Qalam Ilahi Wellness Center Malaysia
Selamat Datang ke WebForum Qalam Ilahi Wellness Center atau dahulunya dikenali sebagai Paranorms Health Center

Web forum Paranorms dicipta kerana kecintaan kami tehadap jalur keilmuan metafizik, spiritual dan rawatan alternatif. Kami cuba mempersembahkan satu wadah dimana kita boleh meneroka bidang ilmu olah energy seperti tenaga dalam, reiki, kundalini, ilmu hikmah dan sebagainya secara ilmiah. Hakikatnya masih ramai dikalangan kita yang salah faham dalam memandang dan mengamalkan ilmu-ilmu tersebut sehingga menimbulkan sikap fanatik atau pesimistik.Kami juga menyediakan rawatan gelombang energy bagi sesiapa yang memerlukan samada secara jarak jauh mahupun dekat.

Pengunjung dicadangkan untuk mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan anda berhubung dengan para ahli dan perawat di dalam forum ini. Terima Kasih.

Simpanan untuk tunaikan haji/umrah

View previous topic View next topic Go down

Simpanan untuk tunaikan haji/umrah

Post by nikfirdaus on Tue Dec 27, 2011 8:25 pm

Assalamualaikum wbt. Bila bercakap tentang haji, yang muda kata belum tua lagi, yang bekerja kata tak cukup duit, yang bisnes kata tiada masa. Seribu satu alasan yang diberi. Walhal dalam seharian kita bekerja dan seumur hidup, berapa banyak rezeki yang telah Allah swt anugerahkan kepada kita? Nikmat umur, kesihatan, rezeki, keluarga, kebahagiaan dan bermacam lagi yang terkira RM jumlahnya. Namun, dalam berkorban terhadap tuntutanNya, seringkali kita amat alpa dan amat berkira dalam hal tersebut. Apakah kita akan menjadi miskin untuk menyimpan sebanyak RM 3.30 sehari ke jalan Allah? Ayuhla kita bersama menabung bersama untuk kebaikan umat dalam dana takaful syariah. Kadar keuntungan yang tinggi dan dipantau badan syariah. Peningkatan kos mengerjakan haji saban tahun akan dapat diatasi dengan kadar cara ini. Upah (badal) haji juga tersedia jika kita tidak berkesempatan menunaikan sendiri. Tempoh simpanan dari 10 ke 30 tahun mengikut kemampuan dan keperluan anda. Khairat kematian 24 jam dan proses pembahagian wasiat yang cepat. Perlindungan juga termasuk semasa menunaikan haji.

Contoh pengiraan simpanan = RM 200 sebulan untuk 10 tahun
Jumlah simpanan = RM 30, 186.
Pulangan tahun 2008:10%, 2009:12%, 2010:16%

Jadi, dalam 10 tahun dari sekarang kita sudah mempunyai dana yang cukup untuk ke Mekah, insyaAllah. Selain dari menunaikan rukun Islam yang kelima, kita juga telah menyediakan satu bekalan untuk masa depan keluarga tersayang. Ekonomi umat Islam akan lebih terjamin dengan bantuan yang diberikan kepada golongan kurang berkemampuan melalui simpanan yang telah kita buat setiap bulan. Semoga kita bersama-sama mendapat keredhaanNya dalam setiap perkara yang kita lakukan insyaAllah.

Hubungi saya untuk keterangan tentang produk MAA Takaful ini.
Firdaus 019 3454518 Kota Kinabalu

nikfirdaus
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 7
Age: 28
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

Re: Simpanan untuk tunaikan haji/umrah

Post by ifahuzir on Thu Dec 29, 2011 11:27 am

nikfirdaus wrote:Pulangan tahun 2008:10%, 2009:12%, 2010:16%


Tingginyer Riba'?

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Simpanan untuk tunaikan haji/umrah

Post by nikfirdaus on Thu Dec 29, 2011 1:41 pm

maaf, simpanan ini berlandaskan syariah dan pulangan itu cuma sejarah tahun2 lepas.

nikfirdaus
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 7
Age: 28
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

Re: Simpanan untuk tunaikan haji/umrah

Post by nikfirdaus on Thu Dec 29, 2011 6:06 pm

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.

Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.

nikfirdaus
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 7
Age: 28
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

Re: Simpanan untuk tunaikan haji/umrah

Post by ifahuzir on Fri Dec 30, 2011 9:26 am

Alhamdulillah..

Terima kasih atas penjelasan tersebut.

ifahuzir
Aktif
Aktif

Male
Number of posts: 1858
Age: 32
Location: Kuala Lumpur - Sepang
Registration date: 2010-10-18

Back to top Go down

Re: Simpanan untuk tunaikan haji/umrah

Post by nikfirdaus on Sun Jan 08, 2012 9:50 pm

Situasi semasa masyarakat kita bila berlaku kematian, kita akan menguruskan jenazah dengan menggunakan wang peninggalan si mati. Walau pun RM 100 yang diambil dari poket simati, duit itu adalah HARAM kerana ianya adalah wang anak yatim!! Segala duit peninggalan arwah perlu disucikan daripada semua hutang dan difaraidkan kepada waris. Harta arwah akan diuruskan oleh AmanahRaya dan mungkin memakan masa sehingga setahun atau lebih sebelum boleh diagihkan. Bayangkan jika wang itu berjumlah besar dan beratus ribu ringgit. Oleh sebab itu kita boleh menggunakan dana takaful yang mana pewaris boleh terus mendapat wang dalam masa seminggu tanpa melalui kaedah faraid.

nikfirdaus
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 7
Age: 28
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

Re: Simpanan untuk tunaikan haji/umrah

Post by maybal on Mon Jan 09, 2012 8:27 am

satu solusi yang bagus... bagi yang berhajat ketanah suci..
bisa dibayangkan masak 10 tahun munajat dan berusaha..
pasti Alloh akan mengabulkan..

maybal
Aktif
Aktif

Female
Number of posts: 1004
Age: 23
Location: malaysia
Registration date: 2010-06-23

Back to top Go down

Re: Simpanan untuk tunaikan haji/umrah

Post by nikfirdaus on Tue Jan 10, 2012 4:26 pm

terbaru daftar Tabung Haji secara Muassasah pergi pada tahun 2045. Masa tu laratkah kita??

nikfirdaus
Rakan Baru
Rakan Baru

Male
Number of posts: 7
Age: 28
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2011-12-12

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum