir on Sun Dec 18, 2011 9:43 pm

habibollah wrote:
iskk.. kalau takder tanah? takder api la ek.. patut dia sujud la kan?


Itulah kesan jalan Akal, jalan akal dan jalan rasa tidak sejalan.

Alhamdulillah



Err.. Tuan yang bijaksana, bagaomana nak rasa tanah dan api?

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by habibollah on Sun Dec 18, 2011 10:43 pm

Err.. Tuan yang bijaksana, bagaomana nak rasa tanah dan api?


Bismillah hir rahman nir rahim

Alhamdulillah, Aku datang dari ALLAH yang maha bijaksana. Segala puji hanya bagi ALLAH

secara logiknya, kalau nak rasa tanah dan api, itu adalah waktu kembalinya badan ke tanah dan secara langsung menerima pembalasan jika dia hamba yang dikehendaki ALLAH untuk menerima seksa kubur.

jika nak rasa tanah dan api, jangan guna jalan akal, kita guna jalan rasa. jalan rasa tidak terbatas. Akal selalu dibawa oleh hawa nafsu

secara ilmiah:
penilaian tanah melalui rasa: kasar, basah.
penilaian tanah melalui logik: antaranya adalah sifat mengotorkan.

penilaian api melalui rasa: panas
penilaian api melalui logik: merosakkan

sebab itu bila makna " Api diatas tanah" adalah bermaksud selagi kita berpegang pada tanah, selagi itu kita dibawah api.

Alhamdulillah

habibollah
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 69
Age: 32
Location: brunei
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by ZubaiR Al-Palembani on Mon Dec 19, 2011 12:06 am

guru syariat bahasanya hukum hakam. guru hakikat bahasanya pelik-pelik.
guru makrifat bahasanya harmoni


Petikan sabda Rasullullah dalam Kitab Sirrul Asrar :-
"Syariat bagaikan pohon; Tariqat bagaikan cabang; Ma'rifat bagaikan daun dan Hakikat bagaikan buah"

Adakah ini bermakna kita harus menguasai kesemua bidang ilmu ini untuk mencapai kesempurnaan @ kesucian diri dalam menggapai cinta Ilahi? Mungkin inilah yg berlaku pada cerita tn cupi, apabila kita sekadar menguasai sebahgian dari ilmu & tidak secara menyeluruh. Mohon pencerahan ...

ZubaiR Al-Palembani
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 34
Age: 36
Location: Penang
Registration date: 2011-09-01

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by Paranorms on Mon Dec 19, 2011 10:01 am

habibollah wrote:
Err.. Tuan yang bijaksana, bagaomana nak rasa tanah dan api?


Bismillah hir rahman nir rahim

Alhamdulillah, Aku datang dari ALLAH yang maha bijaksana. Segala puji hanya bagi ALLAH

secara logiknya, kalau nak rasa tanah dan api, itu adalah waktu kembalinya badan ke tanah dan secara langsung menerima pembalasan jika dia hamba yang dikehendaki ALLAH untuk menerima seksa kubur.

jika nak rasa tanah dan api, jangan guna jalan akal, kita guna jalan rasa. jalan rasa tidak terbatas. Akal selalu dibawa oleh hawa nafsu

secara ilmiah:
penilaian tanah melalui rasa: kasar, basah.
penilaian tanah melalui logik: antaranya adalah sifat mengotorkan.

penilaian api melalui rasa: panas
penilaian api melalui logik: merosakkan

sebab itu bila makna " Api diatas tanah" adalah bermaksud selagi kita berpegang pada tanah, selagi itu kita dibawah api.

Alhamdulillah


salam tn2 semua Smile

sekadar menambah wawasan kefahaman kita.

tanah adalah sifat yg ditamsilkan oleh oleh cakra dasar, air pd cakra hara, api pada cakra pusat, aingin pd cakra jantung. fitrah manusia adalah cenderung utk 'berlebihan' yg mana selalu mengarah kepada kahancuran/kerosakan/kemusnahan. kita manusia awam, umunya kesedaran spiritual kita sering bermain-main di sekitar cakra2 tadi. istilah tasaufnya di msh bermain-main di sekitar nafsu2 dunia.

tanah yang berlebihan akan mengotorkan. ini x baik utk kita. namun tanah yg berlebihan kurangnya pula tiada pijakan, juga x baik utk kita. mengambil iktibar sifat tanah, diaplikasi dalam spiritual. tanah adalah unsur material/kebendaan. kesedaran 'tanah' pada cakra dasar akan membuat kita ada naluri utk mencari dan memiliki unsur kebendaan utk kesejahteraan hidup kita. tetapi jika belebihan, pastinya mengakibatkan kerosakan utk kita malah jg org lain. namun tanpa naluri tanah, kita jadi manusia yg tiada ghairah utk memiliki kebendaan. tidak mahu wang, tidak mahu rumah, tidak mahu kenderaan dll. bygkan betapa bidaknya kan.

air berlebihan mengakibatkan banjir yg merosakkan. air yg berlebihan kurangnya pula tidak dapat menghilangkan haus, apatah lagi utk menyucikan. kesedaran pda cakra hara/seksual, memberi naluri utk bersosial, hubungan antara sesama makhluk dalam semua aspek yg ada. hubungan antara lelaki dan wanita, adalah kerana tarikan 'air'. air tidak pilih warna, ia akan tetap bercampur jika bertemu. inilah bahayanya. hubungan seksual blh terjadi tanpa ada batasan, jika air sdh bergolak liar. hubungan antara sesama manusia, sering menimbulkan ego, ingin selalu merasa lebih dari org lain. terlebih atau terkurang, air ttp membawa masalah. namun pada paras yg imbang, sifat air sgt2 memberikan ksn positif.

api dibawakan oleh cakra pusat. api yg membakar, jika telalu besar blh memusnahkan segalanya. tpi tanpa api tiadalah kehangatan dan penglihatan. kesedrn api adalah emosi. emosi yg dpt dikawal dgn baik, akan memberi kita keyakinan, semangat perjuangan, keberanian, dll sifat positif. namun jika berlebihan, emosi2 ini juga sering membuat kita salah jalan. berani utk mencuri atau membunuh, yakin utk menipu org, semangat utk membuat onar, adalah haluan kiri yg ditimbulkan oleh api yg belebihan.

undsur udara ditempatkan dicakra jantung. udara mengisi seluruh ruang tanpa pilih jenis dan kelas. pada kesedaan spiritual, udara adalah kasih yg tulus. ketulusan kasih syg tidak pandang bulu kerana udara hanya melihat kebersamaan. udara memasuki semua paru2, tidak kira bangsa, usia, darjat dan apa jg kelas. semua di berikan kesempatan bernafas. jika kesedaan spiritual kita berada di sini, kita akan jadi manusia yg melihat semua makhluk sebagai makhluk tuhan yg sama. perbezaan hanya ada di kesedaran cakra-cakra bawah yg suka membeza-bezakan.

cakra-cakra seterusnya, sgt rawan utk disentuh dan diceritakan jd skip dulu la...apa yg ptg, berlebihan atau kekurangan membawa kerosakan. yg terbaik adalah imbang dan harmoni. terlalu spiritual pn x bagus, terlalu duniawi pun x baik. yg terbaik adalah harmoni. keharmonian material dan spiritual blh kita lihat dgn sempurna pada peribadi rasulullah dan para sahabat serta para pewaris setelah mereka.

adakalanya kita harus membezakan, dan ada kalanya kita harus menyamakan. adakalany kita harus duniawi dan adakalanya kita harus lbh ukhrawi. adakalanya yes, dan adakalnya pula no utk perkara yg sama. manusia yg harmoni spiritualnya menguasai semua kesedaran/semua cakra. jadi sifatnya juga aneh2 mengikut situasi. kdg pandai waras, kdg pandai sinting.

mudah-mudahan ada manfaat utk yg sdg 'mencari'. kalau terasa menyesatkan sila tinggalkan huehehe

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by Solace on Mon Dec 19, 2011 11:16 am

Subhanallah. deep...
nampak awan Very Happy

Solace
Rakan Baru
Rakan Baru

Female
Number of posts: 24
Age: 43
Location: Selangor
Registration date: 2011-11-02

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by habibollah on Tue Dec 20, 2011 9:09 am

Petikan sabda Rasullullah dalam Kitab Sirrul Asrar :-
"Syariat bagaikan pohon; Tariqat bagaikan cabang; Ma'rifat bagaikan daun dan Hakikat bagaikan buah"

Adakah ini bermakna kita harus menguasai kesemua bidang ilmu ini untuk mencapai kesempurnaan @ kesucian diri dalam menggapai cinta Ilahi? Mungkin inilah yg berlaku pada cerita tn cupi, apabila kita sekadar menguasai sebahgian dari ilmu & tidak secara menyeluruh. Mohon pencerahan ...


izinkan saya menjawapnya sifu paranorms:

memang ada kelebihan jika kita menguasai ilmu syariat, hakikat dan makrifat kerana ia men"disiplin" kan kita sebagai hamba ALLAH yang berilmu dan serba tahu. dalam perjalanan itu, insyaALLAH anda akan,menjumpai, memahami dan dapat jawapan "Big Puzzle" apa yang tersirat didalam ALQuran dan hadis..ini berguna untuk kesempurnaan diri.

Apa yang kita cari tentu akan ditemui
apa yang kita mahu tentu akan dapat
soalannya adakah kita ready?

sama2 kita mencari cinta ALLAH.

Alhamdulillah

habibollah
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 69
Age: 32
Location: brunei
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by Paranorms on Thu Dec 22, 2011 4:32 pm

habibollah wrote:
Petikan sabda Rasullullah dalam Kitab Sirrul Asrar :-
"Syariat bagaikan pohon; Tariqat bagaikan cabang; Ma'rifat bagaikan daun dan Hakikat bagaikan buah"

Adakah ini bermakna kita harus menguasai kesemua bidang ilmu ini untuk mencapai kesempurnaan @ kesucian diri dalam menggapai cinta Ilahi? Mungkin inilah yg berlaku pada cerita tn cupi, apabila kita sekadar menguasai sebahgian dari ilmu & tidak secara menyeluruh. Mohon pencerahan ...


izinkan saya menjawapnya sifu paranorms:

memang ada kelebihan jika kita menguasai ilmu syariat, hakikat dan makrifat kerana ia men"disiplin" kan kita sebagai hamba ALLAH yang berilmu dan serba tahu. dalam perjalanan itu, insyaALLAH anda akan,menjumpai, memahami dan dapat jawapan "Big Puzzle" apa yang tersirat didalam ALQuran dan hadis..ini berguna untuk kesempurnaan diri.

Apa yang kita cari tentu akan ditemui
apa yang kita mahu tentu akan dapat
soalannya adakah kita ready?

sama2 kita mencari cinta ALLAH.

Alhamdulillah


semakin banyak ilmu, semakin besar hijab utk menuju makrifat Smile

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by habibollah on Thu Dec 22, 2011 11:57 pm

semakin banyak ilmu, semakin besar hijab utk menuju makrifat


lori yang berat membawa batu akan jadi ringan kalau tahu bagaimana caranya (bukan membuang muatan)

setiap persoalan pasti ada jawapan. kita bertanya ALLAH mnjawab.

teruskan mencari.jangan putus asa.Alhamdulillah

habibollah
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 69
Age: 32
Location: brunei
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by Paranorms on Fri Dec 23, 2011 11:00 am

habibollah wrote:
semakin banyak ilmu, semakin besar hijab utk menuju makrifat


lori yang berat membawa batu akan jadi ringan kalau tahu bagaimana caranya (bukan membuang muatan)

setiap persoalan pasti ada jawapan. kita bertanya ALLAH mnjawab.

teruskan mencari.jangan putus asa.Alhamdulillah



lorinya kena tukar jadi Optimus Prime hehe...gurau2 tn tongue

..........................................................................................................................................................................................

Salam Sejahtera, Semoga Anda dan Semua Makhluk Berbahagia
Senyum, Relax, Pasrah

Paranorms
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 2274
Age: 25
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-02-12

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by habibollah on Fri Dec 23, 2011 9:55 pm

lorinya kena tukar jadi Optimus Prime hehe...gurau2 tn


hehehe kalau boleh senang la tak susah

habibollah
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 69
Age: 32
Location: brunei
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by joanputeri69 on Sat Dec 24, 2011 5:05 am

salam persaudaraan , sekedar renungan.. ( syariat , hakikat dan makrifat )
yang utama membelajari dan mengamalkan maksud kalimah tauhid ; lailahaillah yang merupakan cabang iman yang utama ...spt rukun rukun syahadat , syarat syarat sah syahadat dan pekara -pekara yang membatalkan syahadat. inilah pekara pokok yang perlu kita beri keutamaan barulah kita pergi kepada pekara-pekara yang lain. contohnya ilmu fardu ain ( wajib nyata ) dan barulah yang lain lain lagi...ijazah org sufi yang dah sampai ..dan setelah sampai dan memulangkan hak itulah dia sebenar benar guru mursyid dan solatul daim dan barulah kita mengerti kepada makna hakikat dan makrifat..... Very Happy

joanputeri69
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 95
Age: 42
Location: johor bahru malaysia
Registration date: 2011-06-13

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by ifahuzir on Wed Dec 28, 2011 12:08 pm

ZubaiR Al-Palembani wrote:
guru syariat bahasanya hukum hakam. guru hakikat bahasanya pelik-pelik.
guru makrifat bahasanya harmoni


Petikan sabda Rasullullah dalam Kitab Sirrul Asrar :-
"Syariat bagaikan pohon; Tariqat bagaikan cabang; Ma'rifat bagaikan daun dan Hakikat bagaikan buah"

Adakah ini bermakna kita harus menguasai kesemua bidang ilmu ini untuk mencapai kesempurnaan @ kesucian diri dalam menggapai cinta Ilahi? Mungkin inilah yg berlaku pada cerita tn cupi, apabila kita sekadar menguasai sebahgian dari ilmu & tidak secara menyeluruh. Mohon pencerahan ...


Entahlah..

FirmanNya:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (A-li'Imraan 3:104)


ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by joanputeri69 on Mon Jan 09, 2012 11:45 pm

Salam kedamaian , kepada sahabat seperjuangan risalah ini sekedar perkongsian dan renungan bersama , karangan asal oleh tim air setitik tokku paloh ;

Pada edisi saat ini, mari kita bersama-sama mengkaji kalimah atau lafald “ ALLAH “ pada pandangan Ma’rifat, yaitu mencetuskan api ma’rifattullah didalam kalimah “ALLAH” Apa dan bagaimana itu mari kita simak bersama.

Bermula sebelum banyak hal yang tersampaikan, izinkanlah kami memohon ampun dan maaf yang sebesar-besarnya, (lahir dan batin/dunia dan akhirat) sekiranya pada risalah itu kita semua akan banyak dihadapkan dengan beberapa kata dan pernyataan yang sangat musykil untuk didengar dan tidak patut rasanya untuk diutarakan.

Untuk itu kami dari Tim Air Setitik memohon dengan sangat kepada kita semua agar apa yang ada didalam risalah ini, benar-benar dapat dipahami dan dipelihara serta disimpan sebaik-baiknya pada amaliyah kita sehari-hari.. Jangan kiranya kita mempertentangkan perbedaan pendapat tentang kebenaran, akan tetapi mari kita bersama-sama mengambil hikmah yang ada dibaliknya.

Dengan berlindung kepada Allah Swt, Pencetusan Api Ma’rifattullah dalam kalimah “ALLAH” saya awali.

Syahdan, nama Allah itu tidak akan pernah dapat dihilangkan, sebab nama Allah itu akan menjadikan Zikir bagi para Malaikat, Zikir para burung, Zikir para binatang melata, Zikir tumbuh-tumbuhan dan Zikir dari Nasar yang 4 (tanah, air, angin dan api) serta zikir segala makhluk yang ada pada 7 lapis langit dan 7 lapis bumi, juga zikir makhluk yang berdiam diantara langit dan bumi. (buka…..Al-Qur’an, Surah At-thalaq, ayat 1).

Adapun zikir para makhluk Allah yang kami sebutkan tadi tidaklah sama logatnya, dan tidak sama pula bunyi dan bacaannya. Tidak sedikit para akhli Sufi dan para wali-wali Allah yang telah mendengar akan bunyi zikir para makhluk itu, sungguh sangat beraneka ragam bunyinya.

Dalam Kitab Taurat, nama Zat yang maha Esa itu ada 300 banyaknya yang ditulis menurut bahasa Taurat, dalam Kitab Zabur juga ada 300 banyaknya nama Zat yang maha esa itu yang ditulis dengan bahasa Zabur.

Dalam Kitab Injil juga ada 300 banyaknya nama Zat yang Esa itu yang ditulis dengan bahasa Injil, dan dalam Kitab Al-Qur’an juga ada 99 nama Zat yang esa itu ditulis dalam bahasa Arab. Jika kita berhitung maka dari keempat kitab itu yang ditulis berdasarkan versinya, maka akan ada 999 nama bagi zat yang maha esa itu, dari jumlah tersebut maka yang 998 nama itu, adalah nama dari Sifat Zat yang maha Esa, sedangkan nama dari pada Zat yang maha esa itu hanya satu saja, yaitu “ ALLAH ”.

Diterangkan didalam Kitab Fathurrahman, berbahasa Arab, yaitu pada halaman 523. disebutkan bahwa nama Allah itu tertulis didalam Al-Qur’an sebanyak 2.696 tempat.

Apa kiranya hikmah yang dapat kita ambil mengapa begitu banyak nama Allah, Zat yang maha Esa itu bagi kita…?

Allah, Zat yang maha esa, berpesan :

“ Wahai Hambaku janganlah kamu sekalian lupa kepada namaku “

Maksudnya : Allah itu namaku dan Zatku, dan tidak akan pernah bercerai, Namaku dan Zatku itu satu.

Allah Swt juga telah menurunkan 100 kitab kepada para nabi-nabinya, kemudian ditambah 4 kitab lagi sehingga jumlah keseluruhan kitab yang telah diturunkan-Nya berjumlah 104 buah kitab, dan yang 103 buah kitab itu rahasianya terhimpun didalam Al-Qur’annul karim, dan rahasia Al-Qur’annul karim itu pun rahasianya terletak pada kalimah “ALLAH”.

Begitu pula dengan kalimah La Ilaha Ilallah, jika ditulis dalam bahasa arab ada 12 huruf, dan jika digugurkan 8 huruf pada awal kalimah La Ilaha Ilallah, maka akan tertinggal 4 huruf saja, yaitu Allah.

Ma’na kalimah ALLAH itu adalah sebuah nama saja, sekalipun digugurkan satu persatu nilainya tidak akan pernah berkurang, bahkan akan mengandung ma’na dan arti yang mendalam, dan mengandung rahasia penting bagi kehidupan kita selaku umat manusia yang telah diciptakan oleh Allah Swt dalam bentuk yang paling sempurna.

ALLAH jika diarabkan maka Ia akan berhuruf dasar Alif, Lam diawal, Lam diakhir dan Ha. Seandai kata ingin kita melihat kesempurnaannya maka gugurkanlah satu persatu atau huruf demi hurufnya.

• Gugurkan huruf pertamanya, yaitu huruf Alif (ا ), maka akan tersisa 3 huruf saja dan bunyinya tidak Allah lagi tetapi akan berbunyi Lillah, artinya bagi Allah, dari Allah, kepada Allahlah kembalinya segala makhluk.
• Gugurkan huruf keduanya, yaitu huruf Lam awal (ل ), maka akan tersisa 2 huruf saja dan bunyinya tidak lillah lagi tetapi akan berbunyi Lahu.
Lahu Mafissamawati wal Ardi, artinya Bagi Allah segala apa saja yang ada pada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.
• Gugurkan huruf ketiganya, yaitu huruf Lam akhir ( ل), maka akan tersisa 1 huruf saja dan bunyinya tidak lahu lagi tetapi Hu, Huwal haiyul qayum, artinya Zat Allah yang hidup dan berdiri sendirinya.

Kalimah HU ringkasnya dari kalimah Huwa, sebenarnya setiap kalimah Huwa, artinya Zat, misalnya :

Qul Huwallahu Ahad., artinya Zat yang bersifat kesempurnaan yang dinamai Allah. Yang dimaksud kalimah HU itu menjadi berbunyi AH, artinya Zat.

Bagi sufi, napas kita yang keluar masuk semasa kita masih hidup ini berisi amal bathin, yaitu HU, kembali napas turun di isi dengan kalimah ALLAH, kebawah tiada berbatas dan keatas tiada terhingga.

Perhatikan beberapa pengguguran – pengguguran dibawah ini :

Ketahui pula olehmu, jika pada kalimah ALLAH itu kita gugurkan Lam (Ů„ ) pertama dan Lam (Ů„ ) keduanya, maka tinggallah dua huruf yang awal dan huruf yang akhir (dipangkal dan diakhir), yaitu huruf Alif dan huruf Ha (dibaca AH).

Kalimah ini (AH) tidak dibaca lagi dengan nafas yang keluar masuk dan tidak dibaca lagi dengan nafas keatas atau kebawah tetapi hanya dibaca dengan titik.

Kalimah AH, jika dituliskan dengan huruf Arab, terdiri 2 huruf, artinya dalam bahasa disebutkan INTAHA (Kesudahan dan keakhiran), seandai saja kita berjalan mencari Allah tentu akan ada permulaannya dan tentunya juga akan ada kesudahannya, akan tetapi kalau sudah sampai lafald Zikir AH, maka sampailah perjalanan itu ketujuan yang dimaksudkan. (Silahkan bertanya kepada akhlinya)

Selanjutnya gugurkan Huruf Awalnya, yaitu huruf ALIF dan gugurkan huruf akhirnya, yaitu huruf HA, maka akan tersisa 2 buah huruf ditengahnya yaitu huruf LAM pertama (Lam Alif) dan huruf LAM kedua ( La Nafiah). Qaidah para sufi menyatakan tujuannya adalah Jika berkata LA (Tidak ada Tuhan), ILLA (Ada Tuhan), Nafi mengandung Isbat, Isbat mengandung Nafi tiada bercerai atau terpisah Nafi dan Isbat itu.

Selanjutnya gugurkan huruf LAM kedua dan huruf HU, maka yang tertinggal juga dua huruf, yaitu huruf Alif dan huruf Lam yang pertama, kedua huruf yang tertinggal itu dinamai Alif Lam La’tif dan kedua huruf itu menunjukkan Zat Allah, maksudnya Ma’rifat yang sema’rifatnya dalam artian yang mendalam, bahwa kalimah Allah bukan NAKIRAH, kalimah Allah adalah Ma’rifat, yakni Isyarat dari huruf Alif dan Lam yang pertama pada awal kalimah ALLAH.

Gugurkan tiga huruf sekaligus, yaitu huruf LAM pertama, LAM kedua, dan HU maka tinggallah huruf yang paling tunggal dari segala yang tunggal, yaitu huruf Alif (Alif tunggal yang berdiri sendirinya).

Berilah tanda pada huruf Alif yang tunggal itu dengan tanda Atas, Bawah dan depan, maka akan berbunyi : A.I.U dan setiap berbunyi A maka dipahamhan Ada Zat Allah, begitu pula dengan bunyi I dan U, dipahamkan Ada Zat Allah dan jika semua bunyi itu (A.I.U) dipahamkan Ada Zat Allah, berarti segala bunyi/suara didalam alam, baik itu yang terbit atau datangnya dari alam Nasar yang empat (Tanah, Air, Angin dan Api) maupun yang datangnya dan keluar dari mulut makhluk Ada Zat Allah.

Penegasannya bunyi atau suara yang datang dan terbit dari apa saja kesemuanya itu berbunyi ALLAH, nama dari Zat yang maha Esa sedangkan huruf Alif itulah dasar (asal) dari huruf Arab yang banyaknya ada 28 huruf.

Dengan demikian maka jika kita melihat huruf Alif maka seakan-akan kita telah melihat 28 huruf yang ada. Lihat dan perhatikan sebuah biji pada tumbuh-tumbuhan, dari biji itulah asal usul segala urat, batang, daun, ranting, dahan dan buahnya.

Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, Syuhudul Kasrah Fil Wahdah.

Pandang yang satu kepada yang banyak dan pandang yang banyak kepada yang satu maka yang ada hanya satu saja yaitu satu Zat dan dari Zat itulah datangnya Alam beserta isinya.

Al-Qur’an yang jumlah ayatnya 6666 ayat akan terhimpun kedalam Suratul Fatekha, dan Suratul Fatekha itu akan terhimpun pada Basmallah, dan Basmallah itupun akan terhimpun pada huruf BA, dan huruf BA akan terhimpun pada titiknya (Nuktah). Jika kita tilik dengan jeli maka titik itulah yang akan menjadi segala huruf, terlihat banyak padahal ia satu dan terlihat satu padahal ia banyak.

Selanjutnya Huruf-huruf lafald Allah yang telah digugurkan maka tinggallah empat huruf yang ada diatas lafald Allah tadi, yaitu huruf TASYDID (bergigi tiga, terdiri dari tiga huruf Alif) diatas Tasydid adalagi satu huruf Alif.

Keempat huruf Tasydid itu adalah isyarat bahwa Tuhan itu Ada, maka wajib bagi kita untuk mentauhidkan Asma Allah, Af’al Allah, Sifat Allah dan Zat Allah.
Langkah terakhir gugurkan keseluruhannya, maka yang akan tinggal adalah kosong.
LA SAUTUN WALA HARFUN, artinya tidak ada huruf dan tiada suara, inilah kalam Allah yang Qadim, tidak bercerai dan terpisah sifat dengan Zat.

Tarku Mayiwallah (meninggalkan selain Allah) Zat Allah saja yang ada.
La Maujuda Illallah (tidak ada yang ada hanya Allah).

Sembilan kali sudah kita menggugurkan kalimah Allah, seandainya juga belum dapat dipahami maka tanyakanlah kepada akhlinya.




JALAN KEDUA:

Mengenal Diri yang sebenar-benarnya Diri. Bagian ketiga (terakhir)

” Barang siapa mengenal dirinya niscaya ia mengenal akan Tuhannya,
kenal akan Tuhannya, maka binasalah jasadnya ”
(Hadits Qudsy)

Salam Rahmat dan Nikmat, saudaraku semuanya.

Edisi ini adalah merupakan kelanjutan dari Edisi ke 7 (Minggu, 28 Desember 2008) jalan ke 2, bagian ke 2, yaitu Pencetusan Api Marifatullah didalam kalimah ALLAH.

Kalimah Allah yang telah dicetuskan dalam Api Ma’rifatullah itu akan berhimpun pada Huruf yang tiga, yaitu huruf A, I, dan Huruf U. Ketiga huruf itulah yang menerangkan tentang ke-Esaan-Nya, yaitu Alif tunggal yang menyifat ke atas sehingga berbunyi A, Alif tunggal yang menyifat kebawah sehingga berbunyi I, Alif tunggal yang menyifat kedepan sehingga berbunyi U, Selanjutnya bagaimana jika Alif tunggal itu tidak sifat menyifat, apakah ada bunyinya, apakah ada suaranya dan apakah ada kalimahnya, jawabnya kami serahkan kepada anda sekalian, bagaimana kiranya anda menyikapinya.

Ketahuilah olehmu, bahwasannya diri yang sebenar-benarnya diri itu adalah Hayat, dan yang sebenar-benarnya Hayat itu ialah Ruh, Ruh itu ialah Nyawa, Nyawa itu ialah Sifat, sifat itu ialah Nur Muhammad dan Nur Muhammad itulah Zat (Zat Hayat).
Ketahui pula olehmu, bahwasannya Yang sebenar-benarnya Zat itu adalah Diri-Nya (Ujud-Nya) dan yang sebenar-benarnya Sifat itu adalah Rupa-Nya (Wajah-Nya) dan yang sebenar-benarnya Asma itu adalah Nama-Nya (Hati-Nya) dan yang sebenar-benarnya Af’al itu adalah Kelakuan-Nya (Fi’il-Nya).

Dengan demikian maka yang bernama Allah itu sebenarnya adalah Zat, Sifat, Asma dan Af’al, sebab pada Lafadz Allah itu adalah sebagai berikut :

Huruf Alif Allah itu masuk pada Zat, Huruf Lam Awal Allah itu masuk pada Sifat, Huruf Lam Akhir Allah itu masuk pada Asma dan Huruf Ha Allah itu masuk pada Af’al, maka itulah yang bernama ALLAH.

Jika memang diri itu Hayat (Ruh), hendaknya kita jangan berhenti pada Ruh saja, akan tetapi teruskan dan tembuskan pandanganmu itu kepada Hal dan Sifat Allah Ta’ala.

Sekiranya pandanganmu itu berhenti hanya kepada Nyawa saja, maka sesungguhnya kita salah dalam memahami pernyataan bahwa ” Diri itu Ruh ”.

Sebab tatkala Ia Nasab bagi sekalian tubuh Nyawa namanya, tatkala Ia keluar masuk Napas namanya, tatkala Ia berkehendak Hati namanya, tatkala Ia percaya akan sesuatu Iman namanya, dan tatkala Ia dapat memperbuat sesuatu Akal namanya.

Pohon Akal itu adalah Ilmu, inilah jalannya dan inilah yang disebut sebenar-benarnya diri. Jika demikian adanya maka dapat dikatakan bahwa sekarang ini kita hanya bertubuhkan Ruh semata-mata.

Mengapa demikian....?

” Kita ” disini sudah Fana lahir dan bathin kepada Ruh, disini jangan diartikan bahwa kita yang memfanakan diri, akan tetapi Fana itu dari Allah jua adanya, sedangkan kata ” Kita ” itu pun sudah lebur kedalam Fana itu sendiri.

Itu sebabnya jika ada orang yang mengatakan telah dapat dan mampu memfanakan diri akan tetapi Ia sendiri tidak tau dan tidak kenal akan dirinya, maka sesungguhnya itu omong kosong dan bohong besar saja, mengapa demikian...?

Sebab jika seseorang itu tidak tau atau kenal siapa dirinya yang sesungguhnya, maka mau di-Fana-kan kemana dirinya itu......?

Nyawa itu adalah Nur Muhammad, Nur Muhammad itu adalah Sifat, dan sifat itulah Hayat, akan tetapi ingat olehmu bahwasannya Ruh itu bukan Tuhan, tetapi tiada lain dari pada Tuhan, asalkan saja diteruskan kepada Zat dan Sifat.

Jika ini dapat dipahami, maka jangan kamu cari lagi akan Ia, karna bila dicari lagi bukannya semakin dekat akan tetapi malah semakin jauh jadinya.

Siapa saja yang telah sampai pada Maqom ini, pastilah Ia tidak akan mau mengatakan kata-kata Syareat, Tarekat, Hakekat, Makrifat, dan...

Ahli Syareat tidak bersyareat lagi, ahli Tarekat tidak bertarekat lagi, ahli Hakekat tidak berhakekat lagi, ahli Makrifat...tidak bermakrifat lagi...silahkan direnungkan.

Seseorang yang sampai kepada Tuhan, Ia tidak tahu lagi akan dirinya, dan tidak tahu lagi siapa Tuhannya. Emas, Pasir , Syurga, Neraka... sama saja.

Ia lebih senang Diam. Karena diam itu adalah kedudukan Tuhan yang maha Agung dan maha Mulia serta maha Tinggi.

Sebagai tambahan agar kita benar-benar mengenal akan diri yang sebenar-benarnya diri, maka ketahuilah olehmu :

Rosulullah Saw bersabda:

” Aku Adalah Bapak dari segala Ruh sedangkan Adam itu adalah Bapak dari sekalian Batang Tubuh ”.
Batang Tubuh manusia itu dijadikan oleh Allah Swt dari pada Tanah.

” Aku jadikan Insan (Adam) itu dari pada Tanah ”.
( Al-Qur’an)
Tanah itu dari pada Air, Air itu dijadikan dari pada Nur Muhammad. Dengan demikian maka nyatalah bahwasannya Batang Tubuh dan Ruh kita ini jadi dari pada Nur Muhammad, maka Muhammad Jua Namanya, tiada yang lain.

Sesungguhnya tubuh kita yang kasar ini tidak akan pernah dan tidak akan dapat mengadakan pengenalan kepada Allah melainkan dengan Nur Muhammad jua. Itulah sebabnya maka dinamakan Pohon Bustah artinya yang hampir pada ujudnya.

Adapun ujud itu, adalah ujud Allah ta’ala jua adanya, sekali-kali jangan ada ujud yang lain dari pada ujud Allah ta’ala, itulah yang sebenar-benarnya diri, begitu pula dengan kelakuan, jangan ada yang lain, karena tidak ada kelakuan yang lain selain kelakuan Allah ta’ala.

Sebab kalimah ” Faqad Arafah ” itu tiada akan menerima salah satu, melainkan suci zahir dan bathin adanya.

Zat artinya ujud Allah semata-mata, itulah yang sebenarnya, Melihat itu Basyar Allah, berkata-kata itu Kalam Allah dan seterusnya. Seandainya ada yang lain dari diri-Nya maka seluruh pengenalanmu itu akan menjadi ” Batal ”.

Allah Swt bersabda :

” Sesungguhnya Aku berada didalam sangka-sangka Hamba-Ku ”

Adapun yang bernama Rahasia (Sirr) itu, ialah Rahasia (Sirr) Allah ta’ala jua adanya. Inilah kesudahan Ilmu, artinya tiada lagi yang akan disebut didalam kitab manapun jua. Kita ini pun bertubuhkan Muhammad zahir dan bathin, artinya bertubuhkan Ruh namanya, sehingga tiada akan kita kenang-kenang lagi hati dan tubuh kita, hanya semata-mata bertubuhkan bathin saja, maksudnya Muhammad jualah yang menjadi tubuh kita ini pada hakekatnya .

Allah Swt berdiri diatas Hukum dan Muhammad itulah yang menjalankan Hukum, untuk itu maka berlakulah Hukum itu sebagaimana adanya.

Sebagian Ulama mengatakan :

Antara dirinya dan tuhannya sedang asyik pandang memandang dengan Nyawa dan tiada berkesudahan, Nyawapun demikian juga dan tiada berkeputusan dan tiada berkedudukan lagi, pandang dan pujinya sedikitpun tiada lupa dan putus Tuhan kepada Hambanya, demikian sebaliknya Nyawa sedikitpun tidak akan lupa dan putus pandangannya kepada Tuhan.

Apa saja yang dipandang oleh diri itu sejauh mata memandang hanya yang dilihat dan didengarnya tiada lain, yang berlaku dikanan maupun dikiri, keatas dan kebawah, zahir dan bathin yang dirasakannya hanya puji bagi puji kepada Allah seluruh alam semesta ini, inilah yang pernah terlontar dan terucap oleh ulama yang muhaqqiqin, bahwa :

Seluruh apa yang berlaku pada pandanganmu itu adalah Tauladan, puji atau zikrullah yang berlaku bagi seluruh semesta alam ini, karena sesungguhnya dirinya itu mengandung kalimah atau ber-rahasia kepada Allah.

Inilah Ilmu yang dinamakan Laut Ujudullah yang amat luas dan dalam yang tidak dapat dicapai oleh akal siapapun, dan tidak akan tersurat lagi oleh tulisan dan tiada akan pernah terucap lagi dengan kalam.

Bila Harfin Wala Sautin
( Tiada huruf tiada suara )

Laya’ rifu naka Illallah
( Tiada yang mengenal Allah melainkan Allah jua adanya)


Jadi yang perlu kita camkan baik-baik adalah bahwa, Pengenalan diri itu yaitu yang tidak dihakekatkan dan tidak pula dima’rifatkan lagi, akan tetapi Ia hanya berlaku dengan sendirinya.

Juga jangan kita berpandangan bahwa Kita (manusia atau jasad yang baharu ) ini yang mengenal, akan tetapi, yang mengenal itu ialah yang hidup dan tiada akan pernah mati.

” Aku kenal akan Tuhanku dengan pengenalan Tuhanku jua ”
Jika demikian adanya maka janganlah dicari lagi, karna Allah itu sendiri sudah Laitsya Kamitslihi Syaiun pada dirimu, sudah berbarengan siang dan malam..... !


joanputeri69
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 95
Age: 42
Location: johor bahru malaysia
Registration date: 2011-06-13

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by maybal on Tue Jan 10, 2012 12:04 pm

sangat menarik artikelnya..

mudah2an memberi sedikit pencerahan pada mereka yang sedang dalam jalan hakikat...insyaAlloh

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by habibollah on Mon Jan 16, 2012 3:59 pm

Barang siapa mengenal dirinya niscaya ia mengenal akan Tuhannya


hadis ini menerangkan input,process output. process ini boleh diapply kepada berserah, mendengar, mengikuti, memahami dll

untuk mengetahui output, "dirinya" adalah tempat practical dan experiment

Alhamdulillah


habibollah
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 69
Age: 32
Location: brunei
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by maza9071 on Sat Jan 21, 2012 2:57 am

Bolehkah Belajar Ilmu Agama Tanpa Berguru?

PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, kita sering kedengaran seruan dan juga saranan supaya mendalami perbahasan para ulama cukup sekadar berpandukan buku-buku yang dibeli sahaja tanpa perlu merujuk dan bertalaqqi dengan para ulama. Mereka juga turut merasa yakin dengan kefahaman sendiri seolah-olah menyamakan taraf ilmu agama yang sangat rumit dan memerlukan penjelasan daripada para ulama dengan ilmu-ilmu keduniaan yang lain. Maka muncullah golongan tertentu yang merasakan diri mereka sudah cukup layak untuk masuki di dalam bidang ini hasil bacaan buku semata-mata.
Gejala ini mengundang pelbagai kesan negetif di antaranya kelemahan mereka memahami dan mendalami perbahasan sesuatu bidang ilmu itu dengan gambaran yang sebenarnya. Ini kerana ilmu Islam bukan sahaja mencakupi fakta dan kenyataan semata-mata, bahkan ia memerlukan kefahaman yang jelas daripada dada-dada para alim ulama yang mengambil ilmu daripada ulama terdahulu sehinggalah sampai kepada Rasulullah SAW. Tanpa bimbingan daripada ulama atau guru, jikalau berlaku salah kefahaman ketika membaca, seseorang itu akan terus sesat dengan kefahamannya tadi bahkan terus menyesatkan orang lain pula. Disebabkan itulah muncul kenyataan bahawa belajar agama seorang diri dengan buku semata-mata tanpa bimbingan ulama/guru seumpama bergurukan syaitan (walaupun kebanyakkan ulama berpendapat kenyataan ini bukan hadis tetapi Ibnu Arabi di dalam kitabnya al-Futuhat al-Makiah berpendapat bahawa kenyataan ini adalah hadis).
Memandangkan perkara ini telah menjadi perdebatan hangat, maka saya ingin mengambil sedikit ruang untuk menjelaskan perkara ini. Semoga penjelasan ringkas ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. InsyaAllah.
ALIM ULAMA ADALAH PEWARIS PARA NABI
Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim bermaksud seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ini berbeza dengan perkataan alim yang beerti orang yang mengetahui akan tetapi belum tentu orang itu mendalami. Perkataan ulama ini telah disebutkan pada beberapa tempat di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis SAW. samaada secara langsung ataupun tidak yang menunjukkan bahawa ulama adalah individu-individu terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji. Oleh itu, ulama yang saya maksudkan di sini ialah seseorang pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam secara mendalam dengan syarat-syarat tertentu sebagai ulama.
Para ulama ialah mereka yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis SAW dengan sempurna. Mereka juga bukan sahaja setakat memahami dalil-dalil dan penjelasan daripada ulama silam, bahkan ada diantara mereka menghafal ratusan ribu hadis, matan-matan ilmu dan sebagainya lagi untuk melayakkan mereka diistilahkan sebagai seorang ulama. Mereka sentiasa istiqamah dan melazimi ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu dengan ikhlas yang diajarkan kepada mereka bersumberkan dari Rasulullah SAW. Agama Islam telah mengiktiraf ulama sebagai pewaris para nabi sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis:
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.
(Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).
Oleh itu, dapatlah kita simpulkan di sini bahawa ulama adalah golongan yang mendapat kelebihan dan kemuliaan di sisi agama Islam dengan mengiktiraf mereka sebagai pewaris para nabi. Memandangkan ulama mendapat tempat yang istimewa juga di dalam masyarakat, maka ramailah pula golongan tertentu seolah-olah mendakwa diri mereka sama tarafnya dengan ulama sedangkan mereka baru sahaja mengecapi permulaan memahami ilmu-ilmu Islam. Golongan seperti inilah yang akan merosakkan syariat agama sedikit demi sedikit daripada mengikut manhaj para ulama yang sebenarnya.
KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU AGAMA DARIPADA ULAMA
Kita biasa mendengar suara-suara sumbang daripada golongan tertentu yang cuba sedaya-upaya untuk merendah-rendahkan keilmuan dan kemuliaan para ulama bagi menutup kelemahan dan kesalahan yang telah mereka lakukan. Ada di antara mereka ini berkata bahawa para ulama bukanlah maksum sepertimana Rasulullah SAW lantas menyarankan agar tidak perlu mengikut tunjuk ajar daripada para ulama untuk memahami urusan agama Islam ini. Mereka juga berkata bahawa boleh sahaja untuk mengambil terus dalil-dalil al-Quran al-Karim dan al-Hadis SAW dengan kefahaman sendiri dengan hanya merujuk kepada buku-buku tertentu. Adakah tindakan ini bertepatan dengan Islam?
Firman Allah Taala bermaksud:
Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (alim ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.
(Surah al-Nahl: Ayat 43).
Imam Syatibi di dalam karyanya al-Muwafaqat telah menjawab persoalan ini dengan beliau menimbulkan persoalan mengenai bolehkah seseorang itu memperolehi dan mempelajari ilmu agama dengan kefahaman sendiri tanpa guru. Beliau mempertahankan hujjahnya yang mengatakan betapa perlunya guru di dalam mendalami dan memahami sesuatu ilmu itu. Imam Syatibi juga mengatakan bahawa para ulama telah berkata:
Sesungguhnya ilmu itu berada di dada-dada guru, kemudian dipindahkan ilmu tersebut ke dalam kitab. Maka kunci bagi ilmu tersebut tetap berada di tangan para guru.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Sesungguhnya Allah Taala tidak mencabut ilmu dengan menghilangkan ilmu daripada manusia akan tetapi Allah Taala mencabut ilmu dengan mematikan para ulama.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi).
Menurut Imam Syatibi lagi, hadis ini bertindak sebagai hujjah bahawa guru adalah kunci bagi ilmu dan keperluan mempelajari ilmu daripada dada-dada guru. Selain itu juga, bagi pelajar yang tidak faham sesuatu perkara yang dipelajarinya, mereka boleh terus bertanya kepada guru/ulama untuk mendapatkan penjelasan sehingga terang semuanya. Sedangkan bagi yang belajar tanpa guru, kefahaman mereka amat terbatas berdasarkan buku yang ada di hadapan mereka semata-mata. Boleh jadi kefahaman mereka itu betul dan besar kemungkinan juga kefahaman mereka itu salah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberikan pahala akan empat orang. Pertamanya orang yang bertanya. Keduanya guru yang menjawab. Ketiganya orang yang mendengar jawapan itu. Keempatnya orang yang cinta kepada mereka.
(Riwayat Abu Nuaim).
KRITIKAN BELAJAR AGAMA TANPA BIMBINGAN ULAMA/GURU
Sanggahan dan kritikan belajar tanpa bimbingan ulama/guru ini saya nukilkan daripada kata-kata Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi. Kenyataan beliau ini diambil dari kitabnya al-Sahwah al-Islamiah Baina al-Jumud Wa al-Tatarruf, katanya:
Kebanyakkan daripada mereka tidak bertalaqqi dengan ahli ilmu dan syeikh-syeikh yang mempunyai pengetahuan khusus di dalam bidang tersebut. Sebaliknya mereka hanya menelaah lembaran dan helaian kitab secara langsung tanpa membuka peluang dan tempoh untuk merujuk dan berbincang apa yang akan diambil dan ditolak pendapatnya untuk membolehkan dikenalpasti kefahaman itu dan pengetahuan yang diletakkan di dalam mensyarahkan secara mendalam. Ini akan dibentangkan dan diperbahaskan ketika tempoh pengkajian. Akan tetapi, malangnya mereka hanya membaca sedikit sahaja dan berdasarkan kefahamannya (yang sedikit) itu mereka mengistinbatkan (mengeluarkan) hukum-hakam. Barangkali mereka melakukan kesalahan ketika membaca, salah kefahaman atau juga salah di dalam mengistinbatkan hukum, tetapi mereka masih tidak mengetahui kesalahan mereka itu.
Beliau menambah lagi kenyataan itu:
Walaupun mereka ini ikhlas, namun hakikatnya mereka lupa bahawa ilmu syariat (agama Islam) dan kefahamannya perlu dirujuk kepada ahli ilmu berkenaan yang boleh dipercayai. Sesungguhnya mereka tidak akan mampu merempuh lautan luas ini secara seorang diri tanpa pembimbing (ulama/guru) yang sentiasa memimpin tangan mereka. Pembimbing inilah yang akan menerangkan kepada mereka apa yang tidak jelas dan istilah-istilah yang mempunyai kesamaran dan menerangkan dari cabang-cabang sehinggalah apa yang utama dan akan memperlihatkan segala kesamaran.
Pada akhir penerangannya mengenai perkara ini, beliau menegaskan lagi kenyataannya bahawa perlunya berguru untuk mempelajari ilmu agama, katanya:
Inilah (mempelajari ilmu agama dengan ulama/guru) merupakan apa yang telah dijadikan sebagai langkah berhati-hati oleh para ulama Salaf al-Soleh agar menjauhi dari mempelajari ilmu dengan cara seperti ini (tanpa berguru). Mereka berkata: Janganlah mengambil al-Quran al-Karim hanya dengan mushafnya dan bukanlah ilmu itu diambil dengan hanya daripada mushaf (kitab). Apa yang dimaksudkan dengan mengambil hanya daripada mushaf itu ialah menghafaz al-Quran al-Karim dari catatan-catatan pada mushaf tanpa bertalaqqi (mengambil dan belajar ilmu secara bersemuka dengan para ulama/guru) dengan mulut-mulut guru yang diyakini (keilmuannya). Peringatan ini bermaksud mengambil ilmu daripada catatan-catatan semata-mata tanpa belajar daripada ahli ilmu.
Berkata Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi lagi di dalam kitabnya al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd:
Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis, lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari ilmu Usul Fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan segala permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu.
TIDAK BOLEH LANGSUNG BELAJAR DENGAN BUKU?
Walaupun saya menyeru kepada belajar ilmu agama dengan para ulama/guru yang diyakini, ini bukanlah bermakna saya menolak secara mutlak belajar melalui buku. Cumanya belajar dengan buku tanpa guru perlu diberikan penelitian dan perhatian tentang keharusannya pada beberapa ketika. Bagi mereka yang berada di peringkat permulaan dan menengah, maka sudah pastilah tuntutan mempelajari ilmu itu secara berguru lebih diutamakan memandangkan mereka tidak mempunyai asas yang kukuh tentang sesuatu ilmu itu. Setelah mereka memahami dan mendalami segala asas-asas yang diperlukan dengan kukuh, barulah mereka harus membaca buku-buku yang berkaitan untuk menambahkan lagi pengetahuan. Namun jika terdapat beberapa perkara yang kurang difahami atau wujud kesamaran ketika pembacaan, maka mereka dituntut semula untuk bertanya dengan ulama/guru.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan menuntut ilmu secara berguru, mereka juga diharuskan membaca buku-buku atau mendengar ceramah dan boleh juga membaca di internet untuk meningkatkan pengetahuan masing-masing. Namun jika terdapat sebarang perkara yang kurang difahami, maka mereka mestilah merujuk juga kepada ulama/guru yang diyakini untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Ini kerana seseorang ulama/guru lebih memahami sesuatu ilmu itu berbanding dengan orang yang hanya membaca buku semata-mata sebagai rujukan.
Oleh itu, keutamaan dan kelebihan sudah pastilah berada pada mereka yang mempelajari ilmu agama secara berguru jika hendak dibandingkan dengan golongan yang mempelajari ilmu agama tanpa berguru. Ini kerana menuntut ilmu agama dengan berguru merupakan jalan yang ditempuhi oleh generasi Salaf al-Soleh dan para ulama lain. Manakala bagi mereka yang telah mendalami dan menguasai segala asas-asas ilmu, mereka sudah boleh membaca sendiri kerana mereka mampu memahami isi kandungan buku berkenaan berpandukan apa yang telah mereka pelajari daripada ulama/guru sebelum itu.
PENUTUP
Andaikata Islam menggalakkan belajar tanpa guru, mengapakah para ulama terdahulu sanggup merantau dan berpindah-randah demi untuk menuntut dengan ulama yang diyakini? Bahkan mereka mempunyai ratusan guru yang terdiri daripada alim ulama muktabar, bukankah ini menunjukkan kepentingan berguru di dalam menuntut ilmu agama? Mungkin ada yang berpendapat, zaman dahulu tidak mempunyai teknologi canggih sepertimana sekarang, disebabkan itulah mereka merantau untuk menuntut ilmu. Jika benar kenyataan ini, mengapa pula Nabi SAW menyarankan umatnya untuk belajar (anak murid) dan mengajar (guru)? Bukankah ini menunjukkan bahawa kepentingan menuntut ilmu agama secara berguru? Tidak mungkin segala saranan Nabi SAW ini silap dan tidak mengikuti perkembangan zaman, bukan?
Berkata Muhammad bin Sirin (seorang alim di zaman tabien) sepertimana yang disebutkan di dalam kitab Sahih Muslim karangan Imam Muslim:
Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Maka lihatlah dari siapa engkau mengambil agamamu!

buluh.iluvislam.com

maza9071
Moderator
Moderator

Male
Number of posts: 479
Age: 34
Location: pahang
Registration date: 2008-05-01

Back to top Go down

Re: Kenapa ilmu hakikat susah utk dipelajari

Post by joanputeri69 on Sun Jan 22, 2012 11:32 pm

terima kasih untuk infonya tn . maza ,
alhamdulilah memang benar maksudnya sahabat kita untuk tujuan belajar seharusnya kita berguru supaya kita dapat memahami dengan sebenar selok belok akan sesuatu ilmu itu .

inshaalah ,
Memang benar pengertian ilmu amat luas termasuk ilmu agama ...ilmu-ilmu itu kita peroleh dari berbagai bagai sumber contohnya dari ibubapa , alam persekolahan , university , guru-agama , guru ahli , pakar , alam , pengalaman , kejadian-kejadian yang kita lalui sepanjang hidup.

belajar dan menuntutlah ilmu yang dapat membezakan baik dan buruk , biarlah ilmu tidak setinggi mana yang penting bermanafaat kepada yang lain , inilah ilmu yang bemanafaat dan dituntut oleh agama kita termasuk berbaik sangka juga merupakan cabang ilmu - alhamdulilah .

joanputeri69
Mula Aktif
Mula Aktif

Male
Number of posts: 95
Age: 42
Location: johor bahru malaysia
Registration date: 2011-06-13

Back to top Go down

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum